rancangan pengajaran harian sains 1

22
KURSUS KPD 3016 PENGAJARAN,TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 1 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KONSTRUKTIVISME DAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN OBJEKTIVISME PJJ SEMESTER 2 SESI 2011/2012 KUMPULAN KOHORT 3 KUMPULAN UPSI-B08(A112PJJ) DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO ID NO TELEFON BIMBIT AZIZAH BINTI NGAH D20112055892 0199230264 NAMA TUTOR E-LEARNING: DR.NIK AZMAH BT NIK YUSUFF TARIKH SERAH : 28 APRIL 2012

Upload: azizah-ngah

Post on 04-Aug-2015

241 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan Pengajaran Harian Sains 1

KURSUS KPD 3016

PENGAJARAN,TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KONSTRUKTIVISME

DAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN OBJEKTIVISME

PJJ SEMESTER 2 SESI 2011/2012

KUMPULAN KOHORT 3

KUMPULAN UPSI-B08(A112PJJ)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO ID NO TELEFON BIMBIT

AZIZAH BINTI NGAH D20112055892 0199230264

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR.NIK AZMAH BT NIK YUSUFF

TARIKH SERAH : 28 APRIL 2012

Page 2: Rancangan Pengajaran Harian Sains 1

1.2 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS

(KONSTRUKTIVISME)

Tarikh/Hari : 6 April 2012/ Jumaat Masa : 2.00 – 3.00 petang

Kelas : 2 Dedikasi Bil Murid : 35 orang

M/Pel : Sains

Topik : 2.0 Haiwan

Sub topik : 2.1 Memahami haiwan mempunyai keperluan asas untuk hidup.

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat:

1. Menyenaraikan keperluan asas haiwan iaitu makanan, air, udara

dan tempat tinggal.

2. Menyatakan kepentingan keperluan asas kepada haiwan.

Pengetahuan sedia ada:

Murid sudah mengetahui keperluan asas bagi manusia.

Konsep:

* Haiwan mempunyai keperluan asas untuk hidup.

* Setiap keperluan asas haiwan mempunyai kepentingan tertentu bagi haiwan

meneruskan hidup.

Bahan: Radio,CD,Burung Puyuh dan Sangkar,Lembaran Kerja Kumpulan,Lembaran

Latihan, Kad Gambar

Nilai : Menyayangi haiwan, bekerjasama,baik hati,kerajinan,mematuhi

arahan,toleransi

Kemahiran : Menulis, Menyenarai, Menyatakan pendapat, Merumus, Menjalankan

aktiviti kumpulan.

3

Page 3: Rancangan Pengajaran Harian Sains 1

Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Catatan

Aktiviti Guru Aktiviti murid

Set Induksi ( 5 minit )

Menamakan haiwan

*Guru memperdengarkan rakaman suara haiwan. *Guru meminta murid menyatakan nama haiwan tersebut. *Guru memandu murid kepada pengenalan topik yang hendak dipelajari.

*Murid mendengar dengan teliti *Murid menyatakan nama haiwan tersebut. *Murid akan meneka topik yang bakal mereka pelajari

Radio,CD

Langkah 1 (15 minit )

Keperluan asas haiwan terdiri daripada makanan, air, udara dan tempat tinggal

*Guru membawa seekor burung puyuh yang diletak di dalam sangkar dan ditunjukkan kepada murid. *Guru akan menyoal murid seperti: a)Apakah nama burung ini? b)Apakah makanan burung ini? c)Kenapa perlu letak burung ini dalam sangkar? d)Apa akan berlaku sekiranya burung ini diletak dalam bekas kaca yang bertutup?Kenapa? *Setiap jawapan yang dinyatakan oleh murid akan diterima guru. *Guru akan membimbing murid menyatakan kerperluan asas haiwan.

*Murid memerhati dan menjawab soalan guru. Murid akan menjawab: a)Burung puyuh b)nasi,jagung,padi c)supaya puyuh tidak lari atau dimakan kucing. d)mati. Tak boleh bernafas, kekurangan udara.

Burung puyuh, sangkar

Langkah 2 (20 minit )

Kepentingan keperluan asas kepada haiwan

*Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan.Setiap kumpulan diberi nama harimau,ayam,rusa,burung dan beruang. *Setiap kumpulan dikehendaki mencari kad-kad yang tertulis makanan,air,udara dan tempat perlindungan yang telah disembunyikan oleh guru di sekitar kawasan sekolah. *Setiap kumpulan diberi masa selama 5 minit sahaja. *Kumpulan yang dapat mencari dengan pantas dan lengkap keperluan asas haiwan dianggap sebagai pemenang.

*Murid duduk dalam kumpulan. *Murid mendengar arahan permainan daripada guru. *Murid memulakan aktiviti mencari kad keperluan asas haiwan. *Kumpulan yang paling pantas dan lengkap memperoleh kesemua kad akan segera melapor kepada guru.

Kad gambar makanan,air, udara dan tempat tinggal.

4

Page 4: Rancangan Pengajaran Harian Sains 1

Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Catatan

Aktiviti Guru Aktiviti murid

*Guru membimbing murid memberi sebab kenapa keperluan asas penting ke kepada haiwan.

*Murid akan memberikan jawapan berdasarkan hasil perbincangan kumpulan. *Murid menjawab lembaran kerja

Lampiran 1

Penutup (5 minit)

*Guru membimbing murid merumus tentang topik yang telah mereka pelajari. *Guru mengedarkan lembaran latihan untuk disiapkan oleh murid di rumah.

*Beberapa murid akan tampil ke depan dan nyatakan keperluan asas haiwan, kepentingannya dan contoh makanan haiwan.

Lembaran latihan

Refleksi:

35 orang murid dapat menyenaraikan keperluan asas haiwan iaitu makanan, air,

udara dan tempat tinggal dan menyatakan kepentingan keperluan asas kepada

haiwan.

5

Page 5: Rancangan Pengajaran Harian Sains 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS

(OBJEKTIVISME)

Tarikh/Hari : 6 April 2012/ Jumaat Masa : 2.00 – 3.00 petang

Kelas : 2 Dedikasi Bil Murid : 35 orang

M/Pel : Sains

Topik : 2.0 Haiwan

Sub topik : 2.1 Memahami haiwan mempunyai keperluan asas untuk hidup.

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat:

1. Menyenaraikan keperluan asas haiwan iaitu makanan, air, udara

dan tempat tinggal.

2. Menyatakan kepentingan keperluan asas kepada haiwan.

Pengetahuan sedia ada:

Murid sudah mengetahui keperluan asas bagi manusia.

Konsep:

* Haiwan mempunyai keperluan asas untuk hidup.

* Setiap keperluan asas haiwan mempunyai kepentingan tertentu bagi haiwan

meneruskan hidup.

Bahan: Radio,CD, Carta bergambar,kad perkataan,kad bergambar

Nilai : Menyayangi haiwan, baik hati,kerajinan,mematuhi arahan.

Kemahiran : Menulis, Menyenarai.

6

Page 6: Rancangan Pengajaran Harian Sains 1

Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

Aktiviti Guru Aktiviti murid

Set Induksi ( 5 minit )

Menamakan haiwan

*Guru memperdengarkan rakaman suara haiwan. *Guru meminta murid menyatakan nama haiwan tersebut. *Guru menyatakan kepada murid kepada pengenalan topik yang hendak dipelajari.

*Murid mendengar dengan teliti *Murid menyatakan nama haiwan tersebut.

Radio,CD

Langkah 1 (20 minit )

Keperluan asas haiwan terdiri daripada makanan, air, udara dan tempat tinggal

*Guru memberi penerangan kepada murid tentang keperluan asas haiwan. *Guru menyoal murid secara umum. *Guru mempamerkan gambar haiwan seperti lembu, harimau, ikan emas dan burung di papan tulis. *Guru menyediakan kad pelbagai warna yang tertulis makanan,air,udara dan tempat tinggal.Kad-kad tersebut diletakkan di dalam kotak yang berbeza. *Murid diminta mengumpul kad-kad tersebut, dan menampal di bawah gambar haiwan di papan tulis. *Murid dipilih secara rawak oleh guru untuk melengkapkan keperluan asas setiap haiwan tersebut.

*Murid memerhati dan mendengar penjelasan guru. *Murid menjawab soalan guru serentak. *Murid akan mencari kad-kad yang tertulis makanan, air, udara dan tempat tinggal dan melekatkan di bawah gambar haiwan yang dipamerkan.

Carta bergambar Kad perkataan

Langkah 2 (25 minit )

Kepentingan keperluan asas kepada haiwan

*Guru menunjukkan contoh gambar haiwan yang kurus dan gemuk. *Guru memberi penjelasan bahawa haiwan yang kurus kekurangan makanan dan seterusnya akan mati sekiranya tiada makanan. *Guru menyatakan kepentingan keperluan asas kepada haiwan. *Guru menulis nota di papan tulis.

*Murid mendengar syarahan guru tanpa menyoal sebarang soalan. *Murid menyalin nota dalam buku nota sains.

Kad gambar

Penutup (10 minit)

*Guru membuat kesimpulan mengenai topik yang dipelajari hari ini. *Guru meminta murid menjawab lembaran kerja

*Murid mendengar dan menerima rumusan guru tanpa perlu menyatakan pendapat sendiri. *Murid membuat latihan dalam lembaran kerja

Lampiran 2

7

Page 7: Rancangan Pengajaran Harian Sains 1

Refleksi:

32 orang murid dapat menyenaraikan keperluan asas haiwan iaitu makanan, air,

udara dan tempat tinggal dan menyatakan kepentingan keperluan asas kepada

haiwan manakala 3 orang lagi masih belum menguasai sepenuhnya dan

memerlukan bimbingan peribadi.

8

Page 8: Rancangan Pengajaran Harian Sains 1

LEMBARAN KERJA 1 LAMPIRAN 1

Keperluan asas haiwan

Nama :.................................................... Tarikh : .......................

Warnakan keperluan asas yang betul bagi haiwan berikut.

Bola

Air Baju

Makanan

Kasut Udara

Tempat

perlindungan

Klinik

Page 9: Rancangan Pengajaran Harian Sains 1

LEMBARAN KERJA 2 LAMPIRAN 2

Keperluan asas haiwan

Nama :.................................................... Tarikh : .......................

Lengkapkan tempat kosong dengan huruf yang betul.

1. Haiwan memerlukan keperluan asas untuk terus hidup. Keperluan asas haiwan ialah : a) Mak__n__n

b) A__r c) U__d__r__ d) T__mp__ __ Pe__ __in__ __ng__ __

2. Cari dan warnakan empat keperluan asas haiwan dalam kotak silang kata

yang berikut.

T E M P A T R U C B

A I R B S I J D V E

D F T V G N I A Q A

C F R T K G U R R T

E Y H U M G K A W Y

M A K A N A N P G I

B T R M A L A N A N

Page 10: Rancangan Pengajaran Harian Sains 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS

(KONSTRUKTIVISME)

Tarikh/Hari : 9 April 2012/ Isnin Masa : 4.00 – 5.00 petang

Kelas : 2 Dedikasi Bil Murid : 35 orang

M/Pel : Sains

Topik : 2.0 Haiwan

Sub topik : 2.1 Memahami haiwan mempunyai keperluan asas untuk hidup.

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat:

1. Memberi contoh haiwan dan makanannya.

2. Mengelaskan haiwan mengikut makanan yang dimakan.

Pengetahuan sedia ada:

Murid sudah mengetahui 4 keperluan asas haiwan iaitu makanan,air,udara dan

tempat tinggal

Konsep:

* Setiap haiwan mempunyai makanan yang tersendiri.

* Setiap haiwan mempunyai pengelasan makanan yang tersendiri.

Bahan: Radio,CD,LCD,gam,gunting,gambar haiwan,marker pen,penyangkut

baju,tali,manila kad.

Nilai : Menyayangi haiwan, bekerjasama,baik hati,kerajinan,mematuhi

arahan,toleransi

Kemahiran : Menulis, Menyenarai, Menyatakan pendapat, Merumus, Menjalankan

aktiviti kumpulan.

9

Page 11: Rancangan Pengajaran Harian Sains 1

Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

Aktiviti Guru Aktiviti murid

Set Induksi ( 5 minit )

Haiwan dan makanannya

*Guru memasang lagu “bangau oh bangau”. *Guru meminta murid menyanyi bersama-sama. *Guru meminta murid menyebut nama-nama haiwan yang terdapat dalam lagu tersebut. *Guru meminta murid menyatakan makanan bagi haiwan yang terdapat dalam lirik lagu tersebut. *Guru membawa murid kepada pengenalan topik hari ini.

*Murid mendengar dan menyanyi bersama-sama. *Murid akan menyebut nama-nama haiwan tersebut. *Murid akan menyatakan makanan haiwan tersebut berdasarkan lirik lagu yang didengar.

Radio dan CD.

Langkah 1 (15 minit )

Diet Haiwan

*Guru menayangkan slaid LCD yang menunjukkan gambar haiwan yang sedang makan makanannya. *Guru meminta murid memberi pendapat mengenai tayangan yang mereka lihat. *Guru membahagikan kelas kepada 2 kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B *Guru meminta setiap seorang murid Kumpulan A menulis satu nama haiwan pada sekeping kad, dan ahli Kumpulan B menulis contoh makanan haiwan pada sekeping kad. *Guru akan memilih ahli kumpulan A secara rawak untuk menampalkan kad nama haiwan.Manakala ahli Kumpulan B akan memadankannya dengan contoh makanan yang ditulis. *Sekiranya terdapat salah padanan, guru akan membimbing murid memadankannya dengan betul.

*Murid memerhati dan memberi komen mengenai gambar yang mereka lihat. *Murid Kumpulan A menulis nama haiwan dan pada sekeping kad.Murid Kumpulan B menulis contoh makanan haiwan pada sekeping kad. *Murid Kumpulan A akan tampil ke depan menampal kad mereka di papan tulis. *Murid Kumpulan B akan memadankannya mengikut kesesuaian makanan haiwan tersebut.

LCD, Kad Perkataan

Langkah 2 (20 minit )

Pengelasan makanan

*Berdasarkan contoh haiwan dan makanan pada langkah 1, guru akan membimbing murid mengelaskan makanan kepada 3 kategori, iaitu haiwan yang makan haiwan lain sahaja, haiwan yang makan tumbuhan sahaja dan haiwan yang makan haiwan dan tumbuhan. *Guru membahagikan kelas

*Murid akan menyatakan bahawa tabiat pemakanan haiwan dikelaskan kepada 3 kategori.

10

Page 12: Rancangan Pengajaran Harian Sains 1

kepada 6 kumpulan. *Setiap kumpulan akan dibekalkan manila kad, gambar haiwan,tali,penyangkut baju,gam,gunting dan penebuk lubang kertas. *Setiap kumpulan diminta menyiapkan satu tugasan dengan mengelaskan haiwan yang diberikan kepada 3 kategori. *Guru akan memberi penerangan cara melaksanakan tugasan dalam kumpulan. *Guru akan membimbing murid membuat tugasan dengan betul.

*Murid melaksanakan tugasan yang diberi dalam kumpulan. *Murid akan mempamerkan hasil tugasan mereka kepada kelas. *Setiap kumpulan diberi peluang untuk memberi sebarang komen terhadap hasil kerja masing-masing. *Murid menjawab lembara kerja yang diedarkan oleh guru

manila kad, gambar haiwan,tali, penyangkut baju,gam, gunting dan penebuk lubang kertas. Lampiran 3

Penutup ( 5 minit )

Rumusan

*Guru membimbing murid membuat rumusan. *Guru memberikan kerja rumah dalam buku aktiviti

*Murid menyatakan kesimpulan tentang apa yang telah mereka pelajari. *Murid akan menyiapkannya di rumah.

Refleksi:

35 orang murid dapat memberi contoh haiwan dan makanannya dan mengelaskan

haiwan mengikut makanan yang dimakan.

11

Page 13: Rancangan Pengajaran Harian Sains 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS

(OBJEKTIVISME)

Tarikh/Hari : 9 April 2012/ Isnin Masa : 4.00 – 5.00 petang

Kelas : 2 Dedikasi Bil Murid : 35 orang

M/Pel : Sains

Topik : 2.0 Haiwan

Sub topik : 2.1 Memahami haiwan mempunyai keperluan asas untuk hidup.

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat:

1. Memberi contoh haiwan dan makanannya.

2. Mengelaskan haiwan mengikut makanan yang dimakan.

Pengetahuan sedia ada:

Murid sudah mengetahui 4 keperluan asas haiwan iaitu makanan,air,udara dan

tempat tinggal

Konsep:

* Setiap haiwan mempunyai makanan yang tersendiri.

* Setiap haiwan mempunyai pengelasan makanan yang tersendiri.

Bahan: Radio dan CD, Kad Imbasan Bergambar dan Carta Pengelasan Haiwan.

Nilai : Menyayangi haiwan, baik hati,kerajinan,mematuhi arahan.

Kemahiran : Menulis, Menyenarai.

12

Page 14: Rancangan Pengajaran Harian Sains 1

Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

Aktiviti Guru Aktiviti murid

Set Induksi ( 5 minit )

Pengenalan

*Guru memasang lagu “bangau oh bangau”. *Guru meminta murid menyanyi bersama-sama. *Guru meminta murid menyebut nama-nama haiwan yang terdapat dalam lagu tersebut. *Guru meminta murid menyatakan makanan bagi haiwan yang terdapat dalam lirik lagu tersebut. *Guru membawa murid kepada pengenalan topik hari ini.

*Murid mendengar dan menyanyi bersama-sama. *Murid akan menyebut nama-nama haiwan tersebut. *Murid akan menyatakan makanan haiwan tersebut berdasarkan lirik lagu yang didengar.

Radio dan CD.

Langkah 1 (20 minit )

Diet Haiwan

*Guru menunjukkan kad imbasan gambar haiwan dan makanannya. *Guru akan memberi penerangan terhadap setiap kad imbasan yang ditunjukkan. *Guru memilih beberapa murid secara rawak untuk memberikan contoh haiwan dan makanannya. *Guru menulis nota di papan tulis.

*Murid melihat kad imbasan dan mendengar penerangan guru. *Murid yang dipilih guru akan memberikan contoh haiwan dan makanannya. *Murid menyalin nota.

Kad Imbasan bergambar

Langkah 2 ( 25 minit )

Pengelasan haiwan mengikut makanannya

*Guru menunjukkan jadual pengelasan haiwan mengikut makanannya di papan tulis. *Guru akan memilih beberapa murid untuk melengkapkan jadual pengelasan tersebut. *Guru memberi penjelasan dan menulis nota di papan tulis.

*Murid memerhati jadual yang ditunjukkan guru. *Murid yang terpilih akan melengkapkan jadual pengelasan tersebut. *Murid menyalin nota

Carta pengelasan haiwan dan makanannya.

Penutup ( 10 minit )

Rumusan

*Guru membuat rumusan tentang topik yang dipelajari. *Guru meminta murid membuat latihan dalam buku aktiviti.

*Murid mendengar rumusan guru. *Murid membuat latihan dalam buku aktiviti.

Refleksi:

35 orang murid dapat memberi contoh haiwan dan makanannya dan mengelaskan

haiwan mengikut makanan yang dimakan.

13

Page 15: Rancangan Pengajaran Harian Sains 1

Lembaran Kerja – Pengelasan Haiwan dan makanannya LAMPIRAN 3 Nama :________________________ Tarikh : ____________

1. Kelaskan haiwan berikut mengikut jenis makanannya.

Haiwan yang makan haiwan lain

Haiwan yang makan tumbuhan

Haiwan yang makan tumbuhan dan haiwan

Page 16: Rancangan Pengajaran Harian Sains 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS

(KONSTRUKTIVISME)

Tarikh/Hari : 10 April 2012/ Selasa Masa : 4.00 – 5.00 petang

Kelas : 2 Dedikasi Bil Murid : 35 orang

M/Pel : Sains

Topik : 2.0 Haiwan

Sub topik : 2.3 Memahami Tumbesaran Haiwan.

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat:

3. Mengelaskan cara pembiakan haiwan.

4. Menyatakan haiwan membesar dari segi perubahan rupa dan

pertambahan saiz.

Pengetahuan sedia ada:

Murid sudah mengetahui setiap haiwan akan mempunyai anak.

Konsep:

* Apabila berlaku proses pembiakan, bilangan haiwan akan bertambah.

* Setiap haiwan yang baru lahir akan berubah rupa dan saiz semasa proses

tumbesaran.

Bahan:

Nilai : Menyayangi haiwan, bekerjasama,baik hati,kerajinan,mematuhi

arahan,toleransi

Kemahiran : Menulis, Menyenarai, Menyatakan pendapat, Merumus, Menjalankan

aktiviti kumpulan.

14

Page 17: Rancangan Pengajaran Harian Sains 1

Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Catatan

Aktiviti Guru Aktiviti murid

Set Induksi ( 5 minit )

Pengenalan

*Guru menunjukkan kad bergambar dan mula bercerita kepada murid mengenai gambar tersebut. *Gambar 1 – Pak Man dan anaknya Salim sedang memerhatikan lembu dikandang yang akan melahirkan anak. *Gambar 2 – Pak Man dan Salim gembira kerana lembu mereka selamat melahirkan anak. *Guru akan meminta pendapat murid mengenai cerita tersebut. *Guru akan memandu murid kepada pengenalan topik yang akan dipelajari.

*Murid memerhatikan kad bergambar dan mendengar cerita guru. *Murid akan memberi respon terhadap sebarang persoalan yang ditimbulkan oleh guru. *Setiap murid berpeluang menyatakan pendapat masing-masing.

Kad bergambar

Langkah 1 (15 minit )

Cara pembiakan haiwan

*Guru akan menayangkan slaid LCD yang menunjukkan cara pembiakan haiwan serta memberi penerangan. *Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan. *Setiap kumpulan akan diberikan jadual cara haiwan membiak. *Guru meminta murid menulis nama haiwan mengikut cara pembiakannya dan melengkapkan jadual. *Guru membimbing murid mengelaskan haiwan tersebut dengan betul.

*Murid memerhati dan mendengar penerangan guru. *Murid melengkapkan jadual yang diberikan bersama-sama ahli kumpulan masing-masing. *Murid akan membentangkan hasil perbincangan kumpulan masing-masing. *Murid menjawab lembaran kerja.

LCD, Jadual Cara Pembiakan Haiwan

Langkah 2 (20 minit )

Tumbesaran haiwan

*Guru menayangkan video tentang proses tumbesaran rama-rama. *Guru meminta murid menyatakan langkah-langkah yang dilalui oleh rama-rama semasa proses tumbesarannya. *Guru akan membetulkan setiap jawapan murid yang kurang tepat. *Guru menunjukkan contoh proses tumbesaran haiwan yang lain seperti arnab, ayam, tikus, gajah,

*Murid menonton dengan teliti. *Murid akan menyatakan langkah-langkah yang dilalui oleh rama-rama semasa proses tumbesarannya.

LCD

15

Page 18: Rancangan Pengajaran Harian Sains 1

dan katak. *Guru akan menyoal murid seperti: a)Apakah perubahan yang kamu nampak semasa haiwan tersebut melalui proses tumbesaran? *Guru mengedarkan kertas lukisan dan warna kepada 6 kumpulan dan meminta mereka melukis dan mewarna gambar haiwan dari mula lahir hinga dewasa. *Guru menetapkan Kumpulan 1 – rama-rama Kumpulan 2 - tikus Kumpulan 3 – katak Kumpulan 4 - itik Kumpulan 5 – gajah Kumpulan 6 – kucing *Guru membimbing kumpulan melukis dengan cara yang betul

a)perubahan saiz dan rupa haiwan. *Murid akan membuat aktiviti dalam kumpulan dan mempamerkan kepada kelas apabila selesai. *Murid menjawab lembaran kerja (lampiran 4)

Kertas Lukisan dan warna

Penutup ( 5 minit )

Rumusan

*Guru membimbing murid membuat rumusan. *Guru meminta murid membuat latihan dalam buku aktiviti.

*Murid membuat kesimpulan mengenai tajuk yang telah mereka pelajari. *Murid membuat latihan dalam buku aktiviti.

Refleksi:

35orang murid dapat mengelaskan cara pembiakan haiwan dan menyatakan haiwan

membesar dari segi perubahan rupa dan pertambahan saiz.

.

16

Page 19: Rancangan Pengajaran Harian Sains 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS

(OBJEKTIVISME)

Tarikh/Hari : 10 April 2012/ Selasa Masa : 4.00 – 5.00 petang

Kelas : 2 Dedikasi Bil Murid : 35 orang

M/Pel : Sains

Topik : 2.0 Haiwan

Sub topik : 2.3 Memahami Tumbesaran Haiwan.

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat:

1. Mengelaskan cara pembiakan haiwan.

2. Menyatakan haiwan membesar dari segi perubahan rupa dan

pertambahan saiz.

Pengetahuan sedia ada:

Murid sudah mengetahui setiap haiwan akan mempunyai anak.

Konsep:

* Apabila berlaku proses pembiakan, bilangan haiwan akan bertambah.

* Setiap haiwan yang baru lahir akan berubah rupa dan saiz semasa proses

tumbesaran.

Bahan:

Nilai : Menyayangi haiwan, bekerjasama,baik hati,kerajinan,mematuhi

arahan.

Kemahiran : Menulis, Menyenarai, menyatakan pendapat

17

Page 20: Rancangan Pengajaran Harian Sains 1

Langkah/Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan Aktiviti Guru Aktiviti murid

Set Induksi ( 5 minit )

Pengenalan

*Guru menunjukkan kad bergambar dan mula bercerita kepada murid mengenai gambar tersebut. *Gambar 1 – Pak Man dan anaknya Salim sedang memerhatikan lembu dikandang yang akan melahirkan anak. *Gambar 2 – Pak Man dan Salim gembira kerana lembu mereka selamat melahirkan anak. *Guru akan meminta pendapat murid mengenai cerita tersebut. *Guru akan memandu murid kepada pengenalan topik yang akan dipelajari.

*Murid memerhatikan kad bergambar dan mendengar cerita guru. *Murid akan memberi respon terhadap sebarang persoalan yang ditimbulkan oleh guru. *Setiap murid berpeluang menyatakan pendapat masing-masing.

Kad bergambar

Langkah 1 (20 minit )

Cara pembiakan haiwan

*Guru memberi penerangan mengenai cara pembiakan haiwan dengan merujuk kepada buku teks murid (ms 49 dan 50) *Guru meminta murid memberikan contoh cara pembiakan haiwan yang lain. *Guru akan memilih beberapa murid untuk menjawab soalan di atas. *Guru akan membetulkan jawapan murid sekiranya jawapan yang diberikan kurang tepat. *Guru memberi nota

*Murid merujuk buku teks dan mendengar penerangan guru. *Murid yang terpilih akan memberikan jawapan. *Murid menyalin nota

Langkah 2 (25 minit )

Tumbesaran haiwan

*Guru memberi penerangan dengan menunjukkan kad imbasan bergambar langkah-langkah tumbesaran rama-rama. *Guru meminta murid menyatakan apakah perbezaan yang mereka nampak dalam urutan proses tumbesaran rama-rama. *Guru memilih murid secara rawak untuk menjawab soalan di atas. *Guru akan membimbing murid menyatakan jawapan dengan betul. *Guru memberi nota.

*Murid memerhati dan mendengar. *Murid akan memberi jawapan yang pelbagai. *Murid menyalin nota.

18

Page 21: Rancangan Pengajaran Harian Sains 1

Penutup (10 minit)

*Guru membuat kesimpulan mengenai topik yang dipelajari hari ini. *Guru meminta murid menyiapkan latihan dalam buku aktiviti

*Murid mendengar dan menerima rumusan guru tanpa perlu menyatakan pendapat sendiri. *Murid membuat latihan dalam buku aktiviti.

Buku aktiviti

Refleksi: 33 orang murid dapat mengelaskan cara pembiakan haiwan dan

menyatakan haiwan membesar dari segi perubahan rupa dan pertambahan saiz. 2

murid perlukan bimbingan susulan daripada guru.

19

Page 22: Rancangan Pengajaran Harian Sains 1

Lembaran kerja – Haiwan dan cara pembiakan LAMPIRAN 4

Nama :______________________________ Tarikh :____________

1. Nyatakan haiwan berikut membiak secara melahirkan anak atau bertelur.