chicken chop

2
CHICKEN CHOP resepi dari D Bahan-bahan: 2 keping daging ayam, dibuang tulang dan diketuk isinya 1 biji telur, dipukul sedikit ½ cawan tepung jagung minyak secukupnya untuk menggoreng Bahan untuk perap: 1 sudu besar kicap pekat 2 sudu besar jus limau ½ sudu teh garam ½ sudu the serbuk lada hitam ½ sudu teh soda bikarbonat Bahan untuk sos: 250 ml stok ayam

Upload: nora-liza

Post on 05-Dec-2015

225 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Chicken Chop

CHICKEN CHOP

resepi dari D

Bahan-bahan:2 keping daging ayam, dibuang tulang dan diketuk isinya1 biji telur, dipukul sedikit½ cawan tepung jagungminyak secukupnya untuk menggoreng

Bahan untuk perap:1 sudu besar kicap pekat2 sudu besar jus limau½ sudu teh garam½ sudu the serbuk lada hitam½ sudu teh soda bikarbonat

Bahan untuk sos:250 ml stok ayam¼ sudu teh garam¼ sudu teh serbuk lada putih1/8 sudu teh serbuk lada hitam¼ sudu teh garam1 sudu besar sos tiram

Page 2: Chicken Chop

½ sudu besar sos Worcestershire½ sudu teh kicap cairbeberapa titis kicap pekat1 biji bawang besar, didadu kecil1 sudu besar bawang putih, dicincang halus½ sudu besar tepung gandum

cara:- daging ayam diperap dengan bahan-bahan perapan dan disimpan dalam peti sejuk selama beberapa jam atau sebaiknya semalaman- panaskan minyak secukupnya dalam kuali. Celup daging ayam yang telah diperap kedalam telur dan salut dengan tepung jagung. Goreng isi ayam tersebut sehingga garing dan berwarna kekuningan. Hidangkan di pinggan- panaskan sedikit minyak di kuali dan masukkan bawang putih yang telah dicincang. Bila ia sudah naik bau masukkan pula bawang besar yang telah didadu. Goreng sehingga bawang layu dan naik bau- masukkan tepung dan goreng sekejap. Kemudian masukkan pula serbuk lada putih, serbuk lada hitam, garam, sos tiram dan Worcestershire, kicap cair dan kicap pekat juga stok ayam- reneh kuah ini sehingga ia memekat. Kemudian boleh tuang sos ini diatas chicken chop dan sebaiknya hidangkan panas. Hidangkan juga lauk sampingan seperti coleslaw, baked beans, mash potato atau kentang goreng

note: penggunaan soda bikarbonat adalah untuk melembutkan daging ayam tersebut. Jika tidak mahu menggunakannya pun tidak mengapa. Jika kuah tidak memekat boleh tambah 1 sudu besar tepung gandum dan kacau rata sehingga ia memekat. Sebaiknya gunakan serbuk lada hitam yang kasar-kasar jadi lebih terasa