khutbah khas sempena sambutan hari pahlawan … · khutbah khas sempena sambutan hari pahlawan...
TRANSCRIPT
1
KHUTBAH KHAS SEMPENA SAMBUTAN HARI PAHLAWAN
TAHUN 2018
“PAHLAWAN: JASAMU SENTIASA DI HATIKU”
27 JULAI 2018 (JUMAAT)/14 ZULKAEDAH 1439 ___________________________________________________________________
﴾ٿ ٿ ٹ ٹ ٹ ٹ ڤ ڤ ڤ ڤ ڦ ڦ ﴿
SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,
Marilah kita bertakwa kepada Allah swt dengan melaksanakan segala
perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Sesungguhnya orang yang
paling mulia di sisi Allah SWT ialah orang yang paling bertaqwa. Istiqamahlah
kita dalam mengamalkan segala ajaran Allah dan suruhan Rasulullah .
Mudah-mudahan kita beroleh kejayaan sama ada di dunia dan di akhirat nanti.
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKELIAN
Ketika negara-negara di luar berada dalam kancah peperangan yang
menghancurkan negara berkenaan, kita merasa amat bertuah tinggal dalam
sebuah negara yang aman harmoni. Keamanan ini tidak datang sendiri
2
melainkan melalui perjuangan dan pengorbanan pasukan keselamatan. Mereka
mengorbankan tenaga, jiwa dan raga berjuang serta berjihad mempertahankan
kedaulatan negara daripada terus diceroboh, diganggu serta dijajah. Ada di
antara mereka yang terkorban atau mengalami pelbagai kecederaan.
Namun apa yang penting mereka telah melakukan satu tindakan yang
amat selari dengan tuntutan Islam iaitu mempertahankan hak dan kebenaran.
Mereka tidak rela negara yang kita sayangi ini dijajah dan kita diperhambakan.
Mereka mahu menjadi bangsa berwawasan, merdeka, berdikari dan bebas untuk
melaksanakan tuntutan Ilahi dengan aman. Justeru, mimbar Jumaat bersempena
sambutan hari pahlawan membicarakan khutbah bertajuk: PAHLAWAN:
JASAMU SENTIASA DI HATIKU.
Kita sangat berterima kasih kepada para pahlawan dan pejuang negara.
bagi mereka yang beragama Islam dan telah kembali menemui Allah , kita
doakan semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan para syuhada’ dan
orang-orang soleh serta mendapat ganjaran yang baik daripada Allah .
kepada mereka yang masih hidup, kita sanjungi, hargai dan teladani keberanian
dan kehebatan mereka. Benarlah apa yang disabdakan oleh Rasulullah :
Mafhumnya “Maukah Aku ceritakan kepada kamu tentang satu malam yang
lebih utama daripada malam al-Qadar? Iaitu malam yang dilalui oleh
seseorang yang berkawal di suatu tempat yang menakutkan (kerana menjaga
keamanan), yang mungkin (jika berlaku sesuatu tidak baik) dia tidak dapat
kembali lagi kepada keluarganya.”
(Riwayat Hakim dan Baihaqi)
Untuk itu, pada 30 Julai setiap tahun, masyarakat Malaysia akan sama-
sama mengingati dan mengenang segala jasa pahlawan negara melalui satu
majlis rasmi iaitu sambutan Hari Pahlawan. Di samping sambutan yang
diadakan saban tahun, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah menghayati dan
3
mengambil pengajaran daripada semangat kepahlawanan para pejuang negara.
sesungguhnya negara amat memerlukan rakyat berjiwa pejuang yang sanggup
melakukan pelbagai pengorbanan demi membangunkan ummah dan negara
tercinta ini.
Hakikat ini bersesuaian dengan prinsip Maqasid Syariah dalam Islam
iaitu memelihara agama, nyawa, akal, harta dan keturunan. Keamanan dan
ketenteraman dalam sesebuah negara sahaja yang menjadi pra syarat kesemua
prinsip tadi dapat dijaga, dipelihara dan ditegakkan seterusnya membawa
manfaat dan rahmat kepada agama, negara dan rakyat keseluruhannya.
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKELIAN
Hari ini, dalam suasana keamanan dan kemakmuran yang telah dikecapi
hasil perjuangan dan pengorbanan para pahlawan negara khasnya, serta hasil
tersebar luas ajaran agama Islam amnya, masyarakat Malaysia telah menempuh
kehidupan yang harmoni dan tenteram. Namun di sebalik suasana sebegini, satu
gejala atau fenomena sebenarnya sedang merebak dan menyerang secara senyap
dalam kehidupan masyarakat dunia amnya menyebabkan umat Islam di
Malaysia turut terkesan dengan gejala ini. Perkara yang dimaksudkan ialah
serangan penggunaan alatan gajet yang boleh membawa kesan negatif dalam
masyarakat antaranya boleh melahirkan suasana dalam masyarakat yang sering
mengadu-domba, fitnah memfitnah, menyampaikan maklumat yang tidak tepat,
hina menghina, kutuk mengutuk dan seumpamanya.
Dalam konteks ini telah digambarkan oleh Rasulullah melalui sabda
baginda yang berbunyi:
Maksudnya: "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa
umat-umat terdahulu. Sahabat bertanya: "apakah penyakit-penyakit umat
terdahulu itu wahai Rasulullah? Rasulullah menjawab: "penyakit umat-umat
4
terdahulu ialah terlalu banyak berfoya-foya, terlalu mewah, menghimpun harta
sebanyak mungkin, tipu-menipu dalam merebut harta benda dunia, saling
memarahi dan hasut-menghasut sehingga menjadi zalim".
(Riwayat al-Hakim)
Jika berterusan berlaku dalam masyarakat suasana yang celaru akhlaknya,
serong tatasusilanya dan rendah nilai budinya serta menyimpang dari landasan
syarak, bagaimana mungkin akan muncul para pahlawan dan pejuang kebenaran
yang akan tampil dengan semangat kepahlawanan tulen dan unggul. Justeru,
langkah perlu dilaksanakan untuk melahirkan generasi berciri pahlawan yang
mempunyai daya juang, integriti, amanah, sabar, kental dan terus mampu
mencurah bakti bagi membanteras segala bentuk kemungkaran dan kerosakan
yang berlaku.
Maka sudah tentu sebagai jawapannya, setiap individu dari kita perlu
menghayati dan mengamalkan segala nilai berteraskan Islam yang telah terbukti
mampu mewujudkan kebahagiaan dan keharmonian sejagat. Sebagai seorang
yang beragama Islam, kita hendaklah menjadikan aqidah sebagai tonggak ke
arah melahirkan individu muslim yang mampu menjadi pahlawan dan pejuang
kebenaran. Pengakuan syahadah yang kita ucapkan itu sepatutnya benar-benar
memerdekakan kita daripada segala bentuk maksiat dan perlakuan yang
bertentangan dengan syariat Islam. hal ini penting ditonjolkan kerana sinar
cahaya keberanian dan kepahlawanan para pejuang negara terdahulu
sememangnya telah dinyalakan oleh obor Islam. Melaluinya semangat jihad
telah berjaya disuntik.
SIDANG JUMAAT YANG BERBAHAGIA,
Kita perlu meletakkan agama Islam sebagai sumber yang boleh
mendorong umat Islam menghayati erti perjuangan dan seterusnya menjadi
seorang pahlawan. Bermula dengan diri sendiri, berjuang melawan hawa nafsu
yang sentiasa mendorong ke arah melakukan kemurkaan terhadap Allah .
Kemudian berjuang memandu ahli keluarga menghidupkan amal-amal Islami
5
dalam kehidupan seharian. Lebih dari itu, berjuang dalam mengajak masyarakat
agar sentiasa bergerak di atas landasan syariat yang benar dan berpaksikan
ketauhidan kepada Allah selaras dengan firman-Nya dalam surah Al
‘Imran ayat 104:
ڳ ڳ ڳ ڳ ڱ ڱ ڱ ڱ ں ں ڻ ڻ ڻ ﴿
﴾ڻۀ
Maksudnya: “dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang
menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari
yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.”
Dalam perjuangan mengajak masyarakat ke arah kebaikan dan menjauhi
kemungkaran, kita perlu mengambil falsafah daripada para pejuang Islam yang
pastinya mempunyai sifat ketegasan dalam berjuang dan menjadi pahlawan
Islam ke arah mengangkat syiar dan syariat Allah .
Umpamanya contohilah ketegasan Saidina Ja’afar bin Abi Talib dan
rombongannya ketika berjumpa dengan Najjasyi apabila beliau
mengungkapkan, “kami tidak akan menyembah selain Allah”. Contoh lain ialah
Rabi’ ibn ‘Amir, yang berkata dengan tegas kepada panglima Rustum daripada
Parsi, “kami adalah pembawa misi Ilahi untuk membebaskan manusia daripada
pengabdian sesama manusia kepada pengabdian hanya kepada Allah semata-
mata, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam, daripada kesempitan
dunia kepada keluasan dunia dan akhirat,”. Begitu juga Bilal ibn Rabah yang
walaupun ditindih dengan batu besar di atas tubuhnya, tetapi dengan
keberanian, ketabahan dan kepahlawanan sehingga mampu menyatakan kalimah
tauhid, “ahad! ahad! ahad!” iaitu Allah yang Esa.
Sesungguhnya ketiga-tiga pahlawan Islam tersebut telah memerdekakan
roh dan jasad mereka daripada segala belenggu kejahilan, kesesatan, penindasan
dan belenggu kehidupan jahiliyyah. Ketiga-tiga mereka sebenarnya mempunyai
keimanan yang sangat kuat. ketegasan sikap yang diamalkan oleh pahlawan-
6
pahlawan Islam ini sememangnya menggambarkan sifat-sifat kepahlawanan
generasi awal Islam. Mereka wajar dijadikan sumber inspirasi untuk umat Islam
kini dalam melakukan kerja Islami ke arah mengajak masyarakat meyakini dan
melaksana kebenaran serta kesyumulan Islam.
SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKELIAN,
Kesimpulannya, akan lahir mereka yang berjiwa pahlawan, memiliki
kualiti unggul, bermaruah, berakhlak mulia dan berintegriti. Mereka juga bebas
daripada kejahilan dan kebekuan fikiran, sentiasa hebat, mempunyai idea yang
bernas dan sentiasa mengutamakan kebenaran, ehsan dan ikhlas. Di sinilah
Islam telah berperanan memberikan sinar pencerahan yang mampu menerangi
segala kegelapan minda manusia. Islam telah mendidik jiwa perjuangan,
kepahlawanan yang memberanikan mereka berhadapan dengan segala risiko
keduniaan selagi ianya mendapat redha Ilahi. Firman Allah dalam surah Al
‘Imran ayat 169:
ڃ ڃ ڃ چ چ
﴾گ گ ڳ ڳ ڳ ڳ ڱ ڱ ڱ ڱ ں ں ڻ ڻ﴿
Bermaksud: “Jangan sekali-kali engkau menyangka orang yang terbunuh
(yang gugur syahid) pada jalan allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan
merekaadalah hidup di sisi tuhan mereka dengan mendapat rezeki.”
8
Ya Allah, kami memohon agar dengan rahmat dan perlindungan Mu, negara
kami ini dan seluruh rakyatnya dikekalkan dalam keamanan dan kesejahteraan.
Tanamkanlah rasa kasih sayang dan kekalkanlah perpaduan di kalangan kami.
Semoga dengannya kami sentiasa hidup aman damai, sejahtera dan selamat
sepanjang zaman.