cerita pendek

70
Ar nab Yang Pe ma las Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor arnab dan seekor tupai. Setiap hari mereka menghabiskan masa bersama-sama. Pada suatu hari, tupai berkata kepada arnab, “Mari kita buat sarang. Sekarang dah tiba musim hujan. Apabila hujan, kita ada tempat berteduh.” “Ya, betul kata awak. Tapi biarlah saya berehat dulu,” jawab arnab. Pada petang itu, hujan turun dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di bawah pokok. Mereka basah dan kesejukan.”Jika kita ada sarang, tentu kita tak akan basah begini,”kata tupai. “Ya, betul kata awak,” jawab

Upload: has-ismail

Post on 02-Jan-2016

224 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: cerita pendek

Ar nab Yang Pe ma las

Di sebuah hutan tinggal sepasang

sahabat. Mereka ialah seekor arnab dan

seekor tupai. Setiap hari mereka

menghabiskan masa bersama-sama. Pada

suatu hari, tupai berkata kepada arnab,

“Mari kita buat sarang. Sekarang dah tiba

musim hujan. Apabila hujan, kita ada

tempat berteduh.” “Ya, betul kata awak.

Tapi biarlah saya berehat dulu,” jawab

arnab. Pada petang itu, hujan turun

dengan lebatnya. Tupai dan arnab

berteduh di bawah pokok. Mereka basah

dan kesejukan.”Jika kita ada sarang,

tentu kita tak akan basah begini,”kata

tupai. “Ya, betul kata awak,” jawab

arnab. “Pagi esok kita akan buat sarang,”

kata arnab lagi.

Page 2: cerita pendek

 Keesokan pagi, cuaca sungguh baik.

Tupai mengajak arnab menbuat sarang.

“Lebih baik kita pergi cari kayu untuk

membuat sarang,” kata tupai. “Tapi

bukan sekarang,” jawab arnab. “Kita

masih ada banyak masa lagi. Marilah kita

pergi cari makanan. Saya sungguh lapar!”

Tupai menggeleng-geleng melihat sikap

sahabatnya itu. Pada petang itu, hujan

turun lagi. Tupai dan arnab basah kuyup

kerana tiada tempat berteduh. “Alangkah

baiknya jika kita ada sarang,” kata tupai.

“Esok kita mesti buat sarang. Saya tak

mahu terus basah seperti ini sewaktu

hujan.” Arnab yang pemalasitu tidak

menghiraukan rungutan sahabatnya.

“Kita tunggu esok sahajalah,” kata arnab.

Page 3: cerita pendek

KERBAU BALAR

Dalam sekumpulan kerbau, ada sepasang

kerbau balar. Warna kulitnya merah, tidak

hitam seperti kerbau-kerbau yang lain.

Oleh kerana kulit yang berbeza warnanya

itu, kerbau balar selalu dihalau oleh

kerbau lain. Kedua-duanya tidak

dibenarkan makan bersama dan tidur

sekandang.

 "Rupa kamu tidak sama dengan kami,"

kata kerbau yang lain itu.

 Kedua-dua kerbau balar itu sangat sedih

kerana mereka selalu disisihkan.

Page 4: cerita pendek

 Pada suatu musim ,kerbau hitam dan

kerbau balar itu mendengar tuan mereka

akan menangkap mereka. Semuanya akan

dihantar dan akan dipakaikan gelang

merah.

 Pada suatu hari, kedua-dua kerbau

merah itu tersesat ke tempat orang

menyembelih kerbau. Kerbau balar

melihat beberapa kepala dan kaki kerbau

bergelimpangan di kawasan itu. Lalu

selepas itu tahulah mereka apa yang

sebenarnya terjadi.

 Ketika kerbau-kerbau lain di tangkap ,

kedua-dua ekor kerbau balar itu

melarikan diri ke hutan. Kerbau-kerbau

yang lain semuanya di sembelih.

Selamatlah kedua-dua kerbau balar itu.

Lalu kedua-duanya menjadi kerbau liar

yang susah untuk ditangkap lagi.

Page 5: cerita pendek

KAWAN YANG TIDAK JUJUR

 Terdapat seekor rubah bernama Joe. Ia

mempunyai sahabat bernama Ronnie.

Ronnie ialah seekor keldai. Joe sangat

licik. Ronnie pula seekor keldai yang

kurang cerdik. Oleh itu, Joe sering

mengambil kesempatan terhadap

kawannya itu. Ia kerap menggunakan

Ronnie bagi mendapatkan makanan. Roni

hanya menurut segala kata-kata dan

arahan Joe. Pada suatu petang, Joe dan

Ronnie berjalan- jalan di dalam hutan.

Tiba-tiba mereka terserempak dengan

seekor singa.

Kedua-duanya tidak dapat melarikan diri.

Joe yang licik mendapat idea untuk

melepaskan diri dari singa itu. Ia berpura-

pura berani di hadapan kawannya itu.

“Kamu tunggu di sini. Biar aku pergi

berunding dengan singa itu,”kata Joe. Joe

berjalan kea rah singa. “Hai, Encik Singa!

Page 6: cerita pendek

Tolong jangan makan saya! Saya akan

bawakan keldai itu ke sebuah gua. Tuan

boleh menikmati dagingnya yang lazat itu

di sana,” kata Joe dengan lemah lembut.

“Baiklah, aku akan lepas kan kau! Tapi,

kau mesti bertindak cepat!” jawab singa

dengan garang. Joe kembali menemui

Ronnie. “Singa itu tak mahu makan kita

sekarang! Lebih baik kita pergi segera

dari sini dan menyorok di dalam gua

ketika rubah dan keldai itu masuk ke

dalam gua, singa terus menerkam rubah.

Kemudian, ia membaham keldai. Kedua-

dua sahabat itu menjadi makanan singa.

ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU

Di sebuah lautan, terdapat seekor anak

ikan yang nakal. Ia bernama Tony. Tony

tidak disenangi rakan-rakanya kerana ia

suka menipu dan mempermain-mainkan

Page 7: cerita pendek

mereka. Ketika ikan-ikan lain sedang

bermain, Tony akan menjerit, “Jerung!

Jerung! Bersembunyi cepat!” Ikan-ikan itu

ketakutan lalu lari dan bersembunyi di

celah-celah batu. Tony akan

mentertawakan rakannya itu. Ikan-ikan

kecil amat takut dengan jerung. Jerung

yang garang itu akan memakan mereka

tanpa belas kasihan.

Sebab itulah mereka akan lari ketakutan

apabila Tony menjerit, “Jerung! Jerung!”

Namun Tony sungguh nakal. Ia berasa

seronok dapat mempermain-mainkan

rakan-rakanya. Ikan-ikan kecil itu

mempercayai Tony, walaupun mereka

selalu tertipu dengan helah Tony. Pada

suatu hari, Tony menghampiri rakan-

rakanya itu. Ia ingin mempermainkan

mereka seperti biasa. Tiba-tiba muncul

seekor jerung menghampiri mereka.

Namun Tony tidak menyedari kehadiran

Page 8: cerita pendek

jerung itu. “Jerung! Jerung!” Bersembunyi

cepat!” Jerit ikan-ikan itu. Ikan-ikan itu

lari lalu bersembunyi di celah-celah batu.

Tony tidak menghiraukan jeritan rakan-

rakanya. Ia menyangka mereka cuba

mepermain-mainkanya. “Baiklah, kamu

semua menang! Di sini mana ada jerung!

Tak usahlah kamu semua mempermain-

mainkan aku!” jerit Tony. Jerung itu

berenang menghampiri Tony. Tony tidak

sempat melarikan diri. Ia dimakan oleh

jerung itu.

BUJANG TERBOYOI

Ada sepasang suami isteri yang bekerja di

istana. Si isteri baru sahaja melahirkan

seorang anak lelaki. Mereka

menamakannya Bujang Terboyoi.

Malangnya, ahli nujum menilik bayi itu

Page 9: cerita pendek

boleh mendatangkan bencana. Sultan

menitahkan dia dibuang ke dalam hutan.

       Si ibu amat sedih. Dia membawa

anaknya merentas hutan Mereka mendaki

tujuh gunung. Bujang Terboyoi berlagu

memujuk ibunya.

       “Tinggalkanlah saya di sini, mak.

Tuhan ada bersama-sama saya. Pergilah

emak pulang. Doakanlah saya.

Maafkanlah saya,” katanya Si ibu amat

terharu tetapi apalah dayanya Anak

ecilnya itu terpaksa ditinggalkan. Bujang

Terboyoi membesar di dalam hutan. Dia

menjadi pemuda yang gagah dan tampan.

Pada suatu malam, Bujang Terboyoi

bermimpi bahawa kedua-dua ibu bapanya

amat merindukannya.

        Pada pagi esoknya, Bujang Terboyoi

keluar menuju ke istana. Dalam

perjalanan, dia berjumpa bermacam-

macam binatang. Singa, gajah dan ular

Page 10: cerita pendek

menghalang perjalanannya. Namun

semuanya kasihan akan Bujang Terboyoi.

Bujang Terboyoi hidup sendiri. Bujang

Terboyoi hendak mencari ibu bapanya.

        Singa mengajarnya menjadi tangkas.

Harimau mengajarnya ilmu melawan

musuh. Gajah mengajarnya ilmu untuk

menjadi kuat. Ular pula

menghadiahkannya sebentuk cincin sakti.

        Tidak lama kemudian, Bujang

Terboyoi sampai di istana. Semua yang

melihatnya hairan. Mereka tertanya-tanya

siapakah pemuda kacak itu? Putera dari

manakah gerangannya?

        Bujang Terboyoi memohon

menghadap Sultan. Sultan

memperkenankan permohonannya .

Baginda bertanya akan hajat Bujang

Terboyoi.

       “Patik ingin menjaga kedua-dua

orang tua ini, tuanku. Patik

Page 11: cerita pendek

kasihan  melihat mereka,” kata Bujang

Terboyoi. Dia menunjuk kea rah sepasang

suami isteri,pekerja istana.

      “Silakanlah, beta tiada halangan,”

titah sultan. Bujang Terboyoi membawa

mereka ke air terjun. Dia memandikan

dan melangirkan mereka pakaian yang

indah-indah. Dia member mereka makan

makanan yang lazat-lazat. Kemudian,

bujang Terboyoi menggosok-gosok cincin

saktinya. Tiba-tiba terdiri sebuah istana

yang amat cantik. Kedua-dua orang tua

itu amat terperanjat. Dengan segera

Bujang Terboyoi melutut di kaki mereka.

       “Sayalah anak ayah dan ibu. Sayalah

Bujang Terboyoi. Ampunkanlah saya ibu

dan ayah,” kata Bujang Terboyoi dengan

terharu. Kedua-dua ibu bapanya amat

gembira. Mereka menangis kegembiraan.

       Sultan menjodohkan Bujang Terboyoi

dengan puterinya. Apabila sultan

Page 12: cerita pendek

mangkat, Bujang Terboyoi di tabalkan

menjadi raja.

Sang Kancil dan Sang Gajah

Bermulalah kisah pada suatu petang sang

kancil yang cerdik bersiar-siar didalam hutan

belantara. Sedang ia bersiar-siar tiba-tiba sang

kancil telah terjatuh ke jurang yang amat

dalam. Ia cuba untuk keluar berkali-kali

malangnya tidak berjaya.

Setelah segala usaha yang dilakukan adalah

sia-sia, sang kancil pun berfikir, "Macam mana

aku nak keluar dari lubang yang sangat dalam

ini."

Setelah lama berfikir namun tiada idea yang

bernas untuk sang kancil keluar dari lubang

tadi, namun sang kancil tetap tidak mahu

Page 13: cerita pendek

berputus asa. Dalam kebuntuan mencari idea,

sang kancil telah terdengar bunyi tapak kaki

yang besar.

"Kalau bunyi tapak kaki macam ni, ni tak lain,

mesti gajah ni!" Tiba-tiba Sang Kancil

mendapat satu idea yang bernas untuk

menyelamatkan diri untuk keluar dari lubang. 

Kemudian Sang gajah yang lalu itupun

menegur sang kancil, "Eh sang kancil, tengah

buat apa?" Tanya si Gajah.

"Menyelamatkan diri!" Jawab Sang Kancil.

"Dari apa?" Tanya gajah lagi.

"Dari bahaya, cuba tengok atas, langit nak

runtuh, dah hitam." Balas sang kancil.

Gajah yang dungu ini pun terus mempercayai

Page 14: cerita pendek

sang kancil bulat-bulat. "Habis tu macam mana

nak selamatkan diri?" Tanya si gajah.

"Masuklah sekali dalam lubang ini, kalau

langit runtuh pun selamat kita dekat sini."

Tanpa berfikir panjang sang gajah pun terus

melompat ke dalam lubang untuk

menyelamatkan dirinya. Kemudian sang kancil

pun mengambil kesempatan untuk melompat

di atas badan gajah dan terus keluar dari

lubang yang dalam itu.

"Haha, padan muka engkau, selamat aku."

Kemudian sang kancil pun berlalu pergi

meninggalkan sang gajah yang masih terpinga-

pinga di dalam lubang tadi.

1 Comment

→more

Page 15: cerita pendek

Perlumbaan Sang Anab dan Sang Kura-kura

Pada suatu hari, Sang Kura-kura sedang

berjalan perlahan-lahan mengambil angin pagi

di rimba. Tiba-tiba datang Sang Arnab yang

memang terkenal antara binatang yang pantas

di rimba itu.

"Eh, Kura-kura, ada kau di sini, mahu ke mana

kau?", kata Sang Arnab membuka bicara.

"Ya, Arnab, aku tak ke mana-mana saja

berjalan-jalan", jawab Sang Kura-kura.

"Kura-kura-Kura-kura, kasihan aku tengok kau

ni, jalan pun lambat, bila kau mahu tiba ke

destinasi", ejek Sang Arnab yang memang

dikenali suka mengejek yang lemah.

"Tak apalah Sang Arnab, dah dijadikan aku

begini, aku redha", kata Sang Kura-kura

sambil terus berjalan meninggalkan Sang

Page 16: cerita pendek

Arnab tadi.

Sang Arnab masih tidak berpuas hati kerana

Sang Kura-kura sepertinya tidak terkesan akan

sindirannya tadi. Lantas dia mengemukakan

satu cabaran kepada Sang Kura-kura dengan

niat mahu mengenakan dan memalukannya.

"Apa kata kalau kita berlumba Kura-kura, saja

aku mahu bersaing dengan kau",

"Tidak apalah Arnab", jawab Sang Kura-kura

ringkas.

"Tak kira Kura-kura kau mesti berlumba

dengan aku juga besok, aku tunggu dekat

tebing sungai sana", kata Sang Arnab tidak

mempedulikan kata-kata Sang Kura-kura.

Keesokkan harinya, seluruh rimba datang

untuk menyaksikan perlumbaan antara Sang

Page 17: cerita pendek

Arnab dan Sang Kura-kura itu. Dengan Sang

Kancil menjadi pengadilnya, perlumbaan yang

dijadualkan bermula dari tebing sungai,

menelilingi rimba dan tamat di tebing sungai

kembali, perlumbaan itu dimulakan di tengah-

tengah hiruk pikuk penyokong kedua-dua

peserta.

Dengan pantasnya Sang Arnab berlari jauh

meninggalkan Sang Kura-kura. Sedang Sang

Kura-kura berjalan perlahan-lahan melepasi

garisan mula.

Setelah beberapa ketika Sang Arnab berhenti

di bawah sebatang pokok. Lalu dia

memerhatikan kalau-kalau ada kelibat sang

Kura-kura di belakangnya.

"Ah, pasti sudah jauh ku tinggalkan Kura-kura,

garisan tamat pun dah dekat, mengantuk pula

aku, baik aku tidur sekejap, bila aku terjaga

Page 18: cerita pendek

nanti Kura-kura pasti belum memotong aku",

fikir Sang Arnab.

Dengan rasa mengantuknya, Sang Arnab pun

tidur di bawah pokok tersebut.

Tidak lama kemudian, Sang Kura-kura tiba di

pokok tempat Sang Arnab sedang tidur.

Dengan tidak mempedulikan Sang Arnab, Sang

Kura-kura terus berjalan menuju garisan

penamat.

Selepas beberapa ketika, Sang Arnab terjaga

dari tidurnya. Dengan tergesa-gesa dia berlari

menuju garisan penamat.

"Ish, lama pula aku tidur, entah-entah Sang

Kura-kura sudah memotong aku", getusnya

sendiri.

Sesampainya Sang Arnab di garisan penamat

Page 19: cerita pendek

kelihatanlah Sang Kura-kura menerima ucapan

tahniah dari binatang-binatang rimba yang lain

kerana memenangi perlumbaan itu. Dengan

rasa malunya Sang Arnab beredar pantas dari

situ kerana tewas kepada Sang Kura-kura

sambil diketawakan para penghuni rimba.

0 Comments

→more

Sang Merak dengan Sang Gagak

Alkisah satu masa dahulu di dalam sebuah

rimba yang permai terdapat dua ekor burung

yang bersahabat baik iaitu Sang Gagak dan

Sang Merak. Pada masa itu Sang Gagak dan

Sang Merak tidak mempunyai warna pada

bulu mereka apatah lagi corak yang menarik

Disebutkan dalam kisah mereka, pada suatu

hari sedang mereka bersiar-siar di rimba itu,

mereka terjumpa dengan beberapa tong cat

yang bermacam-macam warna. Lantas

Page 20: cerita pendek

timbullah idea dalam diri Sang Gagak untuk

menggunakan cat tersebut untuk mewarnakan

dirinya yang tidak berwarna berserta sahabat

baiknya.

Hal tersebut dipersetujui oleh Sang Merak

yang juga mahukan warna pada badannya. Dia

mengemukakan cadangan untuk Sang Gagak

melukis di badannya dulu sebelum dia pula

mewarnakan badan Sang Gagak.

Sang Gagak yang dikenali sebagai seekor

binatang yang kreatif dan berbakat mula

melukis corak dan mewarnakan badan sang

Merak. Hasilnya Sang Merak kelihatan cantik

dengan warna barunya. Sesudah itu tibalah

giliran Sang Merak untuk mewarnakan badan

Sang Gagak.

Tetapi Sang Merak pula dikenali sebagai

binatang yang tidak mempunyai bakat dan

Page 21: cerita pendek

amat pemalas. Tanpa mahu memikir panjang,

Sang Merak terus mengambil cat hitam dan

dicampakkannya ke arah badan Sang Gagak.

Hasilnya tubuh Sang Gagak berwarna hitam

legam keseluruhannya.

Sang Merak yang kaget dengan kejadian itu

terus melarikan diri. Setelah beberapa ketika

Sang Gagak sudah tidak sabar untuk melihat

dirinya yang baru. Dia berjalan cepat-cepat ke

arah sungai berdekatan dan melihat dirinya

pada riak air sungai tersebut.

Alangkah terkejutnya sang Gagak apabila

melihat dirinya yang berwarna hitam

keseluruhannya dari atas hingga ke bawah.

Dengan rasa marah yang teramat sangat Sang

Gagak terus mencari Sang Merak yang sudah

lari jauh ke dalam rimba itu.

Begitulah ceritanya kenapa gagak membuat

Page 22: cerita pendek

bunyi, "akk, akk" singkatan kepada "merak,

merak". Ada yang mengatakan Sang Gagak

terus mencari Sang Merak hingga ke hari ini.

Dan Sang Merak terus menyembunyikan diri

dari Sang Gagak walaupun dia selalu

bermegah-megah dengan kecantikannya.

1 Comment

→more

Sang Monyet yang Degil

Pada suatu hari Sang Kancil sedang berjalan-

jalan di kebun buah-buahan dan sayur-

sayurannya bersama rakannya Sang Kura-

kura. Sedang asyik mereka menikmati buah-

buahan di situ, tiba-tiba datang Sang Monyet

yang kelihatan amat kelaparan sekali.

"Tolong, tolong, aku amat lapar sekali. Sudah

beberapa hari aku tak makan", kata Sang

Monyet dengan sedih.

Page 23: cerita pendek

"Bolehkah kiranya kamu berdua berikan

sedikit buah-buahan untuk aku makan", pinta

Sang Monyet tadi.

Sang Kancil dan Sang Kura-kura berasa amat

sedih dan kasihan melihat keadaan Sang

Monyet seperti itu.

"Baiklah Monyet, ambillah apa saja yang kau

mahu", kata Sang Kancil.

"Terima kasih Kancil, terima kasih Kura-kura",

seloroh Sang Monyet gembira.

Melihatkan pepohon buah-buahan yang

merimbun di hadapannya, mulalah Sang

Monyet berasa tamak. Tiba-tiba dia ternampak

akan pokok cili yang ranum dengan cili-cili

yang merah menyala.

"Aku mahu itu, aku mahu itu!", teriak Sang

Page 24: cerita pendek

Monyet.

"Jangan Monyet, nanti kau yang menanggung

pedihnya", tegah Sang Kura-kura.

"Betul tu Monyet, pilihlah buah yang lain",

sokong Sang Kancil.

"Ah, aku tak peduli. Aku mahu buah itu juga",

kata Sang Monyet tegas.

Dengan tidak mempedulikan amaran Sang

Kancil dan Sang Kura-kura, Sang Monyet terus

meluru ke arah pokok cili. Dia memetik cili-cili

yang merah menyala itu dan terus

memakannya dengan gelojoh.

Tiba-tiba Sang Monyet menjerit,

"Pedas!!!, pedas!!!, air, air, mana air.

Pedas!!!",

Page 25: cerita pendek

Dengan muka yang merah kerana menahan

Sang Monyet berlari mencari air bagi

menghilangkan pedas di lidahnya itu, sambil

Sang Kancil dan Sang Kura-kura menggeleng-

gelengkan kepala mereka.

0 Comments

→more

Pemotong Kayu Yang Jujur

Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman,

tinggalnya seorang pemotong kayu yang tua

dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah

mencari rezeki dengan menebang pokok yang

sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu

api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban

hari tanpa dikurniakan anak.

Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi,

pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk

menebang pokok untuk dibuat kayu api. Tidak

Page 26: cerita pendek

seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak

dapat menemani si suami kerana sakit.

Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi

sebelum terbit mentari untuk mencari kayu

api. Seharianlah si tua menebang pokok

dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur

usianya. Sehinggalah kepenatan tidak jua dia

berhenti.

Tiba-tiba genggamannya semakin lemah lalu

terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu

termasuk kedalam sungai yang dalam.

Menangis sayulah si tua kerana kehilangan

kapak yang menjadi punca rezeki. Hendak

terjun mencari takut disambar arus,

merataplah ia mengenangkan nasib.

Maka bersimpatilah pari-pari dilangit melihat

kegundahan si tua tersebut lalu turunlah ia

bertanya, "Wahai orang tua. Kenapa bersedih

Page 27: cerita pendek

hati?"

Dengan nada perasaan takut dan terkejut,

orang tua tersebut menceritakan apa yang

berlaku.

"Baiklah, akan kubantu mencari kapak engkau

yang tenggelam." Lalu dengan serta merta

terjunlah si pari-pari ke dalam sungai. Selang

beberapa minit timbul lah kembali si pari-pari

sambil mebawa kapak emas lalu dihulur

kepada situa. Dengan sedih, jawab situa,

"Bukan. Ini bukan kepunyaan hamba. Tidak

mampu hamba memiliki kapak emas ini."

Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam

sungai dan timbul kembali bersama kapak

perak. Tidak jua mengaku si tua kerana itu

bukan kapak miliknya. Sekali lagi si pari-pari

terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak

juga si tua itu menerimanya sehinggalah si

Page 28: cerita pendek

pari-pari membawakannya kapak besi yang

uzur.

Maka apabila terpandang akan kapak itu,

giranglah hatinya kerana itulah kapak

miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak

tersebut kepada si tua. Sebagai balasan

kejujurannya kapak emas, perak dan gangsa

turut dihadiahkan.

Pulanglah si tua dengan hati yang gembira.

Sesampainya ke rumah lalu diceritakan

kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri

turut bergembira dengan kejujuran suaminya.

Keesokan harinya isteri si tua itupun sihat.

1 Comment

→more

Berkawan Biar Seribu

Page 29: cerita pendek

Di dalam sebuah hutan, tinggallah binatang-

binatang yang hidup bermuafakat di antara

satu sama lain. Mereka saling tolong menolong

dan sentiasa hidup di dalam keadaan yang

aman damai.

Pada suatu hari, tupai ingin mengadakan

majlis harijadi di rumahnya. Beberapa hari

sebelum itu ia telah sibuk melakukan

persiapan untuk meraikan ulangtahunnya itu.

Kad-kad jemputan juga telah diedarkan kepada

seluruh isi hutan. Lagipun si tupai itu sudah

rindu untuk berjumpa dengan rakan-rakannya

untuk bertukar-tukar pendapat.

Bila tiba harinya, tupai kelihatan sibuk

membersihkan halaman rumahnya dan

menyusun kerusi meja. Disapunya daun-daun

kering yang berselerakan di halaman

rumahnya dan dibakar semua sampah sarap

yang ada. Setelah puas hati semuanya bersih

Page 30: cerita pendek

si tupai berkata di dalam hatinya. "Sekarang

semuanya sudah bersih, dan sekarang aku

akan menyiapkan hidangan untuk para tetamu

pula."

Dengan berhati-hati dibantu oleh keluarganya,

tupai mengeluarkan hidangan dan

meletakkannya di atas meja. Bermacam-

macam jenis kuih telah disediakan. Tanpa

disedari oleh tupai di dalam ia sibuk

menghidangkan makanan di halaman rumah,

ada sepasang mata sedang mengintainya dari

atas pokok. Setiap kali tupai membawa

makanan dari dapur, setiap kali itulah monyet

yang di atas pokok itu gelisah.

Sebenarnya monyet itu memang terkenal

dengan sikapnya yang tidak suka bergaul dan

suka pula mencuri. Monyet menunggu peluang

sehingga tupai siap menghidang makanan.

Apabila saja tupai masuk ke dalam rumahnya,

Page 31: cerita pendek

monyet cepat-cepat turun dari pokok tempat

persembunyiannya. Kemudian dengan

cepatnya dia mencuri makanan yang ada di

atas meja dan lari semula di belakang pokok

melihat bagaimanakah reaksi tupai seterusnya.

Namun si monyet itu tidak menyedari yang

tupai sedang melihatnya dari dalam rumah.

"Oh si monyet rupanya yang mencuri

makananku. Nanti, tahulah aku bagaimana

mengajar ia," kata tupai di dalam hati.

Dengan tidak membuang masa, tupai

mengambil alat penyembur dan menyembur

makanannya satu persatu. Sambil bersiul-siul

tupai, ia melirik pandang ke arah tempat

persembunyian monyet.

Monyet terkejut besar. "Apalah agaknya yang

disemburkan oleh tupai? Sudah tentu dia

menyemburkan racun. Tentunya makanan aku

Page 32: cerita pendek

sudah dicampurkan dengan racun. Aku tidak

bodoh. Aku tidak mahu mati kerana si tupai,"

kata monyet tegas.

Monyet terus membuang makanan-makanan

yang masih ada di tangannya. "Mujur aku

tidak sempat makan. Dengan tergesa-gesa

monyet meninggalkan tempat itu.

"Baguslah sekarang monyet telah pergi, tentu

ia marah kalau tahu yang aku hanya

menyembur air biasa," kata tupai tersenyum

puas.

Tupai merasa amat gembira kerana hari ini ia

berjaya mengenakan monyet. Sambil

tersenyum ia menanti kedatangan para

tetamunya.

Tidak lama selepas itu, kelihatan kawan-kawan

tupai datang membawa hadiah untuk tupai.

Apabila semuanya telah berkumpul, masing-

Page 33: cerita pendek

masing sibuk bertanyakan hal si monyet.

Tupai menceritakan segalanya pada kawan-

kawannya. Mereka tertawa mendengar cerita

si monyet ditipu.

Gajah yang sedang sibuk makan berkata,

"biarkan dia tahu bagaimana seksanya hidup

tanpa kawan-kawan dan sering ditipu begini."

Tiba-tiba mereka melihat monyet datang

dengan wajah yang muram. la terus

mendapatkan tupai dan meminta maaf kepada

tupai kerana mencuri makanan. Begitu'juga

dengan kawan-kawannya yang lain. Monyet

berjanji untuk tidak mencuri lagi dan tidak

akan mengasingkan diri dari kawan-kawan

yang lain.

Semenjak dari itu si monyet menjadi kawan

yang paling baik dan sering membuat kawan-

Page 34: cerita pendek

kawan yang lain terhibur dengan telatahnya

yang suka berjenaka.

0 Comments

→more

Sang Kerbau, Sang Buaya dan Sang Kancil

Pada suatu hari ada seekor kerbau jantan

hendak minum air. Kerbau itu berjalan melalui

satu lorong menuju ke sungai. Sungai itu agak

luas. Airnya cetek saja, jenih dan sejuk.

Kerbau itu mengharung air. Air itu hanya

setakat lutut sahaja. Kerbau itu menuju ke

tengah-tengah sungai kerana air di bahagian

tengah sungai lagi jernih. Ketika menghirup

air, kerbau terdengar sesuatu di tepi sungai.

Kerbau merenung ke arah suara itu. Kerbau

ternampak air terhambur naik di tebing

sungai.

"Tolong! Tolong! Tolong aku, kerbau!" tiba-

tiba terdengar suara dari tepi sungai dekat

Page 35: cerita pendek

rimbunan buluh. Kerbau cuba memerhati dan

meneliti suara itu. Kerbau ternampak sesuatu

berbalam-balam dari jauh seperti batang

kelapa ditindih sebatang kayu. Suara meminta

tolong terus bergema. Merayu-rayu bunyinya. 

Kerbau mendekati suara itu. Rupa-rupanya

ada seekor buaya ditindih oleh pokok kayu,

betul-betul di tengah belakangnya.Oh, buaya!

Kenapa ini?" tanya kerbau. "Tolong aku,

kerbau! Aku ditimpa oleh pokok yang

tumbang. Aku tidak boleh bergerak. Berat

sungguh batang kayu ini," jawab buaya. 

Kerbau kasihan melihat buaya. Kerbau cuba

mengangkat kayu itu dengan tanduknya.

Apabila batang kayu terangkat, buaya cepat-

cepat melepaskan dirinya. Sebaik-baik sahaja

kerbau menghumban kayu itu ke bawah, buaya

segera menangkapnya.

Page 36: cerita pendek

"Eh, buaya! Kenapa ini?" tanya kerbau apabila

dirasai kakinya digigit buaya. "Aku hendak

makan kau. Hari ini kau menjadi rezeki aku",

jelas buaya sambil menggigit lebih kuat lagi.

"Kaulah binatang yang amat jahat dalam dunia

ini. Tidak tahu membalas budi. Orang berbuat

baik, kau balas jahat," kata kerbau.

"Sepatutnya buat baik dibalas baik. Buat jahat

dibalas jahat", sambung kerbau lagi. "Aku

tidak peduli", jawab buaya. Kerbau cuba

menanduk buaya tetapi buaya menguatkan

lagi gigitannya. Kerbau tidak mampu

melepaskan diri kerana berada dalam air.

Kalau buaya menariknya ke bawah tentulah ia

akan lemas. 

Kerbau merayu supaya buaya tidak

membunuhnya. "Janganlah bunuh aku, buaya!

Aku pun mahu hidup. Kau makanlah benda

lain", kerbau merayu. Tetapi buaya tetap tidak

Page 37: cerita pendek

peduli. "Aku boleh melepaskan kau tetapi

dengan satu syarat," kata buaya. "Apakah

syaratnya?" tanya kerbau. "Kita cuba dapatkan

jawapan, betul atau tidak bahawa berbuat baik

dibalas baik? Kita tanya apa-apa yang lalu di

sini," ujar buaya. "Kalau jawapannya sama

sebanyak tiga kali, aku akan bebaskan kau,"

ujar buaya lagi.

Kerbau bersetuju dengan syarat yang

dicadangkan oleh buaya. Mereka bersama-

sama menunggu sesiapa sahaja yang lalu atau

yang hanyut di dalam sungai itu. Tiba-tiba

mereka ternampak sebuah saji yang buruk

hanyut. Buaya pun bertanya pada saji.

"Saji, betulkah berbuat baik dibalas baik?"

tanya buaya. "Tidak betul. Berbuat baik

dibalas jahat," jawab saji. Saji menceritakan

kisah hidupnya. "Di rumah, aku digunakan

untuk menutup makanan. Nasi, lauk, kuih, dan

Page 38: cerita pendek

apa-apa sahaja aku lindungi," jelas saji.

"Pendek kata, aku banyak menolong dan

berbakti kepada tuan aku. Kucing dan tikus

tidak boleh mencuri lauk. Aku lindungi," cerita

saji. "Tetapi aku amat sedih, apabila aku buruk

dan koyak, tidak berdaya lagi menutup

makanan, aku dibuang ke sungai," ujar saji.

"Itulah sebabnya aku berkata berbuat baik

dibalas jahat," saji menamatkan ceritanya dan

terus hanyut.

"Macam mana kerbau? Betul atau tidak apa

yang aku kata?" tanya buaya. Kerbau berdiam

diri kerana berasa cemas dan sedih. Kerbau

berdoa di dalam hati supaya Tuhan

menolongnya. "Tuhan tentu akan menolong

orang yang baik," kata kerbau dalam hatinya. 

Tidak lama kemudian, kelihatan sepasang

kasut buruk pula hanyut di situ. Sebelah

daripada kasut itu tenggelam kerana tapaknya

Page 39: cerita pendek

tembus. Tetapi kasut itu bergantung kepada

pasangannya dengan tali. Kedua-dua belah

kasut itu bersama-sama hanyut. "Hah, itu satu

lagi benda hanyut! Kita cuba tanya," kata

buaya. 

"Kasut, betul atau tidak berbuat baik dibalas

baik?" tanya buaya. Kerbau berdebar-debar

menunggu jawapan kasut. Kalau kasut

bersetuju dengan kenyataan itu bererti ia akan

selamat. Kalau kasut berkata tidak betul,

habislah riwayatnya. "Tidak betul kerana

berbuat baik dibalas jahat," jawab kasut. 

Hancurlah harapan kerbau untuk hidup

apabila mendengar kasut memberi jawapan

itu. Kasut lalu bercerita. Pada suatu masa lalu,

kasut amat disayangi oleh tuannya. Setiap hari

kasut dibersihkan dan dikilatkan. Apabila

malam, kasut itu disimpan di tempat selamat.

Kasut itu juga hanya dipakai oleh tuannya

Page 40: cerita pendek

apabila pergi ke bandar sahaja. Kalau tuannya

pergi ke tempat berpasir atau berlumpur,

kasut itu tidak dipakainya. 

Tetapi apabila sudah buruk, kasut itu tidak

disayangi lagi. Badannya tidak dikilatkan lagi.

Kasut itu dibaling ke tepi tangga selepas

digunakan. Apabila malam, kasut itu

ditinggalkan di halaman rumah. Kasut itu

dibiarkan berembun dan berhujan. Ketika itu

juga, kasut itu menjadi tempat persembunyian

katak puru untuk menangkap nyamuk. Apabila

sudah terlalu buruk dan koyak, kasut itu

dibuangkan ke dalam sungai. "Itulah sebabnya

aku hanyut ke sini," kasut menamatkan

ceritanya lalu pergi bersama-sama arus air. 

"Sudah dua jawapan. Engkau kalah. Tetapi aku

bagi satu peluang lagi," kata buaya. "Kalau

datang yang ketiga, sama jawapannya, engkau

akan menjadi habuanku," jelas buaya kepada

Page 41: cerita pendek

kerbau.

Ketika kerbau dan buaya menanti kedatangan

benda yang ketiga, tiba-tiba datang seekor

kancil hendak minum air. Kancil itu pergi ke

tebing tempat buaya dan kerbau. Kancil

terkejut apabila melihat buaya menggigit kaki

kerbau. Kancil melihat air mata kerbau

berlinang. Manakala buaya pula kelihatan

bengis. 

"Ada apa kerbau? Kenapa buaya gigit kaki

engkau?" tanya kancil. "Mujurlah engkau

datang, kancil! Kami sedang menunggu hakim

yang ketiga untuk mengadili kami," kata

buaya. "Mengapa?" tanya kancil. "Kami

bertengkar, berbuat baik adalah dibalas jahat,"

kata buaya. 

"Tetapi kenapa kamu gigit kaki kerbau?" tanya

kancil. Buaya lalu bercerita mengenai dirinya

Page 42: cerita pendek

yang ditindih batang kayu. Kerbau datang

menolong. Tetapi buaya tidak mahu membalas

perbuatan baik kerbau. Buaya menganggap

kerbau itu patut menjadi rezekinya. 

"Tetapi sebelum aku memberikan keputusan,

aku mahu tengok kejadian asalnya," kata

kancil. "Mula-mula aku kena tindih batang

pokok patah. Batang pokok itu jatuh menimpa

belakang aku," jawab buaya. 

"Boleh aku tengok macam mana pokok itu

berada di atas belakang kau?" tanya Kancil.

"Macam mana aku hendak tunjukkan, kerbau

sudah alihkan batang kayu itu," jawab buaya. 

"Baiklah! Sekarang engkau pergi duduk

tempat asal, tempat engkau kena tindih," ujar

kancil. Buaya mengikut sahaja arahan kancil.

Buaya melepaskan kaki kerbau lalu duduk

dekat batang pokok. 

Page 43: cerita pendek

"Kerbau! Cuba engkau tunjukkan,

bagaimanakah kayu itu berada di atas

belakang buaya? Tunjukkan padaku,

bagaimanakah caranya engkau mengangkat

batang kayu itu?" kancil mengarah seperti

hakim. 

Kerbau melakukan apa yang disuruh oleh

kancil. "Cuba engkau bergerak, buaya!

Bolehkah kayu itu diangkat?" kancil mengarah

buaya. Buaya cuba bergerak dan mengangkat

batang pokok itu tetapi tidak berdaya. "Cuba

lagi, seperti engkau mula-mula kena tindih,"

kata kancil. 

"Up! Up!" bunyi suara buaya cuba mengalih

batang pokok. "Kuat lagi! Kuat lagi!" seru

kancil.Buaya terus mencuba tetapi tidak

berupaya melepaskan diri. Buaya cuba

mengumpul kekuatan untuk mengangkat

Page 44: cerita pendek

batang kayu itu, tetapi gagal. Ekornya sahaja

membedal air tetapi batang kayu tetap itu

tidak bergerak. Buaya sudah penat. 

Kerbau pula menunggu arahan kancil.

"Selepas itu apakah yang terjadi?" tanya

kancil. "Selepas itu aku datang menolong. Aku

mengangkat batang pokok itu. Apabila buaya

terlepas, ia gigit kaki aku," jawab kerbau. 

"Bagaimanakah cara kamu mengangkatnya?"

tanya kancil. Kerbau segera mendekati batang

pokok itu. Kerbau menundukkan kepala

hendak mengangkat batang kayu itu. 

"Sudah! Setakat itu dulu. Aku sudah faham.

Jangan angkat kayu itu," kata kancil. "Habis

itu macam mana pula dengan buaya? Tentu

buaya akan mati," jawab kerbau. 

"Engkau ini sangat lurus dan jujur, wahai

Page 45: cerita pendek

kerbau!" kata kancil. "Biarlah buaya ini mati.

Kalau buaya ini hidup, engkau tentu mati.

Buaya yang jahat ini patut menerima

balasannya kerana tidak tahu membalas budi

baik," kata kancil lalu berlari naik ke atas

tebing sungai. 

Buaya bertempik apabila mendengar kata-kata

kancil. Buaya tahu ia sudah kena tipu. Buaya

membedal ekornya dengan sekuat-kuat

hatinya. Air sungai melambung naik. Kerbau

segera melompat lalu berlari naik ke atas

tebing mengikut kancil. 

"Jaga, kancil! Kau tipu aku. Ingat, kancil! Aku

akan makan kau," pekik buaya. 

Namun, kancil dan kerbau tidak

mempedulikan buaya lagi. Kerbau

mengucapkan terima kasih kepada kancil.

Kedatangan kancil ke tebing sungai itu telah

Page 46: cerita pendek

menyelamatkan nyawanya. Buaya sudah

menerima balasan yang setimpal dengan

perbuatan jahatnya itu.

1 Comment

→more

Seruling Sakti

Pada zaman dahulu terdapat sebuah pekan

kecil yang sangat cantik terletak di kaki bukit.

Pekan tersebut di kenali Hamelyn. Penduduk

di pekan tersebut hidup dengan aman damai,

tetapi sikap mereka tidak perihatin terhadap

kebersihan. Pekan tersebut penuh dengan

sampah sarap. Mereka membuang sampah di

merata-rata menyebabkan pekan tersebut

menjadi tempat pembiakan tikus. Semakin hari

semakin banyak tikus membiak menyebabkan

pekan tersebut dipebuhi oleh tikus-tikus.

Tikus-tikus berkeliaran dengan banyaknya

dipekan tersebut. Setiap rumah tikus-tikus

Page 47: cerita pendek

bergerak bebas tanpa perasaan takut kepada

manusia. Penduduk di pekan ini cuba membela

kucing untuk menghalau tikus dan ada

diantara mereka memasang perangkap tetapi

tidak berkesan kerana tikus terlampau banyak.

Mereka sungguh susah hati dan mati akal

bagaimana untuk menghapuskan tikus-tikus

tersebut.

Musibah yang menimpa pekan tersebut telah

tersebar luas ke pekan-pekan lain sehinggalah

pada suatu hari seorang pemuda yang tidak

dikenali datang ke pekan tersebut dan

menawarkan khidmatnya untuk menghalau

semua tikus dengan syarat penduduk pekan

tersebut membayar upah atas kadar dua

keping wang mas setiap orang. Penduduk di

pekan tersebut berbincang sesama mereka

diatas tawaran pemuda tadi. Ada diatara

mereka tidak bersetuju oleh kerana mereka

tidak sanggup untuk membayar upah yang

Page 48: cerita pendek

sangat mahal. Setelah berbincang dengan

panjang lebar akhirnya mereka bersetuju

untuk membayar upah seperti yang diminta

oleh pemuda itu kerana mereka tidak

mempunyai pilihan lain.

Keputusan tersebut dimaklumkan kepada

pemuda tadi, lalu dia mengeluarkan seruling

sakti dan meniupnya. Bunyi yang keluar dari

seruling itu sangat merdu dan mengasik

sesiapa yang mendengarnya. Tikus-tikus yang

berada dimerata tempat didalam pekan

tersebut mula keluar dan berkumpul

mengelilinginya. Pemuda tadi berjalan

perlahan-lahan sambil meniup seruling sakti

dan menuju ke sebatang sungai yang jauh dari

pekan tersebut. Apabila sampai ditepi sungai

pemuda tadi terus masuk kedalamnya dan

diikuti oleh semua tikus.Tikus-tikus tadi tidak

dapat berenang didalam sungai dan semuanya

mati lemas.

Page 49: cerita pendek

Kini pekan Hamelyn telah bebas daripada

serangan tikus dan penduduk bersorak dengan

gembiranya. Apabila pemuda tadi menuntut

janjinya, penduduk tersebut enggan membayar

upah yang telah dijanjikan kerana mereka

mengangap kerja yang dibuat oleh pemuda

tadi tidak sepadan dengan upah yang diminta

kerana hanya dengan meniupkan seruling

sahaja. Pemuda tadi sangat marah lalu dia

menuipkan seruling saktinya sekali lagi. Irama

yang keluar dari seruling itu sangat memikat

hati kanak-kanak menyebabkan semua kanak-

kanak berkumpul di sekelilingnya. Satelah

semua kanak-kanak berkumpul pemuda tadi

berjalan sambil meniupkan seruling dan diikuti

oleh semua kanak-kanak. Pemuda itu

membawa kanak-kanak tersebut keluar dari

pekan Hamelyn. Setelah Ibu Bapa menyedari

bahawa mereka akan kehilangan anak-anak,

mereka mulai merasa cemas kerana kanak-

Page 50: cerita pendek

kanak telah meninggalkan mereka dan

mengikuti pemuda tadi. Mereka mengejar

pemuda tadi dan merayu supaya

menghentikan daripada meniup seruling dan

memulangkan kembali anak-anak mereka.

Merka sanggup memberi semua harta benda

yamg ada asalkan pemuda tersebut

mengembalikan anak-anak mereka.

Rayuan penduduk tidak diendahkan oleh

pemuda tadi lalu mereka membawa kanak-

kanak tersebut menuju kesuatu tempat dan

apabila mereka sampai disitu muncul sebuah

gua dengan tiba-tiba. Pemuda tadi mesuk ke

dalam gua itu dan diikuti oleh kanak-kanak.

Setelah semuanya masuk tiba-tiba gua

tersebut gaib dan hilang daripada pandangan

penduduk pekan tersebut. Mereka tidak dapat

berbuat apa-apa oleh kerana mereka telah

memungkiri janji yang mereka buat. Merka

menyesal diatas perbuatan mereka tetapi

Page 51: cerita pendek

sudah terlambat. Sesal dahulu pendapatan

sesal kemudian tidak berguna.

Sehingga hari ini penduduk pekan Hamelyn

tidak melupakan kesilapan yang dilalukan oleh

nenek moyang mereka. Menepati janji adalah

pegangan yang kuat diamalkan oleh penduduk

pekan Hamelyn sehingga hari ini.

0 Comments

→more

Sang Kancil Dengan Buaya

Pada suatu hari Sang Kancil berjalan-jalan di

dalam hutan. Sedang dia berjalan, tiba-tiba dia

ternampak akan pepohon buah-buahan yang

rimbun merendang di seberang sungai.

"Alangkah nikmatnya jika aku dapat merasai

buah-buahan itu", fikirnya sendiri

"Tetapi, bagaimana aku hendak menyeberang

Page 52: cerita pendek

ke sana, aku bukannya pandai berenang",

timbul sedikit keraguan dalam dirinya.

Setelah mundar mandir memikirkan cara

untuk menyeberang sungai itu, timbul satu

idea untuk mengatasi masalah yang

dihadapinya.

"Nasib baik aku dikurniakan akal yang bijak",

katanya sendirian sambil berlari ke tebing

sungai untuk menjalankan misinya.

"Sang Bedal, ooo, Sang Bedal!", panggil Sang

Kancil.

Tiba-tiba muncul ketua buaya-buaya di sungai

itu. Dengan bengisnya dia berkata

"Apa kau mahu Kancil?", sambil matanya

meliar memerhatikan tubuh Sang Kancil

Page 53: cerita pendek

"Alangkah enaknya kalau diratah kancil ni",

fikirnya yang sedang kelaparan itu.

"Oh, begini, Raja Sulaiman menitahkan aku

untuk menghitung berapa banyak buaya yang

ada di sungai ini. Baginda mahu menjemput

kalian ke kendurinya", mulalah Sang Kancil

menjalankan tipu helahnya.

"Benarkah begitu!", serta merta nafsu lapar

Sang Bedal mula menguasai diri dan dengan

pantas dia memanggil anak buahnya

Maka datanglah gerombolan buaya mengikut

arahan tuan mereka.

"Jadi Sang Kancil tunggu apa lagi, cepatlah

hitung bilangan kami sekarang", kata Sang

Bedal kepada Sang Kancil.

"Hahaha, siap kau Bedal, mudahnya kau kena

Page 54: cerita pendek

tipu dengan aku", kata sang Kancil dalam hati.

"Sabar Sang Bedal, aku fikir lebih baik jika

kamu semua beratur hingga ke hujung sana.

Lebih mudah untuk aku kira kamu semua",

ujarnya.

Tanpa berfikir panjang, Sang Bedal

mengarahkan anak buahnya untuk menurut

cadangan Sang Kancil tadi. Selesai mereka

beratur, mulalah Sang Kancil melompat ke

atas buaya yang pertama.

"Satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk",

hitung Sang Kancil

Tiba sahaja di tebing sebelah sana, Sang Bedal

bertanya,

"Jadi bila kami boleh pergi ke kenduri Raja

Sulaiman, Kancil",

Page 55: cerita pendek

"Ada 30 ekor buaya yang bodoh di dalam

sungai ini. Maaf Sang Bedal, sebenarnya tiada

kenduri Raja Sulaiman, aku cuma mahu

menikmati buah-buahan di sini. Hahaha,

terima kasih Sang Bedal", kata sang Kancil

dalam nada mengejek.

Sambil buaya-buaya lain mengerumuni Sang

Bedal yang sedang keliru atas penipuan Sang

Kancil, mereka bertanya,

"Jadi tak adalah makan", kata buaya yang

pertama

"Kita semua dah kena tipu", kata buaya kedua

"Ini semua kau punya pasal", kata buaya

ketiga sambil menyalahkan Sang Bedal.

"Serang!!!", serentak mereka menjerit.

Page 56: cerita pendek

Lalu berlarilah Sang Bedal kerana dikejar

anak-anak buahnya yang sedang marah.

Sambil Sang Kancil dengan asyiknya

menikmati buah-buahan itu.

0 Comments

→more

Anjing Dengan Bayang-bayang

Suatu hari seekor anjing terjumpa dengan

tulang yang besar. Anjing sangat gembira lalu

berlari-lari pulang ke rumahnya sambil

menggonggong tulang itu.

Di dalam perjalanan, anjing melalui sebuah titi

pada sungai yang dalam dan sangat jernih.

Anjing memandang ke arah sungai di

bawahnya dan ternampak bayang-bayangnya

yang disangkakan anjing lain yang juga

membawa tulang. 

Kerana tamakkan tulang itu, anjing itu

Page 57: cerita pendek

menyalak dan menerkam ke arah anjing di

dalam sungai. Akibatnya, anjing itu basah

kuyup dan tulang di dalam mulutnya terlepas

ke dasar sungai. 

Anjing menyesal kerana terlalu tamak,

akibatnya dia yang rugi