Transcript

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM,Terima kasih saya ucapkan kepada kepada Tuan pengerusi majlis.Yang Berusaha..

Para hadirin yang saya hormati,Berdirinya saya di sini pada pagi ini adalah untuk mewakili rakan-rakan seperjuangan saya.Percaya atau tidak sudah hampir 5 tahun kita menimba ilmu di sekolah ini? Percaya atau tidak kita akan melangkah keluar dari sekolah ini tidak lama lagi ? 5 tahun mungkin akan menjadi satu tempoh masa yang lama jika kita hanya berdiam diri dan mengisi kehidupan seharian kita dengan kerja sekolah. Namun, perkara tersebut amatlah mustahil. sekolah merupakan titik permulaan yang mengajar kita untuk menghadapi liku-liku kehidupan yang akan bertambah mencabar.. Andai kata kita gagal mengatasi masalah yang berlaku di sekolah, bagaimana dengan kita nanti ? Tanpa sekolah, di mana dan dari siapa kita belajar untuk bangkit bila kita jatuh ? Banyak kejadian yang mengajar saya untuk menjadi seorang manusia yang lebih baik di sekolah ini. Salah satunya ialah melalui pergaduhan. Tanpa pergaduhan, kita tidak mungkin mengetahui bahawa setiap manusia mempunyai berbagai jenis kerenah. Bukan itu sahaja, kita akan lebih mengetahui cara saya lebih baik untuk menyelesaikan masalah. Erti persahabatan juga akan semakin penting melalui pergaduhan. Secara tidak langsung kita akan belajar untuk lebih dewasa dan berdiri di atas kaki sendiri.Setiap kita pasti mempunyai kenangan tersendiri sepanjang berada di sekolah ini. Misalnya seperti cuci tandas sekolah, terpaksa tampil di atas dewan kerana bercakap, didenda kerana tidak menyiapkan kerja sekolah, perang mulut dengan kawan atau cikgu dan sebagainya. Walaupun saya tidak mengetahui setiap kejadian yang telah berlaku sepanjang berada di sekolah ini, saya yakin bahawa setiap kejadian sama ada pahit atau manis mengajar kita erti kedewasaan. Saya belajar untuk lebih berkeyakinan melalui sekolah ini. Pelukan erat seorang guru dan setiap bait kata-kata semangat mereka menjadikan saya untuk lebih percaya dengan kemampuan saya. Betapa hebatnya kuasa seorang guru di sekolah ini. Tanpa mereka, saya mungkin tidak mampu berdiri se-gah ini di hadapan kalian.Oleh hal yang demikian, sekiranya saya diberi pilihan untuk menghapuskan masa lalu saya di sekolah ini, saya akan katakan tidak. hal ini demikian kerana, tanpa pengalaman yang telah saya lalui saya akan gagal menghadapi dunia yang lebih mencabar.Sekiranya kita pejam kan mata kita hanya sejenak untuk mengimbas kembali mungkin kita tidak mampu untuk berjalan kehadapan kerana tahun ini merupakan kali terakhir kita di sekolah ini. Tahun terakhir kita merasai kehidupan sebagai seorang pelajar. Tahun terakhir kita menatap wajah guru-guru.Adakah kita sanggup meninggalkan segalanya? Adakah kita cukup bersedia untuk kita berdiri menghadapi dunia masa hadapan ? adakah setiap keringat, kesabaran dan jasa yang dicurahkan kepada kita sudah dibalas? Oleh hal yang demikian rakan-rakan,korbankan masa anda hanya untuk beberapa minggu sahaja dan jangan pernah berhenti berusaha mencapai kejayaan. Kejayaan kita nanti hanyalah salah satu cara untuk membalas jasa guru yang telah bertungkus lumus mencurahkan ilmu kepada kita. Jangan pernah melupakan pergorbanan yang telah mereka lakukan untuk memanusiakan kita.78

Sebelum saya menutup tirai ucapan saya, saya mewakili rakan-rakan seperjuangansaya, memohon jutaan maaf kepada guru-guru sekiranya ada tindakan kami menguris hati .restui ilmu kami dan doakan kejayaan kami. Bukan itu saya, saya juga mewakili mereka semua untuk mengucapkan jutaan terima kasih kerana menjadi pemberi yang setia. Terima kasih atas setiap ilmu dan kenangan yang mendewasakan kami semua. Saya akhir ucapan saya dengan nukilan usman awang. Isinya ringkas tetapi amat mengesankan.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasaJika hari ini seorang Raja menaiki takhtaJika hari ini seorang Presiden sebuah negaraJika hari ini seorang ulama yang muliaJika hari ini seorang peguam menang bicaraJika hari ini seorang penulis terkemukaJika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasaDengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, gurukuBudi yang diapungkan di dulangi ilmuPanggilan keramat cikgu kekal terpahatMenjadi kenangan ke akhir hayat.


Top Related