“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kejuruteraan Awam dari
Universiti Teknologi Malaysia.”
iv
MINAT BELIA SETEMPAT TERHADAP LATIHAN KEMAHIRAN YANG
DITAWARKAN DI PUSAT GIATMARA TAIPING
NOORAZLINA BINTI ABDUL AZID @ AZIZ
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2006
v
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
vi
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji atas limpah dan kurniaan Allah S.W.T Tuhan Semester Alam. Selawat & salam ke atas junjungan
besar kita, Nabi Muhammad S.A.W.
Khas Buat
Abah & Emak... Allahyarham Abdul Azid @ Aziz dan Allahyarhamah Salasiah
Sesungguhnya, tiada seindah bahasa dapat anakanda ungkapkan dan tiada apa yang dapat anakanda berikan sebagai membalas jasa-jasa kalian berdua membesar dan mendidik anakanda. Terima kasih tidak
terhingga. Hanyalah utusan doa yang tidak akan putus akan sentiasa mengiringi pemergian kalian. Al-Fatihah...
Adik-Beradik Tersayang... Kak Jah, Abang Mi, Kak Yati, Abang Man, Kak Idah, Kak Ila, Mala dan Ainie
Jutaan terima kasih buat kalian kerana sentiasa mendorong, menyokong dan membakar semangatku dalam mengharungi hidup sebagai pelajar demi menjadikanku insan yang berguna kepada diri, keluarga, agama
serta bangsa.
Guru-guru & Pensyarah-pensyarah... Ilmu yang dicurahkan, akan anak didikmu ini manfaatkan sebaik mungkin. Tanpa tunjuk ajar dari kalian,
siapalah diri ini. Semoga Allah meredhai, memberkati & merahmati perjuangan murni kalian dalam mendidika anak bangsa. Terima Kasih.
Sahabat Seperjuangan... Faiz, Pidah,Yanna, Nir, Ino, AinG, Ainshah, Mah, Rose, Ja,Yati, Kak Azwa, Mama Ecah
Dan Insan Teristimewa, Nik Rahmat
Terima kasih yang tidak terhingga kepada kalian yang telah banyak membantu sahabatmu ini menyelesaikan kesulitan dan kesukaran dalam masalah yang dihadapi.
vii
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian bagi Allah S. W. T dan selawat ke atas junjungan kita Nabi
Muhammad S. A. W. Saya bersyukur ke hadrat Allah S. W. T kerana memberi kekuatan
dan kesabaran untuk menyiapkan laporan kajian mengenai “Minat Belia Setempat
Terhadap Latihan Kemahiran Yang Ditawarkan di Pusat GIATMARA Taiping” ini
sehingga selesai.
Kajian ini tidak akan terhasil tanpa bantuan, sokongan dan galakan daripada
beberapa pihak. Pertama sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada Prof. Madya Dr. Haji Abdul Wahid bin Mukhari selaku penyelia di atas segala
tunjuk ajar dan pengorbanan masa yang dicurahkan. Juga buat seluruh warga kerja Pusat
GIATMARA Taiping terutama sekali pengurusnya, En. Abdul Manan bin Ibrahim di
atas komitmen yang telah diberikan dalam usaha untuk memperolehi maklumat yang
secukupnya mengenai pusat ini.
Tidak lupa buat kesemua ahli Gerakan Belia 4B Kampung Banggol Sebelah,
Batu Kurau, Perak terutama pengerusinya, En. Mohd. Anuar bin Darus. Setinggi-tinggi
penghargaan saya ucapkan kerana tanpa penglibatan anda sudah pasti kajian ini tidak
akan terlaksana sebagaimana sepatutnya.
Akhir kata, buat semua yang terlibat tidak kira sama ada secara langsung ataupun
tidak, jutaan terima kasih diucapkan di atas kerjasama yang diberikan. Atas segala-
galanya, semoga Allah S. W. T akan memberikan ganjaran sewajarnya.
viii
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau minat belia setempat untuk
mengikuti latihan kemahiran yang ditawarkan di Pusat GIATMARA Taiping. Seramai
40 orang belia yang terdiri daripada ahli-ahli Gerakan Belia 4B Kampung Banggol
Sebelah, Batu Kurau, Perak telah terlibat dalam kajian ini. Data diperoleh dengan
menggunakan set soal selidik dengan pekali kebolehpercayaan 0.90. Data kemudiannya
diproses dan dianalisis menggunakan Statistical Package for Science Social (SPSS)
Version 11.5 dan dinyatakan dalam bentuk peratusan, frekuensi dan min. Berdasarkan
pengetahuan belia setempat di Kampung Banggol Sebelah terhadap Pusat GIATMARA
Taiping, kajian mendapati bahawa belia di sini berminat untuk mengikuti latihan
kemahiran yang disediakan. Hampir keseluruhan responden mengenalpasti bentuk
kemahiran yang bakal dipelajari di pusat tersebut. Mereka juga mempunyai pengetahuan
yang tinggi terhadap peranan Pusat GIATMARA, syarat kemasukannya serta
kemudahan yang disediakan di situ. Hanya dari segi kursus-kursus yang ditawarkan,
belia di sini menunjukkan pengetahuan yang sangat rendah mengenainya. Kajian juga
mendapati bahawa sumber maklumat utama mengenai Pusat GIATMARA ialah melalui
individu tertentu manakala latihan kemahiran yang paling ingin diikuti oleh belia ialah
Kursus Membaiki Motosikal.
ix
ABSTRACT
The purpose of this study is to identify local youth interest in obtaining skills
training at Pusat GIATMARA Taiping. A total of 40 local youth which are the members
of Gerakan Belia 4B Kampung Banggol Sebelah, Batu Kurau, Perak were involved in
this research. A set of questionnaire with reliability coefficients 0.90 had been used to
collect data and it was analyzed with Statistical Package for Science Social (SPSS)
Version 11.5. The analysis was reported in percentage, frequency and mean. Based on
their knowledge about Pusat GIATMARA Taiping, the findings shows that these youth
are interested to learn the skills training provided. Almost all respondent identified the
types of skills that they interested to learn at the centre. They also have high knowledge
in Pusat GIATMARA function, the requirement to be a trainee and the facilities
provided. However, these youth shows low knowledge in courses offered. This study
also found that the main information source about Pusat GIATMARA Taiping was from
other person and the skills training which they wanted to learn most was Motorcycle
Repair.
x
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS ii
PENGESAHAN PENYELIA iii
HALAMAN JUDUL iv
AKUAN DIRI v
DEDIKASI vi
PENGHARGAAN vii
ABSTRAK viii
ABSTRACT ix
KANDUNGAN x
SENARAI JADUAL xvi
SENARAI LAMPIRAN xviii
BAHAGIAN SATU
PENGENALAN
BAB I PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar belakang masalah 4
1.3 Pernyataan masalah 7
1.4 Persoalan kajian 7
1.5 Objektif kajian 8
xi
1.6 Kepentingan kajian 9
1.7 Skop dan batasan kajian 10
1.8 Definisi Istilah 10
1.8.1 Minat 10
1.8.2 Belia 11
1.8.3 Setempat 12
1.8.4 Latihan 12
1.8.5 Kemahiran 13
1.8.6 Pusat GIATMARA 13
BAHAGIAN DUA
SOROTAN PENULISAN
BAB II SOROTAN PENULISAN 14
2.1 Pendahuluan 14
2.2 Sejarah Pusat GIATMARA 15
2.3 Pusat GIATMARA Taiping 15
2.4 Langkah Mempromosikan Pusat GIATMARA
Taiping 17
2.4.1 Jalinan Komitmen dengan Pihak Sekolah
dan Agensi Luar 18
2.4.2 Mewujudkan Persekitaran yang
Menyeronokkan di Pusat GIATMARA
Taiping 18
2.4.3 Promosi Melalui Pelatih 19
2.5 Perkembangan Pendidikan Vokasional 20
2.6 Kesedaran Belia Tentang Kepentingan
Kemahiran untuk Alam Kerjaya 21
2.7 Kepentingan Minat dalam Proses Pembelajaran
Dan Latihan 23
xii
2.8 Peranan Pusat GIATMARA Taiping dan
Pengesanan Minat Melaluinya 25
2.9 Syarat Kemasukan ke Pusat GIATMARA
Taiping dan Pengesanan Minat Melaluinya 27
2.10 Kemudahan yang Disediakan di Pusat
GIATMARA Taiping dan
Pengesanan Minat Melaluinya 28
2.11 Kursus-Kursus yang Ditawarkan di Pusat
GIATMARA Taiping dan
Pengesanan Minat Melaluinya 29
2.12 Bentuk Kemahiran yang Dipelajari di Pusat
GIATMARA Taiping dan
Pengesanan Minat Melaluinya 30
2.13 Kepentingan Sumber Maklumat dan Kesannya
Terhadap Pengetahuan Individu 31
2.14 Kepentingan Mengenalpasti Latihan Kemahiran
yang Diminati oleh Belia 32
2.15 Penutup 34
BAHAGIAN TIGA
METODOLOGI
BAB III METODOLOGI 35
3.1 Pendahuluan 35
3.2 Reka Bentuk Kajian 36
3.3 Tempat Kajian 37
3.4 Populasi dan Persampelan 37
3.5 Instrumen Kajian 38
3.6 Tatacara Kajian 40
3.7 Kajian Rintis 42
xiii
3.8 Analisis Data 43
3.9 Penutup 45
BAHAGIAN EMPAT
ANALISIS DATA
BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN 46
4.1 Pendahuluan 46
4.2 Bahagian A 47
4.2.1 Taburan Responden Berdasarkan Umur 47
4.2.2 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 48
4.2.3 Taburan Responden Berdasarkan Pekerjaan 48
4.3 Bahagian B 49
4.3.1 Pengetahuan Belia Tentang Peranan
Pusat GIATMARA Taiping 50
4.3.2 Pengetahuan Belia Tentang Syarat
Kemasukan ke Pusat GIATMARA
Taiping 53
4.3.3 Pengetahuan Belia Tentang Kemudahan
yang Disediakan di Pusat
GIATMARA Taiping 55
4.3.4 Pengetahuan Belia Tentang Kursus yang
Ditawarkan di Pusat GIATMARA
Taiping 56
4.3.5 Pengetahuan Belia Tentang Bentuk
Kemahiran yang akan Dipelajari di Pusat
GIATMARA Taiping 57
4.3.6 Sumber Maklumat Belia Setempat Tentang
Pusat GIATMARA 58
xiv
4.3.7 Jenis Latihan Kemahiran yang Diminati
oleh Belia Setempat 59
4.4 Penutup 60
BAHAGIAN LIMA
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 61
5.1 Pendahuluan 61
5.2 Rumusan 62
5.3 Perbincangan 64
5.3.1 Pengetahuan Belia Setempat Tentang
Peranan Pusat GIATMARA 65
5.3.2 Pengetahuan Belia Setempat Tentang
Syarat Kemasukan ke Pusat GIATMARA 66
5.3.3 Pengetahuan Belia Setempat Tentang
Kemudahan yang Disediakan di Pusat
GIATMARA 67
5.3.4 Pengetahuan Belia Setempat Tentang
Kursus-Kursus yang Ditawarkan oleh
Pusat GIATMARA Taiping 68
5.3.5 Pengetahuan Belia Setempat Tentang Bentuk
Kemahiran yang akan Dipelajari di Pusat
GIATMARA Taiping 69
5.3.6 Sumber Maklumat Belia Setempat Tentang
Pusat GIATMARA 70
5.3.7 Jenis Latihan Kemahiran yang Digemari
oleh Belia Setempat 72
5.4 Cadangan 73
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 75
xvi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Taburan skor mengikut Skala Likert 39
3.2 Analisis data mengikut persoalan kajian 43
3.3 Tahap penilaian responden berdasarkan peratus 44
4.1 Taburan bilangan dan peratus responden mengikut
umur 47
4.2 Taburan bilangan dan peratus responden mengikut
jantina 48
4.3 Taburan bilangan dan peratus responden mengikut
pekerjaan 48
4.4 Taburan responden (n=40) mengikut frekuensi dan
peratus berkaitan pengetahuan belia tentang peranan
Pusat GIATMARA 50
4.5 Taburan responden (n=40) mengikut frekuensi dan
peratus berkaitan pengetahuan belia tentang syarat
kemasukan ke Pusat GIATMARA 53
4.6 Taburan responden (n=40) mengikut frekuensi dan
peratus berkaitan pengetahuan belia tentang kemudahan
disediakan di Pusat GIATMARA 55
4.7 Taburan responden (n=40) mengikut frekuensi dan
peratus berkaitan pengetahuan belia tentang kursus
ditawarkan Di Pusat GIATMARA Taiping 56
xvii
4.8 Taburan responden (n=40) mengikut frekuensi, peratus
dan min berkaitan pengetahuan belia tentang bentuk
kemahiran dipelajari di Pusat GIATMARA Taiping. 57
4.9 Taburan responden (n=40) mengikut frekuensi dan
peratus berkaitan sumber maklumat belia setempat
tentang Pusat GIATMARA 58
4.10 Taburan responden (n=40) mengikut frekuensi dan
peratus berkaitan jenis latihan kemahiran diminati
belia setempat di Pusat GIATMARA 59
xviii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Set Soal Selidik 83
B Surat Pengesahan Status Pelajar 88
C Surat Pengesahan Kehadiran Mengedarkan
Soal Selidik 89
D Surat Pengesahan Kehadiran Ke Pusat
GIATMARA Taiping 90
E Analisis Kebolehpercayaan (Reliability Analysis) 91
F Jadual Penentuan Saiz Sampel Berdasarkan
Populasi Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. 92
G Rekod Pengambilan Dan Tamat Pelatih Pusat
GIATMARA Mengikut Kursus Sehingga 2 Januari
2006 93
H Senarai Nama Ahli Gerakan Belia 4B Kampung
Banggol Sebelah, Batu Kurau, Perak. 94
19
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Pendidikan vokasional membawa maksud pengalaman menyeluruh seseorang
individu di mana ia belajar dengan cemerlang untuk berada dalam bidang kerja yang
menguntungkan (Prosser, 1950). Dalam skop yang lebih kecil, Prosser telah menyifatkan
pendidikan vokasional sebagai kewujudan siri pengalaman yang terkawal dan terurus
untuk melatih seorang atau lebih individu ke arah persediaan untuk pekerjaan.
Berdasarkan kenyataan ini, dapat dilihat betapa pendidikan vokasional amat berkait rapat
dengan bidang pekerjaan. Pendidikan vokasional juga boleh diibaratkan sebagai satu
medium untuk melengkapkan seseorang individu dengan kemahiran-kemahiran yang
diperlukan sebagai persediaan untuk menempuh alam pekerjaan.
Hakikatnya, sistem pendidikan vokasional bermula di Malaysia pada tahun 1906
(Jawatankuasa Kajian Sistem Pelajaran Vokasional, 1981). Pendidikan vokasional
bermula apabila sekolah teknik dibuka dengan tujuan untuk melatih juruteknik Keretapi
Tanah Melayu dan Jabatan Kerja Raya. Seterusnya, beberapa buah sekolah vokasional
yang lebih dikenali dengan nama sekolah pertukangan (trade school) telah dibuka pada
20
tahun 1920. Kursus-kursus yang ditawarkan di sekolah ini adalah dalam bidang
pertukangan kayu, elektrik dan kajisawat motor. Sekolah-sekolah ini kemudiannya telah
dinaiktaraf dan ada di antaranya masih kekal menjadi sekolah vokasional hingga ke hari
ini.
Menurut Ainley (1990), sejak tahun 1976 dasar kerajaan di barat telah mula
berhasrat untuk membawa sistem pendidikan ke satu tahap di mana perlaksanaannya
adalah selari dengan perubahan keperluan tenaga kerja dalam bidang industri dan
perdagangan. Sistem pendidikan seharusnya diselaraskan dengan perubahan keperluan
tenaga kerja dalam bidang industri dan perdagangan supaya ilmu dan kemahiran yang
dipelajari kemudiannya dapat diaplikasikan dengan baik di alam kerjaya. Mengakui
hakikat ini dan kepentingan pendidikan vokasional dalam pembangunan negara, kerajaan
Malaysia juga turut mengorak langkah untuk mula memberi perhatian terhadap
pendidikan ini. Hal ini terbukti dengan satu kenyataan dalam Laporan Jawatankuasa
Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran 1979, seperti berikut:
“Komponen vokasional bertujuan untuk melatih murid-murid menguasai kemahiran dan kecekapan tertentu sesuai dengan perkembangan perindustrian dan pembangunan negara. Isi kandungan kurikulum ini seharusnya lebih cenderung kepada penekanan terhadap aspek-aspek amali dari aspek-aspek teori. Penekanan ini juga hendaklah dicerminkan dalam segala peperiksaan yang diambil oleh murid-murid. Liputan kurikulum yang baru ini hendaklah sanggup memenuhi kemungkinan berbagai permintaan yang timbul akibat dari perubahan teknologi yang tidak dapat dijangkakan.”
(m.s 110)
Seterusnya, kurikulum lama digubal semula agar lebih sesuai dengan keperluan
sesebuah negara yang berkembang pesat dalam abad ke-21, iaitu yang menunjukkan ciri-
ciri moden, berunsurkan industri dan menggunakan teknologi maklumat yang canggih.
Sekolah dan institusi latihan mula menyediakan tenaga kerja yang diingini lantas
pengambilan pelajar ke bidang ini kian bertambah berbanding bidang sains sosial dan
kemanusiaan. Dasar menetapkan nisbah pelajar 60:40 untuk pelajar sains dan bukan
sains, adalah satu contoh kesungguhan kerajaan untuk membangunkan wawasan itu dan
seterusnya diimplementasikan sejak tahun 1996 lagi (Robiah, 2003).
21
Sebagaimana yang telah dinyatakan tadi, bermula dengan penekanan di peringkat
sekolah, pendidikan vokasional terus diterapkan melalui penawaran program latihan
kemahiran setelah pelajar tamat sekolah. Menurut Laporan Rancangan Malaysia Ke
Tujuh (1996-2000), program latihan kemahiran untuk belia lepasan sekolah telah
dilaksanakan oleh pelbagai institusi awam dan swasta. Bagi institusi awam, agensi utama
yang menyediakan latihan kemahiran ialah Kementerian Pendidikan, Kementerian
Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Pembangunan
Usahawan.
Sebagaimana institusi awam, sektor swasta juga turut menawarkan latihan
kemahiran. Dalam tahun 1991, WENCO (1991) melaporkan kursus-kursus yang
ditawarkan adalah berdasarkan kemahiran senilukis dan senireka, kejuruteraan atau
senibina, pengurusan hotel, katering dan pelancongan, komputer, perakaunan, sebaran am
serta perniagaan dan keusahawanan. Walau bagaimanapun, sebagaimana yang dilaporkan
melalui Laporan Rancangan Malaysia Ke Tujuh (1996-2000), bermula pada tahun 1996, kursus-kursus yang terdiri daripada kemahiran asas komputer sehingga kepada kemahiran peringkat
lanjutan seperti teknologi pengeluaran dan teknologi maklumat menjadi fokus utama.
Selain daripada latihan kemahiran yang ditawarkan di sektor awam dan swasta, latihan di luar
institusi seperti latihan sambil bekerja dan sesi latihan bengkel juga telah dilaksanakan di peringkat
kebangsaan, negeri dan daerah. Melalui latihan ini, belia diberi peluang untuk terus berusaha meningkatkan
taraf hidup diri mereka. Laporan Rancangan Malaysia Ke Tujuh (1996-2000) menyatakan sistem latihan yang diamalkan bagi menempatkan belia yang tidak mempunyai kemahiran serta gagal
memasuki institusi latihan sebagai perantis dalam perniagaan kecil. Secara tidak langsung, belia-
belia ini tidak akan berasa terpinggir atau diabaikan kerana prestasi akademik yang
rendah.
Dengan tertubuhnya institusi-institusi latihan kemahiran awam dan swasta ini,
adalah diharapkan ia dapat memenuhi keperluan tenaga mahir yang diperlukan industri di
samping menghadapi cabaran ekonomi dan perubahan teknologi di masa akan datang.
Selain memenuhi permintaan ekonomi negara, penglibatan belia dalam program latihan
22
kemahiran sebegini diharapkan akan dapat membangunkan jati diri belia ke arah yang
lebih cemerlang sebagai generasi pewaris yang akan menentukan kesinambungan
pembangunan negara.
1.2 Latar Belakang Masalah
Belia adalah aset negara. Menyedari tentang hakikat masa depan negara yang
banyak bergantung kepada generasi ini, agenda pembangunan belia telah sekian lama
menjadi salah satu daripada fokus kerajaan. Hishammuddin Hussein (2002) menyatakan
usaha membangunkan generasi pewaris ini bertambah penting di mana arus globalisasi
dan liberalisasi membawa bersama ancaman baru yang bukan berbentuk fizikal seperti
pada zaman penjajah tetapi lebih berbahaya, membabitkan minda, budaya dan
penguasaan ekonomi.
Umum mengetahui betapa belia pada hari ini kebanyakannya bertindak mengikut
naluri mereka. Di lapangan pekerjaan misalnya, faktor minat menjadi salah satu faktor
pemilihan kerjaya di kalangan belia. Sesungguhnya, belia lebih cenderung kepada
program yang mengikut citarasa mereka. Belia mahu pendapat mereka didengar selain
diberi ruang untuk menentukan sendiri corak masa depan mereka (Hishammuddin
Hussein, 2002). Sebagai satu tindakbalas kepada hakikat ini, belia hari ini telah diberikan
pelbagai pilihan untuk mendapatkan pekerjaan berdasarkan minat mereka itu. Penubuhan
institusi latihan kemahiran awam dan swasta yang menawarkan pelbagai jenis kursus
berbentuk pendidikan vokasional membuktikan betapa minat dan citarasa belia tidak
pernah dipandang remeh. Salah satu daripada institusi latihan kemahiran yang ditubuhkan
atas tujuan yang sama ialah Pusat GIATMARA.
Pusat GIATMARA Taiping terdiri daripada 176 pusat kesemuanya di seluruh
negara di mana pusat ini menawarkan 29 jenis kemahiran untuk dipelajari oleh golongan
belia. Pusat ini berfungsi untuk memberi latihan praktikal dan teori kepada masyarakat
bandar dan luar bandar dalam bidang yang bersesuaian dengan keperluan tempatan.
23
Usaha ini bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup individu melalui peluang usaha
niaga dan pekerjaan. Sebagai sebuah institusi latihan kemahiran di peringkat akar umbi
masyarakat, GIATMARA berusaha untuk merealisasikan hasrat kerajaan untuk
meningkatkan taraf hidup dan mengurangkan kadar pengangguran serta gejala kurang
sihat dalam masyarakat bumiputera. Dari tahun 2001 hingga 2005, Pusat GIATMARA
telah menghasilkan 59 533 orang pelatih yang berjaya memperolehi sijil dalam kursus
yang diceburi masing-masing (GIATMARA Malaysia, 2006).
Keistimewaan Pusat GIATMARA ialah dalam sesebuah negeri, pusat ini boleh
didapati dalam kuantiti yang banyak berbanding dengan institusi latihan kemahiran yang
lain seperti Institut Kemahiran Belia Negara yang biasanya hanya sebuah sahaja bagi
setiap negeri. Oleh itu, pendekatan pusat ini dalam memberikan latihan kemahiran
kepada belia adalah lebih meluas disebabkan taburan lokasinya yang lebih menyeluruh,
termasuk di kawasan luar bandar. Ditambah dengan syarat kemasukannya yang
minimum dan kemudahan yang disediakan, maka bukanlah satu halangan yang besar
untuk belia memanfaatkan peluang ini dengan sebaik mungkin.
Di Pusat GIATMARA Taiping, terdapat tiga kursus yang ditawarkan iaitu kursus
Teknologi Bangunan, Mengetuk dan Mengecat Kereta serta Pendawaian Elektrik
Domestik. Di antara ketiga-tiga kursus ini, kursus Pendawaian Elektrik Domestik
merupakan kursus yang sentiasa memenuhi kuota pelatih bagi setiap semester. Berbeza
dengan kursus Teknologi Bangunan, terdapat sedikit penurunan dari segi pengambilan
pelatih. Berdasarkan rekod pengambilan dan tamat pelatih Pusat GIATMARA Taiping,
pengambilan pelatih bagi tiga sesi terakhir iaitu dari Januari 2005 hingga Januari 2006,
pelatih yang mendaftar bagi kursus ini pada sesi pengambilan Januari 2006 adalah
seramai 12 orang (termasuk 2 orang tentera yang menyertai program PERHEBAT)
berbanding 14 dan 23 orang bagi sesi pengambilan Julai dan Januari 2005.
Bagi kursus Mengetuk dan Mengecat Kereta pula, berdasarkan rekod yang sama,
didapati jumlah pelatih yang mendaftar bagi setiap semester adalah tidak konsisten.
Kursus ini yang tempoh pengajiannya ialah selama enam bulan, telah menerima pelatih
24
seramai 23 orang pada pengambilan Januari 2004, 20 orang pada Julai 2004, 25 orang
pada Januari 2005, 14 orang pada Julai 2005 dan bagi sesi yang terakhir iaitu Januari
2006, jumlah pengambilan pelatih ialah seramai 23 orang. Dilihat pada situasi penurunan
jumlah pelatih dan jumlahnya yang tidak konsisten ini, pasti ada sebab yang boleh dikaji
supaya fungsi Pusat GIATMARA Taiping dan GIATMARA lain umumnya sebagai
pembekal pekerja separa mahir dapat dilaksanakan dengan sewajarnya.
Di samping itu, Kementerian Sumber Manusia telah memperuntukkan sebanyak
RM100 juta untuk mengendalikan kursus latihan kemahiran percuma mulai tahun 2005
untuk menghasilkan lebih ramai pekerja mahir (Sunday Star, 3 Oktober 2004). Meskipun
ini akan menimbulkan persaingan kepada pelatih Pusat GIATMARA, namun mereka
perlu sedar bahawa permintaan tenaga manusia untuk pekerja mahir dan separa mahir
semakin bertambah. Tenaga manusia yang berasaskan teknologi dan pendidikan tinggi
serta mempunyai latihan profesional diperlukan bagi memberi kelebihan untuk
menghadapi persaingan dalam pasaran antarabangsa yang semakin sengit (Utusan
Malaysia, 24 April 2001). Tambahan pula, keadaan negara yang mempunyai lebih kurang
dua juta pekerja asing termasuk 700 000 pekerja tidak sah adalah amat membimbangkan
(Sunday Star, 3 Oktober 2004). Datuk Seri Najib Tun Razak juga turut menyatakan
bahawa berkemungkinan Malaysia akan berdepan dengan masalah yang besar sekiranya
kita berterusan bergantung kepada tenaga buruh asing (Sunday Star, 3 Oktober 2004).
Peruntukan berskala besar dan pendekatan yang diberikan oleh pihak kerajaan dan
swasta untuk membolehkan belia mengikuti latihan kemahiran membuktikan betapa
agenda pembangunan belia amat penting bagi negara di samping memenuhi keperluan
tenaga mahir dan separa mahir. Sama ada pihak kerajaan mahupun swasta, kedua-duanya
telah memainkan peranan yang sepatutnya. Kementerian Belia dan Sukan sendiri
mempunyai misi untuk mengupaya dan memartabatkan belia dengan memberi peluang
kedua kepada mereka yang tercicir daripada arus pendidikan kerana pencapaian rendah
(Nik Mahmud Nik Yusof, 2003). Persoalannya kini, adakah peluang-peluang ini
dimanfaatkan sebaiknya oleh belia? Apakah inisiatif kerajaan mewujudkan Pusat
25
GIATMARA di bandar-bandar kecil ini disedari dan diketahui oleh belia setempat?
Untuk itu, kecenderungan belia untuk mengikuti latihan-latihan kemahiran ini perlu
dikaji supaya segala peruntukan dan pendekatan yang dilakukan ini tidak menjadi sia-sia
begitu sahaja.
1.3 Pernyataan Masalah
Dari hari ke hari, permintaan tenaga mahir dan separa mahir di Malaysia semakin
bertambah. Dalam masa yang sama, berlakunya kemerosotan jumlah pengambilan pelatih
bagi kursus Teknologi Bangunan dan jumlah pengambilan pelatih yang tidak konsisten
bagi kursus Mengetuk dan Mengecat Kereta di Pusat GIATMARA Taiping. Ditambah
dengan sumber tenaga manusia negara yang semakin dimonopoli oleh bangsa asing.,
dikhuatiri sekiranya situasi-situasi ini berterusan maka ia akan memberikan impak yang
negatif kepada pembangunan negara. Adalah perlu untuk mengkaji perkara-perkara yang
mendorong ke arah terjadinya situasi sebegini. Oleh itu, kajian ini telah dijalankan untuk
mengkaji minat belia setempat untuk mengikuti latihan kemahiran yang ditawarkan di
Pusat GIATMARA Taiping.
1.4 Persoalan Kajian
Persoalan kajian yang akan diketengahkan dalam kajian ini ialah:
i. Setakat manakah belia setempat mempunyai pengetahuan tentang peranan
Pusat GIATMARA?
ii. Adakah belia setempat mempunyai pengetahuan tentang syarat kemasukan
ke Pusat GIATMARA?
26
iii. Adakah kemudahan yang disediakan oleh Pusat GIATMARA dikenalpasti
oleh belia setempat?
iv. Adakah kursus-kursus yang ditawarkan oleh Pusat GIATMARA Taiping
dikenalpasti oleh belia setempat?
v. Adakah belia setempat mengenalpasti bentuk kemahiran yang akan
dipelajari di Pusat GIATMARA Taiping?
vi. Apakah sumber maklumat belia setempat tentang Pusat GIATMARA?
vii. Apakah jenis latihan kemahiran yang diminati oleh belia setempat?