1
2 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
19 Oktober 2018/10 Safar 1440
Khutbah Khas Pertabalan Oleh : Syeikh Hakimin Bin Hassan
يادة ف المون دون رض والسالفة ف األ ي جػن اإلنسان بال د هلل الذ احل
خووقات بيػة لمون لربه عبدا شمورا . لع سائر ال رل اهطذ ن . وسخذشهد أ
أ
دا عبده ذ نذ مشهد أ
مر وأ
يك ل، ل الوق واأل ال إل إالذ اهلل وحده ال ش
رسوه بالهد كه ىورسول أ
ي احلق لظهره لع ادلالوذهىذ صن وسوى . ودي
اهح ويهتى لع ن الصذ ختار، ويدغو غباد اهلل إل اهػ د ال ذ لع سيدا ماهمي واتلذابػي لهديه والسذ مره
ل وصحبه اهػاموي بأ
خالق ولع أ
يكرم األ
اغة .لسبيوهى إل يوم السذ
نتى ذ إالذ وأ وت قوا اهلل حقذ تـقاته، وال ت ون، اتـذ سو ها ال ي
ـيا أ ـػد، ف ا ب يذ
أ
ون .مسو
Saudaraku sekalian,
Marilah kita sama-sama mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah
SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala suruhan-Nya dan menjauhi
segala larangan-Nya. Mudah-mudahan dengan penghayatan erti keimanan dan ketak-
waan itu, kita beroleh rahmat dan keredhaan hidup di dunia dan di akhirat. Bersem-
pena dengan Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah
ke-29 pada 22 Oktober 2018 ini, mimbar akan membicarakan khutbah Khas yang ber-
tajuk: “Raja Berdaulat Teras Perpaduan Rakyat”
Khutbah Khas Sempena Majlis Pertalan Sultan Kedah Ke-29
Khutbah Jumaat 2018
3
Sidang Jumaat yang berbahagia,
Raja adalah payung kedaulatan negara dan menjalankan tanggungjawab memberi
naungan yang saksama kepada setiap rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Apa yang
lebih menarik, Raja berperanan sebagai tonggak kestabilan, sumber keadilan, teras
perpaduan dan payung penyatuan.
Bagi Negeri Kedah Darul Aman, sejarah bakal tercipta pada 22 Oktober 2018, tarikh
tersebut telah ditetapkan sebagai tarikh keramat dimana Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Sultan Salehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah akan ditabalkan sebagai Sultan
Negeri Kedah Darul Aman ke-29, yang akan bersemayam di atas takhta kerajaan untuk
terus memayungi rakyat negeri Kedah Darul Aman serta memelihara agama islam yang
suci. Apatah lagi baginda merupakan ketua agama Islam kepada rakyat jelata. Dengan
itu, agenda pemerkasaan syariat islam dapat disemarakkan dengan lebih giat lagi.
Justeru itu, secara tidak langsung keadilan dapat ditegakkan kerana Islam sentiasa
membawa sifat keadilan dalam semua urusan. Sesungguhnya keadilan dan takwa
merupakan sifat yang menghampiri antara satu sama lain.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Maaidah, ayat 8 :
ڃ ڃ ڃ چ چ
ے چ ے ھ ھ ھ ھ ہ ۓ ۓ ہ
﮷ ﮶ ﮵ ﮴ ﮳ ﮼ ﮸ ﮲ ﮻ ﮺ ﮽﮹
چ﯁ ﯀﮾ ﮿
Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
Khutbah Khas Sempena Majlis Pertalan Sultan Kedah Ke-29 19 Oktober 2018/10 Safar 1440
4
Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi
orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan
janganlah kebencian kamu terhadap suatu kaum itu mendorong kamu untuk tidak
berlaku adil. Berlaku adillah kerana ia lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah
kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan.”
Sidang Jumaat yang dirahmati sekalian,
Islam mengiktiraf institusi DiRaja sebagai sebuah institusi yang berdaulat yang wajib
ditumpahkan taat dan setia kepada raja. Al-Quran juga menceritakan berbagai-bagai
orang yang telah diberikan kuasa pemerintahan mahupun kerajaan termasuklah
golongan para nabi. Antara mereka yang diberi kekuasaan oleh Allah ialah Nabi
Sulaiman A.S. Pada ketika itu juga terdapat sebuah negara yang diperintah oleh seorang
Raja perempuan dari Kerajaan Saba’ sepertimana yang dinyatakan di dalam surah Al-
Naml : 23
ٱ ٻ ٻ ٻ ٻ پ پ پ پ ڀ ڀ ڀ چ
Maksudnya : "Sesungguhnya aku dapati seorang perempuan memerintah mereka dan ia
telah diberikan kepadanya (serba sedikit) dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan) dan ia
pula mempunyai singgahsana yang besar”.
Lihatlah juga kisah bagaimana Allah SWT mengiktiraf permintaan dari ketua-ketua Bani
Israel untuk melantik seorang Raja di kalangan mereka supaya mereka dapat berjuang
bersama-sama dengan Raja itu pada jalan Allah. Dengarkan firman Allah SWT dalam
surah Al-Baqharah ayat : 246
ٺ چ ٺ ٺ ڀ ڀ ڀ ڀ پ پ پ ٻ پ ٻ ٻ ٻ ٱ
چژ ٹٺ ٿ ٿ ٿ ٿ
Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
Khutbah Khas Sempena Majlis Pertalan Sultan Kedah Ke-29 19 Oktober 2018/10 Safar 1440
5
Mafhumnya : “Tidakkah engkau ketahui (wahai Muhammad), tentang (kisah) ketua-
ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada
seorang Nabi mereka: "Lantiklah seorang raja untuk kamu, supaya boleh kami berperang
(bersama-sama dengannya) pada jalan Allah".
Allah SWT memberi kuasa kepada pemerintah kepada sesiapa yang dikehendakinya.
Allah menjelaskan perkara ini melalui firmanNya dalam surah Ali Imran ayat : 26 :
ڎ ڈ ڈ ژ ژ ڑ ڑ ک ک ک ک گ گ چ
چڱ ں ں ڻ ڻ ڻ ڱڱ ڱ ڳگ گ ڳ ڳ ڳ
Maksudnya : “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa
pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Eng-
kau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang
Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki,
dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Eng-
kaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap
sesuatu”.
Sidang Jumaat yang dikasihi,
Kesetiaan adalah rukun kepada kedaulatan raja, Menurut Imam Al-Mawardi dalam kitab
Al-Ahkam Al-Sultaniah bermaksud;
“Apabila pemerintah menunaikan hak rakyat (umat) maka menjadi tanggungjawab
rakyat memberi ketaatan dan pertolongan kepada pemerintah”.
Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
Khutbah Khas Sempena Majlis Pertalan Sultan Kedah Ke-29 19 Oktober 2018/10 Safar 1440
6
Tuntutan untuk menumpahkan kesetiaan dan ketaatan ini adalah berpaksikan kepada
surah An-Nisa ayat : 59
جئ حئ مئ ىئ یۈئ ېئ ېئ ېئ ىئ ىئ ىئ ی ی یچ
ىت يت جث مث متيئ جب حب خب مب ىب يب جت حت خت
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah
kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalan-
gan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara,
maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan
(Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang
demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya”.
Raja merupakan pelindung dan payung rakyat. Raja akan memastikan rakyat jelata
berada dalam suasana aman damai dan dapat menjalankan kehidupan mereka dengan
baik.
Maka menjadi tanggungjawab rakyat jelata pula memberikan taat setia yang tidak ber-
belah bahagi kepada Raja pemerintah. Lebih-lebih lagi kita umat Islam telah diajar su-
paya taat dan patuh kepada pemerintah.
Sidang Jumaat yang berbahagia,
Di kesempatan hari yang penuh barakah ini, mimbar ingin mengajak ummat islam di
negeri Kedah Darul Aman merafak sembah tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Tuanku Sultan Salehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah di atas pertabalan
baginda sebagai Sultan Negeri Kedah Darul Aman yang ke-29. Sesungguhnya prinsip
keadilan, kesaksamaan dan perpaduan yang diterapkan oleh Kebawah Duli Yang Maha
Khutbah Jumaat 2018 Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah
Khutbah Khas Sempena Majlis Pertalan Sultan Kedah Ke-29 19 Oktober 2018/10 Safar 1440
7
Mulia Tuanku Sultan akan lebih menyatukan rakyat di negeri ini. Sebagai timbal balas,
rakyat juga mempunyai tanggungjawab yang besar kepada Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Tuanku dengan memelihara undang-undang yang menjaga keselamatan dan pada
setiap masa menghormati dan menghargai institusi DiRaja serta menanam rasa cinta
terhadap negeri.
Mimbar juga mendoakan semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah serta kerabat-kerabat Diraja sentiasa
dilimpahi rahmat Ilahi, diteguh keimanan, dilanjutkan usia, dikurniakan kesihatan dan
kesejahteraan yang berpanjangan.
Semoga Baginda dikurniakan taufik dan hidayah serta kekuatan dan kesihatan untuk
meneruskan pemerintahan negeri ini. Kita juga turut mendoakan agar negeri ini dikekal-
kan nikmat keamanan dan kemakmuran, dijauhkan dari segala perbuatan jahat dan fit-
nah yang boleh membawa malapetaka dan kehancuran, agar rasa kasih sayang di antara
rakyat subur dan berpanjangan di bawah lembayung rahmat ilahi. Semoga detik berse-
jarah yang sarat dengan kemeriahan adat istiadat pertabalan Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Tuanku Sultan terpahat kukuh dalam sanubari dan ingatan para rakyat jelata. Se-
sungguhnya Raja-raja Melayu tidak dapat dipisahkan dengan orang-orang Melayu dan
Islam, ibarat aur dengan tebing, dan seperti isi dengan kuku.
Sidang Jumaat yang dirahmati sekalian,
Sukacitanya mimbar ingin kongsikan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan
Salehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah ketika berangkat hadir ke mesyuarat penggal
pertama sidang DUN Kedah pada 4 Julai 2018 : Titah baginda ; Kelestarian Kerajaan
Kedah yang merupakan kerajaan tertua di Malaysia dan mampu bertahan dengan begitu
lama adalah hasil manifestasi ungkapan “ Raja dan rakyat berpisah tiada”. Hakikat ini,
jika dijadikan pegangan dalam prinsip setiap warga segenap lapisan masyarakat maka
tidak syak lagi akan terbinalah sebuah ikatan perpaduan yang kukuh dikalangan rakyat
berpayungkan Raja berdaulat lagi berjiwa rakyat. DAULAT TUANKU!
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Khutbah Jumaat 2018
Khutbah Khas Sempena Majlis Pertalan Sultan Kedah Ke-29 19 Oktober 2018/10 Safar 1440
8
Mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar ingin merumuskan bahawa:
Sabda Rasulullah s.a.w:
غصان فقد غص اهلل، وي طاع اهلل، ويطاغن فقد أ
أ يي فقد يطع ي
األ
يي فقد غصان يػص األ طاغن، وي
.أ
Mafhumnya: “Barangsiapa yang mentaatiku, maka sesungguhnya dia telah mentaati
Allah. Dan sesiapa yang mengingkariku, maka sesungguhnya dia telah mengingkari Al-
lah. Juga sesiapa mentaati pemerintahku, maka sesungguhnya dia juga mentaatiku,
dan sesiapa yang mengingkari pemerintah, maka sesungguhnya dia telah menging-
kariku.” (Hadith Riwayat Al- Bukhari)
ڃ ڃ ڃ چ چ
چڍ ڌ ڌ ڎ ڎ ڈ ڍڇ ڇ ڇ ڇچ
Mafhumnya : “Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi, dan Allah
Maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu”.
Pertama: Kesetiaan kepada raja, pemerintah dan negara
adalah berkait rapat dengan perintah Allah dan
RasulNya. Kedua: Rakyat hendaklah mensyukuri dan mengambil
manfaat nikmat perpaduan dan keamanan dalam
negeri di bawah naungan pemerintah yang
Ketiga:
Kedaulatan Raja pemerintah dan kedaulatan negeri
merupakan denyutan nadi perpaduan rakyat jelata.
Khutbah Khas Sempena Majlis Pertalan Sultan Kedah Ke-29 19 Oktober 2018/10 Safar 1440
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Khutbah Jumaat 2018
9
ا في ة ، ونفػن وإياك ىف اىلرآن اىػظي ةارك اهلل ل وىكيع الس إ تلوت ك و ن ، وتلتو نر احلهي يات واذل
ال
ولسائر . اىػيي ل وىك ستغفر اهلل اىػظيذا وأ كل كل
أ
ز ات، فاستغفروه، فيا ف ؤ ني وال ؤ ات وال سي ني وال سي ال ويا ناة اتلائبني ستغفري .ال
Khutbah Khas Sempena Majlis Pertalan Sultan Kedah Ke-29 19 Oktober 2018/10 Safar 1440
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Khutbah Jumaat 2018
10
KHUTBAH KEDUA
يك يم ول يم ف ال ل ش يك ا ول يتخذ ول ي ل د هلل اذل احلا ه تكتي ل وكب اذل . ل ول ا يييق بلل وغظي ده حدا نثي ن
ات . سيطا يم ل، ل ميم الس اهلل وخده ل شن ل إل إل
د أ شوأرض ن بيا . وال ن يك
ةأ ل اصطفاه رب دا عتده ورس ن م
د أ شوأ
ني اهلل رحث ليػال رسي، وأ جػني
ل وسيد انلاس أ .ورس
ر اىث إل لىث واجل الض لذ د ال لع سيدا مامهلل صو وسي
كدوتا ول ي اذل صداةدى، ولع ال وأ ان وال احلق واإليم اىلارغث ث إل ي
يع ال .اىفضو لع ج
فإن ى اهلل وطاغت ونفس ةتل وصيكا بػد، فيا غتاد اهلل، أ
أ
رسيني بياء والى سبيو انلجاة وخيق ال .اتلل
Khutbah Khas Sempena Majlis Pertalan Sultan Kedah Ke-29 19 Oktober 2018/10 Safar 1440
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Khutbah Jumaat 2018
11
ڃ ڃ ڃ چ چ : فلال اهلل تػال
ڻ ڻ ڻ ڻ ۀ ۀ ںڳ ڳ ڱ ڱ ڱ ڱ ںچ
ھ ھ ے ے ۓ ۓ ﮲ ﮳ ﮴ ھہ ہ ہ ہ ھ
١٣١: اىنساء چ﮷ ﮸ ﮹ ﮺ ﮻ ﮶﮵
Maksudnya : “Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan
demi sesungguhnya, Kami telah perintahkan orang-orang yang diberi Kitab dahulu dari-
pada kamu, dan juga (perintahkan) kamu,iaitu hendaklah bertaqwa kepada Allah; dan
jika kamu kufur ingkar, maka (ketahuilah) sesungguhnya Allah jualah yang memiliki
segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kaya,
lagi Maha Terpuji”.
Sidang Jumaat yang berbahagia,
Kali terakhir rakyat negeri Kedah menyaksikan Istiadat Pertabalan Sultan Kedah ialah
pada tanggal 20 Februari tahun 1959, kira-kira 59 tahun yang lalu, menyaksikan Almar-
hum Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah ditabalkan se-
bagai Sultan Kedah ke-28 menggantikan ayahanda baginda, Almarhum Sultan Badlishah
Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.
kini, sejarah baharu kesultanan Negeri Darul Aman Kedah bakal tercipta, pada saat
yang bersejarah, pada tanggal 22 Oktober 2018 Sultan yang disanjung rakyat iaitu Ke-
bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Bad-
lishah akan ditabalkan sebagai Sultan Kedah ke-29. Baginda telah dimasyhurkan sebagai
Sultan Negeri Darul Aman Kedah ke-29 pada September 2017 yang lalu berikutan ke-
mangkatan paduka kekanda baginda Almarhum Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ibni
Almarhum Sultan Badlishah.
Khutbah Khas Sempena Majlis Pertalan Sultan Kedah Ke-29 19 Oktober 2018/10 Safar 1440
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Khutbah Jumaat 2018
12
Sesungguhnya istiadat yang bakal berlangsung ini merupakan satu detik yang amat di-
nanti-nantikan oleh rakyat jelata. Sudah pasti ia akan menjadi memori terindah yang
kekal terpahat dalam sejarah Kesultanan Negeri Kedah Darul Aman. Semoga Allah SWT
akan merahmati Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan melimpahkan keberkatan
yang berpanjangan buat negeri Kedah Darul Aman yang dicintai.
خياء ات ال ؤ ني وال ؤ ات وال سي ني وال سي اغفر لي الي
ات، يوا كوا غو يب ال يع كريب م ات، إم س م وال
ئ ط ا ذا ابلل أ اجػو ، الي ني ا احلاجات يا رب اىػال
فيولوم ةػايتم وت و الي را واش متا وولة أ ئ
صيح أامهلل أ
وك وطـان صـاهـح يغلباوه دويل : موالا جالهة ال يها مولا الس
وطان بدل شاه؛ رحوم الس ال ي اب وي ادل ال و ده سو وول ع
تغكو ي ةدل شاه اة يطان صواىوح شف ال يو الس ويوع . ال وج
يهيث ة ال س . ال
Khutbah Khas Sempena Majlis Pertalan Sultan Kedah Ke-29 19 Oktober 2018/10 Safar 1440
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Khutbah Jumaat 2018
13
اىػتاد وابللد، واجػو اتللى صيح ةداد وأ ليس ل وف الي
رخاد ياىطيفا ةاىػتاد يا أ ج خي زاد، إم رؤوف رخي
لني اح . الر
...غتاد اهلل
ڌ چ ڍ ڍ ڇ ڇ ڇ ڇ چ چ چ
ڈ ژ ژ ڑ ڈڌ ڎ ڎ
واشهروه يذنرك ه فاذنروا اهلل اىػظي ل واسأ يزدك ػ
يػطك فضي .
وئ وئ ۇئ ۇئ ۆئ ەئائ ائ ەئ
Khutbah Khas Sempena Majlis Pertalan Sultan Kedah Ke-29 19 Oktober 2018/10 Safar 1440
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Khutbah Jumaat 2018