AMALAN DAN MASALAH PELAKSANAAN STRATEGI INKUIRI-
PENEMUAN DALAM PENGAJARAN SAINS DI KALANGAN GURU
PELATIH UTM SEMASA LATIHAN MENGAJAR DI NEGERI JOHOR
SIM SIEW LING
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : AMALAN DAN MASALAH PELAKSANAAN STRATEGI INKUIRI-PENEMUAN DALAM PENGAJARAN SAINS DI KALANGAN GURU
PELATIH UTM SEMASA LATIHAN MENGAJAR DI NEGERI JOHOR
SESI PENGAJIAN 2007 / 2008
SAYA : ___ _SIM SIEW LING_____________ (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselematan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh ___________________________________ ______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : Nama Penyelia: Peti Surat 403, PROF. DR. NOOR AZLAN BI 93708 Kuching, AHMAD ZANZALI Sarawak. Tarikh : ....................................................... Tarikh: ……………………………..
√
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
i
AMALAN DAN MASALAH PELAKSANAAN STRATEGI INKUIRI-
PENEMUAN DALAM PENGAJARAN SAINS DI KALANGAN GURU
PELATIH UTM SEMASA LATIHAN MENGAJAR DI NEGERI JOHOR
SIM SIEW LING
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Matematik/Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
ii
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik/Kimia).”
Tandatangan : …………………………………..
Nama Penyelia: PROF. DR. NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI
Tarikh : …………………………………..
iii
“Saya akui bahawa penulisan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :…………………………………..
Nama Penulis : SIM SIEW LING
Tarikh :…………………………………..
iv
DEDIKASI
TERISTIMEWA BUAT,
Ibu dan Ayah yang Disayangi dan Dikasihi,
Adik-adik Tersayang,
Segala Doamu, Pengorbanan, Dorongan, Kesabaran Serta Kasih Sayang
Dari Kalian Amatlah Ku Sanjungi dan Ku Hargai…
KHAS BUAT,
Pembimbing yang dikasihi,
Segala bimbingan, Tunjuk Ajar dan Jasamu Tidak akan Ku Lupai …..
Teman-teman Seperjuangan
Terima Kasih
Di atas Sokongan dan Semangat Dari Kalian Sepanjang Pengajian Ku
v
PENGHARGAAN
Di ruangan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
pensyarah pembimbing saya iaitu Prof. Dr. Noor Azlan Ahmad Zanzali yang telah
banyak membantu, memberi bimbingan dan tunjuk ajar. Segala teguran, nasihat dan
tunjuk ajar serta kata-kata semangat akan tetap saya ingati dan amatlah dihargai.
Ucapan penghargaan dan ribuan terima kasih juga ditunjukkan kepada semua
pelajar-pelajar yang telah menjadi responden bagi penyelidikan ini. Tidak lupa juga
mengucapkan terima kasih kepada pensyarah, kakitangan yang terlibat, serta rakan-
rakan seperjuangan yang banyak membantu dan memberi kerjasama di sepanjang
tempoh menyiapkan penyelidikan ini.
Semoga kalian sentiasa sihat sejahtera diberkati oleh Tuhan.
vi
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji amalan dan masalah pelaksanaan
strategi inkuiri-penemuan dalam pengajaran sains di kalangan guru pelatih UTM
semasa latihan mengajar di negeri Johor. Objektif utama kajian ini adalah untuk
mengenalpasti tahap pengetahuan guru pelatih sains terhadap pendekatan inkuiri-
penemuan dan juga mengenalpasti sama ada mereka menggunakan strategi tersebut
dalam pengajaran sains. Selain daripada itu, kajian ini juga bertujuan untuk
mengenalpasti masalah pelaksanaan inkuiri-penemuan dalam pengajaran sains yang
dihadapi oleh guru pelatih. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif. Instrumen kajian
yang terlibat adalah temubual dan pemerhatian. Sampel kajian ini terdiri daripada 6
orang guru pelatih UTM terpilih yang mengajar subjek sains seperti Kimia, Fizik,
Biologi, dan Sains. Dapatan kajian yang diperolehi dianalisis secara kualitatif. Hasil
kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru pelatih sains UTM terhadap
pendekatan inkuiri-penemuan adalah sederhana. Guru pelatih sains UTM tidak
mengajar sains secara inkuiri-penemuan dengan sepenuhnya tetapi lebih berpusatkan
guru. Selain itu, pengkaji mendapati bahawa guru pelatih kurang persediaan dan
kurang kemahiran fasilitator serta kurang kemahiran dalam teknik penyoalan
berasaskan inkuiri.
vii
ABSTRACT
This research is conducted to find out the practice and problems of discovery-
inquiry strategy’s application by trainee teachers of UTM in science teaching during
teaching practice. The main objectives of this research are to identify the level of
knowledge for UTM trainee teachers in discovery-inquiry strategies and also identify
whether the trainee teachers apply the strategies of discovery-inquiry in science
teaching. In addition, the purpose of this research is to identify the problems faced
by the trainee teachers in applying discovery-inquiry strategies in science teaching.
This study used a descriptive approach. The instruments used in this research were
interviews and observations. Six UTM trainee teachers who teach science subjects
which include Chemistry, Physics, Biology, and Science were selected as
respondents for this research. The result is analyzed qualitatively. The result of
research showed that UTM trainee teachers have moderate level of knowledge in
discovery-inquiry strategies. In fact, they do not fully apply the strategies of
discovery-inquiry in science teaching but used more the teacher-centered approach.
Besides that, the researcher found that trainee teachers lack of preparation and
facilitator’s skills. In addition, they also lack skills in questioning which are based
on the inquiry approach.
viii
SENARAI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
SENARAI KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Rasional Kajian 8
1.7 Kepentingan Kajian 9
ix
1.8 Skop Kajian 10
1.9 Kerangka Teori 10
1.10 Definisi Istilah 11
1.10.1 Amalan 11
1.10.2 Masalah 12
1.10.3 Strategi Inkuiri-Penemuan 12
1.11 Penutup 12
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Pendekatan Inkuiri-Penemuan 14
2.2.1 Tujuan Kaedah Inkuiri-Penemuan 19
2.2.2 Kelebihan Dan Kelemahan
Inkuiri-Penemuan 19
2.3 Model-Model Pengajaran Inkuiri 21
2.3.1 Model Inkuiri Sains Sosial 21
2.3.2 Model Inkuiri Jurisprudential 22
2.4 Tahap Pengetahuan Tentang Inkuiri-Penemuan 23
2.5 Pelaksanaan Inkuiri-Penemuan Dalam
Pengajaran Sains 25
2.6 Masalah Pelaksanaan Inkuiri-Penemuan
Dalam Pengajaran Sains 28
2.7 Penutup 29
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 30
3.2 Reka Bentuk Kajian 30
3.3 Lokasi Kajian 31
3.4 Persampelan Kajian 32
3.5 Instrumen Kajian 32
x
3.5.1 Temubual 32
3.5.2 Pemerhatian 34
3.6 Prosedur Kajian 34
3.7 Analisis Data 35
3.8 Penutup 36
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 38
4.2 Analisis Hasil Dapatan Bahagian A:
Dapatan Kajian daripada Responden 38
4.2.1 Hasil Dapatan Sampel A 38
4..2.1.1 Hasil Dapatan Pra-temubual 38
4.2.1.2 Hasil Dapatan daripada Pemerhatian
Pengajaran Dalam Kelas 40
4.2.1.3 Hasil Dapatan Pasca-temubual 42
4.2.2 Hasil Dapatan Sampel B 43
4.2.2.1 Hasil Dapatan Pra-temubual 43
4.2.2.2 Hasil Dapatan daripada Pemerhatian
Pengajaran Dalam Kelas 45
4.2.2.3 Hasil Dapatan Pasca-temubual 47
4.2.3 Hasil Dapatan Sampel C 48
4.2.3.1 Hasil Dapatan Pra-temubual 48
4.2.3.2 Hasil Dapatan daripada Pemerhatian
Pengajaran Dalam Kelas 50
4.2.3.3 Hasil Dapatan Pasca-temubual 52
4.2.4 Hasil Dapatan Sampel D 53
4.2.4.1 Hasil Dapatan Pra-temubual 53
4.2.4.2 Hasil Dapatan daripada Pemerhatian
Pengajaran Dalam Kelas 55
4.2.4.3 Hasil Dapatan Pasca-temubual 57
4.2.5 Hasil Dapatan Sampel E 58
4.2.5.1 Hasil Dapatan Pra-temubual 58
xi
4.2.5.2 Hasil Dapatan daripada Pemerhatian
Pengajaran Dalam Kelas 60
4.2.5.3 Hasil Dapatan Pasca-temubual 62
4.2.6 Hasil Dapatan Sampel F 63
4.2.6.1 Hasil Dapatan Pra-temubual 63
4.2.6.2 Hasil Dapatan daripada Pemerhatian
Pengajaran Dalam Kelas 65
4.2.6.3 Hasil Dapatan Pasca-temubual 68
4.3 Analisis Hasil Dapatan Bahagian B:
Dapatan Persoalan Kajian 69
4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian Pertama 69
4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian Kedua 70
4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian Ketiga 73
4.3.3.1 Masalah Pelaksanaan
Inkuiri-Penemuan Dari Segi
Persepsi Guru Pelatih 74
4.3.3.2 Masalah Pelaksanaan
Inkuiri-Penemuan
Dari Segi Persepsi Pengkaji 75
4.4 Penutup 77
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 78
5.2 Perbincangan 79
5.2.1 Tahap Pengetahuan Guru Pelatih
Sains Terhadap Pendekatan
Inkuiri-Penemuan 79
5.2.2 Pelaksanaan Inkuiri-Penemuan
Dalam Pengajaran Sains 80
5.2.3 Masalah-masalah Pelaksanaan
Inkuiri-Penemuan dalam Pengajaran
Sains 81
xii
5.3 Rumusan 82
5.4 Cadangan-cadangan 84
5.4.1 Cadangan Penyelesaian 84
5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 85
5.5 Penutup 86
RUJUKAN 87
LAMPIRAN 92
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.1 Senarai Semak Pengamalan Inkuiri-Penemuan Dalam
Pengajaran Sains bagi Sampel A 41
4.2 Senarai Semak Pengamalan Inkuiri-Penemuan Dalam
Pengajaran Sains bagi Sampel B 46
4.3 Senarai Semak Pengamalan Inkuiri-Penemuan Dalam
Pengajaran Sains bagi Sampel C 51
4.4 Senarai Semak Pengamalan Inkuiri-Penemuan Dalam
Pengajaran Sains bagi Sampel D 56
4.5 Senarai Semak Pengamalan Inkuiri-Penemuan Dalam
Pengajaran Sains bagi Sampel E 61
4.6 Senarai Semak Pengamalan Inkuiri-Penemuan Dalam
Pengajaran Sains bagi Sampel F 66
4.7 Senarai Semak Pengamalan Inkuiri-Penemuan Dalam
Pengajaran Sains bagi Sampel-Sampel Kajian 70
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1 Hubungan pendekatan inkuiri-penemuan 11
dan pembelajaran berfikrah.
xv
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN NAMA PENUH IPTA Institusi Pengajian Tinggi Awam
KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KBSR Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
KPM Kementerian Pendidikan Malaysia
UTM Universiti Teknologi Malaysia
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Soalan Pra-temubual 92
B Borang Pemerhatian 95
C Soalan Pasca-temubual 97
D Borang Senarai Semak Pengamalan
Inkuiri-Penemuan Dalam Pengajaran Sains 99
E Laporan Pra-temubual Bagi Setiap Sampel 101
F Laporan Pemerhatian Bagi Setiap Sampel 131
G Laporan Pasca-temubual Bagi Setiap Sampel 155
H Senarai Semak Pengamalan
Inkuiri-Penemuan Dalam Pengajaran
Sains Bagi Setiap Sampel 170
I Surat Pengesahan Status Pelajar Universiti
Teknologi Malaysia 172
J Surat Kebenaran Kementerian Pelajaran
Malaysia 174
K Surat Kebenaran Bahagian Perancangan
Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan 177
L Pengesahan Soalan-Soalan Kajian 179
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Latihan mengajar adalah satu komponen yang penting dalam program latihan
perguruan. Malah latihan mengajar adalah diwajibkan untuk semua pelajar yang
mengambil kursus perguruan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Melalui
latihan mengajar, guru pelatih akan dapat menunjuk dan mengaplikasikan segala
ilmu pengetahuan yang dipelajari untuk mengajar secara berkesan serta cuba
menggunakan segala teori yang telah didedahkan kepada mereka semasa mengikuti
kursus pendidikan. Ia memberikan kesempatan dan peluang yang banyak kepada
guru pelatih untuk menimba segala pengalaman awal sebelum mereka memasuki
profesion perguruan yang akan ditempuhi nanti. Sebelum guru pelatih menjalankan
latihan mengajar, mereka telahpun mempelajari pelbagai teknik dan kaedah
pengajaran. Bagi guru pelatih sains pula, mereka digalakkan menggunakan kaedah
mengajar sains yang berkesan dalam pengajaran sains. Akan tetapi, sebelum itu,
guru-guru pelatih perlu menguasai segala pengetahuan tentang kaedah pengajaran
sains dan bijak memilih strategi yang sesuai dalam pengajaran sains serta mahir
untuk melaksanakannya dalam pengajaran sains.
Keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran di sesebuah
sekolah, kebanyakannya bergantung kepada strategi pengajaran dan pembelajaran
yang diamalkan oleh guru-guru. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih
berpusatkan guru dan bergantung penuh kepada buku teks antara faktor yang
2
dikenalpasti menyebabkan pelajar cepat bosan dan hilang minat dalam pelajaran
sains. Walaupun pelbagai kaedah telah didedahkan, namun masih terdapat
sebilangan besar guru yang menggunakan kaedah tradisional yang biasa seperti
pendekatan latih tubi tanpa memberi penerangan konsep yang mencukupi melahirkan
pelajar yang tidak boleh berfikir secara kritis dan kreatif. Pengajaran dan
pembelajaran sains yang banyak melibatkan kemahiran proses sains dan manipulatif
memerlukan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi. Pembelajaran memerlukan
kefahaman konsep yang lebih tinggi. Guru sepatutnya lebih memahami masalah ini.
Pendekatan inkuiri-penemuan menekankan pembelajaran melalui
pengalaman. Inkuiri-penemuan bermaksud mencari maklumat, menyoal dan
menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di persekitaran. Penemuan merupakan
hasil inkuiri-penemuan. Pembelajaran secara inkuiri-penemuan berlaku apabila
konsep dan prinsip sains disiasat dan ditemui oleh pelajar sendiri. Sains sebagai
inkuiri-penemuan mementingkan pelajar mempelajari kemahiran proses sains seperti
pemerhatian, membuat inferens dan mengeksperimen. Guru sains perlu melibatkan
pelajar dalam inkuiri-penemuan dengan memberi peluang kepada mereka untuk
menanya soalan, menerang kejadian, menguji idea sedia ada dan berkomunikasi apa
yang dipelajari.
Pengajaran secara inkuiri-penemuan menjadikan sains sebagai satu
matapelajaran yang menyeronokkan kerana pelajar sendiri terlibat secara aktif dalam
proses penyiasatan dan pencarian maklumat. Oleh yang demikian, Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (2001)
memilih pendekatan inkuiri-penemuan sebagai pendekatan yang utama dalam
kurikulum sains sekolah rendah dan menengah di negara ini. Walau bagaimanapun,
pelaksanaan strategi ini memerlukan kemahiran dan keupayaan guru untuk
mengendalikannya. Peranan guru tidak lagi sebagai pemberi maklumat tetapi lebih
kepada fasilitator pembelajaran, penanya soalan, prescriber of appropriate activities,
stimulator of curiosity, pencabar idea murid dan sumber rujukan (resource person).
Pembelajaran sains secara inkuiri-penemuan memerlukan guru sains yang mampu
merancang soalan secara sistematik dan berfokus. Guru sains harus dilihat sebagai
seorang yang berperanan sebagai penanya soalan dan pengemuka masalah, iaitu
3
seseorang yang bertindak sebagai perangsang pembentukan idea, pengujian idea dan
pembinaan konsep yang menggunakan soalan sebagai mekanisme untuk mencapai
tujuan tersebut.
Memandangkan pendekatan inkuiri-penemuan telah dipilih sebagai
pendekatan yang utama dalam kurikulum sains oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (2001), guru pelatih seharusnya melaksanakan strategi inkuiri-penemuan
dalam pengajaran sains seiring dengannya. Strategi inkuiri penemuan dalam
pengajaran dan pembelajaran sains boleh dilakukan secara amali. Hasil kajian
menunjukkan pendekatan yang berpusatkan pelajar lebih efektif berbanding
pedekatan tradisional yang berpusatkan guru. Justeru, guru pelatih sains amat
digalakkan untuk mengajar sains secara inkuiri-penemuan. Sehubungan dengan itu,
tahap penguasaan konsep pendekatan inkuiri-penemuan adalah penting bagi semua
guru pelatih sains. Mereka perlu mempraktikkan diri dalam pengaplikasian inkuiri-
penemuan dalam pengajaran sains semasa latihan mengajar. Peluang ini
membolehkan mereka menambahkan pengalaman yang baik pada masa hadapan
mereka.
Pelaksanaan strategi inkuiri-penemuan dalam pengajaran sains bukanlah
sesuatu perkara yang mudah, lebih-lebih lagi bagi guru pelatih. Guru pelatih
digalakkan mengajar sains secara inkuiri-penemuan semasa latihan mengajar.
Sungguhpun begitu, beberapa persoalan mungkin timbul semasa guru pelatih
menjalani latihan mengajar, iaitu; Sejauh manakah tahap pengetahuan guru pelatih
sains terhadap pendekatan inkuiri-penemuan? Adakah guru pelatih mengajar mata
pelajaran sains secara inkuiri-penemuan? Apakah masalah-masalah guru pelatih
dalam melaksanakan pengajaran sains secara inkuiri-penemuan? Untuk menjawab
persoalan ini, satu kajian perlu dilakukan untuk menyediakan jawapan kepada
persoalan tersebut.
4
1.2 Latar Belakang Masalah
Bagi guru pelatih Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Latihan Mengajar
dijalankan pada semester ke-5 dalam pengajian mereka. Matlamat pengajian sains
adalah untuk melahirkan guru yang berpengalaman, berpengetahuan dan
berkemahiran dalam melaksanakan kurikulum sains dengan berkesan di sekolah-
sekolah di mana mereka ditempatkan. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001).
Guru pelatih boleh mempergunakan latihan mengajar ini untuk memperolehi
pengalaman mengajar sains dengan kaedah pengajaran yang pernah dipelajari.
Pada umumnya, sukatan pelajaran pengajian sains mengandungi dua
komponen iaitu akademik dan kaedah. Komponen akademik memberi peluang
kepada guru pelatih untuk memperolehi pengetahuan dan kefahaman tentang fakta,
konsep, prinsip dan teori sains. Kesemua ini adalah sejajar dengan susunan
kandungan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Komponen kaedah pula memberi peluang
kepada guru pelatih untuk menguasai kemahiran pedagogi, perancangan, pengurusan
kurikulum, dan penilaian. Tumpuan diberikan kepada proses pembelajaran yang
diperolehi melalui pengalaman supaya guru dapat mengubah peranannya daripada
penyampai maklumat kepada fasilitator yang memudahkan proses pengajaran.
Guru pelatih telah didedahkan dengan teori pembelajaran dan strategi inkuiri-
penemuan sebelum menjalani latihan mengajar. Di peringkat ini, guru pelatih perlu
memahami dan mengaplikasikan beberapa teori pembelajaran sains seperti teori
perkembangan kognitif Kanak-kanak Jean-Piaget, Teori Bruner, Teori Ausubel,
Teori Gagne dan Teori Konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran sains.
Beberapa model yang berasaskan teori konstruktisme dipelajari seperti model
generatif Osborne, Model Interaktif, Model Pembelajaran Koperatif, Model
Konstruktisme 5-Fasa Needham. Antara model-model ini, penekanan diberi untuk
Model konstruktisme 5-Fasa Needham, di mana guru pelatih dibimbing untuk
merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi setiap fasa secara mendalam.
Guru pelatih juga dibimbing menulis persediaan mengajar pelajaran sains mengikut
Model Konstruktisme 5-Fasa Needham dengan menggunakan kaedah eksperimen,
5
simulasi, projek dan kajian lapangan. Di bawah sub-tajuk inkuiri-penemuan, strategi
peningkatan tahap inkuiri-penemuan melalui kaedah eksperimen, simulasi, projek
dan kajian lapangan didedahkan kepada guru pelatih.
Sukatan pengajaran sains major telah disusun mengikut perkembangan yang
terancang (developmental). Sepanjang tempoh latihan mengajar, guru pelatih telah
diberi input mengenai fakta, konsep, bidang kajian dan juga dibimbing dengan
kaedah-kaedah pengajaran sains yang berasaskan inkuiri-penemuan. Guru pelatih
juga didedahkan dengan kaedah mengajar sains, kemahiran penyelidikan tindakan,
pengajaran mikro dan diberi peluang untuk mempraktikkan segala ilmu dan
kemahiran yang diperolehi dalam situasi yang sebenar di sekolah. Mengajar sains
dalam bilik darjah adalah satu tugas yang kompleks dan memerlukan guru pelatih
menyedia rancangan harian yang rapi supaya dapat mengajar secara sistematik.
1.3 Pernyataan Masalah
Seperti yang dinyatakan dalam latar belakang masalah, guru pelatih sains
telah didedahkan kepada pelbagai kaedah pengajaran sains sebelum mereka dihantar
untuk menjalankan latihan mengajar. Akan tetapi, bukannya segala kaedah yang
didedahkan itu boleh dikuasai dan diaplikasikan dengan baik oleh guru pelatih dalam
pengajaran sains. Hal ini disebabkan guru-guru pelatih masih lagi mentah dalam
bidang pengajaran dari segi pengalaman mengajar. Mereka berkemungkinan
menghadapi masalah seperti pemilihan kaedah pengajaran yang sesuai dalam
pengajaran sains. Walaupun guru pelatih telahpun didedahkan kepada pengajaran
mikro iaitu pembelajaran cara untuk mengajar dalam kelas yang sebenar, pengajaran
mikro itu bukannya dapat memberikan keadaan yang sebenar dalam kelas kepada
guru pelatih untuk memperolehi pengalaman mengajar. Oleh yang demikian, guru
pelatih kemungkinan akan menghadapi masalah dalam pengaplikasian kaedah
mengajar sains dengan sepenuhnya dalam latihan mengajar akibat daripada
kekurangan pengalaman.
6
Walaupun KBSM telah menyarankan proses pengajaran dan pembelajaran
berpusatkan pelajar, namun, masih lagi guru yang mengajar berpusatkan kepada guru
dan terikat dengan kaedah tradisional. Aspek lain seperti pemahaman, amalan dan
penghayatan kurang diberi perhatian yang sewajarnya dan sehingga kini masih
ramai guru yang menggunakan kaedah tradisional iaitu “Chalk and Talk”. Kaedah
ini dikatakan lebih senang dan tidak perlu menyediakan bahan bantu mengajar. Guru
juga lebih menekankan pembelajaran yang boleh meningkatkan prestasi sekolah
daripada menumpukan kepada pembelajaran sepnjang hayat. Oleh itu kaedah “Chalk
and Talk” digunakan kerana ia lebih menjimat masa dan peralatan tidak diperlukan.
Akibat daripada pengaruh tersebut, guru pelatih sains kemungkinan akan turut
menjejaki cara tersebut iaitu malas untuk mengaplikasikan kaedah berpusatkan
pelajar dalam pengajaran mereka.
Zahara (1998) dalam kertas kerja beliau yang bertajuk “Pengajaran Inkuiri Di
Sekolah-Sekolah Malaysia”, menyenaraikan faktor-faktor yang menyebabkan
pengajaran inkuiri kurang dilaksanakan di dalam bilik darjah. Faktor pertama adalah
tanggapan. Menurut beliau, inkuiri adalah amat sesuai diaplikasi dalam
matapelajaran sains. Guru beranggapan bahawa peranan sebagai fasilitator dalam
inkuiri-penemuan yang hanya mendorong dan membawa pelajar ke arah penerokaan
ilmu yang lebih luas sebagai tidak bekerja. Budaya pengajaran dan pembelajaran
yang ada sekarang dianggap sebagai menepati disiplin ilmu. Faktor seterusnya ialah
masa pembelajaran, iaitu proses pembelajaran inkuiri kadang-kala memerlukan masa
yang panjang dan tidak terhad. Walaupun jadual waktu anjal diperkenalkan, jadual
waktu ini masih lagi tidak mendorong dan tidak menarik minat guru untuk
memberatkan perubahan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu, faktor seperti sikap di mana pelaksanaan kaedah inkuiri
dalam KBSM memerlukan perubahan sikap pihak pengurusan kurikulum dan guru
terhadap konsep pendidikan dan gaya pembelajaran. Keengganan menganjak
paradigma ini menyebabkan corak pendidikan kekal lama dan keadaan ini akhirnya
akan merugikan semua pihak khususnya para pelajar. Faktor lain merangkumi
kemahiran, konsep dan cara aplikasi kaedah inkuiri tidak diberikan secara
menyeluruh di universiti atau institusi perguruan. Guru-guru menghadapi masalah
7
apabila hendak menggunakan kaedah ini kerana tahap kemahiran yang tidak
mencukupi.
Memandangkan kaedah inkuiri penting bagi meningkatkan kemahiran
berfikir pelajar dan untuk melahirkan pelajar yang tidak begitu bergantung kepada
guru, maka kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap pengetahuan guru pelatih
terhadap pendekatan inkuiri-penemuan, mengenalpasti sama ada guru pelatih sains
mengaplikasikan pendekatan ini dalam pengajaran sains, dan juga masalah
pelaksanaannya.
1.4 Objektif Kajian
Fokus utama kajian ini adalah untuk:
1.4.1 Mengenalpasti tahap pengetahuan guru pelatih sains UTM terhadap
pendekatan inkuiri-penemuan.
1.4.2 Mengenalpasti sama ada guru pelatih UTM menggunakan strategi inkuiri-
penemuan dalam pengajaran sains.
1.4.3 Mengenalpasti masalah pelaksanaan strategi inkuiri-penemuan dalam
pengajaran sains.
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan kepada objektif kajian, beberapa persoalan kajian telah
dikenalpastikan iaitu: