borang pengesahan status tesis€¦ · 2.2 keberkesanan penggunaan ict dalam pengajaran dan...
TRANSCRIPT
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu
dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau
Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN MATEMATIK BAGI GURU
PELATIH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SESI PENGAJIAN : 2010/2011
Saya NIK NABILAH BT NIK MOHD NASER
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
√ TIDAK TERHAD
__________________________________
(TANDATANGAN PENULIS)
Disahkan oleh
_____________________________________
(TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
LOT 1063, TMN. IBAI INDAH,
KG. TOK ADIS, K.IBAI,
20400 K.TERENGGANU,
TERENGGANU
PROF DR NOOR AZLAN
BIN AHMAD ZANZALI
Nama Penyelia
Tarikh: 12MEI 2011 Tarikh: 12 MEI 2011
ii
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Matematik (Fizik).”
Tandatangan : …………………………………..
Nama Penyelia: PROF DR. NOOR AZLAN BIN ZANZALI
Tarikh : …………………………………..
iii
PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN MATEMATIK BAGI GURU
PELATIH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
NIK NABILAH BT NIK MOHD NASER
Kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
Matematik (Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2011
iv
“Saya akui bahawa penulisan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :…………………………………..
Nama Penulis: NIK NABILAH BT NIK MOHD NASER
Tarikh :…………………………………..
v
DEDIKASI
TERISTIMEWA BUAT,
Mama dan Abah yang Amat Disayangi dan Dikasihi,
NIK MOHD NASER BIN NIK AHMAD dan WAN ZAIMAH BT TON YUSOF
Abang-abang, Adik-adik, Kakak Ipar dan Anak Saudara Tersayang,
Segala Doamu, Pengorbananmu, Doronganmu, Kesabaranmu Serta Kasih Sayangmu
Dari Kalian Amat Ku Sanjungi dan Ku Hargai…
KHAS BUAT,
Pensyarah Pembimbing yang dikasihi,
Segala Bimbingan, Tunjuk Ajar dan Jasamu Tidak akan Ku Lupai …
Tidak Dilupakan Juga Rakan-rakan Seperjuangan
Jutaan Terima Kasih
Di atas Segala Sokongan dan Semangat Dari Kalian
Sepanjang Pengajian Ku..
Buat Semua yang Terlibat Secara Langsung atau Tidak Langsung
Terima Kasih Tak Terhingga
Semoga Allah S.W.T Membalas Jasa Baik Kalian..
vi
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi dengan limpah dan
kurniaNya, saya dapat menyiapkan projek penyelidikan ini.dengan jayanya
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih serta memberi pengakuan
yang terhormat kepada penyelia pembimbing saya iaitu Prof. Dr. Noor Azlan
Bin Zanzali yang sentiasa memberi bimbingan, tunjuk ajar dan teguran yang
membina dalam usaha menyiapkan projek penyelidikan ini.
Tidak dilupakan jutaan terima kasih kepada ibu bapa dan keluarga yang
amat saya kasihi dan sayangi di atas segala kasih sayang, sokongan, dorongan
dan galakan yang tidak pernah luput selama ini. Terima kasih diatas segala Doa
mu yang sentiasa mengiringi dan menemaniku sepanjang saya menyiapkan
projek ini.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelajar tahun
akhir dan tahun ketiga jurusan Sarjana Muda Sains /Sains Komputer serta
Pendidikan Matematik yang sudi menjadi responden kajian sepanjang kajian ini
dijalankan.
Selain itu juga, saya ingin terima kasih kepada rakan seperjuangan dan
rakan karib saya serta semua pihak yang sudi membantu dan memberi nasihat
kepada saya bagi menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dengan jayanya.
vi
Abstrak
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau tahap penggunaan
Information Communication Technology (ICT) dalam pengajaran Matematik di
kalangan guru pelatih Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Tiga aspek telah
dikaji bagi menjawab persoalan kajian iaitu tahap kemahiran guru pelatih UTM
dalam beberapa kemahiran komputer, pengintegrasian ICT di kalangan guru pelatih
UTM dalam proses pengajaran serta masalah-masalah yang menjadi faktor halangan
kepada pengintegrasian ICT dalam proses pengajaran. Sampel kajian terdiri
daripada 78 orang pelajar UTM yang telah menjalani latihan mengajar di sekolah-
sekolah sekitar Johor Bahru. Kajian ini menggunakan dua teknik tinjauan iaitu soal
selidik kepada guru pelatih Matematik UTM dan temubual bersama enam orang
guru pelatih Matematik UTM. Analisis data dilakukan dengan menggunakan
statistik asas iaitu kekerapan, peratus dan min serta analisis kualitatif. Dapatan
kajian mendapati tahap penggunaan ICT di kalangan guru-guru pelatih UTM berada
di tahap yang sederhana. Namun yang demikian, beberapa faktor luaran telah
dikenalpasti menjadi penghalang kepada pengintegrasian ICT dalam proses
pengajaran. Antaranya ialah masa pembelajaran yang singkat, faktor jarak antara
makmal dan kelas serta kemudahan ICT yang tidak lengkap. Beberapa usul telah
dikemukakan kepada pihak yang terlibat iaitu tenaga mahir, guru pelatih dan pihak
sekolah bagi meningkatkan lagi tahap penggunaan ICT bagi guru pelatih UTM
dalam proses P&P Matematik.
Abstract
The purpose of this research is to study the level of Information
Communication Technology (ICT) integration among UTM’s trainee teacher in
teaching Mathematics. Three aspects were studied to answer the research questions
such as ICT skills among UTM trainee teachers, the level of ICT integration in
Mathematics teaching process and the factors that become the obstacles for the
integrations to occur. This research sample consists of 78 respondents from UTM’s
Mathematic trainee teachers that have experience in teaching practical in Johor
Bahru. Two techniques have been used in this research: questionnaire and interview.
Questionnaires were distributed to all the respondents and interview were conducted
with six selected respondents. The data collected were analyzed using basic statistic
which are frequency, percentage and mean and also qualitative analysis. The results
from the research show that the trainee teachers frequently using ICT in their
teaching and learning process. However, there are some factors that have been
identified to be an obstacle for the trainee teachers to integrate the ICT into teaching
and learning process. Some of the factors were time constraint, the position of
computer lab that is far from classroom and the inadequacy of ICT facilities
provided. Some suggestions are given to the Education Ministry of Malaysia,
Higher Education Ministry, and trainee teachers to further enhance the level of ICT
used in teaching and learning process in Mathematics.
viii
SENARAI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN
i
PENGESAHAN PENYELIA ii
JUDUL iii
PENGAKUAN PENYELIDIK iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT
SENARAI KANDUNGAN viii
SENARAI RAJAH ix
SENARAI JADUAL x
SENARAI LAMPIRAN
SENARAI SINGKATAN
xi
xii
1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.7 Definisi Istilah
1.7.1 Pengajaran
1.8.2 Pembelajaran
1.8.3 Teknologi Maklumat
10
10
11
1.8 Kesimpulan 11
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Keberkesanan Penggunaan ICT dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Matematik
14
2.3 Penggunaan Komputer dalam Pengajaran
dan Pembelajaran Matematik
16
2.4 Masalah yang Dihadapi dalam
Mengintegrasikan Teknologi dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Matematik
2.5 Kesimpulan
16
18
3 METADOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 20
3.2 Reka Bentuk Kajian 20
3.3 Prosedur Kajian 21
3.4 Populasi Kajian 22
3.5 Sampel Kajian 22
3.6 Instrumen Kajian
3.6.1 Soal Selidik
3.6.1.1 Bahagian A
3.6.1.2 Bahagian B
3.6.1.3 Bahagian C
3.6.2 Temubual
3.6.2.1 Bahagian A
3.6.2.2 bahagian B
23
24
24
24
25
25
3.7 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen 25
3.8 Kajian Rintis
3.9 Kaedah Pengumpulan dan Menganalisis
Data
3.9.1 Soal Selidik
3.9.2 Sesi Temubual
26
27
29
3.10 Prosedur Kajian
3.11 Kesimpulan
29
31
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 32
4.2 Analisa Maklumat Bahagian A : Latar
Belakang Responden
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Umur
4.2.2 Tahap Kemahiran Responden Dalam
Beberapa Perisian Komputer
33
34
35
4.3 Persoalan Kajian 1: Tahap Penggunaan ICT
dalam Pengajaran Matematik bagi Guru
Pelatih UTM ketika Latihan Mengajar
4.3.1 Taburan Responden yang
Menggunakan ICT dalam Proses
Pengajaran
4.3.2 Objektif Guru Pelatih
Mengintegrasikan ICT dalam Proses
Pengajaran
4.3.3 Tahap Penggunaan ICT bagi Guru
Pelatih UTM dalam Mengintegrasikan
ICT dalam Pengajaran
37
37
38
39
4.4 Persoalan Kajian 2: Masalah yang Dihadapi
Oleh Guru Pelatih UTM dalam
Mengintegrasikan ICT dalam Pengajaran
Matematik
41
4.5 Analisis Temubual
4.5.1 Pengenalan Ringkas Responden
43
4.5.2 Mengenalpasti Penggunaan ICT di
Sekolah
4.5.3 Perlaksanaan Penggunaan ICT dalam
Proses Pengajaran
4.5.4 Kaedah yang Digunakan Melibatkan
Pengintegrasian ICT dalam Pengajaran
Matematik
4.5.5 Pemahaman Pelajar Terhadap
Pengajaran yang Menggunakan ICT
4.5.6 Adakah Perisian Pengajaran yang
Disediakan Mencukupi dan Mencapai
Objektif Pengajaran?
4.5.7 Masalah yang Dihadapi Oleh Guru
Pelatih UTM dalam Mengintegrasiakn
ICT dalam Proses Pengajaran
4.6 Kesimpulan
43
44
44
45
45
46
47
5 RINGKASAN KAJIAN, PERBINCANGAN,
RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 49
5.2 Tahap Kemahiran Komputer Bagi Guru
Pelatih UTM
5.3 Tahap Penggunaan ICT dalam Pengajaran
Matematik Bagi Guru Pelatih UTM Ketika
50
Latihan Mengajar 51
5.4 Masalah yang Dihadapi Oleh Guru Pelatih
UTM dalam Mengintegrasikan Teknologi
dalam Pengajaran Matematik
53
5.5 Rumusan 55
5.6 Implikasi Kajian
5.6.1 Guru Pelatih
5.6.2 Pihak Sekolah
5.6.3 Kementerian Pelajaran Malaysia
57
58
58
5.7 Cadangan Kajian Lanjutan 58
5.8 Kesimpulan
59
RUJUKAN 60
LAMPIRAN A-E 63 - 94
ix
SENARAI RAJAH
RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1 Carta Alir Prosedur Kajian 29
2 Taburan Responden Mengikut Umur 33
3 Taburan Penggunaan ICT dalam Pengajaran
Matematik
36
x
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Sampel Kajian Mengikut Kursus 23
3.2 Jadual Min Bagi Tahap Kemahiran Guru
Pelatih UTM dalam Beberapa Kemahiran
Komputer
27
3.3 Jadual Min Bagi Tahap Penggunaan ICT
Bagi Guru Pelatih UTM dalam Pengajaran
Matematik
28
3.4 Jadual Min Bagi Mengenalpasti Masalah
Terbesar yang Dihadapi Oleh Guru
Pelatih UTM dalam Mengintegrasikan
ICT dalam Pengajaran Matematik.
28
4.1 Tahap Kemahiran Responden Dalam
Beberapa Perisian Komputer
34
4.2 Objektif Menggunakan ICT dalam proses
pengajaran
37
4.3 Strategi yang Digunakan Untuk
Menyampaikan Pengajaran Menggunakan
ICT di Sekolah
38
4.4 Halangan yang Dihadapi Oleh Guru
Pelatih UTM dalam Mengintegrasikan
ICT dalam Pengajaran Matematik.
40
xi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN
TAJUK MUKA SURAT
A Soalan Soal Selidik
62
B Soalan Temubual
67
C Jadual Kebolehpercayaan Kajian Rintis
68
D Analisis Soal Selidik Menggunakan
SPSS 16.0
69
E Analisis Soalan Temubual 84
xii
SENARAI SINGKATAN
ICT - Information Communication Technology (ICT)
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
P&P - Pembelajaran dan Pengajaran
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
FP - Fakulti Pendidikan
LCD - Liquid Crystal Display
OHP - Over Head Projector
CD - Compact Disc
CD-ROM - Compact Disc-Read Only Meory
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Kita kini dikatakan mengalami transformasi dari zaman industri ke zaman
informasi. Segalanya di hujung jari sejajar dengan cogan kata dunia tanpa sempadan.
Kepentingan penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam abad ke-21
ini tidak dapat dinafikan lagi. Penggunaan teknologi ini dapat dilihat semakin meluas
dalam kehidupan seharian manusia bukan sahaja kakitangan awam, swasta, golongan
akademik dan orang dewasa, malah pelajar sekolah kini juga memanfaatkan penggunaan
ICT sepenuhnya dalam membantu kerja mereka.
Selari dengan perubahan ini, sistem pendidikan di Malaysia juga haruslah tidak
ketinggalan mengintegrasikan penggunaan ICT ke dalam pelaksanaan kurikulum di
sekolah. ICT merupakan medium yang sangat penting bagi membantu meringankan
beban kerja seharian. Dengan kemajuan teknologi kini, kerja manusia menjadi lebih
mudah dan efisien. Kerja yang dilakukan akan mengambil masa yang lebih singkat,
secara tidak langsung akan menjimatkan masa serta tenaga manusia. Technology can
make our lives easier. Everyday tasks are simplified (Hjetland, 199).
2
Beliau juga menyatakan bagaimana teknologi dapat memudahkan tugas serta
meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengurusan
dan kerja-kerja pembelajaran dan pengajaran (P&P).
Aplikasi penggunaan ICT dalam kehidupan seharian semakin meluas malah
kepentingannya dalam organisasi pendidikan tidak boleh dipertikaikan. ICT menjadi
tulang belakang kepada kelancaran pengurusan sesuatu organisasi. Organisasi
pendidikan juga tidak terkecuali daripada arus permodenisasi ini. Proses penyimpanan
maklumat serta analisis data di sekolah-sekolah kini rata-rata bergantung pada
komputer. Menurut Stair dan Reynolds ( 1999 ), tujuan utama sistem maklumat dan
komunikasi adalah untuk membantu organisasi mencapai matlamat-matlamatnya
dengan membekalkan pengurus-pengurus dengan insight ke atas operasi organisasi
supaya mereka dapat mengawal, mengelola dan merancang dengan lebih berkesan dan
lebih cekap.
1.2 Latar Belakang Masalah
Menurut Ahmad Fuad (2003), menyatakan bahawa dalam konteks pendidikan,
teknologi maklumat merupakan satu rangkaian elektronik untuk mencari, mengumpul,
menyimpan, memproses, menyalur dan menyampai maklumat secara efektif, pantas dan
banyak untuk membantu proses P&P. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada
sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif
dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini (KPM, 1997).
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menggariskan tiga dasar utama
ICT dalam pendidikan iaitu:
i. Dasar pertama adalah literasi ICT untuk semua pelajar, bermaksud
pelajar memperoleh kemahiran menggunakan kemudahan ICT.
3
ii. Dasar kedua mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan
sebagai kurikulum dan alat P&P. ICT sebagai kurikulum bermaksud
pelajar mempelajari ICT sebagai mata pelajaran seperti mata pelajaran
Teknologi Maklumat bagi peringkat SPM dan mata pelajaran
Pengkomputeran bagi peringkat STPM. ICT dalam P&P seperti
penggunaan perisian kursus, internet, dan aplikasi generik yang lain.
iii. Dasar ketiga menekankan penggunaan ICT untuk meningkatkan
produktivi, kecekapan, dan keberkesanan sistem pengurusan. Ini terhasil
daripada pengautomasian pejabat dan pelaksanaan sistem aplikasi
pengurusan yang membawa kepada penambahbaikan proses kerja.
Pengenalan kepada pelbagai kaedah P&P yang baru menggunakan teknologi
telah meningkatkan taraf pendidikan di Malaysia. Teknologi ini begitu berkembang
pesat dan ini turut memberi kesan kepada sistem pendidikan sama ada di peringkat
sekolah mahupun pusat pengajian tinggi. Pembelajaran menerusi internet atau laman
sesawang merupakan antara pendekatan baru yang semakin mendapat perhatian dan ini
masih dikaji dari pelbagai aspek oleh golongan pendidik (Khan, 1997). Hasil serta
potensi yang diperolehi daripada proses pengkajian berterusan tersebut masih
berkembang dan mula menjanjikan perubahan yang positif (Collis, 1996; Schutte,
1997).
Penggunaan pendekatan baru dalam proses P&P matematik amat penting kerana
dalam sesuatu pengajaran secara tradisi seperti kaedah chalk and talk, walaupun ianya
telah digunakan sejak turun-temurun serta tidak dinafikan keberkesanannya namun ini
juga boleh mendatangkan beberapa masalah dan kekangan. Contohnya, dalam kaedah
pengajaran tradisi, komunikasi sehala banyak berlaku dalam proses P&P. Guru
memainkan peranan utama dalam mencapai objektif pembelajaran. Para pelajar pula
hanya duduk serta mendengar dan mencatat isi penting yang disampaikan. Kaedah
seperti ini boleh menyebabkan minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran akan
berkurang serta sukar difahami.
4
Para pelajar juga banyak menggunakan teknik hafalan berbanding pembelajaran
kendiri. Oleh kerana fakta yang terlalu banyak untuk dihafal, ini dapat menimbulkan
masalah bagi para pelajar. Penglibatan secara aktif oleh pelajar dalam mengakseskan
bahan-bahan yang diperlu dalam internet berupaya memupuk dan memperkembangkan
kemahiran berfikir dan kreativiti di kalangan pelajar (Rashidi dan Abdul Razak, 1997).
Pelbagai perisian komputer telah diperkenalkan untuk digunakan sebagai bahan
bantu mengajar oleh guru-guru di sekolah. Ini kerana perisian ini mudah digunakan dan
meliputi pelbagai topik dalam matematik. Para pelajar diberi pendedahan awal terhadap
kemahiran menggunakan komputer dan internet, ini diyakini akan dapat membantu
mewujudkan suasana pembelajaran bestari yang lebih kepada berpusatkan murid apabila
pelajar perlu meneroka ilmu secara kendiri. Ini akan menjayakan matlamat pelaksanaan
sekolah bestari untuk melahirkan warga negara yang berketrampilan, kreatif, inovatif
serta berakhlak mulia.
Sistem pengajaran subjek Sains dan Matematik sudah berganjak daripada teori
behaviourisme ke kognitivisme dan seterusnya ke konstruktivisme. Dalam teori
konstruktivisme, guru berperanan sebagai fasilitator dan pengurus kepada pelajar
(Rozinah Jamaluddin, 2000).
Di samping itu juga, komputer dan internet banyak memainkan peranan dalam
bidang pendidikan kini. Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser,
1993; Henderson and Landersman, 1992; Chazan, 1988; Mc Coy, 1991; Al Ghamdi,
1987) didapati bahawa:
i. Pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang
lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan
menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.
ii. Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat
membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan
berkesan.
5
iii. Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang
ketara.
iv. Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan
mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat
menggunakannya dalam bidang-bidang lain.
Perkembangan teknologi multimedia dalam pendidikan telah membawa kepada
kemajuan sistem pendidikan serta pengenalan kaedah-kaedah baru kepada golongan
pendidik untuk diaplikasikan sebagai teknik mengajar. Penggunaan multimedia seperti
CD-ROM (Read Only Memory), OHP (Over Head projector) dan pemancar LCD
(Liquid Crystal Display) dalam proses pengajaran dan pembelajaran memberi manfaat
dalam proses penyaluran sesuatu maklumat yang lebih efektif. Penggunaan pelbagai
jenis media seperti teks, audio, video, grafik, animasi, serta banyak lagi mampu
menjadikan sesuatu panyampaian menjadi lebih menarik. Pelajar akan mudah berasa
bosan jika hanya menggunakan chalk and talk sahaja. Namun begitu, pemilihan kaedah
pengajaran haruslah sesuai dengan latar belakang pelajar itu sendiri agar penerimaan
terhadap kaedah tersebut akan menjadikan proses P&P lebih berkesan.
Multimedia juga dikatakan mampu menjadi medium komunikasi yang positif
dan efektif kerana melalui teks, audio, video serta animasi yang pelbagai warna dan
corak mampu dipaparkan di dalam sebuah skrin pada satu masa yang sama. Di samping
itu juga, penggunaan media interaktif juga ternyata mampu menarik perhatian serta
mudah untuk difahami berbanding penggunaan bahan-bahan yang statik dan bisu
(Vaughan, 1998). Tambahan pula, penggunaan elemen-elemen multimedia dalam proses
P&P juga didapati mampu menarik minat pelajar supaya mereka tidak merasa bosan dan
dapat member tumpuan sepenuhnya terhadap proses pembelajaran (Thomas, 1996).
Selain itu juga, kemudahan untuk mengakses maklumat bukan sahaja terikat
kepada buku teks dan buku rujukan sahaja, kini para pelajar boleh melakukan tugasan
serta mencari maklumat tambahan melalui internet. Secara tidak langsung, ini boleh
mewujudkan golongan pelajar yang celik IT serta mahir menggunakan komputer.
6
Penggunaan teknologi multimedia dalam bidang pendidikan juga membolehkan
informasi dalam jumlah yang besar disalurkan untuk kegunaan pelajar. Informasi
tersebut pula boleh dicapai serta digunakan mengikut penetapan masa dan tempat
belajar pelajar itu sendiri (Albion, 1998).
Dengan adanya jaringan jalur lebar, skop pencarian maklumat adalah lebih luas
dan tidak terhad di sesuatu kawasan sahaja. Maklumat juga dapat diperoleh dalam
pelbagai bentuk dan pendekatan boleh dicapai dengan lebih mudah dan pantas. Guru
dan pelajar digalakkan melayari internet sebagai sumber tambahan untuk mendapatkan
maklumat bagi tujuan P&P. Selain daripada perisian yang dibekalkan oleh KPM, para
guru boleh mengambil inisiatif membina perisian mereka sendiri menggunakan
komputer riba yang dibekalkan (Kassim Abbas ,2006).
1.3 Penyataan Masalah
Apabila bercakap tentang matematik, ramai pelajar-pelajar menganggap
matematik sebagai satu subjek yang sukar untuk difahami. Sesetengah pelajar
menganggap matematik hanya melibatkan proses tambah, tolak, darab serta bahagi
sahaja. Kecenderungan pelajar memikirkan bahawa matematik ialah satu mata pelajaran
yang sukar telah menyebabkan minda mereka sukar menerima keindahan matematik
(the beauty of mathematics).
Namun yang demikian, dengan kewujudan ICT dalam pendidikan matematik
telah sedikit sebanyak menukar persepsi para pelajar terhadap matematik. Matematik
boleh dianggap sebagai satu subjek yang menyeronokkan apabila proses P&P disulami
dengan aktiviti-aktiviti berbantukan komputer serta demonstrasi sesuatu fenomena
secara simulasi, latihan atau latih tubi yang dikawal oleh sistem.
7
Oleh itu, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (FP UTM) telah
memperkenalkan matapelajaran yang berkaitan dengan teknologi seperti matapelajaran
Amali Matematik (Mathematics Education Lab, SPN2332). Matapelajaran telah ini
memperkenalkan bakal graduan UTM dengan perisian-perisian yang boleh digunakan
ketika proses pengajaran di sekolah kelak. Kursus ini juga membantu pelajar
menggunakan perisian yang sesuai dalam mengajar sesuatu topik Matematik. Tambahan
pula, FP UTM sendiri sudah dilengkapi dengan kemudahan ICT antaranya kemudahan
pemancar LCD, kemudahan internet yang baik serta makmal-makmal komputer.
Namun yang demikian, penggunaan teknologi dalam proses pengajaran boleh
dianggap sebagai perkara baru bagi guru pelatih UTM. Guru tidak mempunyai
kemahiran yang lengkap untuk mengendalikan pengajaran berbantukan komputer.
Menurut Norizan Abdul Razak, (1997) dalam kajian kesediaan guru menggunakan
teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa membuktikan bahawa guru-guru masih
lagi ragu-ragu dan takut untuk menggunakan komputer dalam pengajaran mereka.
Perkara ini menjadi salah satu perkara yang membantutkan pengintegrasian teknologi
maklumat dalam proses P&P bahasa di sekolah. Terdapat guru-guru yang berminat
untuk belajar tetapi berputus asa kerana merasakan sukar untuk menguasai bidang
teknologi maklumat.
Penerimaan guru pelatih terhadap pengintegrasian teknologi dalam pendidikan
Matematik masih kurang memberansangkan. Mereka masih ragu-ragu terhadap
keberkesanan ICT dalam proses pengajaran. Mereka lebih cenderung mengekalkan
kaedah tradisional iaitu merujuk kepada buku teks serta penggunaan papan tulis untuk
digunakan didalam bilik darjah kerana mereka berpendapat kaedah tersebut telah
menghasilkan P&P yang berkesan.
Bukan itu sahaja, penggunaan teknologi mendatangkan beberapa masalah yang
boleh mengakibatkan kekangan pengintegrasian teknologi dalam pengajaran.
Kekurangan prasarana seperti kemudahan makmal komputer, peralatan berkaitan
dengan penggunaan teknologi maklumat, serta bantuan teknikal kerap kali menjadi
8
punca ramai golongan pelatih UTM memilih untuk tidak menggunakan teknologi
sebaliknya memilih untuk menggunakan kaedah tradisional.
Tambahan pula, faktor kekangan masa menjadi aspek penting yang perlu
dipertimbangkan oleh para guru sebelum mengendalikan kelas berteraskan ICT. Faktor-
faktor seperti jarak kelas dengan makmal komputer, masa yang diambil oleh para pelajar
untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain serta masa yang diambil untuk
memastikan komputer berada dalam keadaan yang sedia untuk proses pembelajaran
terpaksa diambil kira sebelum para guru memilih teknik pengajaran yang sesuai.
Justeru itu, fokus kajian adalah mengenal pasti sejauhmana para pelatih UTM
mengaplikasikan penggunaan ICT di sekolah. Adakah penggunaan ICT dapat membantu
para guru pelatih dan pelajar dalam proses pengajaran serta masalah-masalah yang
terpaksa dihadapi dalam usaha guru pelatih UTM mengintegrasikan ICT dalam
pengajaran ketika latihan mengajar.
1.4 Objektif Kajian :
Kajian yang dijalankan dapat membantu para guru pelatih dalam meningkatkan
lagi mutu pengajaran di sekolah. Selain itu juga, melalui kajian ini juga, diharap dapat
memberi gambaran sebenar kepada bakal guru pelatih UTM kepada realiti
pengintegrasian ICT dalam proses pengajaran. Antara objektif kajian adalah:
1.3.1 Mengkaji tahap penggunaan ICT dalam pengajaran Matematik bagi
pelatih UTM ketika latihan mengajar.
1.3.2 Mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh guru pelatih UTM dalam
mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran Matematik.
9
Umumnya penyelidikan ini akan membantu untuk mengetahui tahap
penggunaan ICT di kalangan guru pelatih UTM dalam proses pengajaran Matematik. Di
samping itu juga, melalui penyelidikan ini, dapat mengenalpasti kelebihan dan
kelemahan serta mengenalpasti masalah-masalah yang perlu dihadapi oleh guru dalam
pengaplikasian ICT dalam P&P.
1.5 Persoalan Kajian:
Berdasarkan objektif, diharapkan kajian ini dapat menjawab beberapa
persoalan. Antaranya:
i. Adakah guru pelatih UTM mengintegrasikan pengetahuan terhadap ICT kepada
proses pengajaran di sekolah sewaktu latihan mengajar?
ii. Apakah masalah yang dihadapi oleh guru pelatih UTM apabila menggunakan
ICT dalam proses pengajaran.
Persoalan kajian ini bertujuan untuk memberi gambaran terhadap objektif kajian
seterusnya menjawab persoalan adakah matlamat kajian telah dicapai.
1.6 Kepentingan Kajian :
Antara kepentingan kajian ini adalah:
i. Mendedahkan keperluan guru kepada pihak berkenaan serta pelajar bagi
memastikan proses P&P berkesan melalui penggunaan ICT seterusnya
meningkatkan pencapaian akademik para pelajar.
ii. Mengenalpasti tahap kesediaan guru pelatih UTM dan tahap penerimaan guru
serta pelajar terhadap penggunaan ICT.
10
iii. Membolehkan pihak yang berkenaan membangunkan perisian yang berkesan
serta bersesuaian dengan suasana pembelajaran.
1.7 Definisi Istilah
1.7.1 Pengajaran
Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama
oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara
sistematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar
yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya
mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan
menguasai kemahiran yang diperlukan (Sarina, 2009)
1.7.2 Pembelajaran
Umumnya “Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu
pengetahuan atau kemahiran”. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The
Condition of Learning, pembelajaran merupakan “perubahan tingkahlaku atau
kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang
disebabkan proses pertumbuhan”.
Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers,
pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang
dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup
menghasilkan tindak balas yang baru.
11
1.7.3 Teknologi Maklumat
Menurut Wikipedia, Teknologi Maklumat (Information Technology) atau
IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication
Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan
data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek dalam
pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan
komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses,
memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan
waktu.
1.8 Kesimpulan
Kajian ini dijalankan bagi mengkaji tahap penggunaan ICT oleh guru pelatih
UTM ketika latihan mengajar dan mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh
guru pelatih dalam usaha mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran. Kajian yang
dijalankan berusaha mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh guru pelatih agar
langkah mengatasi dapat diambil bagi meningkatkan penggunaan teknologi dalam
pengajaran.
Dalam bab ini, penerangan tentang pendahuluan kajian yang mengandungi
pelbagai aspek termasuk latar belakang masalah, pernyataan masalah, objektif kajian,
persoalan kajian, kepentingan kajian dan definisi istilah. Semua aspek ini menerangkan
dengan jelas tentang kajian yang akan dijalankan bagi memenuhi keperluan kajian.
Berdasarkan kepentingan kajian ini, dapat dilihat bahawa pentingnya kajian ini
dijalankan. Hasil yang diperolehi daripada kajian ini diharap dapat membantu
mengenalpasti keperluan guru dalam mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran.
Dengan mengenalpasti masalah yang wujud, pihak yang bertanggungjawab perlulah
mengambil langkah mengatasi untuk meningkatkan lagi tahap penggunaan teknologi
dalam P&P.
12
Dalam bab yang berikutnya, pengkaji akan menjalankan sorotan kajian yang
merupakan sokongan kepada permasalahan kajian yang dijalankan dan tujuan kajian
terdahulu yang berkaitan serta kekangan dan masalah kajian yang berkaitan dengan
kajian ini.