edisi 1, 2020 buletinppkkklpm.moh.gov.my/v3/images/ebuletin/e-buletin edisi 1 2020.pdflawatan...

11
LAWATAN PENGARAH KANAN DAN SUB SOP PENGHANTARAN PULANG PELATIH AKTIVITI PKP SEBELUM COVID - 19 EDISI 1, 2020 e–Buletin

Upload: others

Post on 06-Oct-2020

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: EDISI 1, 2020 Buletinppkkklpm.moh.gov.my/v3/images/ebuletin/e-Buletin Edisi 1 2020.pdfLawatan tersebut diadakan pada 24 Februari 2020, hari Isnin. Tujuan lawatan sambil belajar ini

LAWATAN PENGARAH

KANAN DAN SUB SOP PENGHANTARAN

PULANG PELATIH

AKTIVITI PKP SEBELUM

COVID-19

EDISI 1, 2020

e–Buletin

Page 2: EDISI 1, 2020 Buletinppkkklpm.moh.gov.my/v3/images/ebuletin/e-Buletin Edisi 1 2020.pdfLawatan tersebut diadakan pada 24 Februari 2020, hari Isnin. Tujuan lawatan sambil belajar ini

2

2020. Dunia dikejutkan dengan fenomena pandemik

COVID-19, yang juga dikenali dengan pandemik korona-

virus. Pandemik berterusan yang bermula pada bulan Dis-

ember tahun 2019 ini telah merebak secara global dan

dikatakan berpunca daripada koronavirus sindrom

pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2) dan mula dikesan di

Bandar Wuhan, Wilayah Hunbei, China.

Penularan virus ini mempunyai banyak persamaan

dengan gejala influenza di mana ia berupaya merebak

melalui titisan pernafasan daripada batuk atau bersin.

Individu yang terdedah berkemungkinan dijangkiti virus

ini dan permulaan gejala boleh berlaku dalam tempoh

masa dua hingga empat belas hari.

Sehingga hari ini, masih tiada vaksin atau rawatan antivi-

ral spesifik yang ada bagi merawat gelaja COVID-19 ini.

Masyarakat umum diberi pendedahan tentang cara-cara

mencegah daripada dijangkiti wabak ini. Pandemik ini

bukan hanya mempengaruhi kesihatan masyarakat di

peringkat global, malah ia juga telah memberi gangguan

kepada pelbagai sektor lain seperti ekonomi dan sosial.

Pada peringkat kesihatan pergigian pula, kehadiran risiko

penyebaran virus ini telah memberi satu limitasi kepada

rawatan pergigian yang dapat diberikan kepada pesakit.

Hal ini kerana titisan pernafasan dan aerosol yang

dihasilkan semasa rawatan pergigian diberikan dapat

menjurus kepada penyebaran virus ini bukan sahaja kepa-

da personel pergigian, tetapi juga pesakit-pesakit yang

lain.

Norma baharu merupakan satu terma yang digunakan

untuk menerangkan satu situasi di mana masyarakat per-

lu mengubah dan mengadaptasikan diri mereka untuk

hidup di luar kebiasaan. Penjarakan sosial serta penjagaan

kebersihan diri harus menjadi satu tabiat harian kepada

semua masyarakat bagi membanteras penularan wabak

ini.

Para pembaca sekalian, sekiranya anda ada sebarang ca-

dangan untuk penambahbaikan e-buletin ini, sila berhub-

ung secara terus dengan pihak kami. Sehingga kita ber-

jumpa lagi dalam isu yang akan datang. Terima kasih!

EDITOR

PENASIHAT

Dr Nor Haslina Mohd Hashim

EDITOR

1) Dr Nurul Haizan Dziauddin

2) Dr Amir Hariz bin Abd Aziz

3) Dr Nurnatasya Mohd Zahir

KOORDINATOR

1) Dr Safwanah Muhamad Nor

2) Dr Lavenyah a/p Santhanam

3) Pn Naziah Jasin

Setiap hasil penulisan di dalam buletin ini daripada penu-

lis tidak semestinya menggambarkan pendirian daripada

penerbit. Penulis dan penerbit berpendapat bahawa se-

tiap hasil penulisan yang ditulis dan dihantar ke buletin

ini adalah fakta dan tidak ditiru atau diplagiat daripada

mana-mana sumber lain. Pihak editor berhak mengu-

bahsuai, mengeluarkan hasil penulisan daripada buletin

atau menulis semula semua bahan-bahan yang terdapat

di majalah ini sekiranya terdapat isu-isu berkaitan.

Penulisan dan pencetakan semula dari setiap bahan,

artikel dan ilustrasi daripada majalah ini adalah tidak

dibenarkan sama sekali tanpa mendapat sebarang

kebenaran bertulis dari penerbit. Setiap maklumat yang

terdapat pada majalah ini adalah benar pada masa ia

diterbitkan.

CORETAN EDITOR

KUMPULAN EDITOR PENAFIAN

EDISI 1, 2020

Page 3: EDISI 1, 2020 Buletinppkkklpm.moh.gov.my/v3/images/ebuletin/e-Buletin Edisi 1 2020.pdfLawatan tersebut diadakan pada 24 Februari 2020, hari Isnin. Tujuan lawatan sambil belajar ini

3

.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sebagai pembuka kata, syabas diucapkan kepa-

da Sidang Redaksi e–Buletin PPKK & ILKKM

(Pergigian) atas penerbitan Siri 1 Tahun 2020.

Lembaran tahun baru 2020 dimulai dengan

cabaran yang besar apabila COVID -19 diisyti-

harkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan

Kesihatan Dunia. PPKK & ILKKM (Pergigian)

turut terkesan dengan pengisytiharan ini selepas

arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

dikeluarkan pada 18 Mac 2020 oleh pihak kera-

jaan, di mana 2 aktiviti teras iaitu Latihan

(Auksilari) ditangguhkan dan Perkhidmatan

Kesihatan Pergigian dihadkan kepada rawatan

kecemasan sahaja.

Sebelum pengisytiharan Perintah Kawalan Perge-

rakan (PKP), institusi ini telah berkesempatan

menjalankan beberapa program yang dirancang

di awal tahun dengan penglibatan kakitangan

dan pelatih. Antara program / aktiviti yang dijal-

ankan ialah Pendaftaran dan Minggu Orentasi

Pelatih Pembantu Pembedahan Pergigian

(ambilan Januari 2020), Pesta Kebudayaan,

menerima kunjungan pihak Tadika Perpaduan

Bandar Baru Air Itam serta lawatan sambil belajar

Pelatih Pos Basik Ortodontik Juruteknologi Per-

gigian ke IPPT Bertam dan AIMST, Kedah.

Antara tujuan program/ aktiviti di atas ialah me-

lahirkan pelatih – pelatih yang lebih berkeya-

kinan, mengeratkan silaturahim antara pelatih

dan staf Pengajar, pendedahan Kesihatan Pergi-

gian kepada ibu bapa dan guru – guru serta

pendedahan Pelatih (Pos Basik) tentang peluang

melanjutkan pelajaran untuk peningkatan kerja-

ya serta menjadi pemangkin untuk memotivasi-

kan para pelatih untuk terus maju dalam kerjaya

yang diceburi.

Bagi mengisi kekosongan penjawatan tenaga

pengajar yang agak kritikal, satu Majlis Penye-

rahan Surat Pelantikan Secara Pertukaran Tetap

Bagi Juruterapi (JP) Pergigian Dan Juruteknologi

(JT) Pergigian Gred U32/ U32 (KUP)/ U38 Se-

bagai Pengajar Gred U41. Sesi dialog antara ka-

kitangan dan tetamu kehormat iaitu Pengarah

Kanan (Kesihatan Pergigian) dan SUB Bahagian

Pengurusan Latihan, KKM turut diadakan bagi

memberi peluang kepada warga institusi bertan-

yakan kemusykilan berkaitan kerjaya serta hala

tuju institusi ini.

Penghantaran pulang pelatih yang telah terkan-

das sepanjang tempoh Perintah Kawalan Perge-

rakan (PKP) ke kampung halaman telah dil-

aksanakan selaras dengan SOP yang telah

dikeluarkan oleh Kementarian Pendidikan. Pihak

PPKK & ILKKM (Pergigian) mengucapkan terima

kasih kepada agensi kerajaan yang terlibat iaitu

PDRM dan Bomba atas kerjasama yang diberikan

dalam memastikan kelancaran proses penghan-

taran pulang para pelatih.

Sehubungan dengan penangguhan sessi aked-

emik di institusi ILKKM seluruh negara, institusi

ini tidak terkecuali dalam menyediakan bahan

Pengajaran & Pembelajaran secara online. Pen-

yampaian perkhidmatan pergigian juga turut

diubahsuai mengikut norma baharu bagi mem-

bantu memutuskan rantaian jangkitan COVID-

19.

Akhir kata, tingkatkan pencapaian, teruskan

kecemerlangan dan kekalkan prestasi unggul

PPKK & ILKKM (Pergigian).

DR NOR HASLINA BT MOHD HASHIM

PERUTUSAN PENGARAH

EDISI 1, 2020

Page 4: EDISI 1, 2020 Buletinppkkklpm.moh.gov.my/v3/images/ebuletin/e-Buletin Edisi 1 2020.pdfLawatan tersebut diadakan pada 24 Februari 2020, hari Isnin. Tujuan lawatan sambil belajar ini

4

Seperti yang diketahui PPKK & ILKKM

(Pergigian) Georgetown, Pulau Pinang

mengadakan Pendaftaran dan Minggu

Orentasi Pelatih dua kali setahun iaitu

ada bulan Januari dan Julai. Pada bulan

Januari pendaftaran dilakukan bagi

pelatih jurusan Pembantu Pembedahan

Pergigian (PPP), manakala pada bulan

Julai adalah bagi pelatih kepada tiga

jurusan iaitu Juruteknologi (JT) Per-

gigitan, Juruterapi (JP) Pergigian dan

PPP. Pelatih baru serta ibu bapa mereka sibuk menguruskan

proses pendaftaran

Awal tahun ini, program berlangsung pada 2

Januari 2020, bertempat di Bangunan Tamba-

han, PPKK & ILKKM (P). Program yang berjalan

selama 3 hari ini melibatkan 41 orang JP dan

32 orang JT.

Objektif program ini adalah bagi melahirkan

pelatih – pelatih yang mempunyai daya

ketahanan tinggi dari segi fizikal dan keroha-

nian. Selain daripada itu, ia juga dapat me-

nanamkan sikap kerjasama dan bersatu padu

serta berdisiplin sebagai persediaan untuk

menjadi warga PPKK & ILKKM (Pergigian) satu

hari nanti.

Selepas program pendaftaran pelatih, para

pelatih akan terlibat dengan beberapa aktiviti

menarik yang telah dijalankan oleh fasilitator

di mana fasilitator tersebut merupakan dari

kalangan JP dan JT yang bekerja institusi. An-

taranya aktiviti yang dilakukan adalah aktiviti

berkumpulan bersama fasilitator, senaman aer-

obik serta kecergasan yang diketuai oleh exco

sukan dan sukaneka.

Program Pendaftaran dan Minggu Orentasi

Pelatih yang telah dilaksanakan memberi kesan

positif kepada para pelatih untuk lebih

berdisiplin dalam mematuhi masa yang telah

ditetapkan serta mempunyai sifat bekerjasama

dalam pasukan di samping memupuk sikap

saling menghormati antara satu sama lain.

Segala aktiviti diadakan berjalan dengan lancer

tanpa sebarang kecederaan dan kemalangan.

Aktaviti pelatih semasa orientasi

Pendaftaran Pelatih dan Minggu

Orientasi sesi Jan 2020

EDISI 1, 2020

Page 5: EDISI 1, 2020 Buletinppkkklpm.moh.gov.my/v3/images/ebuletin/e-Buletin Edisi 1 2020.pdfLawatan tersebut diadakan pada 24 Februari 2020, hari Isnin. Tujuan lawatan sambil belajar ini

5

Pesta Kebudayaan yang bertemakan Glam,

Retro & Vintage telah diadakan pada 1 Feb-

ruari 2020, iaitu pada hari Sabtu bertempat

di Auditorium, PPKK & ILKKM (P)

Georgetown, Pulau Pinang. Tema ini mem-

bawa kepada retrospektif yang membawa

maksud kenangan kembali yang diambil

daripada perkataan Latin retrospectus yang

bermaksud ‘ke belakang’. Majlis yang ber-

langsung selama tiga jam ini telah dirasmi-

kan dengan jayanya oleh Pn. Rokiah bt Sa-

hadan, Pengajar Kanan Hal Ehwal Pelatih

(HEP).

Bersesuaian dengan tema yang dipilih, pes-

ta kebudayaan kali ini menekankan budaya

dan pemakaian sekitar tahun 50-an hingga

90-an untuk mengimbau kembali nostalgia

masa lalu.

Para hadirin yang hadir rata-ratanya terhi-

bur dengan lima persembahan yang

disajikan oleh para pelatih Juruterapi (JP)

Pergigian dan Juruteknologi (JT) PergigianT-

ahun 1 dan 2, serta pelatih Pembantu Pem-

bedahan Pergigian (PPP) Tahun 1. Seramai

296 orang pelatih telah bertungkus lumus

menjayakan pesta kebudayaan dengan

dibantu oleh para Pengajar Penyelaras

Gerak Kerja Kebudayaan.

Adalah menjadi harapan jawatankuasa

penganjur agar pesta kebudayaan sebegini

dapat mencungkil, mengasah dan mening-

katkan kebolehan serta melahirkan pelatih

yang lebih berkeyakinan selain dapat

mengeratkan silaturahim antara semua.

Syabas dan tahniah diucapkan buat semua

kerana telah menjayakan PESTA KE-

BUDAYAAN TAHUN 2020!

Gelagat pelatih semasa malam Kebudayaan PPKK&ILKKM(P) Georgetown Pulau Pinang, 2020

Malam Kebudayaan

EDISI 1, 2020

Page 6: EDISI 1, 2020 Buletinppkkklpm.moh.gov.my/v3/images/ebuletin/e-Buletin Edisi 1 2020.pdfLawatan tersebut diadakan pada 24 Februari 2020, hari Isnin. Tujuan lawatan sambil belajar ini

6

Pendidikan Kesihatan Pergigian ini adalah sebuah program yang disam-paikan oleh JP T2SII. Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, kali ini ter-dapat satu kelainan di mana aktiviti-aktiviti yang dijalankan melibatkan ke-hadiran ibu bapa kanak-kanak terse-but. Secara tidak langsung pendidikan kesihatan pergigian ini dapat diberi-kan dengan lebih meluas dan efektif, dengan adanya penglibatan daripada ibu bapa dan guru selaku pihak yang sama-sama mempunyai peranan penting dalam menjamin kesihatan pergigian kanak-kanak pada masa ki-ni.

Pelbagai aktiviti telah dilakukan sepanjang program tersebut seperti Latihan Memberus Gigi Berkesan (LMG), Ceramah, Pentomim dan Role Play. Aktiviti yang dijalankan berjalan dengan lancar dan menerima maklumbalas yang sangat memuas-kan. Kunjungan seperti ini telah biasa dilakukan setiap tahun bagi mem-berikan pendidikan kesihatan pergi-gian khususnya kepada golongan ka-nak-kanak tadika.

Lawatan dari Tadika Pintar Utama pada Februari

2020

Pada 21 Februari 2020 bersamaan hari Jumaat, warga PPKK & ILKKM (P) Georgetown, Pulau Pinang

telah menerima kunjungan dari Tadika Perpaduan Bandar Baru Air Itam

Lawatan Tadika

EDISI 1, 2020

Page 7: EDISI 1, 2020 Buletinppkkklpm.moh.gov.my/v3/images/ebuletin/e-Buletin Edisi 1 2020.pdfLawatan tersebut diadakan pada 24 Februari 2020, hari Isnin. Tujuan lawatan sambil belajar ini

7

Seramai 31 orang pelatih post basik dan pengajar post basik mengadakan lawatan sambal

belajar Institute of Medical Science and Technology (AIMST)

Unit Pos Basik PPKK & ILKKM(P) Georgetown,

Pulau Pinang telah menganjurkan satu lawatan

sambil belajar bagi para pelatih Pos Basik

Ortodontik Juruteknologi (JT) Pergigian ke Asia

Institute of Medicine Science and Teknology

(AIMST) dan Institusi Perubatan Pergigian Ter-

maju, Universiti Sains Malaysia (IPPT, USM).

Lawatan tersebut diadakan pada 24 Februari

2020, hari Isnin.

Tujuan lawatan sambil belajar ini diadakan

adalah untuk memberikan satu gambaran

kepada para pelatih Pos Basik Ortodontik JT

tentang peluang melanjutkan pelajaran untuk

peningkatan kerjaya.

Seramai 31 orang termasuk pegawai pengiring

dan pelatih pos basik telah mengikuti program

ini. Semoga program sebegini menjadi

pemangkin untuk memotivasikan para pelatih

untuk terus maju dalam kerjaya yang diceburi.

Lawatan post-basik ke AIMST dan

USM

EDISI 1, 2020

Page 8: EDISI 1, 2020 Buletinppkkklpm.moh.gov.my/v3/images/ebuletin/e-Buletin Edisi 1 2020.pdfLawatan tersebut diadakan pada 24 Februari 2020, hari Isnin. Tujuan lawatan sambil belajar ini

8

Satu Majlis Penyerahan Surat Pelantikan

Secara Pertukaran Tetap Bagi Juruterapi (JP)

Pergigian Dan Juruteknologi (JT) Pergigian

Gred U32/ U32 (KUP)/ U38 Sebagai Pengajar

Gred U41 telah diadakan di PPKK & ILKKM

(Pergigian) Georgetown, Pulau Pinang. Majlis

diadakan pada 3 Mac 2020 dan telah disem-

purnakan oleh Pengarah Kanan Kesihatan

Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia

(KKM), YBrs. Dr Doreyat bin Jemun dan turut

dihadiri oleh YBrs. Dr Zainal Abidin Bin Sait,

Setiausaha Bahagian Pengurusan Latihan

KKM.

Seramai 29 orang yang terdiri daripada 20

orang JP dan 9 orang JT telah menerima surat

pelantikan ini dan diberi Pertukaran Tetap

kepada Pengajar Gred U41. Pelantikan ini

sekurang-kurangnya telah dapat mengisi

kekosongan perjawatan pengajar di institusi

ini yang agak kritikal sebelum ini.

Pelantikan ini bukan sahaja memberi laluan

kerjaya yang lebih menarik kepada tenaga

pengajar, malah akan memberi manfaat kepa-

da pelatih yang sedang mengikuti latihan di

institusi ini serta bersama-sama menggerak-

kan dan memacu sistem pengajaran & pem-

belajaran di satu-satunya ILKKM (Pergigian) di

negara ini ke aras yang lebih tinggi. Sesuai

dengan majlis penyerahan Surat Pelantikan,

Satu sesi dialog turut diadakan bagi memberi

peluang kepada warga institusi bertanyakan

kemusykilan berkaitan kerjaya serta hala tuju

ILKKM (Pergigian). YBrs Pengarah Kanan ber-

sama tetamu yang lain kemudiannya telah

dibawa melawat sekitar Pusat Pergigian Ka-

nak-Kanak untuk meninjau peralatan serta

kemudahan yang ada.

Sesungguhnya majlis pada hari ini amat ber-

makna buat warga PPKK & ILKKM (P). Terima

kasih dari kami.

29 orang pengajar bersama Pengarah kanan Kesihatan Pergigian, Dr Doreyat bin Jemun, YBrs. Dr Zainal Abidin bin Sait

Setiausaha Bahagian PEngurusan Latihan KKM, Pengarah PPKK & ILKKM (P) Dr Nor Haslina Mohd HAshim, TPL PPKK &

ILKKM (P) Dr Adilatul Hasanah Musa serta mantan pengarah PPKK & ILKKM (P) Dr Ahmad Termizi.

Majlis Penyerahan Surat Lantikan

Secara Pertukaran Tetap

EDISI 1, 2020

Page 9: EDISI 1, 2020 Buletinppkkklpm.moh.gov.my/v3/images/ebuletin/e-Buletin Edisi 1 2020.pdfLawatan tersebut diadakan pada 24 Februari 2020, hari Isnin. Tujuan lawatan sambil belajar ini

9

Tahun 2020 merupakan satu tahun yang men-cabar dan sangat luar biasa. Tahun yang san-gat unik dan belum pernah dilalui oleh rakyat Malaysia sebelum ini apabila dilandai pan-demik COVID-19. Turut terkena tempias, terdapat sebilangan pelatih PPKK & ILKKM (P) yang terkandas di institusi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada hujung bulan Mac yang lalu hinggalah ke Mei 2020.

Pada 5 Mei 2020, satu tindakan telah diambil untuk menghantar pulang pelatih ke kampung halaman selepas hampir dua bulan mereka berada di institusi sepanjang tempoh PKP di mana ianya dimulai dengan kumpulan per-tama yang terdiri daripada 9 orang berasal dari Semenanjung Malaysia. Sebelum bertolak, dengan memenuhi SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), para pelatih perlu menan-datangani Borang Deklarasi, menjalani sarin-gan gejala COVID-19 serta taklimat ringkas perjalanan. Pemandu kenderaan juga perlu menjalani saringan air kencing oleh Unit Narkotik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang untuk memastikan mereka bebas da-dah. Proses sanitasi ke atas kenderaan dan ba-gasi juga turut dilaksanakan oleh Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang. Ini merupakan langkah keselamatan sepanjang perjalanan penghantaran pulang pelatih-pelatih ke kampung halaman.

Pada 7 Mei 2020, jam 9 malam, giliran pelatih kumpulan kedua pula yang seramai 43 orang dihantar ke lapangan terbang KLIA bagi pen-erbangan ke Sabah dengan menaiki 2 buah bas dan sebuah van PPKK & ILKKM (P). Pihak PPKK & ILKKM (P) mengucapkan terima

kasih kepada agensi kerajaan yang terlibat da-lam memastikan kelancaran proses penghan-taran pulang para pelatih. Baki pelatih-pelatih yang masih berada di asrama kemudiannya akan dihantar secara berperingkat pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan.

Penghantaran Pulang Pelatih Se-

masa Pandemik COVID-19

EDISI 1, 2020

Page 10: EDISI 1, 2020 Buletinppkkklpm.moh.gov.my/v3/images/ebuletin/e-Buletin Edisi 1 2020.pdfLawatan tersebut diadakan pada 24 Februari 2020, hari Isnin. Tujuan lawatan sambil belajar ini

10

AMALAN SIHAT SEMASA PAN-

DEMIK COVID-19

EDISI 1, 2020

Page 11: EDISI 1, 2020 Buletinppkkklpm.moh.gov.my/v3/images/ebuletin/e-Buletin Edisi 1 2020.pdfLawatan tersebut diadakan pada 24 Februari 2020, hari Isnin. Tujuan lawatan sambil belajar ini

11

SCREENSHOT MOMENT

PROGRAM KOLEJ DALAM TAMAN

AKTIVITI SUKAN DAN TAKLIMAT BOMBA

MALAM KEBUDAYAAN

EDISI 1, 2020