bm nota dan latihan tahun 3
TRANSCRIPT
KATA TANYA
APA
- Untuk menanyakan benda, haiwan, atau tempat
1.Apakah benda di dalam kotak itu?
2.Apakah warna jalur gemilang?
3.Apakah makanan kegemaran awak?
MENGAPA
-Untuk menanyakan sebab
1.Mengapakah awak tidak hadir ke sekolah?
2.Mengapakah anak-anak itu didera?
3.Mengapakah Syafikah menangis?
BILA
-Digunakan untuk menanyakan masa
1.Bilakah projek tersebut akan siap?
2.Bilakah pameran seni khat di muziumitu akan berakhir?
3.Bilakah negara kita mencapai kemerdekaan?
SIAPA
-Untuk menanyakan manusia
1.Siapakah yang terlibat dalam konspirasi itu?
2.Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang pertama?
3.Siapakah nama ibu kamu?
BERAPA
-Menanyakan masa atau bilangan
1.Pukul berapakah pengantin lelaki akan sampai?
2.Berapakah jumlah pelajar di kelas Tahun Enam Bestari?
3.Berapakah harga sepasang kasut sukan itu?
BAGAIMANA
-Menanyakan keadaan atau cara
1.Bagaimanakah dia menjalani kehidupan tanpa tempat bergantung?
2.Bagaimanakah kemalangan itu berlaku?
3.Bagaimana pelangi terjadi?
MANA
- Menanyakan tempat atau arah
1.Di manakah lombong bijih timah mula-mula dibuka di Tanah Melayu?
2.Di manakah rumah Ahmad?
3.Di manakah Jalan Abdul Rahman?
BM Tahun 3 : Latihan Kata Tanya
Isi tempat kosong dengan kata tanya yang sesuai. (14%)
berapakah mengapakah apakah siapa bilakah bagaimanakah mana
1. ______________________ dua orang budak perempuan itu menangis di kantin ?
2. _______________________ jumlah gula-gula dalam botol itu ?
3. _______________________ Roxanne boleh terjatuh ke dalam longkang ?
4. Lagu itu ditujukan kepada _____________ ?
5. Jelapang padi banyak terdapat di negeri ________________ ?
6. Selepas mencuci sayur ini, _______________ langkah seterusnya ?
7. ___________________________ kamu akan memulangkan buku rujukan saya yang kamu pinjam ?
Jawapan : 1. Mengapakah, 2. Berapakah, 3. Bagaimanakah, 4. siapa, 5. mana, 6. apakah, 7. Bilakah
Latihan Kata Seru
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah.
1._________! Indahnya pemandangan di bukit ini !
A. OhB. AduhC. HeiD. Wah
2._________! Sakitnya perut saya!A. AduhB. AduhaiC. OhD. Wah
3._________, petahnya pelajar itu berbahasa Inggeris!A. AmboiB. AduhC. CisD. Nah
4._________, cantiknya bunga ini!A. OhB. WahC. HaiD. Aduhai
5._________, siapkan kerja ini sekarang juga!A. OhB. CisC. NahD. Wah
6._________, begini caranya membuat kek lapis.A. WahB. OhC. AmboiD. Ceh
7._________, engkau telah berjaya!A. NahB. SyabasC. AmboiD. Wah
8._________, perempuan yang tidak tahu malu!A. OhB. WahC. CisD. Hoi
9._________, siapa pula yang hendak tolong saya kali ini?A. AduhB. NahC. EhD. Aduhai
10._________, rupanya kamu berdua adiki-beradik!A. NahB. CisC. EhD. Syabas
BM Tahun 3 : Latihan Kata Adjektif
Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai. (16%)
kelabu kemas suam bersih mesra berani indah sayang
1. Rina suka berjoging di taman kerana keadaan di situ __________________ .
2. Sebagai anggota polis, kita hendaklah sentiasa _______________ ketika menjalankan tugas.
3. Pemandangan di kaki gunung itu sungguh _______________ terutamanya pada waktu senja.
4. Baju yang dipakai oleh ibu Cindy berwarna ________________ .
5. Kakak membantu ibu menyusun pinggan mangkuk di dapur supaya kelihatan ____________ .
6. Adik minum segelas air ________________ selepas makan.
7. Pelayan restoran itu melayan pelanggan dengan _____________ .
8. Ron sangat _____________ akan binatang peliharaannya.
Jawapan : 1. bersih, 2. berani, 3. indah, 4. kelabu, 5. kemas, 6. suam, 7. mesra, 8. sayang
BM Tahun 3 - Latihan Kata Hubung
Isi tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai. (14%)
kerana sementara sambil tetapi lalu agarsejak
1. Syakifi berdiri ________________ menjawab soalan yang diberikan oleh Cikgu Wong.
2. Ibu mencedok sambal _____________________ abang membungkus nasi lemak.
3. William mandi _______________ menyanyi di dalam bilik air.
4. Natasha suka makan ayam goring __________________ tidak suka makan sayur.
5. Lily sangat sedih _____________ kucing kesayangannya dilanggar oleh kereta.
6. Kita mestilah mejaga kebersihan ____________ kesihatan kita terjamin.
7. Encik Steven cacat penglihatan ______________ terlibat dalam kemalangan.
Jawapan : 1. lalu, 2. sementara, 3. sambil, 4. tetapi, 5. kerana, 6. agar, 7. sejak
BM Tahun 3 : Latihan Kata Bilangan
Gariskan kata bilangan yang sesuai. (16%)
1. ( Semua / Segala / Setengah ) murid di kelas itu sedang beratur di luar bilik darjah.
2. Emak memberi ( kedua / setiap / separuh ) kek itu kepada jiran kami.
3. Kakak mendapat tempat ( kedua-dua / dua / kedua ) dalam pertandingan itu.
4. ( Masing-masing / Pelbagai / Setengah ) jenis pakaian dijual di pasaraya itu.
5. Sudah (berbulan-bulan / berjam-jam / bertahun-tahun ) saya menunggu Jamie di perhentian bas ini.
6. (Setengah / Secucuk / Ribuan ) penonton menyaksikan perlawanan bola sepak itu.
7. Penumpang dinasihati supaya memakai tali pinggang ( setiap / masing-masing / beberapa ).
8. Dr. Deng hanya memberi cuti selama (pertama / setiap / satu ) hari kepada Anita.
Jawapan : 1. Semua, 2. separuh, 3. kedua, 4. Pelbagai, 5. berjam-jam, 6. Ribuan, 7. masing-masing, 8. satu
atihan Kata Adjektif - 1
Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai :
cerahdegil tangkas terketar-ketar terkebil-kebil
berdentum rending sukar deras berseri
1.) Adik berasa takut setiap kali guruh ____________________ and kilat sabung-menyabung.
2.) Budak itu sangat ______________________________, dia enggan mendegar teguran
ibunya.
3.) Anak-anak Makcik Sara akan bermain di padang bola apabila cuaca
____________________.
4.) Murid-murid suka berehat di bawah pepohon yang _____________________ di sekolah
itu.
5.) Mata guru _________________________________ apabila melihat muridnya memanjat
tingkap di dalam kelas.
6.) Apabila dimarahi oleh guru penasihat, Johan _________________________________ .
7.) Selepas hujan lebat, air di sungai itu mengalir ________________________ ke air terjun di
hadapannya.
8.) Muka Cikgu Jibson ________________________ apabila murid-muridnya mendapat
markah yang baik di dalam kelas.
9.) Chong Wei bermain badminton dengan _______________________ sekali, bukan senang
untuk memenanginya.
10.) Ramai murid berasa muram apabila melihat soalan peperiksaan yang _________________.
Latihan Kata Ganda - 1
Pilih kata ganda yang betul :
bantu-membantu kering-kontang orang-orang lintang-pukang
gelap-gelita anai-anai lauk-pauk huru-hara
rama-rama basah-kuyup
1.) Apabila musim kemarau datang, sawah padi menjadi ____________________________.
2.) Biliknya menjadi ________________________________ apabila bekalan elektrik terputus.
3.) Adik saya suka mengejar _____________________________ di taman bunga.
4.) Almarinya rosak dimakan oleh __________________________________.
5.) Jiran tetanggu seharusnya saling __________________________________ .
6.) Pak Ali meletak ______________________________ di tengah sawahnya untuk
menakutkan burung-burung.
7.) Emak masak ________________________ yang enak untuk saudara-mara yang datang dari
New Zealand.
8.) Keadaan di dalam kelas menjadi _______________________________ setiap kali guru
tidak ada di dalam kelas.
9.) Samy berlari _______________________________ apabila dikejar oleh anjing liar yang
garang.
10.) Malang tidak berbau, dia lupa membawa payung dan hujan turun lebat. Apa dayanya, dia
tidak dapat menjadi tempat untuk meneduh, bajunya _______________________ .
BM Tahun 3 : Latihan Simpulan Bahasa - 1
Isikan tempat kosong dengan simpulan bahasa berikut :
Ringan tulang mata pencarian titik peluh
nasi telah menjadi bubur malang tidak berbau besar hati
1. Aduhai, ___________________________________________________________, saya
terpijak seekor ular lalu digigit olehnya.
2. Emak Ali berasa _________________________________________ apabila melihat anaknya
rajin belajar and berkelakuan baik.
3. ________________________________________ nya sebagai seorang nelayan bukannya
senang. Bila cuaca hujan, kuranglah rezekinya.
4. Dia berasa gembira apabila mendapat wang hasil ______________________________ nya
menjual sayur-sayuran.
5. Saya sudah ditipu oleh penjahat itu. Apa dayaku, _________________________________
______________.
6. Pak Abu memang adalah seorang yang ___________________________________, pagi-
pagi lagi sudah pergi bekerja di lading getah untuk menyarai keluarganya.
BM Tahun 3 : Penjodoh Bilangan - 1
Tuliskan penjodoh bilangan untuk benda-benda di bawah :
Helai batang angkatan baris bentuk biji buah bilahekor
naskhah orang pucuk ulas utas rangkap patah kuntum
1. se____________________________ rambut
2. se ____________________________ risalah
3. se_____________________________ pantun
4. se_____________________________ perkataan
5. se_____________________________ tokong
6. se _____________________________ sungai
7. se _____________________________ kedai
8. se_____________________________ polis
9. se _____________________________ dawai
10. se _____________________________ mata kail
KATA NAMA AM DAN KATA NAMA KHAS
( A ) Kata Nama Am1. Kata nama am digunakan untuk merujuk manusia, haiwan,
tumbuhan,benda dan tempat.2. Contoh-contoh kata nama am mengikut kumpulan:
(B )Kata Nama Khas1. Kata nama khas digunakan untuk merujuk manusia, haiwan, tumbuhan,benda dan tempat.2. Kata nama khas ditulis dengan huruf besar pada awalan huruf dalam setiap perkataan.3. Contoh-contoh kata nama khas mengikut kumpulan:
Kumpulan Contoh Kata NamaManusia kakak, abang, nenekHaiwan itik, tikus, ayam
Tumbuhan mawar, timun, kacangBenda kerusi, pensel, bukuTempat kantin, sekolah, padang
PENJODOH BILANGAN
1. Penjodoh bilangan digunakan untuk membilang benda, orang, binatang dan tempat.
2. Penjodoh bilangan didahulukan dengan kata bilangan dan diikuti dengan kata nama.
3. Contoh penjodoh bilangan dan penggunaannya:
Kumpulan Contoh Penjodoh Bilanganmanusia orang, baris, gerombolan, angkatan,
pasukan, kumpulan dan sebagainyahaiwan ekor, kandang, kawan, kelompok dan
sebagainya.tumbuhan jambak, pohon, ikat, tongkol, cekak dan
sebagainyabenda batang, bentuk, berkas, bidang, biji,
bilah, ikat, ketul dan sebagainya
KATA ADJEKTIF
Kumpulan Contoh Kata NamaManusia Azura, Siew Mun, Inspektor ZainiHaiwan Sang Kancil, Si Tompok,
Sang BuayaBenda Bata, Nokia, SamsungTempat Restoran Siti, Hentian Pudu Raya
1. Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, binatang, tempat dan sebagainya.
2. Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat.3. Jenis-jenis kata adjektif seperti berikut:
Jenis Contoh Kata AdjektifSifat sihat sakit kuat,
cantik kurusBentuk bulat bujur
bengkok segi tigaWaktu lewat awal pagi
petang malamPerasaan benci gembira
sayang sedihJarak jauh hampir
nyaris sempitUkuran panjang pendek
tinggi luasWarna biru merah
hijau putihPancaindera wangi hanyir
kasar sejukCara pantas cepat
lambat lincah
KATA ARAH
1. Kata arah digunakan selepas kata sendi untuk menunjukkan arah sesuatu tempat. 2. Contoh-contoh kata arah adalah seperti berikut:
dalam
Di dalam bakul itu ada buah durian.
luarPensel itu berada di luar kotak pensel.
atasPasu bunga itu diletakkan di atas meja hiasan.
bawah
Ali sedang membaca buku cerita di bawah pokok.
sisiEmak berada di sisi adik yang demam.
sudutGambar pemandangan itu digantung di sudut ruang tamu.
antaraRumah saya terletak di antara sekolah dengan masjid.
hadapanKassim duduk di hadapan saya.
tepiTong sampah itu terletak di tepi pagar rumah
tengahNenek itu berdiri di tengah jalan raya.
Kata Hubung
Kata hubung digunakan untuk menggabungkan kata, frasa, klausa dan ayat.a. Menggabungkan kataContoh: Ali dan Chin pergi ke Kuantan.
b. Menggabungkan frasaContoh: Chun Hing menonton wayang dan membeli-belah di KLCC.
c. Menggabungkan klausaContoh: Setelah saya menyiapkan kerja ini, saya akan keluar bermain.
d. Menghubungkan ayatContoh: Nenek menanak nasi manakala ibu menyiang ikan.
Kata Hubung
Fungsi Ayat Contoh
1. dan Menunjukkan gabungan antara subjek, objek dan ayat.
Ali, Muthu dan Siva memancing ikan di sungai.
2. atau Menunjukkan pilihan Kamu hendak minum teh atau kopi?
3. kecuali Menunjukkan perbezaan tujuan atau perbuatan
Semua murid hadir ke sekolah kecuali Murni.
4. tetapi Menunjukkan perbandingan makna tujuan yang berlawanan
Siti pendiam tetapi adiknya peramah.
5. supaya Menyatakan tujuan Kita mesti rajin membaca buku supaya pandai.
6. jika Menunjukkan syarat Jika hari tidak hujan, kami akan pergi ke padang.
7. kerana Menunjukkan sebab Munir tidak datang ke sekolah kerana demam.
8. lalu Menunjukkan tindakan lanjutan
Adik masuk ke bilik lalu baring di atas katil.
9. sambil Menunjukkan perbuatan yang dilakukan serentak
Bapa makan sambil menonton televisyen.
10. walaupun Menunjukkan suasana atau peristiwa yang bertentangan.
Walaupun cuaca panas terik, bapa saya masih berkebun.
Latihan Kata HubungIsi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
1. Kamu hendak baju ini __________ baju itu?
2. __________ hari panas, Minah masih memakai baju sejuk.
3. Siew Lee ___________Fiona hendak pergi ke Seremban.
4. Chin Chin cantik ___________ malas.
5. Kedai runcit itu dibuka setiap hari, ___________ hari Ahad.
6. Adik menangis ___________ duit belanjanya telah hilang.
7. Gunalah payung ketika hujan ___________ kamu tidak basah.
8. Bapa masuk ke dalam rumah ___________ duduk di sofa.
9. Abang membasuh kereta _____________ menyanyi.
10. Perlawanan itu akan dibatalkan _____________ hujan lebat.
Latihan Kata KerjaIsi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
membaca mengecat melanggar meminjammenyalak merawat memandu menggoreng
1. Doktor sedang __________ pesakit di atas sofa.
walaupun lalu atau dan kerana tetapi jika supaya kecuali sambil
2. Nini duduk di atas buaian itu sambil __________ buku cerita.3. Puan Siti sedang __________ ikan di dapur.4. Mereka bergotong-royong ___________ bangunan sekolah yang buruk itu.5. Anjing itu ___________ apabila melihat orang yang tidak dikenali.6. Muri-murid ____________ buku dari perpustakaan.7. Kita tidak boleh ___________ peraturan-peraturan sekolah.8. Ayah ____________ keretanya ke pejabat setiap hari kecuali hari Ahad.
Kata Perintah
Kata perintah digunakan untuk meminta, mempersila, melarang dan mengarahkan seseorang untuk melakukan sesuatu.
Kata Perintah Penggunaannya/ Tujuan Ayat Contoh1. jangan / usah Untuk melarang seseorang
melakukan sesuatuJangan bermain di situ.Usah kamu hubungi aku lagi.
2. sila / jemput
Untuk mempersilakan atau menjemput seseorang
Silalah masuk ke dalam.Jemputlah minum, puan.
3. minta / tolong Untuk memohon permintaan atau pertolongan
Minta kamu beratur.Tolong tutup suis lampu itu.
Latihan Kata PerintahIsi tempat kosong dengan jawapan yang betul.
1. ______________ (Jangan, Sila) bermain di tepi sungai yang deras.2. ______________ (Minta, Jemput)lah datang ke rumah saya.
3. ______________ (Tolong, Usah) sapukan lantai bilik darjah.
4. ______________ (Jangan, Sila)lah masuk ke dalam.
5. ______________ (Minta, Jangan) semua penonton bertenang.
6. ______________ (Tolong, Jemput) ambilkan saya segelas air suam
7. ______________ (Usah, Jangan) kamu cari dompet itu lagi.
8. ______________ (Sila, Jemput) buka kasut sebelum masuk ke dalam bilk komputer.
9. ______________ (Tolong, Usah) perlahankan radio itu kerana abang sedang mengulang kaji pelajaran.
10. ______________ (Usah, Jangan)lah pukul anak kucing itu.
Kata Nama
Kata nama am ialah perkataan yang digunakan untuk menyebut nama benda, manusia, binatng, tempat, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain secara umum.Contoh:
Manusia guru, askar, ibuBenda buku, van, kertasBinatang kucing, anjing, ikanTempat sekolah, kedai, padangTumbuh-tumbuhan rumput, pokok, bunga
Huruf awal kata nama am mestilah ditulis dengan huruf kecil, kecuali pada permulaan ayat.Contoh:1. Guru sedang mengajar di dalam bilik darjah.2. Saya ke sekolah dengan menaiki bas.3. Haiwan kesayangan saya ialah seekor anjing.4. Kami bermain bola sepak di padang.5. Pokok mangga itu sedang berbuah lebat.
Kata nama khas ialah perkataan yang digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda, manusia, binatang, tempat, judul, bangunan dan lai-lain secara khas.Contoh:
Manusia Cikgu Aishah, Doktor Salim, Puan TanBenda Proton Waja, Parker, CitizenBinatang Si Hitam, Pak Belang, Sang RangkakTempat Putrajaya, Melaka, MalaysiaJudul Berita Harian, Dewan Pelajar, Kamus DewanBangunan SJK(C) Jabi, Hospital Segamat, Pasar Raya Nirwana
Huruf awal kata nama khas mestilah ditulis dengan huruf besar.
Contoh:1. Cikgu Aishah sedang mengajar di dalam bilik darjah.2. Bapa saya membeli sebuah kereta Proton Waja.3. Nama anjing peliharaan saya ialah Si Hitam.4. Mereka tinggal di Putrajaya.5. Setiap pagi, bapa membaca surat khabar Berita Harian.
6. Nenek saya dirawat di Hospital Segamat.
Latihan Kata Nama
Senaraikan kata nama am dan kata nama khas yang terdapat dalam ayat yang berikut.
Kata Nama Am Kata Nama Khas1. Bangunan KLCC sungguh
cantik.2. Rambut Ai Lin panjang
mengurai.3. Surat itu daripada Pak Ali.4. Murad sedang membaca
buku cerita.5. Lada hitam banyak ditanam
di Sarawak.6. Pelancong itu ke Pulau
Langkawi.7. Pen saya berjenama Pilot.8. Abang saya bekerja di Kuala
Lumpur.
Kata Tanya
Kata tanya ialah perkataan yang digunakan dalam ayat tanya untuk menanyakan sesuatu.Sekiranya kata tanya berada di awal ayat, partikel –kah hendaklah disertakan.Tanda tanya (?) ditulis pada akhir ayat tanya.
Kata Tanya Penggunaannya Ayat Contoh1. apa Untuk menanyakan benda
atau haiwanApakah tajuk lagu itu?
2. siapa Untuk menanyakan manusia Siapakah lelaki yang tinggi itu?
3. bila Untuk menanyakan masa Bilakah kamu sampai?
4. berapa Untuk menanyakan jumlah Berapakah harga baju ini?
5. bagaimana Untuk menanyakan cara atau keadaan
Bagaimanakah keadaan ibu kamu sekarang?
6. mengapa Untuk menanyakan sebab Mengapakah kamu menangis?
7. mana Untuk menanyakan tempat Di manakah kamu tinggal?
Latihan Kata TanyaPlih jawapan yang betul.
1. __________ kah kamu hendak pergi ke Pulau Langkawi?A. Mana C. BilaB. Siapa D. Berapa 2. __________ kah harga sehelai baju batik ini?A. Mana C. BilaB. Siapa D. Berapa 3. __________ kah punca kemalangan itu?A. Bila C. ManaB. Apa D. Berapa 4. Di __________ kah letaknya perpustakaan awam?A. Apa C. MengapaB. Siapa D. mana 5. __________ kah ibu kamu tidak datang ke rumah saya?A. Mengapa C. BilaB. Bagaimana D. Berapa 6. __________ kah yang tertinggal buku ini di atas meja?A. Mana C. BagaimanaB. Siapa D. Berapa 7. __________ kah kucing itu mengiau?A. Apa C. SiapaB. Mengapa D. Mana 8. __________ kah cara membuat kek coklat ini?A. Apa C. BilaB. Siapa D. Bagaimana
Latihan Kata SeruLengkapkan ayat dengan kata seru yang betul.
1. ____________ (Oh, Wah), malang sungguh nasib anak yatim itu!
2. ____________ (Syabas, Aduh), saktnya kepalaku!
3. ____________ (Amboi, Hai), jangan makan di situ!
4. ____________ (Aduhai, Syabas), kita telah berjaya!
5. ____________ (Wah, Hai), tingginya bangunan itu!
6. ____________ (Syabas, Aduhai), sedihnya rasa hati ini!
7. ____________ (Eh, Hai), dulu kawasan ini sangat kotor!
8. ____________ (Aduh, Amboi), merahnya pipi kamu!
Tanda Baca
Tanda baca digunakan untuk melengkapkan ayat. Tanda baca dalam ayat memberi isyarat kepada pembaca untuk membaca mengikut intonasi yang sesuai.
Tanda Baca Penggunaannya Ayat Contoh1. Tanda koma
(,) Mengasingkan kata yang
sama jenis dalam ayat Selepas kata seru Sebelum tanda pembuka
kata (“) atau penutup kata (”)
Emak membeli sayur, ikan dan daging di pasar.
Wah, tingginya bangunan itu! “Murid-murid, sila beratur di
padang,” kata cikgu.
2. Tanda noktah (.)
Diletak di akhir ayat Saya berumur 9 tahun.
3. Tanda tanya (?)
Diletak di akhir ayat tanya Ke manakah kamu pergi semalam?
4. Tanda seru (!) Diletak di akhir ayat seruan Aduh, sakitnya perut saya!5. Tanda petik
(“…”) Diletak pada awal dan akhir
ayat cakap ajuk “Saya suka makan aiskrim,”
kata Jenny.6. Huruf besar
(A…Z) Diguna pada huruf awal
perkataan pertama dalam setiap ayat.
Diguna pada huruf awal kata nama khas
Pak cik saya seorang polis.
Rashid tinggal di Taman Selayang.
Latihan Tanda Baca Salin ayat semula dengan meletakkan tanda baca yang betul.
1. samy lebih tinggi daripada ahmad ________________________________________________________
2. aduhai malang sungguh nasib zainal________________________________________________________
3. mengapakah cikgu fauziah tidak datang ke sekolah________________________________________________________
4. ibu membeli sayur ikan gula dan buah-buahan di pasar________________________________________________________
5. amboi cantiknya anak perempuan puan wong________________________________________________________
6. dia belajar di sekolah jenis kebangsaan (cina) yuk hwa
________________________________________________________
Kata Adjektif
Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama.Kata adjektif terbahagi kepada sembilan jenis.
Jenis Kata Adjektif Contoh Ayat Contoh1. Sifat / Keadaan rajin, bijak Budak yang rajin itu disukai oleh
semua orang.2. Warna merah, hijau Apabila lampu isyarat berwarna
merah, kita mestilah memberhentikan kenderaan.
3. Ukuran tinggi, berat Kumar ialah murid yang paling tinggi di dalam kelas itu.
4. Bentuk bulat, buncit Bola itu berbentuk bulat.5. Pancaindera enak, wangi Masakan ibu saya sungguh enak.6. Waktu lewat, singkat Zaki lewat tiba di sekolah hari ini.7. Cara deras, sering Air sungai itu mengalir dengan deras. 8. Perasaan gembira,
maluIbu berasa gembira menyambut kepulangan abang dari luar negara.
9. Jarak jauh, nyaris Lily tinggal jauh dari sekolah.
Latihan Kata AdjektifSuaikan kata adjektif dengan jenisnya yang betul.
1. pandai 2. kuning3. rendah4. segi empat5. harum6. lambat7. selalu8. sedih
a. warna b. pancainderac. sifatd. perasaane. caraf. bentukg. waktuh. ukuran