definisi guru cemerlang

Upload: aldbean-valen-sem

Post on 14-Jan-2016

27 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Syarat-syarat kelayakan menjadi Guru Cemerlang

TRANSCRIPT

DEFINISI GURU CEMERLANG

Guru CemerlangPENGENALANTujuan utama Kerajaan memperkenalkan laluan kenaikan pangkat sebagai guru Cemerlang adalah untuk memberi peluang kepada guru-guru yang benar-benar cemerlang dan menyerlah dalam mata pelajaran yang diajar ataupun di dalam bidang pengkhususan tanpa perlu menukarkan ke jawatan pentadbiran. Dengan cara ini, guru-guru yang bermotivasi tinggi, mahir, berpengalaman dan pakar dalam sesuatu bidang tertentu dapat terus dikekalkan untuk mengajar di sekolah bagi memperkasakan lagi proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)Pelaksanaan konsep Guru Cemerlang juga bertujuan untuk menjadikan guru-guru yang dilantik sebagai role model yang akan menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada guru lain untuk sama-sama bersaing meningkatkan lagi tahap pencapaian kualiti P&P di sekolah masing-masing. Kewujudan Guru Cemerlang diharapkan dapat menjadi pemangkin bagi sesebuah sekolah untuk meningkatkan prestasi akademik yang lebih cemerlang dan gemilang.PUNCA KUASAPada tahun 1993, Mesyuarat Jemaah Menteri telah pun meluluskan memorandum bertajuk Sistem Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Pendidikan: Cadangan Yang Cemerlang. Hasilnya, konsep Guru Cemerlang telah dijadikan sebagai satu laluan kenaikan pangkat yang baru mulai tahun 1994.KUOTA GURU CEMERLANGPada tahun 1994, kuota asal Guru Cemerlang yang telah diluluskan dibawah SSB adalah sebanyak 1,000 bagi kenaikan pangkat dari Gred DG3 ke DG2 dan sebanyak 1,600 jawatan bagi kenaikan pangkat dari Gred D6 Ke Gred DG5.Pada tahun 2004, Kerajaan telah mewujudkan 12 kuota Guru Cemerlang Gred Khas C. Pada tahun 2006, Kerajaan telah menambah kuota untuk gred sisipan Gred DGA32,DGA34, DG44 dan Gred DG52 menjadikan jumlah kuota keseluruhan Guru Cemerlang sebanyak 9,374.Mulai tahun 2006, konsep Guru Cemerlang Gred Khas C yang pada awalnya dikhaskan untuk guru-guru di sekolah turut diperluaskan ke peringkat institusi-institusi lain seperti IPG dan KM.Mesyuarat Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan yang bersidang pada 26 Mac 2009 telah meluluskan pertambahan kuota jawatan Guru Cemerlang menjadikan kuota keseluruhan jawatan Guru Cemerlang menjadi 14,327 jawatan (Jadual 3)

Jadual 3: Kuota Guru CemerlangGredKuota Mengikut Tahun Diluluskan

1994200420062009

Khas C-122436

DG54--100134

DG52--250336

DG481,000(DG2)-1,0001,345(SM)173(SR)

DG44--4,0005,379(SM)1,737(SR)

DGA38---237

DGA34--800950

DGA321,600(DG5)-3,2004,000

Jumlah2,600129,37414,327

SYARAT-SYARAT PEMANGKUANBagi melayakkan calon untuk memangku Guru Cemerlang , calon perlu memenuhi syarat-syarat pemangkuan yang ditetapkan. Syarat-syarat pemangkuan terbahagi kepada (2) bahagian iaitu syarat-syarat khusus.SYARAT-SYARAT UMUMDisahkan dalam perkhidmatan (bagi urusan pemangkuan ke Gred DG44(KUP) sahaja):i. Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan berdasarkan LNPT bagi 3 tahun terakhir;ii. Bebas daripada tindakan tatatertib;iii. Telah mengisytiharkan harta;iv. Lulus tapisan keutuhan SPRM;v. Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan;vi. Diperakukan oleh Ketua Jabatan / Perkhidmatan.Syarat-syarat Khususi. Bagi Gred DGA32(KUP): sekurang-kurangnya 5 tahun mengajar termasuk 3 tahun mengajar mata pelajaran kepakaran:ii. Bagi Gred DG44(KUP): sekurang-kurang 5 tahun mengajar termasuk 3 tahun terakhir mengajar mata pelajaran pakar;iii. Bagi Gred DG48(KUP); telahdinaikkanpangkat ke Gred DG44(KUP)/Gred DG44 hakiki;iv. Bagi Gred DG52(KUP): telah dinaikkan pangkat ke Gred DG48(KUP)/Gred48 hakiki;v. Bagi Gred DG54(KUP): telah dinaikkan pangkat ke Gred DG52(KUP)/Gred DG52 hakiki;vi. Bagi Gred Khas C (KUP): telah dinaikkan pangkat ke Gred DG54(KUP)/Gred DG54 hakiki.