Download - Laporan Perniagaan (BKP 203) INVOIS
DOKUMEN PERNIAGAAN
INVOIS BKP 203 (BUSINESS REPORT)
Apakah fungsi dokumen-dokumen di atas?
CARTA ALIR DOKUMEN PERNIAGAAN
Surat Tanya
Surat Jawapan
Pesanan Belian
Nota Serahan
INVOIS
Nota Debit / Nota Kredit
Cek
Resit
INVOIS • Apabila pembeli membeli secara kredit atau hutang,
penjual akan mengeluarkan invois.
• Invois menjadi bukti bahawa telah berlaku urus niaga secara kredit antara pembeli dan penjual.
• Maklumat dalam invois adalah berkaitan dengan barang-barang yang dibeli, harga setiap jenis barang, kuantiti barangan dibeli, jumlah belian, dan syarat-syarat pembayaran.
Sambungan..
• Invois juga menunjukkan jumlah terhutang oleh pembeli.
• Salinan asal invois akan dihantar kepada pembeli dan salinan karbon akan disimpan oleh penjual.
• Invois juga digunakan sebagai punca maklumat untuk merekodkan urus niaga dalam buku-buku akaun.
Rujukan: http://y0uaren0tal0ne.blogspot.com/2012/09/akaun-tingkatan-4-bab-3.html
CONTOH-CONTOH INVOIS
NOMBOR INVOIS
NAMA DAN ALAMAT SYARIKAT PENGIRIM/ PENJUAL
NAMA DAN ALAMAT SYARIKAT PENERIMA/
PEMBELI TARIKH INVOIS
JUMLAH KASAR, DISKAUN NIAGA DAN JUMLAH BERSIH YANG PERLU DIBAYAR
OLEH PEMBELI
TANDATANGAN PENJUAL
BUTIRAN DAN BILANGAN BARANG YANG DIBELI
MAKLUMAT YANG PERLU ADA DALAM INVOIS
PERBEZAAN DISKAUN NIAGA DAN DISKAUN TUNAI DALAM INVOIS
• Diskaun niaga diberikan oleh penjual kepada pembeli bertujuan untuk menggalakkan pembeli membeli secara pukal atau dalam kuantiti yang lebih banyak.
• Jumlah diskaun niaga biasanya dicatat pada invois.
• Contohnya;
Beli 20 – 50 unit : diskaun 10%
Beli melebihi 51 unit : diskaun 15%
• Diskaun tunai pula adalah diskaun yang diberikan oleh penjual kepada pembeli untuk menggalakkan pembeli membayar hutangnya lebih cepat.
• Jumlah diskaun tunai tidak tercatat pada invois kerana kadar diskaun yang diterima oleh pembeli adalah berdasarkan tempoh pembayaran hutangnya.
• Contohnya;
5% ; 14 hari
3% ; 30 hari
TUGASAN BERPASANGAN
• Anda dikehendaki duduk secara berpasangan dengan rakan anda.
• Andaikan anda seorang peniaga borong yang menjalankan urus niaga secara kredit kepada pelanggan.
• Anda dikehendaki menyediakan 2 salinan invois.
• Invois asal hendaklah diberikan kepada pembeli (rakan anda).
• Salinan invois hendaklah di masukkan ke dalam fail.
SEKIAN