(dce3403)modul kepimpinan iii
DESCRIPTION
nbkvkvTRANSCRIPT
KEPEMIMPINAN
(Edisi ke-3)
DCE 3403 (UNIT 1 –9)
Program B. S. (Pembangunan Sumber Manusia)
JAMILAH OTHMAN, Ph.D.
LAMBAK TOMPANG, Ms (Ext. Edu.)
Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan
Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
43400 Serdang
Selangor Darul Ehsan
Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana
bahagian modul ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua
sama ada secara elektronik, salin foto, mekanik, rakaman atau cara
lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Institut Pendidikan dan
Pembelajaran Jarak Jauh (IDEAL).
1
Kandungan Kursus
Unit 1: Pengenalan kepada kepemimpinan
1. Definisi kepemimpinan, pemimpin dan pengikut
2. Ciri-ciri pemimpin dan pengikut
3. Pemimpin formal dan tidak formal
Unit 2: Teori kepemimpinan
1. Teori personal dan situasi
2. Teori interaksi dan pembelajaran sosial
3. Teori proses interaksi
Unit 3: Corak kepemimpinan
1. Kepemimpinan autokratik
2. Kepemimpinan demokratik
3. Kepemimpinan laissez-faire
4. Kepemimpinan transformatif
5. Kepemimpinan transaktional
Unit 4: Kecekapan dan kemahiran pemimpin
1. Mengurus
2. Kuasa dan sumber kuasa
3. Berkomunikasi
2
Unit 5: Sistem pentadbiran, polisi dan misi organisasi
1. Organisasi formal
2. Organisasi tidak formal
3. Pemimpin dan pengikut organisasi formal
4. Pemimpin dan pengikut organisasi tidak formal
Unit 6: Peranan pemimpin dalam pembangunan sumber
manusia
1. Konteks diri sendiri
2. Konteks keluarga
3. Konteks masyarakat
4. Konteks negara
Unit 7: Faktor-faktor yang mempengaruhi kepemimpinan
dalam organisasi
1. Faktor pemimpin
2. Faktor organisasi
3. Faktor persekitaran
3
Unit 8: Peranan dan tanggungjawab pemimpin dalam
organisasi
1. Kepada organisasi
2. Kepada pekerja
3. Kepada persekitaran
4. Kepada negara
Unit 9: Isu-isu kepemimpinan dalam organisasi
1. Wanita sebagai pemimpin
2. Information, communication & technology (ICT)
3. Ideologi
4. Diversiti
4
Pengenalan
Kursus ini ditawarkan khas untuk memberi pengetahuan asas
mengenai konsep kepemimpinan dan pemimpin. Di dalam kursus ini
anda akan didedahkan kepada sejarah dan pengertian kepemimpinan,
teori-teori kepemimpinan, peranan dan tanggungjawab pemimpin dan
praktis kepemimpinan diri, masyarakat dan organisasi. Kursus ini
merupakan kursus asas kepada kursus kepemimpinan lanjutan yang
lain.
Objektif
Di akhir kursus ini diharapkan anda akan dapat:
1. Mengenal pasti dan membezakan beberapa istilah asas iaitu
kepemimpinan, pemimpin dan kepemimpinan yang
diaplikasikan.
2. Mengenal pasti corak dan cara kepemimpinan yang di amalkan
dalam organisasi dan masyarakat dengan dikaitkan kepada teori-
teori kepemimpinan.
3. Menjelaskan kepentingan bagaimana peranan dan
tanggungjawab kepemimpinan dan pemimpin penting dalam
menjana pembangunan keluarga, masyarakat, dan organisasi.
4. Mengaitkan teori-teori kepemimpinan dan praktis semasa dalam
pembangunan sumber manusia.
5
Prosedur penilaian
Pencapaian anda dalam kursus ini akan dinilai seperti berikut:
Ujian
Bilangan ujian : 1
Penilaian agihan markah : 30%
Skop ujian : unit 1 - 5
Tarikh ujian : akan ditentukan oleh IDEAL
Peperiksaan akhir
Peratus agihan markah : 40%
Skop ujian : unit 1 - 9
Tarikh peperiksaan : akan ditentukan oleh IDEAL
Tugasan
Peratus agihan markah : 30%
Membuat dan menghantar tugasan
Anda dikehendaki menyedia dan menyelesaikan tajuk yang diberikan.
Anda amat digalakkan membuat semua tajuk-tajuk dalam semua unit
untuk menyediakan anda menghadapi peperiksaan.
6
Tajuk tugasan
Disebabkan tajuk tugasan adalah berbeza untuk setiap semester,
maka tajuk dan skop tugasan akan disertakan dalam lampiran
berlainan.
Panduan membuat tugasan
Untuk melaksanakan tugasan ini, anda perlu membuat rujukan bahan-
bahan yang berkaitan dengan tajuk di pusat pembelajaran anda atau
di mana-mana tempat yang difikirkan sesuai. Adalah lebih baik jika
anda dapat berbincang dahulu dengan pensyarah/tutor anda atau
sesiapa yang berpengalaman atau rakan sekursus sebelum membuat
tugasan.
7
Penyerahan tugasan
Anda boleh menghantar pada bila-bila masa. Walaubagaimanapun
semua tugasan mesti dihantar selewat-lewatnya 2 minggu sebelum
peperiksaan akhir. Sila hantar tugasan anda kepada IDEAL dan
pastikan anda menyerahkan tugasan anda melalui saluran yang betul
untuk mengelakkan sebarang kesulitan.
Peringatan
Tugasan yang lambat tidak akan diambil kira dalam penggredan.
Bilangan halaman tugasan : 15 – 30 halaman A4 termasuk rujukan
Panduan bagi ujian objektif
Soalan bagi ujian objektif adalah didasarkan kepada unit-unit dan
bacaan yang ditetapkan bagi unit-unit. Soalan lazimnya berbentuk
‘multiple choice’.
Anda harus ingat bahawa menjawab soalan objektif tidak seperti
menjawab ujian subjektif. Dalam ujian objektif tidak wajar bagi anda
menjawab mengikut idea/pengalaman anda sendiri. Jawapan soalan
objektif adalah khusus seperti terdapat dalam teks dan bacaan
rujukan. Anda perlu memahami teks modul dengan baik kerana
8
soalan-soalan akan menguji kefahaman anda, bukan kemahiran anda
menghafal fakta.
Rujukan
Aminuddin, M. Y. (1990). Kepimpinan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Aminuddin, M. Y. (1997). Kepimpinan : Model Guru dan Tentera. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bass, B. M. (1990). Bass and Stogdill’s handbook of leadership : Theory, Research, and Managerial Application. (3th ed.). New York : The Free Press.
Covey, S. R. (1991). Principle – Centred Leadership. London : Simon & Schuster.
Ismail, N. (1999). Prophet Muhammad’s Leadership : The paragon of excellence Altruistic Management – a cross application to modern management and leadership practice. Kuala Lumpur : Utusan Publications & distributors Sdn. Bhd.
Maxwell, J. L. (1998). The 21 Irrefutable : Low of Leadership. Nashville, Georgia : Thomas Nelson Publishers.
Northouse, P. G. (1997). Leadership : Theory and Practice. USA : Sage Publications.
O’toole, J. (1999). Leadership A to Z: A guide For The Appropriately Ambitious. San Francisco : Jossey – Bass Publishers.
Shein, E. H. (1992). Organizational Culture and Leadership. San Francisco : Jossey – Bass.
Wan Mohd. Mahyiddin (1996). Kepemimpinan : Sorotan Pelbagai Aspek bagi meningkatkan kualiti dan pencapaian. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.
Wheatly, M. J. (1994). Leadership and The New Science. San Francisco : Berrett- Koehler.
9
Panduan perancangan pembelajaran
Minggu Tajuk-tajuk Jam
pembelajaran
1 Pengenalan kepada kepemimpinan 4
2 Teori kepemimpinan 12
3 Corak kepemimpinan 8
4 Kecekapan dan kemahiran pemimpin 4
5 Organisasi,sistem pentadbiran,
polisi dan misi agensi 8
6 Peranan pemimpin dalam
pembangunan sumber manusia 8
7 Faktor mempengaruhi kepemimpinan 4
8 Peranan dan tanggungjawab pemimpin 4
9 Isu-isu kepemimpinan 4
10
Maklumat penulis
Nama : Dr. Jamilah Bte Othman
Alamat : Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan,
Fakulti Pengajian Pendidikan,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM, Serdang,
Selangor.
No. telefon : 03 – 89486101 - # 8233/ 8571/8576
Fax : 03 – 89450455 / 03 - 89412970
Alamat e-mail: [email protected] / [email protected]
Nama : En. Lambak Bin Tompang
Alamat : Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan,
Fakulti Pengajian Pendidikan,
Universiti Putra Malaysia,
43400 UPM, Serdang,
Selangor.
No. telefon : 03 – 89486101 - # 8241/7902
Alamat e-mail: [email protected]
11
UNIT 1
PENGENALAN KEPADA KEPEMIMPINAN
Pendahuluan
Kepemimpinan adalah satu subjek yang telah lama diperkatakan sejak
zaman Plato, Aristotle dan Leviathian. Kepemimpinan ialah tindakan
atau perlakuan untuk mengetahui sesuatu dan ia sesuatu yang boleh
dipelajari dan diperbaiki. Kepemimpinan diperlukan untuk membawa
manusia mencapai matlamat ataupun tujuan dan nilai-nilai yang
mereka anggap berguna.
Dari perspektif Islam, setiap manusia mempunyai tugas
kepemimpinan. Suami, isteri, pegawai kerajaan, ketua parti politik,
ketua kampung, pelajar dan individu biasa mempunyai tugas
kepimpinan terhadap kelompok atau terhadap individu lain. Hakikat
ini dapat dikiaskan daripada hadith berikut :
"Tiap-tiap seorang dari kamu adalah pemimpin. Justeru itu kamu
adalah bertanggungjawab terhadap mereka yang berada di bawah
pimpinan kamu. Ketua negara bertanggungjawab terhadap rakyatnya.
Ketua keluarga adalah pemimpin dalam keluarga. Khadam/orang gaji
adalah pemimpin/pengawal, justeru itu ia bertangungjawab menjaga
12
harta tuannya dan ia akan di tanya mengenai hal di bawah
jagaannya?" (Abdullah Bin Umar, dalam Abdul Aziz,1993)
Sementara itu dalam sebuah hadith lain, Rasulullah S.A.W bersabda,
maksudnya:
"Kamu sekelian adalah pemimpin dan kamu akan ditanya
tentang rakyat yang kamu pimpin. Pemimpin akan ditanya mengenai
hak rakyat yang dipimpinnya. Suami akan ditanya hal keluarga yang
dipimpinnya. Isteri menjaga hal rumahtangga dan akan ditanya hal
yang dipimpinnya. Pelayan menjaga hak majikannya akan ditanya hal
yang dipimpinnya. Kamu sekelian adalah pemimpin dan akan ditanya
(diminta bertanggungjawab) terhadap kepimpinan kamu." (Bukhari
dan Muslim, dalam Abdul Aziz, 1993)
Daripada hadith di atas, ternyata setiap individu itu diangkat sebagai
khalifah (ketua) di muka bumi ini. Ini bermakna individu itu
mempunyai tugas tersendiri dalam kepimpinan; besar atau kecilnya
bergantung kepada pangkat dan kedudukan serta jenis organisasi
yang diketuainya.
Tajuk-tajuk dalam unit 1
Tajuk-tajuk yang akan dibincangkan dalam unit ini ialah:
1. Definisi kepimpinan.
13
2. Definisi pemimpin.
3. Definisi pengikut.
4. Ciri-ciri pemimpin dan pengikut.
5. Pemimpin formal dan tidak formal.
Secara ringkasnya hubungan antara di atas dengan unit 1 adalah
seperti peta minda di bawah:
Definisi
Kepemimpinan
Pemimpin
Pengikut
Ciri
Kepemimpinan
Formal
Tidak formal
Pemimpin
14
Objektif pembelajaran unit 1
Setelah mempelajari unit ini, diharapkan anda dapat:
1. Menerang dan membincangkan definisi kepemimpinan,
pemimpin dan pengikut dari pelbagai dimensi akademia.
2. Menggalurkan dan membincangkan ciri-ciri kepemimpinan,
pemimpin dan pengikut.
3. Menjelas dan membincangkan perihal pemimpin formal dan
pemimpin tidak formal.
Definisi kepemimpinan
Kepemimpinan boleh membawa maksud yang berbeza kepada
berlainan situasi dan kelompok. Walaupun perkataan pemimpin
muncul sejak tahun 1300, tetapi perkataan kepemimpinan cuma
muncul pada tahun 1800 (Amiruddin, 1990). Oleh kerana perkataan
kepemimpinan itu membawa satu konsep yang sofistikated, maka
banyaklah definisi yang dikemukakan, hampir sama banyak dengan
orang yang mengkaji mengenai bidang ini. Kepemimpinan dalam
bahasa Melayu adalah istilah yang baru dicipta pada tahun 1970 yang
memberi makna kepada perkataan 'leadership' (pimpinan).
15
Berikut diberikan beberapa definisi kepemimpinan
Satu proses mengadakan perbincangan dan membuka ruang untuk
pengikut mengemukakan idea-idea mereka sebelum sesuatu polisi
dirumuskan; dan akan memberkan kepuasan kepada pengikut (Razali,
1993).
Satu proses menyelesaikan sesuatu perkara melalui orang; apabila
terdapat objektif yang perlu dicapai atau tugas yang perlu dilakukan
dan apabila lebih daripada seorang individu diperlukan untuk
melakukan sesuatu (Amstrong, 1990).
Kepemimpinan ialah satu proses yang mempengaruhi aktiviti-aktiviti
kelompok ke arah mencapai matlamat kelompok dalam masa tertentu
(Maimunah, 1990)
Satu proses yang dinamik, berbeza daripada satu suasana ke satu
suasana yang lain dan bergantung kepada pemimpinnya, pengikut,
persekitaran dan struktur kelompok (Jamilah & Lambak, 2001).
Kepemimpinan adalah sebagai pengaruh, seni atau proses
mempengaruhi orang lain supaya mereka akan berjuang dengan rela
hati dan penuh semangat ke arah pencapaian matlamat bersama
(Bass, 1990).
16
Justeru, kepemimpinan adalah interaksi di antara dua atau lebih ahli
dalam satu kumpulan yang sering melibatkan penyusunan semula
situasi, persepsi dan harapan semua ahli.
Berdasarkan pelbagai definisi yang telah dikemukakan oleh ramai
pengkaji, dapatlah dirumuskan bahawa pengertian kepemimpinan
dalam konsep yang lebih mudah ialah sebagai segala aktiviti yang
mempengaruhi individu dalam kumpulan atau organisasi yang
membawa ke arah mencapai matlamat.
Definisi personaliti kepemimpinan proses pembentukan definisi kepemimpinan
Pemimpin pemimpinKetinggianKebijaksanaan
kepemimpinan = Keterbukaan kepemimpinan=PengaruhPersonaliti lain (interaksi)
pengikut pengikut
Perbezaan sudut pandangan perihal definisi kepemimpinan berasaskan
personaliti (trait) dan proses pembentukan definisi kepemimpinan.
17
Sumber : Northouse (1997). Leadership : Theory and Practice. M.s.
5.
Ciri-ciri kepemimpinan
Kepemimpinan adalah satu seni, sains dan kemampuan mencipta iklim
yang dapat memberikan gerak balas dan meransang motivasi . Oleh
kerana kepemimpinan digambarkan demikian, maka setiap individu
yang dipilih, dilantik atau diwakilkan sebagai pemimpin perlu memiliki
ciri-ciri yang sesuai sebagai pemimpin.
Seorang pemimpin dikatakan mempunyai ciri-ciri peribadi yang
mengarah kepada ciri-ciri kepemimpinannya. Pada mulanya andaian
yang dibuat melalui pendekatan ini ialah ciri-ciri kepemimpinan ini
adalah semulajadi dan tidak dibentuk. Atau dengan erti kata lain,
seseorang pemimpin dilahirkan dengan ciri-ciri kepepimpinan.
Sungguhpun begitu semestinya seorang pemimpin yang berjaya itu
dilahirkan dengan ciri kepemimpinan semulajadi tetapi ciri tersebut
boleh dipelajari atau dibentuk daripada pengalaman.
Individu yang mempunyai ciri-ciri kepemimpinan ialah individu yang
mempunyai personaliti adil, tegas, sihat, jujur, rajin, berani, tekal,
berpengetahuan tentang kerja, taat setia, keghairahan, korban diri,
disiplin diri dan yakin diri. Malahan pemimpin seharusnya mempunyai
ciri-ciri seperti kebersihan jiwa dan rohani, kesihatan dan kekuatan
18
badan, keupayaan mental dan fikiran, memberi perhatian kepada ahli
yang dipimpinnya, tauladan yang baik, pandangan yang tajam,
kemahuan yang kuat, dan optimisme.
Terdapat 4 ciri penting pada seseorang pemimpin iaitu:
(1) Fizikal (ketinggian, berat badan, perawakan fizikal,
kecergasan dan mempunyai paras rupa),
(2) Sosial (sifat belas kasihan, sabar, orientasi pekerja dan
kematangan emosi),
(3) Perawakan (dominan diri, aggresif, ekstrovet (pentingkan
hal lahiriah), yakin dan penghormatan diri), dan
(4) Peribadi (kebolehan berkomunikasi, keupayaan intelek,
orientasi pencapaian, keupayaan bekerja kuat dan
bertanggungjawab).
Pelbagai kajian tentang ciri yang perlu ada pada seseorang pemimpin
telah dilakukan. Beberapa pengkaji telah mengenalpasti lima sifat
fizikal bersabit kemampuan kepemimpinan iaitu:
(1)Tenaga, penampilan dan ketinggian,
(2)Ciri kecerdasan dan kemampuan,
(3)Sifat keperibadian iaitu kebolehsuaian, sifat aggresif,
keghairahan dan keyakinan diri,
(4)Ciri berhubung tugas iaitu daya pencapaian, kesungguhan
dan inisiatif, dan
19
(5)Ciri sosial iaitu daya kerjasama, kemahiran antara
perseorangan dan kemampuan pentadbiran.
Terdapat juga kajian yang menunjukkan korelasi penting di antara
keberkesanan kepemimpinan dengan sifat kecerdasan, kemampuan
menyelia, inisiatif, keyakinan diri dan keindividuan dalam menjalankan
tugas. Pada masa yang sama kecerdasan yang terlalu tinggi atau
terlalu rendah mengurangkan keberkesanan pemimpin. Ciri-ciri seperti
berwawasan, kesanggupan menghadapi cabaran peribadi, penggunaan
strategi yang luar biasa, sensitif terhadap persekitaran, berperanan
sebagai agen pembaharuan, kebolehan berkomunikasi dan
penggunaan kuasa peribadi juga antara ciri yang perlu ada pada
seseorang pemimpin.
Konsep kendiri merupakan antara elemen penting ciri kepemimpinan.
Konsep kendiri yang positif membentuk pencapaian kendiri yang
tinggi, di mana ia terdiri daripada ciri-ciri diri yang positif yang juga
menyumbang kepada pembentukan ciri kepemimpinan dan konsep
kendiri terdiri daripada aspek personal iaitu emosi, imej diri, kawalan
impuls, penguasaan dan daya tindak, perhubungan dengan rakan
sebaya , hubungan dengan keluarga, psikopatologi, penyesuaian yang
unggul dan matlamat pendidikan kerjaya.
20
Pemimpin formal dan tidak formal
Kepemimpinan berlangsung dalam setiap aspek kehidupan manusia.
Setiap orang memiliki kebolehan, kemampuan dan pengetahuan
mengenai kepemimpinan. Persoalannya berapa ramaikah yang sedar
akan perkara ini. Setiap orang adalah pemimpin dan mengamalkan
stail kepemimpinan yang tersendiri yang sejajar dengan kehendak
organisasi, agensi dan diri sendiri.
Sama ada menjadi pemimpin dalam organisasi, masyarakat, keluarga
hatta pada diri sendiripun, individu cenderung mengamalkan
kepemimpinan yang dirasakan sesuai, menepati dan menganjurkan
kemajuan sejajar dengan objektif yang ditujui. Justeru setiap orang
adalah pemimpin, namun tidak semua orang berpeluang dilantik atau
diberi autoriti sebagai pemimpin.
Walau bagaimanapun, kegagalan mendapatkan tempat sebagai
pemimpin, tidak bemakna individu tidak boleh memimpin. Paling
tidakpun memimpin diri sendiri. Oleh yang demikian, wujudlah dua
konsep asas kepemimpinan iaitu kepemimpinan formal dan
kepemimpinan tidak formal.
21
Kepemimpinan formal
Kepemimpinan formal adalah pemimpin itu dilantik, dipilih dan
diletakkan di kedudukan sebagai pemimpin. Individu tersebut memiliki
kuasa berupa kuasa yang diberikan untuknya memutuskan sesuatu
perkara, keputusannya diakui dan diturut.
Lazimnya pemimpin sebegini menganjurkan stail kepemimpinan
bersesuaian dengan kehendak anggota yang melantik atau
memilihnya. Kepemimpinan jenis ini dibayar gaji sebagai
pengiktirafan. Kepemimpinan formal ini juga biasanya berada dalam
organisasi yang berstruktur dan hirarki tugas dan jawatan. Contoh:
pemimpin politik, ketua eksekutif organisasi.
Kepemimpinan tidak formal
Sementara itu corak kepemimpinan tidak formal adalah berlawanan
dengan kepemimpinan formal. Pemimpin tidak memiliki kuasa mutlak
dan biasanya secara sukarela mengepalai atau mengetuai sesuatu
kumpulan. Pemimpin tidak di bayar gaji. Walaupun ada ganjaran,
lazimnya berbentuk penghargaan dan pengiktirafan.
Pemimpin mengetuai sesuatu atau kumpulan kerana kesedaran,
kemahuan sendiri dan kecenderungan untuk berkongsi pengalaman,
pengetahuan dan kemahiran. Kumpulan atau organisasi yang diketuai
22
tidak memiliki struktur organisasi yang ditetapkan. Contoh: ketua
keluarga, ketua kumpulan rakan sebaya, ketua aktiviti perkhemahan.
Perspektif Diri : Kepemimpinan
Aktiviti
Berdasarkan maklumat asas yang menerangkan definisi
kepemimpinan, ciri-ciri kepemimpinan dan pemimpin, lukiskan satu
gambarajah yang tersusun untuk menunjukkan hubungan yang
terbentuk antara :
1. Kepelbagaian definisi kepemimpinan dari perspektif akademia.
2. Ciri-ciri kepemimpinan dengan pemimpin, dan
23
Diri
Bagaimana Saya Lihat Diri Saya
Bagaimana Saya Hendak Orang Lain Lihat Diri Saya
Bagaimana Orang Lain Sebenarnya Lihat Diri Saya
Fizikal
Bagaimana Tuhan Melihat Saya
3. Berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan penilaian anda:
A. Nyatakan konsep dan definisi kepemimpinan
mengikut kefahaman.
B. Senaraikan ciri-ciri kepemimpinan.
Pengikut
Pengikut didefinisikan sebagai mereka yang mengikut apa yang
dikatakan, menerima arahan, melaksanakan arahan mengikut
kemampuan dan sentiasa berusaha menjadikan matlamat organisasi
sesuatu yang realistik.
Hollander (1964) menakrifkan pengikut sebagai individu yang
menerima pengaruh dan kuasa individu lain iaitu pemimpin terhadap
mereka. Ini secara langsung memberikan maksud pengiukut akan
mematuhi perintah atau arahan daripada pemimpin untuk
melaksanakan tugas atau tanggungjawab.
Pengikut adalah subsistem penting dalam sesebuah organisasi.
Peranan utama pengikut adalah melaksanakan segala perancangan
yang telah digalurkan secara objektif oleh pemimpin dan pengikut
memiliki peranan tertentu dalam menjayakan sesuatu misi organisasi.
24
Pengikut mempunyai peranan dan fungsi yang sangat penting dalam
pembangunan sesebuah organisasi. Kurangnya penekanan terhadap
fungsi dan peranan pengikut menyebabkan kecemerlangan organisasi
sering terganggu. Kecemerlangan ini tidak dapat direalisasikan kerana
tumpuan yang lebih diberikan kepada aspek kepemimpinan
berbanding kepengikutan.
Pengikut mampu memainkan peranan yang tersendiri dan penting
untuk menentukan maju mundurnya sesebuah organisasi. Terdapat
beberapa ciri pengikut dalam organisasi iaitu:
1. Patuh kepada ketua dan kumpulan,
2. Menyokong ketua,
3. Mengiakan ketua,
4. Menegur dan memperbaiki kesilapan ketua,
5. Bekerja untuk ketua,
6. Mendapatkan penjelasan dari ketua,
7. Memberi maklum balas kepada ketua,
8. Menjaga nama baik organisasi,
9. Mengekalkan budaya dalam kumpulan,
10. Mengetahui peranan dan tugas sebagai pengikut,
11. Menyediakan diri untuk tampil ke depan
menggantikan ketua,
25
12. Mengetahui kedudukan, keupayaan dan
tangungjawab dalam
organisasi,
13. Turut serta dalam aktiviti organisasi,
14. Berkorban untuk ketua dan organisasi, dan
15. Kekal terhadap perjuangan organisasi.
Persoalannya ialah berapa ramaikah yang sedar dengan tugas,
peranan dan ciri yang perlu ada pada pengikut untuk melayakkan
mereka menjadi pengikut yang baik.
Aktiviti
Berdasarkan pengalaman dan pengetahuan anda:
1. Senaraikan ciri-ciri, peranan dan tanggungjawab pengikut yang
baik.
2. Dengan menggambarkannya dalam bentuk gambarajah,
tunjukkan perkaitan antara ciri, peranan dan tanggungjawab
pengikut dengan konsep pengikutan.
Penutup
Demikian serba ringkas mengenai konsep kepemimpinan dan
kepengikutan. Pemahaman dan pengetahuan asas mengenai konsep
26
ini penting kerana dalam menjalankan kehidupan seharian, individu
tidak boleh lari dari mempunyai atau merasai pengalaman ini.
Ringkasan unit
Ringkasan penting yang perlu difahamkan selepas mengikuti unit ini
ialah:
1. Kepemimpinan adalah satu konsep yang luas.
2. Kepemimpinan penting dalam kehidupan manusia untuk
membolehkan manusia memenuhi keperluan hidup.
3. Pemimpin dan kepemimpinan adalah dua entiti yang berbeza
dan perlu difahami dengan jelas.
4. Kepemimpinan mempunyai pelbagai definisi sejajar dengan cara
bagaimana kepemimpinan itu difahami dan kehendak setempat.
5. Wujudnya pelbagai ciri, peranan dan tanggungjawab sebagai
pemimpin dan pengikut.
6. Tugas dan peranan pemimpin dan pengikut adalah tidak sama.
7. Setiap individu sama ada sebagai pemimpin atau pengikut
mempunyai peranan dan tanggungjawab yang tersendiri.
27
8. Pemahaman terhadap konsep kepemimpinan dan pengikutan
adalah penting untuk membolehkan individu mengetahui
kedudukan mereka.
9. Kepemimpinan dan kepengikutan saling perlu memerlukan untuk
menjayakan misi dan visi organisasi.
Rujukan
Aminuddin, M. Y. (1994). Kepimpinan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Amstrong, M. (1990). A handbook of human resource
management. Great Britian: Billings & Sons Limited.
Bass, B. M. (1990). Bass and Stogdill’s handbook of
leadership : Theory, Research, and Managerial Application. (3th
ed.). New York : The Free Press.
Hollander, E. P. (1964). Emergent leadership and social
influence: leaders, groups and influence. New York : Oxford
University Press.
Jamilah, O. & Lambak, T. (2001). Modul kepemimpinan (edisi
1). IDEAL. UPM.
28
Maimunah, I. (1990). Pengembangan : Implikasi ke atas
pembangunan masyarakat (edisi kedua). Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Northouse, P. G. (1997). Leadership : Theory and Practice.
USA : Sage Publications.
O’toole, J (1999). Leadership: A to Z. A Guide for the
Appropriately Ambitious. San Francisco : Jossey Bass Publisher.
Razali M. Z. (1993). Kepemimpinan dalam pengurusan. Kuala
Lumpur : Utusan Publication.
UNIT 2
TEORI KEPEMIMPINAN
Pendahuluan
Kepemimpinan telah dibicarakan sejak awal era ketamadunan
manusia. Pelbagai teori telah dibangunkan selaras dengan
perkembangan ilmu dan perkembangan manusia. Setiap teori yang
dibangun berlandaskan pemahaman, pengalaman dan pengetahuan
dan lazimnya ia berkait rapat dengan persekitaran setempat dan
keperluan manusia.
Dalam unit ini akan dibincangkan mengenai teori-teori yang selalu
diimplikasikan oleh para pemimpin dalam kepemimpinan mereka
seharian. Adalah penting untuk difahamkan setiap teori
29
kepemimpinan untuk membolehkan dan memudahkan proses
mengenalpasti, menganalisis dan memahami mengapakah seseorang
pemimpin itu mengambil sesuatu tindakan dan melalui tindakan yang
diambil oleh pemimpin tersebut, dapat dijangkakan apakah
implikasinya.
Tajuk-tajuk dalam unit ini
Teori yang dibincangkan dalam unit ini adalah dirujuk daripada buku
Bass & Stogdill’s Handbook of Leadership: Theory, Research and
Managerial Application (3rd.ed), oleh Bass. M. B. (1990).
Teori personal dan situasi (Personal and situational theory)
Great-man theory
Trait theory
Situational theory
Personal-situational theory
Psychoanalytic theory
Political theory
Humanistic theory
Teori interaksi dan pembelajaran sosial (Interaction and social learning
theory)
Leader-role theory
30
Attainment theory
Contingency theory
Reinforce-change theory
Path-goal theory
Teori proses interaktif (Interactive processes theory)
Behavioral theory
Communication theory
Secara mudahkan ruang lingkup unit ini adalah seperti rajah di bawah
Great-man Traits Situational
Personal & situasi Personal-situational
Psychoanalytic Political
Humanistic
Leader-role
Attainment
Teori-teori Interaksi & ContigencyKepemimpinan pembelajran
31
Reinforce-change
Path-goal
Proses interaksi Behavioral
Communication
Objektif pembelajaran
Setelah mengikuti unit ini diharapkan anda dapat:
1. Mengenalpasti jenis teori berdasarkan ciri-cirinya.
2. Menyenaraikan dan membincangkan teori-teori yang berkaitan.
3. Memahami dan mengenalpasti ciri-ciri yang membezakan antara
satu teori dengan teori yang lain.
Teori kepemimpinan berasaskan kepada 2 konsep asas iaitu :
1. Kapitalisme
32
Teori kepemimpinan kapitalisme ini dipelopori oleh Henri Fayol.
Andaian di dalam teori ini adalah individu atau rakyat perlu berusaha
sendiri untuk mencapai matlamat yang dihajati (Konsep Persaingan).
2. Radikalisme
Teori kepemimpinan radikalisme ini di perkenalkan oleh Carl Marx
dimana ianya mengandaikan pemerintah atau kerajaan perlu
menyediakan setiap kemudahan yang diperlukan oleh rakyat (Konsep
Kerjasama).
Teori personal dan situasi
Great-man theory
Teori ini adalah teori awal yang dibentuk dalam sejarah pengkajian
kepemimpinan. Teori ini diasaskan pemerhatian terhadap individu
yang berpengaruh yang mempertontonkan sifat – sifat istimewa
seperti kecerdikan, kuasa, kekuatan peribadi dan kemampuan
menguasai pengikut. Contoh : Nabi Muhammad S. A. W. , Nepolean,
Ghandi. Teori ini berlandaskan konsep kecerdikan, prestasi ekademik
dan karisma tidak mempunyai korelasi dengan keberkesanan
seseorang pemimpin.
33
Traits theory
Teori trait melihat bagaimana terdapatnya sifat-sifat semulajadi yang
membolehkan seseorang itu menjadi pemimpin. Sifat-sifat inilah yang
membezakan mereka dengan pengikut. Antara sifat-sifat pemimpin
ialah faktor fizikal, ciri-ciri personaliti, ciri-ciri kebolehan. Teori ini
memandang kepemimpinan adalah milik setiap individu.
Situational theory
Pemimpin lahir ekoran desakan atau permintaan apabila wujudnya
sesuatu situasi yang mendesak kepada peranan kepemimpinan. Teori
ini melihat bagaimana pemimpin lahir secara mendadak ekoran
tuntutan situasi. Kelahiran pemimpin banyak bergantung kepada
tuntutan masa, tempat dan keperluan. Prinsip utama teori ini ialah
kepemimpinan mengikut situasi iaitu situasi yang berlainan
memerlukan fungsi kepemimpinan yang berbeza dan kepemimpinan
menitkberatkan ke arah pencapaian peranan kelompok serta
kepemimpinan mengutamakan kualiti pemimpin bersesuain untuk
sesuatu situasi.
Personal-situational theory
Teori ini menggabungkan dua elemen utama iaitu personaliti individu
dan situasi. Pemimpin wujud apabila berlakunya sesuatu peristiwa
34
dalam sesuatu situasi, maka individu yang memiliki personaliti
tertentu akan dilantik sebagai pemimpin. Pemimpin lahir apabila
wujudnya ruang kosong yang mendesak untuk dilantik seseorang
sebagai pemimpin. Teori ini mempercayai bahawa faktor individu iaitu
kualiti kepemimpinan dalam diri sama pentingnya dengan faktor
situasi yang memerlukan kewujudan seorang pemimpin.
Psychoanalytic theory
Teori ini diasaskan melalui idea yang dibangunkan oleh Frued. Teori
ini membincangkan bagaimana tingkahlaku seseorang bermula dari
zaman kanak-kanak dan pembangunan keluarga mempengaruhinya
secara psikologi menjadi pemimpin. Teori ini melihat bagaimana
personaliti pemimpin dan situasi berinteraksi khususnya sewaktu krisis
berlaku.
Political theory
Teori ini melihat kepemimpinan dari perspektif politik. Pemimpin lahir
apabila mereka dipilih oleh pengikut dalam sesuatu pemilihan. Dalam
erti kata lain, teori politik ini melihat bahawa pemimpin adalah dipilih
dan bukannya lahir sebagai pemimpin.
Humanistic theory
35
Teori ini berasaskan corak kepemimpinan demokratik dan kebebasan
individu yang begitu dititikberatkan di Amerika. Kepemimpinan
berdasarkan teori ini menerima pakai konsep pemimpin mengubahsuai
fungsi organisasi untuk membuka ruang dan kesempatan kepada
kebebasan individu untuk mengenalpasti potensi diri. Malahan teori
humanistik juga menggalakkan individu untuk memenuhi keperluan
dan kehendak sendiri dan dalam masa yang sama mampu
menyumbang kepada matlamat organisasi.
Teori interaksi dan pembelajaran sosial (Interaction and social
learning theory)
Leader-role theory
Karakter individu dan permintaan daripada sesuatu situasi
memungkinkan seseorang dipilih atau dilantik sebagai pemimpin.
Kepemimpinan terbentuk apabila sekumpulan individu melantik salah
seorang daripada mereka sebagai pemimpin dan melaksanakan rol
sebagai pemimpin untuk berhadapan dengan sesuatu situasi.
Pemimpin akan bertingkahlaku sejajar dengan kehendak dan
kemahuan pengikut yang melantiknya.
Attainment theory
Teori ini menerangkan bagaimana dan siapakah yang menjadi
pemimpin dan kenapa dia menjadi pemimpin. Pemimpin wujud dalam
36
kumpulan yang tiada struktur yang sempurna dan lazimnya pemimpin
dilantik sekadar untuk menyelaraskan sesuatu aktiviti kumpulan.
Reinforce-change theory
Kepemimpinan adalah kecenderungan salah seorang daripada ahli
kumpulan untuk menukarkan pemahaman, tingkahlaku dan motivasi
rakan sekumpulan dengan tujuan menjadikan setiap ahli kumpualn
individu yang berjaya.
Path-goal theory
Teori ini berkaitan dengan kelakuan individu untuk mencapai matlamat
dan keinginan. Kepemimpinan adalah proses bagaimana pemimpin
menjadi pendorong serta penunjuk arah untuk pengikut mencapai dan
menentukan sesuatu matlamat mengikut arah yang tertentu.
Contigency theory
Secara asasnya teori ini mengatakan bahawa keberkesanan sesuatu
kumpulan atau organisasi bergantung kepada interaksi antara
personaliti pemimpin dengan situasi. Keberkesanan seseorang
pemimpin bergantung kepada sejauh mana pemimpin dapat
37
mengaplikasikan corak kepemimpinan dengan situasi yang sedang
dihadapi.
Teori proses interaktif (Interactive processes theory)
Behavioral theory
Tingkahlaku pemimpin menjadi penunjuk dan penyebab kepada
tingkahlaku pengikut. Di mana tingkahlaku pengikut adalah refleksi
daripada tingkahlaku pemimpin dan tingkahlaku pengikut
diperkukuhkan melalui ganjaran, pengukuhan atau hukuman.
Communication theory
Komunikasi dan hubungan menganjurkan pembentukan dan hubungan
antara pemimpin dengan pengikut. Pemimpin menggunakan
kelebihannya berkomunikasi untuk mendapatkan pengikut dan
mengawal pengikut juga melalui komunikasi
Aktiviti
1. Dengan memilih mana-mana 5 teori, senaraikan ciri-ciri teori
tersebut, dan
2. Senaraikan kekuatan dan kelemahan teori yang anda pilih.
38
3. Bentukkan senarai ciri, kekuatan dan kelemahan teori – teori
tersebut dalam satu gambarajah yang sesuai.
4. Berdasarkan pengalaman anda, nyatakan apakah teori yang
paling efisyen untuk dimplimentasikan dalam organisasi anda.
5. Berdasarkan contoh dan rujukan yang sesuai nyatakan mengapa
anda memilih teori tersebut.
6. Sekiranya anda seorang pemimpin, apakah teori yang anda
gunakan dalam kepemimpinan. Mengapa?
Penutup
Dalam unit ini telah dibicarakan mengenai teori-teori yang berkaitan
dengan kepemimpinan. Pemahaman kepada teori-teori ini akan
memudahkan seseoragng untuk menganalisis dan menilai bagaimana
seseorang pemimpin mengaplikasikan teori yang digunakan dalam
kepemimpinannya. Berkemungkinan pemimpin akan mencampurkan
beberapa teori dalam kepemimpinan mereka.
Ringkasan
1. Terdapat pelbagai teori dalam memahami kepemimpinan.
2. Pemahaman terhadap sesuatu teori akan memudahkan
pemimpin mengaplikasikan kepemimpinan yang sesuai dan
39
menepati keperluan dan kehendak organisasi, masyarakat dan
kelompok.
3. Adalah penting untuk menganalisis teori yang diaplikasikan oleh
seseorang pemimpin dalam kepemimpinan untuk memastikan
bahawa pemimpin tersebut sedar apa yang dilakukan.
Perspektif Yang Membentuk Teori Kepimpinan
40
Tidak BolehKepimpinan
Kenapa
Boleh
Rujukan
Bass, B. M. (1990). Bass and Stogdill’s handbook of
leadership : Theory, Research, and Managerial Application. (3th
ed.). New York : The Free Press.
UNIT 3
CORAK KEPEMIMPINAN
Pendahuluan
Dalam dua unit awal, telah dibincangkan dan mengetahui konsep asas
kepemimpinan. Malahan telah juga berbincang perihal teori-teori
41
Proses Sosialisasi
Kepercayaan
Berbeza
Perspektif AndaianIndividu
NilaiPengetahuanSikapKemahiranAspirasiKeluarga
yang popular dalam kepemimpinan. Dalam unit ini perbincangan
akan ditumpukan mengenai corak kepemimpinan yang selalu
diimplimentasikan dalam persekitaran kehidupan; organisasi dan
masyarakat. Unit ini juga akan menganalisis bagaimanakah corak
kepemimpinan ini diamalkan dalam organisasi dan masyarakat;
keberkesanan dan kelemahan.
Apakah corak kepemimpinan
Corak kepemimpinan bermaksud cara seseorang pemimpin
mempengaruhi anggota-anggota kelompok dalam usaha mencapai
matlamat kelompok. Corak kepemimpinan juga bermakna pemimpin
mempunyai kuasa penuh untuk mengarah, mengawal dan memikul
tanggungjawab dan mengharapkan tindakan dilakukan tanpa
perundingan dua hala.
Menurut Razali (1993), corak kepemimpinan ialah satu struktur
kemahuan yang terlindung dalam diri pemimpin dan mempengaruhi
gelagatnya dalam pelbagai suasana kepimpin. Manakala Koontz &
Weihrich, (1997) menakrifkan corak kepemimpinan sebagai pemimpin
mempunyai kuasa penuh untuk mengarah, mengawal dan memikul
tangungjawab dan mengharapkan tindakan dilakukan yanpa
perundingan dua hala.
42
Tajuk-tajuk dalam unit 3
Di unit ini perbincangan akan berkisar mengenai tajuk-tajuk di bawah :
1. Kepemimpinan autokratik.
2. Kepemimpinan demokratik.
3. Kepemimpinan laissez-faire.
4. Kepemimpinan transformational.
5. Kepemimpinan transaktional.
Ruang lingkup unit 3
Autokratik
Demokratik
43
Laissez-faire
Corak Kepemimpinan
Transformational
Traksaktional
Objektif pembelajaran
Setelah mengikuti unit diharapkan anda dapat:
1. Mengenalpasti ciri-ciri corak kepemimpinan berdasarkan tajuk.
2. Mengenalpasti corak kepemimpinan yang diimplimentasikan di
organisasi dan masyarakat.
3. Menganalisis apakah corak kepemimpinan yang
diimplimentasikan dalam organisasi dan masyarakat mengikut
konsep asal ataupun telah dilakukan pengubahsuaian.
44
4. Menjelaskan bagaimanakah corak kepemimpinan ini boleh
dilaksanakan dalam ruang lingkup nilai dan budaya setempat.
Kepemimpinan autokratik
Kepemimpinan autokratik menerangkan suasana perhubungan secara
sehala antara pemimpin dengan pengikut. Semua perancangan,
keputusan, dasar perancangan dan perlaksanaan ditentukan oleh
pemimpin itu sahaja. Dalam konteks organisasi, corak autokratik
terserlah melalui pemimpin yang hanya menitikberatkan kecekapan
operasi tanpa mengambilkira hal ehwal pekerja. Kecekapan dalam
kendalian kerja diatur agar unsur – unsur manusia tidak memberi
banyak kesan.
Secara umumnya kepemimpinan autokratik mewujudkan perhubungan
yang sehala antara pengikut dengan pemimpin. Pemimpin akan
menentukan segala dasar, perancangan dan menetapkan pelan
perlaksanaan. Tindakan dalam kepemimpinan adalah tanpa
penglibatan pengikut dan jika ada penglibatan sekalipun, penglibatan
pengikut adalah terlalu minimum. Pemimpin memiliki kuasa penuh
untuk menentukan segalanya.
Pemimpin
45
Pengikut pengikut pengikut
Ciri kepemimpinan autokratik
1. Setiap polisi diputuskan oleh pemimpin.
2. Pengikut tidak tahu apa hala tuju pemimpin kerana pemimpin
hanya mengambil satu langkah dalam satu masa.
3. Pengikut tidak tahu pelan tindakan pemimpin kerana tidak
dikongsikan.
4. Pemimpin tentukan tugas dan tanggungjawab pengikut pada
satu-satu masa.
5. Pemimpin mengkritik atau memuji pengikut secara personal.
6. Perhubungan sehala antara pemimpin dengan pengkut.
7. Sering memberikan hukuman dan ganjaran untuk mencapai
sesuatu objektif.
8. Meragui kebolehan pengikut.
Kekuatan
1. Keputusan dapat dicapai dengan segera.
46
2. Pemimpin memiliki kuasa pemutus.
3. Operasi organisasi berjalan lancar tanpa banyak kerenah.
4. Pemimpin boleh memanipulasi kekuatan dan kelemahan
pengikut.
Kelemahan
1. Mampu musnahkan moral dan semangat pengikut.
2. Pemimpin kurang mengambil peduli pendapat dan pandangan
pengikut.
3. Hubungan antara pemimpin dengan pengikut kurang mesra.
4. Cenderung mewujudkan perasaan tidak puas hati dikalangan
pengikut.
5. Pengikut terlalu bergantung kepada pemimpin.
6. Tidak berjaya membantu individu yang berpotensi.
Kepemimpinan demokratik
Corak kepemimpinan demokratik pula mempunyai ciri-ciri yang
berlawanan dengan corak autokratik. Pemimpin yang mengamalkan
corak kepimpinan demokratik sentiasa menggalakkan ahli-ahlinya
mengambil bahagian bersama dalam membuat sesuatu keputusan.
Pemimpin berkeyakinan bahawa yang dipimpin mampu membina
keputusan sendiri dan melaksanakan keputusan yang telah diputuskan
dengan jayanya.
47
Dalam organisasi, pengimplimentasian corak ini dapat dilihat apabila
pemimpin memberikan penekanan yang maksimum kepada kedua-
dua aspek iaitu tugas dan manusia. Kerja berhasil dari komitmen
pekerja, penyatuan tujuan, saling hormat dan percaya mempercayai
antara pekerja dengan pemimpin.
Kepemimpinan demokratik secara dasarnya banyak memberi galakan
dan sokongan kepada pengikut untuk mengabil bahagian dalam
perancangan, keputusan dan cara perlaksanaan.
Pemimpin
48
Pengikut pengikut pengikut
Ciri kepemimpinan demokratik
1. Pemimpin menggalakkan pengikut bersama berbincang untuk
pembentukan polisi dan keputusan.
2. Setiap aktiviti dilaksana setelah dibincangkan secara bersama.
3. Pengikut bebas bekerja dengan sesiapa yang dirasakan sesuai
dan pemimpin tidak menghalang; tetapi memberikan beberapa
pandangan peribadinya.
4. Idea-idea pemimpin boleh dibincang dan dikritik.
5. Pemimpin sedia menerima kritikan dan sedia mengakui
kelemahan.
6. Pembahagian tanggungjawab.
Kekuatan
1. Menggalakkan penglibatan semua pihak dalam perancangan,
membuat keputusan dan perlaksanaan.
2. Membangkitkan moral dan semangat pengikut kerana pengikut
merasa dihargai.
3. Mampu menggunakan segenap kepakaran dan kemahiran untuk
mencapai objektif organisasi.
49
4. Menggalakkan percambahan idea.
5. Melahirkan semangat dan kerja berpasukan.
Kelemahan
1. Proses pembuatan keputusan memerlukan masa panjang.
2. Pemimpin tidak memiliki kuasa penuh.
3. Tindakan semerta sukar dilaksanakan.
4. Risiko semasa pembuatan keputusan kerana perlu berkompromi.
5. Sukar untuk pemimpin mengambil sesuatu tindakan terhadap
pengikut kerana perlu mengikut prosedur yangtelah ditetapkan.
Kepemimpinan laissez-faire
Laissez-faire ialah satu bentuk corak kepemimpinan yang
menunjukkan satu perhubungan yang paling sedikit antara pengikut
dengan pemimpinnya. Pemimpin hanya bertindak sebagai penyalur
maklumat dan sumber fizikal sahaja serta memiliki kuasa yang terlalu
sedikit dalam membuat keputusan.
Pemimpin hanya akan membuat keputusan apabila diminta oleh
pengikut. Pemimpin yang mengamalkan corak ini dalam organisasi
dikenalpasti apabila beliau hanya memegang peranan minimum, iaitu
sekadar cukup untuk menjaga keahlian organisasi sahaja.
50
pemimpin
pengikut pengikut pengikut
Ciri kepemimpinan laissez-faire
1. Memberi sepenuh kebebasan kepada pengikut untuk membuat
keputusan.
2. Pemimpin hanya membuat keputusan apabila diminta.
3. Pemimpin akan menyalurkan segala kemudahan yang diperlukan
oleh pengikut.
4. Pemimpin mengambil bahagian yang minimum dalam
perbincangan.
5. Kurangnya penekanan terhadap peraturan.
51
Kekuatan
1. Peluang untuk setiap pengikut bangunkan potensi diri.
2. Sesuai untuk penyelarasan dengan jumlah pengikut yang
minima.
3. Pengikut tidak bergantung atau dikawal oleh pemimpin.
4. Individu berpeluang belajar memimpin diri sendiri.
Kelemahan
1. Kurang bimbingan dan arahan menjadikan objektif organisasi
sukar dicapai.
2. Proses pembuatan keputusan rumit.
3. Sukar mewujudkan kemantapan organisasi dan pengikut.
4. Berpotensi mewujudkan kekecewaan dikalangan pekerja yang
memerlukan kepemimpinan.
Aktiviti
1. Berdasarkan pemahaman dan pengalaman anda,
A. Apakah elemen yang perlu ada pada diri seseorang
individu yang ingin menjadi pemimpin yang diterima dan
mampu merealisasikan matlamat organisasi? Senaraikan.
52
B. Nyatakan apakah corak kepemimpinan yang diamalkan
dalam organisasi anda. Mengapakah anda menyatakan
demikian.
2. Apakah corak kepemimpinan yang diamalkan dalam organisasi
anda sesuai dan mampu meningkatkan produktiviti. Jika ya,
bagaimana. Jika tidak, mengapa?
Kepemimpinan transformational
Corak kepemimpinan transformational ialah bagaimana pemimpin
menginspirasikan pengikut untuk mencapai sesuatu tahap yang
membanggakan. Corak ini menekankan bahawa pemimpin perlu
memahami kehendak dan menerima keperluan, dan motif pengikut
serta berusaha membantu pengikut mencapai ketepuan potensi.
Pemimpin menjadi agen perubah iaitu menjadi role model dan individu
yang mampu mencipta dan membangunkan matlamat organisasi
secara jelas. Pemimpin begini berupaya membangunkan rasa
keyakinan pengikut dan individu yang mampu memberikan makna
kepada kehidupan dalam organisasi.
Ciri kepemimpinan transformational
1. Karismatik.
53
2. Penggerak intelek.
3. Perhatian kepada keperluan dan kehendak individu.
4. Pembangun potensi.
5. Agen perubahan.
Kelemahan
1. Keupayaan pemimpin memenuhi keperluan setiap pengikut.
2. Manipulasi oleh pengikut.
3. Bukan tugas mudah untuk mengajar pengikut merubah
tingkahlaku.
4. Bersifat elit dan corak kepemimpinan berorientasikan
pencapaian matlamat jangka panjang.
Kekuatan
1. Pemimpin memahami kehendak dan keperluan pengikut.
2. Kehendak, nilai dan moral pengikut diiktiraf.
3. Pencorak dan penggalak kepada wawasan.
4. Membawa makna dan nilai positif kepada pemimpin dan
pengikut.
TRANSFORMATIONAL LEADERSHIP
54
Idealized individualized inspirational
intelectual
Influence + consideration + motivation +
stimulation
Kepemimpinan transaktional
Kepemimpinan jenis ini memfokuskan kepada penyelesaian tugas rutin
dalam mencapai matlamat organisasi. Pemimpin hanya mengambil
tindakan berdasarkan peristiwa semasa dan tidak sesekali merancang
untuk masa depan organisasi atau masyarakat. Pengikut hanya
dijelaskan apakah peranan dan tugas yang perlu dilaksanakan sejajar
dengan matlamat organisasi.
Ciri kepemimpinan transaktional
1. Menggunakan ganjaran untuk meransang tugas pengikut.
2. Pemimpin menganggap jawatan sebagai batu loncatan.
3. Pengikut melaksanakan tugas seperti arahan pemimpin.
4. Kepemimpinan dilaksanakan secara pengurusan pengecualian.
Kelemahan
1. Tiada wawasan jelas.
55
2. Keputusan hanya untuk menyelesaikan masalah semasa.
3. Pemimpin berkemungkinan menggunakan kedudukan untuk
kepentingan peribadi.
Kekuatan
1. Pengikut jelas tentang peranan dan tugas.
2. Mampu memiliki hasil dengan semerta.
3. Pengawasan dan mencapaian matlamat mudah diselaraskan.
TRANSACTIONAL LEADERSHIP
Management –
By – exeption
+
Contingent
Reward
Perkaitan kepemimpinan transaktional dengan kepemimpinan
transformational
56
TRANSFORMATIONAL LEADERSHIP
Idealized individualized inspirationalintelectual
Influence + consideration + motivation +stimulation
TRANSACTIONAL LEADERSHIP
Management –By – exception
+ Expected Performance
BeyondOutcome expectations
Contingent Reward
Pertambahan kesan kepada kepemimpinan transformational
Sumber : Northouse, P. G. (1997). Leadership : Theory and
Practice. M.s. 138
Aktiviti
1. Dengan mengambil satu corak kepemimpinan; melalui
pemahaman, penelitian, pemerhatian dan pengetahuan,
57
bagaimanakah corak kepemimpinan yang anda pilih dapat
diimplimentasikan dalam konteks nilai dan budaya masyarakat
Malaysia.
2. Berdasarkan pemahaman anda terhadap corak kepemimpinan
yang dibincangkan, lukiskan satu peta minda yang menunjukkan
perkaitan setiap corak kepemimpinan tersebut.
Penutup
Telah dibincangkan mengenai corak kepemimpinan yang lazim
diimplimentasikan dalam kehidupan. Corak kepemimpinan yang
diamalkan bukanlah semestinya menjurus kepada satu-satu corak
sahaja. Dalam banyak keadaan, corak kepemimpinan yang diamalkan
adalah rangkuman daripada beberapa corak.
Ringkasan
Ringkasan penting yang perlu fahami selepas mengikuti unit ini ialah:
1. Terdapat pelbagai corak kepemimpinan yang diamalkan.
2. Setiap corak kepemimpinan memiliki ciri, kekuatan dan
kelemahan yang tersendiri.
3. Penelitian, pemahaman dan analisis yang kukuh diperlukan
untuk mengenalpasti corak kepemimpinan yang
diimplimentasikan dalam organisasi.
58
4. Kesempurnaan corak kepemimpinan bergantung kepada
adaptasi dan cara bagaimana ianya diimplimentasikan.
5. Nilai dan budaya setempat perlu difahami untuk memilih corak
kepemimpinan yang paling sesuai untuk diimplimentasi.
6. Dalam banyak keadaan, budaya dan nilai setempat banyak
mempengaruhi corak kepemimpinan yang diamalkan oleh
seseorang pemimpin.
Rujukan
Northouse, P. G. (1997). Leadership : Theory and Practice. USA : Sage Publications.
Razali M. Z. (1993). Kepemimpinan dalam pengurusan. Kuala
Lumpur : Utusan Publication.
Koontz, H. & Wichrich, H. (1997). Pengurusan (terjemahan
Mohd. Salmi & Siti Nadzrah). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
UNIT 4
59
KECEKAPAN DAN KEMAHIRAN KEPEMIMPINAN
Pendahuluan
Dalam unit lalu telah disentuh mengenai konsep-konsep asas
kepemimpinan iaitu definasi, ciri dan jenis, teori-teori dan corak
kepemimpinan. Dalam unit ini perbincangan akan berkisar kepada
aspek kecekapan dan kemahiran pemimpin melaksanakan peranan
dan tanggungjawab dalam kepemimpinan.
Tajuk-tajuk dalam unit 4
Unit ini akan membicarakan mengenai tajuk-tajuk di bawah :
1. Mengurus.
2. Membuat keputusan.
3. Kuasa dan kepemimpinan.
4. Komunikasi.
Objektif pembelajaran
Setelah mengikuti unit ini anda diharapkan dapat:
1. Mengenalpasti kemahiran dan peranan pengurus sebagai
pemimpin.
2. Mengenalpasti jenis dan sumber kuasa yang dimiliki oleh
pemimpin dalam kepemimpinan.
60
3. Menganalisis bentuk dan jenis komunikasi yang sesuai dalam
kepemimpinan.
4. Menjelaskan bagaimana pentingnya kemahiran dalam
kepemimpinan.
Mengurus
Pemimpin dan pengurus adalah dua tugas dan tanggungjawab yang
berbeda. Pengurus adalah seorang yang reaktif dan suka bekerja
secara berkumpulan dalam menyelesaikan permasalahan dan
bertindak mengikut pilihan yang terhad.
Manakala pemimpin adalah individu yang emosional dan aktif.
Mereka gemar membentuk idea dan menggunakan setiap pilihan yang
ada untuk menyelesaikan masalah.
Walau bagaimanapun masih wujud persamaan sifat diantara pemimpin
dan pengurus iaitu kedua-dua tanggungjawab tersebut diwujudkan
untuk mengawal selia.
61
Dimensi pemimpin dan pengurus
Pemimpin Pengurus
Melakukan perkara yang betul Melakukan sesuatu
yang betul
Agen perubah Status quo
Jangka panjang Jangka pendek
Hasil Cara
Pencetus/pereka Pembina/pembangun
Penginspirasi & motivasi Penyelesai masalah
Kuasa dan kepemimpinan
Menurut Yukl (1989), terdapat tiga sumber kuasa utama iaitu:
(1)Kuasa dari kedudukan,
(2)Kuasa dari peribadi, dan
(3)Kuasa dari politik
62
Sumber kuasa Kedudukan kuasa
Kuasa dari kedudukan Jawatan kerja
Kawalan ke atas sumber dan
ganjaran
Kawalan ke atas hukuman
Kawalan ke atas maklumat
Kawalan ekologi
Kuasa dari peribadi Kepakaran
Persahabatan/kesetiaan
Karisma
Kuasa dari politik Kawalan ke atas proses
keputusan
Sumber : Yukl, G. A. (1989). Leadership In Organization. Prentice
Hall: New Jersey. m.s. 14
Pemimpin yang mempunyai kuasa dari kedudukan terdapat di dalam
organisasi formal seperti jabatan kerajaan, angkatan tentera dan
syarikat swasta. Pemimpin dalam organisasi seperti ini memegang
jawatan penting seperti pengarah, pengurus dan kapten tentera.
Mereka mempunyai orang bawahan yang ditugaskan kepada mereka
63
dan orang bawahan ini mesti memberikan kerjasama kerana ianya
adalah tugas.
Manakala untuk sumber kedua dan ketiga, pemimpin ini boleh didapati
di organisasi bukan formal selain organisasi formal. Pemimpin ini
terdiri daripada ketua keluarga, ketua rakan sebaya, ketua 'klik' atau
kumpulan tertentu dan ketua parti politik. Ketua keluarga memiliki
kuasa 'hitam putih' iaitu kuasa pemutus. Ketua parti politik, ketua
rakan sebaya dan ketua 'klik' tidak memiliki kuasa 'hitam putih' tetapi
lebih kepada penerimaan dan persepsi ahli kumpulan.
Takrif kuasa
Kuasa adalah keupayaan atau kebolehan perseorangan atau kumpulan
mempengaruhi orang lain membuat sesuatu sebagaimana yang
dihajatkan. Menurut Maimunah (1990) kuasa merupakan hak yang
dimandatkan kepada seseorang berdasarkan kedudukan atau jawatan
untuk mengawal orang lain.
Jenis kuasa
Kuasa ialah apa yang anda kawal yang membolehkan anda
memanipulasi kelakuan orang lain. Terdapat beberapa jenis kuasa
iaitu:
64
Kuasa paksaan
Berasaskan kepada ugutan atau ancaman yang boleh menimbulkan
ketakutan di hati pengikut. Ia juga merupakan paksaan terhadap
keakuran pengikut dalam menurut perintah.
Kuasa ganjaran
Pemimpin memberi ganjaran kepada sesiapa yang menurut perintah
dengan insentif yang positif.
Kuasa pakar
Pemimpin mengetahui secara mendalam tentang sesuatu perkara di
mana kebolehannya tidak dapat ditandingi oleh orang lain.
Berasaskan kepakaran, pendapatnya didengar dan diikuti.
Kuasa sah
Kuasa rasmi yang diperolehi daripada autoriti pihak atasan melalui
penyerahan kuasa yang memberikan ia sesuatu kedudukan dalam
organisasi.
Kuasa personal atau rujukan
Pemimpin memiliki daya penarik yang memaparkan keyakinan
terhadap apa yang hendak dicapai. Pemimpin mempunyai karisma,
popular dan mendapat sanjungan ramai.
65
Kuasa maklumat
Disebabkan sesuatu maklumat itu penting, pemilik maklumat biasanya
berkuasa. Pemimpin yang memiliki maklumat dapat mempengaruhi
orang lain.
Kuasa perhubungan
Pemimpin yang memiliki kuasa ini biasanya terserlah bila organisasi
mempunyai masalah di mana masalah tidak dapat diselesaikan
dengan cara biasa. Kuasa perhubungan memungkinkan pemimpin
tersebut menyelesaikan masalah tersebut.
Penggunaan kuasa
Wujudnya beberapa cara bagaimana pemimpin menggunakan
kuasanya dalam kepemimpinan, iaitu:
Kuasa paksaan
Menerangkan kepada ahli peraturan organisasi, bentuk pelanggaran
peraturan dan hukuman ke atas sebarang perlanggaran peraturan.
Disiplin dijalankan secara adil, konsisten dan tidak bertangguh.
Sebelum menghukum, disahkan kesahihan maklumat. Amaran
secukupnya diberi.
66
Kuasa ganjaran
Ganjaran yang diberikan adalah munasabah dan menarik. Pemimpin
mesti mengotakan janji untuk memberi ganjaran.
Kuasa sah
Kerap menggunakan autoriti dalam kepemimpinan. Memberi arahan
dengan tertib, jelas, tegas dan yakin. Memastikan arahan yang diberi
adalah dalam bidang kuasanya dan memastikan arahan dipatuhi.
Kuasa maklumat
Mengetahui organisasi yang dipimpinnya dengan mendalam.
Mengetahui maklumat diri setiap ahli secara mendalam. Mengetahui
persekitaran di mana organisasi beroperasi.
Kuasa perhubungan
Berimejkan mudah didekati. Bersifat mesra pengikut. Memiliki
rangkaian perhubungan dengan individu-individu penting di luar
rangkaian organisasinya.
Sumber kuasa
Sumber kuasa merupakan anugerah pemberian tuhan kepada
manusia. Terdapat beberapa sumber kuasa dalam kepemimpinan iaitu:
67
1. Suara autoritatif:
Sumber kekuasaan sebenarnya banyak dipengaruhi oleh kebolehan
berpidato di khalayak ramai. Di samping itu, pemilihan kata adalah
penting dan cara menggunakan perkataan untuk menerangkan
sesuatu juga penting apabila menyampaikan mesej. Suara yang kuat,
jelas dan tegas dapat membantu meningkatkan kesan mesej dan
dapat menonjolkan sifat kepemimpinan.
2. Sikap positif:
Sikap ialah ciri terpenting dan terkuat dalam senarai ciri keperibadian
yang ada pada seseorang pemimpin. Sikap positif merupakan teras
utama yang menonjolkan sikap lain. Sikap positif penting untuk
menonjolkan imej kepemimpinan yang menawan, iaitu sama ada
berkarisma atau tidak. Ia merupakan kuasa ghaib yang memancarkan
keperibadian seseorang.
3. Karisma tersendiri:
Karisma merupakan sejenis tarikan yang didefinisikan sebagai tarikan
psikologi. Karisma menyebabkan orang lain bertindak balas terhadap
seseorang individu dengan cara yang lebih positif berbanding dengan
keadaan yang biasa berlaku dalam kehidupan harian. Kadang-kadang
dengan menekankan sifat yang berbeza, kita dapat mewujudkan
karisma yang mungkin tidak jelas kelihatan pada suatu ketika dahulu.
68
Karisma sering wujud akibat pemilihan semulajadi, iaitu gabungan
beberapa sifat istimewa dalam dandanan keperibadian kita.
4. Sifat mental:
Adalah sukar untuk menentukan sifat mental yang kuat pada
seseorang berbanding dengan usaha untuk mengenal sifat fizikalnya.
Namun demikian, seseorang pemimpin perlu menyedari kepentingan
memiliki sifat mental yang luar biasa agar disanjung oleh pengikutnya.
5. Pengetahuan:
Pengetahuan merupakan cara terbaik dan paling selamat untuk
menonjolkan kepemimpinan. Pemimpin akan lebih sentiasa peka dan
bermurah hati untuk berkongsi pengetahuan dengan pengikutnya.
Pengetahuan adalah cara terbaik untuk mendapat penghormatan
daripada pengikutnya. Apabila seseorang pemimpin berpengetahuan
ia tidak perlu menunjukkan kepekaan seperti dalam peranan.
Kepentingan kuasa
Menurut Ab. Aziz (2000) terdapat tujuh sebab kenapa kuasa penting
kepada pemimpin iaitu:
69
1. Membolehkan pemimpin mengarahkanpengikut melakukan
perubahan sebagaimana yang dikehendaki.
2. Membolehkan pemimpin mendelegasikan tugas dengan
berkesan.
3. membolehkan pemimpin membuat keputusan dengan jelas,
cekap dan pantas.
4. Kuasa merupakan status simbol dan penghormatan. Oleh itu
cadangan atau pandangan yang diberikan lebih mudah diterima,
dihormati dan disokong.
5. membolehkan pemimpin menjual idea mengenai perubahan dan
menyakinkan pihak lain menerima idea yang dikemukakan.
6. Membolehkan pemimpin membuat justifikasi ke atas setiap
perunbahan yang dicadangakan.
7. Membolehkanpemimpin menarik individu tertentu atau
kumpulan untuk memihak kepadanya apabila mengemukakan
cadangan atau keinginan.
Komunikasi
Satu proses di mana seseorang berusaha untuk menyalurkan
pendapat, pemikiran, emosi dan pengharapan terhadap orang lain.
70
Proses komunikasi
PENGHANTAR MESEJ SALURAN PENERIMA
Kemahiran Olahan Sensori Motor Kemahiran Komunikasi Kandungan Yang Digunakan Komunikasi
Sikap Dilihat Sikap
Pengetahuan Dengar
Pengetahuan
Sistem sosial Bau Sistem
sosial
Budaya Rasa Budaya
Sentuh
MAKLUMBALAS
Bentuk komunikasi
71
Komunikasi ke bawah
Komunikasi daripada pegawai atasan kepada orang bawahan.
Komunikasi jenis ini merupakan dimensi saluran formal. Wujud lima ciri
komunikasi menegak iaitu:
(1)Arahan tugas.
(2)Rasional tugas.
(3)Prosedur dan amalan.
(4)Maklumbalas pencapaian.
(5)Penerapan nilai.
Komunikasi menegak
Mesej yang mengalir dari pegawai atau orang bawahan kepada orang
atasan. Ianya bertujuan untuk mendapatkan maklum balas,
mengemukakan soalan dan membuat cadangan. Terdapat beberapa
ciri komunikasi jenis ini iaitu:
(1)Maklumbalas mengenai misi, objektif dan pencapaian.
(2)Mengutarakan pandangan dan cadangan.
(3)Menyuarakan permintaan.
(4)Peningkatan penglibatan pengikut.
Komunikasi mendatar
Pertukaran mesej yang sama rata di kalangan orang yang sama
peringkat autoritinya. Antara ciri komunikasi mendatar ialah:
72
(1)Penyelarasan tugas.
(2)Penyelesaian masalah.
(3)Perkongsian maklumat.
(4)Penyelesaian konflik.
Komunikasi tidak formal
Berlaku di luar rangkaian komunikasi yang formal, tidak ditentukan
secara khusus, amat pantas, berkembang secara tidak sengaja melalui
proses pengaturan, juga melalui sifat peribadi dan kebolehan manusia.
Aktiviti
1. Setiap pemimpin adalah pengurus tetapi tidak semua pengurus
menjadi pemimpin. Bincangkan pernyataan ini berdasarkan
pengalaman anda berlandaskan rujukan dan contoh yang jelas.
2. Berdasarkan sumber dan penggunaan kuasa, bincangkan
bagaimana aspek ini penting dalam kepemimpinan.
3. Pemimpin dan pengurus adalah dua dimensi yang berbeza.
Senaraikan ciri-ciri seorang pemimpin–pengurus dan
bagaimanakah untuk mengenalpasti individu pemimpin–
pengurus.
4. Bincangkan kepentingkan kemahiran dan kecekapan
berkomunikasi dalam kepemimpinan dan kesannya kepada
pemimpin.
73
Penutup
Dalam unit ini telah dibincangkan perihal kecekapan dan kemahiran
yang diperlukan dalam kepemimpinan. Kepemimpinan memerlukan
pelbagai kemahiran dan kecekapan untuk membolehkan sesuatu idea
dan inovasi dapat dicernakan untuk mencapai matlamat bersama.
Juga dibincangkan mengenai peranan dan struktur kuasa yang ada
dalam kepemimpinan serta bagaimana kepemimpinan memerlukan
pemimpin memiliki kebolehan berkomunikasi yang berkesan.
Ringkasan.
1. Terdapat pelbagai kemahiran dan kecekapan yang diperlukan
dalam kepemimpinan.
2. Kepemimpinan dan kuasa adalah elemen yang berkaitan.
3. Bagaimana pemimpin menggunakan kuasa yang dimiliki
menentukan kedudukannya dalam kepemimpinan.
4. Komunikasi adalah penting untuk memastikan kepemimpinan
boleh berlangsung dengan lancar.
5. Pemimpin dan pengurus adalah berbeza dan setiap satunya
memiliki ciri-ciri yang tersendiri
74
Rujukan
Yukl, G. A. (1989). Leadership In Organization . Prentice Hall:
New Jersey.
Ab. Aziz, Y. (2000). Perubahan dan kepimpinan. Sintok :
Penerbit Universiti Utara Malaysia.
Maimunah, I. (1990). Pengembangan: Implikasi ke atas
pembangunan masyarakat (edisi kedua). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
UNIT 5
SISTEM PENTADBIRAN, POLISI DAN MISI ORGANISASI
Pendahuluan
Kepemimpinan berkait rapat dengan kewujudan sesebuah organisasi.
Pemimpin bertanggungjawab merancang dan melaksanakan sistem
pentadbiran, polisi dan misi sesebuah organisasi itu.
Organisasi ialah dua atau lebih orang yang berada dalam satu
kumpulan berinteraksi semasa mereka untuk mencapai matlamat
kumpulan. Menurut Ahmad Atory (1991), organisasi adalah satu unit
75
sosial yang sengaja di bentuk untuk mencapai sesuatu matlamat
dalam masyarakata dunia yang bertambah kompleks yang
menekankan kepada rasionalisti, keberkesanan dan kecekapan.
Tajuk-tajuk dalam unit 5
Unit ini akan membicarakan mengenai tajuk-tajuk di bawah :
1. Organisasi formal.
2. Organisasi tidak formal.
3. Pemimpin dan pengikut organisasi formal.
4. Pemimpin dan pengikut organisasi tidak formal.
Objektif pembelajaran
Setelah mengikuti unit ini anda diharapkan dapat :
1. Mengenalpasti organisasi formal dan organisasi tidak formal
2. Mengenalpasti bagaimana sistem pentadbiran, polisi dan misi
organisasi dilaksanakan oleh pemimpin dan pengikut agensi
formal.
3. Menjelaskan bagaimana sistem pentadbiran, polisi dan misi
organisasi dilaksanakan oleh pemimpin dan pengikut agensi
tidak formal.
76
Organisasi formal
Kepemimpinan mempunyai perkaitan yang rapat dengan struktur
organisasi. Koontz dan Weihrich (1997) menakrifkan organisasi formal
sebagai organisasi yang mempunyai suktrut peranan yang
disengajakan dalam sesebuah persatuan atau pertubuan yang teratur.
Kepemimpinan dalam organisasi formal mestilah berlandaskan
struktur, polisi dan misi yang bertulis. Arahan yang dikeluarkan adalah
berbentuk formal dan setiap tindakan perlu didokumenkan untuk
rujukan dan tindakan di masa akan datang.
Kepemimpinan memainkan peranan yang penting kerana barisan
kepimpinan inilah yang merancang dan membentuk halatuju sesuatu
organisasi itu. Organisasi formal mempunyai struktur yang jelas dari
segi tuntutan kepemimpinan, berdaftar dan terikat dengan
perlembagaan dan peraturan sesebuah negara.
Ciri – ciri organisasi formal
1. Pemimpin menjadi pemandu kepada pengikut untuk mencapai
misi organisasi.
2. Kepemimpinan berlandaskan sistem pentadbiran yang telah
ditetapkan.
77
3. Polisi dibentuk dan dibangunkan oleh pemimpin dengan bantuan
pengikut yang dikenalpasti kebolehan dan keupayaannya.
4. Pemimpin menjadi pengatur, pembentuk dan perancang sesuatu
aktiviti.
5. Pemimpin tidak boleh sewenang-wenangnya merubah sesuatu
polisi atau peraturan tanpa mendapat persetujuan semua pihak
yang berkepentingan dalam organisasi tersebut.
Kelemahan
1. Pemimpin terikat dengan peraturan yang telah ditetapkan.
2. Kepemimpinan hanya melaksanakan tugas dan tanggungjawab
yang telah ditetapkan oleh organisasi.
3. Pemilikan kuasa pembuatan keputusan pemimpin adalah
terbatas.
4. Pemimpin tidak boleh mengambil sesuatu tindakan atau
keputusan penting tanpa pengetahuan dan kebenaran semua
pihak yang berkepentingan dalam organisasi.
Kekuatan
1. Pemimpin dapat mengawal tingkahlaku pengikut dengan cekap
kerana wujudnya peraturan yang perlu diikuti oleh semua.
2. Pemimpin dapat memandu pengikut mencapai misi dan visi
organisasi dengan lebih mudah kerana ianya telah sedia ada.
78
3. Pengikut dan pemimpin saling memahami dan tahu
tanggungjawab masing-masing.
4. Kegagalan pemimpin memimpin organisasi bukanlah kelemahan
pemimpin semata-mata, tetapi kegagalan semua pihak.
Jenis-jenis organisasi formal.
Organisasi formal yang dibentuk berdasarkan beberapa peraturan dan
memiliki matlamat dan visi yang jelas, mempunyai beberapa jenis
berasaskan matlamat penubuhan, siapa anggotanya, di mana
diwujudkan dan apakah aktivitinya.
Pentadbiran tempatan
Organisasi ini bertanggungjawab menjalankan tugas pentadbiran dan
pembangunan tempatan. Ianya berfungsi menyampaikan maklumat
dan dasar kerajaan kepada rakyat dan dalam masa yang sama
mendapatkan maklumat daripada rakyat untuk dipertimbangkan oleh
pihak atasan, di peringkat kementerian dan sebagainya. Peranan
kepemimpinan dalam organisasi seperti ini ialah untuk memastikan
tanggungjawab yang diamanahkan bagi membantu rakyat terbanyak
dilaksanakan selancar mungkin.
Badan-badan korporat
79
Organisasi ini selalunya bermatlamatkan keuntungan dan menjalankan
perniagaan pada skala yang meluas. Ianya membantu pentadbiran
tempatan dalam melicinkan lagi pelaksanaan projek-projek
pembangunan rakyat dan dalam masa yang sama mendapat
keuntungan atas sumbangan mereka kepada negara. Peranan
kepemimpinan dalam agensi ini ialah merancang dan memikirkan
bagaimana menjalankan tanggungjawab organisasi melaksanakan
permintaan pelanggan dan dalam masa yang sama mengaut
keuntungan yang berpatutan dengan usaha yang dilakukan.
Organisasi bukan kerajaan (NGO)
Organisasi ini merupakan antara organisasi yang dibentuk dengan
meluas di seluruh dunia. Ianya dibentuk bagi mencapai matlamat
tertentu yang selalunya berkait rapat dengan bidang kepakaran dan
minat ahli-ahli organisasi berkenaan. Ianya boleh berdasarkan
komoditi seperti getah, kelapa, ikan (Pertubuhan Peladang, Persatuan
Nelayan), berdasarkan keuntungan (Dewan Perniagaan, Persatuan
Francais Malaysia), berdasarkan tuntutan semasa seperti Persatuan
Pengguna dan juga berdasarkan minat seperti Kelab Kembara, Kelab
Joran dan sebagainya. Peranan kepemimpinan dalam agensi-agensi ini
ialah untuk memastikan aktiviti-aktiviti bagi memenuhi kehendak dan
matlamat hasil dari perkongsian idea setiap ahli.
80
Institusi politik
Institusi politik diletakkan dalam organisasi formal kerana ianya
mempunyai struktur perlembagaan yang jelas dan bertujuan
menghubungkan rakyat dengan pihak pemerintah. Organisasi ini
penting kerana ianya bertindak sebagai lidah rakyat bagi menyuarakan
isu-isu terutama yang melibatkan pembangunan fizikal mahupun
kerohanian. Peranan kepemimpinan ialah memperjuangkan kebajikan
dan hak rakyat. Pemimpin politik juga memainkan peranan yang
penting dalam memastikan keharmonian dan persefahaman antara
semua pihak terjamin.
Organisasi tidak formal
Organisasi tidak formal selalunya merupakan organisasi yang ditubuh
secara sukarela yang mempunyai lebih autonomi untuk pemimpin
melaksanakan polisi dan misi organisasi dan tidak terlalu terikat
dengan peraturan atau perlembagaan. Organisasi ini mempunyai
fungsi lebih kepada rekreasi dan tempat berkumpulnya ahli dan tidak
berdaftar.
Diklasifikasikan sebagai organisasi tidak formal kerana ianya
mempunyai peraturan tugas sendiri, tidak semestinya bertulis dan
tidak terikat dengan peraturan tetapi tidaklah sampai melanggar
perlembagaan dan peraturan negara. Antara contoh organisasi tidak
81
formal ialah seperti badan khairat kematian, pakatan kenduri,
kumpulan kompang dan sebagainya.
Ciri-ciri organisasi tidak formal
1. Bermatlamatkan kumpulan.
2. Perlantikan pemimpin berdasarkan sikap sukarela.
3. Kepemimpinan cenderung kearah menjalankan aktiviti bersama
pengikut untuk keseronokan atau rekreasi.
4. Hubungan antara pemimpin dengan pengikut adalah erat.
Kelemahan
1. Matlamat organisasi tidak bertulis dan bukan untuk jangka
panjang.
2. Pemimpin hanya berkhidmat selagi pengikut memerlukannya.
3. Perebutan kuasa untuk menjadi pemimpin adalah satu
kemungkinan.
4. Pengikut boleh menggantikan pemimpin bila-bila masa.
Kekuatan
1. Pemimpin adalah orang yang difikirkan paling layak dan
berkarisma.
2. Pemimpin menjadi perancang, penggalakan dan pelaksana
dalam mencapai matlamat kumpulan.
82
3. Pengikut menggemari kepada pemimpin yang mereka suka dan
mampu memenuhi kehendak.
4. Matlamat kumpulan mudah dui capai kerana hubungan
pemimpan dan pengikut adalah erat.
Pemimpin dan pengikut organisasi formal
Dalam organisasi formal, pemimpin boleh jadi dilantik oleh pihak
atasan ataupun dilantik oleh pengikut. Situasi pertama merupakan
pemimpin formal yang dilantik secara rasmi oleh pihak pentadbiran
organisasi bagi mewakili mereka mentadbir sesuatu organisasi itu.
Dalam konteks ini hubungan antara pemimpin berkenaan bersama
pengikutnya adalah secara formal, profesional dan mematuhi
peraturan, sistem pentadbiran dan polisi organisasi. Pengikut mahu
tidak mahu harus mematuhi dan menerima arahan pemimpin dan
menyuarakan pendapat mengikut prosedur yang dibenarkan.
Situasi kedua pula ialah seperti dalam kesatuan. Organisasi formal
juga memberikan ruang untuk pemimpin dilantik oleh pengikut
terutamanya yang melibatkan wakil kesatuan. Dalam kesatuan,
pengikut walau bagaimanapun masih terikat dengan sistem dan polisi
yang formal dan perlu mematuhi peraturan yang bertulis apabila
berhubung dengan pemimpin.
83
Pemimpin dan pengikut organisasi tidak formal
Pemimpin dan pengikut organisasi tidak formal lebih bebas dalam
berhubung kerana tidak ada satu sistem pentadbiran dan polisi yang
bertulis yang menerangkan prosedur perhubungan antara kedua-dua
pihak. Apa yang disuarakan oleh pemimpin diterima dan dilaksanakan
atas kerelaan dan pemimpin sendiri tidak mempunyai kuasa atau
dokumen bertulis untuk memaksa pengikut untuk mengikuti setiap
arahan yang dikeluarkan. Oleh itu, setiap tindakan hasil daripada idea
pemimpin dilaksanakan pengikut atas persetujuan, timbang rasa dan
kerelaan setiap individu.
Aktiviti
1. Kaitkan pengalaman anda berada dalam organisasi formal
dengan senario kepemimpinan dalam organisasi anda.
2. Bincangkan ciri-ciri kepemimpinan dalam organisasi formal
berdasarkan pengalaman anda sama ada sebagai pemimpin
atau pengikut dan berikan contoh yang jelas.
3. Kaitkan pengalaman anda berada dalam organisasi tidak formal
dengan senario kepemimpinan dalam organisasi berkenaan.
Bincangkan ciri-ciri kepemimpinan dalam organisasi tidak formal
84
berdasarkan pengalaman anda sama ada sebagai pemimpin
atau pengikut dan berikan contoh yang jelas.
Penutup
Dalam unit ini kita telah membincangkan tentang organisasi formal
dan tidak formal, dan proses perhubungan pemimpin dan pengikut
dalam kedua-dua organisasi berkenaan. Antara perbezaan ialah
pemimpin dan pengikut dalam organisasi formal terikat dengan
struktur pentadbiran yang lebih ketat, bertulis dan rasmi dalam
berhubung antara satu sama lain. Manakala, situasi dalam organisasi
tidak formal tidak terlalu terikat dengan prosedur yang bertulis dan
perhubungan antara pemimpin dan pengikut lebih bergantung kepada
kerelaan, timbang rasa dan persefahaman antara kedua-dua pihak.
Pembentukan Agenda Dalam Organisasi
Prosedur pemimpin membentuk agenda dalam organisasi bagi
mempengaruhi keberkesanan dan halatuju yang jelas
85
Objek Sebenar
Tanggapan
Kepercayaan
Integrasi
Tindakan
Ringkasan.
1. Organisasi formal mempunyai struktur pentadbiran yang
berbentuk rasmi dan terikat dengan peraturan, polisi dan misi
yang bertulis.
2. Organisasi formal terbahagi kepada agensi pentadbiran, badan-
badan korporat atau swasta, politik dan persatuan (NGO).
3. Organisasi tidak formal tidak mempunyai sistem pentadbiran
yang terlalu ketat kerana ianya tidak terikat dengan sistem
pentadbiran yang rasmi perhubungan antara pemimpin dan
pengikut selalunya berdasarkan kerelaan, kepercayaan dan
toleransi.
4. Pemimpin dalam organisasi formal boleh terbahagi kepada dua
iaitu pemimpin formal dan pemimpin tidak formal.
5. Pemimpin organisasi formal dilantik oleh pihak atasan dan
kadangkala dilantik oleh pengikut terutama yang melibatkan
kesatuan.
6. Pemimpin organisasi tidak formal selalunya dilantik oleh
pengikut atas persepakatan bersama dan selalunya dipilih
daripada mereka yang berpengaruh dan berkarisma.
86
Karektor
Rujukan
Ahmad Atory, H. (1991). Pengurusan organisasi. Kuala
Lumpur : Utusan Publications & Distributors.
UNIT 6
PERANAN PEMIMPIN DALAM PEMBANGUNAN SUMBER
MANUSIA
Pendahuluan
Kepemimpinan dan pembangunan sumber manusia mempunyai
pertalian yang erat. Ini kerana kepemimpinan, konsep asasnya ialah
untuk membangun, menyalur dan memperkembangkan sumber yang
sedia ada dalam diri manusia iaitu pengikut. Adalah satu kesilapan
besar jika pemimpin dalam kepemimpinannya tidak mampu dan
berupaya membangkit, membentuk, menyalur dan mengembangkan
potensi dan sumber yang sedia ada pada diri pengikutnya.
Tajuk-tajuk dalam unit 6
1. Konteks diri sendiri.
2. Konteks keluarga.
3. Konteks masyarakat.
87
4. Konteks organisasi.
Objektif pembelajaran unit
1. Menerang dan membincangkan peranan kepemimpinan dalam
pembangunan sumber manusia.
2. Mengenalpasti ciri kepemimpinan dalam konteks diri sendiri,
keluarga, masyarakat dan negara.
3. Menentukan ruang lingkup kepemimpinan dalam konteks diri
sendiri, keluarga, masyarakat dan negara.
Konteks diri sendiri
Setiap kepemimpinan bermula dalam diri individu itu sendiri kerana
sebelum seseorang boleh memimpin, perlulah dipimpin dirinya dahulu.
Maksudnya, seseorang itu perlulah mempersiapkan dirinya dahulu
sebelum menjadi pemimpin.
Kenapa harus pimpin diri sendiri
Sangat penting pimpin diri sendiri kerana dapat wujudkan sifat-sifat
mulia dan sekaligus menjadi model kepada orang lain.
Bagaimana memimpin diri
Bukanlah satu tugas mudah untuk memimpin diri sendiri jika individu
tidak bersedia melakukan anjakan paradikma. Terpulang kepada
88
individu bagaimana hendak memimpin dirinya. Satu yang penting,
kepemimpinan dalam diri perlulah selaras dengan norma, rol dan
pengharapan sosial. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil
atau peranan yang boleh dimainkan untuk memimpin diri sendiri iaitu:
(1)Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan.
(2)Membina pengetahuan dan kemahiran.
(3)Meletakkan matlamat dalam diri.
(4)Disiplin
(5)Sentiasa bersedia belajar dan mengejar kecemerlangan.
Implikasi kepemimpinan diri
Adalah proses semulajadi individu akan dinilai berdasarkan apa yang
dilakukan serta pandangannya terhadap sesuatu. Kepemimpinan yang
dipraktikkan dalam diri mempunyai implikasi yang cukup besar kerana
ianya secara tidak langsung memaparkan perilaku individu.
Konteks keluarga
Keluarga merupakan unit asas kepada pembentukan komuniti,
masyarakat dan negara. Kepemimpinan keluarga penting untuk
melahirkan insan yang dapat bertingkahlaku selaras dengan norma, rol
dan pengharapan sosial. Kepemimpinan cemerlang yang diamalkan
oleh keluarga akan melahirkan warga berkualiti.
89
Kepemimpinan bermula dari dalam keluarga yang mengandungi ibu
bapa dan anak-anak dan berlanjutan sehingga ke sebuah masyarakat
dan negara. Kepemimpinan merupakan unsur penting dalam
sesebuah keluarga. Pemimpin keluarga yang berkualiti akan
menjamin pencapaian dan kelangsungan keluarga.
Bentuk kepemimpinan keluarga
Kajian awal dalam mengenalpasti kepemimpinan keluarga, telah
mengenal pasti dua dimensi utama iaitu:
1. Kemesraan lawan permusuhan, dan
2. Membiarkan lawan autokratik.
Kemesraan mencerminkan kepemimpinan keluarga yang penyayang,
memberi ganjaran, memberi harapan, kesejahteraan dan menyayangi
anak-anak. Permusuhan pula merujuk kepada kepemimpinan keluarga
yang suka mengkritik, tidak menghargai usaha anak-anak, kurang
sensitif dan suka memerintah.
Manakala membiarkan pula ialah keluarga tidak menjelaskan
bagaimana anak-anak harus bertingkahlaku dan anak-anak sentiasa
dalam situasi kurang tenteram. Kepemimpinan autokratik pula
memperlihatkan stail kepemimpinan keluarga yang melibatkan
90
kawalan yang kuat dan selalu meminta anak-anak mengikut kehendak
keluarga.
Terdapat beberapa ciri kepemimpinan dalam keluarga iaitu:
(1)Kepimpinan suami terhadap isteri.
(2)Kepemimpinan isteri terhadap suami.
(3)Kepemimpinan ibu bapa terhadap anak.
(4)Kepemimpinan anak terhadap anak.
Implikasi kepemimpinan yang diamalkan
Jika setiap individu berjaya mencernakan kepemimpinan yang
berkesan dan ahli keluarga menyedari tanggungjawab dan peranan,
maka sumber manusia yang sedia ada, dapat digembelengkan dan
melahirkan insan yang dinamik.
Konteks masyarakat
Sesebuah masyarakat menjadi cemerlang sekiranya memiliki
pemimpin cemerlang dengan mengimplikasikan kepemimpinan yang
menepati kehendak dan aspirasi masyarakatnya.
Peranan pemimpin
91
1. Berwawasan jelas dan menarik.
2. Boleh menjelaskan wawasannya kepada pengikut.
3. Menunjukkan konsistensi dan penumpuan.
4. Mengenali kekuatan diri dan pengikut.
5. Proses kepemimpinan membawa inovasi.
Gaya kepemimpinan dalam masyarakat
1. Meyakinkan masyarakat yang dipimpin melalui wawasan.
2. Membangunkan potensi pengikut.
3. Mengenalpasti kemampuan dan kebolehan pengikut.
4. Pengagihan tugas dan tanggungjawab sejajar dengan
kemampuan pengikut.
Implikasi kepemimpinan yang diamalkan
Walaupun kepemimpinan sebenarnya bermula dalam diri individu dan
seterusnya berkembang kepada keluarga dan masyarakat; namun,
kemampuan dan kebolehan sebenar individu itu dinilai berlandaskan
kebolehannya menjadi pemimpin masyarakat yang cemerlang.
Konteks negara
Kepemimpinan dalam negara lebih kompleks berbanding dalam
konteks yang lain kerana pemimpin diberikan kuasa melalui pemilihan.
Pemimpin dalam negara perlu mengenalpasti, merangka, merancang,
92
melaksana dan memastikan setiap denyut nadi pentadbiran berjalan
lancar.
Malahan pemimpin dalam konteks negara perlu mengambilkira
kepentingan negara dan rakyat dalam perancangan dan pembuatan
keputusan. Ini kerana, jika berlakunya sebarang bentuk kesilapan,
semua pihak akan menanggung risiko iaitu pemimpin dan rakyat.
Peranan
Terdapat banyak peranan yang perlu dimainkan olegh pemimpin
dalam konteks negara. Disebabkan para pemimpin merupakan
individu yang akan menentu kejayaan atau kegagalan sesebuah
negara khususnya dalam aspek pembangunan, ekonomi dan
kemasyarakatan, maka peranan mereka amatlah berat. Beberapa
peranan utama pemimpin dalam konteks negara ialah:
1. Mengenalpasti, menganalisis, merangka dan merancang
pembangunan material dan spiritual rakyat.
2. Pembuatan keputusan dan pelaksana dasar.
3. Membentuk hala tuju dan penetap matlamat.
4. Membawa perubahan.
5. Penggerak.
6. Pakar rujuk.
7. Rol model dan simbol kelompok.
93
Implikasi
Berlandaskan peranan berat yang diamanahkan, kegagalan pemimpin
melaksanakan peranan amereka dengan perkesan dalam konteks
negara akan menimbulkan beberapa natijah seperti:
1. Kegagalan kepemimpinan akan menyebabkan negara dan rakyat
tidak berdaya maju.
2. Penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin akan menyebabkan
negara tidak stabil.
3. Keutuhan negara bergantung kepada kepemimpinan yang
dipraktiskan oleh setiap pemimpin.
4. Kesilapan perancangan menyebabkan pemimpin akan
kehilangan kepercayaan dan kemungkinan tidak akan dipilih lagi.
5. Kegagalan pemimpin menunakan aspirasi rakyat menyebabkan
kemungkinan pemimpin akan dicemuh, diguling atau dibunuh.
Aktiviti
1. Bincangkan bagaimana kepemimpinan yang diamalkan dalam
konteks keluarga menjadi batu asas kepada pembangunan
sember manusia dalam sesebuah masyarakat dan negara.
2. Pembangunan sumber manusia berkait rapat dengan
kepemimpinan keluarga, masyarakat dan negara. Bincangkan
94
pernyataan ini berlandaskan pengalaman anda berserta rujukan
yang sesuai.
3. Senaraikan ciri dan tanggungjawab kepemimpinan dalam
konteks masyarakat dan negara. Berdasarkan peranan dan
tanggungjawab tersebut, bincangkan bagaimana pemimpin
membangun dan mengembangkan potensi sumber manusia
yang ada.
4. Bina sebuah rajah yang menunjukkan perkaitan peranan dan ciri-
ciri kepemimpinan antara setiap tajuk dalam unit ini.
5. Gunakan pengalaman anda sebagai seorang pemimpin untuk
menerangkan bagaimanakah proses yang berkesan untuk
membangunkan sumber manusia dalam kelompok pimpinan
anda.
6. Bincangkan bagaimanakah kepemimpinan yang diamalkan
dalam organisasi berkait rapat dengan kepuasan kerja,
keuntungan dan pencapaian individu.
7. Anda adalah pemimpin dalam satu organisasi. Bagaimanakah
anda hendak memastikan sumber manusia yang ada dapat
dibentuk dan dibangunkan ke arah kecemerlangan.
Penutup
Kepemimpinan dalam konteks diri sendiri, keluarga, masyarakat dan
negara akan menentukan keberkesanan dan kejayaan kepada
95
pembangunan negara. Pengembelengan sumber manusia yang bijak
oleh seseorang pemimpin akan menghasilkan insan-insan yang
memiliki daya tahan dan daya juang yang mantap.
Kegagalan pemimpin mengaplikasikan kepemimpinan yang berkesan
yang mampu mengenalpasti kebolehan dan kemampuan pengikutnya,
akan menjejaskan pembangunan sumber manusia yang sedia ada dan
seterusnya memberi impak kepada pembangunan negara.
Ringkasan
1. Kepemimpinan bermula dalam diri individu seterusnya menular
kepada keluarga masyarakat dan negara.
2. Pemimpin perlulah mengenal pasti tahap dan taraf pengikutnya
supaya dapat memainkan peranan dan tanggungjawab sejajar
dengan pengharapan, kehendak dan kebolehan pengikut.
3. Kepemimpinan yang diamalkan oleh seseorang dalam diri sendiri
akan dicernakan dalam keluarga, masyarakat dan negara.
4. Wujud pelbagai peranan pemimpin mengikut konteks.
5. Rol pemimpin adalah tidak sama dalam setiap konteks
kepemimpinannya.
6. Pengetahuan, pendedahan, kemahiran, nilai dan tanggapan
pemimpin akan menentukan kepemimpinannya dalam setiap
konteks.
96
7. Pembangunan sumber manusia yang cemerlang bergantung
kepada kepemimpinan yang bermula dalam diri, keluarga dan
masyarakat.
8. Pemilikan dan pemberian kuasa yang dimiliki oleh seseorang
pemimpin akan menentukan keberkesanan kempemimpinannya.
9. Kegagalan pemimpin melaksanakan tanggungjawab akan
memberikan impak besar kepada pembangunan sumber
manusia dan seterusnya akan mengancam pembangunan
negara.
Konsep Kepimpinan Dalam HRD
Misi Pengurusan individu dan kumpulanVisi Tugasan / tanggungjawab / amanah Matlamat sebagai individu dan kumpulan
Pembangunan KASA individu dan kumpulanPenilaian individu dan kumpulan
Rujukan
Lambak, T. (1999). Stail kepimpinan bapa: faktor personal
dan konteks keluarga. Kertas Projek Bacelor Sains Pembangunan
Manusia tidak diterbitkan . Universiti Putra Malaysia
97
Membina Arah
UNIT 7
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
KEPEMIMPINAN DALAM ORGANISASI
Pendahuluan
Organisasi diwujudkan untuk mencapai matlamat yang telah
ditetapkan. Tercapai atau tidaknya matlamat organisasi bergantung
kepada keberkesanan kepemimpinan yang diamalkan oleh pemimpin
dalam organisasi tersebut. Organisasi memerlukan kepemimpinan
efektif yang akan membawa organisasi ke arah kecemerlangan dan
keberkesanan.
Tajuk-tajuk dalam unit 8
Tajuk-tajuk yang dibincangkan dalam unit ini ialah:
98
1. Faktor pemimpin
2. Faktor organisasi
3. Faktor persekitaran
Objektif pembelajaran
Setelah mengikuti unit ini anda diharapkan dapat:
1. Mengenalpasti faktor pemimpin, organisasi dan persekitaran
yang mempengaruhi kepemimpinan dalam organisasi.
2. Mengenalpasti ciri-ciri pemimpin menurut pandangan Islam dan
Barat yang mempengaruhi kepemimpinan dalam sesebuah
organisasi.
3. Membezakan antara faktor persekitaran dalaman dan faktor
persekitaran luaran yang mempengaruhi kepemimpinan
sesebuah organisasi.
Faktor pemimpin
Pemimpin memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi
kepemimpinan dalam sesuatu organisasi. Pemimpin yang bijak adalah
mereka yang mampu mengaplikasikan kepemimpinan yang mampu
mencungkil, membentuk dan menyalurkan setiap sumber yang ada
pada pengikutnya kearah kecemerlangan organisasi.
Ciri-ciri yang ada pada pemimpin
99
Kepemimpinan memerlukan pemimpin memiliki ciri-ciri yang sejajar
dengan kehendak, matlamat dan keperluan organisasi atau pengikut.
Beberapa ciri sebagai pemimpin ialah:
1. Berilmu pengetahuan.
Seorang pemimpin hanya akan dapat melaksanakan
peraturan,hukum-hakam sekiranya dia berilmu. Tanpa
pengetahuan, seseorang pemimpin akan membawa
organisasinya kearah jalan yang kabur dan tiada petunjuk yang
jelas.
2. Adil.
Seseorang pemimpin mestilah bersifat adil untuk mempastikan
organisasinya berada dalam keadaan yang harmoni, toleransi
dan bebas daripada ketegangan, konflik yang boleh memecah-
belahkan pengikut-pengikutnya.
3. Kesanggupan.
Seseorang pemimpin itu mesti sanggup melaksanakan apa jua
undang-undang yang telah digariskan oleh organisasinya,
sanggup menentang musuh dan sanggup mentadbir bagi
kepentingan umum mahupun keseluruhan organisasi.
4. Kuat.
Yang dimaksudkan dengan kuat ialah berkemampuan dari segi
fizikal, mental dan spiritual untuk memimpin sesebuah
organisasi itu.
100
5. Kecerdasan
Umumnya pemimpin perlulah lebih cerdas daripada pengikut.
Sebagai contohnya, pemimpin ang memiliki IQ yang tinggi
mampu memotivasi membawa pengikut untuk melakukan
perubahan.
6. Keperibadian
Aspek ini merujuk kepada inisiatif dan kemampuan pemimpin
untuk melaksanakan sesuatu tanggungjawab yang diamanahkan
serta menonjlkan sikap yang tidak mudah mengaku kalah.
7. Kemampuan menyelia
Pemimpin perlulah mempunyai kebolehan menyelia segala
aktiviti yang dilaksanakan oleh pengikut untuk memastikan
matlamat organisasi dicapai.
8. Kebijaksanaan
Adalah penting pemimpin mempunyai daya kebijaksanaan yang
tinggi kerana antara fungsi pemimpin ialah menyelesaikan
masalah pengikut. Kebijaksanaan yang dimiliki akan
menyebabkan pengikut lebih menghormati.
9. Kematangan sosial dan emosi
Pemimpin perlulah mempunyai kekuatan emosi khususnya
apabila berhadapan dengan situasi yang mengguris perasan.
Malah pemimpin perlu memiliki kematangan sosial di mana
101
dengan nya akan memudahkan proses pertukaran maklumat,
pembentukkan idea dan membina hubungan.
10. Bersikap positif terhadap orang lain
Pemimpin perlulah bersedia menerima kelebihan dan
kekurangan pengikut serta tidak memperkecilkan kelemahan
pengikut . pemimpin juga perlu bersedia membantu pengikut
membangunkan potensi diri mereka.
11. Optimisme
Pemimpin adalah simbol dan model yang berpengaruh di
kalangan pengikut. Sikap optimis pemimpin mampu menjadi
pemangkin untuk pengikut menigkatkan kemampuan dan
sekaligus mendorong pengikut bertindak lebih efektif.
Corak kepemimpinan
Lazimnya pemimpin mengamalkan beberapa corak kepemimpinan
yang sesuai dengan kehendak, keperluan dan kemampuan pengikut.
Antara corak kepemimpinan yang selalu dipraktikkan ialah:
1. Sesuai dengan kebolehan dan kemampuan pengikut.
2. Berupaya memenuhi permintaan dan matlamat organisasi.
3. Pencetus inovasi dan pendorong untuk membawa organisasi
lebih berdaya saing dan berdaya maju.
4. Memenuhi kehendak stakeholder.
102
Fungsi kepemimpinan
Terdapat beberapa fungsi kepemimpinan yang perlu dimainkan oleh
pemimpin. Antaranya ialah:
Fungsi antara personal
Dalam fungsi antara personal, pemimpin bertindak sebagai seorang
ketua dan penghubung antara golongan atasan dan golongan
bawahan.
Fungsi penyampaian dan penerimaan maklumat
Bagi fungsi penyampaian dan penerimaan maklumat, seseorang
pemimpin itu bertindak sebagai peneraju, penyebar dan jurucakap
atau jurubicara bagi pengikutnya.
Fungsi membuat keputusan.
Bagi fungsi membuat keputusan, seseorang pemimpin itu berperanan
sebagai pengusaha kearah pembuatan keputusan, penyelesai kepada
kekecohan akibat pembuatan keputusan, penyedia sumber dan
perunding dalam menentukan sesuatu keputusan organisasi.
Pengaruh pemimpin
Pengaruh sering ditafsirkan sama seperti kuasa. Sebenarnya kuasa
dan pengaruh adalah dua konotasi yang berbeza. Maimunah (1990)
mendefinisikan pengaruh sebagai kebolehan individu mengawasi
103
tingkahlaku orang lain supaya berfungsi dalam kelompok. Terdapat
beberapa faktor yang menentukan pengaruh pemimpin daln kelompok.
Antaranya ialah:
1. Personaliti.
2. Jawatan dan tugas.
3. Kemahiran khusus yang dimiliki.
4. Latar belakang keluarga.
5. Pemilikan harta dan sumber-sumber.
Faktor organisasi
Faktor organisasi berkait rapat dengan struktur pentadbiran, polisi dan
misi sesebuah organisasi. Organisasi yang mempunyai struktur
pentadbiran yang jelas, kemas dan sistematik akan memudahkan
koordinasi kerja dan pengawalan tindakan ahli didalam organisasi
tersebut. Ia juga memudahkan pemimpin untuk bertindak dan
membuat keputusan yang jelas dan tepat dalam setiap aktiviti dan
situasi. Di samping itu, ia menyediakan satu suasana yang kondusif
untuk proses penurunan kuasa (empowerment) berlaku dalam
organisasi.
Ciri-ciri peranan pemimpin konteks organisasi
Terdapat beberapa ciri yang mempengaruhi peranan pemimpin dalam
konteks organisasi iaitu:
104
1. Budaya organisasi boleh mempengaruhi corak kepemimpinan
seseorang pemimpin.
2. Kemudahan yang dimiliki dalam organisasi mampu menentukan
corak kepemimpinan.
3. Pemilikan sumber organisasi iaitu sumber manusia dan bukan
manusia boleh mempengaruhi kepemimpinan.
Kriteria yang mempengaruhi peranan pemimpin
Secara asasnya terdapat enam kriteria utama yang mempengaruhi
peranan pemimpin dalam konteks organisasi iaitu:
1. Saiz dan struktur organisasi.
2. Polisi, norma dan budaya organisasi.
3. Kuasa dan kedudukan pemimpin.
4. Sistem ganjaran.
5. Struktur dan kesukaran tugas.
6. Prestasi pengikut.
Faktor persekitaran
Setiap organisasi memang dipengaruhi oleh persekitaran. Kesan
persekitaran kepada organisasi merupakan satu fungsi bersandar dan
saling mempengaruhi antara satu sama lain. Pemimpin yang
berwibawa sepatutnya mengekalkan hubungan baik di antara fungsi
organisasi dengan persekitarannya.
105
Sebagai contoh, pemimpin di sesebuah organisasi mestilah
mengekalkan hubungan yang baik dan erat dengan kesatuan sekerja
yang ada di dalam organisasi tersebut. Jika ini dapat dicapai, matlamat
organisasi untuk meningkatkan produktiviti dan dalam masa yang
sama mengekalkan keharmonian antara pekerja akan dapat dicapai
secara berkesan.
Selain daripada persekitaran dalam sesuatu organisasi, faktor
persekitaran luaran juga mempengaruhi kepemimpinan dalam
organisasi. Sebagai contoh, faktor persekitaran luaran seperti tuntutan
melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap pembangunan negara,
pemeliharaan alam sekitar, pembanterasan jenayah, vandalisme dan
kempen masyarakat penyayang mempengaruhi kepemimpinan
sesuatu organisai itu untuk lebih peka dan prihatin terhadap
masyarakat luas.
Secara tidak langsung pemimpin organisasi yang prihatin kepada
faktor-faktor luaran ini akan menyerlahkan nilai dan norma organisasi
yang positif kepada seluruh warga organisasi. Ini berupaya
mewujudkan budaya kerja dan sikap prihatin individu dan organisai
terhadap masyarakat umum.
106
Faktor yang mempengaruhi kepemimpinan
Terdapat nenerapa faktor yang secara khususnya mempengarhi
kepemimpinan dalam konteks persekitaran. antara faktor tersebut
adalah:
1. Sosial
a. Budaya
b. Penglibatan wanita
2. Teknologi
3. Ekonomi
4. Politik
5. Globalisasi
Ciri-ciri
Beberapa cirri yang dapat dikenalpasti dalam konteks persekitaran
ialah:
1. Polisi pemerintah.
2. Perubahan teknologi.
3. Perubahan sosial dan ekonomi.
4. Permintaan stakeholder.
Aktiviti
1. Berdasarkan pengalaman dan situasi sebenar, nyatakan ciri-ciri
yang terdapat pada pemimpin organisasi anda yang
mempengaruhi kejayaan organisasi anda.
107
2. Berikan contoh atau situasi di mana faktor organisasi
mempengaruhi kepemimpinan dalam organisasi anda.
3. Berikan contoh atau situasi di mana faktor persekitaran
mempengaruhi kepemimpinan dalam organisasi anda.
Penutup
Dalam unit ini telah dibincangkan tentang faktor-faktor yang
mempengaruhi kepemimpinan di dalam sesebuah organisasi. Juga
telah membincangkan tentang ciri-ciri yang berkaitan dengan faktor
pemimpin berdasarkan pandangan Islam dan Barat. Dibincangkan
juga faktor-faktor yang ada pada organisasi dan persekitaran yang
mempengaruhi kepemimpinan sesebuah organisasi.
Ringkasan
1. Terdapat beberapa ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang
pemimpin yang boleh mempengaruhi kepemimpinan di dalam
organisasi.
2. Ciri-ciri pemimpin yang mempengaruhi kepemimpinannya di
dalam organisasi boleh dilihat dari pelbagai perspektif.
3. Organisasi yang lebih tersusun, jelas dan sistematik mempunyai
kesan terhadap kepemimpinan pemimpin yang mengemudi
organisasi tersebut terutamanya dalam hal membuat keputusan
dan penurunan kuasa.
108
4. Sesebuah organisasi yang menunjukkan kepekaan dan
keprihatinan terhadap persekitaran dalaman dan luaran
organisasinya akan mempunyai kesan yang positif terhadap
kepemimpinan organisasi dan semangat bekerja individunya.
Rujukan
Hofstede, G. (1991). Cultures and organizations: Software
of the mind. London: Mc Graw Hill.
UNIT 8
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN
109
Pendahuluan
Pemimpin dalam sesebuah organisasi mempunyai peranan dan
tanggungjawab kepada berbagai pihak. Beliau berperanan memastikan
bahawa organisasi yang dipimpinnya menyumbang dan memenuhi
keperluan kesemua pihak ini. Pihak-pihak tersebut ialah organisasi itu
sendiri, pekerja, persekitaran dan negara.
Tajuk-tajuk dalam unit 9
Dalam unit ini, kita akan membincangkan tajuk-tajuk berikut:
1. Kepada Organisasi
2. Kepada pekerja
3. Kepada persekitaran
4. Kepada negara
Objektif pembelajaran
Setelah mengikuti unit ini, para pelajar akan dapat:
1. Mengenalpasti peranan dan tanggungjawab pemimpin kepada
organisasi
2. Mengenalpasti peranan dan tanggungjawab pemimpin kepada
pekerja
3. Mengenalpasti peranan dan tanggungjawab pemimpin kepada
persekitaran
110
4. Mengenalpasti peranan dan tanggungjawab pemimpin kepada
negara
Kepada Organisasi
Beberapa peranan pemimpin kepada organisasi iaitu:
Membentuk visi dan objektif organisasi
Pemimpin berperanan dan bertanggung jawab membentuk visi dan
objektif bagi mencipta kejayaan dan meningkatkan produktiviti serta
keuntungan organisasi yang dipimpinnya.
Menyampai dan menerangkan pelaksanaan visi dan objektif kepada
warga organisasi
Visi dan objektif ini perlu difahami oleh semua individu dalam
sesebuah organisasi supaya mereka sama-sama berkongsi visi dan
objektif organisasi dan seterusnya melaksanakan apa yang telah
digariskan. Pemimpin memainkan peranan penting dalam meyakinkan
pengikutnya untuk bergerak dan merealisasikan visi dan objektif ini.
Menggembleng kepakaran kesemua warga organisasi
Dalam membina satu pasukan yang teguh, pemimpin perlu
menggembleng semua tenaga dalam organisasi berdasarkan
kepakaran masing-masing untuk bersama-sama berganding bahu
merealisasikan visi dan objektif organisasi. Pemimpin seperti nakhoda,
111
mengemudikan seluruh anak kapal bagi mengharungi cabaran
organisasi dan seterusnya meningkatkan produktiviti organisasi,
Kepada pekerja
Mengikut pengertian yang mudah, kepemimpinan ialah aktiviti
mempengaruhi individu supaya berusaha secara sukarela untuk
mencapai objektif kumpulan atau organisasi. Beberapa peranan
pemimpin kepada pekerja ialah:
Peranan Personal
1. Ketua – bertanggungjawab mentadbir para pekerja.
2. Pemimpin- mendorong pekerja kearah mencapai matlamat
organisasi.
3. Penghubung- menghubungkan antara individu dan kumpulan
sesama pekerja.
Peranan Penerimaan dan Penyampaian Maklumat
1. Peneraju- mendapatkan maklumat semasa daripada pekerja dan
menyelaraskan urusan organisasi.
2. Penyebar- memaklumkan kepada pekerja dari masa ke semasa
tentang organisasi.
3. Jurucakap- menjadi jurucakap mewakili pekerja dan organisasi
apabila berhubung dengan pihak luar sama ada menerangkan
112
tentang dasar, perancangan atau apa sahaja maklumat
berhubung pekerjanya.
Peranan membuat Keputusan
1. Pengusaha- Pemimpin berperanan dan bertanggung jawab
mencetus idea bagi mempertingkatkan produktiviti pekerja.
2. Penyelamat kekecohan- bertindak sebagai penyelamat
kekecohan yang berlaku antara pekerja.
3. Penyedia sumber- Menyediakan sumber-sumber yang diperlukan
oleh pekerja seperti perkakasan, bantuan kewangan dan
sebagainya.
4. Perunding – Pemimpin bertanggungjawab sebagai wakil pekerja
dan organisasi menjalankan rundingan samada di luar atau di
dalam bagi menyelesaikan masalah dengan berkesan.
Peranan pembangun sumber manusia
1. Perancang strategik – merancang strategi untk membangunkan
dan mengptimumkan sumber manusia untuk jangkamasa
pendek, sederhana dan panjang.
2. Perekabentuk dan pembangun sistem – merekabentuk program,
intervensi strategi dan perlaksaan program pembangunan
sumber manusia.
113
3. Pakar – menjadi pakar rujuk dalam segala aspek yang
bersangkutan dengan pembangunan sumber manusia.
Kepada persekitaran
Pemimpin bertanggungjawab melaksanakan tanggungjawab sosial dan
membantu agensi-agensi luar yang memerlukan sumbangan
organisasi yang dipimpinnya. Apabila terdapat satu sinergi antara
organisasi yang dipimpinnya dengan persekitaran, kerjasama ini akan
membuahkan berbagai kejayaan dan dalam masa yang sama
membantu pihak-pihak lain mencapai kejayaan mereka pula. Ini juga
akan mengelakkan organisasi yang dipimpinnya daripada
mementingkan keuntungan organisasi semata-mata dan lebih relevan
terhadap tuntutan dan keperluan persekitaran.
Beberapa peranan pemimpin kepada persekitaran ialah:
114
Persekitaran dalam pemahaman yang mudah ialah segala elemen
yang berada disekeling sistem kehidupan mahkluk bernyawa yang
sama ada secara langsung atau tidak langsung mempengaruhi
kehidupan. Oleh yang demikian, sebagai pemimpin, mereka
mempunyai beberapa peranan terhadap persekitran. Antaranya ialah:
Penghasilan produk yang berkualiti
Memastikan produk yang dihasil dan berikan kepada pengguna adalah
berkualiti. Produk yang dihasilkan perlulah memenuhi kriteria yang
ditetapkan. Di mana produk tersebut tidak menjejaskan atau
membahayakan pengguna.
Penawaran perkhidmatan yang berkualiti
Pemimpin perlu memastikan perkhidmatan yang diberikan kepada
pengikut atau pengguna adalah berkualiti dan menepati standard.
Kegagalan menawarkan perkhidmatan yang berkualitui akan
menjejaskan nama baik organisasi dan mungkin imej nya sendiri.
Malahan memungkinkan wujudnya tanggapan kurang sihat daripada
pengikut dan pengguna yang akhirnya akan membawa orgganisasi ke
kancah masalah.
115
Memastikan keharmonian
Pemimpin juga berperanan memastikan ketenteraman, keharmonian
dan kesejahteraan kepada kelompok pimpinannya. Kepemimpinan
yang gagal mendorong kepada kesejahteraan, keharmonian dan
ketenteraman akan menyebabkan pengikut sukar menerima pemimpin
yang akhirnya akan merugikan semua pihak.
Pengawal alam sekitar
Kepemimpinan juga menuntut pemimpin memastikan sebarang
keputusan, tindakan dan cara perlaksanaan sama sekali tidak
menjejskan alam sekitar, sama ada berbentuk pencemaran atau
pelanggaran akta alam sekitar.
Kepada negara
Peranan dan tanggungjawab pemimpin ialah memastikan
organisasinya itu membantu ke arah pembangunan negara. Ini dapat
dilakukan dengan memimpin para pekerja dan organisasinya dalam
membantu menyediakan sumber-sumber yang diperlukan dalam hal
pembangunan negara.
116
Contoh terbaik ialah konsep Persyarikatan Malaysia di mana pihak
swasta dan pihak kerajaan bergabung tenaga membangunkan negara
bagi mencapai taraf negara maju menjelang 2020. Pemimpin bagi
kedua-dua organisasi iaitu swasta dan kerajaan bersama-sama
berperanan menggembleng segala kepakaran dan gunatenaga
organisasi masing-masing mencurahkan sumbangan mereka terhadap
pembangunan negara. Beberapa peranan pemimpin kepada negara
ialah:
Mengekalkan keharmonian
Pemimpin perlu memastikan keharmonian terutamanya jika organisasi
yang dipimpinnya mengandungi pelbagai kaum.
Mengharumkan nama negara
Pemimpin menjadi cermin kepada negara. Mereka bukan sahaja
memimpin sekelompok pengikut setempat, kemungkinan menjadi
pemimpin di peringkat antarabangsa adalah besar. Pemimpin perlu
membawa imej yang baik kerana kegagalan memberikan imej yang
baik akan menyebabkan pihak luar membina tanggapan kepada
negara yang diwakili oleh pemimpin tersebut.
117
Menambah hasil negara
Pemimpin menjadi agen yang merangka, merancang, membina dan
membentuk dana untuk menghasilkan pendapatan kepada negara.
Pemimpin yang bijak, adalah pemimpin yang dapat meningkatkan
dana negara dan seterusnya meningkatkan taraf hidup rakyat.
Menjana pembangunan
Setiap pengikut inginkan kehidupan yang selesa. Oleh itu pemimpin
perlulah mengusahakan pembangunan sama ada dari perspektif
material dan spiritual agar kehidupan rakyat sejahtera.
Aktiviti
1. Bincangkan bagaimana pemimpin dalam organisasi anda
berperanan dan bertanggungjawab terhadap:
a. Organisasi
b. Pekerja
c. Persekitaran
d. Negara
2. Kaitkan jawapan anda berdasarkan pengalaman dan sila berikan
contoh dan rujukan yang berkaitan.
3. Apa yang anda faham tentang `tanggungjawab sosial’. Huraikan
dengan mengaitkannya kepada peranan dan tanggungjawab
pemimpin dalam organisasi.
118
4. Kepemimpinan anda dalam organisasi mula dipertikaikan. Para
pekerja mendakwa anda gagal memandu organisasi mencapai
objektif dan anda juga dituduh mengamalkan sikap memilih
dalam pengiktirafan dan penghargaan kepada pekerja.
Bincangkan bagaimana anda mengatasi perkara ini dan
meyakinkan pekerja bahawa anda seorang pemimpin yang baik.
Penutup
Pemimpin mempunyai tanggungjawab dan peranan yang penting
dalam organisasi kerana setiap unit dalam organisasi yang diketuainya
memerlukan kepekaan, sikap, sentuhan, wawasan dan kepakarannya.
Pemimpin yang memiliki ciri-ciri pemimpin yang baik, akan memandu
organisasinya kearah kecemerlangan dan tidak melupakan
tanggungjawabnya terhadap pekerja, persekitaran dan negara.
Ringkasan
1. Pemimpin dalam organisasi berperanan dan bertanggungjawab
terhadap organisasi, pekerja, persekitaran dan negara.
2. Sesebuah organisasi memerlukan kepemimpinan yang berkesan
bagi mencapai matlamat dan mencipta kejayaan dan
peningkatan produktiviti
119
3. Pemimpin mempunyai peranan antara personal, peranan
penerimaan dan penyebaran maklumat dan peranan membuat
keputusan terhadap pekerjanya.
4. Pemimpin bertanggungjawab memastikan organisasinya
menjalankan tanggungjawab sosial dan memenuhi tuntutan
persekitaran dan negara.
UNIT 9
ISU-ISU KEPEMIMPINAN DALAM ORGANISASI
120
Pendahuluan
Kepemimpinan adalah satu topik yang hangat diperbahaskan kerana
secara dasarnya setiap individu adalah pemimpin; setidak-tidaknya
dalam diri sendiri. Semakin kompeksnya sistem sosial, semakin
banyak diperkatakan mengenai kepemimpinan yang diamalkan oleh
seseorang pemimpin.
Tajuk-tajuk dalam unit ini
1. Wanita dan kepemimpinan.
2. Maklumat, teknologi dan komunikasi (ICT)
3. Ideologi
4. Diversiti
Objektif pembelajaran
Diakhir unit ini diharapkan anda akan dapat:
1. Mengenalpasti peranan, ciri dan tanggungjawab wanita sebagai
pemimpin.
2. Mengenalpasti kebolehan dan kemahiran yang dimiliki dalam
kepemimpinan untuk seseorang wanita.
3. Menentukan peranan dan tanggungjawab pemimpin di era ICT.
4. Menggalurkan kekangan dan kelebihan menjadi pemimpin di era
ICT.
121
5. Mengenalpasti ideologi-ideologi pemimpin dalam
kepemimpinannya.
6. Menganalisis senario diversiti yang berlaku dalam
kepemimpinan.
Wanita dan kepemimpinan
Secara umumnya wanita mempunyai hak dalam kepemimpinan. Setiap
individu sama ada lelaki atau wanita yang dipertanggungjawabkan
mengurus atau memimpin orang lain dalam kelompok yang kecil atau
besar, atau dipertanggungjawabkan mengurus sesuatu kerja
dinamakan pemimpin dan bertanggungjawab ke atas pimpinannya.
Northouse (1997) menyatakan bahwa kaum wanita semakin
memainkan peranan yang penting dalam kepemimpinan dan mereka
cenderung untuk menggerakkan jentera kepemimpinan seiring dengan
kaum lelaki.
Bentuk kepimpinan wanita
Wujud empat bentuk utama kepemimpinan wanita iaitu:
1. Kepemimpinan wanita pada diri sendiri.
2. Kepemimpinan wanita dalam rumahtangga.
3. Kepemimpinan wanita di dalam masyarakat.
4. Kepemimpinan wanita dalam organisasi.
122
Kepemimpinan wanita pada diri sendiri
Kepemimpinan wanita kepada diri sendiri adalah dengan
mempertingkatkan kualiti diri ke arah yang lebih mantap, matang, dan
cemerlang iaitu dengan berilmu, bertaqwa, berakhlak mulia dan
beramal soleh.
Wanita yang memiliki sifat-sifat positif ini akan dapat melahirkan
kepemimpinan melalui teladan kepada anggota keluarganya sendiri
dan masyarakat awam, sama ada secara formal atau tidak formal.
Selain daripada itu, sifat positif ini juga dapat menjadikan seseorang
wanita itu pemimpin sejati, tokoh yang dihormati dan disanjung tinggi.
Kepemimpinan wanita dalam rumahtangga
Kepemimpinan wanita dalam rumahtangga adalah sebagai pengurus
kepada rumahtangga suaminya. Pendidik dan pembimbing kepada
orang-orang yang menetap bersama-samanya seperti keluarga dan
anak-anaknya.
Umumnya ditanggapi kepemimpinan wanita adalah terbatas dan
hanya mencakupi aspek-aspek tertentu sahaja. Namun begitu, wanita
masih memiliki hak dalam bidang kepemimpinan rumahtangga
123
sebagai pembantu kepada suami, pengurus rumahtangga dan
pemimpin kepada orang yang berada di rumah suaminya.
Bagi menjamin kejayaan kepemimpinan wanita di dalam rumahtangga,
wanita perlu memerlengkapkan diri dengan memiliki ciri-ciri asas suri
rumahtangga mengikut kehendak setempat serta keadaan semasa.
Kepimpinan wanita dalam masyarakat
Wanita sebagai manusia dinamik turut berperanan dan memberi
sumbangan pada pembangunan insan, agama dan Negara.
Kepemimpinan wanita bersifat sepadu iaitu kepemimpinan yang
menitikberatkan di antara pembangunan material dan rohani.
Matlamat kepemimpinan wanita di dalam pembangunan insan adalah
bagi membina masyarakat yang maju, berilmu, berkemahiran,
berkualiti, di samping masyarakat yang mempunyai akhlak yang baik,
bermoral, berhemah tinggi, dan hubungan sesama manusia. Maka
dengan itu, kepemimpinan wanita di dalam masyarakat bersifat
bersepadu, terikat dan seimbang.
Kepemimpinan wanita dalam organisasi
Kepemimpinan wanita dalam organisasi semakin diterima dan diiktiraf
sejajar dengan perkembangan semasa. Wanita yang menduduki
124
sesuatu jawatan penting dalam organisasi mempunyai kuasa,
tanggungjawab dan peranan yang tersendiri yang secara langsung
mempengaruhi perjalanan dan perkembangan organisasi tersebut.
Penerimaan pengikut
Pengikut biasanya mempunyai tanggapan yang tersendiri apabila
wanita menjadi pemimpin. Wujud pelbagai tanggapan yang menjadi
cabaran dan halangan kepada pemimpin wanita. Halangan dan
cabaran tersebut adalah:
1. Kepelbagaian rol
2. Stereotaip
3. Penerimaan keluarga, masyarakat dan organisasi
4. Biologikal
5. Pengharapan kendiri
Kepemimpinan wanita dan era globalisasi
Wanita semakin diterima sebagai pemimpin dan kepemimpinan
mereka diakui dan diikhtiraf. Di Malaysia sebagai contoh, semakin
ramai wanita dilantik, dipilih atau diwakilkan sebagai pemimpin.
Globalisasi menjadi pembuka ruang dan peluang kepada kaum wanita
untuk terus melibatkan diri dalam kepemimpinan di masyarakat,
organisasi dan negara.
Bentuk kepemimpinan wanita di era globalisasi
125
Terdapat beberapa bentuk kepemimpinan yang dipraktiskan dalam era
globalisasi, iaitu:
1. Kepemimpinan secara terpilih
2. Kepemimpinan secara penyerahan
3. Kepemimpinan secara perkongsian
4. Kepemimpinan jarak jauh
Aktiviti
1. Bincangkan bagaimanakah kepelbagaian rol yang dimainkan
oleh seorang pemimpin wanita mempengaruhi kemampuannya
untuk cemerlang dalam memimpin organisasi.
2. Senaraikan dan bincangkan jenis dan bentuk stereotaip
terhadap wanita sebagai pemimpin.
3. Bagaimanakah keluarga, masyarakat dan organisasi memainkan
peranan untuk membimbing atau menghalang wanita dalam
kepemimpinan.
4. Bincangkan ciri-ciri yang diperlukan oleh wanita dalam
kepemimpinan.
5. Bina sebuah rajah menunjukkan kepelbagaian rol yang dimiliki
oleh wanita yang berkait rapat dengan kepemimpinan.
6. Bincangkan ciri-ciri, kelemahan dan kekuatan bentuk
kepemimpinan di era globalisasi.
126
7. Bagaimanakah bentuk kepemimpinan ini, globalisasi boleh
diimplimentasikan dalam organisasi anda.
Maklumat, komunikasi dan teknologi (ICT)
Globalisasi telah mengecilkan sempadan dunia sehingga interaksi
antarabangsa tidak lagi terhad kepada aktiviti-aktiviti ekonomi semata-
mata tetapi juga mencakupi isu-isu sosial seperti hak asasi manusia
dan alam sekitar. Dalam masa yang sama, pembangunan maklumat,
komunikasi dan teknologi (ICT) telah menyemarakkan lagi
perkembangan dan melengkapkan proses globalisasi. Fungsi
kepemimpinan dalam era ICT juga menjadi semakin kompleks dan
mencabar.
Cabaran kepemimpinan dalam era ICT
Cabaran di era globalisasi adalah cukup hebat. Sebagai pemimpin,
seseorang itu perlulah mengenalpasti dan tahu bagaimana untuk
menyahut cabaran di era ini. Antara cabarannya ialah:
1. Menguasai perubahan teknologi maklumat dan komunikasi.
2. Keupayaan berinteraksi dengan baik.
3. Pembangunan dan pembentukkan pengikut.
4. Pekerja berilmu.
5. Penyelidikan dan pembangunan.
6. Rantaian dan jaringan hubungan.
127
7. Mewujudkan persekitaran pencapaian tinggi.
Trend mempengaruhi kepemimpinan dalam era ICT
Terdapat beberapa trend yang secara langsung mempengaruhi
kepemimpinan di era ICT, antaranya ialah:
1. Globalisasi dan liberalisasi
2. Teknologi maklumat dan komunikasi
3. Pegangan terhadap nilai-nilai kerohanian dan agama
4. Peralihan kepada Knowledge Economy (K. economy)
5. Perubahan sosial
6. Taraf pendidikan
7. Perubahan perundangan dan peraturan
8. Peningkatan peranan dan kepemimpinan wanita
Ideologi
Setiap pemimpin memiliki ideologi yang tersendiri dalam
mengimplimentasikan kepemimpinan. Ideologi pemimpin lebih mudah
dianalisis jika pemimpin itu menjadi ketua negara. Kepemimpinannya
akan menyerlahkan apakah ideologi disebalik perancangan, keputusan
dan tindakan. Memahami ideologi pemimpin menjadi satu kelebihan
kepada pengikut kerana mereka boleh memahami dan menjangkakan
bagaimana pemimpin akan bertingkahlaku. Kamus Dewan (1996)
128
ideologi dimengertikan sebagai fahaman (ajaran) yang dipakai atau
dicita-citakan untuk dasar pemerintahan dan lain-lain.
Setiap pemimpin mempunyai ideologinya yang tersendiri. Ideologi
seseorang pemimpin lazimnya berkait rapat dengan agama, budaya
dan nilai yang sedia ada dalam dirinya.
Keistimewaan ideologi pada pemimpin
Terdapat beberapa keistimewaan ideologi pada pemimpin iaitu:
1. Batu asas untuk pembentukan corak kepemimpinan.
2. Pemimpin tahu hala tuju dalam kepemimpinan.
3. Pengikut faham dan sedar bagaimana pemimpin ingin memandu
mereka.
Kelemahan
Juga, terdapat beberapa kelemahan ideologi pada seseorang pemimpin
iaitu:
1. Kemungkinan pemimpin terlalu taksub mengimplikasikan
ideologi sehingga lupa kepada tuntutan dan perkembangan
semasa.
2. Pengikut mungkin tidak boleh menerima ideologi pemimpin.
3. Kegagalan melaksanakan ideologi menyebabkan pemimpin
kehilangan pengaruh.
129
4. Pertentangan ideologi pemimpin dengan pengikut boleh
menyebabkan keadaan tidak stabil.
Diversiti
Peranan pemimpin dalam era ICT tidak lagi hanya sebagai pencetus,
membentuk dan perancang kepada pembangunan dan perkembangan
masyarakat, organisasi dan negara sahaja. Peranan mereka semakin
meluas iaitu pemimpin turut berperanan sebagai pencetus perubahan,
membina idea, pentadbir yang mahir, ahli teknologi dan pelbagai
peranan lain.
Corak kepemimpinan telah berubah iaitu kepemimpinan telah
merentasi batu sempadan, garisan kehidupan dan budaya setempat.
Kepemimpinan meletakkan pemimpin dalam situasi konflik iaitu konflik
peranan, konflik nilai, konflik perlakuan, konflik tugas dan konflik
budaya.
Ciri-ciri kepemimpinan dalam diversiti
Wujudnya beberapa cirri kepemimpinan dalam konteks ini iaitu:
1. Peranan dan tanggungjawab pemimpin semakin kompleks.
2. Kepemimpinan menuntut kepada pengorbanan, kewangan, masa
dan semangat yang padu.
3. Pemimpin dan pengikut saling peka dan mengambil tahu aktiviti
dan tindakan satu sama lain.
130
4. Kepemimpinan menjadi satu kerjaya dan memberikan
pendapatan.
5. Fenomena konflik menjadi sebahagian daripada rutin pemimpin
dan pengurusan konflik menjadi keperluan.
Kekuatan
Antara beberapa kekuatan diversiti dalam kekepimpinan ialah:
1. Pemimpin sentiasa bersedia melengkapkan pengetahuan dan
kemahiran dalam pelbagai bidang.
2. Pemimpin mampu menjadi rol model.
3. Kepemimpinan menyebabkan seseorang pemimpin merentasi
sempadan dan landasan setempat.
4. Kepemimpinan menuntut pemimpin untuk memiliki kepelbagaian
pengetahuand an kemahiran.
Kelemahan
Antara beberapa kelemahan kepemimpinan dalam diversiti ialah:
1. Tidak semua pemimpin dapat menyesuaikan diri dalam era yang
semakin kompleks dan menuntut kepada pemilikan pelbagai
pengetahuan dan kemahiran.
2. Kepemimpinan seseorang pemimpin mudah terdedah kepada
kecaman kerana pengikut menjadi penilai yang kritis.
131
3. Pengikut mungkin menuntut pemimpin melaksanakan
tanggungjawab yang bukan dalam bidang kepakarannya.
4. Diversiti untuk mencapai matlamat kumpulan menjadi lebih
rumit, mencabar dan sukar sekiranya konflik yang wujud tidak
dapat diurus dengan sempurna.
Aktiviti
1. Konsep diversiti telah membawa perubahan kepada tugas,
peranan dan tanggungjawab pemimpin. Bincangkan perkara
tersebut berlandaskan pengalaman anda berserta contoh dan
rujukan yang sesuai.
2. Kepemimpinan menjadi semakin kompleks apabila pemimpin
perlu menyesuaikan diri dengan era ICT dan konsep diversiti.
Bincangkan pernyataan tersebut dengan mengambil satu
contoh organisasi yang anda sertai.
Penutup
Kepemimpinan menjadi semakin kompleks apabila dunia memasuki
era ICT. Keadaan menjadi bertambah kompleks apabila konsep
diversiti menuntut pemimpin tidak lagi hanya berlandaskan sumber
dan kemampuan yang sedia dimiliki untuk kekal menjadi pemimpin.
132
Diversiti menuntut pemimpin memperkaya dan memperkasakan diri
agar segala kemahuan, kehendak, tuntutan dan matlamat masyarakat,
organisasi dan negara dapat direalisasikan. Malahan wanita mula
diterima dan diiktiraf sebagai pemimpin. Kepemimpinan wanita yang
dulunya menjadi isu besar, telah tidak lagi menjadi isu ekoran ICT dan
konsep diversiti memberikan wanita peluang, ruang dan kesempatan
yang luas.
Ringkasan
1. Kepemimpinan wanita semakin diterima dan bukan lagi satu isu
besar.
2. Semakin ramai wanita diberi peluang, ruang dan kesempatan
sebagai pemimpin sama ada dalam konteks masyarakat,
organisasi dan negara.
3. Kepelbagaian rol dan stereotaip seringkali menjadi penghalang
kepada wanita untuk cemerlang sebagai pemimpin.
4. Era ICT menjadikan tugas dan peranan pemimpin dalam
kepemimpinan semakin kompleks.
5. Kepemimpinan melangkaui sempadan daerah, landasan
setempat dan budaya sekelompok ekoran era ICT.
133
6. Konsep diversiti menuntut pemimpin mempelbagaikan
kemahiran dan pengetahuan.
7. Setiap pemimpin mempunyai ideologi dan mereka berusaha
mencernakan ideologi mereka dalam kepemimpinan yang
dipraktiskan.
Rujukan
Robbins, S. P. (2001). Organizational behavior. New Jersey :
Prentice-Hall.
MODEL JAMILATO 5KEPIMPINAN : SATU EPISTIMOLOGI
FAKTOR MEMPENGARUHI
K O
N
T E K
S
134
SOSIAL EKONOMI
KELUARGA
ANTARABANGSA
POLITIK TEKNOLOGI
TEORI TUGAS PERANAN PERTANGGUNGJAWABAN
ORGANISASI
KOMUNITI
NEGARADIRI SAYA
SIAPA ? IMPLIKASI
CORAK KEPIMPINAN
YANG DIPILIH
TANGGUNGJAWAB
JAMILATO/LEADERSHIP/24/07/02/PEKKA/JPPPL/UPMBACAAN TAMBAHAN
Abdul Shukor, A. (1992). Pengurusan organisasi : perspektif pemikiran dan teori. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Aziz, I.(1993). Kepimpinan rumah tangga menuju kebahagiaan. Kuala Lumpur : ISBA Publication.
Abunoor, A. B & Ahmad, A. L. (penterjemah) (1993). Kepimpinan wanita dalam keluarga dan masyarakat : menurut kaca mata Islam . Kuala lumpur :Affluent Master Sdn. Bhd.
Bass, B. M. (1981a). Stodgill's handbook of leadership. New York : The Free Press.
Bass, B. M. (1981b). People, work and organizations : an introduction of industrial and organizational psychology (2nd ed.). Boston : Allyn and Bacon.
FAKTOR MEMPENGARUHI
135
Bateman, T. S., & Snell, S. C. (1996). Management : Building competitive advantage. Chicago : Irwin.
Berns, R. M. (1993). Child, family, community : Socialization and support. Fort Worth : Harcourt Bace Jovanovich Colleage publishers.
Cascio, W. F. (1995). Managing Human Resources : Productivity, quality of work life and profits (2nd ed.). New York : Mc Graw-Hill Publishing Co.
Calvert, B. & Stauton, W. R. (1992). Percertion of parenthood : similarities and differences between 15 years old girl and boys. Journal of adolescence, 27(106), 37 - 52.
Cassel, R. N. & Stancik, E. J. (1981). The leadership ability evaluation : revised. California : Western Psychological Services.
Dania, A. R. (1998). Kefahaman konsep pengikutan dalam organisasi. Tesis Master Sains (HRD). Tidak diterbitkan. Serdang : UPM.
Easterbrooks, R. M. & Goldberg, W. A. (1984). Toddler development in the Gromly, A. V. & Brodzinsky, D. M. (1993). Lifespan human development (5th ed.). New York ; Harcourt Braco Jaovanorich colleage publisher.
George, J. M. & Jones, G. R. (1996). Understanding and managing organizational behaviour. Massachussetts : Addison-Wesley Publishing.
Hesselbein, F., Goldsmith, M. & Bechard, R. (1997). The community of the future. The Drucker Foundation. San Francisco : Jossey-Bass Publisher.
Hesselbein, F., Goldsmith, M. & Bechard, R. (1998). The leader of the future : thevisions, strategies and practices for the next era. San Francisco : Jossey-BassPublisher.
Jamilah, O. (1992). Kepimpinan dan pengurusan. Majalah Pengembangan, 15, 33 - 44.
Jaafar, M. (1999). Kelakuan organisasi. Leeds Publications : Kuala Lumpur.
136
Kamaruddin, K. (1989). Leadership in the management of student affair di dalam some aspects of educational administration in Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kirkpatrick, S. A. & Locke, E. A. (1991). Leadership : Do traits matter?. Academic ofManagement, Mei, 33 - 57.
Koontz, H. & Weihrich, H. (1997). Management (9th ed). New York : McGraw-Hill Book Co.
Lambak, T. (1999). Stail kepemimpinan bapa: faktor personal dan konteks keluarga. Kertas projek Bacelor Sains Pembangunan Manusia tidak diterbitkan. Universiti Putra Malaysia.
Maimunah, I. (1990). Pengembangan : Implikasi ke atas pembangunan masyarakat (edisi kedua). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Abdul Rashid, I. (1993). Kepemimpinan : ulusan teori dan kajiannya di Malaysia. Dalam Abdul Halim Othman (ed). Psikologi Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ruslan, K. (1996). Kepimpinan yang cemerlang mengikut Islam. Kertas kerja dibentangkan dalam konvensyen kepimpinan generasi muda se Malaysia, Kuala Lumpur.
Robbins, S. P. (1996). Organizational behaviour concept, controversies, applications. New Jersey : Prentice Hall International.
Saifuddin, A. (1996). Cabaran-cabaran strategik kepimpinan abad ke - 21. Kertas kerja dibentangkan dalam konvensyan kepimpinan generasi muda se Malaysia, Kuala Lumpur.
Shaeter, A. B. & Bayley, D. (1963). Leadership. Dalam Dudley E.
Flood (ed). If they are not following; you are not leading. US State Department of Public Instruction, May 1977.
Yukl, G. A. (1989). Leadership in organizations. New Jersey ; Prentice Hall.
137
Zinn, B. M. (1992). Social problems (5th ed). Boston : Allyn and Bacon.
138