impak kehadiran pendatang filipina di kampung kampung air

26
IMPAK KEHADIRAN PENDATANG FlLlPINA DI KAMPUNG-KAMPUNG AIR: SATU TINJAUAN DI SABAHI ABSTRAK Wan Shawaluddin Wan Hassan Ramli DoUah Di Sabah menjadi kebiasaan bagi penduduk yang berasal dari Filipina un/uk membina kediaman mereka di kawasan kampung air yang terdapat di kebanyakan bandar seperti di Sandakan. Lahad Datu. Tawau. Semporna dan Kota Kinabalu. Tumpuan mereka di kawasan ini menyebabkan kawasan ini sesak ekoran kehadiran pendatang Filipina yang baharu ke Sabah. Kemasukan mereka ke negeri ini secara haram menyebabkan timbul berbagai-bagai impak yang besar kepada penduduk tempalan. Artikel ini bertujuan meninjau impak kehadiran pendalang baharu ini ke Sabah. An/ara impak yang akan dibincangkan ialah penyediaan tenaga kerja. sumbangan sebagai pengguna. mewujudkan migrasi rant a ian. pelabelan kampung air sebagai kawasan hilam. kesesakan dan penempalan yang semakin berselerak. kawasan yang kOlor. timbulnya penyakit berjangkit dan ancaman kepada penduduk tempatan. Seterusnya. makalah ini membuat kesimpulan bahawa penempatan kampung air yang dihuni pendatang Filipina di Sabah bukan memberikan keselesaan kepada penduduknya malah menjadi sarang kepada banyak aktiviti negatif yang akhirnya menimbulkan ancaman lerhadap keselamatan penduduk tempatan di Sabah. PENGENAlAN Kampung air merupakan bentuk penempatan yang cukup popular di rantau ini. Oleh itu. tidak hairan jika di kawasan pinggir pantai atau pulau di Kepulauan Borneo dan Filipina. penempatan karnpung air ini diduduki oleh mereka yang terbabit dalam aktiviti berasaskan laut misalnya perikanan serta beberapa aktiviti yang melibatkan pemungutan hasillaut. Dalam hal ini. kebanyakan daripada penempatan ini didirikan di kawasan pesisir pantai dan di at as air. Situasi ini sekali gus mewujudkan kawasan petempatan air yang dikenali sebagai kawasan perkampungan air. Artikel ini cuba memberikan tumpuan kepada impak kehadiran pendatang Filipina di penempatan kampung-kampung air di sekitar Sabah. Kajian ini bertumpu kepada pendatang Filipina kerana kebanyakan penempatan kampung air dibangunkan sewaktu kemasukan mereka ke Sabah sebelum dan selepas tahun 1970-an. Tambahan pula. kebanyakan karnpung ini banyak didominasi oleh pendatang Filipina berbanding pendatang Indonesia dari keturunan Bugls. Istilah pendatang Filipina yang dimaksudkan dalam artikel ini ialah pelarian Filipina yang memasuki Sabah selepas tahun 1972 dan pendatang ekonom i yang memasuki Sabah pada tahun 1980-an

Upload: trinhxuyen

Post on 12-Jan-2017

356 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Impak Kehadiran Pendatang Filipina di Kampung Kampung Air

IMPAK KEHADIRAN PENDATANG FlLlPINA DI KAMPUNG-KAMPUNG AIR: SATU TINJAUAN DI SABAHI

ABSTRAK

Wan Shawaluddin Wan Hassan Ramli DoUah

Di Sabah menjadi kebiasaan bagi penduduk yang berasal dari Filipina un/uk membina kediaman mereka di kawasan kampung air yang terdapat di kebanyakan bandar seperti di Sandakan. Lahad Datu. Tawau. Semporna dan Kota Kinabalu. Tumpuan mereka di kawasan ini menyebabkan kawasan ini sesak ekoran kehadiran pendatang Filipina yang baharu ke Sabah. Kemasukan mereka ke negeri ini secara haram menyebabkan timbul berbagai-bagai impak yang besar kepada penduduk tempalan. Artikel ini bertujuan meninjau impak kehadiran pendalang baharu ini ke Sabah. An/ara impak yang akan dibincangkan ialah penyediaan tenaga kerja. sumbangan sebagai pengguna. mewujudkan migrasi rant a ian. pelabelan kampung air sebagai kawasan hilam. kesesakan dan penempalan yang semakin berselerak. kawasan yang kOlor. timbulnya penyakit berjangkit dan ancaman kepada penduduk tempatan. Seterusnya. makalah ini membuat kesimpulan bahawa penempatan kampung air yang dihuni pendatang Filipina di Sabah bukan memberikan keselesaan kepada penduduknya malah menjadi sarang kepada banyak aktiviti negatif yang akhirnya menimbulkan ancaman lerhadap keselamatan penduduk tempatan di Sabah.

PENGENAlAN

Kampung air merupakan bentuk penempatan yang cukup popular di rantau ini. Oleh itu. tidak hairan jika di kawasan pinggir pantai atau pulau di Kepulauan Borneo dan Filipina. penempatan karnpung air ini diduduki oleh mereka yang terbabit dalam aktiviti berasaskan laut misalnya perikanan serta beberapa aktiviti yang melibatkan pemungutan hasillaut. Dalam hal ini. kebanyakan daripada penempatan ini didirikan di kawasan pesisir pantai dan di at as air. Situasi ini sekali gus mewujudkan kawasan petempatan air yang dikenali sebagai kawasan perkampungan air.

Artikel ini cuba memberikan tumpuan kepada impak kehadiran pendatang Filipina di penempatan kampung-kampung air di sekitar Sabah. Kajian ini bertumpu kepada pendatang Filipina kerana kebanyakan penempatan kampung air dibangunkan sewaktu kemasukan mereka ke Sabah sebelum dan selepas tahun 1970-an. Tambahan pula. kebanyakan karnpung ini banyak didominasi oleh pendatang Filipina berbanding pendatang Indonesia dari keturunan Bugls. Istilah pendatang Filipina yang dimaksudkan dalam artikel ini ialah pelarian Filipina yang memasuki Sabah selepas tahun 1972 dan pendatang ekonom i yang memasuki Sabah pada tahun 1980-an

Page 2: Impak Kehadiran Pendatang Filipina di Kampung Kampung Air

!fa" Shatt'aludd", Ha" Hana" & Ramll Dollah

sehingga kini. Artikel ini akan dibahagikan kepada lima bahagian iaitu pengenalan. sorotan literatur.latar belakang sejarah. impak dan kesimpulan.

SOROTAN LITERATUR

Kampung air merupakan petempatan yang unik kerana menunjukkan terdapatnya beberapa ciri-ciri yang menarik dalam mendirikan rumah tersebut. petempatan itu sendiri dan sebagainya. Keadaan ini dapat dilihat dalam beberapa tulisan yang telah dihasilkan. Amaluddin Bakeri & Mohammad Raduan Mohd Arif (2002) misalnya mendapati bahawa terdapat tradisi dalam membangunkan rumah Melayu di Kampung Air. Sarawak dengan melihat kepada beberapa ciri misalnya pemilihan tapak. penentuan tarikh dan sebagainya. Amaluddin Bakeri & Mohammad Raduan Mohd Arif (2003) turut melihat bagaimana aktiviti ekonomi penduduk kampung air penting dalam pembangunan ekonomi bandar dengan melihat peranan perkampungan air di Limbang sebagai pusat aktiviti ekonomi.

Sehingga kini. sudah banyak kajian tentang pendatang di Sabah dibuat. Kurus el af. (1999) berpendapat bahawa pendatang dari Indonesia dan Filipina memberikan sumbangan yang mendalam terhadap pembangunan ekonomi Sabah. Zulkifli Mohamad (1999) mendapati bahawa pendatang Filipina di penempatan kampung-kampung air di Lahad Datu terbabit dalam jenayah. Azizah Kassim (2003) mendapati bahawa kehadiran saudara-mara di Sabah dan kewujudan pekerjaan mendorong pendatang Indonesia dan Filipina datang ke Sabah. Ubong Imang (2003) mendapati bahawa kehadiran imigran memberi pengaruh secara langsung kepada ruang mobiliti penduduk dan aktiviti ekonomi di pusat bandar. Wan Shawaluddio Wan Hassan dan Ramli Dollah (2002) membuat kesimpulan bahawa pendatang Filipina menimbulkan ancaman keselamatan yang besar ke atas masyarakat tempatan. Perkara yang sarna turut disentuh oleh Ramli Dollah et af. (2003)yang mendapati bahawa pendatang Filipina jika tidak ditangani boleh memberikan kesan besar ke atas kese\amatan negara.

LATAR BELAKANG SEJARAH

Berbeza dengan kawasan-kawasan lain di Malaysia atau Brunei. penempatan di Sabah terutamanya di beberapa lokasi kajian yang dilawati oleh penulis iaitu·Lahad Datu, Sempoma. Tawau. Sandakan dan Kota Kinabalu memperlihatkan bahawa kawasan kampung air di Sabah ini majoritinya terdiri daripada kampung-kampung setinggan. Oleh itu, tidak menghairankan apabila kawasan-kawasan kampung air ini sering dilihat dengan pandangan yang negatif dalam kalangan majoiti penduduk tempatan. Dari segi sejarah banyak kawasan kampung air ini diduduki oleh penduduk keturunan Filipina. Kehadiran mereka di kawasan pantai Sabah terutama di Sandakan, Lahad Datu, Tawau dan Sempoma kerana kampung-kampung ini menyerupai kampung halaman mereka di selatan Filipina terutama di Pulau Sibutu. Pulau Taw i-Tawi dan

90

Page 3: Impak Kehadiran Pendatang Filipina di Kampung Kampung Air

Impale Kehadlran Pendalang Fillplna di Kampung-Icampung A,r

Pulau Siasi.2 Dalam konteks Sabah. penempatan kampung air sering dikaitkan dengan gelombang penghijrahan penduduk dari selatan Filipina khususnya dari keturunan Sulu dan Bajau. Ramai dalam kalangan mereka telah berhijrah ke negeri ini sejak Kesultanan Sulu memperoleh Sabah daripada Kesultanan Brunei pad a abad ke-18. Sejak itu, mereka ini sering berulang-alik dari Sabah ke selatan Filipina untuk menjalankan aktiviti perdagangan tennasuk perdagangan tukar barang (barter trade) yang banyak mendominasi perdagangan di antara Sabah dan Filipina sehingga ke hari ini.1 Kedudukannya yang strategik dan pemah diperintah oleh Kesultanan Brunei dan Sulu menyebabkan Sabah pemah menjadi perantara kepada barter trade yang utama di rantau ini. Namun, kebanyakan mereka yang terlibat dalam perdagangan ini telah menetap di Sabah dan mewujudkan beberapa petempatan di pulau-pulau dan pesisir pantai di Sabah.

Gelombang kedua penghijrahan penduduk dari selatan Filipina ke Sabah berlaku apabila Marcos mengisytiharkan Perintah Darurat di Mindanao pada tahun 1972 (Noble. 1976). Ramai penduduk Islam dari selatan Filipina yang telah melarikan diri ke Sabah. Ekoran dari insiden ini menyebabkan Kerajaan Sabah dengan desakan dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah mendirikan beberapa penempatan khas di Sabah bagi menempatkan pelarian ini (Tunku Shamsul & Rachagan. 1984) .. Gelombang terakhir pula ialah pendatang ekonomi yang datang ke Sabah untuk mencari pekerjaan. Kchadiran kumpulan ketiga ini telah menyebabkan kesesakan berlaku di kawasan penempatan kampung air kerana kumpulan ini banyak membina rumah-rumah di kawasan yang ada secara haram. Rumah-rumah ini akan menarik lebih ramai pendatang yang mempunyai tali persaudaraan untuk datang ke Sabah secara haram. Kehadiran pendatang Filipina bukan setakat membanjiri kawasan penempatan kampung air ini bahkan telah meninggalkan impak yang cukup dominan kepada masyarakat setempat. Dari satu segi kehadiran mereka telah menyediakan tenaga buruh yang murah kepada pembangunan ekonomi Sabah. Dari satu segi yang lain pula pendatang asing sering dikaitkan dengan konotasi negatif oleh masyarakat tempat mereka berhijrah. Mereka sering 'dikambinghitamkan' dengan peningkatan insiden jenayah di persekitaran baharu ini. Oleh kerana status mereka sebagai pendatang inilah menyebabkan mereka sering ditangkap dan diusir oleh pihak berkuasa.

Walaupun pada hakikatnya kawasan kampung air ini merupakan kawasan petempatan penduduk tempatan yang berketurunan Filipina. proses migrasi yang berterusan berlaku di negeri ini menyebabkan kawasan kampung air kini menjadi kawasan setinggan dan merupakan penempatan utama bagi migrasi baharu yang datang dari Filipina.4 Malahan. lebih daripada 90 peratus penempatan pelarian (sarna ada yang digazetkan atau tidak) di seluruh negeri Sabah misalnya adalah terletak di kawasan kampung-kampung air.s Dalam konteks Kota Kinabalu misalnya. kawasan­kawasan setinggan juga majoriti didirikan di kampung-kampung air. ladual 1 menunjukkan keadaan ini.

91

Page 4: Impak Kehadiran Pendatang Filipina di Kampung Kampung Air

"an Shawaluddtn "an Hassan & Rami; Dollah

Jaduall: Bilangan kam pung setinggan yang berdaftar di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu

Bil. KawaJan KamDun2 Bil. Rumab Bil. Penduduk I. Sembulan Lama 225 1.294 2. KamOunll Muhibbah 39 167 3. Kamoun2 Koounait 281 905 4. Seri Taniuna 357 2.266 5. Bunaa Rava. Keoayan 75 563 6. Bukit Nenas 26 230 7. Ja1an Shantuna. Luyana 38 106 8. Kamoun2 Matabian 15 69 9. Menaaorok. Kolombona 144 397 10. Sabah Trade Center 192 762 II. Kuala Likas 247 1.124 12. K2. Bakau. Likas 639 2,899 13. Pantai Teluk Likas 337 2.107 14. K2. Cenderamata 2 181 1.076 15. Cemoaka Baru 104 669 16. Teluk Lavanll 215 979 17. lnanam Java 177 716 18. Lobou Estate 195 552 19. Ka. Una2un Jaya, Menaaatal 195 552 20. Kil. Lokub. Men2aatal 461 1,632 21. Ka. Walt-Wak. Sepanaaar Bay 82 450 22. K2. Lembaaa Padi. Inanam 559 3.181

Jumlah 4781 11.167

(Sumber . R"",h DoIlah ~I a/ 2004 "Jenayah dan Perbandaran: Salu Kallan Awal dl Kalan~an Pendalang Asmg iii Kola Kmabalu-. Simposium Kebangsaan Dmamlka Masyarakal Bandar. 18·19 Mei. PJ Hillon. SelanllOl')

Daripada 22 buah kawasan setinggan ini. Kampung Lembaga Padi. Inanam mempunyai 3.181 orang penduduk. Penduduk di kampung ini terdiri daripada campuran pendatang Filipina dan Indonesia. Dianggarkan terdapat lebih setengah juta pendatang asing di Sabah. dengan pendatang Bugis dari Indonesia merupakan jumlah yang terbesar dan diikuti oleh pendatang Filipina. Jadual 2 menunjukkan jumlah warga Filipina keseluruhannya di negeri Sabah berdasarkan kepada penangkapan dan penghantaran balik jumlah pendatang. Namun. angka yang diberikan hanyalah berupa anggaran kerana kesukaran untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenaijumlah mereka:

Pendatang Filipina merupakan 'penghuni tetap' di kawasan-kawasan utama perkampungan air yang terdapat di negeri Sabah. 8agi pendatang Filipina. memandangkan jumlah pendatang ini tidak dapat dipastikan. maka data-data yang ditunjukkan hanyalah bersifat andaian bahawa jumlah pendatang ini adalah lebih tinggi daripadajumlah yang ditunjukkan.

92

Page 5: Impak Kehadiran Pendatang Filipina di Kampung Kampung Air

Impair. Kehadlran Pendalang Fillpma di Kampung-Ir.ampung Air

Jadual2: Anggaran jumlah warga Filipina

Tahull 1990-99 1000 1001 1001 1003 Jan-Sept Jumlah

llHW

,.!w:'!!ah ~si 13.746 423 2116 120 276 339 1~!!~9~ Pcnangkapan 81.444 19.873 14.737 22.388 11,599 7.147 157.188

L~~I.IS. Imm .• Task Forte) (51%) (57%l_ ~8%~_ ~~3~L f--f6_1_~L W~8_01o) (54%) Penghantaran Bal ilL 66.414 13.553 12.265 19.701 11.246 6.022 129.201

(50%) (50"10) (44%) (63%) (66%) (60"/.) (53%)

(Sumber. DIana Peters 2004 "Phihppone ClaIm Sabah on the Conlext of Conlemporary Crossborder MIgratIOn" IAHA Conference. TaIwan)

ladual di atas menunjukkan bahawajumlah pendatang Filipina di negeri ini adalah sangat tinggi. Selain itu. data-data yang ditunjukkan ini juga belum memasukkanjumlah pelarian di Sabah yangjumlahnya dikatakan melebihi 75 ribu orang (Azizah Kassim & Ubong Imang. 2004). Tahun 2002 merakamkan seramai 19.701 pendatang Filipina yang telah dihantar pulang ekoran Ops Nyah II.

IMPAK KEHADIRAN PENDATANG DI KAMPUNG-KAMPUNGAIR

Seperti yang diketahui bahawa para pendatang Filipina menjadikan perkampungan air sebagai tempat kediaman utama mereka. Namun. kehadiran mereka di kampung­kampung air ini menimbulkan beberapa kesan yang besarterhadap imej perkampungan air tersebut. Antara impak akibat daripada kehadiran mereka ini adalah seperti berikut.

Menyediakan Tenaga Buruh

Oi Sabah. sumbangan tenaga buruh oleh pendatang adalah cukup signifikan. Malah. dikatakanjika semua pendatang dari Indonesia dan Filipina dihantar pulang ke negara asal. semua aktiviti ekonomi akan terbantut. menunjukkan betapa pergantungan Sabah kepada sumbertenaga mereka.6 Kebanyakan mereka ini terbabit dalam sektor yang berkait rapat dengan 4 P - dirty (kotor). dangerous (merbahaya). difficult (sukar) dan demeaning (merendahkan maruah). Bermakna. sektor yang diceburi oleh pendatang merupakan sektor yang tidak akan membabitkan masyarakat tempatan; an tara lain pembalakan. buruh sektor binaan serta buruh ladang.

Walau bagaimanapun. di bandar kebanyakan pendatang Filipina yang tinggal di penempatan kampung air terbabit dengan pekerjaan seperti pencuci pinggan. tukang masak dan pembantu pelayan di restoran. pembantu kedai. pemandu bas dan van serta buruh kurang mahir di sektor binaan yang banyak terdapat di bandar-bandar. Pergantungan sektor-sektor pekerjaan yang telah disebutkan ini cukup ketara kerana apabila sahaja pihak berkuasa menjalankan operasi, semua sektor tadi akan tergendala.7

Oi Kota Kinabalu misalnya. pendatang berulang alik setiap hari dari Pulau Gaya ke Kota Kinabalu untuk bekerja. Oisebabkan status mereka sebagai pendatang menyebabkan agak sukar memperoleh data bilangan tenaga yang bekerja di sektor yang telah dinyatakan. Namun, tidak keterlaluan dikatakan bahawa setiap restoran, kedai mahupun tapak pembinaan mempunyai pendatang sebagai pekerja mereka .•

93

Page 6: Impak Kehadiran Pendatang Filipina di Kampung Kampung Air

Han ShuK'aluddm Han Hassan d: Ramll Dollah

Pendatang Scbagai Pengguna

Selain sumbangan besar tenaga kerja pendatang yang tinggal di penempatan kampung air. merekajuga boleh dilihat sebagai pengguna. Berdasarkan pemerhatian. didapati pendatang akan berbelanja untuk menampung kehidupan seharian mereka. Di Kota Kinabalu. mereka didapati berbelanja di pasar raya bagi mendapatkan keperluan harian seperti sabun. makanan. pakaian dan sebagainya.jika barangan tersebut tidak tcrdapat di kedai-kedai yang ada di perkampungan mereka. Bagi mereka yang tinggal di Kg. Ice Box. Tawau dan Kg. BOC. Sandakan. terdapat 'pasar rombengan' di jalan masuk ke perkampungan mereka. Di pasar rombengan ini terdapat segala keperluan harian yang diperlukan oleh pendatang. dari pakaian kepada makanan. Pakaian yang dijual ialah barangan second hand yang diperoleh dari negara luar seperti Amerika Syarikat. Jepun. Korea dan Australia. Barangan yang biasa dijual dengan agak murah ialah seperti baju. seluar. coli. cadar. sarung bantal. langsir dan selimut. Kedai-kedai berhampiran pula menjual barangan seperti minyak masak. kicap. gula dan kopi dalam plastik yang dijual dengan RM 1.00. Oleh itu. pendapatan yang diperoleh oleh pendatang dari pekerjaan yang diceburi dibelanjakan bagi keperluan harian mereka semasa di Sabah.· Bagi penempatan kampung air yang tidak mempunyai pasar rombengan. terdapat pendatang yang menjadikan rumah mereka sebagai kedai keeil menjual barangan keperluan harian. Kewujudan pasar rombengan serta kedai-kedai keeil di penempatan kampung air memenuhi keperluan dan tunlutan pendatang serta menjclaskan bahawa mereka sebagai pengguna yang aktif menggerakkan aktiviti ekonomi di Sabah. IO

KampungAir Menjadi Tumpuan Pendatang dari Filipina

Menjadi kebiasaan bagi pendatang yang lelah lama menetap di kawasan kampung air di Sabah akan menjadi tumpuan saudara-mara mereka dari kampung halaman mereka di selalan Filipina. Mereka mungkin adik beradik. sepupu mahupun kenaI an di kampung halaman. Lazimnya, pendatang yang baharu sampai akan tinggal bersama saudara yang telah lama menetap di Sabah. Selelah mendapat pekerjaan. pendalang baharu ini akan membina rumah di kawasan berhampiran dan 5eterusnya akan membawa anak iSleri dari selatan Filipina. Biasanya. rumah yang dibina ini dibuat menggunakan kayu yang dikutip dari kilang papan atau kawasan sekitar ban dar. Hal ini akan menyebabkan wujudnya migrasi ran/aian dan keadaan ini tidak akan berhenti kerana perkara yang sarna juga akan dihadapi oleh pendatang baharu tadi dengan rumah mcreka akan menjadi tumpuan saudara-mara mereka yang lain. II M igrasi rantaian ini juga menjelaskan sebab misalnya pendatang Filipina tidak serik untuk kembali ke Sabah biarpun dihanlar pulang ke selatan Filipina.

Penahanan seorang berbangsa Bajau Simunul. berumur 34 tahun di daerah Semporna kerana terlibat dalam membawa masuk pendatang Filipina ke negeri ini merupakan salu conloh. Akibalnya beliau telah didakwa menerusi Akta Imigresen 1959/63. Scksyen 55 (I) atau denda tidak lebih RM 10.000 atau tidak lebih dari 2 tahun

94

Page 7: Impak Kehadiran Pendatang Filipina di Kampung Kampung Air

Impak Kehadiran Pendalang Filipina di Kampung-kampung Air

penjara dan tidak lebih dari 6 sebatan (Berita Minggu, 1 April 1998). Dalam hal ini, sindiket yang membawa pendatang asing ke negara ini dikatakan masuk ke kawasan perairan Malaysiadari Filipina pacta pukulll malam hingga 3 pagi bagi mengelakkan aktiviti mereka dikesan. Selain itu, merekajuga biasanya memilih waktu laut bergelora untuk melakukan aktiviti ini. Hal ini bertujuan untuk memastikan bahawa usaha mereka akan selamat kerana pad a masa inilah pihak berkuasa di Malaysia tidak menjalankan sebarang aktiviti rondaan (Slot 999, 7 April 2003, TV3). Dalam menjalankan aktiviti membawa pendatang baharu dari negara asal ini, beberapa jenis pengangkutan biasanya digunakan oleh sindiket antaranya kumpil, tempel atau lansa. 12 Lansa adalah perahu yang berukuran antara 20 hingga 30 kaki panjang dan mempunyai lebar antara 8 hingga 10 kaki. Lansa biasanya menggunakan kain layar untuk menggerakkannya. Kumpit merupakan sejenis tongkang atau kapal besar yang mempunyai saiz yang sarna dengan pukat tunda iaitu antara 40 hingga 50 kaki panjang dan IS hingga 20 kaki lebar. Tempel pula merupakan pengangkutan yang semakin popular sejak kebelakangan ini. Ia berukuran 20 hingga 30 kaki panjang dan 8 hingga 10 kaki lebar dan agak kecil berbanding kumpit. la mempunyai kelajuan 30 hingga 45 kilometer sejam dengan kuasa enjin sangkut an tara 30 hingga 45 kuasa kuda dan mampu memuatkan antara IS hingga 35 orang dalam sesuatu masa.

Kam pung Air Sebagai Pusat Aktiviti Jenayah

Jadual3: Statistik penglibatan PTI dan penduduk tempatan dalam indeks jenayah di Sabah, 1998-2000

TahuD FiJi ina Indonnia Temlatan

Bil ./. Bil 0/. Bil ./. Jcnayah

352 32.32 168 15.45 567 52.10 kckerasan

1998 Jen. Harta 1,005 15.06 847 2.70 4,821 72.25

Benda Jum1ah 1,537 17.49 1,015 13.08 5388 69.43 Jenayah

292 3U14 126 13.74 499 54.42 kckcrasan

1999 Jen. Harta 1,080 17.50 565 9.20 4,498 73.22

Benda Jumlah 1,371 19.43 691 9.79 4,997 70.78 Jenayah

148 27.98 108 20.42 273 51.61 kekerasan

2000 Jen. Hana 473 15.01 233 7.39 2,446 77.\0 Benda

Jumllh 621 16.87 341 9.2 2719 73.87

(Sumber: Jabalan Slasalan dan Jenayah KK. 2004 (dipellk dan Joymla Sapiklt (2004). 'Keselamalan Manllm di Panta! Tlmur Sabah', Lallhan IImlah, Sekolah Sams Sosiai. Umverslti Malaysia Sabah.'

Penempatan kampung air sering dilabel sebagai pusat aktiviti jenayah berikutan banyak kejadian jenayah yang berpusat di kawasan ini seperti pengedaran dadah seperti syabu, barang seludupan (rokok), senjata dan wang palsu. Didapati pembabitan

95

Page 8: Impak Kehadiran Pendatang Filipina di Kampung Kampung Air

Wall Shawaludd," KIll! Hauall & Rami, Dollah

pendatang Filipina dalam kegiatanjenayah ini sangat ketara. Dalam hal ini. mereka yang terlibat dalam aktiviti ini sama ada terdiri dari anggota sindiket jenayah atau cuma sebagai peniaga kecil-kecilan. Kawasan kampung air sangat sesuai dijadikan sebagai pusat sindiket memandangkan persekitaran yang mudah dihubungi dari laut.

Berdasarkan data di atas, meskipun dari segi peratus penglibatan penduduk tempatan lebih tinggi berbanding pendatang, kadar peratusan jenayah kekerasan lebih banyak melibatkan pendatang. Misalnya pad a tahun 1998. peratus pendatang Filipina yang terlibat dalam jenayah kekerasan ialah 32.3, 1999 (31.8 dan 2000 (27.9). Jumlah ini sangat tinggi jika dicampur dengan pendatang Indonesia. Bekas Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Yusuf semasa pelaksanaan Ops Nyah Bersepadu sendiri menyatakan bahawa kejadian jenayah yang berlaku di negeri ini adalah disebabkan oleh wujudnya sejumlah besar kawasan setinggan. Kawasan­kawasan ini dijadikan kubu kuat kepada segala aktiviti ini. Selain itu, laporan polis juga menunjukkan bahawa petempatan ini menjadi pusat aktiviti penagihan, pengedaran dadah, syabu dan rokok (Daily Express, 27 & 29 Mac 2002).

Oleh itu, tidak menghairankan apabila berlakunya sebarang operasi yang melibatkan pendatang, kadar jenayahjuga akan turut mengalami penurunan. Hal ini diakui sendiri oleh Ketua Polis Daerah Tawau, Supt. Kuik Harris OKK Anik yang menyatakan akibat pelaksanaan Ops Nyah Bersepadu pada tahun 200 I. ia telah berjaya mengurangkan kadar jenayah di daerah Tawau (Daily Express, II Februari. 2003). Sementara itu, beberapa kawasan lain seperti Tawau dan Sandakan juga merupakan kawasan terdapatnya sejumlah besar kawasan setinggan. Di daerah Tawau misalnya terdapat kawasan setinggan di Kg. Pisang, Kg. Ice Box. Kg. Sungai Buaya dan beberapa kawasan lain. Hal yang sarna turut berlaku di Bandar Sandakan kerana wujud juga petempatan yang besar bagi setinggan di ban dar ini suatu masa dahulu (Ramli Dollah & Nordin Sakke, 2005).

Selain penyeludupan dadah, senjata api dan peluru merupakan satu lagi barangan yang sangat berbahaya diseludup ke negara ini. Salah satu contoh yang jelas apabila Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya menahan 22 orang rakyat asing di perairan Pulau Langkayan, Sandakan pada April 2003 yang dikataan sesat di perairan Sabah. Hasil operasi ATM berjaya menemui 500 unit bahan peledak born dan 216 butir peluru pelbagai jenis seperti 5.56 mm sebanyak 131 butir. 7.62 (30 butir), jenis senapang patah (25 butir) dan peluru pistol .30 (30 butir) yang cuba diseludup masuk ke negara ini (Utusan Malaysia, 3 & 7 Mei2003). Pada 16 Mei 2008, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia telah menahan tujuh orang termasuk tiga warga Filipina yang terlibat dalam pengeboman ikan dan 15 kg peledak yang dijadikan born ikan berhampiran Pulau Lankayan (The Borneo Post, 17 Mei 2008). Meskipun hanya digunakan untuk mengcbom ikan tetapi dibimbangijika ia digunakan untuk tujuan lain yang boleh membahayakan serta mengancam keselamatan pihak awam.

Keadaan ini amat berbahaya kepada negara dan merupakan ancaman yang berterusanjika tidak diawasi dari awal. Selain itu. terdapat beberapa kes lain yang menunjukkan penyeludupan senjata secara haram ini berleluasa di Sabah. Jadual di

96

Page 9: Impak Kehadiran Pendatang Filipina di Kampung Kampung Air

Impale Kehadlran Pendalang Fllipma di Kampung-leampung A,r

bawah menunjukkan statistik rampasan senjata api dan peluru bagi tempoh 1996 hingga 2003 di Sabah.

Jadual4: Rampasan senjata api dan peluru bagi tempoh 1995-2003 di Sabah

Jeni. 1996 ~~~ ~~8 1999 2000 2~~ ~o~~ ~~~ LaraS-Scnaoan~ 122~ 22 34 61 47 32 26 43 Puc uk PIStol 26 12 30 32 21 14 II 6

~~ 1.663 1I.5M9 652 2.032 2,040 451 RR9 1,396 Jumlab 1,812 11,623 7Hi 2125 11011 497 926 1445

(SumM Jabatan Ketentcraman Awam. Sabah. 2004. (d.pct.k dan Joy.n.a Sap.k.1 (2004), . Kcsclamatan Manllm d. Pant'" T.mur Sabah', Lallhan IIm.ah. Sckolah Sams Sos.a\. Un.vers.t. Malays.a Sabah )

Dalam hal ini, dipercayai kebanyakan daripada senjata ini diseludup masuk dari negara Filipina (Sapikit. 2004). Oleh itu, jelas bahawa ancaman kemasukan barangan ke negeri ini amat serius lebih-Iebih lagi apabila ia melibatkan senjata berbahaya ini, Berdasarkan Jadual5 pula,jumlah warga Filipina yang ditembak mati mengatasi warga Indonesia dan kadangkala warga tempatan. Perkara ini menjelaskan bahawa penjenayah Filipina sangat berbahaya serta boleh mengancam keselamatan dan nyawa penduduk tempatan dengan tindak-tanduk mereka.

JadualS: Perangkaan penjenayah ditembak mati bagi tempoh 1995-2003

Warganegara 1995 1996 1997 1998 1999 2000 2001 2002 2003

L P L P L P L P L P L P L P L P L P FlliPtna 34 - 9 - 7 - 39 6 19 - 31 - 14 1 12 - 40 I Indonesia 4 - 9 - 8 - 5 - 23 - 9 4 9 14 14 - 3 -Tempatan 41 1 45 1 19 - 35 2 47 - 32 - 36 32 28 - 26 4 Cina I - S - - - 6 - - - - - - - - - - -India I - - - I - I - - - - - - - - - - -TaIwan - - - - - - I - - - - - - - - - - -Jumlab 81 I 68 I 35 0 87 8 89 0 72 4 59 56 54 0 69 5

(SumM Jabalan Kctenlcraman Awam. Sabah, 2004 (d.pcl.k dan Joym.8 Sap. kIt (2004), Keselamalan Maritim dt Pantlll T.mur Sabah. Lat.han IIm.ah. Sckolah Sams Sos.al, Un.vers.ti Malays.a Sabah.)

Kam pung Air Sebagai Pusat Aktiviti Penyeludupan

Satu lagi impak daripada kehadiran pendatang asing ke kawasan setinggan kampung air di Sabah adalah membawa kepada peningkatan penyeludupan ke negeri Sabah. Dalam hal ini, penyeludupan yang berlaku ini melibatkan barang-barang yang berbahaya seperti dadah, rokok dan beberapa barangan kepcrluan lain. Antara jcnis­jenis dadah utama yang biasanya dirampas daripada para pendatang ini ialah ganja dan syabu (IPKK, Kepayan 2004). Daripada maklumat yang diperoleh (sumber rasmi termasuk juga pihak polis di be be rap a buah daerah pada tahun 2002) mendapati kebanyakan jenis dadah yang dirampas datangnya dari pulau di Filipina seperti Zamboanga, Luzon, Maibog, Taw i-Tawi, Bongau dan Palawan (Polis Diraja Malaysia 2002). Oleh itu, tidak menghairankan apabila kawasan kampung air ini menjadi pusat

97

Page 10: Impak Kehadiran Pendatang Filipina di Kampung Kampung Air

Ha" S},owaludd", Ha" Hassa" <I Ra",/, Dolla},

kepada segala aktiviti pengedaran dadah. Lebih serius lagi apabila Sabah dikatakan sebagai punca kemasukan syabu ke Semenanjung. Bermakna. syabu dibawa masuk ke Semenanjung dari Filipina via Sabah (Polis Di Raja Malaysia. 2008).

Kampung Simunul misalnya yang dibuka pada tahun I 960-an merupakan penempatan setinggan yang utama di daerah Sempoma. Kampung ini dipercayai menjadi pusat syabu yang utama di daerah Sempoma. Walaupun beberapa usaha telah dijalankan oleh pihak polis. masalah ini sukar untuk diselesaikan. Malahan. dalarn kalangan penduduk-penduduk dan pihak JKKK yang cuba mengurangkan masalah ini telah dilabelkan dengan pelbagai label tennasuk "Bodoh", rumah mereka diganggu. dilontar dengan batu dan sebagainya akibat cuba mengatasi masalah ini. Perkara yang lebih menakutkan ialah apabila ia turut melibatkan para pelajar sekolah. U

Selain itu. dalam satu tinjauan penulis ke penempatan air di Lahad Datu. didapati penjualan syabu dibuat secara terbuka. Keadaan ini tidak dapat dielakkan memandangkan pihak polis didapati takut untuk membuat rondaan di kawasan ini. Oleh itu. tidak hairanjika kegiatan haram boleh berjalan secara berleluasa. Jadual di bawah menunjukkan kes tangkapan mengikutjenis dadah 2000 hingga 2002.

Jadual6: Kes tangkapan mengikutjenis dadah 2000-2002

1 C"i .. Herail,/bl Sy.b. PII Plillatrapill lib.1 B.I.II Sek. 15 (.) T ..... I CIt I II I 11 1 .. 1 II 11 1 00 I 01 01 1 eo I II I 81 00 1 01 1 01

Warga Ala/erma J ....... I .. I" 34 I 615 1 631 I 763 39 1131"139 17 I J8 1 15 1 14

8uhur War'K~Kara Indoneo,. 7 2 2 69 127 iii I 0 0 0 1 0 0 2 0 Flh,. ... 21 13 14 17S 631 4S1 2 I 0 1 2 0 1 0 0

laIn-Uno 0 I 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0

~..w. 2. " " 44~ '" 56J J I • 1 5 • J 1 • Jum Besar 124 82 SO 1.070 i:55"o rt:l26 IS 9 1 63 44 27 3J 27 24

(Swnb« : JoItaIcm Nan"" •• IPK Sabah Mac 2003 )

Daripada data dalam jadual di atas menunjukkan bahawa tangkapan melibatkan syabu mengatasi dadahjenis lain. Antarajenis dadah yang amat banyak dirarnpas adalah ecstacy, pil psikoterapik, ganja, heroin dan sebagainya. Namun, dalam kalangan masyarakat setempat. syabu merupakan dadah yang banyak digunakan memandangkan harganya yang rendah berbanding dengan jenis dadah yang lain. Meskipunjumlah tangkapan melibatkan lebih rarnai rakyat Malaysia kecuali tahun 200 1 ,jumlah warganegara asing tetap besar. Daripada warganegara asing yang ditangkap. temyatajumlah warga Filipina agak besar iaitu 375 (2000), 631 (200 I) dan 563(2002).

98

Page 11: Impak Kehadiran Pendatang Filipina di Kampung Kampung Air

Impok Kehadlron Pendolong Ftllpmo di Kompung-kompung Air

Jadual7 menunjukkanjumlah tangkapan beberapajenis dadah untuk tahun 2000 hingga 2003. Bagi tahun 2003, Kota Kinabalu mencatatkan bilangan tangkapan tertinggi di Sabah iaitu 630 orang, Sandakan 198 kes, Tawau 253 kes, Lahad Datu 303 kes, Sempoma 121 kes dan Kunak 170 kes (IPK, Kepayan 2004). Namun, berdasarkan laporan-Iaporan akhbar dan maklumat yang diperoleh daripada pihak polis, didapati bahawa kawasan utama kepada aktiviti ini berpusat di kawasan setinggan. Oleh itu, apabila memperkatakan soal setinggan, kawasan yang sering dirujuk adalah kawasan­kawasan seperti Kg. Puyut, Kg. Simunul, Kg. Pondo, Kg. Bahagia, Kg Bangau­Bangau, Kg. Selamat, Lok Urai dan beberapa perkampungan lain. Namun, satu perkara yangjelas adalah kesemua kawasan ini merupakan kawasan kampung air yang diduduki bersama-sama warga tempatan dan pendatang dari luar terutamanya Filipina. Antara kawasan-kawasan utama pengedaran dan penagihan dadah adalah seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau,'4 Sempoma,'l Kudat dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Berdasarkan Jadual1, didapati jumlah tangkapan melibatkan syabu kelihatan merosot dari tahun 2000 hingga 2003. Penjelasan yang boleh diberikan bagi menerangkan pengurangan drastik ini ialah pada tahun 2002, pihak berkuasa telah menjalankan Ops Nyah II yang melibatkan penangkapan serta penghantaran pulang pendatang. Hal ini telah memberikan kesan kepada aKtiviti penyeludupan dan pengedaran dadah di Sabah.

Jadual1 : Tangkapan beberapa jenis dadah di Sabah tahun 2000-2C03

Tahun 2000 2001 2002 2003 Candu Mentah KG 0.00 60.67 0.00 63.22 Candu Masak KG 0.71 8.60 0.51l 2.85 Heroin Base KG 0.00 66.55 34.09 0.00 Heroin No.3 KG \06.09 210.49 3R2.07 12!!.34 Heroin No.4 KG O.RO 0.00 4.20 0.00 GanJ3 KG 1,612.58 1,567.53 2,065.34 2,199.05 Kokain KG 0.001 1,260 4.23 2.50 Syahu KG 201l.11 51.29 27.29 19.73 Ecstacy BUI 4R,995 224,684 166,334 209,279

KG 5.!!1 31.85 6!!.99 68.18 Ubat Ratuk Liter 17,982.41l 5,864.04 4,978.78 33,596.28 Pil Psikotropik Riji 115,629 155,767 1,218704 107,64T:--

(Sumber. IPO Kepayan. 2004.)

Namun, perlu diingat bahawa penyeludupan barangan sarna ada berbentuk barangan keperluan, dadah atau senjata ini bukan sahaja dilakukan oleh penduduk asing. Aktiviti ini turut dilakukan oleh penduduk tempatan negeri ini kerana membawa pulangan yang tinggi kepada mereka. Bagaimanapun, majoriti daripadanya dilakukan oleh para pendatang. Bagi daerah Tawau misalnya, tangkapan untuk aktiviti penyeludupan yang dilakukan ke atas pendatang Filipina adalah sangat tinggi. Kadar tangkapan untuk aktiviti penyeludupan ditunjukkan dalamjadual di bawah:

99

Page 12: Impak Kehadiran Pendatang Filipina di Kampung Kampung Air

Han Shawaluddln Wan Hassan & Ramli Dollah

Jadual8: Tangkapan penyeludupan oleh PT. Filipina di Tawau tahun 1~2001

Tahun R KB BE K5 B VCDL GPIM 1996 IS - - - 1 - 3 1997 16 2 1 - - 1 1 1998 12 1 - - - - -1999 14 1 1 - - - -2000 IS - 1 1 - - -2001 9 - 1 69 - -

Jum1ah 99 4 4 1 70 1 4

Jadull(2) : PetunJuk Bag! Jadual 1 R : Roitolt B: Beras KB . Kayu Bantalan VCDL : VCO Lucah BE : Barans Elektnk GP'M : Gull Paslr·'Merah KS . Kaln Sarunll ES: EnJl1I Sanllkut (Sumber· Jo.lla/an /(0."0.111 Tawtlll. Sabah. 2(04)

[5 KJ MC MK 1 2 1

- - -- - -- - -- - -- - -1 2 1

J(J Kasut .len""a Me Mlnyak C""puran MK . Mlnuman Keras

---1

--1

Menyedari bahayanya para pendatang ke negara ini. maka kerajaan memerlukan satu polisi yang bersifat menyeluruh bagi mengawal kemasukan jumlah pendatang tanpa izin ke negara ini. Tindakan pengharaman Pump 800/'6 yang selama ini merupakan ahematifbagi para pendatang untuk melepaskan diri daripada buruan polis merupakan langkah bagi membendung aktiviti haram pendatang (Daily Express. 22 Mac 2002 dan 18 April 2002). Pengharaman ini juga dilihat sebagai ahematifbagi mengurangkan beberapa masalah lain seperti masalah persekitaran. penyeludupan . dan lain-lain.

Sebelum pengharamannya. pump boat digunakan secara meluas oleh penduduk di kawasan sekitar. Peluang ini turut digunakan oleh sindiket penyeludupan bagi menyeludup masuk barangan yang diharamkan. Keadaan pump boat yang kedl dan sukar dijejaki pihak berkuasa menjadikan ia sebagai alat pengangkutan yang paling berkesan untuk penyeludup. Setelah barangan dibawa masuk dari laut. ia akan diedarkan dari kawasan ini. Penggunaan enjin pump boal ini sangat berkesan dalam beberapa keadaan misalnya kemampuannya untuk melepaskan diri daripada buruan polis kerana ia boleh bergerak di bawah rumah kawasan perkampungan air. kemampuan untuk bergerak di kawasan air cetek terutamanya kawasan bakau dan kawasan perkampungan yang membolehkannya mendaratkan para pendatang atau barangan seludupan, laju dan sukar untuk dikejar dan sering kali digunakan untuk pengeboman ikan. Namun, dalam kalangan masyarakat yang agak miskin. mereka sangat memerlukan penggunaan enjin ini untuk tujuan pengangkutan. menangkap ikan dan lain-lain. Oleh itu. tidak menghairankan apabila isu ini menjadi isu hangat semasa pilihan raya umum 2004 terutamanya di kawasan-kawasan pesisir pantai seluruh Sabah (Wan Shawaluddin W. Hassan & Ramli Dollah, 2002 dan Kerja Lapangan di Kudat. Projek Pilihan raya Sabah 13-23 Mac 2004).

100

Page 13: Impak Kehadiran Pendatang Filipina di Kampung Kampung Air

Impak Kehadtran Pendatang Filipina di Kampung-kampung Air

KampungAirKawasan Kotordan Berpenyakit

Selain itu. pelawat yang melawat ke kawasan penempatan kampung air akan mendapati keadaan yang sangat kotor kerana dipenuhi sampah sarap yang dibuang oleh penghuni. Keadaan ini tidak dapat dielakkan kerana ia merupakan cara mudah bagi menghapuskan sampah sarap yang ada kerana di sini tiada kemudahan membuang sampah. Masalah ini diburukkan lagi dengan pertambahan rumah yang dibina dari masa ke semasa terutama oleh pendatang baharu. Lebih memburukkan keadaan apabila pendudukjuga membuang najis terus ke dalam air. Pembuangan sampah sarap dan najis ke dalam laut telah menyebabkan air laut menjadi busuk terutama di kawasan berhampiran pantai. Bahkan. sampah sarap yang dibuang ke laut telah mengotorkan kawasan pantai di Kota Kinabalu. Satu dari kawasan yang dicemari ialah Pantai Tanjung Aru.

Oi sinilah anak-anak mandi, berenang dan bermain-main. Keadaan ini sudah tentu memberi kesan kepada persekitaran selain menjejaskan pemandangan dan mendedahkan penduduk kepada bahaya penyakit. Berdasarkan temu bual yang dibuat dengan seorang pegawai perubatan di Kota Kinabalu. kawasan penempatan kampung air yang didiami oleh pendatang merupakan kawasan yang sering mempunyai kes penyakit taun dan malaria. 17 Hal yangjelas kawasan ini boleh menjadi punca kepada tercetusnya epidemik dan keadaan ini bertambah burukjika penyakit menular kepada penduduk di Bandar (Kota Kinabalu). Masalah ini tidak dapat dielakkan kerana didapati ramai pendatang Filipina bekerja di restoran sebagai tukang masak, pencuci pinggan dan pembantu pelayan akan berkemungkinan menyebarkan penyakit tersebut.

Oi sam ping itu. pendatangjuga didapati membawa bersama penyakit seperti HIV, hepatitis, kusta. sifilis gonorea dan sebagainya. Hal ini tidak dapat dielakkan kerana kebanyakan dari mereka tidak melalui proses pemeriksaan kesihatan yang dikendalikan oleh FOMEMA. Oengan lain perkataan, kehadiran mereka di negara ini boleh menyebabkan merebaknya penyakit-penyakit berjangkit. Jadual di bawah menunjukkan bilangan warga Filipina di Kota Kinabalu yang menghidap penyakit kelamin antara 2000 hingga Mac 2002. Meskipun jumlahnya tidak ramai, penyakit seperti HIV boleh merebakjika tidak dirawat.

Jadual9: Warga Filipina di Kota Kinabalu menghidap penyakit kelamin (orang)

Tabun Jenis Penyakit Kelamin

SIPLIS HIV GONORRHEA 2oo0 20 I 2 2001 II 0 0 Mac 2002 1 1 6

(Sumber: laporan oleh PCJabal Kcsihatan luyang. 2002)

101

Page 14: Impak Kehadiran Pendatang Filipina di Kampung Kampung Air

Wall SnQWa/uddlII Wall Hassa" & Ra"'/; Dol/an

8uruh Kanak-kanak

Satu lagi fenomena yang cukup ketara apabila memperkatakan tentang pendatang ialah buruh kanak-kanak khasnya di Kota Krinabalu terutama di kawasan pasar besar dan Pasar Filipin. Kanak-kanak pendatang dalam Iingkungan empat hingga 12 tahun cukup ramai didapati berkeliaran sama ada menjual rokok atau sebagai pengangkat barang-barang di pasar. Malahan. ada di antara mereka yang mengemis di jalan raya. Mereka sepatutnya berada di sekolah belajar tetapi memandangkan status mereka sebagai pendatang menyebabkan mereka tidak berkesempatan untuk bersekolah (Dzurizah Ibrahim & Jalihah Md. Shah. 2003). Masalah ini menyebabkan kanak-kanak tersebut terpaksa membantu keluarga mereka dengan membuat kerja-kerja yang boleh memberikan nafkah tambahan. Namun. wang yang diperoleh ini telah digunakan oleh kanak-kanak ini untuk membeli rokok serta berjudi dan aktiviti ini dilakukan secara terbuka berhampiran Pasar Ikan di KOla Kinabalu. Di sarnping itu. berlaku eksploitasi oleh pihak yang menggaji kanak-kanak ini dari segi upah yang rendah malah ada sesetengah kes, upah tidak dibayar langsung. Kanak-kanak ini turut mencacatkan pemandangan Bandaraya Kota Kinabalu kerana berkeliaran dengan menjual rokok. mengangkat barang-barang serta mengemis. Hasilnya menyebabkan pihak berkuasa Dewan 8andaraya Kota Kinabalu sering menangkap kanak-kanak ini sebagai satu usaha deterrent kepada aktiviti yang dijalankan kanak-kanak ini.

Kegiatan Meneu ri Air dan Elektrik

Jalihah Md. Shah (2004) misalnya mendapati bahawa banyak kemudahan akan diperoleh oleh penduduk yang mendiami kawasan setinggan misalnya bekalan elektrik. air dan sebagainya. Kegiatan mencuri air dan elektrik merupakan satu aktiviti yang sering terjadi di kawasan setinggan dan kampung air. Kegiatan ini dilakukan oleh penduduk di kawasan penempatan kampung air kerana bekalan air dan e lektrik mudah dicuri. Tarif bekalan air dan elektrik yang mahal menggalakkan lagi kegiatan ini. Narnun, kegiatan ini cum a membabitkan kawasan penempatan yang berhampiran dengan kawasan ban dar seperti di Kg. BOC (Sandakan). Kg. Ice Box. Kg. Sungai Buaya (Tawau), Kg. Simunul. Kg. Bangau-Bangau dan Kg. Selamat (Sempoma) dan Kg. Bakau (lahad Datu).

Kajian yang dijalankan oleh Jalihah (2003) ke atas kawasan setinggan di perkampungan air. Kg. Lembaga Padi. Inanam misalnya mendapati aktiviti mencuri elektrik dan air berlaku dengan berleluasa. Hal ini merupakan satu masalah yang besar kepada kawasan-kawasan yang terdapat di perkampungan setinggan di kampung air. Isu ini sebenamya banyak disiarkan di beberapa akhbar utama di Sabah. Salah satu contoh kepada keadaan iniadalah seperti yang berlaku di Kg. Pengkalan. Kunak. iaitu sebuah perkampungan air dan menjadi kawasan utama kepada sumber ekonomi berasaskan laut di daerah Kunak. Dalam hal ini. didapati para pendatang ini mencuri bekalan air terus dari paip dan membuka meter paip tersebut (Daily Express.

102

Page 15: Impak Kehadiran Pendatang Filipina di Kampung Kampung Air

Impak Kehadtran Pendalang Flilpma dl Kampung-kampung Air

15 April 2002). Masalah ini diakui oleh Cosmas Abah, Pengarah Jabatan Air Sabah yang menyebut Ops Nyah II berjaya mengurangkan masalah kecurian air di negara ini (Berita Harian, 22 Jun 2002).

Berkait dengan kecurian bekalan elektrik, SESB mengakui kecurian elektrik yang berlaku di kawasan setinggan menyumbang 45 peratus kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pihak ini. Hal ini diakui sendiri oleh Datuk Bung Mokhtar, Timbalan Pengerusi SESB apabila ditanya mengenai kerugian SESB (Daily Express. 21 Januari 2002).

Kawasan KampungAirSering Diancam Bahaya Kebakaran

Keadaan penempatan kampung air yang sesak sering menyebabkan kawasan ini berhadapan dengan masalah kebakaran. Masalah ini tidak dapat dielakkan kerana rumah-rumah yang dibina cukup rap at antara satu sarna lain. Malah, api mudah merebak kerana rumah mereka dibina daripada kayu hinggakan kebakaran dalam masa beberapa minit sahaja boleh memusnahkan kawasan penempatan ini. Lazimnya, apabila berlaku kebakaran ia akan melibatkan nyawa manusia memandangkan kesukaran untuk menyelamatkan din. Misalnya kebakaran pemah berlaku di beberapa perkampungan air Pulau Gaya. Kg. Icebox dan Lahad Datu. Satu contoh yangjelas bagaimana kebakaran akibat kedudukan rumah yang terlaku sesak ini dapat dilihat apabila berlakunya kebakaran di kawasan Kg. Titingan. Tawau pada tahun 1989 dan Kg. Bangau-Bangau pada tahun 2003. Dalam kebakaran ini. didapati para penduduk sukar menyelamatkan rumah mereka kerana kedudukan rumah yang rapat, ketiadaan kemudahan air. sistem pendawaian elektrik yang tidak betul dan beberapa faktor lain, tam bah menyukarkan pihak bomba untuk menyelamatkan rumah-rumah ini. Dalam kes kebakaran yang berlaku di Kg. Lembaga Padi, Inanam Kota Kinabalu pad a Disember 2000.lebih 100 buah terbakar dan melibatkan kerugian beribu-ribu ringgit. Kebakaran yang berlaku di petempatan ini dipercayai berpunca daripada litar pintas. Keadaan ini juga jelas menunjukkan bahawa kawasan setinggan kampung air ini amat terdedah kepada berlakunya kebakaran (Daily Express. 12 Disember 2000).

Namun. daripada beberapa sesi temu bual yang dijalankan di beberapa perkampungan kampung air yang dilawati di Sempoma. Tawau. Lahad Datu dan Sandakan, beberapa orang penduduk menyatakan kemungkinan besar kebakaran yang berlaku di kawasan mereka dilakukan secara terancang. Menurut mereka kebanyakan daripada kawasan petempatan kampung air ini terdiri daripada kawasan­kawasan setinggan yang didiami secara haram. Oleh itu, dalam satu kes di kampung air di Sempoma pada November 2004 misalnya, para penduduk di kampung tersebut terpaksa melakukan rondaan selepas tengah malam kerana bimbang terdapat kumpulan-kumpulan tertentu cuba untuk membakar kawasan ini. 11

103

Page 16: Impak Kehadiran Pendatang Filipina di Kampung Kampung Air

Han Shawaluddln Han Hanan & Rami; Dollah

Sikap Oportunis dan Survival Pendatang di Penempatan KampungAir

Kedua-dua sikap ini cukup ketara wujud dalam kalangan pendatang di penempatan kampung air yang dilawati. Sikap ini tidak dapat dielakkan menyedari bahawa diri rnereka sentiasa dalam bahaya. Satu sikap yangjelas berbanding penduduk tempatan. pendatang cukup peka dengan keperluan memiliki dokumen sarna ada sural beranak. kad pengenalan ataupun pasport. 19 Oleh itu. tidak hairan jika keadaan rnendesak yang dialami oleh pendatang diambil kesempatan oleh pihak sindiket bagi rnemalsukan dokumen yang kemudian dijual kepada pendatang seperti kad pengenalan dan pasport terutama pasport antarabangsa.20 Ookumen ini dijual antara RM 100 hingga RM3000. Permintaan dokumen ini cukup tinggi dalam kalangan pendatang.

Selain itu. pendatangjuga mengamhil kesempatan untuk menjadi ahli parti pemerintah. Oleh kerana setiap penempatan kampung air ini mempunyai cawangan parti tersebut membolehkan mereka untuk mendaftarkan diri sebagai ahli walaupun sehenamya mereka tidak layak menjadi ahli kerana status mereka itu. Namun, oleh kerana sikap oportunis ini menyebabkan mereka turnt mendaftar menjadi ahli ditarnbah pula kerana di setiap cawangan ini yang menjadi ketua cawangan terdiri dari pendatang yang telah hermastautin lama di Sahah.21 Temyata kedua-dua pihak. iaitu ketua cawangan serta ahli iaitu pendatang menggunakan situasi menang-menang yang sudah tentu memberikan banyak faedah kepada mereka. Pendatang akan menyokong ketua cawangan dalam pemilihan ketua cawangan dan sebaliknya ketua cawangan akan rnernastikan bahawa imej kampung rnereka adalah hersih apahila ditanya oleh pihak atasanP

Oi sarnping itu. satu lagi aktiviti yang rnelibatkan pendatang ialah pembabitan mereka sebagai pengundi dalam pilihan raya. Mereka ini dilabel sebagai pengundi hantu. 21 Keseriusan penglibatan rnereka dikesan apabila mahkarnah telah rnengisytiharkan kemenangan sebuah kornponen parti pernerintah scbagai tidak sah dalam pilihan raya urn urn 1999 sehingga rnemaksa pilihan raya kecil diadakan sernula. Hal ini dernikian kerana mahkarnah rnendapati pembabitan rarnai pengundi hantu dalarn pilihan raya tersebut dan pengundi hantu yang dirnaksudkan ini ramai terdiri dari pendatang sebuah penernpatan kampung air. Situasi ini rnenjelaskan bahawa pendatang mampu menggugat kestabilan politik di negeri ini sekali gus rnengancarn keselarnatan negarajika tidak ditangani dengan segera.

Kampung Air Sebagai Mewakili Entiti Suku Etnik

Satu lagi implikasi hesar daripada kehadiran pendatang di heherapa kawasan setinggan ialah kewujudan perkarnpungan-perkampungan setinggan yang bercirikan suku etnik tertentu dan hal ini seolah-olah mewujudkan suhculture dalarn satu rnasyarakat Malaysia. Dalam hal ini. mereka cuba hertutur dalam bahasa dialek dan rnengamalkan budaya asal.

104

Page 17: Impak Kehadiran Pendatang Filipina di Kampung Kampung Air

Impak Kehad"an Pendatang F,lIpma di Kampung-kampung Air

Seperti kaum lain di Malaysia amnya dan Sabah khususnya. para pendatang juga lebih senang hidup dalam satu-satu kelompok atau perkampungan yang terdiri dari suku kaum mereka. Sanders et al. (2002) dalam kajian mendapati bahawa ikatan sosial antara kaum menjadi alat utama imigran apabila sampai di negara baharu. Keadaan ini mungkin menyokong pandangan Coleman (1988) dan Borocz (1997) yang mendapati kelompok yang hidup dalam satu kawasan secara tidak langsung akan mewujudkan sebuah kawasan etnik dalam sesuatu kawasan. Jika keadaan ini berlaku. suatu perkara yang jelas dapat dibayangkan adalah mereka ini bertambah berani. menjadikan tempat itu pusatjenayah. dadah dan tempat perlindungan semasa diburu oleh polis.

Dalam konteks Kota Kinabalu, keadaan yang sarna turut berlaku iaitu pendatang biasanya akan tinggal bersama-sama dengan suku etnik mereka. Kg. Telipok. Kinarut dan Pulau Gaya misalnya merupakan tempat bagi kumpulan pendatang Filipina manakala Kg. Bakau dan Kg. Lembaga Padi boleh dianggap dihuni oleh majoriti pendatang Indonesia terutama masyarakat Bugis. Akibat kewujudan perkampungan mengikut suku etnik ini, ia akhimya membawa kepada masalah kesukuan. Untuk melindungi kepentingan suku etnik mereka. merebut peluang ekonomi dan sebagainya menyebabkan kumpulan ini akan mewujudkan kumpulan ala gangsterism. Pertubuhan ini ditubuhkan untuk melindungi kepentingan kaum mereka misalnya orang Cina. Indonesia dan Filipina. namun prinsip persaudaraan dan rasa tanggungjawab an tara mereka inilah yang mampu melanggar undang­undang untuk tujuan kepentingan suku etnik masing-masing.

Keakraban suku etnik ini dijadikan alat untuk menguatkan persaingan apabila melibatkan soal survival berbanding dengan yang lain. Hasilnya akan wujud satu keadaan iaitu suku etnik lain akan membenci suku etnik tertentu akibat daripada perebutan ini. Hal ini akan mendorong kepada satu masalah kesukuan sekali gus meningkatkan kadar jenayah di Kota Kinabalu. Bukan setakat itu, apabila timbul masalah dalam kalangan remaja. mereka ini biasanya melibatkan kumpulan-kumpulan yang mewakili suku etnik tertentu. Hasilnya akan berlakulah pergaduhan, kecederaan, kematian dan sebagainya di kalangan mereka ini (Wan Shawaludin W. Hassan & Ramli Dollah, 2002). Oleh itu, tidak menghairankan apabila kumpulan berumur di bawah 21 hingga 39 tahun merupakan kumpulan umur warga asing yang paling ramai disabitkan kesalahan mereka dan dipenjarakan (Penjara Pusat Kota Kinabalu. 2004).

Amalkan Budaya TempatAsaI di Kawasan KampungAir

Kehadiran pendatang sebenamya membawa kepada penyerapan budaya luar yang tidak dapat diterima oleh masyarakat setempat. Dalam hal ini, masalah yang ditimbulkan oleh pendatang ialah mewujudkan budaya dari tempat asal di tempat baharu dan kebanyakannya bersifat negatif. Perkara yang dimaksudkan dengan budaya dari tempat asal ialah seperti menganggap atau harta orang lain sebagai hak milik sendiri, berdendam, bergaduh serta tidak menghormati undang-undang yang

105

Page 18: Impak Kehadiran Pendatang Filipina di Kampung Kampung Air

Han ShaM'aluddm Han Hassan & Rami, Dollah

sedia ada di negara ini. Oleh itu. bagi masyarakat tempatan. apabila pendatang Filipina mengambil pakaian yang dijemur di jemuran. ini dianggap mencuri.24 Sifat berdendam pula cukup ketara dalam kalangan pendatang dan lebih buruk lagi sikap ini lazimnya membawa kepada pembunuhan sarna ada membabitkan pendatang mahupun dalam kalangan penduduk tempatan.2) Menjadi kebiasaan apabila orang didendami telah dibunuh. pendatang akan melarikan diri kembali ke Filipina yang seterusnya membawa konotasi kepada pen dud uk tempatan bahawa pendatang sememangnya tidak patuh kepada undang-undang. Oleh itu. tidak menghairankan apabila berlaku kes-kes seperti membunuh. membalas dendam dan sebagainya di kalangan pendatang ini akibat daripada masalah ini (Ramli Dollah et al .• 2003). Ketidakpatuhan ini seterusnya akan terpancar di kawasan penempatan kampung air yang mereka diami. yang boleh dianggap sebagai penempatan yang tidak mempunyai undang-undang dengan sampah sarap dibuang merata-rata. pembabitan dalam jenayah dan sebagainya.

Selain itu. pendatang Filipina turut menjalankan kegiatan yang menyalahi peraturan misalnya mempunyai jurunikah yang tidak bertauliah bagi menikahkan pasangan pendatang (Task Force. 2004). Lebih malang apabila penduduk tempatan turut mengambil kesempatan menggunakan jurunikah tidak bertauliah untuk berkahwin lagi. Jika melihat kepada keadaan ini. jelas bahawa amalan ini semakin subur diamalkan di kawasan perkampungan air.

Kampung Air Sebagai Tempat Perlindungan 'Gangsterism'

Selain itu. kawasan ini sering menjadi tumpuan pergaduhan kumpulan-kumpulan sindiket yang cuba memperluaskan pengaruh ataupun ada anggota kumpulan sindiket dari kampung air lain yang diserang dan kerana mahu membalas dendam membawa kepada berlakunya pergaduhan. Kebiasaannya. pergaduhan ini membawa kepada pembunuhan menggunakan senjata tajam seperti pedang. keris ataupun pistol. Oleh itu. tidak hairan jika kawasan sekitar penempatan ini sangat tidak selamat dilawati pada waktu malam. Kumpulan ala kongsi gelap dan gangsterism merupakan satu lagi bentuk budaya yang dibawa oleh masyarakat pendatang di Sabah (w. Shawaluddin W. Hasan & Ramli Dollah. 2002). Oleh itu. apabila perobohan rumah pendatang dilakukan pada tahun 2001 di Kota Kinabalu mendapati terdapat ban yak senjata berbahaya ditemui di kawasan tersebut. Penggunaan senjata-senjata ini amat berbahaya dan beberapa orang penulis menyatakan bahawa ia mempunyai kaitan dengan aktiviti kongsi gelap di negeri ini (W. Shawaluddin & Ramli Dollah. 2002; Kamarulnizam Abdullah & Wan Shawaluddin Wan Hassan. 2002).

Kemungkinan untuk membawa masuk ke Kota Kinabalu pertubuhan­pertubuhan haram juga tidak boleh diketepikan. Beberapa pertubuhan ala kongsi gelap ini seperti KRK. MRB-1973. Acquaintance dan SQP dikatakan berasal dari Filipina. Hal ini diakui sendiri oleh pihak polis Kota Kinabalu. Sandakan dan Kinabatangan yang menyebut bahawa aktiviti ala kongsi gelap ini masih wujud dan menjadikan setinggan sebagai pusat mereka. Pertubuhan-pertubuhan ala kongsi gelap

106

Page 19: Impak Kehadiran Pendatang Filipina di Kampung Kampung Air

Impak Kehadiran Pendalang Filipina di Kampung-kampung AIr

ini adalah berasaskan suku etnik tertentu. Walaupun aktivitinya agak terhad. perlu diingat bahawa iajuga memberi ancaman yang besar kepada penduduk dan tidak dapat dinafikan mempunyai perkaitan yang rapat dengan peningkatan kadar jenayah di bandar ini.

KampungAirSebagai 'lubuk' Kemiskinan

Kewujudan kampung-kampung air di negeri Sabah ini juga sebenamya membawa implikasi yang lebih buruk apabila melihat kepada kedudukan sesebuah daerah tersebut. Dalam hal ini. kawasan setinggan ini dianggap sebagai 'lubuk' kepada kemiskinan kerana di sinilah para pendatang ini biasanya mendapatkan perlindungan. Dalam kalangan pendatang yang tinggal di kawasan setinggan di perkampungan air ini. pendapatan mereka hanya berada sekitar RM I 0 sehari terutamanya kepada nelayan-nelayan dan yang memungut hasH-hasH laut (temu bual di Kg. Landung Ayang. Kudat. Mac 2004). Bagi daerah Kota Kinabalu. para pendatang asing ini mempunyai pcndapatan hanya sekitar RM20 hingga RM30 sehari. Terdapat juga yang hanya berpendapatan RM400 sebulan. Dengan pendapatan yang rendah dan kerja yang be rat mereka ini sebenamya berhadapan dengan pelbagai masalah berkaitan dengan kemiskinan. tekanan hidup dan sebagainya (temu bual di Lok Urai. Pulau Gaya 21-23.10.03). Namun. hal yang pasti ialah pendapatan mereka ini sebenamya sangat rendah. Bermakna, kehadiran pendatang di penempatan kampung air memburukkan lagi keadaan kemiskinan. Dari satu segi, ia kelihatan seolah-olah kerajaan tidak berusaha membasmi masalah ini. Namun, dalam hal ini disebabkan pihak yang terlibat ialah pendatang maka kehadiran mereka telah menimbulkan konotasi negatifserta memberi imej buruk kepada kerajaan.

Tidak dapat dinafikan, sememangnya kumpulan ini tersepit di tengah-tengah kemelut kemiskinan. Sebagaijalan pintas untuk memenuhi keperluan mereka, maka jenayah dilihat sebagai cara mudah kepada masalah tersebut. Pengalaman pengkaji di Pulau Gaya, Kota Kinabalu mendapati akibat daripada kemiskinan, masyarakat ini telah dijadikan oleh kumpulan-kumpulan yang kaya untuk bekerja dengan mereka dengan menjalankan aktiviti mengedar dadah, penyeludupan dan sebagainya. Oleh itu. dapatJah dinyatakan bahawa faktor kemiskinan ini telah membawa kepada masalah yang besar kepada penduduk di Kota Kinabalu dan hal ini mendorong mereka untuk melakukan jenayah.

Kam pung Air Dilabel Sebagai Kawasan .. Hitam'

Petempatan ini yang dikenali juga dengan panggilan 'Pekan Manila' dalam kalangan penduduk tempatan merupakan kawasan yang tidak asing bagi masyarakat setcmpat dan tidak menghairankanjika merupakan 'kawasan hitam' bagi mereka. Selain itu, laporan polis juga menunjukkan bahawa petempatan ini menjadi pusat aktiviti penagihan, pengedaran dadah, syabu dan rokok (Daily Express, 27 & 29 Mac 2002).

107

Page 20: Impak Kehadiran Pendatang Filipina di Kampung Kampung Air

Hall Shmt'aluddm "all /la:uall & Rami, DoUah

Mengetahui bahayanya kawasan ini menyebabkan para penduduk tempatan berasa takut untuk mengunjungi kawasan ini kerana pasti membawa musibah kepada pelawat yang mengunjunginya. Lebih membimbangkan lagi ialah sebahagian daripada penduduk kawasan-kawasan ini terdiri daripada masyarakat tempatan negeri ini. Kawasan-kawasan seperti Kg. Puyut dan Kg. Bakau di Lahad Datu suatu masa dahulu misalnya dilihat sebagai kawasan yang sangat berbahaya untuk dimasuki oleh orang luar. Malahan, bagi sesetengah mereka melihat bahawa kawasan ini sebagai 'kawasan hitam' dan mereka takut untuk masuk ke kawasan tersebut pad a waktu malam. Namun, usaha bersungguh-sungguh yang dijalankan oleh pihak kerajaan telah berhasil mengurangkan jumlah setinggan secara mendadak di daerah ini. Kawasan Kg. Puyut yang suatu masa dahulu sangat menakutkan misalnya kini merupakan sebuah petempatan yang sangat tersusun dengan pembangunan yang dirancang oleh pihak kerajaan.

KESIMPULAN

Kehadiran pendatang Filipina tidak dapat dielakkan kerana daya tarikan pekerjaan di Sabah serta ketidakstabilan di selatan Filipina. Hal ini telah menyebabkan kebanjiran mereka terutama di kawasan penempatan kampung air tidak dapat dihindari. Namun, kehadiran mereka ini temyata lebih banyak menimbulkan impak negatif dari posit if. Petempatan kampung air sepatutnya berfungsi sebagai pusat kediaman yang boleh memberikan kemakmuran dan keamanan kepada penduduknya. Namun hal yang sebaliknya berlaku kerana dengan wujud petempatan kampung air yang didiami oleh pendatang Filipina menimbulkan banyak masalah bukan sahaja kepada penduduknya, bahkan menimbulkan ancaman besar kepada keselamatan penduduk tempatan.

NOTA

I Artikel ini asalnya bertajuk "Penempatan Kampung Air di Kalangan Masyarakat Filipina di Sabah" yang telah dibentangkan di Seminar Serantau Kampung Air, Universiti Brunei Darusalam, 29-31 Januari 2005. Kedua-dua penulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Prof. Azizah Kassim. Prof. Sabihah Osman dan rakan-rakan lain yang banyak membantu menjayakan kertas kerja ini.

J Jika melihat kepada perkembangan sejarah, didapati masyarakat 8ajau dan Sulu di Filipina lebih gemar tinggal di kawasan laut dan sukar berpisah dengan cara hidup di laut. Oleh itu, tidak menghairankanjika mereka ini banyak mendirikan petempatan di pulau-pulau dan kawasan pesisir pantai yang mewujudkan kampung air dan ia berlanjutan sehingga hari ini. Selain itu. mereka ini juga dikatakan takut untuk tinggal di daratan. Mereka menyatakan akan mendapat sakit jika tinggal di darat walaupun dalam tempoh beberapa jam sahaja. (Sopher, 1981).

108

Page 21: Impak Kehadiran Pendatang Filipina di Kampung Kampung Air

Impale Kehadlran Pendalang FilIpino di Kampung-kampung AIr

) Antara barangan utama yang menjadi perdagangan antara kedua-dua belah pihak adalah buah-buahan misalnya mangga, gula, minyak dan beberapa barang keperluan lain. Untuk lebih lanjut mengenai hal ini sila Iihat Marja Azlima Omar. et 01. (2004).

4 Proses migrasi yang berterusan dari Filipina ke Borneo Utara (Sabah) sebenarnya telah bermula sejak zaman kolonial. Oleh itu. penduduk-penduduk ini menjadi penduduk tetap kawasan-kawasan pesisir pantai. Namun, kehadiran pendatang dan pelarian ke negeri Sabah bermula pada tahun-tahun 1970-an apabila berlakunya keadaan yang tidak 'menentu di Filipina. Mereka ini kemudiannya menjadi penghuni beberapa kawasan kampung air misalnya Kg. A ir. Kg. S imunul di Semporna, BDC di Sandakan dan beberapa kawasan lain di pantai timur Sabah. Untuk melihat lebih lanjut mengenai penempatan penduduk di Kampung Airdi daerah Semporna misalnya sila lihat Sather, C. A (1997).

S Sekadar menyebut beberapa kawasan Kg. Lok Urai, Kg. Lok Baru, Kg. Pondo (Kota Kinabalu), Kg. Selamat. Kg. Bangau-Bangau. Pulau Mabul (Semporna), Kg. Hidayat, Kg.1itingan. Kg Sungai Buaya (Tawau), Kg. BDC dan Pulau Berhala Laut (Sandakan). Kg. Bakau, Kg. Puyut, Kg. Air. Kg. )pil (Lahad Datu) merupakan kawasan kampung air. Hal ini sekali gus menjelaskan bahawa jumlah penduduk yang mendiami kawasan kampung air majoritinya diduduki oleh pendatang'pelarian. Namun. tidak dinafikan bahawa bukan kesemuanya kawasan kampung air di Sabah diduduki oleh pendatang,'pelarian kerana masih terdapat beberapa kawasan yang masih diduduki oleh warga tempatan. Untuk lebih lanjut mengenai petempatan pelarian. sila lihat Azizah Kassim & Ubong Imang (2004).

6 Pandangan ini dikemukakan oleh Tuan Haji Sudeli Sarpin, Pengarah labatan Pembangunan Sumber Manusia, Negeri Sabah dalam Seminar 'Cross-Border Migration: Developing Policy Recommendations for Sabah' pada 29 Disember2004.

1 Merupakan satu pemandangan biasa apabila pihak berkuasa scperti polis, imigresen dan sebagainya melancarkan operasi, restoran, kedai dan sektor binaan tidak dapat beroperasi sepenuhnya.

• Tidak termasuk restoran segera seperti KFC, Pizza Hut, Bugger King mahupun McDonald yang tidak mengambil pendatang sebagai pekerja mereka.

• Temu bual yang dibuat mendapati bahawa berbeza dengan pendatang keturunan Bugis dari Indonesia yang menyimpan sebahagian dari pendapatan yang diperoleh. pendatang Filipina sebaliknya membelanjakan kesemua pendapatan yang diperoleh.

10 lualan secara kecil-kecilan yang dimulakan dari rumah pendatang merupakan nadi bagi sctiap kampung air yang ada. Pada peringkat awal, jualan berupa m inyak masak, ikan bakar. putu. mangga. dijual di depan halaman rumah. Setelah perniagaan semakin maju, sebahagian rumah akan dijadikan kedai iaitu di

109

Page 22: Impak Kehadiran Pendatang Filipina di Kampung Kampung Air

Han Shatt'afuddm Han Hassan & Ram" Do{{aJr

ruang tamu dan barangan yang dijual juga bertambah. Temu bual dengan responden yang mahu namanya dirahsiakan di Sandakan pada 12 April 2008.

II Kawasan kampung air mudah dihubungi melalui laut oleh sindiket yang membawa masuk pendatang baharu dari pulau-pulau berdekatan seperti Pulau Sibutu. Pulau Simunul dan Pulau Tawi-Tawi. Lihat Wan Shawaluddin Wan Hassan. et 01. (manuskrip yang tidak diterbitkan).

12 Selain itu. sistem pengangkutan ini juga digunakan secara kerap dalam aktiviti perdagangan tukar barang (barter trade). penyeludupan atau kemasukan secara haram. Sila lihat Zulkiflie Hassan (1999).

II Temu bual dengan beberapa orang penduduk Kg. Simunul. Sempoma pad a 14 Februari 2003. Atas sebab-sebab keselamatan. nama mereka tidak akan didedahkan.

I. Daripada laporan pihak polis daerah Tawau mendapati bahawa kawasan-kawasan utama aktiviti (mengedar dan menagih) adalah seperti di kawasan Kg. Ice Box dan Kg. Hidayat iaitu kesemuanya adalah kawasan kampung air. Sclain itu. masalah dadah dalam kalangan pendatang berlaku dengan berleluasa di kawasan-kawasan setinggan di beberapa pcrkampungan sir.

I~ Kawasan utama pusat pengedaran syabu di Sempoma adalah Kg. Simunul. Bangau­Bangau dan beberapa kawasan lain yang kebanyakannya merupakan kawasan-kawasan setinggan.

16 Pengharaman 'pump boat' oleh kerajaan adalah kerana beberapa faktor antaranya kemampuannya untuk melepaskan diri lari daripada buruan polis kerana ia boleh bergerak di bawah rumah kawasan perkampungan air. kemampuan untuk bergerak di kawasan air cetek terutamanya kawasan bakau dan kawasan perkampungan yang membolehkan mendaratkan para pendatang atau barangan seludup. laju dan sukar untuk dikejar dan sering digunakan untuk pengeboman ikan. Wan Shawal1lddin Wan Hassan & Ramli Dollah (2002).

11 Kes taun dalam kalangan pendatang cukup tinggi di kawasan Pulau Gaya tetapi tidak dihebahkan kerana bimbang masyarakat setempat akan panik. Keadaan pulau ini yang terpisah dari darat menyebabkan mudah bagi pihak berkuasa untuk mengawal penyakit dan tahap kesihatan penduduk.

II Kg. Air Sempoma merupakan antara kawasan perkampungan air antara yang terawal dibuka di Sempoma oleh kumpulan Sama-Sibutu dari Pulau Sibutu dan Filipina. Penghijrahan ini berlaku akibat keadaan yang tidak menentu di Filipina pad a masa pemerintahan Sepanyol. Selain itu. kedatangan mereka pada abad ke-19 juga disebabkan terdapatnya peluang-peluang perdagangan dan komersil yang terdapat di Sabah. Walaupun kawasan ini majoritinya didiami oleh penduduk warga tempatan. perkaitan dengan warga Filipina tetap ada. Oleh itu, tidak menghairankan apabila kawasan ini didiami bersama-sama antara warga tempatan dan pendatang Filipina (Ramli Dollah. 2(04).

110

Page 23: Impak Kehadiran Pendatang Filipina di Kampung Kampung Air

Impale Kehad"an Pendalang Fillplna di Kampung-kampung Air

19 Sikap ini menyebabkan pendatang mengambil kesempatan atas kecuaian penduduk tempatan dengan mengaku mereka sebagai penduduk tempatan dengan memohon mendapatkan dokumen penting ini untuk kegunaan mereka. Dengan mempunyai dokumen ini akan membolehkan mereka menggunakan kemudahan awam seperti yang diperoleh oleh penduduk tempatan seperti kemudahan di hospital. mendapat pendidikan di sekolah kerajaan. memohon pekerjaan di sektor kerajaan dan mengundi. Lihat Mutalib M.D (1999).

20 Beberapa insiden yang berlaku melibatkan pendatang menggunakan dokumen palsu yang membolehkan mereka menaiki pesawat untuk ke Semenanjung.

21 Penulis mendapati semasa di lapangan. ketua cawangan di dua penempatan dari keturunan Sulu sedang hebat berkempen dalam pemilihan agung sebuah parti pemerintah. Paling penting. dengan menjadi ahli parti tadi akan membolehkan pendatang tidak dihantar pulang kerana mereka boleh menggunakan parti untuk menghalang pengusiran ke Filipina.

RWUKAN

Abdul Razak Hj. Bokhari.2000. "Peranan dan PermasaLhan Jabatan Polis dalam menangani isu pendatang tanpa izinlpendatang asing di Sabah", Bengkel Pendatang Tanpa Izin di Sabah. 8-9 Ogos. Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah.

Abdulsiddik A. AbbahiI.1984."The Bangsa Moro: Their self image and Inter-group Ethnic Attitude". Dan-wlan Quarterly, Vol. 4.

Ahmad Kenajaan.1997. "Ancaman Lanun dan Kesannya terhadap Keselamatan dan Ketenteraman Awam: Satu Kajian di Sabah", Diploma Kepolisian, Maktab Pegawai Kanan Polis. Cheras.

Amaluddin Bakeri & Mohammad Raduan Mohd AritT. 2002. "Tradisi Membangun Rumah Masyarakat Melayu Brunei di Kampung Air Sarawak: Kajian Kes di Limbang." Jurnai Jati. Bit. 7. Disember, him. 79-98.

Amaluddin Bakeri & Mohammad Raduan Mohd Ariff. 2003. "Sumbangan Petempatan KampungAirTerhadap Pertumbuhan Ekonomi Bandar: Kajian Kes Daerah Limbang. Sarawak." Jurnal Jati. Bil. 8. Disember, hIm. 41-65.

Azizah Kassim.2003. "Ditelan Pahit Dibuang Sayang: Immigrant Population, Competing Interests and State Dilemma in Sabah" Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Brunei Darussalam-Jepun, Universiti Brunei Darussalam. 11-12 Ogos.

Azizah Kassim. 2002. "International Migration: Prospects and Challenges in Malaysia", Kertas Kerja dibentangkan dalam Seminar on Regional Security Risks and Challenges: The Role of Civil Society, 2 Julai. Kota Kinabalu, Sabah. Banci Penduduk dan Perumahan 2000. Jabatan Perangkaan Sabah.

Che Moin Umar2002. "Overview of National Security Challenges with Special Focus o~ Sabah", Kertas Kerja dibentangkan dalam Seminar On Regional Security RiSks and Challenges: The Role of Civil Society, 2 Julai, Kota Kinabalu. Sabah.

111

Page 24: Impak Kehadiran Pendatang Filipina di Kampung Kampung Air

Hall Shawaludd,II Him Hauall & Rami, Dolloh

Dayang Suria Haji Mulia. 2000. "Kebanjiran Pendatang Filipina: Implikasi dan Cabaran Terhadap Pembangunan Sosioekonomi Penduduk Sabah." Dalam Dzurizah Ibrahim el al. Huhungan Industri dan Sumher Manusia: Isu dan Perspeklif.

Foreign Workers Medical Examination Moniloring Agency (FOMEMA). Gowing. Peter Gordon. 1979. Muslim Filipinos:Herilage & Hori:on. Quezon City:

New Day Publishers. Hassan. Abduljim J. 1978. "Characteristics of Backdoor Migrants to Sabah. Malaysia

From the Philippines: The Case of the Island Communities of Taw i-Taw i." Mindanaolournal. S (2) him. 98-119.

Ho Ting Seng.1989. "International Migration and Urban Development: The Case of the Filipino Immigrants in Sabah." Dalam Mohd Yaakub Haji Johari & Baldev S. Sidhu. Urbanisation and Development: Prospects and Policies for Sabah Beyond 1990. Kota Kinabalu: IDS. him. 22S-242.

Hugo. Graeme.1998. "International Migration in Southeast Asia: Political. Economic. Social and Social Impact." Dalam Mohd Jawhar Hassan (ed.). A Pacific Peace: Issues and Responses, ISIS Kuala Lumpur.

Ikhbal Hanam Mukras.2004. "Konflik Gerakan Pemisah Moro di Selatan Filipina: Implikasi Terhadap Keselamatan Malaysia" Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.

labalan Kaslam dan Eksais Diraja Malaysia Cawangan Sabah. Jalihah Md. Shah.2003. "Peranan wanita di dalam Komuniti Setinggan: Kajian Kes

Kg. Lembaga Padi. Likas. KK. Sabah" Tesis Sarjana, Sekolah Sains Sosial. Universiti Malaysia Sabah.

Kamarulnizam Abdullah & Wan Shawaluddin Hassan. 2002. "The Security Implications of Illegal Immigrants in Sabah." SSIR Occasional Paper. UKM.

Kamarulnizam Abdullah.2000. "The Problem oflmmigrants in Sabah. Questions of Nation-Building and Security." Kertas kerja dibentangkan dalam 16'" Conference of The IAHA. Sabah. 27-31 Julai.

Kiefer. Thomas M. 1972. The Tausug Violence and low in Philippines Moselem Society. New York: Holf, Reinhart and Winston Inc.

Mutalib M.D. 1999. I.e palsu Merampas HakAnakSabah.lpoh: Kerja Percetakan Perak. Polis Diraja Malaysia. Ramli Dollah, FazliAbd. Hamid & Rizal Zamani Idris. 2004. "Jenayah dan Perbandaran:

Satu Kajian Awal di Kalangan Pendatang Asing di Kota Kinabalu", kertas kerja dibentangkan di Simposium Kebangsaan Dinamika Masyarakat Bandar, 18-19 Mei. PJ Hilton, Selangor.

Ramli Dollah & Nordin Sakke.200S. "Permasalahan Jenayah di Bandar: Kajian Ke Atas Elllpat Bandar Utama di Sabah", (Manuskrip tidak diterbitkan).

MarjaAzlimaOmar. Ramli Dollah & FazliAbd. Hamid. 2004. "The Flow of Goods and Remittance in Sabah: On Overview". dibentangkan di Workshop on Networking Sabah: Cross Border Flow of People and Services. Hotel Promenade. KK. 26 Ogos. dianjurkan oleh Research Institute for Languages and Cultures of Asia and Africa. Tokyo University of Foreign Languages & IDS (Sabah).

112

Page 25: Impak Kehadiran Pendatang Filipina di Kampung Kampung Air

Impole Kehodlron Pendolang Ftltpina di Kompung-leompung Air

Noble, Lela. 1976 "The Moro National Laberation Front In The Philippines." Pacific Affairs. Vol. 49, No.3.

Ramli Dollah, Wan Shawaluddin Wan Hassan, Diana Peters & Marja Azima Omar. 2003. "Pendatang Filipina di Sabah: Satu Pemerhatian dari Sudut Keselamatan." Jurnal Jati, Bil. 8, Disember, hlm.2 I 7-240.

Ramli Dollah. 2004. "Lanun atau Mundu di Pantai Timur Sabah?", Dibentangkan di Seminar Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM, 14-16 Disember.

Ramli Yusuf.2002. "Recent Advances in resolving the lIIegallmmignt in Sabah: Key Lessons from the Ops Nyah Bersepadu II", Kertas Kerja dibentangkan dalam Seminar On Regional Security Risks and Challenges: The Role of Civil Society, 2 Julai, Kota Kinabalu, Sabah.

Riemer, Carlton L. 1987. Maranao Maratabat and the Concept of Pride, Honor and Self-Esteem. Darussalam Quarterly, Vol. VI11, No.4.

Ross-Larson, Bruce. 1976. The Politics o/Federalism: Syed Kecik in East Malaysia. Singapore: Bruce Ross-Larson.

Sapikit, Joyinia. 2004. "Keselamatan Maritim di Pantai Timur Sabah," Latihan I1miah, Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah.

Sather, ClitTord.1997. The Bajau Laut: Adaptation, History and Fate in a Maritime Fishing Society o/Southeastern Sabah. Oxford University Press.

Slot 999, TV3 - 7 April 2003. Tunku Shamsul Bahrin & S. Sothi Rachagan. 1984. "The Status of Displaced Filipinos

in Sabah: Some policy considerations and their longer-term implications" dalam Lim Joo Jock & Van is, S (eds.). Armed Separatism in Southeast Asia. Singapore: ISEAS.

Unit Pasukan Petugas Khas Sabah. Wan Shawaluddin Wan Hassan & Ramli Dollah. 2002. "Pendatang Filipina di Sabah:

Satu Tinjauan dari Sudut Keselamatan", Kertas kerja yang dibentangkan di Persidangan BRC, Kota Kinabalu, Julai.

Wan Shawaludin Wan Hassan. 1999. "Security Issues and Its Implications on The BIMP-EAGA", Kertas Kerja dibentangkan dalam BIMP-EAGA Regional Conference, UMS, 25-26 Mac.

Wan Shawaludin Wan Hassan et al. "Filipino Immigrant in Sabah: Why Do They Come Back". Manuskrip yang tidak diterbitkan.

Wan Shawaludin Wan Hassan & Ramli Dollah. "Pendatang Filipina: Isu dan Impak". (Manuskrip yang tidak diterbitkan).

Wan Shawaludin Wan Hassan.2000. "Illegal Immigrant and Security Threats: The case of Sa bah". Dalam Michael Leigh (ed.), Proceedings ofthe Sixth Biennial Borneo Research Conference, Sarawak 10-14 Julai.

Wan Shawaludin Wan Hassan.2000. "Pendatang Tanpa lzin Sebagai Masalah Keselamatan: Satu Tinjauan Umum", Bengkel Pendatang Tanpa Izin, Sekolah Sains Sosial, UMS. 8-9 Ogos.

Yaakob Hj. Johari & Ramlan Goddos.2002. "Profiles of Foreign Workers in Sabah:

113

Page 26: Impak Kehadiran Pendatang Filipina di Kampung Kampung Air

Hall Shawa/~ddl" Hall Hassall If Rami; Dol/ah

Policy Implications", dalam Seminar on Regional Security Risks and Challenges: The Role Civil Society, 2 Julai, Kota Kinabalu. Sabah.

Surat Khabar Daily Express Berita Minggu Berita Hanan

114