dari kampung kedah ke united kingdom
DESCRIPTION
Kisah seorang anak desa yang menggapai cita citanya untuk terbang ke UKTRANSCRIPT
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 1
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 2
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
Buku ini diberikan PERCUMA kepada anda:
i) Saya mohon kepada anda, selepas membaca Ebook ini, anda dapat
menyebarkan Ebook ini kepada orang lain melalui Facebook anda JIKA
ANDA BERPUAS HATI DENGAN KUALITI BUKU INI.
---------------------------------------------------------- Salin & Tampal ke Facebook Anda Ayat Selepas Ini ----------------------------------------------------------- Saya baru sahaja muat turun Ebook Percuma, "Dari Kampung Kedah Ke United Kingdom".
Ebook ini mengisahkan pengalaman hidup seorang anak kampong yang kurang cemerlang dalam pelajarannya di sekolah rendah, kemudian bangkit semula dan terus berusaha sehingga akhirnya beliau menjadi pelajar terbaik di University of Sheffield, United Kingdom.
Ebook ini ditulis dalam bentuk cerita. Penceritaan dari kehidupan penulis di sekolah rendah, kemudian ke SMKA Al Mashoor (L) sebelum ke MRSM Taiping. Kemudian penulis menceritakan kehidupan beliau semasa belajar di Kolej Mara Banting sebelum ke United Kingdom.
Ebook ini setebal 68 muka surat dan boleh di download secara PERCUMA. Kalau anda berminat muat turun, anda boleh dapatkannya di : www.pelajarcemerlang.com Semoga bermanfaat. ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ Itu Sahaja Yang Perlu Anda Lakukan Untuk Mendapakan Ebook Hebat Ini Secara PERCUMA !!!! ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Buku ini HALAL CETAK ROMPAK. Anda boleh sebarkan EBOOK ini kepada
sahabat dan saudara mara anda yang lain, semoga semakin ramai yang
mendapat manfaat daripadanya. Namun, anda tidak boleh menukar sebarang
perkataan dalam Ebook ini untuk tujuan penghasilan Ebook lain seumpama ini.
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 3
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
Buku Ini Saya Dedikasikan Khas Kepada Kedua Ibu Bapa Saya, Tuan Haji Mat
Saad Bin Hassan Dan Hajjah Hasenah Binti Embi, Isteri Saya Yang Tercinta Kam
Maria Binti Abdul Mutalib, Anak-Anak Saya Yang Dikasihi, Muhammad Farees
& Muhammad Fateh Serta Semua Guru Yang Pernah Mendidik Saya Sejak Saya
Kecil Sehinggalah Saya Dewasa.
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 4
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
ISI KANDUNGAN
CATATAN PENGARANG .......................................................................................... 7
MENGAPA SAYA TULIS BUKU INI ........................................................................... 9
BAB 1 : LATAR BELAKANG KELUARGA .................................................................. 15
BAB 2 : MENITI ALAM PERSEKOLAHAN ................................................................ 20
BAB 3 : TURNING POINT DI SMKA AL-MASHOOR ................................................ 22
BAB 4 : MRSM TAIPING - SENTIASA DI HATIKU ................................................... 29
BAB 5 : KOLEJ MARA BANTING PAHIT AKAN MANIS AKHIRNYA....................... 32
BAB 6 : SEINDAH SALJU DI BUMI SHEFFIELD ........................................................ 38
BAB 7 : JAUH PERJALANAN, LUAS PENGALAMAN ............................................... 44
BAB 8 : KOMITMEN TERHADAP PELAJARAN ........................................................ 49
PENUTUP .............................................................................................................. 51
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 5
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
CATATAN PENGARANG
Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam kerana dengan limpah dan rahmatnya,
saya dapat menyiapkan 3 buah buku secara serentak iaitu Buku Pertama Dari
Kampung Kedah Ke United Kingdom, Buku Kedua Rahsia Kejayaan Pelajar
Cemerlang dan Buku Ketiga Rahsia Pelajar Luar Biasa.
Buku-buku ini saya dedikasikan khas buat anak-anak saya yang masih kecil,
Muhammad Farees dan Muhammad Fateh.
Saya mengambil masa yang panjang untuk membuat keputusan bagi menulis
buku ini. Saya bukanlah insan yang layak untuk menulis semua perkongsian ini.
Masih ramai lagi di luar sana yang jauh lebih hebat dan lebih berjaya daripada
saya dalam pelajaran mereka.
Namun, saya rasakan pengalaman saya ini mungkin sedikit sebanyak dapat
membantu dan memberi inspirasi kepada anak muda di luar sana yang masih
bergelar pelajar.
Semasa saya menulis buku ini, saya berusia 32 tahun.
Saya perlu menggunakan ruang dan kesempatan yang diberikan Allah ini untuk
berkongsi dengan para pembaca segala pengalaman yang telah saya lalui
sepanjang kehidupan saya bergelar pelajar.
Apa yang saya tulis di dalam buku ini adalah berdasarkan pengalaman hidup saya
sepenuhnya. Kisah bagaimana saya belajar daripada saya kecil sehinggalah saya
berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Kemudian pulang ke Malaysia dan
bekerja sebagai seorang jurutera, dan kini menjadi seorang usahawan yang
berjaya.
Apa yang lebih penting, melalui buku ini saya kongsikan bagaimana saya belajar
untuk menjadi pelajar yang cemerlang menurut perspektif yang diajar Islam.
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 6
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
Saya rasa, pengalaman ini perlu diabadikan di dalam buku ini agar anda semua
dapat mengetahui bahawa bukan mudah untuk berjaya dalam pelajaran. Ia perlu
dibayar dengan harga yang mahal. Tetapi ia bukanlah sesuatu yang mustahil
untuk dicapai.
Akhir sekali, saya berharap agar satu hari nanti, akan ada di kalangan anda yang
membaca buku ini akan menjadi seorang pelajar yang berjaya, yang dihormati,
yang disegani dan yang lebih penting menjadi seorang insan yang bertakwa.
Selamat membaca, semoga ia terus memberi manfaat kepada anda semua. Saya
doakan anda semua menjadi insan yang berjaya di dunia dan berjaya di akhirat.
Wassalam.
Mohd Firdaus Bin Mat Saad Parit Buntar, Perak 6 Jun 2013 / 27 Rejab 1434H www.mariafirdaus.com.my
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 7
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
MENGAPA SAYA TULIS BUKU INI
Alhamdulillah, saya amat bersyukur kepada Allah atas semua kejayaan yang saya
kecapi sepanjang kehidupan saya bergelar seorang pelajar. Di mana sahaja saya
belajar, saya selalu menjadi antara pelajar yang terkehadapan.
Sepanjang kehidupan bergelar pelajar, terlalu banyak pengalaman pahit manis
yang telah saya lalui.
Saya pernah jatuh, kemudian saya bangun semula. Alhamdulillah, berkat usaha
dan kerja keras saya, saya berjaya dan terus berjaya.
Selepas itu, saya terus mengorak langkah untuk maju ke hadapan. Saya tidak
menoleh ke belakang lagi.
Saya sudah tahu rahsia bagaimana untuk menjadi seorang pelajar yang berjaya,
saya hanya amalkan apa yang saya tahu. Keputusannya, amat
memberangsangkan.
Alhamdulillah, hari ini saya sudah pun berjaya.
Namun, di lubuk hati saya, saya terasa berdosa. Ini kerana guru saya ada
memberitahu, berdosa jika saya mempunyai sesuatu atau tahu sesuatu perkara
yang baik, tapi saya simpan seorang diri.
Saya rasa bersalah. Saya tidak pernah berkongsi segala pengalaman yang saya
miliki ini dengan orang lain.
Mengapa saya hanya berjaya seorang diri?
Apa salahnya kalau saya sudah berjaya, lepas itu saya bantu lahirkan 1000 lagi
orang yang berjaya seperti saya?
Banyak pahalanya tu!
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 8
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
THE MORE YOU GIVE, THE MORE YOU GET
Saya rasakan, jika saya berkongsi pengalaman saya, tentu orang lain boleh tahu
macam mana mahu berjaya dengan lebih mudah. Jadi, tentu lebih baik jika
kejayaan yang telah saya kecapi itu menjadi inspirasi kepada orang lain untuk
turut sama berjaya.
Pada masa yang sama, saya ada terdengar ceramah yang disampaikan oleh Prof
Muhaya di IKIM FM berkaitan Pencen Kubur. Hidup di dunia ini, saya perlu selalu
memberi. Segala ilmu yang saya beri dan kemudian diamalkan oleh orang lain, ia
akan menjadi pencen kubur saya di sana nanti.
Selepas itu, terdetiklah di hati saya untuk mula berkongsi pengalaman bagaimana
saya menjadi seorang pelajar yang cemerlang dahulu. Saya perlu berkongsi. Saya
perlu ajarkan ilmu ini kepada orang lain.
Saya tidak boleh berlengah lagi, saya mesti sebarkan ilmu ini.
Saya sedar dalam hidup ini, saya perlu banyak memberi. Lagi banyak saya beri,
lagi banyak yang saya akan dapat. Insya Allah.
INISIATIF SENDIRI
Saya mula berhubung kembali dengan guru-guru yang pernah mengajar saya
ketika belajar di MRSM dahulu. Saya memaklumkan kepada mereka yang saya
mahu memberikan ceramah motivasi kepada para pelajar. Saya mahu berkongsi
dengan mereka rahsia bagaimana saya berjaya dalam pelajaran.
Alhamdulillah, guru-guru yang pernah mengajar saya dahulu menerima tawaran
saya ini dengan hati yang terbuka.
Saya mula memberi ceramah motivasi di sekolah-sekolah. Kemudian, saya mula
menerima jemputan daripada sekolah di sekitar Parit Buntar. Saya mula berkongsi
rahsia kejayaan saya dengan para pelajar di MRSM Taiping dan MRSM Kepala
Batas.
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 9
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
Guru-guru dan para pelajar yang mendengar ceramah motivasi saya memberikan
maklumbalas yang positif dan berasa teruja dengan cara penyampaian saya.
Sebenarnya saya lebih banyak berkongsi pengalaman sebenar sebagai pelajar.
Apa yang pernah saya lakukan dahulu semasa belajar. Sebab itulah, apa yang saya
sampaikan mudah terkesan di hati pelajar.
Satu perkara yang dapat saya rasakan, di mana sahaja saya berkongsi pengalaman
sebagai pelajar, ramai pelajar yang teruja. Mereka berasa bertuah didedahkan
dengan teknik belajar yang berkesan dan sudah terbukti berjaya.
Mereka seronok apabila saya dedahkan kepada mereka Rahsia Pelajar Luar Biasa.
Saya terus menerima jemputan untuk memberi ceramah motivasi di MRSM
Merbok, MRSM Johor Bahru, MRSM Kulim, Universiti Sultan Zainal Abidin
(UNISZA), Universiti Malaysia Kelantan dan beberapa sekolah harian biasa.
Di kebanyakan program motivasi yang saya berikan, akan ada pelajar yang
menangis. Hati mereka tersentuh.
Saya kongsi dengan mereka kisah kegagalan yang pernah saya hadapi. Betapa
susahnya saya ketika itu, kemudian saya kongsi dengan mereka bagaimana saya
bangun kembali.
Selepas mendengar ceramah motivasi yang saya berikan, ramai dikalangan pelajar
yang menghubungi saya kembali melalui Facebook. Mereka ucapkan jutaan
terima kasih atas perkongsian yang telah saya berikan. Mereka teruja dan
semakin bersemangat untuk menggunakan teknik yang saya kongsikan dengan
mereka.
Mereka mahu berjaya seperti mana saya pernah berjaya.
Selepas itu, saya mula sedar betapa pentingnya untuk saya membantu lebih ramai
pelajar lain. Kalau boleh, saya mahu memberi inspirasi kepada seluruh pelajar di
Malaysia. Malangnya, saya tak mampu melakukan kerja-kerja ini.
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 10
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
Saya bukanlah seorang pakar motivasi. Saya adalah seorang usahawan. Saya
teramat sibuk dalam menguruskan perniagaan saya. Saya tidak berkesempatan
untuk memberi ceramah motivasi dengan terlalu kerap di sana sini.
Alhamdulillah, akhirnya Allah ilhamkan saya untuk menterjemahkan segala
pengalaman hidup saya sebagai seorang pelajar yang cemerlang dalam bentuk
penulisan.
Semua perkongsian yang saya berikan semasa memberi ceramah motivasi,
perkara yang sama saya tulis di dalam buku ini.
Saya yakin, dengan cara ini lebih ramai pelajar yang akan mendapat manfaat dan
inspirasi daripada kisah kejayaan yang pernah saya lalui.
Di dalam buku yang pertama, Dari Kampung Kedah Ke United Kingdom saya
akan berkongsi dengan anda pengalaman hidup saya sebagai seorang pelajar.
Bermula dari keputusan yang kurang cemerlang ketika di sekolah rendah
sehinggalah saya menjadi pelajar terbaik di universiti.
Saya juga turut berkongsi dengan anda pengalaman hidup saya belajar di luar
negara.
Insya Allah, selepas anda membaca pengalaman saya ini, anda pasti akan berasa
teruja untuk belajar bersungguh-sungguh. Anda juga pasti mahu belajar di luar
negara.
Di dalam buku yang kedua, Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang saya berkongsi
dengan anda teknik belajar berkesan yang telah diajar oleh abang-abang saya
semasa saya belajar dahulu. Teknik inilah yang mereka telah amalkan semasa
mereka belajar. Akhirnya, mereka telah berjaya menjadi pelajar cemerlang di
universiti masing-masing.
Saya turut menggunakan teknik yang sama bermula dari Tingkatan 1 sehinggalah
ke universiti. Ternyata teknik-teknik ini amat berkesan sehingga saya mencapai
keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan saya.
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 11
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
Di dalam buku Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang juga, saya berkongsi sifat-
sifat yang wajib ada pada seorang pelajar untuk menjadi pelajar cemerlang.
Apa yang lebih penting, saya akan kongsikan dengan anda bagaimana untuk
menjadi seorang manusia yang berjaya. Berjaya di dunia dan berjaya di akhirat.
Di dalam buku yang ketiga, saya berkongsi dengan anda Rahsia Pelajar Luar
Biasa. Insya Allah, jika anda mengetahui ilmu-ilmu ini dan kemudian anda
beramal dengannya, hidup anda akan mula berubah.
Anda akan hidup sebagai seorang pelajar yang luar biasa. Bukan lagi pelajar yang
biasa-biasa.
Ramai pelajar yang telah mendengar ceramah motivasi Rahsia Pelajar Luar
Biasa saya, teruja dengan rahsia-rahsia ini. Ada yang mengalirkan air mata
mendengarnya. Mereka baru tahu inilah rahsia untuk berjaya sebagai pelajar luar
biasa. Mereka berasa seolah-olah mendapat semangat baru selepas mengetahui
rahsia ini.
Alhamdulillah, hari ini semua rahsia ini dinukilkan dalam bentuk penulisan bagi
membolehkan lebih ramai pelajar yang mendapat manfaatnya.
Selepas membaca buku ketiga-tiga buku ini, saya yakin anda akan terinspirasi
dengan kisah kejayaan saya. Anda akan mula mengetahui teknik pembelajaran
yang mudah dan berkesan. Anda akan berasa teruja untuk belajar di luar negara.
Kemudian, akan timbul kesedaran dalam diri anda untuk menjadi seorang
manusia yang berjaya. Bukan sahaja berjaya di dunia, tetapi juga berjaya di
akhirat.
Hari ini saya sudah pun berjaya, sekarang saya mahu anda pula yang berjaya. Saya
mahu anak bangsa saya hari ini maju ke hadapan. Orang Melayu tak boleh
ketinggalan. Saya mahu anak bangsa saya berjaya dalam kehidupan mereka.
Saya mahu anda tahu, untuk berjaya, anda hanya perlu melakukan perkara yang
sama yang telah dilakukan oleh orang lain yang telah terbukti berjaya.
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 12
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
Insya Allah, jika anda menggunakan teknik yang sama seperti yang saya gunakan
dahulu. Anda akan berjaya sama seperti saya.
Hayatilah perjalanan hidup saya menjadi pelajar cemerlang. Anda akan saksikan,
bagaimana saya menjadi pelajar terbaik di University of Sheffield. Apa rahsianya
untuk menjadi pelajar yang cemerlang.
Harapan saya, agar anda yang membaca buku ini akan terinspirasi dengan kisah
kejayaan yang telah saya capai. Saya mahu anda tahu, bukan senang untuk
berjaya. Saya bekerja keras dahulu untuk berjaya. Kejayaan memerlukan
pengorbanan.
Saya doakan, anda yang membaca buku ini akan dapat mengamalkan segala ilmu
dan rahsia yang saya kongsikan. Semoga satu hari nanti, anda akan berjaya.
Berjaya dalam kehidupan di dunia dan berjaya dalam kehidupan di akhirat.
Selamat Membaca!
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 13
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
BAB 1 : LATAR BELAKANG KELUARGA
Nama penuh saya Mohd Firdaus Bin Mat Saad. Saya dilahirkan pada 6 Jun 1981
dan dibesarkan di sebuah perkampungan di Kampung Kedah, Parit Buntar, Perak.
Saya berasal dari keluarga yang sederhana. Dahulu, ayah saya bekerja sebagai
seorang Pembantu Tadbir di sekolah dan emak saya pula merupakan seorang
Pembantu Jururawat.
Saya merupakan anak yang ke-3 daripada 5 orang adik-beradik, 4 lelaki dan 1
perempuan. Abang saya yang sulung bernama Norafizal Mat Saad (Abang Jan) dan
yang kedua bernama Arman Zaharil Mat Saad (Abang Arman). Kakak saya yang
ketiga bernama Hani Azura (beliau meninggal dunia pada tahun 2012 akibat
penyakit barah). Saya mempunyai seorang adik iaitu Mohd Dzuha Mat Saad
(Dzuha).
Kami semua dibesarkan dalam suasana kampung. Pada waktu itu, keadaan
persekitaran tempat tinggal kami tidak begitu menekankan kecemerlangan
akademik. Semua anak-anak kampung lebih gemar untuk bermain berbanding
untuk belajar.
Walau bagaimana pun, kami bersyukur kerana sejak dari kecil lagi, emak dan abah
sering mengambil berat hal pelajaran kami semua. Mereka mendorong kami
untuk belajar bersungguh-sungguh. Mereka memberi semangat kepada kami
untuk menjadi pelajar yang cemerlang.
Alhamdulillah, berkat doa daripada emak dan abah, serta usaha keras kami
semua, empat daripada adik-beradik saya berjaya melanjutkan pelajaran ke
United Kingdom. Abang Jan dan Dzuha telah mendapat biasiswa daripada
Petronas. Abang Arman dan saya pula mendapat biasiswa daripada MARA.
Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kami
semua.
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 14
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
ABANG JAN MENTOR UTAMA
Abang Jan merupakan anak sulung dalam keluarga. Sejak di bangku sekolah
rendah lagi, emak dan abah tak putus-putus memberikan dorongan dan kata-kata
semangat untuk Abang Jan berjaya dalam pelajaran.
Bagi emak, kejayaan Abang Jan dalam pelajaran amat penting kerana ia akan
menjadi pembakar semangat untuk kami adik-beradik yang lain. Jika yang sulung
berjaya, Insya Allah adik-adiknya akan lebih termotivasi untuk berjaya.
Sejak di sekolah rendah lagi, Abang Jan telah belajar bersungguh-sungguh.
Alhamdulillah, semasa peperiksaan Penilaian Darjah 5 pada tahun 1983 (sama
dengan UPSR sekarang), beliau berjaya mendapat gred A dalam semua mata
pelajaran (5A).
Selepas tamat persekolahan di Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat Nibong
Tebal, Abang Jan meneruskan pengajian di Sekolah Tun Syed Syeh Shahabudin
(STSSS). Sebuah sekolah berasrama penuh di Bukit Mertajam. Abang Jan belajar di
situ sehingga Tingkatan 5.
Saya masih ingat, jika emak dan abah berkelapangan, kami akan melawat Abang
Jan di sekolahnya. Setiap kali kami melawat Abang Jan, emak dan abah akan
menasihatkan kami untuk belajar bersungguh-sungguh agar dapat masuk ke
sekolah berasrama penuh seperti Abang Jan.
Walau pun ketika itu saya masih kecil, saya sudah rasa bersemangat untuk masuk
ke sekolah berasrama penuh macam abang saya juga.
Setiap tahun di STSSS, Abang Jan menerima hadiah Pelajar Cemerlang di Majlis
Penyampaian Hadiah sekolah. Malah, beliau juga terpilih sebagai Ketua Pelajar
dan Pelajar Terbaik Keseluruhan semasa di Tingkatan 5.
Sebagai adik, saya berasa bangga memiliki seorang abang yang hebat. Saya
menanam impian agar satu hari nanti saya akan berjaya seperti abang saya juga.
Alhamdulillah, Abang Jan memperoleh keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan SPM dan mendapat tawaran biasiswa Petronas untuk melanjutkan
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 15
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
pelajaran di United Kingdom. Abang Jan ditawarkan untuk membuat A-Level di
Maktab Sains MARA, Cheras Kuala Lumpur pada waktu itu.
Setelah dua tahun membuat A-Level di sana, pada tahun 1992 Abang Jan
mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke University of Manchester
Institute of Science and Technology di Manchester, United Kingdom dalam bidang
Electrical and Electronic Engineering.
Di United Kingdom, beliau merupakan seorang yang aktif berpersatuan, dan
dipilih sebagai Presiden Malaysian Students Society di situ.
Dalam bidang akademik, beliau amat cemerlang. Beliau memperoleh First Class
Honours dalam peperiksaan akhir tahun.
Selepas pulang dari United Kingdom, beliau terus berkhidmat dengan sebuah
syarikat minyak dan gas yang terkemuka di Malaysia.
Sepanjang kerjayanya bersama syarikat minyak dan gas ini, Abang Jan telah
merantau dan bertugas di banyak negara, antaranya Myanmar, Sudan,
Turkmenistan, Indonesia, dan lain-lain lagi.
Hari ini, Abang Jan hidup selesa di Shah Alam bersama keluarga yang tercinta.
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 16
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
ABANG ARMAN
Abang Arman merupakan abang saya yang kedua.
Sejak dari sekolah rendah lagi, beliau merupakan seorang pelajar yang cemerlang.
Beliau memperoleh gred A dalam semua matapelajaran (4A) dalam peperiksaan
UPSR dan meneruskan tradisi kecemerlangan seperti yang dicapai oleh Abang Jan.
Atas kecemerlangannya itu, Abang Arman terus ditawarkan untuk belajar di
MRSM Taiping dari Tingkatan 1 sehingga ke Tingkatan 5.
Kejayaan abang sulung, Abang Jan dalam peperiksaan SPM dan berjaya
melanjutkan pelajaran ke luar negara memberi inspirasi kepada Abang Arman
untuk turut sama berjaya.
Saya ada beberapa kali melawat abang saya di MRSM Taiping. Bagi saya, MRSM
Taiping sebuah sekolah yang sangat cantik. Walaupun saya masih kecil, saya telah
memasang impian agar satu hari nanti saya juga dapat bersekolah di situ.
Di MRSM Taiping, Abang Arman belajar bersungguh-sungguh. Alhamdulillah,
beliau memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM.
Pada tahun 1993, beliau terus ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di
peringkat A-Level di Dublin, Ireland. Selepas itu, beliau terus mengambil bidang
Ijazah Sarjana Perubatan di Trinity College, Dublin Ireland.
Selepas 5 tahun di sana, beliau berjaya memegang ijazah kedoktoran. Beliau
mengambil peluang untuk bekerja sebagai seorang doktor untuk mencari
pengalaman bekerja di sana.
Selepas beberapa tahun beliau berkhidmat di Republic of Ireland, beliau kembali
ke Malaysia pada tahun 2005.
Hari ini, beliau berkerja sebagai Konsultan Pakar Pembedahan Plastik di sebuah
hospital universiti di Pantai Timur Malaysia.
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 17
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
DZUHA - ADIK BONGSU
Adik saya, Mohd Dzuha berusia dua tahun lebih muda daripada saya.
Semasa di sekolah rendah, beliau juga merupakan seorang pelajar yang
cemerlang. Dalam Peperiksaan UPSR, beliau memperoleh gred A dalam semua
matapelajaran (4A). Beliau terus ditawarkan untuk belajar di MRSM Gerik, Perak.
Di MRSM Gerik, beliau merupakan seorang yang aktif. Beliau mewakili maktab
dalam pertandingan perbahasan. Beliau juga merupakan Presiden Badan Wakil
Pelajar di sana.
Semasa di Tingkatan 3, sekali lagi beliau memperoleh gred A dalam semua
matapelajaran (8A) dan terus ditawarkan untuk belajar di MRSM Taiping, Perak.
Alhamdulillah, beliau memperoleh keputusan SPM yang cemerlang dan terus
ditawarkan oleh pihak Petronas untuk melanjutkan pelajaran di University of
Sheffield, United Kingdom dalam bidang Mechanical Engineering.
Di sana, adik saya terpilih sebagai Presiden Sheffield Malaysian Student
Association.
Selepas pulang ke Malaysia, adik saya kini berkhidmat sebagai Engineer di sebuah
syarikat minyak dan gas yang utama di Bintulu, Sarawak.
SYUKUR ALHAMDULILLAH
Allah memudahkan kami semua untuk berjaya dalam pelajaran. Kami dapat
melanjutkan pelajaran di United Kingdom. Hari ini, kami semua berjaya dan hidup
selesa dengan kerjaya masing-masing.
Dalam Buku Kedua Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang dan Buku Ketiga
Rahsia Pelajar Luar Biasa, saya akan berkongsi dengan anda apakah rahsia yang
kami semua gunakan untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Jika anda
mempraktikkan segala teknik yang telah kami semua amalkan, saya yakin anda
juga akan berjaya seperti kami semua. Insya Allah.
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 18
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
BAB 2 : MENITI ALAM PERSEKOLAHAN
Ini kisah hidup saya. Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan
Permatang Tok Mahat, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.
Sejak dari Darjah 1, saya sentiasa menjadi pelajar Top 10 di dalam kelas. Kalau nak
diikutkan, tidak lah terlalu bagus jika hendak dibandingkan dengan abang-abang
saya. Mereka dahulu sentiasa mendapat Top 3 semasa mereka di sekolah rendah.
Saya juga merupakan pengawas sekolah sejak dari Darjah 4.
Dalam bidang kokurikulum, saya amat aktif dan gemar bersukan. Saya mewakili
sekolah dalam bola sepak, bola baling, sepak takraw dan badminton. Setiap
petang saya akan ke sekolah untuk bersukan.
Ketika saya di Darjah 6, akibat kelalaian saya terlalu banyak bermain serta tidak
fokus dalam pelajaran, saya hanya memperoleh 3A dan 1B dalam peperiksaan
UPSR. Saya mendapat B untuk subjek Bahasa Inggeris.
Saya gagal mendapat keputusan yang cemerlang seperti abang-abang saya. Saya
langsung tidak layak untuk memohon masuk ke mana-mana sekolah berasrama
penuh mahupun MRSM. Ia satu tamparan hebat buat saya pada ketika itu.
Pada waktu itu, saya baru sedar saya gagal kerana saya tidak fokus dalam
pelajaran. Saya terlalu banyak main dan berseronok di peringkat awal dan hanya
tersedar dua bulan sebelum peperiksaan. Saya kurang membuat latihan dan saya
terlewat mengulang kaji pelajaran.
Saya kecewa dengan keputusan ini. Saya menyesal kerana tidak belajar
bersungguh-sungguh tempoh hari. Namun apakan daya. Menangis keluar air mata
darah sekalipun sudah tidak berguna lagi.
Harapan terakhir saya adalah memohon untuk masuk ke SMKA Al Mashoor (L)
Pulau Pinang. Sekolah ini masih menerima pelajar yang memperoleh 3A 1B pada
waktu itu.
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 19
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
Pada cuti sekolah hujung tahun itu, emak dan abah membawa saya dan adik saya
untuk menunaikan umrah. Di hadapan Kaabah, saya berdoa dengan penuh
pengharapan.
Ya Allah ya Tuhanku, aku mohon pada Mu. Berilah peluang untukku masuk ke
SMKA Al-Mashoor. Aku nak belajar di asrama ya Allah. Aku nak betulkan
kesilapan aku dahulu ya Allah. Bantulah aku ya Allah.
Itulah doa yang saya pohon di sana. Saya sudah tiada tempat untuk mengadu
melainkan kepada Nya.
Sekembalinya saya ke Malaysia, syukur Alhamdulillah saya menerima sepucuk
surat mengatakan saya diterima masuk ke sekolah ini. Saya berasa sangat gembira
dengan tawaran ini.
Maka, bermulalah episod baru dalam hidup saya.
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 20
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
BAB 3 : TURNING POINT DI SMKA AL-MASHOOR
Alhamdulillah saya ditawar masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al
Mashoor (L), Pulau Pinang untuk pengajian di Tingkatan 1. Ia merupakan sebuah
sekolah berasrama harian.
Pada waktu itu, saya rasa amat bersyukur. Tak dapat masuk sekolah berasrama
penuh, dapat ke sekolah agama pun jadilah. Boleh saya belajar banyak ilmu
agama di sini nanti. Itu yang saya fikirkan pada waktu itu.
Di sinilah kehidupan saya mula berubah. Saya pernah kecewa dengan keputusan
peperiksaan UPSR saya dahulu. Saya tidak mahu kecewa sekali lagi.
Saya mahu mengubah kehidupan saya. Saya mahu berjaya seperti abang-abang
saya yang telah melanjutkan pelajaran ke luar negara di United Kingdom dalam
bidang kejuruteraan dan kedoktoran.
Saya mesti belajar sehingga ke luar negara seperti mereka juga.
HATIKU TERSENTAP!!
Di SMKA Al Mashoor, saya tinggal di asrama. Setiap dua minggu, kami para pelajar
yang tinggal di asrama dibenarkan pulang ke rumah.
Suatu hari, saya pulang ke rumah untuk bercuti.
Ayah saya mengajak saya untuk membantu beliau membancuh simen, dan
siapkan lantai simen di tepi rumah saya. Kawasannya tidaklah besar. Kecil sahaja.
Saya sekadar bantu mencampurkan simen, pasir dan air. Kemudian saya angkat
simen yang siap dibancuh ke tempat yang hendak diturap. Setelah bekerja keras
sekitar 2 jam, kerja itu dapat disiapkan.
Saya berasa amat letih dan penat. Tambahan pula, petang itu saya perlu pulang
ke asrama di Pulau Pinang dengan menaiki bas.
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 21
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
Sebelum pulang ke asrama, saya bersalam dengan ayah saya. Satu soalan yang
beliau tanya kepada saya membuatkan saya rasa ia memberi dimensi baru dalam
hidup saya.
Daus, penat tak tadi buat kerja bancuh simen?
Mestilah penat. Saya menjawab ringkas.
Macam tu lah penatnya orang yang kerja buruh kasar. Kalau sekarang Daus
belajar rajin-rajin, nanti bila dah besar boleh jadi engineer, tak perlu kerja berat-
berat macam tadi. Tapi kalau sekarang malas belajar, nanti bila dah besar susah
nak dapat kerja. Kena kerja buruh kasar macam tadi.
Ayat itu benar benar menyentap perasaan saya.
Sepanjang perjalanan saya pulang ke asrama menaiki bas, saya terbayang apa
yang ayah saya katakan ini.
Ia benar-benar meresap masuk ke dalam hati dan sanubari saya. Apa yang ayah
saya katakan itu mungkin ada kebenarannya.
Jika saya tak belajar bersungguh-sungguh sekarang, nanti apabila sudah besar,
saya akan susah mendapat pekerjaan yang baik. Akhirnya, saya mungkin terpaksa
memilih pekerjaan yang memerlukan kudrat dan tenaga yang banyak. Saya
mungkin akan hidup susah.
PERUBAHAN DI SEKOLAH
Di sekolah, saya mula berubah. Saya berazam untuk menjadi pelajar yang
cemerlang. Walaupun masih di Tingkatan 1, saya sudah pun berazam untuk
mendapat gred A dalam semua matapelajaran (9A) dalam PMR nanti.
Semasa di Tingkatan 1, Abang Jan mula menceritakan kepada saya rahsia untuk
menjadi pelajar yang cemerlang.
Abang Jan berkongsi dengan saya satu persatu teknik belajar yang berkesan.
Beliau mengajar saya teknik memahami apa yang diajar oleh guru di dalam kelas.
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 22
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
Beliau berkongsi dengan saya teknik membuat nota, teknik menghafal,
persediaan sebelum kelas, semasa di dalam kelas dan selepas kelas. Beliau
mengajar saya cara untuk berjaya dengan lebih mudah.
Beliau turut berkongsi dengan saya pengalaman yang beliau telah lalui semasa
belajar di STSSS dahulu.
Beliau banyak memberi motivasi dan inspirasi kepada saya untuk turut berjaya.
Beliau mahu saya berjaya seperti beliau. Syukur Alhamdulillah saya mempunyai
abang yang mampu untuk membimbing saya dalam pelajaran.
Saya tersentuh dengan kata-kata semangat daripada beliau. Saya teruja dengan
teknik pembelajaran berkesan yang beliau kongsikan dengan saya. Saya kagum
dengan rahsia untuk menjadi pelajar luar biasa yang diajar kepada saya.
Saya mula belajar bersungguh-sungguh.
Saya amalkan segala teknik yang diajar oleh Abang Jan. Pada masa itu, barulah
saya rasa belajar itu mudah. Mudah kerana saya sudah tahu cara untuk belajar
dengan berkesan.
[Segala teknik-teknik ini telah saya kongsikan secara terperinci dalam Buku Kedua
iaitu Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang dan Buku Ketiga Rahsia Pelajar Luar
Biasa.]
Saya mula mensasarkan untuk masuk ke MRSM di Tingkatan 4 nanti. Saya mahu
pergi melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti abang-abang saya.
Saya tiada pilihan.
Saya mula berubah. Saya mula fokus kepada pengajaran cikgu di kelas. Saya
membuat persediaan yang rapi sebelum ke kelas. Saya mengulangkaji dengan
segera selepas pulang dari kelas. Setiap kerja sekolah disiapkan segera.
Saya rajin berjumpa dengan guru.
Pendek kata, saya melakukan semua perkara yang dinasihatkan oleh abang saya.
Saya rasakan seolah-olah inilah peluang terakhir untuk saya berubah.
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 23
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
NASIHAT SEORANG GURU
Di sekolah, hampir setiap hari cikgu akan memberi nasihat kepada kami untuk
belajar bersungguh sungguh.
Pada suatu hari, seorang guru masuk ke kelas saya. Saya masih ingat, nama cikgu
ini Cikgu Abdul Rashid. Beliau mengajar subjek Kemahiran Hidup.
Sebelum memulakan kelas, beliau selalu memberi kata-kata nasihat kepada kami
semua. Di dalam kelas, beliau bertanya kepada kami.
Saya nak tanya kamu semua dua soalan mudah. Yang pertama, berapa umur
kamu semua sekarang?
13 tahun cikgu, kami semua menjawab serentak.
Soalan kedua saya, kebiasaannya pada umur berapa seseorang itu akan mati?
60-70 tahun cikgu, kami memberi jawapan pelbagai. Mengikut sangkaan
masing-masing.
Ok, sekarang ini, umur kamu 13 tahun. Insya Allah, dalam tempoh 10 tahun lagi
umur kamu 23 tahun, waktu itu kamu dah habis belajar sampai peringkat ijazah.
Kamu semua sedar tak, kamu sebenarnya hanya akan belajar selama 10 tahun
sahaja lagi. Cikgu Rashid menerangkan kepada kami.
Sekarang, katakanlah seseorang itu mati umur 63 tahun. Maksudnya selepas
umur 23 tahun. Kamu masih ada lagi 40 tahun untuk hidup. Betul tak? Cikgu
Rashid bertanya kepada kami.
Betul cikgu, kami semua menjawab. Pada waktu itu, saya masih tidak faham.
Apa rasionalnya cikgu bertanya kami dua soalan ini. Sehinggalah cikgu
menerangkan kepada kami.
Sebenarnya macam ni. Saya nak kamu semua faham. Kamu hanya akan belajar
di sekolah dan universiti dalam tempoh 10 tahun saja lagi. Kalau nak susah untuk
baca buku pun, dalam 10 tahun ini sajalah. Kalau nak belajar rajin-rajin pun, 10
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 24
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
tahun ini sajalah. Lepas tu kamu tak payah belajar di sekolah atau universiti lagi
dah.
Tapi kamu sedar tak, kalau kamu belajar betul-betul sekarang ni, kamu akan
dapat keputusan yang baik. Nanti kamu akan dapat pekerjaan yang baik-baik.
Dapat gaji yang besar. Kamu akan hidup senang lagi 40 tahun.
Tapi, kalau kamu main-main dalam tempoh 10 tahun ni, keputusan peperiksaan
kamu tak bagus, kamu akan susah mendapat pekerjaan. Gaji kamu pun rendah
nanti. Kesannya, kamu mungkin akan hidup susah selama 40 tahun lagi.
Jadi, saya nak nasihatkan kamu. Belajarlah bersungguh-sungguh sekarang ni.
Korbankan keseronokan kamu untuk 10 tahun ini. Insya Allah. Kamu akan hidup
senang selepas itu.
Ya Allah, saya baru faham apa yang cikgu maksudkan. Mendalam maksud cikgu tu.
Nasihat yang Cikgu Rashid sampaikan kepada saya itu benar-benar terkesan di
hati saya. Lebih kurang sama macam nasihat yang ayah saya berikan sebelum ini.
Ia menambah semangat saya untuk terus belajar bersungguh sungguh. Saya yakin,
jika saya korbankan keseronokan saya untuk tempoh 10 tahun ini. Saya akan
mendapat kesenangan dalam tempoh 40 tahun kemudian.
Tetapi, jika saya memilih untuk berseronok dalam tempoh 10 tahun ini, hidup
saya mungkin akan susah untuk tempoh 40 tahun kemudian. Saya tidak mahu
begitu.
MENGATUR LANGKAH MARA KE HADAPAN
Saya amat bersyukur. Selepas mendapat dua nasihat daripada ayah dan guru
saya, saya semakin bersemangat untuk belajar bersungguh-sungguh.
Walau pun masih di Tingkatan 1, saya tidak mahu terlalu berseronok.
Ketika di Tingkatan 2, saya semakin fokus. Alhamdulillah, keputusan peperiksaan
saya menunjukkan peningkatan yang positif. Semasa cuti sekolah di Tingkatan 2
untuk masuk ke Tingkatan 3, saya mengikut nasihat yang abang saya berikan.
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 25
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
Saya gunakan masa cuti ini untuk mengulang kaji semua subjek Tingkatan 1 dan 2.
Saya mahu membuat persediaan awal. Saya mahu masuk ke Tingkatan 3 dalam
keadaan bersedia.
Apabila masuk ke Tingkatan 3, saya terus masuk gear untuk memecut.
Saya semakin fokus terhadap pelajaran saya. Saya semakin rajin untuk berjumpa
dengan guru untuk mendapatkan penjelasan sesuatu yang saya tidak faham.
Pada waktu itu, saya dah tak kisah. By Hook Or By Crook saya mesti dapat 9A
dalam PMR dan saya nak masuk ke MRSM. Setiap hari, saya menunaikan Solat
Hajat agar Allah memperkenankan doa saya ini.
Semasa di Tingkatan 3, saya dapat mengenal pasti kelemahan utama saya adalah
dalam Subjek Bahasa Inggeris. Saya perlu memberi keutamaan dalam subjek ini.
Alhamdulillah saya tidak mempunyai banyak masalah untuk faham subjek-subjek
lain.
Memandangkan kelemahan utama saya adalah untuk membuat karangan Bahasa
Inggeris, saya meletakkan usaha yang lebih untuk ini.
Hampir setiap minggu, saya berjumpa dengan guru kelas saya. Saya meminta
beliau untuk mengajar teknik menjawab soalan Bahasa Inggeris dalam PMR. Ia
dilakukan secara personal. Hanya saya dan guru sahaja.
Setiap minggu, saya akan membuat satu karangan dan meminta kepada guru
tersebut untuk menyemaknya.
Apa yang saya lakukan ini adalah atas inisiatif saya sendiri. Bukan kerana ia kerja
sekolah yang perlu saya selesaikan.
Menjelang peperiksaan, saya tiada pilihan. Saya perlu menghafal karangan Bahasa
Inggeris. Ya, ia satu kerja gila.
Saya mula menghafal beberapa karangan penting yang boleh diaplikasikan dalam
banyak soalan. Misalnya, saya menghafal karangan berbentuk ucapan, surat rasmi
dan tidak rasmi di bahagian pendahuluan dan penutup.
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 26
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
Saya juga menghafal berpuluh-puluh peribahasa dalam Bahasa Inggeris.
Ini semua saya lakukan bagi memudahkan saya menjawab soalan PMR nanti.
Alhamdulillah, menjelang peperiksaan PMR saya agak yakin kebolehan dan
kemampuan saya dalam Bahasa Inggeris.
Saya turut memberi penekanan untuk subjek-subjek yang lain. Sepanjang tahun,
saya bekerja keras bagi mencapai apa yang saya impikan.
Kesannya amat memberangsangkan. Alhamdulillah. Saya memperoleh keputusan
yang amat cemerlang .
Saya mendapat 9A dalam peperiksaan PMR. Termasuk Subjek Bahasa Arab.
Terus-terang saya katakan, tips dan teknik belajar berkesan yang abang saya
ajarkan benar-benar membantu saya dalam mencapai keputusan yang cemerlang
dalam peperiksaan PMR.
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 27
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
BAB 4 : MRSM TAIPING - SENTIASA DI HATIKU
Syukur Alhamdulillah. Kesungguhan saya belajar semasa di Tingkatan 3 telah
terbalas.
Saya benar-benar tidak menyangka bahawa saya akan mendapat tawaran belajar
di MRSM Taiping. Salah sebuah MRSM terbaik di Malaysia.
Tanggal 22 Februari 1997, saya mendaftar masuk di MRSM Taiping untuk belajar
di Tingkatan 4. Di sekolah yang sama seperti abang saya yang kedua. Ya, impian
saya semasa kecil untuk belajar di MRSM ini telah Allah makbulkan.
Apabila saya memasuki MRSM Taiping, Abang Arman menasihatkan saya.
Daus, bila dah masuk ke MRSM Taiping ni, sebenarnya sebelah kaki dah ada di
oversea. Tinggal sebelah kaki saja lagi di MRSM Taiping. Kalau Daus belajar betul-
betul di sini, Insya Allah. Nanti boleh pergi oversea.
Saya semakin teruja. Kedua-dua abang saya sudah pun menyambungkan
pelajaran mereka di United Kingdom. Saya mesti ke sana juga.
Abang saya juga memaklumkan bahawa di
MRSM nanti, saya akan dihujani dengan
pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak
maktab. Beliau meminta saya untuk menyertai
semua program ini sebaik mungkin.
Semua ini adalan untuk kebaikan saya pada
masa akan datang. Beliau juga menggalakkan
saya untuk belajar menjadi pemimpin ketika di
sini.
Saya benar-benar rasa gembira dengan nasihat-
nasihat yang diberikan oleh abang saya.
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 28
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
MENGASAH BAKAT KEPIMPINAN
Di MRSM Taiping, saya mula mengorak langkah, mencungkil segala bakat yang
ada. Saya mula aktif dalam persatuan. Dari segi kepimpinan, saya terpilih untuk
memegang jawatan Exco Akademik Dan Homeroom Badan Wakil Pelajar.
Walau pun sibuk dengan pelbagai aktiviti dan kegiatan di maktab, saya tetap
fokus dengan pelajaran saya. Cumanya kali ini saya rasa lebih mudah. Saya sudah
tahu teknik belajar yang berkesan. Saya sudah tahu rahsia untuk berjaya.
Semua teknik dan rahsia ini sudahpun diajar oleh abang-abang saya.
Syukur Alhamdulillah saya dididik oleh barisan guru yang hebat dan
berpengalaman.
Guru homeroom saya iaitu Cikgu Asriyah banyak membimbing saya untuk
menjadi manusia yang berguna.
Tidak lupa, barisan guru yang mengajar saya dahulu. Ustazah Che Som mengajar
saya subjek Pendidikan Islam. Cikgu Normah mengajar Bahasa Melayu, Sir Ranjit
Singh mengajar Bahasa Inggeris, Cikgu Haleezaa mengajar Matematik, Cikgu
Razalan mengajar Fizik, Cikgu Ghazi mengajar Kimia, Cikgu Aziz mengajar Sejarah
dan tidak lupa Cikgu Siti Zabedah dan Cikgu Norah mengajar saya Prinsip Akaun.
Terlalu banyak nasihat yang mereka berikan kepada saya dahulu. Saya yakin,
nasihat-nasihat mereka ini banyak membantu saya dalam kehidupan saya hari ini.
Di sini juga, saya belajar bersungguh-sungguh kerana saya mahu melanjutkan
pelajaran ke luar negara seperti abang-abang saya. Saya tahu, kalau saya berjaya
di peringkat ini, kehidupan saya akan berubah. Saya akan menjadi seorang yang
berjaya.
Saya lebih fokus. Sasaran saya, saya mesti cemerlang dalam pelajaran.
Melanjutkan pelajaran ke luar negara bukan lagi satu pilihan buat saya. Ia menjadi
satu kemestian.
Saya sedar, untuk mendapat sesuatu, saya perlu korbankan sesuatu.
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 29
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
Bagi mendapat peluang untuk belajar di luar negara, saya perlu korbankan
keseronokan sementara yang tidak begitu penting pada masa ini.
Alhamdulillah, berkat kesungguhan belajar di MRSM Taiping, saya berjaya
memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Percubaan SPM.
Hanya berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan inilah, saya ditawarkan
untuk membuat Diploma Kejuruteraan International Baccalaureate sebagai
persediaan untuk ke luar negara di Kolej Mara Banting, Selangor.
Saya mendapat tawaran ini sebelum keputusan sebenar SPM diumumkan.
Allahuakbar. Saya betul-betul berasa gembira.
Saya semakin hampir dengan impian belajar ke luar negara. Selangkah lebih
hampir kali ini.
Di MRSM Taiping , secara keseluruhannya, saya memperoleh tempat yang ke-13
daripada 300 orang pelajar. Saya juga mendapat Anugerah Pelajar Terbaik Subjek
Prinsip Akaun pada tahun itu.
Alhamdulillah, saya berjaya melepasi Ranjau Yang Berliku semasa belajar di
MRSM Taiping.
Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada saya.
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 30
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
BAB 5 : KOLEJ MARA BANTING - PAHIT AKAN MANIS AKHIRNYA
Ketika para pelajar lain masih berehat dan berseronok sementara menunggu
keputusan SPM diumumkan, saya dan rakan-rakan yang terpilih sudah pun
mendaftarkan diri di Kolej Mara Banting, (KMB) Selangor.
Kami menyertai Program International Baccalaureate (IB) sebagai persediaan
sebelum ke luar negara.
Apabila saya mendaftar sebagai pelajar di KMB, saya mendapat berita yang agak
mengerikan. Pengetua kami, Mr Mathias membuat pengumuman bahawa pihak
MARA mahu membuat trek pantas untuk kami semua. Kami hanya diberikan
tempoh masa 1 tahun 6 bulan untuk menghabiskan program ini.
Di seluruh dunia, program IB perlu mengambil masa 2 tahun untuk dihabiskan
oleh seseorang pelajar. Belum pernah lagi sebelum itu mana-mana pelajar
membuat IB dalam tempoh setahun setengah. Tidak cukup dengan itu, pihak
MARA meletakkan syarat tambahan.
Hanya pelajar yang mendapat 35 Point ke atas daripada 45 point keseluruhan
sahaja yang akan ditawarkan pengajian ke luar negara. Mereka yang mendapat 35
Point ke bawah akan dimasukkan ke dalam universiti di dalam negara sahaja.
Allah Allah. Ia satu cabaran dan pertaruhan yang amat besar buat kami semua.
Kami sendiri tidak tahu adakah kami mampu untuk melepasi syarat-syarat yang
telah ditetapkan ini.
Berdasarkan rekod tahun-tahun sebelum ini di Kolej Mara Banting, daripada
beratus-ratus pelajar IB di situ, hanya 10 orang pelajar sahaja yang berjaya
memperoleh 35 Point ke atas. Itupun mereka menamatkan program IB dalam
tempoh 2 tahun.
Kami pula perlu menamatkan program IB dalam tempoh 1 tahun 6 bulan dan
perlu mendapat 35 Point dan ke atas untuk layak ke luar negara.
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 31
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
Sejak itu, setiap hari kami para pelajar hidup dalam keadaan tertekan.
Adakalanya, saya terfikir mengapalah saya masuk program ni? Kenapalah MARA
tak suruh kami ambil A-Level sahaja. Bolehkah kami score dalam peperiksaan ini?
Macam macam yang kami fikirkan.
Di sana, saya bersyukur. Sekitar 15 orang pelajar MRSM Taiping berada dalam
program yang sama. Kami memberi sokongan antara satu sama lain.
Di KMB, saya tiada pilihan. Saya mesti belajar bersungguh-sungguh.
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang
mandi, biar basah. Alang-alang makan biar kenyang. Alang-alang aku dah masuk
KMB ni, biar aku berjuang sampai berjaya ke luar negara.
Bagi saya, kehidupan kami di Kolej Mara Banting bagaikan Neraka Dunia.
Memandangkan tempoh program telah dipendekkan, kami tidak ada masa untuk
bersuka-ria. Setiap hari, kelas bermula jam 7.30 pagi dan hanya berakhir pada jam
5.00 petang.
Kami hanya mempunyai masa untuk membuat kerja rumah pada waktu malam
sahaja. Pada masa yang sama, kami perlu mengulangkaji pelajaran yang kami
belajar pada waktu itu.
Ramai pelajar yang tertekan. Akhirnya, daripada 100 pelajar yang mendaftar di
hari pertama, 20 orang pelajar berhenti kerana tidak mampu untuk menanggung
azab belajar di situ.
Terus-terang saya katakan, saya juga tertekan belajar di sana. Walau bagaimana
pun, saya tahu matlamat saya, saya mahu belajar di luar negara.
Saya perlu menghabiskan Program IB ini dengan cemerlang untuk saya layak
melanjutkan pelajaran di United Kingdom seperti abang-abang saya.
Selang beberapa bulan saya belajar di KMB, keputusan SPM diumumkan.
Alhamdulillah. Saya berjaya mendapat gred A dalam semua matapelajaran (9A).
Ini menaikkan lagi semangat saya untuk terus cemerlang di KMB.
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 32
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
Kebanyakan subjek yang kami belajar di KMB adalah High Level. Ada 7 subjek
kesemuanya, Malay Languange (Sastera Bahasa Melayu), English Language
(Sastera Bahasa Inggeris), Physics, Chemistry, Business Study, Mathematics dan
Theory of Knowledge.
Program IB ini memang tough. Tidak seperti program A-Level yang mana pelajar
hanya perlu mengambil 3 atau 4 subjek. Ternyata, program IB bagaikan mimpi
ngeri buat kami semua.
Dalam keadaan tertekan belajar di sana, satu hari pengetua memanggil kami
semua. Beliau menasihatkan kami semua untuk tidak bersaing antara satu sama
lain. Sebaliknya, beliau mahu kami semua tolong-menolong dan bekerjasama
antara satu sama lain.
Ia satu nasihat dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Saya mahu berjaya,
dalam masa yang sama saya juga mahu rakan-rakan saya yang lain semuanya
berjaya.
Melalui program ini, kami dilatih untuk menjadi seorang insan yang berakhlak
mulia. Kami mula belajar untuk sama-sama membantu rakan-rakan yang lain.
Apa yang paling sukar saya lupakan adalah sepanjang kami berada di sana, para
guru turut bertungkus-lumus mengajar kami tanpa erti jemu. Jika kami terpaksa
datang seawal jam 7.30 pagi dan pulang selewat 5 petang, mereka pun begitu
juga.
Bahkan, ada guru yang sanggup datang awal ke kolej semata-mata mahu
membantu kami untuk sessi consultation seawal jam 7 pagi. Besar sungguh
pengorbanan para guru di KMB untuk melihat kami semua berjaya.
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 33
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
Saya masih ingat semua
guru-guru yang mengajar
saya di sana. Puan Azizah
mengajar Subjek Malay
Language, Miss Loh
mengajar Subjek English
Language, Puan Nilawati
mengajar Subjek Advanced
Mathematics, Puan
Mawarzah mengajar
Subjek Business And
Organisation Study, Mr
Suresh mengajar Subjek
Physics, Puan Salmah
mengajar subjek
Chemistry, Mr Stephen
Ambross mengajar Subjek Theory of Knowledge.
Di kolej, merekalah ibu bapa kami. Ada sesekali saya juga rasa tertekan dengan
kesibukan dalam program ini. Puan Nilawati selaku guru homeroom sayalah yang
menjadi tempat luahan hati dan perasaan saya.
Alhamdulillah, Puan Nila sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada saya
untuk terus berjaya. Inilah yang terus memberi kekuatan kepada saya untuk terus
berjuang di sana.
Dalam program IB juga, kami dipaksa untuk buat program komuniti selama 150
jam. Creativity, Action, Services. (CAS).
Cuba bayangkan dalam kesibukan kami untuk belajar, kami juga terpaksa
menjalankan program servis komuniti selama 150 jam dalam tempoh setahun
setengah.
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 34
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
Kami perlu merancang
program komuniti seperti
menjalankan ceramah
motivasi di sekolah-
sekolah sekitar Banting,
program membersihkan
masjid dan kubur, buat
kelas tambahan, program
kebajikan masyarakat dan
lain lain lagi.
Di kolej, bakat
kepimpinan saya semakin
terserlah. Saya telah
terpilih untuk menjadi
Presiden Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya. Pada mulanya, saya agak
keberatan untuk menerima tanggungjawab ini, kerana saya hanya mahu fokuskan
pelajaran saya.
Tetapi, rakan-rakan di kolej yang mahukan saya mengetuai mereka dalam
persatuan itu. Maka, bertambahlah pengalaman hidup saya dari segi kepimpinan.
Bertambah sibuklah saya ketika belajar di situ.
Ternyata, semua pengalaman ini amat berguna dalam kehidupan saya selepas itu.
Selepas melalui semua ini, saya dapat rasakan segala kesusahan yang saya hadapi
ketika belajar di Kolej Mara Banting, telah menjadi satu proses pembelajaran yang
mematangkan saya. Ia menjadikan saya seorang pelajar yang lebih berkemahiran
dalam pelbagai bidang.
Selepas setahun setengah bertungkus-lumus pagi petang siang malam, saya
berjaya menamatkan pengajian di sini. Saya amalkan segala teknik yang diajarkan
oleh abang saya dahulu. Ternyata, ia membuahkan hasil.
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 35
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
Alhamdulillah, saya
berjaya mendapat 39
Point daripada 45 Point
keseluruhannya. Impian
saya menjadi kenyataan.
Bagi saya, program IB
sebenarnya program yang
amat bagus untuk
menjadikan seseorang
pelajar itu komited dalam
pelajaran dan pada masa
yang sama menjadikan
seseorang itu lebih
berdikari dalam
kehidupan.
Saya dapat merasakan perubahan pada diri saya sebelum dan selepas habis
program IB.
Tetapi, terus-terang saya katakan, kesusahan yang saya hadapi sepanjang di KMB
ini jugalah yang banyak membantu kehidupan saya ketika belajar di universiti.
Kesusahan ini jugalah yang mendidik saya untuk berjaya dalam kehidupan saya.
Setelah memperoleh keputusan daripada pihak MARA mengatakan saya layak
untuk melanjutkan pelajaran ke United Kingdom, saya berasa tersangat gembira.
Impian saya selama ini tercapai. Segala penat lelah saya berjuang terbalas.
Alhamdulillah. Syukur pada Mu ya Allah.
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 36
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
BAB 6 : SEINDAH SALJU DI BUMI SHEFFIELD
Saya bersyukur kerana layak untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Saya
dan rakan-rakan mendapat tajaan daripada pihak MARA.
Sebelum berlepas ke luar negara, pihak MARA membuat taklimat ringkas kepada
kami semua.
Pegawai MARA memaklumkan bahawa kami semua ditawarkan Convertible
Loan. Sekiranya kami berjaya mendapat First Class Honours pada tahun terakhir
kami di sana, pinjaman pelajaran kami akan ditukarkan kepada biasiswa
sepenuhnya.
Kami tidak perlu membayar satu sen pun pinjaman ini. Jika tidak mendapat First
Class Honours, kami perlu membayar balik sebahagian daripada jumlah pinjaman
ini semasa kami bekerja nanti.
Insya Allah, kami semua berazam untuk belajar bersungguh-sungguh di sana
nanti.
Saya dan beberapa rakan lain mengambil bidang Electrical Engineering. Untuk
peringkat Ijazah, kami perlu habiskan dalam tempoh 3 tahun.
Tanggal 9 September 2000, saya dan rakan-rakan yang lain meninggalkan bumi
Malaysia menuju ke London. Destinasi kami yang seterusnya adalah ke University
of Sheffield, United Kingdom.
Di atas kapal terbang, saya bersyukur. Saya menangis kegembiraan kerana impian
saya untuk melanjutkan pelajaran di luar negara tercapai.
Saya bersyukur atas segala nikmat yang Allah berikan kepada saya. Tak mungkin
saya akan berjaya tanpa bantuan dan pertolongan daripada Allah. Syukur.
Alhamdulillah, penat lelah saya belajar bersungguh-sungguh sejak di Tingkatan 1
terbalas. Bila difikirkan kembali, saya sendiri tak tahu macam mana saya boleh
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 37
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
melepasi satu fasa kehidupan di MRSM Taiping dan di Kolej MARA Banting yang
penuh dengan cabaran dan dugaan.
Saya amat bersyukur.
Pada waktu itu, Abang Jan sudah pun pulang ke Malaysia. Abang Jan graduasi
pada tahun 1995. Beliau memperoleh First Class Honours secara keseluruhannya.
Beliau meletakkan satu penanda aras yang tinggi untuk saya.
Di atas kapal terbang, saya teringat pesanan Abang Jan kepada saya.
Daus, bila di UK nanti, ingat, nak buat apa pun, pelajaran mesti diutamakan.
Fokus dan target bagi dapat First Class. Pada masa yang sama, jangan lupa bila
ada di sana ambil peluang untuk belajar jadi pemimpin, pergi jalan-jalan ke
seluruh Eropah, belajar tengok budaya orang, belajar segala-galanya. Apa yang
penting, belajar macam mana cara nak buat kerja. Semua ilmu ni akan berguna
masa kerja nanti. Gunakan peluang ini sebaik mungkin. Ramai pelajar lain yang
nak pi UK tapi tak boleh pi. Jadi, jangan sia-siakan peluang ini.
Kata-kata abang saya ini memberi inspirasi kepada saya. Saya perlu mencontohi
beliau. Ketika belajar dahulu, beliau menjadi Presiden Malaysian Students Society.
Dalam pelajaran pula, beliau dapat First Class Honours.
Itu benchmark yang perlu saya ikuti.
Di University of Sheffield, saya melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan
Elektrik, sama bidang seperti abang saya.
Semester Pertama Tahun Pertama, agak sukar untuk saya menyesuaikan diri
dengan keadaan di sana. Saya masih belum faham dengan sistem pembelajaran.
Di tambah pula dengan accent pensyarah yang bercakap ala-ala British. Saya
menghadapi masalah untuk faham. Pada peperiksaan Semester Pertama itu,
sekali lagi saya kantoi dalam pelajaran.
Daripada 5 subjek yang saya ambil, saya fail dua subjek.
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 38
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
Allahuakbar. Saya terkejut dengan keputusan ini. Tak sangka saya boleh gagal
sampai dua subjek sekali gus.
Syukur saya pernah gagal dahulu ketika di sekolah. Sekarang, saya tahu macam
mana mahu menangani masalah ini. Saya tahu bagaimana mahu bangkit semula
daripada kegagalan.
Saya mencari jawapan apa puncanya saya gagal dalam dua subjek. Saya cuba
untuk mengatasi kelemahan pada diri saya. Saya minta bantuan daripada rakan-
rakan lain yang lebih expert untuk membantu.
Perlahan-lahan saya bangkit semula daripada kegagalan. Saya belajar bersungguh-
sungguh dan pada Semester Kedua Tahun Pertama, Alhamdulillah saya berjaya
mendapat First Class Honours.
Saya bersyukur kerana dapat mengembalikan rentak kecemerlangan saya.
Di universiti, saya merupakan seorang pelajar yang aktif. Saya mewakili universiti
dalam pertandingan bola sepak antara universiti di Sheffield Games, Warwick
Games dan Nottingham Games.
Seperti saya ceritakan sebelum ini, saya memang suka bersukan. Cumanya, kali ini
saya lebih bijak membahagikan masa antara bersukan dan belajar. Main tetap
main, belajar tetap belajar.
Pada Tahun Kedua, saya telah terpilih untuk menjadi Presiden Sheffield Malaysian
Student Association (SMSA). Ini semua gara-gara Rezqa. Senior saya di sana.
Beliau mahukan seorang presiden yang lebih islamik untuk mengetuai Sheffield
Malaysian Students Association (SMSA).
Sebenarnya, saya ini bukannya seorang yang gila jawatan. Jawatan presiden itu
bukan saya yang minta.
Saya masih ingat suatu hari ketika program Usrah di Sheffield, Rezqa, Nurman,
Tazli, Fahmi, Adzhar, Zamir, Huzainy dan beberapa rakan lain bermesyuarat siapa
yang mahu diketengahkan untuk menjadi presiden. Seseorang yang boleh
menyeimbangkan program Islamik dan sosial di Sheffield.
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 39
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
Akhirnya mereka semua nampak saya yang berkebolehan untuk jawatan ini.
Mahu tak mahu, saya terpaksa menerima tawaran ini. Bermulalah proses melobi
saya kepada semua pelajar Sheffield pada waktu itu. Mereka membuat senarai
semua pelajar Malaysia di Sheffield.
Mereka berkempen seorang demi seorang. Mereka mahu semua orang
menyokong saya semasa majlis pemilihan nanti. Dengan gerak kerja yang
tersusun, akhirnya segala perancangan kami tercapai.
Saya terpilih untuk menjadi Presiden SMSA untuk tahun 2001/2002. Bagi saya ini
satu amanah dan tanggungjawab besar yang perlu saya pikul.
Saya bersyukur atas amanah ini. Saya tahu ia tanggungjawab yang amat berat.
Tetapi, ia juga satu peluang untuk saya belajar menjadi seorang pemimpin.
Sekurang-kurangnya, saya dapat belajar menjadi pemimpin seperti abang saya di
Manchester dahulu. Pesan Abang Jan kepada saya, semasa bergelar pelajar,
belajarlah untuk menjadi pemimpin.
Saya tahu, saya akan lebih sibuk selepas itu. Saya tahu, tanggungjawab saya akan
bertambah. Tapi, saya yakin pengalaman ini pasti akan membantu saya dalam
kehidupan selepas ini.
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 40
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
AMANAH SEBAGAI PEMIMPIN PELAJAR
Bagi saya pengalaman menjadi pemimpin pelajar di universiti amat berharga. Saya
berpeluang untuk belajar memimpin sebuah persatuan yang besar.
Saya belajar menguruskan mesyuarat, belajar membahagikan tugas kepada ajk-
ajk yang lain, belajar memberi ucapan di hadapan khalayak, bertemu dengan VVIP
yang datang ke United Kingdom dan lain lagi.
Pengalaman paling
berharga adalah saya
perlu mengetuai
pelbagai program
yang dianjurkan oleh
persatuan di sana.
Yang paling ngeri
adalah saya dan
rakan-rakan perlu
menguruskan
Sheffield Games 2002.
Ia satu program yang
besar dan memerlukan perbelanjaan yang besar. Seluruh pelajar Malaysia di
United Kingdom akan bertandang ke Sheffield untuk menyertai Sheffield Games.
Dan kamilah yang menguruskannya.
Bagi saya, ia pengalaman yang hebat. Program ini benar-benar memerlukan satu
komiti yang hebat untuk menjayakan.
Syukur Alhamdulillah, rakan-rakan saya yang lain berjaya menjalankan tugas
mereka dan program ini berjalan dengan lancar.
Pengalaman menganjurkan program sebegini banyak membantu dalam
meningkatkan tahap kematangan saya. Pengalaman ini benar-benar membantu
dalam kehidupan saya selepas itu.
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 41
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
PELAJARAN TIDAK DILUPAKAN
Di Sheffield, walaupun aktif dalam berpersatuan dan bersukan, saya tidak
melupakan keutamaan saya berada di sana iaitu untuk belajar. Saya fokus dan
memberi komitmen sepenuhnya terhadap pelajaran saya.
Pada Tahun Kedua, saya belajar bersungguh-sungguh dari awal tahun lagi. Saya
mengamalkan segala teknik belajar berkesan yang diajar oleh Abang Jan dan
Abang Arman. Segala rahsia untuk menjadi pelajar luar biasa saya amalkan.
Syukur Alhamdulillah, dengan teknik dan rahsia ini. Yang susah menjadi mudah.
Dari seorang pelajar yang biasa-biasa, saya menjadi pelajar yang luar biasa.
Semester Pertama, saya berjaya mengekalkan keputusan First Class Honours.
Selepas berjaya memperoleh keputusan ini, barulah saya sedar. Benar apa yang
abang saya katakan dahulu.
Daus, kalau nak berjaya. Senang saja. Buat semua teknik yang Abang Jan
ajarkan dulu. Itulah cara mudah untuk berjaya. Abang Jan dah buat semuanya,
dah terbukti berjaya. So, kalau nak dapat First Class Honours, buat saja apa yang
Abang Jan buat dahulu.
Syukur Ya Allah atas segala nikmat yang diberikan.
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 42
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
BAB 7 : JAUH PERJALANAN, LUAS PENGALAMAN
Semasa belajar di United Kingdom, Abang Jan menasihatkan saya untuk
mengambil peluang ini dengan menjelajah ke seberapa banyak negara yang boleh
di Eropah.
Sejak dari awal lagi, saya dan rakan-rakan memilih untuk menyewa rumah di
kawasan Darnall. Sebuah perkampungan kecil di Sheffield. Ia agak jauh dari
universiti. Kami tinggal di situ kerana kadar sewa di situ jauh lebih murah
berbanding sewa di bandar yang berhampiran dengan universiti.
Saya perlu berjimat-cermat di sana. Saya tidak mahu menyusahkan ibu bapa saya
untuk mengirim duit kepada saya di sana. Duit hasil simpanan saya ini saya mahu
gunakan untuk melancong di tempat-tempat menarik di seluruh Eropah. Peluang
ini mesti digunakan sepenuhnya. Bukan mudah jika saya mahu melancong ke
Eropah dari Malaysia. Kosnya terlalu tinggi.
KEINDAHAN ALAM DI DUBLIN, IRELAND
Tahun Pertama, saya dan
sahabat baik saya Adzhar
melancong ke Dublin,
Ireland. Di sana kami
tinggal di rumah Abang
Arman yang pada waktu
itu bekerja sebagai
seorang doktor di sana.
Alhamdulillah, kami dapat
melawat tempat-tempat
menarik di seluruh
Dublin, Ireland. Selepas itu, kami mengambil peluang untuk menziarahi sahabat-
sahabat kami di Belfast. Antaranya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Aziz Marwan,
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 43
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
Muhaimin dan beberapa orang lagi. Di Belfast, kami berpeluang untuk melawat ke
beberapa tempat yang menarik seperti di Giant Causeway dan Cliff Of Moher. Ia
tempat yang amat cantik. ADVENTURE DI TIMUR TENGAH
Pada akhir Tahun Pertama, saya dan beberapa orang rakan, Tazli, Fahmi, Zamir,
Adzhar dan Azri mengambil keputusan untuk melancong ke Jordan, Mesir, Mekah
dan Madinah sebelum kami semua pulang bercuti ke Malaysia.
Bermula dari Manchester, kami berlepas ke Amman, Jordan. Di Jordan, kami
berpeluang untuk melawat tempat-tempat bersejarah di sana dan juga mandi di
Laut Mati.
Kami mandi di sana dan tidak tenggelam walaupun tak pandai berenang. Air laut
itu teramat masin sehingga kalau terkena kulit muka pun dah terasa sakit. Apatah
lagi kalau terkena mata. Teramatlah pedih.
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 44
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
Kami juga berpeluang untuk melawat sempadan antara Jordan dan Israel.
Kelihatan askar-askar Israel dari jauh sedang memegang senapang bagi
menghalang pencerobohan.
Di Jordan, kami juga menziarahi Gua Kahfi. Iaitu tempat di mana 7 orang pemuda
yang pergi menyelamatkan diri daripada pemimpin yang zalim dan mereka di
tidurkan Allah di dalam gua itu selama 300 tahun.
Kami dapat melihat dengan jelas tulang-tulang 7 pemuda ini dan juga tulang
seekor anjing di dalam gua itu. Selepas ke Jordan, kami melancong ke Mesir dan
seterusnya kami menunaikan umrah di Mekah.
Di dalam percutian ini, kami merancang sendiri segala perjalanan dan memilih kos
yang paling murah. Kami tidak kisah untuk terpaksa menaiki bas berjam-jam
lamanya, tidur di stesen bas, dan tinggal di youth hostel yang murah.
Apa yang penting, percutian kami selama 18 hari ini betul-betul dapat menambah
pengalaman kami dalam melihat negara orang lain dan menyaksikan kebesaran
Allah.
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 45
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
MELANCONG DI EROPAH
Pada Tahun Kedua juga, saya dan rakan-rakan saya Zamir, Tazli, Fahmi & Huzainy
mengambil peluang untuk melancong ke Stockholm, Sweden dan Helsinki di
Finland. Inilah pengalaman kali pertama menaiki kapal mewah dari Stockholm,
Sweden ke Helsinki Finland. Subhanallah, ia pengalaman yang amat menakjubkan
buat saya.
Sebelum saya pulang ke Malaysia pula, pada tahun terakhir saya di sana, saya dan
rakan-rakan Tour Europe secara besar besaran. Kami melawat Paris, Amsterdam,
Belgium, Luxemborg dan Switzerland.
Bagi saya, peluang melancong di luar negara ini amat membuka minda saya
melihat kehidupan orang lain di negara mereka. Terlalu banyak perkara baru yang
saya belajar.
Benarlah kata-kata pujangga, Jauh Perjalanan, Luas Pandangan, Bertambah
Pengalaman.
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 46
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
Dalam bahagian ini, saya sengaja meletakkan banyak gambar ketika saya
mengembara dahulu.
Jangan salah anggap dengan niat saya. Bukan saya hendak mendabik dada kerana
saya sudah mengembara ke banyak negara.
Tetapi, tujuan saya adalah saya mahu memberi inspirasi kepada anda yang
membaca buku ini. Saya mahu anda yang membaca buku ini faham bahawa jika
seorang anak kampung seperti saya boleh melakukan semua ini. Anda juga boleh
melakukannya.
Anda cuma perlu mempunyai keberanian dan kemahuan yang tinggi serta usaha
yang tidak berbelah bahagi. Insya Allah, apa jua yang anda impikan, pasti akan
tercapai.
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 47
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
BAB 8 : KOMITMEN TERHADAP PELAJARAN
Ketika belajar di luar negara, walaupun saya banyak mengembara, walaupun saya
sibuk bersukan, walaupun saya sibuk dengan aktiviti persatuan, tetapi matlamat
saya kenapa saya berada di sana tidak saya lupakan. Saya tetap fokus dalam
pelajaran saya.
Saya amalkan segala teknik yang diajar oleh abang-abang saya semasa berada di
luar negara. Belajar sebenarnya menjadi lebih mudah selepas saya tahu caranya.
Tahun Kedua di Sheffield, saya mendapat First Class dalam Semester Pertama dan
Second Class Upper di Semester Kedua.
Di Tahun Ketiga, iaitu tahun terakhir. Saya hanya mengekalkan momentum saya.
Saya tidak menoleh ke belakang lagi. Saya menumpukan sepenuh perhatian
kepada pelajaran saya.
Syukur Alhamdulillah, setelah bekerja keras, belajar bersungguh-sungguh, penat
lelah saya selama ini terbalas. Akhirnya pada Semester Terakhir, saya berjaya
mendapat keputusan First Class Honours dalam bidang Electrical Engineering.
Apa yang lebih membanggakan saya, daripada 100 pelajar dari serata dunia yang
berada dalam Department of Electrical Engineering, saya merupakan satu-satunya
pelajar yang mendapat First Class Honours dan mendapat tempat yang pertama
dalam Department.
Tambahan lagi, kerja kursus Final Year Project saya turut mendapat Anugerah
Khas daripada pihak universiti.
Allah Allah. Syukur Alhamdulillah atas kejayaan yang saya peroleh sepanjang
kehidupan saya bergelar pelajar. Bersyukur di atas segala bentuk pertolongan dan
bantuan yang Allah berikan kepada saya sepanjang tempoh saya belajar dari
sekolah menengah sehinggalah saya menamatkan ijazah saya.
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 48
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
PULANG KE MALAYSIA
Selepas pulang ke Malaysia, saya terus berkhidmat sebagai seorang jurutera di
Silterra Malaysia Sdn Bhd selama 2 tahun. Selepas itu, saya mengambil keputusan
untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan saya sendiri.
Alhamdulilah, hari ini saya merupakan seorang Usahawan yang berjaya.
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 49
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
PENUTUP
Daripada pengalaman yang saya lalui, saya dapat merasakan betapa pentingnya
untuk seseorang pelajar sedar mereka perlu belajar bersungguh-sungguh dan
menjadi pelajar cemerlang.
Tak salah untuk anda bermain dan bersukan di sekolah. Yang tak bolehnya, anda
main-main di sekolah. Anda perlu bijak untuk menguruskan masa.
Jika anda berjaya fokus dalam pelajaran di peringkat awal, Insya Allah. Anda akan
mudah fokus walau di mana jua anda belajar.
Seandainya anda berjaya dalam peperiksaan terdahulu. Jangan lalai dan leka
dengan pencapaian itu. Anda perlu terus fokus dan berusaha. Anda berjaya hari
ini, bukan bermaksud anda akan berjaya selama-lamanya.
Seandainya anda pernah gagal dalam peperiksaan terdahulu, jadikanlah ia sebagai
pengajaran. Jangan ulangi kesilapan yang sama. Bangkitlah daripada kegagalan.
Terus berusaha. Insya Allah. Kejayaan pasti menanti anda.
Apa yang penting, anda hanya perlu tahu teknik belajar yang betul. Anda perlu
tahu apa rahsia untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Anda perlu tahu rahsia
untuk hidup luar biasa.
Insya Allah. Terdapat banyak ilmu dan perkongsian yang akan saya kongsikan
dalam buku seterusnya. Semuanya berdasarkan pengalaman hidup saya sendiri
sebagai seorang pelajar yang cemerlang. Juga berdasarkan pemerhatian saya
terhadap pelajar-pelajar yang lain.
Selepas ini, bacalah Buku Kedua saya iaitu, Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang.
Di dalam buku ini, saya mendedahkan 25 rahsia teknik belajar berkesan yang saya
amalkan dahulu. Teknik ini juga digunakan oleh abang-abang dan adik saya
sehingga kami semua berjaya dalam bidang masing-masing.
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 50
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
Percayalah, kesemua 25 rahsia ini amat mudah dipraktikkan. Saya benar-benar
berharap agar anda dapat menggunakan kesemua teknik ini dalam proses
pembelajaran anda.
Jika anda mampu untuk amalkan segala tips yang telah saya lakukan ini, anda
bukan sahaja terpaksa berjaya seperti saya, malah anda akan mampu untuk
lebih berjaya daripada saya. Insya Allah.
Tidak ketinggalan, bacalah Buku Ketiga saya iaitu Rahsia Pelajar Luar Biasa.
Buku ini akan mengajar anda bagaimana untuk mengubah hidup anda daripada
seorang pelajar biasa-biasa kepada seorang pelajar yang luar biasa.
Saya berkongsi dengan anda 11 tips hebat yang akan mengubah cara pemikiran
anda. Ia akan mengubah destinasi hidup anda. Anda akan menjadi seorang yang
luar biasa hebat.
Teruskan membaca Buku Kedua dan Buku Ketiga. Semoga anda semua berjaya.
Insya Allah.
Wassalam.
Sila Lihat Ebook Cover dan sinopsis ringkas BUKU #2: RAHSIA
KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG dan BUKU #3: RAHSIA PELAJAR LUAR
BIASA di muka surat seterusnya.
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 51
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
Ketahui 25 teknik belajar berkesan yang telah terbukti berjaya.
Dinukil berdasarkan pengalaman sebenar penulis sehingga menjadi
pelajar terbaik di University of Sheffield, United Kingdom.
BUKU #2 : RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 52
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
Mengapa pilih untuk menjadi pelajar biasa-biasa, kalau boleh
menjadi pelajar luar biasa. Ketahui 11 rahsia yang bakal mengubah
destinasi hidup anda menjadi pelajar luar biasa.
BUKU #3 : RAHSIA PELAJAR LUAR BIASA
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 53
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
Apa Kata Mereka Mengenai Buku Kedua:
Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 54
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
Apa Kata Mereka Mengenai Buku Kedua:
Rahsia Kejayaan Pelajar Cemelang
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 55
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
Apa Kata Mereka Mengenai Buku Kedua:
Rahsia Kejayaan Pelajar Cemelang
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 56
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
Apa Kata Mereka Mengenai Buku Ketiga:
Rahsia Pelajar Luar Biasa
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 57
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
Apa Kata Mereka Mengenai Buku Ketiga:
Rahsia Pelajar Luar Biasa
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 58
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
Testimoni Mereka Yang Sudah Membaca Ebook
Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang & Rahsia
Pelajar Luar Biasa
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 59
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 60
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 61
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 62
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 63
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 64
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
MUNGKIN BUKU-BUKU INI MAMPU
MEMBERI INSPIRASI KEPADA ANAK-ANAK
ANDA UNTUK BERJAYA, CEMERLANG DI
DUNIA DAN DI AKHIRAT.
BANTULAH MEREKA UNTUK BERJAYA.
Dua buah Ebook ini dijual pada harga RM30 ( Tertakluk pada terma dan syarat ). Jika anda
berminat untuk mendapatkannya, sila semak emel yang saya berikan kepada anda melalui
Empayar Maria Firdaus.
Sila hubungi agen saya yang menyebarkan ebook ini kepada anda.
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 65
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 66
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 67
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
JIKA SELEPAS MEMBACA:
BUKU #2 : RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG
BUKU #3 : RAHSIA PELAJAR LUAR BIASA
ANDA TIDAK BERPUAS HATI DENGAN KANDUNGANNYA,
KAMI PULANGKAN 100% WANG ANDA.
ANDA TIDAK AKAN RUGI APA APA.
-
Ebook Ini Halal Cetak Rompak. Anda Boleh Sebarkan Ebook Ini Kepada Sesiapa Sahaja 68
DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM
Jika Tida Keberatan, Mohon Anda Berkongsi Di Facebook
Anda Mengenai Ebook Ini. Mungkin Ia Akan Memberi Manfaat
Kepada Anak Anak Sahabat Anda.
---------------------------------------------------------- Salin & Tampal ke Facebook Anda Ayat Selepas Ini ----------------------------------------------------------- Saya baru sahaja muat turun Ebook Percuma, "Dari Kampung Kedah Ke United Kingdom".
Ebook ini mengisahkan pengalaman hidup seorang anak kampong yang kurang cemerlang dalam pelajarannya di sekolah rendah, kemudian bangkit semula dan terus berusaha sehingga akhirnya beliau menjadi pelajar terbaik di University of Sheffield, United Kingdom.
Ebook ini ditulis dalam bentuk cerita. Penceritaan dari kehidupan penulis di sekolah rendah, kemudian ke SMKA Al Mashoor (L) sebelum ke MRSM Taiping. Kemudian penulis menceritakan kehidupan beliau semasa belajar di Kolej Mara Banting sebelum ke United Kingdom.
Ebook ini setebal 68 muka surat dan boleh di download secara PERCUMA.
Sila layari : www.pelajarcemerlang.com Semoga bermanfaat.
Atau : Emelkan kepada rakan rakan di tempat kerja
anda Ebook ini secara percuma. Semoga ia bermanfaat
kepada lebih ramai anak bangsa kita untuk lebih
berjaya di dunia dan di akhirat.