elektronik kh form 2

9
Rancangan Pengajaran Harian Matapelajaran : Kemahiran Hidup Bersepadu Kelas : 2 Amanah Tarikh : 11 Oktober 2012 Masa : 8.15 am - 9.45 am (90 minit) Bil. Murid : /18 Unit Pembelajaran : Penghasilan projek i. Alatan Tangan ii. Memateri Objektif Pembelajaran : Mengenal pasti nama dan fungsi alatan tangan,cara untuk menyenggara alatan tangan dan mengenal pasti kelengkapan dan bahan pematerian. Hasil pembelajaran : Di akhir sesi pembelajaran ini, murid akan dapat : A. Menguasai isi kandungan 1. Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan dengan tepat. 2. Menerangkan cara untuk menyenggara alatan tangan dengan betul. 3. Menyatakan kelengkapan dan bahan pematerian dengan tepat. B. Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir. 1. Menjawab soalan-soalan yang ditujukan oleh guru dengan baik 2. Menjawab lembaran kerja yang diberikan guru dengan baik. C. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni 1. Menumpukan sepenuh perhatian ketika pengajaran 2. Melibatkan diri dengan menjawab soalan-soalan yang ditujukan oleh guru dengan

Upload: zainab-ibrahim

Post on 11-Aug-2015

192 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Elektronik Kh Form 2

Rancangan Pengajaran Harian

Matapelajaran : Kemahiran Hidup Bersepadu

Kelas : 2 Amanah

Tarikh : 11 Oktober 2012

Masa : 8.15 am - 9.45 am (90 minit)

Bil. Murid : /18

Unit Pembelajaran : Penghasilan projek

i. Alatan Tangan

ii. Memateri

Objektif Pembelajaran : Mengenal pasti nama dan fungsi alatan tangan,cara untukmenyenggara alatan tangan dan mengenal pasti kelengkapan danbahan pematerian.

Hasil pembelajaran : Di akhir sesi pembelajaran ini, murid akan dapat :

A. Menguasai isi kandungan

1. Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan dengan tepat.

2. Menerangkan cara untuk menyenggara alatan tangan dengan betul.

3. Menyatakan kelengkapan dan bahan pematerian dengan tepat.

B. Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir.

1. Menjawab soalan-soalan yang ditujukan oleh guru dengan baik

2. Menjawab lembaran kerja yang diberikan guru dengan baik.

C. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni

1. Menumpukan sepenuh perhatian ketika pengajaran

2. Melibatkan diri dengan menjawab soalan-soalan yang ditujukan oleh guru dengan

penuh komitmen

3. Sentiasa menjaga keselamatan diri ketika di dalam bengkel.

Page 2: Elektronik Kh Form 2

Konsep/Prinsip/Hukum/Teori

Ada pelbagai alatan tangan yang terlibat dalam penghasilan sesuatu projek elektronik. Antara

peralatan itu termasuklah playar muncung tirus, pemotong sisi, jejalur wayar, alat pemateri

elektrik, penyedut pateri dan set pemutar skru.

Alatan tangan yang digunakan untuk kerja-kerja elektronik perlu dijaga dan disenggara dengan

baik. Alatan tangan yang sering dijaga dan disenggara akan sentiasa bersih dan selamat

untuk digunakan. Penjagaan dan penyenggaraan alatan tangan elektronik melibatkan aktiviti

membuang karat, meminyak, membaiki, membersih, dan menyimpan.

Memateri adalah proses sambungan atau cantuman secara kekal dengan menggunakan

bahan pateri yang telah dicairkan oleh alat pemateri elektrik. Proses memateri boleh

dilakukan untuk menyambung wayar atau mencantumkan kaki komponen pada bod litar.

Bahan, perlatan dan bahan sumber.

1. Buku teks2. Pen marker3. Nota slaid (komputer riba)4. Lembaran kerja.5. Foto (komputer riba)6. Nota

Page 3: Elektronik Kh Form 2

Pengetahuan sedia ada

1. Murid telah belajar mengenai bebarapa alatan tangan yang akan dipelajari iaitu ketika

mereka berada di tingkatan 1. Antara alatan tersebut ialah pemotong sisi, playar muncung

tirus, dan penjalur wayar. Ia dipelajari di bab 3.2 jenis wayar dan kerja pendawaian elektrik

walaubagaimana pun penggunaannya terhad untuk kerja pendawaian sahaja.

Page 4: Elektronik Kh Form 2

Fasa Isi kandungan Nota

Permulaan/ mencungkil idea

Buat kaitan dengan pengetahuan sedia ada murid dengan menunjukkan beberapa gambar alatan tangan.

Bertanya soalan:Adakah kamu kenal akan alatan tangan ini?

Memilih murid untuk menjawab.

Murid melihat gambar alatan tangan tersebut.

Menjawab pertanyaan:Alatan tersebut ialah pemotong sisi dan beberapa alatan tangan yang lain.

Strategi/teknik

Menunjukkan gambar alatan tangan melalui power point.

Penyoalan individu.

Menstruktur / menstruktur semula.

1. Mengenal pasti nama dan fungsi alatan tangan

- Ada pelbagai alatan tangan yang terlibat dalam penghasilan sesuatu projek elektronik. Alatan tersebut ialah.

I. Playar muncung tirus

- Digunakan untuk membentuk kaki kompenen, memotong wayar dan memegang benda kecil. Amat sesuai untuk melakukan kerja-kerja di ruang yang sempit.

II. Pemotong sisi

Guru menayangkan power point kepada murid mengenai alatan tangan yang akan dipelajari pada hari ini.

Guru memberi penerangan tentang fungsi setiap alatan tangan tersebut. Serta langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi ketika menggunakan alatan tersebut.

Murid melihat tayangan power point alatan tangan tersebut.

Murid mendengar penerangan yang diberikan oleh guru dengan tekun.

Penerangan seluruh kelas sambil merujuk pada tayangan power point.

Penerangan seluruh kelas .

.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Page 5: Elektronik Kh Form 2

- Juga dikenali sebagai playar kacip. Digunakan untuk memotong wayar dan kaki kompenen setelah dipateri.

III. Penjalur wayar

-------

Digunakan untuk menanggalkan penebat wayar dan memotong wayar. Terdapat 2 jenis iaitu penjalur wayar mudah dan penjalur wayar berspring.

IV. Alat pemateri.

Page 6: Elektronik Kh Form 2

- digu

nakan untuk mencairkan bahan pateri ketika proses pematerian.

V. Penyedut bahan pateri.--------

Digunakan untuk menyedut bahan pematerian ketika kerja-kerja pembetulan litar dilakukan.

VI. Set pemutar skru

- Digunakan untuk memasang atau menanggalkan skru yang bersaiz kecil.

2. Menyenggara alatan tangan

- Alatan tangan yang digunakan

Page 7: Elektronik Kh Form 2

untuk kerja-kerja elektronik perlu dijaga dan disenggara akan sentiasa bersih dan selamat untuk digunakan. Ia melibatkan aktiviti membuang karat, meminyak, membaiki, membersih dan menyimpan.

3. Mengenal pasti kelengkapan dan bahan pematerian.

Tayangan slaid mengenai cara-cara untuk menyenggara alatan tangan sambil diterangkan oleh guru.

Guru menerangkan kelengkapan dan bahan pematerian sambil menayangkan slaid kelengkapan dan bahan pematerian.

Murid melihat tanyangan slaid sambil mendengar penerangan yang diberikan oleh guru.

Murid mendengar penerangan guru sambil menonton tanyangan slaid kelengkapan dan bahan pematerian.

Aplikasi idea 1. Mengenal pasti nama dan fungsi alatan tangan.

2. Menyenggara alatan tangan3. Mengenal pasti kelengkapan dan

bahan pematerian.

Tafsir kefahaman murid dengan memberikan lembaran kerja.

Membincangkan lembaran kerja dengan memilih murid untuk menjawab mengikut giliran

Murid menjawab lembaran kerja.

Memberikan jawapan kepada lembaran kerja dan mendengar serta mencatatkan jawapan rakan- rakan mereka.

Member latihan dan perbincangan seluruh kelas.

Aktiviti penyoalan individu.

Sikap saintifik dan nilai:

Penglibatan aktif murid.

Menghargai masa yang diberikan untuk menjawab.

Page 8: Elektronik Kh Form 2

Refleksi / Rumusan

1. Mengenal pasti nama dan fungsi alatan tangan.

2. Menyenggara alatan tangan3. Mengenal pasti kelengkapan dan

bahan pematerian.

Membuat rumusan tentang tajuk yang diajar.

Meminta wakil murid membuat rumusan.

Guru mengingatkan kepada murid mengenai topic yang akan dipelajai pada sesi yang akan datang iaitu memateri.

Mendengar rumusan yang dibuat oleh guru dengan teliti.

Wakil murid membuat rumusan di dalam kelas.

Murid mendengar arahan guru dan mencatitkan nota kecil untuk mempelajari topik yang seterusnya..

Penyertaan individu

Perbincangan.

Sikap saintifik dan nilai murni.

Murid membuat kesimpulan terhadap topik yang telah dipelajari dengan baik.Murid membuat persediaan untuk topik yang seterusnya.

Refleksi.

Page 9: Elektronik Kh Form 2

Kekuatan.

Kelemahan.