Download - Tokoh Tempatan & Antarabangsa
1.0 PENGENALAN
Pendidikan Moral Pengajian Asas ialah satu matapelajaran
penyuburan diri yang menekankan kepada perkembangan moral dan
pembentukan nilai individu. Pelajar KPLI-SR yang mengambil matapelajaran
ini telah diberikan amanah untuk membuat kerja kursus pendek sebagai salah
satu syarat dalam pembelajaran Pendidikan Moral Pengajian Asas. Pelajar
diberi masa selama 3 minggu untuk menyiapkan kursus jangka pendek ini
secara individu dan diberikan topik yang berbeza - beza. Topik yang saya
akan terangkan dalam kursus jangka pendek ini ialah “ Tokoh - tokoh
Tempatan dan Antarabangsa ”.
Secara jujurnya, topik ini merupakan antara topik kegemaran saya dan
saya berasa sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk mengkaji 2 orang
tokoh yang amat saya segani. Topik ini akan dibahagikan kepada 2 iaitu
Tokoh Tempatan dan Tokoh Antarabangsa. Latar belakang tokoh dan
sumbangan yang telah diberikan akan diceritakan dengan lebih lanjut dalam
kerja kursus pendek ini. Tokoh Tempatan yang saya pilih ialah bekas
Perdana Menteri Negara kita iaitu Tun Dr. Mahathir Muhamad manakala
Tokoh Antarabangsa ialah Bill Gates. Antara sebab mengapa saya memilih 2
orang Tokoh ini ialah kerana keberanian mereka dalam membuat keputusan,
kepintaran dan kekuatan diri menghadapi cabaran hidup yang mana boleh
dijadikan iktibar dalam kehidupan kita seharian. Sifat merendah diri dan suka
memberikan sumbangan kepada orang yang memerlukan juga perlu dicontohi
oleh semua orang.
1
2.0 TOKOH
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tokoh didefinisikan sebagai
orang yang kenamaan dan orang yang terkemuka ( dalam apa – apa bidang
seperti bidang politik, kebudayaan, agama dan lain – lain ). Ciri-ciri seorang
tokoh ialah berani, pintar, tidak mudah berputus asa, bertanggungjawab dan
banyak lagi sifat – sifat yang yang dikagumi dan boleh dicontohi oleh semua
orang. Tokoh juga disifatkan sebagai seseorang yang telah banyak
memberikan sumbangan yang besar kepada negara atau dunia.
2.1 TOKOH TEMPATAN
Tokoh tempatan ialah tokoh di dalam negara itu sendiri yang sangat
dihormati dan telah diiktiraf. Seseorang tokoh tempatan merupakan tokoh
yang telah dilahirkan di negara kita Malaysia dan telah banyak memberi
sumbangan kepada negara. Tokoh yang akan dibincangkan dalam kursus
jangka pendek ini ialah bekas Perdana Menteri ke - 4 kita iaitu Tun Dr.
Mahathir Muhamad iaitu salah seorang tokoh politik di Malaysia.
2
2.1.1 LATAR BELAKANG
TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
Tun Dr. Mahathir atau dikenali sebagai “ Dr. M ”dilahirkan pada hari
Jumaat tanggal 20 Disember 1925. Putera kepada pasangan Mohamad bin
Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafi ini dilahirkan di rumah
bernombor 18, Lorong Kilang Ais, bersebelahan dengan Jalan Pegawai,
Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Beliau merupakan anak bongsu
dikalangan sembilan(9) orang adik-beradik. Dr. Mahathir memulakan alam
persekolahan di Sekolah Melayu Seberang Perak pada tahun 1930 selama
dua tahun. Beliau melanjutkan pengajian menengah di Goverment English
School, Alor Setar yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid.
Beliau tamat dengan keputusan Senior Cambridge yang cemerlang pada
tahun 1945.
3
Dalam tahun 1947, selepas tamat pengajian peringkat menengah, Dr.
Mahathir telah ditawarkan biasiswa Kedah untuk melanjutkan pelajaran dalam
bidang perubatan di King Edward VII College of Medicine, Singapura.
Semasa di Kolej, beliau merupakan seorang pelajar yang tekun dan
bersungguh-sungguh dalam pelajaran, aktif dalam sukan ragbi dan sentiasa
mengambil berat tentang kebajikan pelajar-pelajar lain. Pada tahun 1953,
beliau telah dianugerahkan kelulusan Ijazah Doktor Perubatan (M.B.B.S) dari
University of Malaya, Singapura. Berbekalkan kelulusan berkenaan, Dr.
Mahathir telah memulakan perkhidmatannya dalam kerajaan dengan menjadi
doktor pelatih di Hospital Besar Pulau Pinang. Pada tahun 1954, Dr. Mahathir
telah dilantik sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Besar Alor Setar bagi
memenuhi kontrak biasiswanya. Beliau juga telah memberikan khidmat
perubatan di Langkawi, Jitra dan Perlis.
Perkenalan dengan seorang gadis dari Selangor bernama Siti Hasmah
Mohd Ali (kini Tun Dr. Siti Hasmah) yang mengikuti bidang pengajian yang
sama di King Edward VII Collage of Medicene berlanjutan sehingga mereka
menamatkan pengajian masing-masing. Hubungan erat yang terjalin semasa
di Singapura telah diakrabkan lagi setelah kedua-duanya diijabkabulkan
sebagai suami isteri pada Ogos 1956. Pasangan bahagia ini telah dikurniakan
tujuh orang cahayamata iaitu Marina (kini Datin Paduka Marina), Mirzan,
Melinda, Mokhzani (kini Datuk Mohzani), Mukriz ( kini Datuk Mukriz), Maizura
dan Mazhar.
4
Gambar perkahwinan Tun Dr Mahathir dengan Tun Dr Siti Hasmah pada
6 Ogos 1956
2.1.2 SEMANGAT PERWIRA
Rakyat Malaysia wajar mencontohi semangat yang di tunjukkan oleh Tun
sepanjang tempoh pemerintahan nya dan dari segi pemikiranya. Sikap sikap
yang patut di tauladani dan dikenang oleh segenap rakyat Malaysia adalah
seperti berikut:
Tabah didalam mengejar karier politiknya. Beliau pernah digantung
keanggotaan UMNO buat seketika tetapi masih sayangkan UMNO
Tidak tunduk kepada tekanan kerajaan asing untuk menguasai
Malaysia dari segi ekonomi
Membangunkan projek mega seperti KLCC dan Putrajaya yang dapat
menonjolkan Malaysia sebagai negara membangun yang progresif
5
Membangunkan system pendidikan yang menyeluruh dan dapat
meningkatkan golongan professional secara pantas dan berkesan
Amat menepati masa didalam jadual hariannya. Tun berada di pejabat
pada jam 8 pagi jika tiada urusan lain
Amat merendah diri, Tun masih tetap pergi membeli belah di pekan
rabu walaupun bergelar Perdana Menteri
Mampu menjadi ketua yang dihormati oleh semua kaum tanpa mengira
keturunan & agama
Pantas dan berani membuat keputusan yang penting dan sukar seperti
ketika kegawatan ekonomi 1997-2000
Mempunyai pemikiran yang jauh terutamanya dalam mengenal pasti
peluang dan keperluan rakyat Malaysia. Contohnya semua projek yang
dikatakan membazir oleh penentangnya seperti Jampatan Pulau
Pinang, KLCC, KLIA adalah salah sama sekali, sebaliknya membantu
pembangunan Malaysia.
Tetap menghormati semua pemimpin Malaysia yang lepas walaupun
beliau lebih menyerlah berbanding mereka
Tidak mudah melatah atau tersinggung dengan komen - komen yang
tidak berasas terhadap dirinya atau ahli keluarganya
Tun merupakan pemidato yang hebat, beliau tidak memerlukan skrip
untuk berhujah malah mampu mengalahkan pemimpin luar negara dari
negara maju
6
2.1.3 KERJAYA
Pada tahun 1957, setelah tamat kontraknya dengan kerajaan, Dr.
Mahathir dengan bantuan dan kerjasama Dr. Siti Hasmah telah membuka
klinik persendirian yang bernama Klinik MAHA, di Jalan Tunku Ibrahim, Alor
Setar. Klinik MAHA merupakan klinik Melayu pertama di Negeri Kedah. Selain
daripada perkhidmatan perubatan, klinik MAHA juga telah menjadi pentas
untuk beliau menjalankan aktiviti-aktiviti perkhidmatan komuniti setempat.
Keperihatinan beliau terhadap masalah ekonomi dan politik Melayu telah
diluahkan dalam bentuk rencana-rencana yang diterbitkan oleh Sunday Times
di bawah nama pena 'C.H.E Det' antara tahun 1946-1950. Penulisan
merupakan satu dari minat Dr. Mahathir hinggalah ke hari ini. Pada tahun
1945, semasa beliau masih dibangku sekolah, Dr. Mahathir telah menjadi
penyunting Darulaman, majalah rasmi keluaran Kolej Sultan Abdul Hamid.
Beliau juga berkhidmat sebagai penyunting sebuah majalah yang diterbitkan
oleh kolej perubatan di mana beliau menuntut. Kegigihan dan semangat untuk
menyuarakan pendapat melalui penulisan telah menyebabkan beliau
menghasilkan pelbagai jenis penerbitan termasuklah buku "Dilema Melayu"
yang diterbitkan dalam tahun 1970.
Selain daripada menulis, Dr. Mahathir juga merupakan seorang yang
rajin membaca dan berpegang teguh kepada prinsip bahawa pembelajaran
adalah proses seumur hidup. Tuntutan profesional dan politik juga tidak
menghalang beliau untuk menjadikan seni pertukangan kayu sebagai satu
7
hobi. Dr. Mahathir dikenali sebagai seorang yang kreatif dan pernah
mengikuti kursus pertukangan kayu di Great Britain untuk mempertingkatkan
tahap kemahiran beliau. Dalam tahun 1989, berdasarkan minat yang
berterusan dalam bidang ini, Dr. Mahathir telah dianugerahkan Honorary
Freedom of the Worshipful Company of Carpenters oleh British Carpenters
Society.
2.1.4 PENGLIBATAN POLITIK
Penglibatan Dr. Mahathir di dalam arena politik tidak begitu ketara
dalam tahun-tahun 1950an disebabkan beliau masih menuntut di Universiti.
Walau bagaimanapun, beliau terus menulis esei dan komentar mengenai isu-
isu sosio-politik negara di akhbar The Straits Times. Perletakan jawatan
sebagai doktor kerajaan pada tahun 1957 telah membolehkan Dr. Mahathir
bergiat dalam bidang politik. Beliau telah dipilih untuk bertanding pada
pilihanraya negeri tahun 1959, tetapi menolaknya. Semasa pilihanraya umum
tahun 1964, Dr.Mahathir diberi kepercayaan menjadi calon dan seterusnya
berjaya memenangi kerusi Parlimen Kota Setar di atas tiket Parti Perikatan.
Bermula dari sinilah beliau menempa nama di kalangan masyarakat dan
senario politik negara. Selepas memenangi pilihan raya umum pada tahun
1964, Dr. Mahathir dilantik sebagai Ahli Parlimen. Bagaimanapun, beliau
hilang kerusi pilihan raya umum berikutnya iaitu pada tahun 1969.
8
Kecenderungan dan minatnya yang mendalam dalam bidang
pendidikan membolehkan beliau dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pendidikan
Tinggi yang pertama tahun 1968, Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Tinggi
pada tahun 1972, Member Of the University Court and University of Malaya
Council serta Chairman of the National University Council pada tahun 1974.
Dr. Mahathir dilantik sebagai Senator pada tahun 1974. Beliau melepaskan
jawatan ini untuk membolehkannya bertanding pada pilihan raya umum tahun
1974 yang mana beliau menang tanpa bertanding. Berikutan daripada
pilihanraya itu, Dr. Mahathir dilantik sebagai Menteri Pelajaran.
Sebagai Menteri Pelajaran, langkah pertama dalam perancangan
beliau adalah mengubah polisi pendidikan negara supaya ianya
menggambarkan usaha-usaha ke arah menghapuskan kemiskinan dan
mewujudkan keadilan untuk semua dan memastikan semua individu diberi
peluang membaiki taraf hidup mereka. Sepanjang menjadi Menteri Pelajaran,
beliau memberi peluang yang lebih kepada anak Melayu melanjutkan
pelajaran di Institut Pengajian Tinggi, mengubah kuota kemasukan, dan
beberapa kriteria kemasukan ke pusat-pusat tersebut, mengadakan biasiswa
dan menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Beliau juga
bertanggungjawab meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1975 yang
ditentang oleh ahli akademik dan mereka yang terlibat dengan pendidikan.
Sebagai seorang yang berdisplin dan tegas beliau berjaya melenyapkan
kritikan terhadap polisi-polisi pendidikan. Kini semua pusat pengajian tinggi
diuruskan di bawah Kementerian Pendidikan.
9
Kemenangan beliau di dalam pertandingan kerusi Naib Presiden dalam
Perhimpunan Agung UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) tahun
1975 telah menyumbang kepada kejayaan politik beliau. Pada 16 Julai 1981
berikutan perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tun Hussien Onn atas
sebab kesihatan, Dr. Mahathir telah dipilih menjadi Presiden UMNO dan
Perdana Menteri yang ke- 4 pada usia 55 tahun. Daripada jawatan Menteri
Pendidikan, Dr. Mahathir berpindah ke Kementerian Perdagangan dan
Industri dalam tahun 1978. Beliau juga adalah Pengerusi Jawatankuasa
Pelaburan Kabinet dimana beliau tidak putus-putus menggalakkan
perdagangan dan pelaburan asing. Kemenangan Dr. Mahathir dalam
pilihanraya umum tahun 1978 telah membolehkan beliau mengekalkan
jawatannya di dalam kabinet dan parti Dr. Mahathir digelar "Bapa Pemodenan
Malaysia" atas perjuangannya yang tidak mengenal lelah untuk
memartabatkan Malaysia ke arah Wawasan 2020 dan merupakan pemimpin
yang paling lama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, iaitu dari 16
Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003 iaitu selama 22 tahun.
2.1.5 PENCAPAIAN DAN SUMBANGAN
Pada tahun 1997, majalah Asiaweek telah menamakan Dr.Mahathir
sebagai antara 50 individu yang paling berkuasa di Asia, dimana beliau
menduduki tempat kedua dalam senarai yang dikeluarkan oleh majalah
tersebut. Penamaan beliau memang tepat kerana ekonomi dunia ketika itu
berada dalam kegawatan manakala krisis matawang melanda kebanyakan
negara di dunia terutamanya negara-negara di Asia seperti Indonesia,
10
Thailand dan Filipina. Dr. Mahathir berjaya mengawal kegawatan ekonomi
dengan menambat ringgit kepada dollar Amerika, satu pendekatan yang
mendapat kritikan hebat pada mulanya oleh badan kewangan dunia seperti
Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF). Terbukti kesannya,
Malaysia adalah satu-satunya negara yang berjaya melepaskan diri daripada
belenggu kegawatan tersebut tanpa perlu 'mengikat diri' kepada syarat-syarat
yang ditetapkan oleh IMF seperti yang berlaku kepada negara-negara lain di
Asia. Malah, Pengurus Besar IMF, Horst Kohler, pernah memuji tindakan
yang diambil Dr. Mahathir dalam mengawal matawang negara. Kedudukan
beliau sebagai Chief Executive Officer (CEO) Malaysia adalah sesuai dan
tepat dengan visi yang beliau rancang dan sasarkan. Dr. Mahathir telah
mengubah sektor ekonomi asas negara daripada sebuah negara yang
berasaskan pertanian kepada sebuah negara berasaskan perindustrian.
Detik-detik awal beliau diamanahkan menjadi Perdana Menteri Malaysia,
sektor ekonomi negara pada ketika itu banyak bergantung kepada bahan
komoditi utama seperti getah, kelapa sawit, timah dan industri petroleum yang
masih lagi diusahakan secara kecil-kecilan.
Memandangkan komoditi tidak dapat membantu mewujudkan lebih
banyak peluang pekerjaan, maka pada awal tahun 1980-an Dr. Mahathir telah
membuat keputusan untuk mempelbagaikan kegiatan ekonomi negara dan
sekaligus mengurangkan pergantungan terhadap bahan komoditi. Keputusan
yang beliau ambil adalah tepat kerana pada pertengahan tahun 1980-an,
harga bahan-bahan komoditi jatuh dengan teruk. Hal ini ditambah pula
11
dengan peningkatan nilai matawang Yen yang menyebabkan berlaku
kegawatan ekonomi selama beberapa tahun. Dr. Mahathir telah
memperkenalkan dasar Persyarikatan Malaysia iaitu suatu dasar dimana
Malaysia diandaikan sebagai sebuah syarikat dan rakyatnya sebagai pekerja
dan pemegang saham. Beberapa agensi kerajaan telah diswastakan untuk
meringankan bebanan kewangan kerajaan diantaranya Lembaga Letrik
Negara dan Jabatan Telekom telah disenaraikan sebagai korporat awam.
Persyarikatan Malaysia telah berjaya meningkatkan prestasi, daya
pengeluaran serta imej negara. Di antara langkah-langkah lain, ialah
peningkatan pembagunan industri berat seperti penubuhan industri otomotif
negara, yang menunjukkan kereta-kereta dan motosikal nasional adalah yang
terlaris di Malaysia. Usaha beliau ke arah meningkatkan penyertaan
bumiputera dalam pemilikan saham sektor perusahaan dan perdagangan
dengan penubuhan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Amanah Saham
Nasional serta Amanah Saham Bumiputera dan beberapa saham amanah
dalam porfolio PNB. Masalah kewangan sering menjadi perhatian beliau dan
antara tugas penting beliau adalah memastikan perbelanjaan kewangan
negara berada dalam keadaan terkawal. Dasar penswastaan negara ialah
contoh pengurusan kewangan beliau yang agak memberangsangkan
walaupun mencetus kontroversi di awal perlaksanaannya. Dasar yang
diperkenalkan di penghujung tahun 1980-an ini bertujuan mengurangkan
perbelanjaan oleh pihak kerajaan di samping memberi perkhidmatan yang
lebih baik.
12
Dasar ini juga membawa perubahan yang sangat besar terutamanya
dalam bidang teknologi kerana pihak-pihak yang terbabit perlu mempunyai
kepakaran dalam bidang teknologi untuk memastikan perkhidmatan yang
ditawarkan murah tetapi bermutu tinggi. Selain projek kereta nasional, satu
lagi projek besar (mega project) hasil cetusan beliau ialah Koridor Raya
Multimedia [Multimedia Super Corridor (MSC)]. Projek ini ilhamkan dan
direalisasikan memandangkan pentingnya teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) dalam dunia perdagangan masa kini dan masa depan.
Projek-projek besar yang dibangunkan dan direalisasikan semasa
pentadbiran beliau antaranya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA), Stadium Nasional Bukit Jalil, Litar Antarabangsa Sepang,
tempat perlumbaan sukan permotoran berprestij Formula One dan Menara
Berkembar Petronas(KLCC).
Projek-projek ini secara tidak langsung berjaya meletakkan Malaysia
sebagai sebuah negara sedang membangun yang dikenali dunia. Malah
corak pentadbiran dan ketegasan yang ditunjukkan oleh Dr. Mahathir semasa
menjadi Perdana Menteri menyebabkan negara ini disegani dunia. Sepanjang
tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri, Dr. Mahathir telah membawa
Malaysia ke persada kecemerlangan. Malaysia telah melalui pelbagai
pembaharuan fizikal, mental dan sosial. Malaysia telah menjadi negara yang
disegani dan dihormati di pentas dunia. Kejayaan Malaysia sebagai negara
membangun dan sebuah negara Islam yang unggul di rantau ini telah diiktiraf
dunia.
13
2.1.5 ANUGERAH
ANUGERAH DALAM NEGARATAHUN NAMA ANUGERAH NEGERI
2003 S.M.NSeri Maharaja Mangku Negara
Malaysia
2003 D.KDarjah Kerabat Yang Amat Dihormati Selangor
Selangor
2003 D.S.B.S. Darjah Satria Bintang Sarawak
Sarawak, Malaysia
2003 D.K. The Most Honourable Order Of The Royal Family Of Kedah
Kedah, Malaysia
2002 D.K. The Most Esteemed Order Of The Royal Family Of Kelantan
Kelantan, Malaysia
1997 Tuanku Syed Putra Of Perlis Royal Outstanding Award
Perlis, Malaysia
1997 S.S.A.P.Knight Commander Of The Sultan Ahmad Shah
Pahang, Malaysia
1996 Fellowship of The International College of Surgeons
Malaysia
1996 Anugerah Cemerlang Perlis, Malaysia1995 D.K.
The Most Esteemed Order Of The Royal Family Of Tuanku Syed Putra
Perlis, Malaysia
1994 Wira Keadilan Pasir Mas Foundation1992 Melaka Historical City's Honorary
Citizen AwardMelaka
1991 Wira Nusa Raya UMNO, Sabah1989 D.K.(I)
The Most Esteemed Order Of The Royal Family Of Johor
Johor, Malaysia
1988 D.U.K. Kedah Order Of Merit
Kedah, Malaysia
1985 'FAR', Father of Modern Development By the Pasir Salak UMNO Division
Pasir Salak
1985 P.I.SSultan Ibrahim Medal I
Johor, Malaysia
1982 D.U.N.MKnight Grand Commander Of The Most Honourable Order Of MelakaANUGERAH DALAM NEGARA
Melaka, Malaysia
1982 S.S.M.TSeri Setia Sultan Mahmud Terengganu
Terengganu
1982 D.K.N.SThe Most Esteemed Order Of The
Negeri Sembilan, Malaysia
14
Royal Family Of Negeri Sembilan1981 D.U.P.N
Knight Grand Commander Of The Most Honourable Order Of Pulau Pinang
Pulau Pinang, Malaysia
1981 S.P.D.KSeri Panglima Darjah Kinabalu
Sabah, Malaysia
1981 S.P.C.M Seri Paduka Cura Si Manja Kini
Perak, Malaysia
1980 D.P.Sarawak Dato Patinggi Bintang Kenyalang
Sarawak, Malaysia
1979 S.P.M.J. Dato' Seri Paduka Mahkota Johor
Johor, Malaysia
1978 S.P.M.S. Seri Paduka Mahkota Selangor
Selangor, Malaysia
1977 D.S.D.K. Seri Setia DiRaja Kedah, Kedah
Kedah, Malaysia
1977 SSAP Pahang, Malaysia1976 The Second Tun(Dr) Ismail Oration
Academy of MedicalMalaysia
1965 Pingat Perak Perak, Malaysia
Anugerah dalam Negara Tun Dr. Mahathir Muhamad
2.1.6 RUMUSAN
Walaupun Dr. Mahathir Muhamad merupakan bekas Perdana Menteri
Malaysia, namun segala pengorbanan dan sumbangan beliau kepada negara
Malaysia akan dikenang dan diteruskan oleh generasi – generasi akan
datang. Corak pemerintahan dan disiplin beliau merupakan faktor – faktor
yang telah membawa Malaysia maju ke hadapan setanding dengan negara –
negara luar yang lain. Begitulah kehebatan Dr. Mahathir Muhamad yang tidak
pernah jemu memikirkan langkah yang terbaik untuk negara.
2.2 TOKOH ANTARABANGSA
15
Tokoh antarabangsa ialah tokoh yang sangat dihormati dan telah
diiktiraf di peringkat antarabangsa dan telah banyak memberi sumbangan di
peringkat antarabangsa. Tokoh antarabangsa yang akan dibincangkan dalam
kursus jangka pendek ini ialah William Henry Gates III atau lebih dikenali
sebagai Bill Gates iaitu Pegawai Eksekutif untuk Microsoft Corporation ,
sebuah syarikat perisian terbesar di dunia.
2.2.1 LATAR BELAKANG
BILL GATES
William Henry Gates III atau Bill Gates dilahirkan di Seattle’s Swedish
Hospital di Seattle, Washington pada 28 Oktober 1955. Beliau ialah ahli
perniagaan Amerika Syarikat dan pengasas Microsoft Corporation (bersama
Paul Allen). Beliau adalah anak kedua kepada William Henry Gates Junior,
seorang peguam ternama, dan Mary Maxwell, bekas guru sekolah. Beliau
juga adalah pengerusi, bekas Ketua Perisian Arkitek dan bekas Ketua
Pegawai Eksekutif untuk Microsoft Corporation , sebuah syarikat perisian
16
terbesar di dunia. Bill Gates ialah salah seorang ahli perniagaan yang amat
terkenal dalam revolusi komputer peribadi. Beliau sangat dihormati ramai
dengan kekayaaan berdasarkan kepintaran dan cara pemikirannya.
Bill Gates mengahwini bekas pengurus produk di syarikatnya, Melinda
French yang berasal dari Dallas, Texas pada 1 Januari, 1994 di Hawaii.
Mereka dikurniakan tiga anak, Jennifer Katharine Gates (April 26, 1996), Rory
John Gates (Mei 23, 1999) and Phoebe Adele Gates (2002). Apabila
diwawancara oleh Wired News pada 12:35 PM Nov. 12, 2002, mengenai
harta kekayaan dan masa depan anak-anaknya, beliau menjawab "Saya rasa
tidak baik untuk anak-anak membesar dengan mewarisi harta kekayaaan
yang berbillion". Tambah Bill Gates lagi, beliau akan memastikan anak-
anaknya hidup senang dan dijaga dengan baik. Bill Gates juga berkata, anak-
anaknya hanya akan mewarisi USD $10 million seorang.
Selain itu, Bill Gates kerap membuat sumbangan dengan
mendermakan jumlah wang yang besar kepada banyak organisasi dan
program kajian sains menerusi yayasan yang ditubuhkan beliau pada tahun
2000, Bill & Melinda Gates Foundation. Majalah Forbes, menyenaraikan
beliau sebagai orang terkaya di dunia untuk 13 tahun berturut-turut, dengan
nilai sebanyak $60 bilion sehingga.
2.2.2 MASA MUDA
17
Bill Gates merupakan pelajar cemerlang ketika di sekolah rendah
terutama dalam mata pelajaran matematik dan sains. Pada umur 13 tahun,
Bill Gates dihantar belajar ke Lakeside School For Boys, sekolah yang paling
unggul di Seattle. Bill Gates menunjukkan minat yang amat tinggi dalam
pengaturcaraan GE menggunakan BASIC dan diberi kelonggaran tidak
menghadiri kelas matematik untuk minatnya itu. Pada usia 14 tahun, Bill
Gates memulakan syarikat usahasama bersama Paul Allen dan Paul Gilbert
yang dipanggil Traf-O-Data. Bill Gates, menurut sumber akhbar mendapat
markah 1590 untuk SAT (Kelayakan unutk memasuki universiti di Amerika
Syarikat) dan memohon untuk memasuki Universiti Harvard pada musim
luruh 1973 dalam bidang undang-undang. Ketika belajar di universiti tersebut,
beliau berkenalan dengan Steve Ballmer yang kini memegang jawatan
sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Microsoft Corporation.
Bill Gates kemudiannya menubuhkan syarikat, Micro-Soft, bersama
Paul Allen dan mengambil cuti belajar dari Harvard untuk memulakan
perniagaan barunya. Microsoft BASIC menjadi perisian yang popular kepada
ramai pengemar komputer dan sumber kodnya disalin dan diedar secara
meluas kepada komuniti – komuniti peminat komputer. Microsoft memutuskan
kerjasamanya dengan MITS pada penghujung 1976 dan meneruskan
pembinaan bahasa pengatucaraan perisian (programming language software)
untuk pelbagai sistem.
18
2.2.3 KEKAYAAN DAN PELABURAN
Bill Gates merupakan antara senarai tetap majalah Forbes untuk "400
Orang terkaya di Amerika Syarikat” ( dari tahun 1993 sehingga 2006; dan
mendapat tempat nombor 1 untuk senarai orang terkaya di dunia dari 1995
sehingga 2007 ( kecuali 1997 ). Selain dari Microsoft, Bill Gates juga ada
membuat pelaburan di dalam syarikat lain. Beliau membuka syarikat Corbis,
syarikat imej digital pada tahun 1989. Pada tahun 2004, beliau menjadi
pengarah di Berkshire Hathaway, syarikat pelaburan yang diketuai oleh
rakannya Warren Buffett.
2.2.4 DANA SUMBANGAN DAN KEBAJIKAN
Pada tahun 2000, Bill Gates menubuhkan Bill & Melinda Gates
Foundation, sebuah yayasan amal bersama isterinya. Yayasan ini memberi
dana - dana termasuk biasiswa kolej kepada yang kurang berkemampuan
untuk membayar yuran pelajaran, ubat-ubat untuk AIDS, membantu pesakit-
pesakit di negara-negara dunia ketiga dan banyak lagi. Dalam tahun 2000
juga, yayasan ini telah menyumbangkan USD$210 juta kepada Universiti
Cambridge di atas nama Gates Cambridge Scholarships. Yayasan Bill &
Melinda Gates juga telah menyumbangkan lebih dari USD$7 juta kepada
banyak organisasi termasuk United Negro College Fund. Menurut majalah
Forbes keluaran tahun 2004, Bill Gates telah menderma lebih dari USD$29
billion dari tahun 2000 ~ 2004 sahaja.
19
Salah satu dari minat utama Bill Gates ialah untuk memperbaiki kualiti
sekolah-sekolah umum di Amerika Syarikat. Beliau telah memberi banyak
sumbangan untuk mencapai matlamat beliau dan juga muncul dalam Oprah
Winfrey untuk menekankan isu - isu yang ada di dalam sistem pembelajaran
Amerika. Beliau juga muncul di majlis kongres Amerika Syarikat untuk
membentangkan isu tersebut.
2.2.5 ANUGERAH DAN PENGHORMATAN
Majalah TIME menamakan Bill Gates sebagai orang nombor 1 dalam
100 yang paling berpengaruh untuk abad ke-20 dan juga pada tahun 2004,
2005 dan 2006. Bill Gates dan Oprah Winfrey adalah 2 orang yang mendapat
tempat di dalam keempat-empat senarai tersebut. Majalah TIME juga
menamakan Bill Gates, isterinya Melinda, dan penyanyi utama kumpulan U2,
Bono sebagai “Persons of the Year” pada tahun 2005 untuk sumbangan
besar yang diberi di dalam misi kemanusiaan. Pada tahun yang sama, pada
bulan Mac, Bill Gates dianugerahkan darjah kesatriaan “Knight Commander
of the Order of the British Empire” daripada Ratu Elizabeth II. Pada tahun
2006, beliau dianugerahkan dengan “Premio Príncipe de Asturias en
Cooperación Internacional”. Bill Gates juga mendapat tempat ke-8 oleh
majalah New Statesman pada tahun 2006 sebagai "Heroes of our time”.
Bill Gates tersenarai di dalam Sunday Times “Power List” pada tahun
1999, sebagai “CEO of the year“ oleh majalah Chief Executive Officers pada
tahun 1994, tempat pertama di dalam "Top 50 Cyber Elite" oleh majalah TIME
20
pada tahun 1998, tempat ke-2 di dalam Upside Elite 100 pada tahun 1999
dan disenaraikan oleh The Guardian sebagai "Top 100 influential people in
media" pada tahun 2001. Bill Gates menerima 3 sarjana kedoktoran dari
Nyenrode Business Universiteit, Breukelen, Belanda pada tahun 2000, Royal
Institute of Technology, Stockholm, Sweden pada tahun 2002 dan Waseda
University, Tokyo, Jepun pada tahun 2005. Para entomology menamakan
bunga Eristalis gatesi, sebagai penghormatan kepada Bill Gates.
Bill Gates dan Melinda menerima “Prince of Asturias Award” dari
International Cooperation pada Mei, 4, 2006, sebagai penghormatan di atas
kerja-kerja amal dan sumbangan yang diberikan. Pada November 2006,
beliau dan isterinya dianugerahkan dengan “Order of the Aztec Eagle” untuk
kerja amal dan sumbangan mereka di dalam kesihatan dan pendidikan
sedunia, terutamanya di Mexico untuk program "Un país de lectores".
2.2.6 RUMUSAN
Secara kasarnya, Bill Gates ialah seorang tokoh yang sangat istimewa
kerana telah berjaya mencipta Microsoft dan mana telah digunakan secara
meluas di hari ini. Pemikiran beliau yang sangat pintar dan berani mencuba
membuatkan beliau layak mendapat gelaran nombor 1 untuk senarai orang
terkaya di dunia. Kerendahan hati beliau dengan mendermakan sejumlah
21
wang yang besar untuk yuran pelajaran yang tidak mampu, ubat-ubat untuk
AIDS dan membantu pesakit-pesakit di negara-negara dunia ketiga.
3.0 REFLEKSI DIRI
Mengenali kedua – dua tokoh ini dengan lebih mendalam merupakan
satu pengalaman yang saya sangat hargai. Kedua – dua mereka merupakan
individu yang berbeza namun mempunyai matlamat yang hampir sama.
Terlalu banyak perkara yang boleh diambil dan dipelajari daripada kedua –
dua tokoh ini seperti semangat tinggi, keberanian, tidak mudah berputus ada
bersikap rendah diri. Adalah suatu yang panjang untuk menceritakan tentang
sifat – sifat yang dikagumi yang ada pada Tun Dr. Mahathir Muhamad, tetapi
yang lebih penting adalah aspek pengamalan sifat tersebut dalam diri orang
lain pula kerana ‘ acuan yang baik jugalah akan menghasilkan kuih yang
berkualiti ’.
Bill Gates pula merupakan antara Tokoh Antarabangsa yang berani
mencuba sesuatu yang baru dan mencabar kemampuan diri. Sikap Bill Gates
yang sering membuat sumbangan dengan mendermakan jumlah wang yang
besar kepada banyak organisasi dan program kajian sains menerusi yayasan
yang ditubuhkan beliau perlu dicontohi oleh semua orang. Selain itu,kerja
amal dan sumbangan beliau di dalam kesihatan dan pendidikan sedunia telah
banyak membantu rakyat di dunia ini. Walaupun beliau merupakan orang
yang terkaya, kerendahan hati beliau untuk hidup secara sederhana perlu
dicontohi oleh sesiapa sahaja. Maka jelaslah bahawa setiap Tokoh – tokoh ini
22
mempunyai keistimewaan dan kekuatan masing – masing yang sangat sesuai
dijadikan contoh kepada generasi akan datang.
23