draf akta ipa(pindaan) - span.gov.my · pdf filepemasangan paip kebersihan)”. pindaan...

27
DRAF 15012013 1 RANG UNDANG-UNDANG b e r n a m a Suatu Akta untuk meminda Akta Industri Perkhidmatan Air 2006. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2013. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan seksyen 2 2. Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2— (a) dalam takrif “efluen industri” dengan memotong perkataan “perindustrian” selepas perkataan “premis"; (b) dalam takrif “efluen terlarang”, dengan memotong perkataan “oleh Menteri”; (c) dalam takrif “enap cemar kumbahan”, dengan memotong perkataan “melalui paip pelupusan”; (d) dengan menggantikan takrif “kumbahan” dengan takrif yang berikut: ‘ “kumbahan” ertinya apa-apa lepasan cecair yang mengandungi kumuhan manusia, haiwan atau bahan nabati dalam bentuk terampai atau larutan yang terhasil dari premis rumah, komersial, institusi dan industri

Upload: lamminh

Post on 07-Feb-2018

243 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Draf Akta IPA(Pindaan) - span.gov.my · PDF filepemasangan paip kebersihan)”. Pindaan seksyen 52 13. Seksyen 52 Akta ibu dipinda – (a) dalam subseksyen (1) - (i) dengan memotong

DRAF 15012013 

1  

RANG UNDANG-UNDANG

b e r n a m a Suatu Akta untuk meminda Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

[ ]

DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2013.

(2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan seksyen 2 2. Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2—

(a) dalam takrif “efluen industri” dengan memotong perkataan “perindustrian” selepas perkataan “premis";

(b) dalam takrif “efluen terlarang”, dengan memotong perkataan “oleh Menteri”; (c) dalam takrif “enap cemar kumbahan”, dengan memotong perkataan

“melalui paip pelupusan”; (d) dengan menggantikan takrif “kumbahan” dengan takrif yang berikut:

‘ “kumbahan” ertinya apa-apa lepasan cecair yang mengandungi kumuhan manusia, haiwan atau bahan nabati dalam bentuk terampai atau larutan yang terhasil dari premis rumah, komersial, institusi dan industri

Page 2: Draf Akta IPA(Pindaan) - span.gov.my · PDF filepemasangan paip kebersihan)”. Pindaan seksyen 52 13. Seksyen 52 Akta ibu dipinda – (a) dalam subseksyen (1) - (i) dengan memotong

DRAF 15012013 

2  

termasuk lepasan cecair dari tandas, besen, singki, bilik air dan apa-apa perkakas kebersihan lain tetapi tidak termasuk efluen terlarang;’;

(e) dengan memasukkan selepas takrif “pemegang lesen” takrif yang berikut:

‘ “ pemilik” termasuk –

(a) pemilik berdaftar tanah atau premis;

(b) pemajak termasuk pemajak kecil tanah tanpa mengira ia

berdaftar atau tidak;

(c) pemegang amanah atau pemegang wasi mana-mana orang yang ditetapkan di bawah perenggan (a) dan (b) di atas atau jika orang tersebut tidak dapat dicari atau telah meninggal dunia; atau

(d) pemilik benefisial;’;

(f) dengan memasukkan selepas takrif “penghuni“ takrif yang berikut:

‘ “badan pengurusan” ertinya-

(a) pemaju sebelum pembentukan badan pengurusan bersama

atau perbadanan pengurusan; (b) badan pengurusan bersama atau ejen pengurusannya yang

ditubuhkan di bawah Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 [Akta 663];

(c) perbadanan pengurusan atau ejen pengurusannya atau

pentadbir yang ditubuhkan di bawah Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318]; atau

(d) mana-mana orang yang diberi kuasa yang dilantik di bawah

undang-undang bertulis lain bagi pengurusan bangunan kediaman bertingkat atau komuniti berpagar;’;

(g) dengan memotong takrif ”perbadanan pengurusan”;

Page 3: Draf Akta IPA(Pindaan) - span.gov.my · PDF filepemasangan paip kebersihan)”. Pindaan seksyen 52 13. Seksyen 52 Akta ibu dipinda – (a) dalam subseksyen (1) - (i) dengan memotong

DRAF 15012013 

3  

(h) dalam teks bahasa Inggeris, dalam takrif “sewerage services” dengan menggantikan perkataan “tanks” dengan perkataan “tank”;

(i) dalam takrif “perpaipan pembetungan dalaman bersama” dengan

menggantikan perkataan “perbadanan pengurusan” dengan perkataan “badan pengurusan”;

(j) dalam takrif “sistem pembetungan” – (i) dengan memasukkan selepas perkataan “struktur” perkataan “dan

tanah di mana kesemua yang tersebut itu ditempatkan”; dan (ii) dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan

“tanks” dengan perkataan “tank”; dan

(k) dalam teks bahasa Inggeris, dalam takrif “sewage treatment works” dengan menggantikan perkataan “tanks” dengan perkataan “tank”.

Pindaan seksyen 20 3. Subseksyen 20 (1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perenggan (b) dengan perenggan yang berikut -

“(b) mengusahakan, menyediakan atau mengadakan perkhidmatan atau mana-mana bahagian perkhidmatan dengan cara mengendali suatu sistem bekalan air persendirian atau sistem pembetungan persendirian berkenaan–

(i) perawatan air yang diambil dari alur air dan pengagihan dan

pembekalan air yang telah dirawat termasuk penyenggaraan sistem bekalan air; atau

(ii) pengumpulan, pembawaan, perawatan dan pelupusan kumbahan

dan termasuk penyenggaraan sistem pembetungan,”

Page 4: Draf Akta IPA(Pindaan) - span.gov.my · PDF filepemasangan paip kebersihan)”. Pindaan seksyen 52 13. Seksyen 52 Akta ibu dipinda – (a) dalam subseksyen (1) - (i) dengan memotong

DRAF 15012013 

4  

Pindaan seksyen 31

4. Subseksyen 31 (1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “ditetapkan oleh Menteri” dengan perkataan “Menteri fikirkan perlu melalui perintah yang disiarkan dalam Warta”. Pindaan seksyen 37 5. Subseksyen 37 (1) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “pemilik” , perkataan “, badan pengurusan”. Pindaan seksyen 42 6. Subseksyen 42(2) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “pili bomba”, dengan perkataan “awam”. Pindaan seksyen 43 7. Seksyen 43 Akta ibu dipinda -

(a) dengan menomborkan seksyen sedia ada sebagai subseksyen (1) seksyen itu; dan

(b) dengan memasukkan selepas subseksyen (1), subseksyen yang berikut -

“(2) Kewajipan pemegang lesen perkhidmatan untuk menyenggara sistem pembetungan awam hendaklah sehingga takat paip sambungan persendirian yang terletak di luar lingkungan premis tuan punya.

(3) Kos untuk membaiki, menggantikan dan menyenggara paip sambungan persendirian yang terletak di luar lingkungan premis tuan punya hendaklah ditanggung oleh pemegang lesen perkhidmatan.”

Page 5: Draf Akta IPA(Pindaan) - span.gov.my · PDF filepemasangan paip kebersihan)”. Pindaan seksyen 52 13. Seksyen 52 Akta ibu dipinda – (a) dalam subseksyen (1) - (i) dengan memotong

DRAF 15012013 

5  

Pindaan seksyen 45 8. Perenggan 45(8) (a) dan (b) Akta ibu dipinda masing-masing dengan menggantikan perkataan “perbadanan pengurusan”, dengan perkataan “badan pengurusan”. Pindaan seksyen 48 9. Subseksyen 48(1) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “sistem pembetungan awam” perkataan “atau mana-mana bahagian sistem itu.” Pindaan seksyen 49 10. Subseksyen 49 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “yang ditetapkan”, dengan perkataan “perundangan subsidiarinya atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain”. Pindaan seksyen 50 11. Subseksyen 50(1) Akta ibu dipinda –

(a) dengan memasukkan perenggan yang berikut selepas perenggan (a):

“(aa) menjalankan apa-apa pembinaan, penyambungan, pengubahsuaian atau pembaikan kepada paip kebersihan, perpaipan pembetungan dalaman individu, perpaipan pembetungan dalaman bersama dan kelengkapan kebersihan;” ; dan

(b) dalam perenggan (c) –

(i) dengan menggantikan perkataan “atau” selepas perkataan “sistem

bekalan air” dengan koma; dan

(ii) dengan memasukkan selepas perkataan “sistem pembetungan” perkataan “atau tangki septik”.

Page 6: Draf Akta IPA(Pindaan) - span.gov.my · PDF filepemasangan paip kebersihan)”. Pindaan seksyen 52 13. Seksyen 52 Akta ibu dipinda – (a) dalam subseksyen (1) - (i) dengan memotong

DRAF 15012013 

6  

Pindaan seksyen 51 12. Seksyen 51 Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan “(kecuali kerja pemasangan paip kebersihan)”. Pindaan seksyen 52 13. Seksyen 52 Akta ibu dipinda –

(a) dalam subseksyen (1) - (i) dengan memotong perkataan “yang dibekalkan air oleh, atau”; dan

(ii) dengan memotong perkataan “, jika dikehendaki oleh pemegang

lesen pengagihan air itu,”.

(b) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut :

“(1A) Mana-mana pengguna sedia ada yang dibekalkan air oleh pemegang lesen pengagihan air hendaklah disifatkan telah berkontrak dengan pemegang lesen pengagihan air untuk pembekalan air dan membuat perjanjian untuk pembekalan air dengan pemegang lesen pengagihan air.

(c) dalam subseksyen (2), dengan memasukkan selepas perkataan “dalam

subseksyen (1)” perkataan “dan (1A)”. Pindaan seksyen 55 14. Subseksyen 55(1) dipinda dengan memasukkan di hujung perenggan perkataan “di dalam tempoh yang ditentukan oleh Suruhanjaya.”. Pindaan seksyen 57 15. Seksyen 57 Akta ibu dipinda -

Page 7: Draf Akta IPA(Pindaan) - span.gov.my · PDF filepemasangan paip kebersihan)”. Pindaan seksyen 52 13. Seksyen 52 Akta ibu dipinda – (a) dalam subseksyen (1) - (i) dengan memotong

DRAF 15012013 

7  

(a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “perbadanan pengurusan”, di mana-mana jua terdapat, dengan perkataan “badan pengurusan”;

(b) dalam subseksyen (2) –

(i) dengan menggantikan perkataan “perbadanan pengurusan”, di mana-mana jua terdapat, dengan perkataan “badan pengurusan”; dan

(ii) dengan memasukkan selepas perkataan “dibina atau dipasang dan” perkataan “Suruhanjaya boleh”.

Pindaan seksyen 59 16. Seksyen 59 Akta ibu dipinda –

(a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “perbadanan pengurusan”, di mana-mana jua terdapat, dengan perkataan “badan pengurusan”; dan

(b) dalam subseksyen (2) –

(i) dengan menggantikan perkataan “perbadanan pengurusan”, di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “badan pengurusan”; dan

(ii) dengan memasukkan selepas perkataan “dibina atau dipasang

dan” perkataan “Suruhanjaya boleh”. Pindaan seksyen 60 17. Seksyen 60 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut :

“(1A) Jika suatu paip sambungan persendirian, parit atau pembetung dari mana-mana premis atau pembangunan telah disambungkan secara langsung atau tidak langsung yang menyalahi undang-undang ke mana-mana pembetung

Page 8: Draf Akta IPA(Pindaan) - span.gov.my · PDF filepemasangan paip kebersihan)”. Pindaan seksyen 52 13. Seksyen 52 Akta ibu dipinda – (a) dalam subseksyen (1) - (i) dengan memotong

DRAF 15012013 

8  

awam atau tempat rawatan tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis Suruhanjaya, maka hendaklah dianggap sehingga sebaliknya dibuktikan bahawa sambungan yang menyalahi undang-undang itu telah dibuat oleh pemilik, penghuni atau badan pengurusan premis atau pemaju sesuatu pembangunan.”

Pindaan seksyen 61 18. Subseksyen 61 (1) Akta ibu dipinda –

(a) dalam perenggan (b) dengan memotong perkataan “atau” di hujung perenggan;

(b) dalam perenggan (c) dengan menggantikan tanda noktah dengan

perkataan “; atau”; dan (c) dengan memasukkan selepas perenggan (c) perenggan yang berikut:

“(d) kumbahan atau enap cemar kumbahan tanpa kelulusan

Suruhanjaya.” Pindaan seksyen 62

19. Seksyen 62 Akta ibu dipinda –

(a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “tangki septik”, di

mana-mana jua terdapat perkataan “tangki septik komunal”;

(b) dalam subseksyen (2) dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “tanks” dengan perkataan “tank”; dan

(c) dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen berikut:

“(3) Pemilik, penghuni premis dan badan pengurusan premis yang menggunakan tangki septik komunal hendaklah menyebabkan tangki septik komunal diperiksa, dinyahenap cemar pada apa-apa lat tempoh dan mengikut apa-apa cara sebagaimana dengan mematuhi apa-apa kaedah-kaedah yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 180 dan disenggara oleh pemegang lesen perkhidmatan.”.

Page 9: Draf Akta IPA(Pindaan) - span.gov.my · PDF filepemasangan paip kebersihan)”. Pindaan seksyen 52 13. Seksyen 52 Akta ibu dipinda – (a) dalam subseksyen (1) - (i) dengan memotong

DRAF 15012013 

9  

Pindaan seksyen 63 20. Subseksyen 63 (1) dan (2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “perbadanan pengurusan”, di mana-mana jua terdapat, dengan perkataan “badan pengurusan”. Pindaan seksyen 64 21. Seksyen 64 Akta ibu dipinda –

(a) dalam subseksyen (1) -

(i) dalam perenggan (b) dengan memasukkan selepas perkataan “paip sambungan persendirian” perkataan “dalam lingkungan premis”;

(ii) dalam perenggan selepas perenggan (b) dengan menggantikan perkataan “arahan” di mana-mana jua terdapat, dengan perkataan “notis”; dan

(iii) dalam perenggan selepas perenggan (b) dengan menggantikan

perkataan “perbadanan pengurusan”, di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “badan pengurusan”.

(b) dalam subseksyen (2) – (i) dengan menggantikan perkataan “arahan” di mana-mana jua

terdapat perkataan “notis”; dan (ii) dengan menggantikan perkataan “perbadanan pengurusan”

dengan perkataan “badan pengurusan”.

(c) dalam subseksyen (3) – (i) dengan menggantikan perkataan “arahan” di mana-mana jua

terdapat, dengan perkataan “notis”; dan

Page 10: Draf Akta IPA(Pindaan) - span.gov.my · PDF filepemasangan paip kebersihan)”. Pindaan seksyen 52 13. Seksyen 52 Akta ibu dipinda – (a) dalam subseksyen (1) - (i) dengan memotong

DRAF 15012013 

10  

(ii) dalam perenggan (a) dan (b) menggantikan perkataan “perbadanan pengurusan”, dengan perkataan “badan pengurusan” masing-masing.

(d) dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut :

“(3A) Seseorang yang gagal mematuhi notis yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.”

(e) dalam subseksyen (4) dengan menggantikan perkataan “perbadanan

pengurusan”, dengan perkataan “badan pengurusan”.

Pindaan seksyen 65 22. Seksyen 65 Akta ibu dipinda –

(a) dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut – “65 (1) Pemilik, badan pengurusan atau penghuni mana- mana premis yang menggunakan sistem pembetungan persendirian atau tangki septik hendaklah—

(a) menyebabkan supaya sistem pembetungan persendirian, tangki

septik, paip sambungan persendirian, perpaipan pembetungan dalaman individu, perpaipan pembetungan dalaman bersama dan segala alat tambahannya disenggarakan dan dijaga supaya tidak menjadi kacau ganggu atau memudaratkan kesihatan; dan

(b) menyebabkan supaya tangki septik individu itu dinyahenap cemar dan, dalam hal suatu sistem pembetungan persendirian, untuk diservis atau disenggarakan oleh pemegang lesen perkhidmatan atau pemegang permit pada apa-apa lat tempoh dan mengikut apa-apa cara sebagaimana dengan mematuhi apa-apa kaedah yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 180; atau

Page 11: Draf Akta IPA(Pindaan) - span.gov.my · PDF filepemasangan paip kebersihan)”. Pindaan seksyen 52 13. Seksyen 52 Akta ibu dipinda – (a) dalam subseksyen (1) - (i) dengan memotong

DRAF 15012013 

11  

(c) menyebabkan supaya tangki septik komunal dinyahenap cemar dan disenggarakan oleh pemegang lesen perkhidmatan pada apa-apa lat tempoh dan mengikut apa-apa cara sebagaimana dengan mematuhi apa-apa kaedah yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 180.

(1A) Pemilik, badan pengurusan atau penghuni yang mempunyai sistem

pembetungan persendirian atau tangki septik hendaklah memberikan pemegang lesen perkhidmatan atau pemegang permit akses yang mencukupi ke —

(a) tangki septik itu bagi maksud membolehkan tangki septik itu

diservis, disenggara dan dinyahenap cemar; dan

(b) sistem pembetungan persendirian itu bagi maksud membolehkan sistem pembetungan persendirian itu diperiksa, diservis atau disenggarakan.”

(b) dengan memasukkan selepas subseksyen (2), subseksyen yang berikut : “ (2A) Pemilik, badan pengurusan atau penghuni mana-mana premis, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya bagi penyenggaraan, pembaikpulihan atau penggantian paip sambungan persendirian yang terletak di dalam lingkungan premis.”

Pindaan seksyen 66

23. Seksyen 66 Akta ibu dipinda –

(a) dalam subseksyen (1) dengan menggantikan perkataan “perbadanan pengurusan”, dengan perkataan “badan pengurusan”.

(b) dalam subseksyen (2) -

(i) dengan menggantikan perkataan “perbadanan pengurusan”, di mana-mana jua terdapat, dengan perkataan “badan pengurusan”; dan

Page 12: Draf Akta IPA(Pindaan) - span.gov.my · PDF filepemasangan paip kebersihan)”. Pindaan seksyen 52 13. Seksyen 52 Akta ibu dipinda – (a) dalam subseksyen (1) - (i) dengan memotong

DRAF 15012013 

12  

(ii) dengan memasukkan selepas perkataan “ditempatkan atau berada” perkataan “atau menggunakan sistem pembetungan persendirian atau tangki septik”.

(c) dalam subseksyen (3) dengan menggantikan perkataan “perbadanan pengurusan”, di mana-mana jua terdapat, dengan perkataan “badan pengurusan”;

Pindaan seksyen 67 24. Subseksyen 67 (1) Akta ibu dipinda –

(a) dengan menggantikan perkataan “perbadanan pengurusan” dengan

perkataan “badan pengurusan”;

(b) dengan memasukkan selepas perkataan “disediakan perkhidmatan pembetungan” perkataan “atau premis yang disambungkan ke sistem pembetungan awam”; dan

(c) dengan memasukkan selepas perkataan “bagi premis itu” perkataan “atau

sambungan ke sistem pembetungan awam dibuat” Pindaan seksyen 85 25. Seksyen 85 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “boleh” perkataan “, atas syor Suruhanjaya,”. Pindaan seksyen 86

26. Seksyen 86 Akta ibu dipinda dalam teks Bahasa Kebangsaan dalam subseksyen (1) dengan menggantikan perkataan “pemegang lesen” dengan perkataan “pemegang lesen perkhidmatan”. Pindaan seksyen 88 27. Seksyen 88 Akta ibu dipinda –

Page 13: Draf Akta IPA(Pindaan) - span.gov.my · PDF filepemasangan paip kebersihan)”. Pindaan seksyen 52 13. Seksyen 52 Akta ibu dipinda – (a) dalam subseksyen (1) - (i) dengan memotong

DRAF 15012013 

13  

(a) dalam subseksyen (1) dengan memotong perkataan “penyerahan”.

(b) dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut-

“(2) Suatu pernyataan bertulis oleh pekerja pemegang lesen yang diperakui dengan sewajarnya oleh pemegang lesen itu atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh pemegang lesen itu yang menyatakan amaun yang kena dibayar –

(a) untuk air yang dibekalkan dan kuantiti air yang dibekalkan

dipastikan melalui meter yang sesuai; (b) untuk perkhidmatan yang diberikan berkaitan dengan

pembekalan air; atau

(c) untuk penyediaan perkhidmatan pembetungan,”

hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai bayaran yang kena dibuat oleh pengguna di bawah subseksyen (1).”

Pindaan seksyen 89

28. Seksyen 89 Akta ibu dipinda –

(a) dalam subseksyen (2) – (i) dengan menggantikan perkataan “perbadanan pengurusan”,

dengan perkataan “badan pengurusan”; dan

(ii) dengan memotong perkataan “penyerahan”.

(b) dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:

“(3) Sebelum menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1), pemegang lesen pengagihan air hendaklah memberikan suatu notis bertulis dalam dokumen yang berasingan daripada bil kepada pemilik, badan pengurusan atau penghuni premis atau pengguna itu untuk meremedikan atau membetulkan keingkaran atau pelanggaran itu dalam masa empat belas hari dari penerimaan notis itu dan pengguna hendaklah membayar

Page 14: Draf Akta IPA(Pindaan) - span.gov.my · PDF filepemasangan paip kebersihan)”. Pindaan seksyen 52 13. Seksyen 52 Akta ibu dipinda – (a) dalam subseksyen (1) - (i) dengan memotong

DRAF 15012013 

14  

caj yang ditetapkan kepada pemegang lesen pengagihan air untuk notis bertulis yang dikeluarkan oleh pemegang lesen pengagihan air.”

(c) dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

“(3A) Mana-mana notis bertulis oleh pemegang lesen pengagihan air hendaklah diberikan mengikut cara penyampaian yang diperuntukkan di dalam seksyen 167(a).”

(d) dalam subseksyen (4) dengan menggantikan perkataan “perbadanan

pengurusan” dengan perkataan “badan pengurusan”; dan (e) dalam subseksyen (8) dengan memasukkan selepas perkataan “kos”,

perkataan “, fi dan caj yang ditetapkan bagi”. Pindaan seksyen 122

29. Seksyen 122 Akta ibu dipinda –

(a) dalam perenggan (c) dengan memotong perkataan “atau” di hujung perenggan;

(b) dalam perenggan (d) dengan menggantikan koma dengan perkataan “;

atau”; dan (c) dengan memasukkan selepas subseksyen (1)(d) perenggan yang berikut:

“(e) untuk menyambung apa-apa paip untuk mengalirkan air hujan atau

air ribut ke mana-mana paip sambungan persendirian, perpaipan pembetungan dalaman bersama, perpaipan pembetungan dalaman individu, pembetung, lurang, kebuk atau mana-mana bahagian daripada sistem pembetungan awam kecuali sistem pengumpulan air hujan yang diluluskan oleh pihak berkuasa yang relevan,”.

Pindaan seksyen 124 30. Seksyen 124 Akta ibu dipinda -

Page 15: Draf Akta IPA(Pindaan) - span.gov.my · PDF filepemasangan paip kebersihan)”. Pindaan seksyen 52 13. Seksyen 52 Akta ibu dipinda – (a) dalam subseksyen (1) - (i) dengan memotong

DRAF 15012013 

15  

(a) dengan menomborkan seksyen sedia ada sebagai subseksyen (1) seksyen itu; dan

(b) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut -

“(2) Jika meter atau sub-meter yang digunakan bagi menyukat air yang dibekalkan ke mana-mana premis terletak di dalam lingkungan premis dan meter atau sub-meter itu didapati telah diganggu supaya menunjukkan bacaan yang tidak betul, maka hendaklah dianggap sehingga sebaliknya dibuktikan bahawa meter atau sub-meter telah diganggu oleh pemilik atau penghuni premis.”

Pindaan seksyen 128 31. Seksyen 128 Akta ibu masing-masing dipinda dengan menggantikan perkataan “perbadanan pengurusan”, di mana-mana jua terdapat, dengan perkataan “badan pengurusan”. Pindaan seksyen 129

32. Subseksyen 129 (1) Akta ibu dipinda -

(a) dalam teks bahasa Inggeris dengan menggantikan perkataan “facilitiy”, dengan perkataan “facility”;

(b) dengan memasukkan sebelum perkataan “kelengkapan” di mana-mana jua terdapat perkataan, “pemasangan,”;

(c) dengan menggantikan perkataan “lima puluh” dengan perkataan “lima ratus”; dan

(d) dengan menggantikan perkataan “enam bulan” dengan perkataan “tiga

tahun”.

Page 16: Draf Akta IPA(Pindaan) - span.gov.my · PDF filepemasangan paip kebersihan)”. Pindaan seksyen 52 13. Seksyen 52 Akta ibu dipinda – (a) dalam subseksyen (1) - (i) dengan memotong

DRAF 15012013 

16  

Pindaan seksyen 141 33. Subseksyen 141(4) Akta ibu dipinda dalam perenggan (a) dengan menggantikan perkataan “perbadanan pengurusan” dengan perkataan “badan pengurusan”. Pindaan seksyen 144

34. Seksyen 144 Akta ibu dipinda –

(a) dengan menomborkan seksyen sedia ada sebagai subseksyen (1) seksyen itu; dan

(b) dengan memasukkan selepas subseksyen (1), subseksyen yang berikut :

“(2) Pemegang lesen atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh pemegang lesen bagi maksud itu dengan kelulusan Suruhanjaya boleh masuk ke atas mana-mana tanah atau premis di mana sistem bekalan air atau sistem pembetungan atau mana-mana bahagian daripada sistem itu dipasang tanpa apa-apa notis kepada pemilik, penghuni atau badan pengurusan dalam hal kecemasan di mana sistem bekalan air atau sistem pembetungan atau mana-mana bahagian daripada sistem itu, atas apa-apa sebab, akan menjadi merbahaya kepada orang awam .”.

Pindaan seksyen 167 35. Subseksyen 167 (2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “perbadanan pengurusan”, di mana-mana jua terdapat, dengan perkataan “badan pengurusan”. Pindaan seksyen 171 36. Seksyen 171 Akta ibu dipinda –

(a) dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

Page 17: Draf Akta IPA(Pindaan) - span.gov.my · PDF filepemasangan paip kebersihan)”. Pindaan seksyen 52 13. Seksyen 52 Akta ibu dipinda – (a) dalam subseksyen (1) - (i) dengan memotong

DRAF 15012013 

17  

“(2) Mana-mana pemegang lesen atau orang yang diberi kuasa di bawah Bab 2 Bahagian XIII hendaklah menyumbang kepada Kumpulan Wang Industri Air mengikut kadar yang ditetapkan.”

(b) dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen berikut : “(2A) Mana-mana pemegang lesen atau orang yang diberi kuasa di bawah Bab 2 Bahagian XIII yang tidak mematuhi subperaturan (2) melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau penjara tidak melebihi tempoh tiga tahun atau kedua-duanya. (2B) Mana-mana pemegang lesen atau orang yang diberi kuasa di bawah Bab 2 Bahagian XIII yang telah melakukan satu kesalahan di bawah subseksyen (2A) hendaklah sebagai tambahan kepada apa-apa penalti yang dikenakan bagi kesalahan itu, masih dikehendaki menyumbang kepada Kumpulan Wang Industri Air mengikut subseksyen (2).” (2C) Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, mengecualikan mana-mana pemegang lesen atau orang yang diberi kuasa di bawah Bab 2 Bahagian XIII dari kehendak menyumbang kepada Kumpulan Wang Industri Air di bawah sub seksyen (2) atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.”

Pindaan seksyen 172

37. Seksyen 172 Akta ibu dipinda -

(a) dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2) Mana-mana orang yang membina —

(a) bangunan dan menyambungkan bangunan itu ke suatu pembetung awam;

(b) tempat rawatan kumbahan tanpa kemudahan pemprosesan

enap cemar atau penjana kuasa tunggu sedia atau kedua-duanya; dan

Page 18: Draf Akta IPA(Pindaan) - span.gov.my · PDF filepemasangan paip kebersihan)”. Pindaan seksyen 52 13. Seksyen 52 Akta ibu dipinda – (a) dalam subseksyen (1) - (i) dengan memotong

DRAF 15012013 

18  

(c) tangki septik yang menghendaki suatu kemudahan pemprosesan enap cemar di luar tapak

hendaklah menyumbang kepada Kumpulan Wang Sumbangan Modal Pembetungan mengikut kadar yang ditetapkan.”

(b) dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen berikut :

“(2A) Mana-mana orang yang tidak mematuhi subperaturan (2) melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ratus ribu ringgit atau penjara tidak melebihi tempoh tiga tahun atau kedua-duanya. (2B) Mana-mana orang yang telah melakukan satu kesalahan di bawah subseksyen (2A) hendaklah sebagai tambahan kepada apa-apa penalti yang dikenakan bagi kesalahan itu, masih dikehendaki menyumbang kepada Kumpulan Wang Sumbangan Modal Pembetungan mengikut subseksyen (2).” (2C) Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, mengecualikan mana-mana orang dari kehendak menyumbang kepada Kumpulan Wang Sumbangan Modal Pembetungan di bawah sub seksyen (2) atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.”

Seksyen 172A baru 38. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 172 dengan seksyen berikut:

“Sumbangan modal bekalan air

172A. (1) Seseorang hendaklah bagi maksud menyambungkan sesuatu pembangunan atau premis ke sistem bekalan air pemegang lesen individu, membayar sumbangan modal bekalan air kepada pemegang lesen individu mengikut caj atau kadar yang ditetapkan.

(2) Sumbangan modal bekalan air hendaklah dibelanjakan bagi maksud yang berikut :

Page 19: Draf Akta IPA(Pindaan) - span.gov.my · PDF filepemasangan paip kebersihan)”. Pindaan seksyen 52 13. Seksyen 52 Akta ibu dipinda – (a) dalam subseksyen (1) - (i) dengan memotong

DRAF 15012013 

19  

(a) untuk membangun, menaik taraf atau membaik pulih sistem bekalan air di hulu titik sambungan bekalan air sesuatu kawasan pembangunan yang disebabkan oleh pertambahan permintaan air daripada pembangunan tersebut; dan

(b) apa-apa maksud lain yang ditentukan oleh Menteri.

(3) Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, mengecualikan mana-mana orang dari kehendak membayar sumbangan modal di bawah sub seksyen (1) atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.”

Pindaan seksyen 175

39. Subseksyen 175(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “di akhir” dengan perkataan “tidak melebihi enam bulan selepas berakhir”. Pindaan seksyen 177 40. Subseksyen 177 (1) Akta ibu dipinda -

(a) dengan memasukkan selepas perkataan “kegagalan untuk mematuhi mana-mana” perkataan “peruntukan Akta atau perundangan subsidiarinya, garis panduan atau”; dan

(b) dengan memasukkan selepas perkataan “pelanggaran syarat lesen”

perkataan “, garis panduan”.

Seksyen 178A baru 41. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 178 dengan seksyen berikut:  

“178A. Penentuan dan arahan oleh Menteri (1) Menteri boleh, dari semasa ke semasa, menentukan apa-apa perkara yang

dinyatakan dalam Akta ini sebagai tertakluk kepada penentuan Menteri, tanpa berunding dengan mana-mana orang.

Page 20: Draf Akta IPA(Pindaan) - span.gov.my · PDF filepemasangan paip kebersihan)”. Pindaan seksyen 52 13. Seksyen 52 Akta ibu dipinda – (a) dalam subseksyen (1) - (i) dengan memotong

DRAF 15012013 

20  

(2) Menteri boleh, dari semasa ke semasa, mengeluarkan arahan seperti

yang diperuntukkan di bawah Akta. (3) Apa-apa penentuan dan arahan Menteri hendaklah selaras dengan

matlamat dan peruntukan Akta ini yang berkaitan dengan perkara yang tertentu itu.

(4) Menteri hendaklah memberikan satu salinan penentuan atau arahan kepada Suruhanjaya secepat yang dapat dilaksanakan.

(5) Tiap-tiap penentuan atau arahan hendaklah didaftarkan oleh Suruhanjaya

secepat yang dapat dilaksanakan. (6) Sesuatu penentuan atau arahan hendaklah mula berkuat kuasa pada

tarikh pendaftaran atau pada suatu tarikh selepas itu yang boleh dinyatakan oleh Menteri dalam surat cara bertulis itu.

(7) Sesuatu penentuan atau arahan hendaklah tamat tempoh pada tarikh yang boleh dinyatakan oleh Menteri dalam surat cara bertulis itu atau, jika tiada tarikh dinyatakan, penentuan atau arahan itu hendaklah berkuat kuasa sehingga penentuan atau arahan itu dibatalkan.

(8) Menteri boleh pada bila-bila masa mengubah atau membatalkan sesuatu

penentuan.

(9) Tatacara yang dinyatakan dalam seksyen ini berkenaan pembuatan penentuan atau arahan hendaklah terpakai mutatis mutandis berkenaan dengan apa-apa pengubahan atau pembatalan sesuatu penentuan atau arahan.

(10) Suruhanjaya hendaklah menyenggarakan suatu daftar semua penentuan dan arahan yang dibuat oleh Menteri termasuk apa-apa pengubahan atau pembatalan sesuatu penentuan atau arahan mengikut seksyen 176.”

Pindaan seksyen 179 42. Subperenggan 179 (e) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan

“boleh dikenakan”, perkataan “ke atas mana-mana orang”.

Page 21: Draf Akta IPA(Pindaan) - span.gov.my · PDF filepemasangan paip kebersihan)”. Pindaan seksyen 52 13. Seksyen 52 Akta ibu dipinda – (a) dalam subseksyen (1) - (i) dengan memotong

DRAF 15012013 

21  

Pindaan seksyen 180

43. Seksyen 180 Akta ibu dipinda-

(a) dalam perenggan (a) – (i) dengan memasukkan selepas subperenggan (vi), subperenggan

yang berikut-

“(viA) tangki septik, kerja pemasangan paip pembersihan, perpaipan pembetungan dalaman individu, perpaipan pembetungan dalaman bersama dan lengkapan kebersihan;”

(ii) dalam subperenggan (vii) dengan menggantikan perkataan “dan

bahan” dengan perkataan “, bahan, sistem, pemasangan dan kemudahan”;

(iii) dalam perenggan (b)(iv) dan (e) masing-masing dengan

menggantikan perkataan “perbadanan pengurusan” dengan perkataan “badan pengurusan”; dan

(iv) dengan menggantikan perenggan (m) dengan perenggan yang

berikut -

“(m) semua perkara yang berhubungan dengan pendaftaran produk dan orang yang membekalkan pemasangan, peranti, kelengkapan, bahan, sistem atau kemudahan yang berhubungan dengan sistem bekalan air, sistem pembetungan, tangki septik, perpaipan pembetungan dalaman individu atau perpaipan pembetungan dalaman bersama dan pengenaan fi dan caj;”.

_____________________________________________

HURAIAN

Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (“Akta 655”).

Page 22: Draf Akta IPA(Pindaan) - span.gov.my · PDF filepemasangan paip kebersihan)”. Pindaan seksyen 52 13. Seksyen 52 Akta ibu dipinda – (a) dalam subseksyen (1) - (i) dengan memotong

DRAF 15012013 

22  

2. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan kuasa Menteri untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa Akta yang dicadangkan.

3. Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 2 Akta 655 untuk memasukkan takrif baru dan untuk meminda takrif sedia ada yang digunakan dalam Akta 655.

4. Fasal 3 bertujuan untuk meminda subseksyen 20(1) Akta 655 untuk menyatakan hal keadaan untuk kehendak memegang lesen kelas perkhidmatan. Pemegang lesen kelas perkhidmatan air menyenggara sistem bekalan air semata-mata untuk maksud membekalkan air kepada pemilik dan penghuni premis atau tetamu dan jemputan pemilik atau penghuni untuk penggunaan persendirian. Pemegang lesen kelas perkhidmatan pembetungan hanya menyediakan perkhidmatan pembetungan yang tidak termasuk perkhidmatan nyahenap cemar tangki septik kepada pemilik dan penghuni premis atau tetamu dan jemputan pemilik atau penghuni untuk penggunaan persendirian.

5. Fasal 4 bertujuan untuk meminda subseksyen 31(1) Akta 655 untuk menggantikan cara penetapan Menteri mengenai keadaan-keadaan bagi keperluan pembinaan sistem bekalan air atau sistem pembetungan oleh pemegang lesen kemudahan melalui peraturan-peraturan kepada perintah yang diwartakan memandangkan penetapan ini hanya untuk lokasi tertentu atau masa yang singkat. 6. Fasal 6 bertujuan untuk meminda subseksyen 42(2) Akta 655 untuk mengehadkan tanggungan pemegang lesen pengagihan air kepada kos penggunaan air dari pili bomba awam sahaja. 7. Fasal 7 bertujuan untuk meminda seksyen 43 Akta 655 untuk meluaskan tanggungjawab pemegang lesen perkhidmatan pembetungan ke atas pengendalian dan penyenggaraan sistem pembetungan awam sehingga ke paip sambungan persendirian di luar lingkungan premis pengguna. Pemegang lesen perkhidmatan juga bertanggungan untuk semua kos penyenggaraan dan pembaikan paip sambungan persendirian di luar lingkungan premis. 8. Fasal 9 bertujuan untuk meminda subseksyen 48(1) Akta 655 untuk meluaskan tanggungan membayar pembaikan kerosakan serta pampasan kepada apa-apa kerosakan yang dilakukan di mana-mana bahagian sistem bekalan air atau sistem pembetungan awam.

Page 23: Draf Akta IPA(Pindaan) - span.gov.my · PDF filepemasangan paip kebersihan)”. Pindaan seksyen 52 13. Seksyen 52 Akta ibu dipinda – (a) dalam subseksyen (1) - (i) dengan memotong

DRAF 15012013 

23  

9. Fasal 10 bertujuan untuk meminda seksyen 49 Akta 655 supaya selaras dengan peruntukan seksyen 180 (a)(iii) yang memberikuasa kepada Suruhanjaya untuk menetapkan kelayakan orang yang menyenggara atau mengendali sistem pembetungan atau sistem bekalan air melalui kaedah-kaedah. Selanjutnya pindaan ini juga menghendaki pematuhan kepada undang-undang lain berkenaan mengenai perkara yang sama. 10. Fasal 11 bertujuan untuk meminda subseksyen 50(1) Akta 655 untuk memperuntukkan kehendak memegang permit yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya bagi kerja-kerja berkenaan perpaipan dan kelengkapan kebersihan, perpaipan pembetungan dalaman individu, perpaipan pembetungan dalaman bersama dan tangki septik. 11. Fasal 12 bertujuan untuk meminda seksyen 51 Akta 655 supaya selaras dengan pindaan yang dicadangkan di dalam seksyen 50 Akta 655 di mana pemegang permit yang berkenaan dibenarkan menjalankan kerja-kerja berkaitan pembinaan, penyambungan, pengubahsuaian atau pembaikan paip kebersihan.

12. Fasal 13 bertujuan untuk meminda seksyen 52 Akta 655 untuk memperuntukkan bahawa perjanjian untuk bekalan air hanya dilaksanakan di antara pemegang lesen pengagihan air dengan pengguna yang memohon bekalan air baru. Pengguna sedia ada akan disifatkan sebagai telah membuat perjanjian untuk bekalan air dengan pemegang lesen pengagihan air. 13. Fasal 14 bertujuan untuk meminda subseksyen 55(1) Akta 655 untuk memperuntukkan bahawa Suruhanjaya boleh menetapkan tempoh masa bekalan air dipotong oleh pemegang lesen pengagihan air atas di arahan Suruhanjaya. 14. Fasal 15 bertujuan untuk meminda seksyen 57 Akta 655 supaya membolehkan Suruhanjaya mendapatkan kos dan perbelanjaan apa-apa kerja yang dijalankan oleh Suruhanjaya atau orang yang diberi kuasa berkenaan penyambungan premis ke pembetung awam.

15. Fasal 16 bertujuan untuk meminda seksyen 59 Akta 655 supaya membolehkan Suruhanjaya mendapatkan kos dan perbelanjaan apa-apa kerja pembinaan atau pemasangan paip yang dijalankan oleh Suruhanjaya atau orang yang diberi kuasa untuk menyalirkan kumbahan dari premis.

Page 24: Draf Akta IPA(Pindaan) - span.gov.my · PDF filepemasangan paip kebersihan)”. Pindaan seksyen 52 13. Seksyen 52 Akta ibu dipinda – (a) dalam subseksyen (1) - (i) dengan memotong

DRAF 15012013 

24  

16. Fasal 17 bertujuan untuk meminda seksyen 60 Akta 655 untuk memperuntukkan bahawa apa-apa sambungan dari mana-mana premis atau pembangunan ke sistem pembetungan awam yang dibuat tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Suruhanjaya hendaklah dianggap sehingga sebaliknya dibuktikan, telah dibuat oleh pemilik, penghuni, badan pengurusan premis atau pemaju sesuatu pembangunan. Seksyen ini akan membantu dalam proses penyiasatan dan penguatkuasaan yang berkesan.

17. Fasal 18 bertujuan untuk meminda subseksyen 61(1) Akta 655 untuk menjadikan pelepasan kumbahan atau enap cemar kumbahan ke dalam pembetung awam tanpa kelulusan daripada Suruhanjaya sebagai satu kesalahan dan membolehkan Suruhanjaya mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas mana-mana orang yang melanggar seksyen ini.

18. Fasal 19 bertujuan untuk meminda seksyen 62 Akta 655 untuk memperuntukkan bahawa tangki septik komunal hanya boleh dinyah enap cemar oleh pemegang lesen perkhidmatan bagi memastikan tangki septik komunal dinyahenap cemar pada lat tempoh yang ditetapkan serta disenggara dengan baik bagi mengelakkan apa-apa pertikaian di antara pemilik, penghuni, badan pengurusan dalam hal penyenggaraan tangki septik komunal. 19. Fasal 21 bertujuan untuk meminda seksyen 64 Akta 655 untuk menggantikan arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya dengan notis yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya memandangkan kerja-kerja pembaikan mungkin perlu dilaksanakan pada kadar segera untuk mengelakkan apa-apa kacau ganggu. Penalti dikenakan untuk kegagalan mematuhi notis yang dikeluarkan untuk penguatkuasaan yang lebih efektif. 20. Fasal 22 bertujuan untuk meminda seksyen 65 Akta 655 untuk memperuntukkan tanggungjawab pemilik, penghuni dan badan pengurusan premis berkenaan penyenggaraan sistem pembetungan persendirian dan tangki septik. Tanggungjawab untuk menyenggara paip sambungan persendirian dihadkan kepada paip sambungan persendirian yang berada di kawasan dalam lingkungan premis sahaja. Pemegang lesen perkhidmatan atau pemegang permit hendaklah diberi akses kepada bagi maksud penyenggaraan sistem pembetungan persendirian dan tangki septik. 21. Fasal 23 bertujuan untuk meminda seksyen 66 Akta 655 bagi mempertanggungjawabkan pemilik atau badan pengurusan premis yang bersambung ke sistem pembetungan persendirian atau tangki septik termasuk

Page 25: Draf Akta IPA(Pindaan) - span.gov.my · PDF filepemasangan paip kebersihan)”. Pindaan seksyen 52 13. Seksyen 52 Akta ibu dipinda – (a) dalam subseksyen (1) - (i) dengan memotong

DRAF 15012013 

25  

sistem pembetungan persendirian atau tangki septik yang terletak di luar lingkungan premis untuk memberhentikan kacau ganggu atau bahaya kepada kesihatan yang disebabkan oleh sistem pembetungan persendirian atau tangki septik tersebut. 22 Fasal 24 bertujuan untuk meminda subseksyen 67(1) Akta 655 bagi memperuntukkan bahawa apabila premis disambungkan ke sistem pembetungan awam, pemilik, penghuni atau badan pengurusan disifatkan telah berkontrak untuk perkhidmatan pembetungan dengan mengambil kira tanggungjawab pemegang lesen perkhidmatan untuk mengendali sistem pembetungan awam bermula sebaik sahaja premis disambung ke sistem pembetungan awam. 23 Fasal 25 bertujuan untuk meminda seksyen 85 Akta 655 untuk memperuntukkan apa-apa pengecualian kadar, caj disyorkan oleh Suruhanjaya sebelum Menteri memberi pengecualian bagi mengelakkan permintaan untuk pengecualian dipohon terus kepada Menteri. Walau apa pun keputusan muktamad adalah dibuat oleh Menteri. 24 Fasal 27 bertujuan untuk meminda seksyen 88 Akta 655 untuk memperuntukkan mekanisme pemberian dan penerimaan bil atau notis untuk mengelakkan kekeliruan atau pertikaian dalam hal penerimaan bil atau notis. Selanjutnya pindaan ini bertujuan menjelaskan bahawa amaun pembekalan air yang diperakui oleh orang yang diberi kuasa oleh pemegang lesen diperoleh dari bacaan meter. 25. Fasal 28 bertujuan untuk meminda seksyen 89 Akta 655 untuk memperuntukkan tatacara penyampaian notis untuk pemotongan air serta tanggungjawab pengguna untuk membayar kos notis pada kadar yang ditetapkan. 26. Fasal 29 bertujuan untuk meminda seksyen 122 Akta 655 bagi menjadikan satu kesalahan untuk menyambung ke paip pembetung atau mana-mana bahagian sistem pembetungan bagi mengalirkan air ribut atau air banjir selain sistem pengumpulan air hujan yang diluluskan oleh pihak berkuasa yang relevan.

27. Fasal 30 bertujuan untuk meminda seksyen 124 Akta 655 dengan mengadakan peruntukan bagi fasal anggapan untuk gangguan ke atas meter di dalam lingkungan premis kerana meter tersebut adalah di bawah kawalan pemilik atau penghuni premis. Jika berlaku apa-apa gangguan kepada meter

Page 26: Draf Akta IPA(Pindaan) - span.gov.my · PDF filepemasangan paip kebersihan)”. Pindaan seksyen 52 13. Seksyen 52 Akta ibu dipinda – (a) dalam subseksyen (1) - (i) dengan memotong

DRAF 15012013 

26  

atau sub meter di dalam lingkungan premis sehingga menunjukkan bacaan yang tidak betul, hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya bahawa pemilik atau penghuni premis telah melakukan gangguan tersebut. 28. Fasal 32 bertujuan untuk meminda subseksyen 129(1) Akta 655 untuk menaikkan denda serta tempoh penjara untuk apa-apa kesalahan di bawah seksyen ini. Selanjutnya kesalahan di bawah seksyen ini juga merangkumi pembekalan pemasangan yang tidak standard selaras dengan tanggungjawab pembekal di bawah seksyen 180(m) serta pindaan yang dicadangkan di dalam seksyen 180(a)(vii).

29. Fasal 34 bertujuan untuk meminda seksyen 144 Akta 655 untuk mengadakan peruntukan bagi pelaksanaan kerja-kerja kecemasan pada sistem pembetungan awam atau sistem bekalan air awam yang terletak di atas tanah persendirian atau premis bagi mengelakkan apa-apa bahaya kepada orang awam tanpa keperluan memberi notis kepada pemilik, penghuni atau badan pengurusan tanah atau premis tersebut. 30. Fasal 36 bertujuan untuk meminda seksyen 171 Akta 655 supaya pembayaran wang sumbangan industri air dijadikan sebagai satu kewajipan. Menteri diberi kuasa untuk mengecualikan sumbangan ini di atas syor Suruhanjaya. Selanjutnya kegagalan membayar wang sumbangan industri air adalah satu kesalahan dan walaupun disabitkan dengan kesalahan, pemegang lesen atau orang yang diberi kuasa masih dikehendaki membayar sumbangan tersebut. 31. Fasal 37 bertujuan untuk meminda seksyen 172 Akta 655 supaya pembayaran wang sumbangan modal pembetungan dijadikan sebagai satu kewajipan. Menteri diberi kuasa untuk mengecualikan sumbangan ini di atas syor Suruhanjaya. Selanjutnya kegagalan membayar wang sumbangan modal pembetungan adalah satu kesalahan dan walaupun disabitkan dengan kesalahan, pemegang lesen atau orang yang diberi kuasa masih dikehendaki membayar sumbangan tersebut. 32. Fasal 38 bertujuan untuk memasukkan seksyen 172A baru. Seksyen 172A yang dicadangkan bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi sumbangan modal bekalan air yang perlu dibayar oleh mana-mana pemaju atau orang yang menyambungkan premis ke sistem bekalan air. Sumbangan ini adalah untuk perbelanjaan kerja-kerja menaik taraf atau membaik pulih sistem bekalan air untuk menampung penambahan permintaan serta bagi maksud lain

Page 27: Draf Akta IPA(Pindaan) - span.gov.my · PDF filepemasangan paip kebersihan)”. Pindaan seksyen 52 13. Seksyen 52 Akta ibu dipinda – (a) dalam subseksyen (1) - (i) dengan memotong

DRAF 15012013 

27  

yang ditentukan oleh Menteri. Menteri juga diberi kuasa untuk memberi pengecualian untuk pembayaran sumbangan ini di atas syor Suruhanjaya 33. Fasal 39 bertujuan untuk meminda subseksyen 175(1) Akta 655 untuk menetapkan bahawa tempoh masa pelaporan kepada Menteri mengenai prestasi industri adalah enam bulan selepas akhir tahun kewangan Suruhanjaya.

34. Fasal 40 bertujuan untuk meminda subseksyen 177(1) Akta 655 untuk memperuntukkan penalti terhadap apa-apa kegagalan mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya.

35. Fasal 41 bertujuan untuk memasukkan seksyen 178A baru. Seksyen 178A yang dicadangkan bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran serta penetapan tarikh kuat kuasa semua penentuan yang dibuat atau arahan yang dikeluarkan oleh Menteri. 36. Fasal 43 bertujuan untuk meminda seksyen 180 Akta 655 untuk membolehkan Suruhanjaya menetapkan standard teknikal dan prestasi bagi perpaipan dan lengkapan kebersihan, tangki septik, perpaipan pembetungan dalaman individu, perpaipan pembetungan dalaman bersama dan penstandardan bahan, sistem, pemasangan dan kemudahan melalui kaedah-kaedah. Selanjutnya Suruhanjaya boleh membuat kaedah-kaedah untuk mendaftar pembekal dan produk dan mengenakan fi untuk pendaftaran pembekal dan produk. 37. Pindaan lain yang tidak diperkatakan secara khusus dalam Huraian ini merupakan pindaan yang kecil atau berbangkit.

IMPLIKASI KEWANGAN

Rang Undang-Undang ini tidak akan melibatkan Kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan.