JABATAN PERKHIDMATAN KOMPUTER NEGERI (SISTEM E-KUASA MENANDATANGANI BAUCAR DEBIT)
KANDUNGAN
1.0 MODUL SISTEM E-KUASA MENANDATANGANI BAUCAR DEBIT
1.1 MEMULAKAN SISTEM E-KUASA
1.1.1 PENDAFTARAN PENGGUNA - PENTADBIR SISTEM (JBNS)1.1.2 CAPAIAN KE SISTEM E-KUASA1.1.3 LOG MASUK SISTEM E-KUASA
1.2 PENDAFTARAN PENGGUNA ( dilantik oleh Pegawai Pengawal )
1.3 SISTEM E-KUASA MENANDATANGANI BAUCAR DEBIT
1.3.1 DAFTAR SURAT1.3.2 DAFTAR NAMA
1.4 TANDATANGAN SURATKUASA
1.4.1 MODUL TANDATANGAN SURATKUASA
1.5 CETAK
1.5.1 CETAK SURAT KUASA
1.6 MUAT NAIK SURAT KUASA
1.6.1 MUAT NAIK SURAT KUASA
1.7 LAPORAN
1.7.1 LAPORAN SURAT KUASA
2.0 CARTA ALIRAN PROSES SISTEM
3.0 LAMPIRAN
MANUAL PENGGUNA SISTEM E-KUASA MENANDATANGANI BAUCAR DEBIT
1.0 MODUL SISTEM E-KUASA MENANDATANGANI BAUCAR DEBIT
1.1 MEMULAKAN SISTEM E-KUASA
1.1.1 PENDAFTARAN PENGGUNA - PENTADBIR SISTEM (JBNS)
Pengguna dikehendaki untuk menghubungi Seksyen Pemantauan
Sistem Perakaunan (SPSP), Bahagian Perancangan Pembangunan
Korporat bagi membolehkan pendaftaran Pentadbir Sistem di
Kementerian/Jabatan masing-masing dilakukan sebelum
menggunakan Sistem E-Kuasa Menandatangani Baucar Debit.
Tel No : 088 - 272202 / 221011
Rajah 1.0 adalah merupakan paparan skrin bagi pendaftaran
pengguna bagi pentadbir sistem (JBNS).
Rajah: 1.0
i. Klik pada Kementerian/Jabatan yang dikehendaki.
ii. Skrin seperti Rajah 2.0 akan terpapar.
Terdapat 4 paras / fungsi yang terdapat dalam pendaftaran pengguna iaitu:
1. PENTADBIR SISTEM - Daftar pengguna sistem, daftar
surat dan nama penandatangan, laporan mengenai surat
kuasa, memuat naik surat kuasa, kemaskini dan hapus data.
2. PENYEDIA DATA - Daftar surat dan nama penandatangan,
memuat naik surat kuasa, laporan mengenai surat kuasa,
kemaskini dan hapus data.
3. PENANDATANGAN - Menandatangani surat kuasa yang telah
didaftarkan dan laporan mengenai surat kuasa.
4. JBNS (hanya untuk Sistem Admin Jabatan Bendahari sahaja) -
Daftar pengguna sistem bagi Kementerian/Jabatan yang
menggunakan Sistem E-Kuasa Menandatangani Baucar Debit.
Rajah: 2.0
iii. Pilih Nama, PTJ dan Paras di medan yang disediakan dan klik
pada butang "Daftar Pengguna Sistem".
iv. Senarai pengguna sistem yang telah didaftarkan akan
disenaraikan dibahagian "Senarai PENGGUNA SISTEM
yang telah didaftarkan" selepas proses pendaftaran berjaya.
v. Sila rujuk dibahagian 1.2 PENDAFTARAN PENGGUNA bagi
proses Kemaskini/Hapus pengguna sistem.
1.1.2 CAPAIAN KE SISTEM E-KUASA
Pengguna akan dibekalkan oleh Pentadbir Sistem atau Pegawaiyang dipertanggungjawabkan untuk Sistem E-Kuasa dengan
maklumat penting iaitu Alamat URL melalui pekeliling yang
dikeluarkan oleh Jabatan Bendahari Negeri Sabah (JBNS).
Untuk penggunaan sistem ini, Pengguna dikehendaki untuk
menggunakan Mozilla Firefox dengan menaipkan alamat URL seperti
berikut; http://sww.jpkn.sabah.gov.my/TandatanganBaucarDebit/ dan kemudian tekan kekunci Enter pada papan kekunci atau klik pada
butang GO. Skrin Sistem E-Kuasa akan dipaparkan seperti Rajah 3.0.
Rajah: 3.0
i. Apabila Pengguna mencapai laman web Sistem E-Kuasa, skrin
seperti Rajah 3.0 akan dipaparkan terlebih dahulu.
ii. Klik pada butang Log Masuk Sistem.
1.1.3 LOG MASUK SISTEM E-KUASA
Ini adalah paparan skrin bagi log masuk ke dalam Sistem E-Kuasa.
Rajah 4.0
i. Untuk log masuk ke dalam sistem, masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Katalaluan (SM2) dalam medan No. IC dan
Katalaluan yang disediakan.
ii. Hanya Pengguna yang berdaftar sahaja yang dibenarkan
untuk log masuk dan menggunakan Sistem E-Kuasa.
1.2 PENDAFTARAN PENGGUNA ( dilantik oleh Pegawai Pengawal )
Terdapat 3 paras / fungsi yang terdapat dalam pendaftaran pengguna iaitu:
i. PENTADBIR SISTEM - Daftar pengguna sistem, daftar
surat dan nama penandatangan, laporan mengenai surat
kuasa, memuat naik surat kuasa, kemaskini dan hapus data.
ii. PENYEDIA DATA - Daftar surat dan nama penandatangan,
memuat naik surat kuasa, laporan mengenai surat kuasa,
kemaskini dan hapus data.
iii. PENANDATANGAN - Menandatangani surat kuasa yang telah
didaftarkan dan laporan mengenai surat kuasa.
Rajah 5.0
i. Skrin pendaftaran pengguna (Rajah 5.0) akan digunakan oleh
pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk mendaftar
kakitangan kerajaan yang menggunakan Sistem E-Kuasa.
ii. Pilih Nama, PTJ dan Paras di medan yang disediakan dan klik
pada butang "Daftar Pengguna Sistem".
iii. Senarai pengguna sistem yang telah didaftarkan akan
disenaraikan dibahagian "Senarai PENGGUNA SISTEM
yang telah didaftarkan" selepas proses pendaftaran berjaya.
iv. Klik pada butang untuk kemaskini paras pengguna
sistem. Pilih paras yang dikehendaki dan tekan butang
"Kemaskini Maklumat Pengguna Sistem" untuk
melengkapkan proses kemaskini pengguna sistem. Jika tiada
perubahan yang perlu dilakukan maka klik pada butang
"Kembali" untuk kembali ke senarai pengguna sistem yang
telah didaftarkan. Rajah 6.0 adalah merupakan skrin untuk
kemaskini maklumat pengguna sistem.
Rajah 6.0
v. Klik pada butang untuk hapus maklumat pengguna sistem.
Apabila maklumat disahkan betul, klik pada butang "Hapus Maklumat Pengguna Sistem" untuk melengkapkan proses
hapus pengguna sistem. Klik pada butang "Kembali" untuk
kembali ke senarai pengguna sistem yang telah didaftarkan.
Rajah 7.0 adalah merupakan skrin untuk hapus maklumat
pengguna sistem.
Rajah 7.0
1.3 SISTEM E-KUASA MENANDATANGANI BAUCAR DEBIT
Setelah Pengguna berjaya log masuk ke dalam Sistem E-Kuasa maka
paparan seperti pada Rajah 8.0 akan dipaparkan.
Rajah 8.0
Terdapat 3 fungsi yang boleh digunakan oleh pegawai yang berdaftar iaitu;
i. Daftar Surat: Daftar surat kuasa, daftar nama
penandatangan, memuat naik surat kuasa dan cetak surat
kuasa.
ii. Laporan: Laporan mengenai surat kuasa.
iii. Daftar Pengguna (Hanya untuk paras pentadbir sistem): Daftar, kemaskini atau batal pengguna sistem.
iv. Log Keluar: Log keluar sistem.
1.3.1 DAFTAR SURAT
Rajah 8.0 adalah merupakan paparan skrin bagi mendaftar surat
kuasa.
i. Proses ini bertujuan untuk mendaftarkan surat kuasa
menandatangani baucar debit.
ii. Dalam paparan Rajah 8.0, pilih menu "Daftar Surat".
iii. Lengkapkan medan seperti yang dikehendaki:
a. Stesen;
b. Rujukan;
c. Tarikh;
d. Tarikh Kuatkuasa;
iv. Setelah lengkap, klik pada butang "Daftar Kebenaran Menandatangani Baucar Debit" untuk melengkapkan proses
pendaftaran surat kuasa.
v. Senarai surat kuasa yang telah didaftarkan akan
disenaraikan dibahagian "Senarai kebenaran untuk
menandatangani baucar debit yang telah didaftarkan" selepas
proses pendaftaran surat kuasa berjaya.
vi. Klik pada butang (rujuk pada Rajah 8.0) untuk kemaskini
surat kuasa dan skrin seperti Rajah 9.0 akan terpapar.
Rajah 9.0
vii. Klik pada butang "Kemaskini Maklumat Baucar Debit" untuk
kemaskini maklumat surat kuasa atau klik pada butang
"Kembali" untuk kembali ke laman sebelumnya.
viii. Klik pada "NO" (rujuk pada Rajah 8.0) untuk hapus maklumat
surat kuasa yang telah didaftarkan dan skrin seperti Rajah 10.0
akan terpapar.
Rajah 10.0
vii. Apabila maklumat disahkan betul, klik pada butang "Hapus Maklumat Baucar Debit" untuk hapus maklumat surat kuasa
yang telah didaftar atau klik pada butang "Kembali" sekiranya
ingin kembali ke laman sebelumnya.
1.3.2 DAFTAR NAMA
Rajah 11.0 adalah merupakan paparan skrin bagi daftar nama
penandatangan bagi Sistem E-Kuasa.
Rajah: 11.0
Modul ini berfungsi untuk mendaftar maklumat mengenai
penandatangan bagi Sistem E-Kuasa.
i. Klik pada (sila rujuk pada Rajah 8.0) dan skrin seperti
Rajah 9.0 akan terpapar.
ii. Penyedia perlu melengkapkan medan seperti Rajah 11.0 iaitu:
a. Nama : Nama penandatangan.
: Jawatan akan terpapar secara
langsung apabila nama
penandatangan telah dipilih.
b. Had Amaun Bernilai : Nilai had amaun bagi
penandatangan yang
menandatangani surat kuasa.
iii. Setelah lengkap, klik pada butang "Daftar Nama" untuk
melengkapkan proses daftar nama penandatangan.
iv. Senarai nama yang telah didaftarkan akan dipaparkan
diruangan bawah skrin iaitu Senarai NAMA bagi kebenaran
untuk menandatangani baucar debit yang telah didaftarkan
seperti yang terdapat pada Rajah 11.0. (Sekiranya ingin
mendaftar nama penandatangan seterusnya maka ulangi
langkah ii dan iii)
v. Klik pada butang "Kembali" untuk kembali ke laman Daftar
Surat.
vi. Klik pada butang untuk kemaskini daftar nama. Pilih "Had
Amaun Bernilai" yang dikehendaki dan tekan butang
"Kemaskini Maklumat Baucar Debit" untuk melengkapkan
proses kemaskini maklumat baucar debit. Jika tiada perubahan
yang perlu dilakukan maka tekan butang "Kembali" untuk
kembali ke laman daftar nama. Rajah 12.0 adalah merupakan
skrin untuk kemaskini maklumat mengikut nama.
Rajah 12.0
vii. Klik pada butang untuk hapus nama penandatangan yang
telah didaftarkan. Apabila maklumat disahkan betul, tekan
butang "Hapus Maklumat Nama" untuk melengkapkan proses
hapus maklumat nama. Jika tiada perubahan yang perlu
dilakukan maka tekan butang "Kembali" untuk kembali ke
laman daftar nama. Rajah 13.0 adalah merupakan skrin untuk
hapus maklumat nama.
Rajah 13.0
1.4 TANDATANGAN SURATKUASA
1.4.1 MODUL TANDATANGAN SURATKUASA
i. Klik pada menu "Senarai Surat Kuasa" dan skrin seperti
Rajah 14.0 akan terpapar.
Rajah 14.0
ii. Pilih surat kuasa yang hendak ditandatangani dan klik pada
ikon untuk menandatangani surat kuasa dan skrin seperti
Rajah 15.0 akan terpapar.
Rajah 15.0
iii. Klik pada butang "Tandatangan Surat Kuasa" untuk
menandatangani surat kuasa yang dikehendaki atau klik pada
butang "Kembali" untuk kembali ke laman senarai surat kuasa.
1.5 CETAK
1.5.1 CETAK SURAT KUASA
i. Klik pada menu "Daftar Surat” dan seterusnya klik pada
butang (rujuk pada Rajah 8.0) mengikut surat kuasa yang
dikehendaki dan skrin seperti Rajah 16.0 akan terpapar.
Rajah 16.0
ii. Klik pada butang "Cetak Surat Kuasa" (butang "Cetak Surat Kuasa" hanya akan dipaparkan sekiranya semua tandatangan
dibahagian status tandatangan telah ditandatangani) untuk
mencetak surat kuasa dan skrin seperti Rajah 17.0 akan
terpapar.
Rajah 17.0
iii. Klik pada butang "OK" untuk cetak surat kuasa.
iv. Surat kuasa yang telah dicetak perlu di imbas (scan) bagi
membolehkan dokumen tersebut di muat naik.
1.6 MUAT NAIK SURAT KUASA
1.6.1 MUAT NAIK SURAT KUASA
i. Klik pada menu "Daftar Surat” dan skrin seperti Rajah
18.0 akan terpapar.
Rajah 18.0
ii. Klik pada butang mengikut No. Rujukan yang dikehendaki
bagi muat naik dokumen surat kuasa yang telah ditandatangani
dan skrin seperti Rajah 19.0 akan terpapar.
Rajah 19.0
iii. Klik pada butang "Browse" untuk memilih dokumen yang
telah di imbas (scan) yang hendak di muat naik. Seterusnya klik
pada butang "Muat Naik Surat Kuasa" untuk melengkapkan
proses muat naik dokumen surat kuasa. Klik pada butang
"Kembali" untuk kembali ke laman sebelumnya.
iv. Klik pada "NO. RUJUKAN" (rujuk pada Rajah 18.0) sekiranya
ingin mengemaskini dokumen yang telah dimuat naik.
1.7 LAPORAN
1.7.1 LAPORAN SURAT KUASA
i. Klik pada menu "Laporan" dan skrin seperti Rajah 20.0 akan
terpapar.
Rajah 20.0
ii. Klik pada "#NAMA" yang dikehendaki untuk melihat surat
kuasa yang telah ditandatangani. Skrin seperti Rajah 21.0 akan
terpapar.
Rajah 21.0
2.0 CARTA ALIRAN PROSES SISTEM
SISTEM E-KUASA MENANDATANGANI BAUCAR DEBIT
MODUL DAFTAR SURAT KUASA
3.0 LAMPIRAN
CONTOH SURAT KUASA