contoh minit curai kursus kssr tahun 4 sejarah 2013

Upload: suzana

Post on 06-Oct-2015

103 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

assignment 1303

TRANSCRIPT

PPD SEBERANG PERAI UTARA

MINIT CURAI

LAPORAN OLEH PEGAWAI YANG MEWAKILI SEKOLAHDALAM MESYUARAT/KURSUS/TUGAS RASMI YANG LAIN

LAPORAN KEPADAPN MARIYAM BINTI MAN

GURU BESAR

SK KEBUN SIREH

L APORAN DARIPADAZULKEFLEY BIN KHAIRI

1. JENIS AKTIVITI /

PERKARAKursus Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

SEJARAH Tahun 4, 2013 Peringkat sekolah

2. TARIKH DAN MASA29 OKT 2013

3. TEMPATMAKMAL KOMPUTER

Sungai Petani, Kedah

4. PENGANJURBahagian Pembangunan Kurikulum, dan Jabatan Pelajaran Pulau Pinang

5. VIP YANG HADIR/

PENGERUSI

MESYUARATEn Roland (BPK)

Pn Faizah (JUK)

6. PEGAWAI LAIN

YANG HADIR

Penyelia Sejarah Rendah JPN Negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

1. LATAR BELAKANG1.1. Kursus ini dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kemeterian Pendidikan Malaysia kepada Jurulatih Utama Negari bagi Zon Utara.1.2. Kursus telah dikendalikan oleh para Pegawai dari BPK dan Jurulatih Utama Kebangsaan (Sejarah).1.3. Objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk:

a. Memberi pendedahan tentang Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Sejarah Tahun 4 kepada Jurulatih Utama Negeri (JUN) Zon Utara.b. Menyampaikan maklumat berkaitan pelaksanaan DSKP Sejarah Tahun 4 yang akan dilaksanakan di sekolah rendah mulai tahun 2014 khususnya tentang

i. isu-isu pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Sejarah Tahun 4 ii. perubahan cara perlaksanaan PdP dan pentaksiran Sejarah tahun 4 yang hanya menggunakan DSKP bukan lagi DSK dan DSKPiii. Kaedah memantapkan pelaksanaan di bilik darjah2. ISU ATAU MAKLUMAT PENTING

2.1Kurikulum Suatu pengalaman pembelajaran yang terancang ke arah mencapai penghasilan pembelajaran yang dihasratkan

Komponen kurikulum terdiri daripada kandungan , pedagogi dan pentaksiran

Kandungan - Matlamat dan objektif pembelajaran/hasil pembelajaran yang dihasratkan melalui mata pelajaran tersebut. Pedagogi - Pengalaman pembelajaran yang seharusnya dilalui/diberikan ke arah mencapai objektif tersebut ATAU Susun atur pengalaman pembelajaran tersebut agar mencapai objektif pembelajaran yang berkenaan (urutan kandungan dll).

Pentaksiran - Kaedah yang digunakan untuk menentukan objektif pembelajaran tersebut telah dicapai

Pentaksiran terbahagi kepada dua iaitu formatif dan sumatif

Formatif - Memantau perkembangan murid secara berterusan.

Sumatif - Dijalankan pada akhir suatu tempoh pembelajaran dan bertujuan untuk mengetahui tahap penguasaan murid.

Kaedah pentaksiran Kajian Kes ,Pemerhatian, Tugasan, Projek, Kuiz, Hasil kerja, Lisan, Drama2.2Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)

Satu dokumen yang mengintegrasikan kurikulum dan pentaksiran. DSKP menyenaraikan Standard Kandungan(SK), Standard Pembelajaran(SP) dan Standard Prestasi(SPi). DSKP akan digunakan mulai Januari 2014 untuk Tahun 4 Cara penggunaan DSKP - Pdp dijalankan seperti biasa dengan menggunakan DSKP sebagai panduan iaitu menggunakan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran sehingga habis satu kelompok baru diberi gred pentaksiran

Cara menulis / mencatat pentaksiran - Copy dan paste fail excell mengikut bilangan kelas Tahun 4 yang diajar, masukkan nama dan maklumat murid. Setiap kelas mesti ada satu fail excell yang lengkap Penyimpana data di sekolah - Guru mata pelajaran membuat pentaksiran (MS Excel), memberikan satu salinan kepada Ketua panitia, Ketua Panitia serahkan kepada SU peperiksaan untuk disimpan PEKA berjalan seperti biasa sehingga diberitahu kelak

2.3Tahap penguasaan Kriteria pencapaian yang berasaskan setiap kelompok standard kandungan dan standard pembelajaran yang ditetapkan TAFSIRAN MATA PELAJARAN SEJARAH

TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN

1 Mengetahui perkara asas berdasarkan ilmu sejarah dan nilai yang dipelajari.

2 Memahami perkara asas berdasarkan ilmu sejarah dan nilai yang dipelajari.

3 Menerangkan perkara asas berdasarkan ilmu sejarah dan nilai yang dipelajari.

4 Menguasai pengetahuan dan kemahiran secara tersusun berdasarkan ilmu sejarah dan nilai yang dipelajari.

5 Membuat penilaian berdasarkan ilmu sejarah dan nilai yang dipelajari.

6 Melahirkan idea berdasarkan ilmu sejarah dan nilai yang dipelajari.2.4

2.5Nota penting!! Tiada ujian setara peringkat daerah atau negeri

Ujian pertengahan dan akhir tahun dilaksanakan di sekolah

Ujian-ujian lain peringkat sekolah tidak perlu dijalankan Majlis Penutupan Kursus tamat pada jam 12.00 tengahari.Disediakan oleh,..........................................(ZULKEFLEY KHAIRI)

11 September 20132

Penyebaran.

1. Konsep KSSR

2. KonsepmatapelajaranSejarah- OrganisasiKurikulum

3. Dokumen Standard Kurikulum

4. KemahiranPemikiranSejarah

5. Elemenkewarganegaraan- Bagaimanamenterjemahkan/melaksanakanelemenkewarganegaraansemasa proses p& P

6. RPH

7. KajianKes

8. DSKP- maklumatumum

9. Bengkel ( DSK dan Standard Prestasi)