pendekatan pengajaran-pembelajaran matematik
DESCRIPTION
Pendekatan Pengajaran-Pembelajaran MatematikTRANSCRIPT
PENDEKATAN PENGAJARAN-PEMBELAJARAN MATEMATIK
KAEDAH INDUKSI
• Digunakan untuk mendapat rumusan, fakta atau ciri am daripada kajian ke atas beberapa contoh matematik yang khusus.
• Murid perlu mengkaji contoh-contoh matematik, membuat perbandingan dan penganalisaan sehingga mendapat rumusan.
PROSES PEMBELAJARAN MELALUI KAEDAH INDUKSI
Membuat rumusan
Mendapat fakta matematik
Mendapat konsep matematik
Mendapat hukum matematik
Contoh–contoh matematik
khusus yang mengandungi rumusan yang
sama
Mengkaji, membanding
dan menganalisa contoh-contoh
untuk membuat generalisasi
KAEDAH DEDUKSI
• Menggunakan rumus, hukum atau teorem matematik yang telah dipelajari untuk mendapat rumusan atau generalisasi matematik yang baru.
• Dengan kaedah ini, murid dapat memperolehi pengalaman yang luas dan pengetahuan matematik yang cukup untuk mendapatkan rumus, hukum atau teorem matematik baru.
PROSES PEMBELAJARAN MELALUI KAEDAH DEDUKSI
Rumus, hukum atau teorem
matematik yang diketahui
Kaedah deduksi
Rumus, hukum atau teorem
matematik yang diperolehi
KAEDAH INKUIRI-PENEMUAN
Merangkumi semua aktiviti merancang, menyiasat, menganalisa dan menemui.
OBJEKTIF:I. Membantu murid menjawab perkara-perkara yang
mereka ingin tahuII. Memperluaskan pengetahuan pelajarIII. Menggalakkan pelajaran berfikiran kritis dan kreatif
PROSES PEMBELAJARAN MELALUI KAEDAH INKUIRI-PENEMUAN
Mengenalpasti masalah
Merancang strategi penyelesaian
Mengumpul maklumat
Mengkaji dan menganalisa maklumat yang dikumpulkan
Membuat rumusan
KAEDAH PERBINCANGAN
OBJEKTIF:
I. Mencabar pemikiran II. Meransang sikap dan kepercayaanIII. Membina kemahiran berinteraksiIV. Menggalakkan perkembangan mentalV. Melatih pelajar berfikir dengan teliti
Permulaan: guru akan mengemukakan perbincangan dan soalan-soalan yang berkaitan dengan sesuatu topik.
Perbincangan: • pelajar digalakkan memberi pandangan masing-
masing• Guru bertindak sebagai pemerhati, meransang
pelajar mengeluarkan pendapat dan membimbing pelajar membuat rumusan
Aspek yang perlu diberi tumpuan semasa perbincangan adalah: I. Kerelevanan perbincanganII. Ketepatan faktaIII. Kesesuaian dan idea-idea yang dikemukakanIV. Perjalanan dan suasana perbincangan
KAEDAH PENYOALANOBJEKTIF:
Menolong murid mengingat kembali dan memperkukuhkan konsep atau kemahiran yang telah dipelajari.
Membimbing murid menyertai secara aktif dalam aktivit pembelajaran.
Membimbing murid menggunakan daya pemikiran murid untuk menyelesaikan masalah.
Menimbulkan minat dan rasa ingin tahu murid. Menolong murid mengulangkaji pelajaran matematik.
TEKNIK PENYOALANGaris panduan yang dapat menolong guru matematik menguasai teknik penyoalan dengan cekap dan berkesan:
Gunakan bahasa matematik yang sesuai dengan taraf pencapaian murid.
Soalan harus dibentukkan secara ringkas, tepat, jelas dan hanya mengandungi satu konsep atau satu fakta sahaja.
Gunakan soalan yang dapat mendorongkan murid berfikir.
Gunakan soalan yang tepat mengikut objektif pengajaran.
CIRI-CIRI PENYOALAN
Ciri-ciri Penyoalan
Kekerapan
Taburan yang
saksama
Penggerak
Masa menunggu
Kekerapan • Merujuk kepada bilangan soalan yang dikemukakan oleh guru dalam proses P&P.
• Hasil kajian mendapati kekerapan penyoalan menggalakkan penglibatan ramai pelajar dan seterusnya meningkatkan pencapaian (Pratton & Hales,1986).
Taburan yang saksama
• Guru tidak boleh bersikap mengabaikan pelajar yang lemah dan hanya menyoal pelajar yang cerdas.
• Guru perlu elak daripada menyoal secara beramai-ramai.
• Guru tidak digalakkan memanggil nama pelajar sebelum menyoal kerana bimbang hanya pelajar yang namanya dipanggil sahaja yang akan berfikir.
Penggerak Guru menanyakan soalan atau memberi arahan untuk mendapat maklumat atau jawapan daripada pelajar yang telah gagal menjawab atau memberi jawapan yang kurang lengkap.
Masa menunggu
• Merupakan suasana yang senyap seketika menunggu jawapan.
• Masa menunggu jawapan adalah agak pendek iaitu kurang daripada satu saat.
Manfaat masa menunggu ialah:I. Pelajaran boleh berjalan dengan lancar dan
berfokus.II. Kualiti dan kuantiti jawapan pelajar juga
meningkat.III. Kegagalan untuk menjawab berkurangan kerana
pelajar yang mengambil bahagian untuk menjawab secara sukarela meningkat.
PERINGKAT-PERINGKAT PENYOALAN
Penilaian
Sintesis
Penganalisisan
Penggunaan
Kefahaman
Pengetahuan
Peringkat-peringkat penyoalan menurut Taksonomi Bloom
KATEGORI AKTIVITI PELAJAR CONTOH PERKATAAN
Pengetahuan Ingat FaktaTerminologiDefinisi KonsepPrinsip
Apakah…?Senaraikan…Namakan…Definisikan…Perihalkan…
Kefahaman Kefahaman tentang makna bahan
Terangkan…Ringkaskan…Beri contoh…Terjemahkan…Ramalkan…
Penggunaan Memilih konsep/kemahiran dan gunakan untuk menyelesaikan masalah
Selesaikan…Gunakan…Binakan…Kirakan…
KATEGORI AKTIVITI PELAJAR CONTOH PERKATAAN
Penganalisisan Membahagikan bahan kepada beberapa bahagian dan menerangkan perkaitannya
Bagaimanakah data-data tersebut digunakan?Kenapakah…?Bagaimana…berkait dengan…?Apa perbezaan…Antara… dan…
Sintesis Menghasilkan sesuatu yang tulen setelah membahagikan bahan-bahan kepada komponen tersebut
Bagaimana data-data tersebut menyokong…?Apakah yang boleh diramalkan hasil daripada data…
Penilaian Membuat keputusan berasaskan kriteria-kriteria sebelum pembuktian
Apakah keputusan yang anda boleh buat…?Bandingkan dan bezakan…Kriteria untuk…?
PENDEKATAN BERPUSATKAN GURU
• Guru mengawal keadaan dan berperanan sebagai ketua.
• Fokus pengajaran atau aktiviti dimonopoli oleh guru.
Contoh pengajaran berpusatkan guru
Bercerita
demontrasi
syarahan
Ciri-ciri
Komunikasi sehala
Murid pasif dan
mendengar sahaja
Kepimpinan bercorak
autokratik
Sifat-sifat sosial kurang
dipupuk
Guru berkuliah
Murid kurang berminat terhadap
penerangan guru
Guru mengarah dan
mengawal pembelajaran
PENDEKATAN BERPUSATKAN PELAJAR
• Pembelajaran secara aktif berpusatkan pelajar dan meningkatkan penglibatan pelajar.
• Pelajar mempunyai kebebasan untuk melakukan aktiviti bersama guru.
• Guru bertindak sebagai fasilitator dan bertanggungjwab terhadap pelajar.
• Pembelajaran menekankan kepada pembelajaran kendiri, arahan kendiri dan inkuiri-penemuan.
Ciri-ciri strategi
pemusatan pelajar
Komunikasi dua hala
Kepimpinan bercorak
demokratik
Murid aktif dalam aktiviti
pengajaran dan
pembelajaran
Menanam sifat sosial
yang positif seperti
bekerjasama, tolong-
menolong.
Menekankan pencapaian
objektif pembelajaran
murid
PENDEKATAN BERPUSATKAN MEDIA
• Guru menggunakan banyak bahan seperti buku, blok-blok binaan, bahan lukisan, peralatan saintifik, komputer, pusat sumber, pusat akses kendiri dan lain-lain dalam menjalankan pengajarannya.
• Penggunaan bahan semasa P & P harus berdasarkan kepada beberapa faktor seperti objektif pengajaran, keperluan pelajar, strategi pengajaran dan kebolehan pelajar.
• Kepelbagaian media / bahan yang digunakan semasa P & P dapat meningkatkan proses P & P serta meningkatkan pemikiran kritikal dan kemahiran mental.
Jenis-jenis sumber pengajaran dan pembelajaran ialah :
i) Slaid dan jalur filemii) Projektor lutsinar iii) Pita rakaman dan televisyeniv) Model-model tiga dimensi seperti glob dan
rangka manusiav) Modul terancang vi) Pakej pembelajaran dengan penggunaan komputer.
• Membolehkan kanak-kanak memahami kehidupan setelah berakhirnya pengajaran yang diberikan oleh guru.
• Mereka akan belajar apa saja yang terjadi di dalam kehidupan sebenar yang mempunyai kaitanya diantara satu sama lain dan tidak mempunyai keteransingan diri
PENDEKATAN BERSEPADU(HUMANISME)
Pendekatan Bersepadu Terdiri;a ) Intergrasi diantara komponenb ) Intergrasi kemahiran dan nilai positifc ) Intergrasi aktiviti didalam bilik darjah dan luar bilik darjahd ) Intergrasi penumpuan aktiviti terhadap guru dan juga kanak-kanake ) Intergrasi kepelbagaian kaedah dan teknik .
Jenis-jenis sumber pengajaran dan pembelajaran ialah :
i) Slaid dan jalur filemii) Projektor lutsinar iii) Pita rakaman dan televisyeniv) Model-model tiga dimensi seperti glob dan
rangka manusiav) Modul terancang vi) Pakej pembelajaran dengan penggunaan komputer.