Download - Model, Kaedah Dan Teknik Pengajaran
MODEL, PENDEKATAN, STRATEGI, KAEDAH DAN
TEKNIK PENGAJARAN
Penerangan Konsep
Model pengajaran• Merujuk kepada kerangka yang merangkumi
keadaan kandungan, strategi serta iklim social bilik darjah yang dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran untuk murid kita.
• Ialah strategi preskriptif yang direka bentuk untuk mencapai matlamat pengajaran.
• Terdiri daripada prosedur-prosedur mudah pengajaran dan pembelajaran boleh dijadikan panduan kepada perancang dan guru.
• Menyediakan struktur hala tuju untuk guru.
• Membantu guru memperoleh maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan aktiviti susulan yang perlu diambil untuk penambahbaikan.
Pendekatan:• cara mendekati sesuatu, iaitu bagaimana
sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektif jangka panjang.
Strategi pengajaran:• Suatu kemahiran merancang dan menguruskan
kaedah dan teknik pengajaran untuk mencapai hasil pembelajaran.
Kaedah Pengajaran:• Cara mengelolakan dan menggunakan teknik, isi
pelajaran dan alat bantu mengajar untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran.
Teknik Pengajaran:
• Merupakan satu kemahiran atau cara melasanakan penyampaian bahan pengajaran kepada pelajar dari segi langkah-langkah dalam aktiviti pembelajaran.
• Merujuk kepada suatu kemahiran guru untuk mengelolakan dan menjalankan langkah-langkah dalam aktiviti pembelajaran bagi mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahan pengajaran.
Model Pengajaran
Model Pengajaran Behaviorisme• Asas teoritikal yang umum berasakan teori
pembelajaran sosial, modifikasi tingkah laku dan terapi tingkah laku memberikan hala tuju kepada pembentukan model pengajaran.
• Model ini menumpukan kepada tingkah laku yang dapt diperhati dan tugasan yang jelas serta cara untuk memaklumkan kemajuan kepada murid.
Model Pengajaran Behaviorisme
model pembelajaran
sosial
Modelpembelajaran
masteri
pengajaran langsung
Pengajaran Langsung• Merupakan satu pendekatan untuk pengajaran
kemahiran-kemahiran asas di mana pelajaran terarah kepada matlamat dan persekitaran pembelajaran adalah berstruktur
• Mengikut Arends, pengajaran langsung merupakan satu cara berkesan untuk mengajar pengetahuan dan kemahiran asas kepada murid.
• Memudahkan cara pembelajaran.
• Jenis pengajaran yang terarah guru dan mengikut satu sturktur tetap dengan langkah-langkah spesifik untuk membimbing pelajar ke arah mencapai hasil pembelajaran yang eksplisit.
• Guru akan mengekalkan kawalan lokus terhadap proses pengajaran dan memantau pembelajaran pelajar sepanjang proses.
• Guru merekacipta perkembangan pengajaran yang sesuai dengan umur pelajar dan berperingkat-peringkat.
Pengajaran langsung terdiri daripada tiga aspek:
Aliran aktiviti pengajaran.
Jenis hasil pembelajaran pelajar.
Persekitaran pembelajaran.
• Berpusatkan guru dan mempunyai lima langkah iaitu
1. penentuan set;
2. penerangan/demonstrasi;
3. praktis/latihan terbimbing;
4. maklum balas;
5. amalan/praktis lanjutan.
• Prinsip-prinsip Pembelajaran Lansung1. Pengenalan/ review2. Perkembangan3. Amalan terbimbing4. Penutup5. Latihan kendiri(independent)6. Penilaian
• Proses Pengajaran Langsung1. Pengenalan/ review2. Perkembangan 3. Latihan Terbimbing4. Penutup5. Latihan Kendiri6. Penilaian
Pembelajaran Masteri• Ialah satu kaedah pengajaran secara individu yang
menggunakan kurikulum berstruktur dan dibahagikan kepada unit-unit kecil pengetahuan serta kemahiran yang akan dipelajari.
• Mengikut Bloom, pembelajaran masteri merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan murid dalam sesuatu perkara diajar.
• Anderson dan Block – ialah satu set idea dan amalan pengajaran secara individu yang dapat membantu murid untuk belajar secara konsisten.
• Merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasilkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya.
• Prinsip-prinsip Pembelajaran Masteri:1. Semua murid normal boleh menguasai apa-apa
yang diajar oleh guru.
2. Pembelajaran dipecah kepada unit-unit kecil di mana pengetahuan disusun daripada mudah kepada sukar supaya mudah difahami oleh murid.
3. Masa yang diperuntukkan harus mencukupi dan fleksibel untuk semua murid mencapai objektif.
4. Guru berkeyakinan bahawa semua pelajar yang berbeza boleh menguasai apa-apa yang diajar.
5. Guru harus merancang dan mempelbagaikan kaedah mengajar dengan mengambil kira gaya pembelajaran pelajar yang berbeza.
6. Guru digalakkan untuk mempelbagaikan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya mereka dapat menguasai apa-apa yang diajar dalam masa yang paling singkat.
• Antara kemahiran guru dalam pembelajaran masteri ialah:
a) Mendiagnosis murid untuk mengetahui tahap pencapaian murid
b) Mengetahui perbezaan antara murid
c) Menggunakan pelbagai kaedah pengajaran serta merancang pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan.
d) Menguruskan pelbagai bahan bantu mengajar
e) Menyimpan rekod kemajuan murid
f) Menjalankan penilaian sumatif untuk mengesan hasil pembelajaran
g) Merancang serta melaksanakan aktiviti pemulihan dan pengayaan yang sesuai.
Model Pemprosesan Maklumat
• Jenis-Jenis Ingatan1. Daftar Sensori/ Deria
• Input utama daripada penglihatan dan bunyi• Pemprosesan berlaku dalam 3-5 saat• Input disalur kepada ingatan jangka pendek
untuk pemprosesan sebenar
2. Ingatan Jangka Pendek– Berada dalam keadaan aktif selama 15-20 saat
tanpa latihan dan lebih lama jika di praktis
– 3 cara untuk menangani tugasan kognitif:• Chunk: bahagikan kepada bahagian kecil dan
proses satu per satu pada satu ketika• Kemahiran praktis sehingga mencapai tahap
automatik• Elaborative reherseal
– Maklumat akan hilang/ pudar jika tidak diulangi dalam masa 20 saat
3. Ingatan Jangka Panjang dan Simpanan– Merupakan stor pengetahuan yang kekal– 3 kategori
• Semantik: ingatan untuk makna yang disimpan sebagai proposisi, imej dan skema
• Episodik: ingatan maklumat yang terikat kepada suatu tempat dan masa tertentu(peristiwa kehidupan)
• Prosedural: ingatan bagaimana melakukan sesuatu
Pengajaran Konsep
• Matlamat – Membantu pelajar memperoleh pemahaman
mata pelajaran yang dipelajari – Menyediakan asas untuk pemikiran tahap tinggi
Satu pelajaran konsep merangkumi 4 fasa:
Kemukakan matlamat
contoh-contoh input
Ujian untuk pencapaian konsep
Analisis proses pemikiran pelajar
• 3 Jenis Konsep – Konsep Konjuntif
• Konsep yang dikelaskan mengikut struktur peraturan yang tetap
– Konsep Disjuntif • Konsep yang mempunyai ciri-ciri yang lebih luas
dan tiada peraturan struktur yang tetap
– Konsep di mana struktur peraturan bergantung pada perkaitan/ perhubungan
Pengajaran Ekspositori
• Dikemukakan oleh Ausubel• Berkisar tentang bagaimana individu belajar banyak
bahan yang bermakna daripada pelajaran verbal/ teks
• Proses utama dalam pembelajaran ialah subsumpsi iaitu menggabungkan maklumat baru ke dalam maklumat sedia ada dengan membuat perkaitan antara idea baru dan idea sedia ada
• Ia menekankan pembelajaran verbal yang bermakna bukannya pembelajaran hafalan
• Pembelajaran ekspositori menggunakan pendekatan deduktif iaitu daripada umum kepada spesifik
• Pelajaran sebegini akan bermula dengan penyusunan awal
Penyusunan Awal
– Merujuk kepada maklumat yang dipersembahkan sebelum pembelajaran dan digunakan untuk menyusun dan menginterpretasi maklumat baru.
– Bertujuan untuk mengaitkan idea baru dengan idea lama serta menggerakkan struktur kognitif pelajar supaya proses asimilasi maklumat baru lebih mudah dan berkesan.
Ciri-ciri Penyusunan Awal 1. Dikemukakan pada tahap keabstrakan yang lebih
tinggi dan gambaran umum.
2. Mengintegrasi dan membuat perkaitan kandungan pelajaran sebelum pengajaran.
3. Merupakan gambaran umum dan kesimpulan di mana idea-idea utama ditekankan.
4. Penyusunan awal dalam bentuk gambaran umum yang berkesan harus mengarah perhatian kepada kandungan, menonjolkan perkaitan dan mengingatkan pelajar tentang maklumat relevan yang tidak diketahui.
5. Merupakan jambatan yang membina perkaitan luar dengan pengetahuan sedia ada yang relevan.
6. Meransang asimilasi maklumat yang akan dipelajari ke dalam skema-skema yang sedia ada.
7. Mengaktifkan pengetahuan sedia ada dan mengingat kembali maklumat yang kita sudah tahu.
8. Menyediakan scaffolding, iaitu sokongan untuk maklumat baharu.
9. Berperanan untuk memfokuskan apa-apa yang penting tentang bahan yang akan diajar.
10. Dapat menghindarkan pelajar daripada menghafal
11. Penyusunan awal yang konkrit adalah lebih baik daripada abstrak.
• 2 Jenis Penyusunan Awal
– Penyusunan Awal Perbandingan • Digunakan apabila maklumat baru hampir sama
dan bertujuan mengaktifkan pengetahuan sedia ada.
– Penyusunan Awal Ekspositori • Digunakanan apabila pengetahuan yang akan
diajar adalah baru dalam bentuk pernyataan/ dalam bentuk definisi yang umum.
• 3 Fasa Utama dalam Pengajaran Ekspositori
1. Penyusun awal menghubungkait maklumat baru dengan skema sedia ada dan dikemukakan kepada pelajar.
2. Bahan baru disampaikan melalui kuliah, perbincangan, filem/ tugasan pelajar untuk mengekalkan perhatian pelajar dan organisasi yang jelas tentang bahan.
3. Pengukuhan organisasi kognitif di mana guru cuba mengaitkan maklumat baru ke dalam struktur yang digambarkan dalam penyusun awal.
Model Synectics dalam Pengajaran dan
Pembelajaran
• Synetics ialah aplikasi kreativiti seperti membuat analogi dan metafora
• Elemen utama ialah penggunaan analogi, di mana pelajar menggunakan analogi untuk menyelesaikan masalah/ membentuk idea-idea baru
• Bertujuan memberi peluang mereka cipta cara-cara baru memerhati, meluahkan sesuatu serta mendekati masalah
Langkah-langkah dalam Pendekatan Penyelesaian Masalah Synetics :
Pengenalpastian Masalah
Mengenal pasti hasil yang diingini
Penjelajahan/ Penjanaan idea
Padanan
Respons diperincikan
Cadangan
Pengenalpastian penyelesaian yang munasabah
• Model Sosial
– Direka cipta untuk mengambil peluang demi membina komuniti pembelajaran.
– Tujuan:• Membantu pelajar menajamkan pemikiran
melalui interaksi dengan orang lain.• Cara bekerjasama dengan individu lain secara
produktif.• Bagaimana dapat berfungsi sebagai ahli dalam
pasukan/kumpulan.
• Menekankan kepada penyiasatan atau penerokaan secara kumpulan (pembelajaran koperatif & main peranan).
• Melatih pelajar menggunakan kemahiran mendengar dan memahami konteks, berkebolehan menyusun maklumat serta-merta dan merangka soalan untuk memperoleh data serta dapat menggabung semua maklumat untuk menyelesaikan masalah. ( Joyce et al)
Pembelajaran Koperatif
• Membantu pelajar dalam menguasai kadungan pembelajaran.
• Membantu memperoleh kemahiran dalam aspek sosial dan perhubungan manusia.
• Pembelajaran Koperatif berkisar atas 3 perkara:– Pencapaian akademik – Penerimaan kepelbagaian – Kemahiran sosial
• Ciri-ciri Model Pembelajaran Koperatif – Tugasan Koperatif – Matlamat – Struktur Ganjaran
• Konsep Utama Pembelajaran Koperatif:– Pembelajaran Koperatif:
• Merujuk kepada satu set strategi pengajaran yang merangkumi interaksi pelajar secara koperatif terhadap kandungan mata pelajaran.
Keinginan Untuk
Bekerjasama
Kemahiran Untuk
Bekerjasama
Prinsip-prinsip Pembelajaran
Koperatif
Struktur pembelajaran
koperatif
Pasukan Pengurusan Koperatif
6 Konsep Pembelajaran
Koperatif:
Model Main Peranan & Simulasi
• Main Peranan -merupakan satu situasi yang melibatkan pelajar memegang sesuatu peranan sama ada sebagai dirinya sendiri/individu lain.
• Tujuan:– Memberi peluang kepada pelajar melibatkan diri
dalam lakonan dan perbincangan.– Memahami tingkah laku orang lain.– Menguasai kemahiran-kemahiran seperti
kemahiran bahasa daripada laras bahasa dan sebutan.
• Pinsip-prinsip Main Peranan:a) Senario,peranan dan taklimat latar hendaklah
dipadankan (menghasilkan peranan yang menyeluruh dan menarik).
b) Pastikan pelajar memahami sesuatu situasi dan peranan sebelum memulakan aktiviti.
c) Peserta diberikan masa yang mencukupi untuk membuat persediaan.
d) Aktiviti main peranan yang paling sesuai mengambil masa antara 15 hingga 20 minit.
e) Pemerhati dikehendaki mencatat pandangan dengan menggunakan borang penilaian/senarai semak untuk memberikan pandangan.
Jenis-jenis Main Peranan:1. Memerihal
– Satu cara berkomunikasi di mana peserta memerihal sesuatu situasi/masalah.
2. Demokrasi – Menunjukkan cara melakukan sesuatu tingkah
laku/perlakuan agar pelajar lain boleh mencontohi seperti cara bertutur yang betul dalam pelbagai situasi.
3. Latihan – Melatih pelajar tentang penguasaan kemahiran
tertentu seperti kemahiran berkomunikasi.
4. Cerminan – Pelajar ditunjukkan bagaimana tingkah laku
mereka dilihat oleh orang lain.
5. Kepekaan – Cara untuk memberikan kesedaran kepada pelajar
tentang perasaan mereka terhadap satu-satu situasi/orang lain (membantu memahami perasaan orang lain dalam pelbagai situasi.
• Bentuk simulasi:1. Permainan 2. Permasalahan 3. Berbentuk persaingan 4. Koperatif
• Dalam pengajaran menggunakan model simulasi, terdapat 4 fasa:1. Fasa 1: Orientasi
2. Fasa 2: Latihan peserta
3. Fasa 3: Proses simulasi
4. Fasa 4: Perbincangan
• Contoh-contoh simulasi yang boleh dijalankan:a) Pemusatan Kepada Masalah
b) Pemusatan Kepada Penerbitan
Model Personal• Menekankan kepada pembentukan kendiri seseorang
individu dan mendorong pelajar untuk berdikari secara produktif serta mempunyai kesedaran diri dan bertanggungjawab terhadap matlamat sendiri.
• Tujuan- Membentuk personaliti yang kompetensi, bersepadu dan berkeyakinan diri.
• Matlamat- Pembentukan individu serta pencapaian harga diri individu.
• Pembelajaran Melalui Kaunseling:– Model tidak direktif(non-directive) oleh Carls
Roger menggambarkan falsafah dan teknik pengajaran model personal.
– Membentuk satu komuniti pelajar yang berdisiplin diri serta mempunyai kesedaran peribadi yang tinggi.
– Pengajaran dengan menfokuskan hubungan manusia berbanding pengajaran konsep mata pelajaran.
• Rogers menggunakan terapi sebagai cara pengajaran.
• Guru dianggap sebagai kaunselor (penekanan merupakan satu pakatan antara guru dengan pelajar).
• Guru berperanan membimbing pelajar ke arah memahami bagaimana pelajar boleh memainkan peranan utama dalam pembelajaran mereka serta membantu dalam penyelesaian tugasan dan masalah.
• Menurut Joyce et al, (2002), antara tujuan model non-directive termasuklah: – Menghala tuju pelajar ke arah kesihatan mental dan
emosi yang lebih tinggi dengan membentuk keyakinan kendiri, penghargaan diri yang realistik dan perasaan empati terhadap orang lain.
– Meningkatkan bahagian pendidikan yang menekankan keperluan dan aspirasi pelajar, di mana setiap pelajar diambil sebagai pakatan untuk menentukan apa dan bagaimana pelajar akan belajar.
– Membentuk jenis pemikiran kualitatif yang khusus seperti kreativiti dan ekspresi peribadi.
• Peranan guru :– Membantu memperjelas masalah.– Pelajar dibantu ke arah bertanggungjawab
terhadap perubahan tingkah laku untuk menyelesaikan masalah.
– Membantu pelajar mencuba dan membuat refleksi terhadap keputusan yang dibuat dalam percubaan tersebut.
– Pelajar dibimbing ke arah pembentukan perasaan empati terhadap orang lain dalam persekitaran pembelajaran.
Fasa-fasa dalam model pembelajaran non-directiveFasa 1• Kenal pasti dan mendefinisikan situasi.• Guru menggalakkan luahan perasaan pelajar. Fasa 2• Meneroka masalah.• Pelajar digalakkan untuk menerangkan masalah.• Guru menerima dan memperjelas perasaan pelajar.
Fasa 3• Membentuk pengertian baru.• Pelajar membincang masalah.• Guru memberikan sokongan kepada pelajar.
Fasa 4• Perancangan dan membuat keputusan.• Pelajar merancang untuk membuat keputusan.• Guru memperjelas keputusan-keputusan yang
mungkin diambil.
Fasa 5• Integrasi/kesepaduan.• Pelajar memperoleh pengertian lanjutan dan
membentuk tindakan yang lebih positif.• Guru memberikan sokongan kepada pelajar.
Tindakan luar daripada temu bual• Pelajar sendiri mengambil tindakan positif.
PENDEKATAN INDUKTIF
• Pendekatan induktif bermula daripada spesifik kepada umum
• Seseorang guru boleh membantu pelajar menguasai konsep atau generalisasi berasaskan pemerhatian atau contoh-contoh yang diperoleh.
• Mengikut B. Seaton (1982), pembelajaran melalui induktif sepertimana pelajar mengalami satu proses mental yang mana ia memerhati peristiwa tertentu untuk memperoleh satu generalisasi.
• Pendekatan ini menggunakan kaedah penemuan yang melibatkan proses memerhati, mengkaji dan menganalisis sesuatu aspek sebelum membuat generalisasi.
• Cara induktif merupakan satu kaedah di mana guru memulakan pengajarannya dengan memberikan beberapa contoh yang khusus dan membuat kesimpulan untuk membentuk konsep.
• Jenis pendekatan induktif digunakan bergantung pada hasil pembelajaran yang diinginkan.
PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN STRATEGI PENGAJARAN SECARA
INDUKTIF
1. Contoh haruslah releven dan sesuai untuk menerangkan sesuatu. Tambahan pula, contoh dipelbagaikan supaya generalisasi dapat dicapai dengan mudah.
2. Guru hendaklah membimbing pelajar untuk membuat kesimpulan. Berdasarkan contoh yang dikemukakan, guru bersama pelajar membuat kesimpulan umum.
3. Guru memberikan peluang kepada pelajar untuk memerhati dan menganalisis contoh agar generalisasi dapat dibuat.
4. Guru merancang aktiviti pengajaran yang berkisar daripada contoh khusus kepada suatu generalisasi atau kesimpulan umum. Langkah sedemikian akan membimbing pelajar untuk memudahkan pelajar menguasai peraturan-peraturan umum yang dapat diperoleh daripada fakta atau contoh khusus.
5. Pengajaran secara induktif menekankan pengajaran yang berbentuk konkrit.
MODEL STRATEGI PENGAJARAN SECARA INDUKTIF
PERINGKAT 1---PERANCANGANMenentukan objektif pelajaranMenyediakan contoh-contohMenyediakan soalan-soalan
Menyediakan alat bantu mangajar
PERINGKAT 1---PERANCANGANMenentukan objektif pelajaranMenyediakan contoh-contohMenyediakan soalan-soalan
Menyediakan alat bantu mangajar
PERINGKAT 2---PENDEDAHANSet Induksi
Mengemukakan contoh-contoh khususMemerhati contoh-contoh khusus
PERINGKAT 2---PENDEDAHANSet Induksi
Mengemukakan contoh-contoh khususMemerhati contoh-contoh khusus
PERINGKAT 3--- PEMBENTUKKAN KONSEP (MENTAFSIR CIRI-CIRI)
Mengenal pasti ciri-ciriMenganalisis ciri-ciri
PERINGKAT 3--- PEMBENTUKKAN KONSEP (MENTAFSIR CIRI-CIRI)
Mengenal pasti ciri-ciriMenganalisis ciri-ciri
PERINGKAT 4---PEMBENTUKKAN KESIMPULANMerumuskan ciri-ciri
Membuat generalisasiMenerangkan fungsi kesimpulan, hukum, prinsip, teori, atau
teorem.
PERINGKAT 5---PENUTUPMembuat kesimpulan kognitifMembuat kesimpulan sosial
Memberi aktiviti susulan
PENDEKATAN DEDUKTIF• Boleh ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan
mengajar yang bermula daripada sesuatu rumus,prinsip, hukum, teorem atau peraturan dikuti dengan aplikasinya ke atas contoh yang khusus.
• Pendekatan deduktif merupakan jenis pengajaran yang bermula daripada umum kepada spesifik dan pendekatan ini merujuk kepada satu pembelajaran, di mana pelajar bermula dengan hukum-hukum yang umum dan digunakan dalam kes-kes tertentu.
JENIS PENDEKATAN DEDUKTIF
• Untuk penyelesaian masalahPendekatan deduktif banyak digunakan untuk
menyelesaikan masalah. Misalnya, setelah murid mempelajari fungsi imbuhan “ber”, mereka disuruh membuat beberapa ayat dengan mengunakan imbuhan “ber”.
• Untuk membuat generalisasi baruPendekatan deduktif ini boleh digunakan untuk
membuat generalisasi baru. Misalnya setelah murid mempelajari rumus luas segi empat tepat, mereka dibimbing menggunakan rumus itu untuk mendapat rumus segi tiga bersudut tegak.
• Untuk membuat hipotesis Pendekatan deduktif juga boleh digunakan untuk
membuktikan sesuatu hipotesis melalui prinsip atau hukum yang telah dipelajari. Misalnya, selepas murid telah mempelajari teorem sudut-sudut bersebelahan atas garis lurus, mereka dibimbing menggunakan teorem ini untuk membuktikan hasil tambah tiga sudut dalam sebuah segitiga ialah 180°.
PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN
DEDUKTIF
• Strategi Pengajaran Deduktif merupakan kaedah mengajar yang kompleks
• Bermula daripada berberapa rumus, prinsip, hukum, teorem/peraturan
• Digunakan kesimpulan baru, generalisasi baru daripda rumus, hukum, peraturan
• Proses pengajaran:– Prinsip/rumus– Kaedah deduktif– Aplikasi rumus/prinsip– Mendapat rumus baru, prinsip baru dsb.– Guru memberi tahu murid objektif pelajaran pada
peringkat awal,– Murid dibimbing mengingat kembali hukum,
prinsip, teori, peraturan bagi mendapat kesimpulan yang baru/ menyelesaikan masalah.
Prinsip-prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran secara
Deduktif
• Sesuatu masalah diperkenalkan dan ditakrifkan. Guru dan pelajar mengemukakan cara penyelesaian masalah. Dalam konteks ini, generalisasi yang dikemukakan harus dinyatakan secara eksplisit.
• Penyelesaian masalah mengikut langkah demi langkah.
• Beberapa contoh digunakan untuk menerangkan generalisasi atau peraturan. Berdasarkan contoh yang digunakan, elajar meniru atau menghafal contoh dan membentuk contoh lain melalui latihan.
• Pelbagai aktiviti dijalankan untuk meningkatkan pemahaman pelajar terhadap isi pelajaran yang disampaikan. Latihan menulis untuk mengesan kebolehan pelajar menguasai kemahiran turut diberikan.
• Kesimpulan dibuat berdasarkan bukti yang ada setelajh memahami konsep serta contoh yang diberikan.
• Pemahaman generalisasi atau peraturan dinilai dengan menggunakannya dalam situasi baru yang hampir serupa.
MODEL PENGAJARAN SECARA DEDUKTIF
PERINGKAT 1---PERANCANGANMenentukan objektif pelajaran
Menyediakan masalah/hipotesisMenyediakan generalisi/prinsip/teori
Menyediakan alat bantu mengajar
PERINGKAT 2---PENDEDAHANMengemukakan masalah/hipotesis
Mengingat kembali generalisasi/prinsip/ teori yang berkaitanMenghuraikan konsep generalisasi/prinsip/teori yang diketahui
PERINGKAT 3---APLIKASIMengaitkan masalah/hipotesis dengan prinsip /generalisasi /teori yang
diketahuiMengaplikasikan prinsip/generalisasi/teori pada masalah yang
dikemukakan
PERINGKAT 4---PEMBENTUKKAN KESIMPULANMembuktikan hipotesis
Membentuk kesimpulan baruMenerangkan kesimpulan baru
PERINGKAT 5---PENUTUP (PENGUKUHAN)Membuat kesimpulan kognitifMembuat kesimpulan sosial
Memberi aktiviti susulan
PENDEKATAN EKLEKTIK
• Pendekatan ini boleh dihasilkan dengan menggabungkan induktif dan deduktif.
• Pendekatan ini sesuai untuk kelas yang mempunyai pelajar pelbagai kebolehan.
PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN EKLEKTIK
Strategi yang mirip kepada pendekatan deduktif Strategi yang mirip kepada pendekatan induktif
• Dalam strategi yang cenderung kepada pendekatan deduktif, langkah-langkah adalah seperti berikut:1. Guru menerangkan generalisasi/
hukum-hukum/peraturan2. Guru memberikan contoh untuk menerangkan
generalisasi tersebut.3. Guru mengaitkan contoh dan menjelaskan lagi
kesimpulan.
• Dalam strategi yang cenderung kepada pendekatan induktif, langkah-langkah adalah seperti berikut:1. Guru mula dengan menggunakan contoh-contoh
untuk membantu pelajar membentuk konsep yang jelas.
2. Daripada contoh tersebut, guru bersama pelajar membuat generalisasi.
3. Untuk pengukuhan, contoh diberikan oleh guru dan pelajar. Guru akan mendorong pelajar untuk mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam situasi yang hampir serupa.
Pembelajaran IntegratedFasa I : Menghuraikan
Pelajar digalakan untuk menghuraikan tentang ciri sesuatu aspek yang diaji. Contoh, guru meminta pelajar menghuraikan warna katak, jenis makanan dan
habitatnya.Kemudian
Fasa II : Membandingkan Apabila kedua-dua aspek diperhati dan dihuraikan, pelajar diminta unruk
membuat perbandingan antara kedua-dua haiwan. Pelajar akan mengenal pasti persamaan dan perbezaan antara katak dengan kodok menggunakan
pengurusan grafik.
Fasa III : Menerangkan Setelah pelajar mengenal pasti persamaan dan perbezaan antara katak dengan kodo, mereka diminta untuk menerangkan dengan lebih terperinci tentang ciri-
ciri katak dan kodok. Penerangan melalui pemerhatian merupakan bahagian penting dalam bahagian ini.
Fasa IV: Hipotesis Selepas menerangkan persamaan dan perbezaan, pelajar diminta untuk
membentuk hipotesis serta memikirkan sacara abstrak dari segi penaakulan sesuatu.
Fasa V: Membuat generalisasi Pelajar diminta untuk membuat rumusan tentang maklumat yang
dikumpulkan dan membentuk satu atau lebih generalisasi. Jika satu pelajaran mempunyai skop yang sempit, hanya satu generalisasi dibentuk. Skop pelajaran yang luas akan membolehkan beberapa generalisasi dibuat.
PENDEKATAN TEMATIK
• Pengajaran menggunakan tema merupakan pengajara yang disampaikan melalui konsep atau idea yang besar.
• Pendekatan secara tema akan membolehkan pelajar menganalisis, membuat generalisasi dan mengaplikasi pengetahuan.
• Penggabungan pelbagai idea yang berkaitan kepada satu konsep yang lebih meluas atau tema membolehkan pelajar menyatukan pelbagai fakta.
• Pendekatan tematik akan memberikan peluang kepada pelajar mengalami pengalaman dalam situasi yang berlainan.
Jenis-jenis pelaksanaan
• Tema dipecahkan kepada sub-topik dan dibincangkan oleh murid-murid dalam kumpulan cerdas, sederhana, dan lambat masing-masing.
• Tema yang sama dibincangkan oleh murid-murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan.
• Tema yang berbeza tetapi saling melengkapi diberikan dan dibincangkan dalam kumpulan pelbagai kebolehan.
Prinsip-prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran secara
Deduktif
• Tema yang dipilih harus sesuai dengan minat dan kebolehan serta pengalaman pelajar. Pemilihan tema yang sesuai akan dapat meningkatkan penglibatan aktif pelajar semasa mereka menjalani aktiviti.
• Tema haruslah berkait rapat dengan kehidiupan harian pelajar kerana pengalaman yang dibekalkan adalah benar da memberikan makna yang lebih berkesan kepada mereka.
• Tema mempunyai skop yang luas dan meliputi pelbagai bidang. Guru perlu bijak mencari dan memilih aktiviti untuk mengembangkan kemahiran kanak-kanak. Skop yang sempit akan menyukarkan guru membuat perancangan aktiviti yang pelbagai.
• Sekuen sesuatu tema amat penting bagi pelajar agar mereka dapat mengikut perkembangan topik dengan lancar.
• Aktiviti pembelajaran yang dirancang berdasarkan tema harus merangkumi pelbagai bidang kurikulum. Penggabungjalinan ini bertujuan untuk menyumbang dari segi aspek intelek, emosi jasmani dan sosial.
• Pengajaran dan pengembangan tematik memerlukan pencetusan idea yang banyak dan pelbagai. Konsep bermain sambil belajar hendaklah diberikan penekanan.
Langkah-langkah perlaksanaan Pendekatan
Tematik
Pilih satu temaMembina jaringan perancanganPilih bahanRancang aktiviti
STRATEGI PENGAJARAN PEMBELAJARAN
Pemusatan Guru
Definisi• Strategi di mana guru mengawal keadaan dan
berperanan sebagai ketua. • Fokus pengajaran dan aktiviti dimonopoli oleh guru. • Contoh: Syarahan, Demontrasi, dan bercerita.
Ciri-ciri
• Guru berperanan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran
• Komunikasi sehala• Murid pasif dan mendengar sahaja• Guru mengarah dan mengawal pembelajaran• Murid kurang kreatif dan tidak berinisiatif• Mementingkan pencapaian objektif pendidikan guru
• Guru berkuliah• Kepimpinan bercorak autokratik• Murid kurang berminat terhadap penerangan guru• Menekankan ujian sumatif untuk penggredan• Sifat-sifat sosial kurang dipupuk
Pemusatan Pelajar
Definisi• Murid memainkan peranan yang penting dalam
proses pembelajaran.• Murid-murid digalakkan melibatkan diri secara aktif
dalam pembelajaran.
Ciri-ciri
• Murid aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
• Pemindahan pembelajaran berlaku• Komunikasi dua hala• Naruri ingin tahu dikembangkan• Kepimpinan bercorak demokratik• Mementingkan perkembangan jasmani, emosi,
rohani dan intelek• Disiplin tidak terkawal
• Murid minat dalam pelajaran• Menekankan pencapaian objektif pembelajaran
murid• Pembelajaran bercorak pengarahan kendiri• Murid lebih kreatif• Sifat-sifat sosial yang positif seperti
kerjasama,tolong-menolong• Murid aktif dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
Strategi berasaskan sumber/bahan
Definisi:• Guru banyak menggunakan bahan seperti buku,
blok-blok binaan, bahan lukisan, peralatan saintifik, computer dan sebagainya untuk menjalani pengajarannya.
• Penekanan terhadap penggunaan bahan-bahan untuk meningkatkan P&P dengan berasaskan faktor berikut
Objektif pengajaranKeperluan pelajarStrategi pengajaranKebolehan pelajar
Jenis –jenis sumber yang digunakan
• Slaid dan jalur filem • Projektor lut sinar. • Pita rakaman dan televisyen • Gambar, peta dan carta• Model-model 3D • Computer - CD• Internet
Strategi berasaskan tugasan/aktiviti
Definisi• Guru melibatkan murid-murid dalam aktiviti atau
tugasan yang memberikan peluang kepada pelajar untuk melatih atau mengaplikasi apa-apa yang dipelajari
Prinsip-prinsip penggunaan strategi berasaskan tugasan /aktiviti
• Aktiviti yang dipilih harus fokus kepada matlamat utama topik yang ingin diajar.
• Mempelbagaikan aktiviti berdasarkan matlamat pengajaran.
• Aktiviti yang disediakan haruslah menyediakan peluang kepada murid-murid untuk berinteraksi dan membuat refleksi dan bukannya aktiviti individu
• Semasa memperkenalkan aktiviti, guru perlu menegaskan tujuan-tujuan agar pelajar melibatkan diri dalam aktiviti.
• Guru perlu memantau kemajuan dan memberikan
bantuan sekiranya perlu.
KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN
SUMBANG SARAN• Satu tenet utama pembelajaran konstruktivisme
merupakan pentingnya persekitaran pembelajaran yang aktif. Pelaksanaan pembelajaran aktif adalah dengan membahagikan pelajar ke dalam kumpulan kecil
• Sumbang saran merupakan satu teknik pembinaan kemahiran yang mudah dan berkesan jika satu tahap kreativiti tinggi diperoleh dalam pembelajaran yang diingini.
• Sumbang saran merupakan aktiviti perbincangan, di mana ahli dalam kumpulan besar mengemukakan seberapa banyak idea dengan tujuan menyelesaikan sesuatu masalah.
• Bertujuan untuk melatih pelajar mengemukakan idea atau pandangan yang bernas.
• Pelajar diberi peluang untuk menyelesaikan masalah secara bersama.
• Guru dapat meningkatkan keyakinan pelajar untuk mengemukakan pendapat di hadapan orang ramai dan memupuk semangat berkongsi idea serta menerima pendapat orang lain.
• Ia dapat memupuk sifat-sifat sosial seperti bekerjasama, bantu-membantu, dan menghormati pandangan orang lain.
• Di samping itu, ia dapat menggalakan perkembangan mental pelajar.
Prinsip-prinsip Sumbang Saran
• Topik perbincangan haruslah sesuai dengan kebolehan dan minat pelajar.
• Suasana perbincangan harus kondusif dan tidak formal untuk menggalakkan perbincangan.
• Pelajar diberi peluang untuk mengemukakan seberapa banyak idea atau pendapat.
• Pelajar dilarang untuk membuat kritikan atau menilai idea semasa sumbang saran. Penilaian idea dibuat pada peringkat akhir.
• Semua pendapat atau idea dicatat dan huraian idea orang lain adalah dibenarkan.
• Pelajar digalakkan untuk mengembangkan satu-satu idea agar melahirkan pandangan yang baharu.
• Masa untuk mengemukakan idea adalah terkawal supaya ahli-ahli boleh digalakkan berfikir secara pantas.
Kelebihan
• Semua pelajar melibatkan diri dalam mengemukakan idea. Semua pelajar berpeluang untuk berkongsi idea, pandangan, pengalaman dan pengetahuan baharu.
• Sumbang saran menggalakkan pemikiran kreatif dan kritis dalam kalangan pelajar. Gerak balas yang spontan daripada pelajar boleh melahirkan idea-idea yang baharu dan kreatif.
• Pelajar digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif. Manakala pelajar yang pasif dan pemalu dapat didorong untuk menyertai aktiviti perbincangan kerana segala sumbangan mereka akan diterima oleh kumpulan.
• Nilai-nilai murni dipupuk dan wujudnya unsur hormat-menghormati idea atau pendapat orang lain. Selain itu, wujudnya saling interaksi antara pelajar.
Kelemahan
• Kurang sesuai untuk pelajar yang lemah kerana tidak dapat memberikan idea. Pelajar akan berasa kecewa dan rendah diri jika idea mereka ditolak.
• Masalah kritik-mengkritik mungkin wujud.• Kekurangan pengalaman dalam kalangan pelajar
mungkin menyulitkan kelas untuk membuat rumusan yang baik.
BERCERITA
• Cerita merupakan satu susunan kejadian atau peristiwa yang berlaku sama ada benar-benar berlaku atau diciptakan.
• Bercerita dianggap sebagai satu cabang seni, di samping alat pendidikan moral dan nilai dalam kalangan masyarakat.
• Teknik bercerita bertujuan untuk mencernakan daya kreatif dan imaginasi pelajar, selain melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa, terutamanya kemahiran lisan.
• Guru menggunakan teknik ini sebenarnya ingin menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan, nada, intonasi dan ekspresi/mimik muka.
Prinsip-prinsip Teknik Bercerita
1. Cerita yang dipilih hendaklah sesuai dengan kebolehan dan minat pelajar. Guru perlu memastikan cerita berkaitan dengan topik dan objektif pelajaran.
2. Suasana bilik darjah haruslah sesuai dengan cerita. Susunan ruang untuk sesi bercerita perlu kondusif.
3. Bahan bantu mengajar seperti boneka dan kad-kad gambar juga boleh digunakan untuk menghidupkan suasana penceritaan.
4. Bahasa yang digunakan haruslah mudah agar pelajar dapat memahami cerita dengan mudah.
5. Jika guru merupakan pencerita, gerak-geri guru dari segi isyarat lisan dan tanpa lisan hendaklah sesuai dengan isi cerita.
6. Aktiviti susulan diadakan untuk berbincang tentang nilai-nilai murni yang terkandung dalam cerita tersebut.
Kelebihan
• Dapat meningkatkan kemahiran membaca dan menulis.
• Dapat menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan berkesan di samping membantu pelajar meningkatkan penguasaan perbendaharaan kata dalam kalangan pelajar.
• Daya imaginasi pelajar dapat ditingkatkan.• Memupukkan nilai-nilai murni melalui penghayatan
cerita.
PERBINCANGAN• Perbincangan merupakan satu proses aktif yang
melibatkan guru dan pelajar dalam persekitaran pembelajaran.
• Situasi wujud di mana guru membentuk suatu pandangan dan harus berkebolehan memudah cara pelbagai pertukaran idea dalam kalangan pelajar.
• Perbincangan bukan sahaja meransang interaksi antara pelajar secara bermakna, juga menggalakkan pelbagai pembelajaran yang merangkumi kandungan, kemahiran, sikap dan proses-proses pembelajaran.
• Digunakan untuk mencapai tiga objektif pengajaran, Meningkatkan pemikiran dan membantu pelajar
membina kefahaman kandungan; merangsang penglibatanmembantu pelajar menguasai kemahiran
komunikasi dan proses pemikiran.
Elemen penting dalam teknik perbincangan
Matlamat dan objektif Saiz kumpulan yang ideal Susun atur bilik Pemilihan topik dan aplikasi
DEMONSTRASI
• Demonstrasi merupakan satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur.
• Melibatkan guru menunjukkan cara di hadapan kelas untuk menunjukkan sesuatu aktiviti atau prosedur.
• Pelajar akan memerhati, mendengar penerangan dan melihat sebelum aktiviti yang sama dilakukan oleh mereka.
• Terdapat komunikasi lisan langsung tentang sesuatu maklumat daripada guru kepada pelajar.
• Proses ini melibatkan pendekatan visual untuk memerhatikan proses, maklumat dan idea.
• Bertujuan untuk memberikan peluang kepada pelajar agar benar-benar memahami perkara yang hendak dipelajari.
• Membolehkan pelajar melihat perkara sebenar dan melihat bagaimana ia berfungsi.
• Dengan ini, penguasaan kosep dan prinsip akan lebih mudah serta proses memodelkan perlakuan memudahkan pemahaman dan penguasaan kemahiran pelajar terhadap sesuatu konsep.
• Di samping itu, ia juga boleh meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah sesuatu perlaksanaan.
• Terdapat jenis tunjuk cara :demonstrasi dengan komentar demonstrasi yang melibatkan pelajar.
Penyelesaian Masalah
• Merujuk kepada suatu proses pembelajaran inkuiri, di mana pelajar mencari jawapan untuk soalan yang relevan kepada mereka.
• Teknik ini berasakan falsafah konstruktivisme di mana pelajar melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran.
• Peranan guru adalah untuk mewujudkan persekitaran yang membolehkan pelajar mengambil bahagian dan berinteraksi dalam aktiviti bilik darjah atau penerokaan melalui internet.
• Proses dalam penyelesaian masalah merangkumi:Pelajar mengenal pasti masalahMenjelaskan isu-isuMencadangkan cara untuk memperoleh
maklumat yang diperlukanMenilai idea-idea dan rumusan.
Strategi Pengajaran dan Pembelajaran dalam Pedagogi
Bestari
Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran
Dalam Pedagogi Bestari
Pengajaran Direktif
Pengajaran Metakognitif
Pengajaran Kontekstual
Pengajaran Melalui
Pemerhatian
Pengajaran Generatif
Pengajaran Mediatif
Pengajaran Direktif
Strategi pengajaran direktif bertujuan untuk membantu pelajar memahami dan menguasai maklmat sebagai asas untuk membaca dan menaakul secara kritis.
•Pelajar dikehendaki untuk meniru tingkah laku atau kemahiran yang ditunjuk cara atau disampaikan oleh guru.
•Pengajaran jenis ini melibatkan penggunaan latih tubi, praktis, pembelajaran masteri dan pengajaran langsung.
•Pendekatan yang bercorak autoritarian, di mana guru sebagai punca maklumat manakala pelajar adalah pasif dan bergantung pada guru untuk membekalkan maklumat dan penyelesaian masalah.
•Proses utama ialah menarik perhatian pelajar, memberikan motivasi, menggunakan pengurusan grafik dan cara ekspositori untuk menyampaikan kandungan utama serta pengetahuan relevan kepada pelajar.
•Satu aspek dalam pengajaran langsung ialah pengajaran mengikut langkah demi langkah dari segi topik demi topik berdasarkan analisis tugasan.
•Sepanjang masa pengajaran, pentaksiran berterusan terhadap pemahaman pelajar sebelum, semasa dan selepas pelajaran amat penting untuk mengubah kadar pengajaran.
•Pengajaran direktif adalah berdasarkan strategi berpusatkan guru dan pembelajaran secara tradisional dilaksanakan.
•Penggunaan masa dan teknik pengurusan bilik darjah yang berkesan memainkan peranan penting untuk mengekalkan perhatian pelajar kerana pengajaran langsung merupakan penyampaian maklumat secara sehala.
Pengajaran Mediatif
oPelajar boleh belajar menilai pandangan berbeza terhadap isu-isu kontroversi, menghormati pandangan orang lain dan menggunakan proses-proses alternatif.
oGuru merupakan pengantara yang mengemukakan soalan-soalan dan dilema yang dapat merangsang naluri ingin tahu pelajar .
oMereka juga dapat menggunakan konsep yang diperoleh, memikirkan penerangan-penerangan alternatif dan mencuba pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah.
•Guru harus mengelakkan daripada membuat penghakiman terhadap idea yang dikemukakan oleh pelajar.
•Guru harus menyokong dan melatih pelajar untuk membentuk dan menguji idea-idea dengan sendiri.
•Pelajar digalakkan untuk menaakul secara induktif dan deduktif untuk mengemukakan penerangan yang lengkap dengan bukti yang logikal.
•Pelajar diberikan peluang untuk mengorganisasi dan mengawal proses-proses pemikiran tinggi.
•Pelajar dilatih untuk menggunakan kemahiran yang telah dikuasai bagi menyelesaikan masalah dengan sendiri.
•Pelajar diberikan kesedaran tentang apa-apa yang dipelajari oleh mereka dan ini akan memudahkan mereka mencapai kawalan kendiri sebagai cara aktif mereka cipta kemahiran penyelesaian masalah.
•Kesepaduan cara penaakulan, bimbingan dan perbincangan secara terbuka digunakan.
•Selain itu, pendekatannya juga terdiri daripada capaian konsep, pembentukan konsep dan inkuiri.
•konsep merujuk kepada proses mentafsir konsep dengan menentukan ciri-ciri yang perlu bagi makna konsep.
•Guru akan membimbing pelajar melalui 4 fasa dalam pelajaran capaian konsep.
Fasa Pertama
Guru menerangkan matlamat aktiviti dan kaedah yang akan digunakan untuk menentukan konsep.
Fasa Kedua
Pelajar dikehendaki untuk menjana contoh-contoh untuk konsep dan cuba membentuk peraturan bagi konsep berkenaan atau definisi konsep. Selepas itu, barulah nama konsep diberikan.
Fasa Ketiga
Pelajar diminta untuk menganalisis proses pemikiran yang digunakan untuk menentukan peraturan konsep.
Fasa KeempatMerupakan peringkat penilaian aktiviti. Jika pelajar dapat mengenal pasti contoh-contoh lain dan atribut-atribut konsep, tentukan peraturan konsep dan hubung kait konsep dengan konsep-konsep lain.
•Model pembentukan konsep Taba membina idea dan konsep berlandaskan pengetahuan sedia ada pelajar serta pengetahuan kini.
•Pelajar diajar untuk membuat pemerhatian, membentuk inferens yang berbeza berdasarkan pemerhatian dan mengumpulkan data berasaskan persamaan yang sedia ada.
•Pelajar akan membentuk kategori-kategori dan label-label untuk data bagi menghasilkan satu sistem konseptual.
•Dalam proses ini, pelajar memperkembangkan kemahiran pemikiran.
• Inkuiri direka bentuk untuk mengajar pelajar bagaimana menyiasat masalah dan soalan berdasarkan fakta serta pemerhatian.
• Model inkuiri umum berdasarkan kepada lima langkah berikut:
1.Mengenal pasti soalan atau masalah
2.Membuat hipotesis
3.Mengumpul data
4.Menganalisis data
5.Membuat generalisasi
•Peranan guru dalam strategi mediatif melalui inkuiri adalah untuk mewujudkan situasi yang bermasalah, mengadili prosedur inkuiri, memberikan respons kepada pertanyaan pelajar, membantu pelajar menentukan fokus dalam inkuiri dan memudah cara perbincangan dalam situasi bermasalah.
•Strategi tersebut mengharapkan pelajar untuk mengumpulkan maklumat, memproses dan menilai idea dengan sendiri sebelum memperoleh keputusan atau kesimpulan terhadap konsep yang dipelajari.
Pengajaran Generatif
•Membantu pelajar mereka cipta pengetahuan dan membentuk cara baharu serta kreatif untuk menyelesaikan masalah.
•Bertujuan untuk merangsang imaginasi pelajar dengan penggunaan metafora atau situasi aneh.
•Guru akan mengelak daripada membuat penghakiman agar tidak mengongkong kreativiti pelajar.
•Boleh digunakan untuk penulisan ekspresif serta membentuk penyelesaian masalah bukan rutin dan inkuiri.
• Perancangan pengajaran generatif melibatkan langkah-langkah berikut:
1.Membentuk standard/kriteria bersama pelajar.
2.Membina kriteria eksplisit dan memberi pelajar peluang untuk mengaplikasinya.
3.Meneroka pendekatan alternatif dan strategi untuk mana-mana tugasan.
• Model synectics sebagai alat sumbang saran digunakan dalam pengajaran generatif.
• Sumbang saran merupakan pendekatan untuk pemikiran kreatif dan akan membantu seseorang berfikir di luar jangkaan dan menghayati konsep abstrak.
• Antara langkah-langkah model synectics ialah:
1.Sediakan maklumat
2.Kemukakan analogi
3.Gunakan analogi peribadi untuk mencipta konflik bertentangan
4. Bandingkan konflik bertentangan dengan subjek
5. Kenal pasti perbezaan
6. Semak semula subjek asal
7. Reka analisis langsung yang baharu
8. Buat penilaian
•Model synectics digunakan untuk jump start proses kreatif dan mencari pandangan baharu dalam penyelesaian masalah.
Pengajaran Melalui Pemerhatian
•Berlaku apabila tingkah laku seseorang pemerhati berubah selepas memerhati tingkah laku seorang model.
•Tingkah laku seseorang pemerhati dipengaruhi oleh akibat secara positif atau negatif dan ini dinyatakan sebagai peneguhan vicarious atau dendaan vicarious terhadap tingkah laku model.
•Mengikut Bandura, terdapat 4 proses dalam pembelajaran melalui pemerhatian, iaitu proses memberikan perhatian;proses ingatan;proses reproduksi motor dan proses motivasi.
Peringkat Proses Memberikan Perhatian
Pelajar menumpukan perhatian kepada ciri-ciri signifikan tingkah laku yang ingin dipelajari dan mengorganisasikan pemerhatian.
Peringkat Proses Ingatan
Mengingat perkara yang diperhatikan.
Peringkat Proses Reproduksi Motor
Pelajar melakukan pergerakan fizikal sebenar melalui proses cuba jaya secara berulangan.
Peringkat Proses Motivasi
Pelajar menerima ganjaran atau peneguhan yang bersesuaian supaya mereka akan melakukan tingkah laku yang telah dipelajari.
•Pengajaran melalui pemerhatian akan berkesan jika pelajar mendapat peluang untuk memerhati dan memodelkan tingkah laku yang akan membawa kepada peneguhan positif.
•Guru harus menggalakkan pembelajaran kolaboratif kerana kebanyakan pembelajaran berlaku dalam konteks persekitaran dan sosial.
Pengajaran Kontekstual
oMembantu pelajar menghubungkaitkan pembelajaran kandungan dengan situasi sebenar dan memotivasi pelajar untuk membuat kaitan antara apa-apa yang dipelajari di dalam bilik darjah dan bagaimana pengetahuan ini digunakan dalam kehidupan mereka sebagai warganegara dalam masyarakat.
oMengikut Kolb (1984), pengajaran kontekstual merupakan situasi pembelajaran yang melibatkan pelbagai pengalaman yang mungkin dalam konteks sosial, budaya, fizikal dan psikologi.
oGuru digalakkan untuk memilih dan mereka cipta persekitaran pembelajaran yang menyepadukan pelbagai bentuk pengalaman, iaitu sosial, fizikal dan psikologikal dalam proses pencapaian hasil pembelajaran yang diingini.
oPelajar akan menemukan perkaitan bermakna antara idea-idea abstrak dengan aplikasi dalam dunia sebenar, di mana konsep dipelajari, diperkukuhkan dan dibuat perkaitan.
oPelajar digalakkan untuk mengalami lima teknik pembelajaran, iaitu strategi REACT.
1. R-relate
Pelajar menghubung kait, di mana pelajar belajar dalam konteks menghubung kait pengetahuan baru dengan pengalaman hidup.
2. E-experiencing
Pelajar digalakkan untuk mengalami pembelajaran melalui penerokaan, penemuan dan mereka cipta idea.
3. A-apply
Mereka akan belajar dalam konteks bagaimana mengaplikasi pengetahuan atau maklumat dalam situasi lain.
4. C-cooperate
Pelajar bekerjasama dalam memberikan maklum balas dan berkomunikasi dengan ahli kumpulan serta guru.
5. T-transfering
Pelajar diharap dapat belajar dalam konteks memindahkan pengetahuan sedia ada dengan menggunakan atau membina daripada apa-apa yang telah diketahui.
oStrategi ini menekankan penyelesaian masalah serta keperluan untuk pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam pelbagai konteks seperti di rumah, komuniti dan tempat kerja.
oPengajaran ini juga membimbing pelajar untuk memantau dan bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri agar mereka menjadi pelajar arah kendiri.
oPengajaran ini menggalakkan pelajar untuk belajar sesama sendiri.
oPentaksiran autentik digunakan untuk menilai strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran.
Pengajaran Metakognitif
oMerupakan pengajaran tentang proses pemikiran terhadap “apa yang kita tahu” dan “apa yang kita tidak tahu”.
oFlavell(1976) menerangkan pengajaran metakognitif sebagai pengetahuan terhadap proses-proses kognitif seperti ciri-ciri relevan maklumat atau data.
oMetakognisi menerangkan sebab kanak-kanak yang berbeza umur menangani tugasan pembelajaran dalam pelbagai cara.
oMereka telah membentuk strategi-strategi untuk berfikir.
oMetakognisi melibatkan pemantauan aktif dan pengawalan proses-proses kognitif.
oPengajaran metakognitif merangsang kesedaran pelajar tentang perkara yang diketahui oleh mereka dan yang tidak diketahui oleh mereka.
oPelajar diajar tentang perkara yang diketahui oleh mereka untuk menyelesaikan masalah atau memahami sepenuhnya konsep yang sukar.
o Mengikut Dirkes (1985), strategi-strategi asas metakognitif ialah:
1.Menghubungkaitkan maklumat baharu dengan maklumat lama.
2.Memilih strategi-strategi berfikir.
3.Merancang, memantau dan menilai proses berfikir.
Terdapat beberapa strategi untuk membina tingkah laku metakognitif dalam kalangan pelajar:1. Pelajar boleh mengenal pasti “apa yang mereka tahu” dan “apa yang mereka tidak tahu”.
2. Penggunaan jurnal atau log pembelajaran, di mana pelajar membuat refleksi terhadap pemikiran mereka, sedar tentang keraguan, ketidaksejajaran dan komen tentang bagaimana mengatasi kesukaran.
oPelajar harus bertanggungjawab ke atas perancangan dan kawalan terhadap pembelajaran.
oGuru boleh membimbing pelajar membuat semakan tentang aktiviti, mengumpulkan data tentang proses berfikir dan perasaan selepas aktiviti.
Kajian Masa Depan
oMerupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan pelajar dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan.
oMengikut Kauffman(1976), yang penting ialah memberi pelajar suatu pemahaman tentang isu-isu penting, masalah-masalah dan peluang-peluang yang akan dihadapi serta mengajar mereka kemahiran-kemahiran yang perlu untuk sentiasa pandang ke hadapan.
o Mereka perlu bersedia untuk menangani cabaran dengan berjaya dalam situasi yang penuh dengan tekanan dan perubahan pesat.
o Antara empat prinsip dalam kajian masa depan ialah:
1.Prinsip perubahan
2.Prinsip pandangan jauh
3.Prinsip perancangan strategik
4.Prinsip pengupayaan
o Strategi tersebut akan membawa impak kepada guru dan pelajar dalam menghadapi abad baru.
o Dengan pengetahuan masa depan, mereka dapat merancang dan menangani cabaran dengan baik.
o Antara faedah menggunakan kajian masa depan sebagai strategi ialah:
1. Merangsang pemikiran pelajar secara kritis dan kreatif.
2. Pelajar dapat menangani cabaran serta berupaya untuk menyelesaikannya.
3. Menyemai keyakinan diri pada pelajar untuk menghadapi apa-apa jua cabaran masa hadapan.
4. Memberikan peluang kepada pelajar merancang dan membuat keputusan semasa menyelesaikan masalah.
5. Pelajar dapat melibatkan diri dan berpeluang untuk mengemukakan idea mereka semasa menyelesaikan masalah.
6. Guru berperanan sebagai fasilitator dalam membimbing pelajar ke arah pencapaian hasil pembelajaran.
7. Suasana bilik darjah lebih menarik dan menyeronokkan kerana pelajar melibatkan diri dalam proses pembelajaran.
8. Pelbagai gaya pembelajaran seperti aktivis, pragmatis, teoris atau reflektor dapat digunakan berdasarkan kepada kumpulan pelajar.
o Terdapat tiga kemahiran asas yang perlu dipelajari, iaitu:
1.Membuat ramalan
~ pelajar perlu menguasai kemahiran membuat ramalan tentang trend dan perubahan yang akan berlaku berdasarkan pengetahuan serta maklumat yang sedia ada.
2. Menjangka akibat
~ pelajar harus dapat membuat tekaan yang bijak berkaitan dengan sebab suatu fenomena, trend atau perubahan masa hadapan.
3. Mengendalikan perubahan
~ pelajar perlu berkemahiran menggunakan sumber dalam mengawal, menangani dan mengendalikan perubahan yang boleh membawa manfaat atau keuntungan yang optimum.
Strategi pengajaran dan pembelajaran menggunakan kajian masa depan
• Cara pengajaran berdasarkan kajian masa depan boleh dicapai melalui 3 cara, iaitu:
1.Menggunakan matriks pengajaran
2.Menyisipkan kajian masa depan dalam pengajaran
3.Menggunakan unsur kajian masa depan sebagai induksi atau susulan pengajaran
Integrasi Kemahiran Generik dalam Pengajaran dan Pembelajaran
oDalam sekolah bestari, kemahiran generik seperti kemahiran komunikasi, kemahiran belajar, memudah cara, berfikir dan strategi lain akan membantu pencapaian kemahiran membaca serta berfikir secara kritis dalam kalangan pelajar.
oKreativiti pelajar dapat terpancar dalam kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah melalui pengajaran dan amalan.
oKemahiran generik berunsurkan kemahiran, kecekapan dan keterampilan.
o Secara ringkasnya, elemen-elemen dalam kemahiran generik merupakan:
1.Kemahiran hidup tertentu dan diperlukan untuk kejayaan karier dan peribadi
2.Kemahiran utama yang berfokuskan kepada keupayaan, menyepadukan kemahiran dan pengetahuan di alam pekerjaan
3.Kemahiran yang boleh dipindahkan ke tempat kerja
oDalam konteks pendidikan, kemahiran generik merupakan kemahiran utama yang perlu ada pada pelajar untuk melaksanakan tugas dengan sempurna serta membolehkan pelajar melaksanakannya dalam pelbagai situasi alam pekerjaan dan kehidupan seharian.
oKemahiran berkomunikasi penting untuk pelajar dan merangkumi kebolehan untuk menyata, menghurai, menjawab soalan, berucap dan menulis sebagai kemahiran asas yang diperlukan oleh setiap individu.
oKemahiran menggunakan teknologi melibatkan penggunaan alat-alat, memahami dan menggunakan kaedah saintifik serta prinsip-prinsip teknologi dalam penggunaan dan pengendalian alat-alat.
oKemahiran merancang dan mengelola aktiviti dengan sendiri merangkumi penggunaan masa dan sumber serta berupaya untuk menentukan keutamaan dan mengawasi pencapaian diri.
oPelajar juga dikehendaki memperoleh kemahiran menyelesaikan masalah dalam pelbagai cara dan situasi termasuklah situasi yang memerlukan pemikiran kreatif dan pendekatan yang kreatif dalam mencapai sesuatu keputusan.
oKemahiran mengurus, memilih dan menganalisis maklumat yang perlu dikuasai pelajar merangkumi kemahiran mengenal pasti dan memilih maklumat, menggunakannya, menilai maklumat dari segi kerelevanan, ketepatan dan kesempurnaan serta sumber memperoleh maklumat.
oKemahiran-kemahiran generik yang harus disepadukan dalam kurikulum pedagogi bestari akan meningkatkan penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
oAntara strategi menyatupadukan kemahiran generik dalam pedagogi bestari ialah memberikan tugasan bercorak tinjauan perpustakaan dan aktiviti berpengalaman eksperiential.
oPelajar juga dilibatkan secara langsung dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti, terutamanya kokurikulum supaya mereka melibatkan diri dalam pemikiran kreatif dan kritis untuk membina keyakinan serta harga diri pelajar.