buletin ppfg buletin ppfg - ukm.my 7.pdf · dr. siti aisyah bt shamsudin ([email protected]) wartawan...

16
Buletin PPFG • 1 Pusat Pengajian Fizik Gunaan Program Jejak Inovasi Mahasiswa JILID 7, FEBRUARI 2014 Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri FST 2013 Summer School Nanoteknologi UKM-Flinders 2013 Lawatan Program Sains Nuklear Ke Lynas Malaysia Program Budaya Ilmu PPFG 2013 BULETIN PPFG

Upload: doanthuy

Post on 24-Feb-2018

279 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: BULETIN PPFG Buletin PPFG - ukm.my 7.pdf · Dr. Siti Aisyah bt Shamsudin (aisyah@ukm.my) Wartawan Sains Nuklear: Azlan Shah Mustafa (nalza@ukm.my) Tugas-tugas Khas: ... Assalamualaikum

Buletin PPFG • 1

Buletin PPFGPusat Pengajian Fizik Gunaan

Program Jejak Inovasi Mahasiswa

JILID 7, FEBRUARI 2014

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri FST 2013

Summer School Nanoteknologi UKM-Flinders 2013

Lawatan Program Sains Nuklear Ke Lynas Malaysia

SEKOLAH MUSIN PANAS NANOTEKNOLOGI KE-2

Program Budaya Ilmu PPFG 2013

BULETIN PPFG

Page 2: BULETIN PPFG Buletin PPFG - ukm.my 7.pdf · Dr. Siti Aisyah bt Shamsudin (aisyah@ukm.my) Wartawan Sains Nuklear: Azlan Shah Mustafa (nalza@ukm.my) Tugas-tugas Khas: ... Assalamualaikum

2 I Buletin PPFG

SIDANG PENGARANGPenaung:

Prof. Dr. Sahrim Hj. Ahmad, Dekan FST

Penasihat:Prof.Madya Dr. Muhamad Samudi Yasir ([email protected])

Prof. Dr. Abdul Razak Daud ([email protected])

Ketua Editor:Dr. Norinsan Kamil Othman ([email protected])

Editor Bersekutu:Rusli Yahya ([email protected])

Setiausaha:Idris Zulkifle ([email protected])

Pereka dan Penyunting:Asma Hamsan ([email protected])

Noor Farahin bt Othman ([email protected])

Jurugambar:Tn. Hj Razali Datau ([email protected])

Kamarul Arifin ([email protected])

Wartawan Umum:Yusri Adzir ([email protected])

Hani Azlin Hussin Shaukat ([email protected])Hasnoor Ali ([email protected])

Wartawan Fizik:Dr. Mohd Amir Radhi Othman ([email protected])

Natrah Nasir ([email protected])

Wartawan Sains Bahan:Dr. Sharifah Nabihah bt Syed Jaafar ([email protected])

Dr. Siti Aisyah bt Shamsudin ([email protected])

Wartawan Sains Nuklear:Azlan Shah Mustafa ([email protected])

Tugas-tugas Khas:Mohd Nazri Mohmad

Webmaster:Tazidi Taib ([email protected])

Website:

http:www.ukm.my/bulppfg

Email: [email protected]

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIMAssalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera

Alhamdulillah, syabas dan tahniah saya rakamkan kepada semua AJK Buletin PPFG diatas kejayaan penerbitan Buletin PPFG Jilid 7 2014. Pihak buletin juga ingin merakamkan tahniah buat UKM yang telah berjaya menduduki tempat yang ke 19 senarai Universiti “Top 50 under 50” di dunia bagi Universiti yang berumur di bawah 50 tahun mengikut rangking QS. Diharapkan agar tahun baru 2014 ini akan memberikan berjuta kejayaan serta kecemerlangan khususnya kepada semua warga PPFG, FST dan UKM amnya.

Pelbagai aktiviti telah berjaya kita laksanakan di sepanjang tahun 2013 ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah UKM-Flinders Summer School, Lawatan ke Lynas, Malam Aspresiasi Peneraju Sains Bahan, Program Budaya Ilmu PPFG dan pelbagai aktiviti lain. Justeru itu, program-program seperti ini hendaklah sentiasa diadakan bagi tujuan memupuk semangat berpasukan, memberikan pengalaman dan pendedahan, pembelajaran dan pengajaran kepada pelajar-pelajar dan juga kakitangan-kakitangan PPFG, FST, UKM dalam pengurusan pembangunan insaniah. Akhir kata, marilah sama-sama kita meningkatkan tahap kredibiliti warga PPFG dan UKM dalam menggalas cabaran bagi mengangkat martabat bangsa Malaysia sederap dengan universiti terkemuka di dunia.

Sebelum menutup tirai alu-aluan ini, izinkan saya ungkapkan serangkap pantun;

Mengilham Harapan Mencipta Masa Depan, Itulah Moto Universiti Kita,Buletin PPFG Maju Kehadapan,Terus Menyebar Apa Jua Berita

Buletin PPFGBuletin PPFGPusat Pengajian Fizik Gunaan

Kata alu-aluan Ketua Editor Buletin PPFG

Dr. Norinsan Kamil OthmanKetua Editor BuletinPusat Pengajian Fizik Gunaan

Page 3: BULETIN PPFG Buletin PPFG - ukm.my 7.pdf · Dr. Siti Aisyah bt Shamsudin (aisyah@ukm.my) Wartawan Sains Nuklear: Azlan Shah Mustafa (nalza@ukm.my) Tugas-tugas Khas: ... Assalamualaikum

Buletin PPFG • 3

PROGRAM BUDAYA ILMU PPFG 2013

Pusat Pengajian Fizik Gunaan telah berjaya mengadakan Program Budaya Ilmu PPFG bertempat di Agrotek Garden Resort, Hulu Langat selama 3 hari 2 malam iaitu pada 26 April 2013 – 28 April 2013. Seramai 80 orang pelajar tahun 1 telah mengikuti program tersebut, yang terdiri daripada pelajar Program Fizik, Sains Bahan dan Sains Nuklear. Turut hadir ialah Pengerusi Pusat Pengajian Fizik Gunaan, Prof. Madya Dr. Muhamad Samudi Yasir, pensyarah dan kakitangan sokongan.

Pengerusi Pusat Pengajian Fizik Gunaan, Prof. Madya Dr. Muhamad Samudi Yasir dalam ucapan beliau mengalu-alukan kedatangan para pelajar dengan tujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara pelajar, pensyarah dan juga kakitangan sokongan.

Oleh: Noor Farahin Othman

Beliau berharap dengan adanya program seperti ini pelajar tidak lagi berasa terasing untuk mendapatkan nasihat dan bantuan daripada pensyarah dan kakitangan sokongan sepanjang tempoh pengajian mereka.

Melalui ceramah dan aktiviti dalam kumpulan, program ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kemahiran berkomunikasi, pembentukan sahsiah diri serta penetapan hala tuju akademik masing-masing. Para peserta juga berpeluang memasuki hutan dan melihat keindahan fauna dan flora di sekitaran Agrotek Garden Resort.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohd Yusof Hj. Othman merangkap Pengarah Institut Islam Hadari.

Fasilitator sedang memberikan penerangan.

Sesi bergambar bersama fasilitator. Sesi tazkirah.

Page 4: BULETIN PPFG Buletin PPFG - ukm.my 7.pdf · Dr. Siti Aisyah bt Shamsudin (aisyah@ukm.my) Wartawan Sains Nuklear: Azlan Shah Mustafa (nalza@ukm.my) Tugas-tugas Khas: ... Assalamualaikum

4 I Buletin PPFG

LAWATAN PROGRAM SAINS NUKLEAR KE LYNAS MALAYSIA SDN. BHD Oleh: Azlan Shah Mustafa

Pada 29 April 2013, Program Sains Nuklear telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Lynas Malaysia Sdn. Bhd (Lynas) di Kawasan Perindustrian Gebeng Pahang. Lawatan ini disertai seramai 16 orang pelajar Sarjana Sains Keselamatan Nuklear dan Sinaran dengan diiringi oleh lima orang pensyarah kanan dan kakitangan program. Rombongan lawatan yang diketuai oleh Dr. Irman Abdul Rahman disambut mesra oleh Encik Amin Abdullah selaku Pungurus Besar Komunikasi dan Perhubungan Awam Lynas Malaysia.

Pada sesi pagi, rombongan diberi taklimat dan penerangan khas berkaitan aktiviti pengoperasian oleh Penasihat Keselamatan Radiologi Lynas, Dr. Ismail Bahari. Menurut beliau, Lynas adalah sebuah syarikat yang menjalankan aktiviti pengekstrakan dan penjualan nadir bumi serta produk lain yang berkaitan.

Hasil pengestrakkan ini akan digunakan dalam pelbagai industri pembuatan seperti teknologi telefon bimbit, pemacu cakera, bateri kereta hibrid dan lain-lain lagi.

Beliau menjelaskan bahawa sisa pengekstrakan yang mengandungi unsur radioaktif yang sangat rendah ini akan diguna semula bagi menghasilkan produk komersial lain atau disimpan di tempat penyimpanan yang selamat dan terjamin.

Menurut beliau lagi, manusia terdedah kepada radioaktif pada dos yang sangat rendah setiap hari. Radioaktif secara semulajadi wujud di dalam tanah, batuan, dan tanam-tanaman pada ukuran dos yang sangat rendah dan kadar keradioaktifan ini tidak menyebabkan ancaman terhadap kesihatan manusia.

Pada sesi petang, rombongan telah diberi peluang melawat ke seluruh kawasan kilang di mana aktiviti-aktiviti pengoperasian sedang dijalankan. Lawatan sambil belajar ini tamat pada jam 4.30 petang.

Sesi bergambar peserta lawatan sambil belajar ke Lynas, Malaysia.

Page 5: BULETIN PPFG Buletin PPFG - ukm.my 7.pdf · Dr. Siti Aisyah bt Shamsudin (aisyah@ukm.my) Wartawan Sains Nuklear: Azlan Shah Mustafa (nalza@ukm.my) Tugas-tugas Khas: ... Assalamualaikum

Buletin PPFG • 5

LAWATAN PROGRAM SAINS NUKLEAR KE LYNAS MALAYSIA SDN. BHD PROGRAM JEJAK INOVASI MAHASISWA Oleh:Siti Aisyah Samsudin

Malam Apresiasi Peneraju Sains Bahan telah diadakan pada 18 Mei 2013 yang berlangsung di Club House of Bangi Golf Resort, Selangor. Majlis ini dikelolakan sepenuhnya oleh para mahasiswa/i tahun 2 sesi 2012/2013 dari Kelab Sains Bahan. Tema “Mahasiswa Berinovatif Keunggulan Dunia Sains” telah menjadi pilihan bagi merealisasikan hasrat Universiti yang ingin melahirkan mahasiswa/i yang mempunyai kompetensi generik yang tinggi. Malam Apresiasi Peneraju Sains Bahan ini diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan kepada mahasiswa/i Program Sains Bahan di atas prestasi cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Majlis ini juga bertujuan bagi menghargai jasa para pensyarah dan juga memperkuatkan ikatan silaturrahim di antara pihak alumni, para pensyarah dan mahasiswa/i itu sendiri.

Tetamu kehormat yang hadir ialah Prof. Dr. Shahidan Bin Radiman selaku Timbalan Dekan Prasiswazah dan Alumni, Fakulti Sains dan Teknologi , Prof. Madya Dr. Rozaidi bin Rasid selaku Ketua Program Sains Bahan, Prof. Madya Dr. Azman bin Jalar (Penasihat I Kelab Sains Bahan) dan Dr. Norinsan Kamil bin Othman(Penasihat II Kelab Sains Bahan). Antara pensyarah dan kakitangan yang turut hadir ialah Prof. Dr. Abdul Razak bin Daud, Prof. Dr. Mohamad bin Deraman dan isteri, Tn. Haji Md Said bin Ab. Ghani serta En. Razali bin Datau. Seramai 122 orang hadirin hadir bagi memeriahkan majlis Malam Apresiasi Peneraju Sains Bahan ini.

Majlis yang bermula pada jam 8.00 malam telah diserikan dengan kehadiran ahli-ahli Kelab Sains Bahan dan juga ketibaan dif-dif kerhormat. Malam Apresiasi Peneraju Sains Bahan ini dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Marwan Mohd Khir. Majlis diteruskan dengan ucapan saudari Yasmin binti Zubir selaku Ketua pengarah Malam Apresiasi Peneraju Sains Bahan, saudara Muhammad Amirul Hakimi bin Baderus yang merupakan Presiden Kelab Sains Bahan dan kemuncaknya ucapan perasmian oleh Timbalan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi ketika itu, Yang Berbahagia Prof. Dr. Shahidan bin Radiman.

Setelah Majlis ini diteruskan lagi dengan jamuan makan malam pada jam 9.30 malam dan semasa para hadirin enak menjamu selera, para hadirin disajikan dengan tayangan multimedia yang begitu kreatif dan menarik mengenai aktiviti-aktiviti Kelab Sains Bahan sepanjang sesi 2012/2013. Majlis ini diserikan lagi dengan acara cabutan bertuah serta persembahan sketsa oleh mahasiswa/i tahun 1 dan tahun 2. Majlis turut dihiburkan dengan persembahan duet yang cukup istimewa daripada Prof. Dr. Mohamad bin Deraman bersama isterinya dengan menyanyikan lagu Mawarku yang pernah dipopularkan oleh Siti Nurhaliza. Beliau sempat berseloroh di akhir nyanyian beliau yang kemudiannya menimbulkan suasana meriah dengan gelak ketawa para hadirin.

Majlis makan malam ini juga dihiburkan dengan persembahan akustik secara spontan oleh Prof. Madya Dr. Rozaidi bin Rasid melalui petikan gitar oleh beliau sendiri diatas permintaan ramai. Ternyata beliau tidak menghampakan para hadirin dengan persembahan yang mantap dan hebat yang bakatnya tercungkil ketika beliau masih lagi bergelar sebagai penuntut.

Seterusnya, upacara penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar Dekan Semester Pertama Tahun 2012/2013 dan Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum kepada mahasiswa/i dilangsungkan bagi mengiktiraf pencapaian mereka dan sekaligus memberi inspirasi kepada para mahasiswa/i yang masih belum tersenarai sebagai penerima anugerah. Buat julung kalinya, beberapa penghargaan berupa cenderahati telah disediakan kepada para pensyarah. Anugerah pertama dianugerahkan Kepada Prof. Shahidan bin Radiman sebagai ’Pensyarah Berkaliber’. Anugerah Kedua diberikan kepada Prof. Madya Dr. Rozaidi bin Rasid sebagai ’Pensyarah Paling Versatile’. Anugerah ketiga iaitu anugerah ’Pensyarah Berdedikasi’ diberikan kepada Prof. Madya Dr. Azman bin Jalar. Anugerah seterusnya ialah ’Pensyarah Berjiwa Muda’ diserahkan kepada Dr. Norinsan Kamil bin Othman. Anugerah kelima iaitu ’Anugerah Bapa Penyayang’ diberikan kepada Prof. Dr. Abdul Razak bin Daud dan anugerah yang terakhir iaitu anugerah ’Pensyarah Paling Kelakar’ dianugerahkan kepada Prof. Dr. Mohamad bin Deraman.

Sesi fotografi warga Sains Bahan. Antara tetamu VIP yang hadir.

Page 6: BULETIN PPFG Buletin PPFG - ukm.my 7.pdf · Dr. Siti Aisyah bt Shamsudin (aisyah@ukm.my) Wartawan Sains Nuklear: Azlan Shah Mustafa (nalza@ukm.my) Tugas-tugas Khas: ... Assalamualaikum

6 I Buletin PPFG

SUMMER SCHOOL NANOTEKNOLOGI UKM-FLINDERS 2013

Warga PPFG sekali lagi telah berjaya m e n g a n j u r k a n Summer School N a n o t e k n o l o g i U K M - F l i n d e r s 2013 (NSS 2013) pada 24 – 27 Jun 2013.

Pada kali ini NSS 2013 telah menjemput 4 orang pensyarah pelawat daripada Flinders University, Australia, untuk memberikan syarahan. Mereka adalah Profesor Joe Shepter, Profesor Madya Amanda Ellis, Profesor Madya Gunther Andersson dan Dr. Ingo Koeper. Pada kali ini, aturcara sekolah musim panas telah ditambah baik dimana syarahan daripada tokoh penyelidik tempatan mengisi beberapa slot dipertengahan perjalanan syarahan NSS2013. Seramai 50 orang perserta telah mendaftar untuk kali ini termasuk 10 orang kakitangan Fakulti Sains dan Teknologi (FST),

MAJLIS APRESIASI PPFG 2013 Oleh: Natrah Nasir

Majlis Apresiasi PPFG 2013 telah diadakan pada 7 November 2013 bertempat di Restoran Horizon Garden, Bandar Baru Bangi. Penganjuran majlis ini diadakan khusus sebagai tanda penghargaan kepada semua kakitangan PPFG serta untuk meraikan ahli yang bersara pada 2013. Seramai 60 orang kakitangan hadir pada majlis tersebut.

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Dr. Rozidawati Awang mantan Pengerusi Jawatankuasa Kokurikulum dan Seminar. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK yang terlibat di atas kerjasama yang diberikan selama beliau mempengerusikan jawatankuasa tersebut (2009-2013). Beliau turut memperkenalkan Pengerusi yang baru iaitu Prof Madya Dr. Khoo Kok Siong. Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Pengerusi Pusat Pengajian Fizik Gunaan, Prof Madya Dr. Muhamad Samudi Yasir yang meraikan kakitangan dan pesara. Acara disusuli dengan ucapan oleh Dekan FST, Prof. Dr. Sahrim Hj. Ahmad. Beliau berbesar hati kerana majlis seumpama ini dapat diadakan dan berharap ianya dapat diteruskan pada masa akan datang. Pihak fakulti akan sentiasa menyokong setiap aktiviti yang dijalankan di peringkat Pusat Pengajian.

NSS 2013 telah diadakan di Pusat Pengajian Fizik Gunaan. Selain daripada memberi syarahan dalam NSS 2013, pensyarah – pensyarah Flinders University juga mengadakan perbincangan dengan pensyarah – pensyarah FST dalam hal berkaitan penyelidikan, mobiliti pelajar dan juga melihat peluang mengadakan

ijazah PhD berganda dan penyeliaan bersama (cotutelle) antara UKM dan Flinders University pada masa akan datang.

Perbelanjaan NSS 2013 telah disumbang sebahagiannya daripada dana FST dan daripada geran-geran OUP Profesor Dr. Sahrim Hj. Ahmad dan Profesor Dr. Shahidan Radiman.

Kemuncak majlis adalah penyampaian cenderahati kepada pesara dan mantan pengerusi, diikuti dengan jamuan makan tengahari. Semua kakitangan yang hadir turut menerima cenderahati selain daripada hadiah cabutan bertuah. Majlis Apresiasi PPFG 2013 berjalan dengan lancar dan diharap majlis seumpama ini dapat dijadikan acara tahunan untuk mengeratkan silaturahim seluruh warga PPFG.

Kakitangan PPFG yang hadir.

Peserta bergambar bersama pensyarah pelawat.

Oleh: Mohd Amir Radhi Othman

Page 7: BULETIN PPFG Buletin PPFG - ukm.my 7.pdf · Dr. Siti Aisyah bt Shamsudin (aisyah@ukm.my) Wartawan Sains Nuklear: Azlan Shah Mustafa (nalza@ukm.my) Tugas-tugas Khas: ... Assalamualaikum

Buletin PPFG • 7

PROGRAM DELEGASI SAINS DAN TEKNOLOGI KE KOREA SELATAN Oleh: Norinsan Kamil Othman, Faizal Mohamed

Setibanya kami di KAERI, kelihatan bangunan penyelidikan tersergam indah melambangkan kredibiliti KAERI sebagai institut yang menjadi pemangkin teknologi nuklear di Korea Selatan. Tinta penglihatan kami seterusnya disajikan dengan klip video yang memaparkan sejarah serta penyelidikan yang dijalankan di institut ini. Setelah melihat klip video tersebut kami bagaikan tidak sabar lagi untuk melawat tempat penyelidikan itu. Cuaca yang ketika itu begitu panas sekali tidak dapat menghalang semangat kami untuk melawat pelbagai fasiliti yang amat mengagumkan di situ. Sampai sahaja kami di sana, mata kami terpaku melihat fasiliti penyelidikan mereka yang begitu canggih sekali. Mereka begitu komited dalam memastikan tahap penyelidikan yang dijalankan berada di kedudukan tertinggi seluruh dunia. Melihat kepada kesungguhan mereka dalam penyelidikan teknologi nuklear, tidak hairanlah mereka mampu menghasilkan dan mengeksport hasil kepakaran mereka dalam bidang ini yang bertaraf dunia ke luar negara.

Selesai lawatan tersebut, kami bersiap bertolak ke kota Seoul untuk melawat beberapa tempat bersejarah. Peluang berada di KAIST dan KAERI membuatkan minda dan sudut pandangan kami terbuka begitu luas bahkan semangat menjadi berkobar-kobar untuk memangkin kemajuan teknologi nuklear di Malaysia. Pengalaman yang diperoleh akan kami manfaatkan demi kemajuan negara. Bak kata pujangga ‘Jauh perjalanan luas pemandangan’.

Program Delegasi Sains dan Teknologi ke Korea Advanced Institute of Technology, Korea Selatan

12-18 August 2013Anjuran: Kelab Sains Nuklear (KESAN), UKM

Setelah penat lelah diharungi bersama tercapai jua impian kami untuk berkunjung ke Korea Advanced Institute of Science And Technology, KAIST dan Korea Atomic Energy Research Institute, KAERI. Dua buah institut ini merupakan tulang belakang kepada perkembangan teknologi nuklear di negara ini yang sangat utuh pembangunannya. Tepat jam 8.00 pagi waktu Malaysia, kami seramai 18 orang pelajar jurusan Sains Nuklear diiringi tiga orang pensyarah berlepas menaiki pesawat AirAsia X di ‘Low-Cost Carrier Terminal’, LCCT menuju ke Incheon.

Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon dan perjalanan diteruskan lagi ke Daejon, lokasi di mana letaknya KAIST dan KAERI. Setelah tiga jam menaiki bas akhirnya sampailah kami di KAIST dan kami diberikan sambutan mesra oleh Prof. Kim Jong Hyun selaku wakil daripada KAIST. Keesokkan harinya bermulalah program kami dengan syarahan daripada Prof. Kim. Beliau menceritakan serba sedikit tentang jatuh bangun negara Korea Selatan. Sepanjang syarahannya satu frasa yang menarik iaitu ‘From ashes to riches’ telah membuka minda dan pandangan kami tentang pembangunan negara ini. Seterusnya syarahan diteruskan oleh beberapa orang pensyarah lain mengenai aplikasi dan perkembangan teknologi nuklear. Begitu banyak ilmu yang kami peroleh sepanjang program ini yang boleh diaplikasikan dan dipraktikkan pada masa hadapan untuk memacu kemajuan teknologi nuklear di Malaysia. Melalui pemerhatian kami, negara ini telah melalui pembangunan dalam tempoh yang begitu singkat sekali gus membolehkan mereka menjadi kuasa ekonomi di rantau Asia. Selesai menikmati makan tengah hari, kami dibawa melawat makmal-makmal yang menjadi tempat penyelidik-penyelidik muda menjalankan kajian yang membawa kepada penciptaan alatan serta teknologi baharu. Satu majlis makan malam beserta penghargaan telah berlangsung. Layanan yang diberikan sepanjang kami berada di KAIST amat baik sekali.

Keesokkan hari, kami meninggalkan KAIST dan bertolak ke KAERI bagi meneruskan program ini.

Peserta delegasi.

Page 8: BULETIN PPFG Buletin PPFG - ukm.my 7.pdf · Dr. Siti Aisyah bt Shamsudin (aisyah@ukm.my) Wartawan Sains Nuklear: Azlan Shah Mustafa (nalza@ukm.my) Tugas-tugas Khas: ... Assalamualaikum

8 I Buletin PPFG

LENSA PPFG

Program Delegasi Sains dan Teknologi ke Korea Advanced Institute of Technology, Korea Selatan

Kakitangan PPFG bersama dekan. Penyampaian hadiah gerai tercantik.

Majilis Jamuan Hari Raya Aidilfitri

Page 9: BULETIN PPFG Buletin PPFG - ukm.my 7.pdf · Dr. Siti Aisyah bt Shamsudin (aisyah@ukm.my) Wartawan Sains Nuklear: Azlan Shah Mustafa (nalza@ukm.my) Tugas-tugas Khas: ... Assalamualaikum

Buletin PPFG • 9

LENSA PPFG

Profesor Madya Amanda Ellis sedang menyampaikan syarahan.

Peserta yang hadir.

Majlis Apresiasi PPFG 2013

Summer School Nanoteknologi UKM-Flinders 2013

Page 10: BULETIN PPFG Buletin PPFG - ukm.my 7.pdf · Dr. Siti Aisyah bt Shamsudin (aisyah@ukm.my) Wartawan Sains Nuklear: Azlan Shah Mustafa (nalza@ukm.my) Tugas-tugas Khas: ... Assalamualaikum

10 I Buletin PPFG

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI FST 2013

Pada 22 Ogos 2013 (Khamis) bersamaan 15 Syawal 1434H, sambutan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri peringkat Fakulti Sains dan Teknologi telah diadakan di perkarangan Dewan Anuwar Mahmud (DAM). Sambutan tahun ini turut diserikan dengan Majlis Penyampaian Anugerah Kualiti dan Atlet FST Tahun 2013. Majlis bermula dengan ucapan Dekan FST pada jam 8.30 pagi, disusuli dengan penyampaian hadiah serta jamuan yang berakhir pada jam 11.00 pagi.

Lebih 500 tetamu hadir bagi memeriahkan majlis, mereka terdiri daripada kakitangan akademik, pengurusan dan sokongan serta para pelajar yang sudi meluangkan masa untuk bertemu mesra mengeratkan silaturahim dan bermaaf-maafan sempena Aidilfitri. Para tetamu turut disajikan dengan pelbagai juadah dari gerai-gerai yang disediakan oleh setiap Pusat Pengajian iaitu kambing panggang (Pejabat Dekan), nasi arab (PPFG), mee dan meehun sup utara (PPBsBt), ayam tempayan (PPSKTM), sate (PPSM), sup kambing dan roti (PPSSSA) dan juga makanan antrabangsa (Kelab Siswazah FST). Tidak lupa juga hidangan wajib tradisi melayu yang turut menjadi hidangan utama iaitu lemang dan rendang, ketupat dan juga kuah kacang.

Oleh: Hasnoor Ali

CAREER TALKOleh: Sharifah Nabihah Syed Jaafar

Pada 26 Oktober 2013, Kelab Sains Bahan telah menganjurkan ‘career talk’ yang berslogan ‘shape our future’ khas kepada pelajarnya bagi mendedahkan mereka dalam bidang kerjaya. Program yang berlangsung dari 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari ini telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Muhamad Samudi Yasir. Aspek yang diberi penekanan ialah seperti cara memilih kerjaya yang sesuai, tips sebelum dan ketika temu duga dan cara berkomunikasi yang baik. Penceramah yang dijemput khas ialah daripada Alumni Sains Bahan sendiri iaitu Encik Taufik Nordin (CEO of Composites Testing Laboratory Asia) dan Encik Abu Bakar As Siddique (Junior Corrosion Engineer di Syarikat Schmitec Sdn Bhd). Di samping alam pekerjaan, penceramah juga berkongsi pengalaman tentang cara pembelajaran di IPTA yang berkesan seperti cara menghadapi cabaran sebagai mahasiswa/i. Didapati program ini sangat memberi manfaat dan pengalaman kepada para pelajar sebagai bekalan pada masa hadapan yang cerah dan diharap aktiviti sihat seperti ini akan dapat diteruskan dari masa ke semasa.

Suasana sambutan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri kali ini diwarnai dengan pertandingan nyanyian daripada kakitangan FST yang berbakat, pertandingan baju tercantik dan juga gerai tercantik. Seperti biasa,Sekali lagi PPFG berjaya meraih tempat pertama dan menjadi johan bagi kategori Gerai Tercantik yang merupakan kemenangan buat kali ketiga. Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga PPFG yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung. Semangat kerjasama dikalangan mereka semua telah membuahkan hasil idea yang kreatif

Antara pelajar yang mengikuti program Career Talk.

Johan gerai tercantik Jamuan Raya FST 2013.

Page 11: BULETIN PPFG Buletin PPFG - ukm.my 7.pdf · Dr. Siti Aisyah bt Shamsudin (aisyah@ukm.my) Wartawan Sains Nuklear: Azlan Shah Mustafa (nalza@ukm.my) Tugas-tugas Khas: ... Assalamualaikum

Buletin PPFG • 11

SYARAHAN PERDANA PROF. DR. SARANI ZAKARIA Oleh: Sharifah Nabihah Syed Jaafar

Pada 8 November 2013 jam 8.30 pagi yang lalu, syarahan perdana oleh Prof Dr Sarani Zakaria telah berlangsung di Bilik Senat Bangunan Canselori. Tajuk syarahan itu ialah ‘Lignoselulosa sumber keterbaharuan untuk produk bio-polimer mesra alam’. Prof Dr Sarani sangat giat melakukan penyelidikan daripada bahan lignoselulosa daripada bahagian pokok kelapa sawit, kenaf dan pokok gelam. Antara produk yang telah dihasilkan daripada kajian beliau ialah kertas, membran selulosa hidrogel, bio-komposit, perekat dan banyak lagi. Produk-produk ini berpotensi besar untuk diaplikasikan bagi kegunaan di masa hadapan. Hal ini berlaku berikutan, sumber bahan lignoselulosa sangat mudah didapati secara pukal di samping sifatnya yang boleh dibaharui, di kitar semula dan murah. Di dalam syarahannya, beliau menegaskan kepentingan penggunaan bahan mesra alam ini bagi memanfaatkannya daripada dibuang dan dibakar begitu sahaja. Tambahan lagi, kos bahan mentah fossil kini semakin meningkat dan kehabisan.

SPEKTROSKOPI SINAR GAMA Oleh: Azlan Shah Mustafa

Spektroskopi Sinar Gama adalah kajian analisis secara kualitatif dan kuantitatif berkaitan spektra julat tenaga sinar gama. Kebanyakan sumber radioaktif seperti Uranium dan Thorium menghasilkan keamatan tenaga sinar gama yang berbeza. Apabila perlepasan tenaga ini dianalisis menggunakan sistem spektroskopi sinar gama, spektrum tenaga sinar gama akan dapat dihasilkan.

Secara umumnya, pengukuran sinar gama ini dibuat menggunakan pengesan Hyper Pure Germanium Lithium HpGe (Li). Sinar gama yang dikesan akan diubah kepada bentuk isyarat. Kemudian isyarat ini akan dibesarkan menggunakan pre-amplifier dan amplifier. Multi Channel Analyser (MCA) akan berfungsi apabila bentuk isyarat dikesan dengan menggunakan perisian khas dibawah sistem operasi Windows.

Sebelum sebarang pengukuran dibuat, semua alatan akan dikalibrasi menggunakan sumber piawai. MCA yang terdiri dari pulser, pre-amplifier dan sistem pengoperasian hendaklah berada dalam keadaan baik sebelum alat digunakan untuk menguji sampel. Alat ini juga boleh digunakan untuk membesarkan resolusi isyarat.

Program Sains Nuklear memiliki empat unit Spektroskopi Sinar Gama yang dikendali dan diselia oleh Penolong Pegawai Sains, Puan Norsidah binti Mohamed Nordin dan Penolong Pegawai Sains, Encik Tazidi Taib. Pertanyaan dan penerangan lanjut boleh berhubung dengan kakitangan berkaitan di Bilik Kakitangan, Blok D Bangunan Sains Nuklear, Pusat Pengajian Fizik Gunaan.

Analisis data sedang dilakukan. Multi Channel Analyser (MCA).

Prof. Dr. Sarani Zakaria sedang menyampaikan syarahan.

Page 12: BULETIN PPFG Buletin PPFG - ukm.my 7.pdf · Dr. Siti Aisyah bt Shamsudin (aisyah@ukm.my) Wartawan Sains Nuklear: Azlan Shah Mustafa (nalza@ukm.my) Tugas-tugas Khas: ... Assalamualaikum

12 I Buletin PPFG

Oleh: Rusli YahayaSAINTIS ISLAM

Abbas Ibnu Firnas yang di kenali juga sebagai Abu Abbas Al-Qasim Ibn Firnas Ibn Wirdas al-Takurini merupakan ahli Sains dan kimia serta pelopor kepada bidang astronomi dan astronautik. Beliau dilahirkan pada tahun 810 M dalam sebuah keluarga asal arabo-berbère di Izn-Rand Onda, Al-Andalus ( Ronda, Sepanyol ) yang kemudiannya menetap di Cordoba dan beliau meninggal dunia pada 888M. Biografi telah menunjukkan bahawa beliau adalah seorang ahli falsafah yang cemerlang dan mendapat pendidikan secara formal dimana beliau semasa mudanya telah mempelajari ilmu kimia, fizik dan astronomi.

Di zaman pemerintahan Ibnu Abdur Rahman Muhamad al-Amir di Cordoba, perkembangan ilmu berlaku secara pesat. Beliau telah menjemput ramai cendekiawan, diantaranya ialah Ziryab atau Abu al Hassan Ali Ibnu Nafi dari Baghdad. Ziryab merupakan pencipta muzik baru, penaung bidang Sains dan mengalakkan perkembangan Astronomi, perubatan dan teknologi baru. Abbas Ibnu Firnas ialah di antara pengikut beliau. Ibnu Firnas seperti Ziryab terbabit dalam pelbagai kegiatan dan usaha mendalami ilmu Kimia, Fizik dan Astronomi. Beliau telah menyediakan jadual astronomi dan rantaian cincin digunakan untuk menunjukkan pergerakan planet dan bintang dimana kawah di bulan telah dinamakan sempena dengan nama beliau. Di rumahnya, beliau telah membina makmal bawah tanah di mana para tetamu boleh menyaksikan pergerakan bintang, awan, guruh dan kilat.

Beliau juga mengarang puisi dan mencipta beberapa jenis metronome, jam air yang dikenali sebagai Al Mataqa, memperkenalkan kaedah membuat kaca dari pasir dan proses pemotongan batu Kristal.

Sebelum Ibnu Firnas melakukan percubaan untuk terbang, dia telah menyaksikan Armen Firman melompat dari menara Cordoba dengan mengunakan jubah. Percubaan itu gagal tetapi telah memberi sumber inspirasi kepada Ibnu Firnas mencipta sayap terbang sendiri pada tahun 875. Beliau telah membuat penerbangan melayang turun dari menara yang disaksikan oleh para jemputan. Penerbangan ini berjaya walaupun terdapat kecacatan pada pendaratannya. Pengkritik telah menyatakan bahawa Ibnu Firnas tidak mengambil kira cara menggunakan kawalan ekor burung, untuk mengepak ketika terjunam dan mendarat, ini adalah disebabkan tiada bahagian yang menyerupai pergerakan seperti ekor.

Jika di barat, mereka menceritakan kepada anak-anak mengenai Wright bersaudara, lain pula bagi negara-negara Islam dimana anak-anak mereka telah diceritakan mengenai kehebatan Ibnu Firnas iaitu seribu tahun lebih awal dari Wright bersaudara. Bagi memperingati usaha Ibnu Firnas, Libya telah mengeluarkan setem gambar beliau sementara Iraq pula telah membina tugu peringatan berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Iraq sebagai simbol memperingati beliau. Sementara itu Lapangan Terbang di utara Baghdad telah dinamakan sempena dengan nama beliau iaitu Lapangan Terbang Ibnu Firnas.

ABBAS IBNU FIRNAS PELOPOR BIDANG PENERBANGAN

“Ibnu Firnas merupakan orang pertama yang mengkaji ilmu penerbangan secara saintifik” Philip Hitti, History of the Arabs.

Page 13: BULETIN PPFG Buletin PPFG - ukm.my 7.pdf · Dr. Siti Aisyah bt Shamsudin (aisyah@ukm.my) Wartawan Sains Nuklear: Azlan Shah Mustafa (nalza@ukm.my) Tugas-tugas Khas: ... Assalamualaikum

Buletin PPFG • 13

SAINTIS MUDA-DR. YAP CHI CHIN

Boleh Dr. ceritakan sedikit latar belakang serta pendidikan Dr.?Saya dilahirkan di Kuala Lumpur pada 18 April 1983. Saya mendapat pendidikan rendah di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chin Woo dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Connaught. Seterusnya, saya melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Fizik Bahan di Universiti Teknologi Malaysia dan tamat pada tahun 2005. Saya memperolehi Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Sains Bahan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2008.

Boleh Dr. terangkan sedikit mengenai latar belakang keluarga?Saya merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarga dan mempunyai seorang kakak. Ayah saya sudah meninggal dunia, manakala emak saya masih sihat. Saya belum berkahwin. Apakah bidang kepakaran Dr.?Bidang kepakaran saya adalah elektronik organik dan filem nipis.

Apakah bidang tumpuan yang lain, selain bidang kepakaran?Selain daripada bidang kepakaran, saya juga memberi tumpuan kepada penyediaan bahan bersaiz nano seperti nanostruktur zink oksida (ZnO) dan graphene. Bahan-bahan bersaiz nano tersebut digunakan dalam pelbagai aplikasi seperti sel suria dan sensor.

Adakah Dr. terlibat dengan badan professional, persatuan dan NGO?Saya merupakan ahli bagi Persatuan Sains dan Teknologi Keadaan Pepejal Malaysia (MASS)

Apakah perkembangan terkini dalam penyelidikan Dr.?Seorang pelajar Sarjana telah tamat pengajian pada tahun 2013 di bawah seliaan saya. Selain itu, saya juga merupakan penyelia utama kepada empat pelajar PhD pada masa ini. Saya turut mengetuai beberapa projek penyelidikan yang dibiayai oleh Geran Galakan Penyelidik Muda (GGPM), Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS), Geran Penyelidikan Eksploratori (ERGS) dan Geran Penyelidikan ScienceFund. Hasil-hasil kajian saya telah diterbitkan dalam jurnal terindeks dan berimpak.

Apakah pendapat Dr. tentang perkembangan Sains dan Teknologi masa kini?Saya berpendapat pada masa kini Sains dan Teknologi di Malaysia semakin berkembang pesat dengan adanya sokongan daripada pelbagai pihak terutamanya kerajaan Malaysia. Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah dana yang besar setiap tahun kepada lima universiti penyelidikan termasuk Universiti Kebangsaan Malaysia untuk menjalankan penyelidikan berimpak tinggi dalam bidang Sains dan Teknologi. Apakah laman sesawang yang selalu Dr. kunjungi?Laman sesawang yang selalu saya kunjungi adalah Google Scholar dan Scopus untuk mengetahui perkembangan penyelidikan terkini dalam bidang kepakaran saya.

Apakah moto dan falsafah hidup Dr.?Saya selalu berpegang pada kata-kata “Kejayaan susah untuk dicapai tanpa usaha yang gigih.”

Dr. Yap Chi Chin semasa majlis konvokesyen.

Oleh: Mohd Amir Radhi Othman

Page 14: BULETIN PPFG Buletin PPFG - ukm.my 7.pdf · Dr. Siti Aisyah bt Shamsudin (aisyah@ukm.my) Wartawan Sains Nuklear: Azlan Shah Mustafa (nalza@ukm.my) Tugas-tugas Khas: ... Assalamualaikum

14 I Buletin PPFG

PENGALAMAN DAN PEMIKIRAN SAYA-PROF EMERITUS DATO’ DR. MUHAMAD YAHAYA Oleh: Norinsan Kamil Othman

Boleh Dato’ ceritakan sedikit latar belakang Dato’ di UKM.Fizik diantara tunggak bidang yang terawal di UKM, ditubuhkan semasa penubuhan UKM, dalam Fakulti Sains pada tahun 1970. Pada masa itu pensyarah Fizik terdiri daripada tenaga pengajar Indonesia dan Sukarelawan Amerika. Setelah tamat ijazah DRS (Institut Teknologi Bandung) pada tahun 1973, saya terus dilamar bekerja di UKM bak kata orang pada zaman itu seperti “Pejabat mencari Pekerja”. Dengan hanya berbekalkan buku Halliday Resnick, Sears, Schiff dan Kittel, saya mengajar Fizik Pepejal, Fizik Kesihatan, menjaga makmal dan memberi tutoran kepada pelajar. Kami juga sibuk dengan pengistilahan untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Sains yang mana DBP diibaratkan sebagai pejabat kedua saya.

Dua tahun kemudian saya berangkat ke Monash Australia melanjutkan pelajaran pada peringkat PhD. Ketua Jabatan pada masa itu adalah Dr. Zawawi Ismail yang agak keberatan melepaskan saya kerana kekurangan tenaga pengajar. Walau bagaimanapun saya bernasib baik kerana biasiswa Comonwealth yang saya perolehi telah menetapkan syarat untuk saya melanjutkan pelajaran pada tahun tersebut. Setelah selesai pengajian PhD, saya terus dilantik sebagai Ketua Jabatan Fizik, bersama dengan Dr Sukiman Sarmani Ketua Jabatan Sains Nuklear dan Dr Zahari Ketua Jabatan Elektronik. Ketika itu Dr Muhamad Salleh baru pulang dari England, Dr Khalijah Saleh (Arwah) dari USA, Dr Mazlan dari New Zealand dan Dr Baharuddin Yatim dari United Kingdom. Sehingga kini telah mencapai 40 tahun saya mengajar, menyelidik dan menerbit dalam bidang Fizik. Penyelidikan kami yang pertama adalah berkaitan dengan Filem Nipis, dengan menggunakan peralatan pemejalwapan (evaporator) di UTM Jalan Gurney dengan bantuan Dr Bakar Ismail (arwah). Pada masa itu, tidak ramai yang menghasilkan jurnal dan kebanyakkannya adalah hasil daripada kajian PhD masing-masing. Saya telah di lantik sebagai Felo di International Center of Theoretical Physics (ICTP), Trieste, Italy untuk melakukan penyelidikan selama 6 tahun. Saya juga ditawarkan Fullbright Fellowship ke Brown University dan KFA, Julich dan dilantik menerajui pentadbiran di pelbagai Pusat di UKM. Itulah cebisan pengalaman saya. Bagaimana pandangan Dato’ tentang senario penyelidikan di UKM kini. Agak menarik, senarionya jauh berbeza dari dulu. Ada ketua Nic dan Dekan. Ketua Nic diberi kuasa memantau penyelidikan ahli di bawahnya. Manakala Dekan menguruskan hal pentadbiran supaya sederap dengan pimpinan. Fakulti besar harus sederap, Top down dan bottom up harus serasi. Seharusnya kita perlu berani menyatakan keupayaan kita untuk membangunkan sesuatu entiti. Sebenarnya diperingkat Pusat Pengajian yang lebih penting untuk menentukan hala tuju penyelidikan, kekuatan dan kemudahan yang ada. Pelan strategi juga berbeza, dari aspek Penerbitan dan H-indeks. Pada hemat saya yang penting impak kepada masyarakat dan bukan bilangan penerbitan. Saya ingin tambah lagi, pemberian geran harus bersifat selektif, beri sokongan pada kumpulan yang berpotensi tinggi, jangan bersifat sama rata. Penyelidik perlu mencari projek penyelidikan berpotensi tinggi, berskala besar dan saling membantu bagi menghasilkan impak yang lebih besar. Seperkara lagi, pelajar Phd merupakan aset paling penting sebagai pemacu atau ‘driver’ dalam menghasilkan penyelidikan yang bermutu selaras dengan tranformasi kerajaan.

Program ini harus disusun dan dinilai semula dari masa ke semasa secara holistik dan sistematik agar lebih ramai calon datang ke Fakulti kita.

Baru-baru ini Dato’ memimpin satu ‘group young scientist’ ke Lindau bertemu dengan Nobel laureates. Apa pandangan Dato’, Mungkinkah Malaysia menghasilkan Nobel Fizik dalam masa 10 tahun akan datang.Terus terang saya katakan tidak. Saya harap jawapan ini tidak benar kerana ada beberapa sebab saya mengatakan sedemikian iaitu budaya penyelidikan di Malaysia masih lagi baru dan kemudahan kita masih jauh ke belakang. Tambahan pula sistem yang ada sekarang telah menghadkan umur persaraan 60 tahun. Jika dilihat, pemenang Nobel Fizik baru-baru ini iaitu François Englert dan Peter W. Higgs berumur 84 tahun dan masih aktif menjalankan penyelidikan. Jadi penyelesainya bagaimana?. Jelaslah disini, kita memerlukan kelengkapan makmal dan peralatan yang canggih disamping menambah bilangan penyelidik dan menjalankan jaringan kerjasama dengan pihak luar. Saya berpendapat bahawa bidang yang mempunyai potensi besar dalam melahirkan Nobel laureates adalah nanoteknologi, superkonduktiviti, Graphene dan Giant magnetoresistance (GMR). Dalam bidang superkonduktiviti penyelidik mula berminat menggunakan Ferum sebagai bahan asas seperti yang ditemui oleh penyelidik dari Jepun. Dalam sel nano suria pula, penyelidik lebih berminat menggunakan perosvkite sebagai bahan baru dalam pembinaan sel solar. Halatuju penyelidikan baru ini cukup menarik untuk kita ceburi sederap dengan penyelidikan terkini.

Sebagai tambahan, Dato’ terlibat dalam panel Universiti Penyelidikan (UP), FRGS dan HICOE di Kementerian Pendidikan Malaysia. Apakah ada kesan UP pada pensyarah biasa.Semenjak wujudnya Universiti Penyelidikan (UP), lonjakan penerbitan dilihat begitu ketara sekali. Ada yang tidak bersetuju dengan istilah UP kerana semua universiti membuat penyelidikan. Jadi mengapakah perlu ada nama khas ini? Sebenarnya maksud UP ialah Research Intensified University. Sememangnya semua universiti buat penyelidikan tetapi penyelidikannya lebih intensif dengan tambahan geran berjuta ringgit. Tujuan wang ini hanya untuk penyelidikan, tetapi bukan membeli bas, road show atau publisiti yang tiada kaitan dengan penyelidikan. Balik pada soalan tadi, Pengurusan Universiti biasanya mengagihkan wang ini untuk membeli peralatan dan projek penyelidikan, tentulah termasuk pensyarah biasa dan kumpulannya. Wang ini bukan ‘durian runtuh’, atas alasan membina jaringan, setiap tahun kena ada laporan dan audit.

Prof. Emeritus Dato’ Dr. Muhamad Yahaya

Page 15: BULETIN PPFG Buletin PPFG - ukm.my 7.pdf · Dr. Siti Aisyah bt Shamsudin (aisyah@ukm.my) Wartawan Sains Nuklear: Azlan Shah Mustafa (nalza@ukm.my) Tugas-tugas Khas: ... Assalamualaikum

Buletin PPFG • 15

PENGALAMAN DAN PEMIKIRAN SAYA-PROF EMERITUS DATO’ DR. MUHAMAD YAHAYA

Mengapa Dato’ berpindah bidang penyelidikan?Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perpindahan ini. Pertama geran dan kedua kemudahan yang ada. Di awalnya saya terlibat dalam bidang tenaga kemudian berpindah ke bidang superkonduktor. Semasa terlibat dengan tenaga kami telah berjaya menubuhkan rangkaian tenaga dikenali sebagai Institute of Energy. ‘Live is a journey and not a destination’. Perpindahan dari tenaga kepada superkonduktor telah menyuntik semangat saya apabila Müller and Bednorz, mendapat hadiah nobel pada tahun 1987. Mereka telah berjaya menemukan bahan baru Bismuth Strontium Calcium Copper Oxide (BSCCO) superkonduktor bersuhu tinggi. Dr Jamil Suradi dari UPM merupakan pelajar pertama saya. Kemudian di sambung oleh Dr. Eddy Marlianto dari Sumatera. Dr Mohd Noh Dalimin (Naib Canselor UTHM) merupakan rakan penyelidikan saya dalam bidang ini. . Geran IRPA telah banyak membantu dalam penyelidikan pada masa itu. Banyak peralatan yang kami beli menggunakan peruntukkkan IRPA. Kepulangan Prof Roslan terus menyemarakkan lagi bidang ini kerana beliau diijazahkan dalam bidang ini. Jadi untuk menjawab soalan ini perpindahan bidang dalam penyelidikan ini adalah lumrah. Fizik cukup luas dan pelbagai. Sekarang saya dan kumpulan saya kekal dalam penyelidikan filem nipis dan aplikasinya termasuk superkonduktor. Penyelidikan kami sekarang ialah filem nipis menjurus kepada aplikasi, seperti sensor, sel suria LED dan piezoelektrik.

Apakah Dato’ pernah kecewa dalam penyelidikan?Terlalu banyak kekecewaan yang dialami, diantaranya gagal mendapatkan hasil, tiada peralatan, pegawai penyelidik pindah, berhenti dan sebagainya. Di zaman IRPA beberapa permohonan penyelidikan kami di tolak atas dasar ada kumpulan lain yang akan buat dan tiada penyelidikan asas. Akhirnya kami mengundang panel pemberi geran dan meminta penjelasan mengapa permohonan kami tidak disokong. Permohonan kali kedua baru di terima. Pernah juga suatu ketika dulu kami cuba menjual idea ini kepada Lembaga Timah, kononnya untuk mempromosi logam tersebut agar kami memperolehi geran daripada mereka.

Mengapa tidak membuat Publisiti penyelidikan supaya lebih dikenali?Pejabat perhubungan awam (PRO) sentiasa mencari hasil penyelidikan yang mahu dihebahkan kepada masyarakat dimasa lalu. Boleh dikatakan setiap bulan para penyelidik mengadakan sidang akhbar. Malah kami pernah di jadikan bahan ketawa kerana menjalankan penyelidikan bahan timah atau sukakan “Timah”. Dalam sidang akhbar kami menceritakan apa yang berlaku sebenarnya. Agak malang kerana wartawan kurang menghayati penemuan ini. Terkini semasa penemuan zarah Higgs Boson, beberapa wartawan telah mencari kami untuk membahas zarah ini. Kebetulan saya dan Dr Norinsan berada di Lindau mengikuti penuh perkembangan ini. Memang cukup tersohor dalam menghebahkan penemuan ini dan liputan akhbar cukup meluas.

Bagaimana Dato’ melihat bidang lain di Pusat Pengajian Fizik Gunaan?Bidang lain dalam Program fizik seperti magnetism, fizik bahan, karbon glasi dan teknologi kertas mempunyai kekuatan yang tersendiri.

Ionik pepejal (Solid Ionic) diantara bidang yang telah kami bangunkan dari awal lagi dengan kejasama beberapa pakar luar negara. Potensi bidang ini ialah membina bateri, sel fuel dan sel suria. Beberapa graduan PhD telah dihasilkan dalam bidang ini. Aspek fundamental juga tidak kurang ditekankan. Malangnya Prof Ibrahim Talib telah bersara dan tidak meneruskan penyelidikan ini. Kita telah mengendalikan beberapa bengkel Asian Solid State Ionics dengan kerjasama UNESCO dan universiti tempatan. Walau apapun, penyelidikan adalah seperti membuat kuih. Ada yang masak sedap ada yang kurang sedap walaupun ramuannya sama. Inovasi mesti diteruskan lagi bagi mencipta masakan baru. Itulah cabarannya untuk mencipta sesuatu yang baru. Bidang Magnetisme tidak sehebat dulu kerana Prof. Dr. Mustafa sudah bersara, suatu mekanisme harus dilakukan segera supaya perpindahan kepakaran berlaku dengan licin dan tidak pupus begitu sahaja.

Sejak kecil apakah Dr benar-benar mahu menjadi pensyarah?Tidak terlintas dalam fikiran saya untuk menjadi pensyarah. Tapi saya suka mengajar dan berbincang dengan kawan-kawan. Saya pernah menjadi guru sementara dipelbagai tempat termasuk Al Ehya Alshariff, sekolah Agama terkenal di Semanggol Perak, sementara menunggu keputusan peperiksaan yang agak lama di zaman dulu.

Bagaimana Dato’ boleh menceburi bidang fizik?Minatnya kesitu. Suka baiki basikal, ganti alat sana sini. Tapi memang minat saya pada hal hal yang aneh. Bila ditemukan dengan hukum Newton, hukum Faraday dan mengikuti lawatan ke kilang minatnya menjadi bertambah. Guru memainkan peranan penting. Mereka mendorong kita dan mempermudahkan apa yang kita tidak faham. Yang tidak jelas jangan simpan dalam hati, cari dan tanya orang. Zaman sekarang beruntung kerana ada internet semuanya berada dihujung jari.

Soalan ini agak umum, merangkumi semua bidang. Tokoh Fizik jarang diketengahkan jika dibandingkan dengan tokoh keilmuan yang lain. Mengapa?Tokoh yang popular berbeza dengan tokoh keilmuan. Tokoh popular selalu muncul di TV atau diwawancara di akhbar. Tokoh ini juga petah mengulas senario yang berlaku dan kesan pada masyarakat. Tokoh ilmuan secara senyap menghasilkan karyanya melalui penulisan dan buku. Terus bekerja kuat. Google saja namanya, muncul diberbagai tempat. Pemikirannya tajam dan tidak mudah ditentang hujahnya. Untuk menjawab soalan ini, biasanya rakan sepakaran atau peers yang berwibawa membuat penilaian.

Apakah Dato’ bercita-cita menulis buku fizik popular , seperti Brian Cox, Fritjof Capra George Gamow? Saya memang berminat membaca buku demikian, tetapi untuk menulisnya saya perlu mengumpulkan banyak fakta. Walaupun popular, faktanya harus benar dan gaya tulisannya juga harus bersifat santai. Ini yang kita kurang dalam Bahasa Malaysia. Dewan Kosmik ada dan Estidotmy terbitan MOSTI dengan kerjasama ASM, terlalu elementari sifatnya. DBP atau penerbit Universiti harus memberi tumpuan untuk menjadi bacaaan umum sains.

Dato’, Terima kasih, saya mengharap Dato’, terus sihat agar dapat menyumbang pada khazanah keilmuan.

Oleh: Norinsan Kamil Othman

Page 16: BULETIN PPFG Buletin PPFG - ukm.my 7.pdf · Dr. Siti Aisyah bt Shamsudin (aisyah@ukm.my) Wartawan Sains Nuklear: Azlan Shah Mustafa (nalza@ukm.my) Tugas-tugas Khas: ... Assalamualaikum

16 I Buletin PPFG

Prof. Dr. Ibrahim Abu TalibProf. Madya Dr. Muhamad Othman

Prof. Madya Dr. Ahmad Suhaimi Abdullah

Dr. Rozidawati Awang

Prof. Dr. Amran Ab Majid – Pengarah Keselamatan Kesihatan PekerjaanProf. Dr. Sahrim Hj. Ahmad – Dekan

Prof. Madya Dr. Muhamad Samudi Yasir - Pengerusi Pusat PengajianProf. Madya Dr. Redzuwan Yahaya - Ketua Program Sains NuklearProf. Madya Dr. Noor Baa’yah Ibrahim – Ketua Program Siswazah

Dr. Faizal Mohamed - Ketua Program Pengurusan Keselamatan Industri Prof. Madya Dr. Azman Jalar @ Jalil – Timbalan Pengarah Institut Kejuruteraan Mikro dan

Nanoelektronik

Prof. Dr. Sarani Zakaria

Prof. Dato’ Dr. Roslan Abd Shukor

Dr. Siti Aisyah ShamsuddinDr. Sharifah Nabihah Syed Jaafar

Cik Norshahidah Mohd Hidzir

Prof. Madya Dr. Khoo Kok Siong – anak perempuanEn. Azwani Ali – anak perempuan

Puan Hani Azlin Hussin Shaukat– anak perempuanEn. Idris Zulkifle –anak perempuan

Puan Firdawati Zainal-anak perempuanEn. Mohd Sukri Zakaria - anak ??

En. Mohd Lahudi SaruriEn. Mohd Halidin Das

Puan Natrah NasirPuan Norfaridah HoodEn.Mohd Sukri Zakaria

En. Md Nizam MohamedEn.Md. Yaakub Yasin

En. Tazidi TaibPuan Munira Hasan

Pn. Asma Hamsan

Pn. Norsidah Mohamed Nordin (suami beliau yang telah kembali ke rahmatullah)

TAHNIAH DANPENGHARGAAN