bm (doktor muda)

3
Peranan dan Tanggungjawab Doktor Muda Haikal ialah anggota Kelab Doktor Muda. Tujuan Haikal menyertai kelab ini adalah untuk penimbaan maklumat berkaitan dengan ilmu asas kesihatan. Oleh yang demikian, Haikal dapat membimbing dan membantu rakan sebaya dan keluarganya. Antara bantuan Haikal dan anggota Kelab Doktor Muda termasuklah membantu guru-guru semasa temasya sukan sekolah. Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah Haikal telah mengadakan Temasya Sukan Sekolah ke-12. Tugas Haikal dan rakan-rakannya adalah sebagai pembantu Puan Suraya binti Daud. Puan Suraya ialah guru penasihat Kelab Doktor Muda di sekolahnya. Tugas mereka adalah di bahagian pertolongan cemas yang membantu peserta yang pengsan ataupun cedera. Jika ada peserta yang pengsan, Haikal membaringkan pesakit dan meninggikan kaki pesakit. Tindakan seterusnya ialah dia akan melonggarkan pakaian pesakit. Rawatan ini adalah untuk keselesaan pesakit mendapat udara yang cukup. Sesungguhnya perkhidmatan yang diberikan oleh Kelab Doktor Muda amat membanggakan pihak sekolah. Isi tempat kosong dengan kata pemeri yang sesuai.

Upload: mark-wallace

Post on 09-Sep-2015

253 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

masyarakat

TRANSCRIPT

Peranan dan Tanggungjawab Doktor MudaHaikal ialah anggota Kelab Doktor Muda. Tujuan Haikal menyertai kelab ini adalah untuk penimbaan maklumat berkaitan dengan ilmu asas kesihatan. Oleh yang demikian, Haikal dapat membimbing dan membantu rakan sebaya dan keluarganya. Antara bantuan Haikal dan anggota Kelab Doktor Muda termasuklah membantu guru-guru semasa temasya sukan sekolah.Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah Haikal telah mengadakan Temasya Sukan Sekolah ke-12. Tugas Haikal dan rakan-rakannya adalah sebagai pembantu Puan Suraya binti Daud. Puan Suraya ialah guru penasihat Kelab Doktor Muda di sekolahnya. Tugas mereka adalah di bahagian pertolongan cemas yang membantu peserta yang pengsan ataupun cedera.Jika ada peserta yang pengsan, Haikal membaringkan pesakit dan meninggikan kaki pesakit. Tindakan seterusnya ialah dia akan melonggarkan pakaian pesakit. Rawatan ini adalah untuk keselesaan pesakit mendapat udara yang cukup.Sesungguhnya perkhidmatan yang diberikan oleh Kelab Doktor Muda amat membanggakan pihak sekolah.

Isi tempat kosong dengan kata pemeri yang sesuai.1. Nama guru penasihat Kelab Doktor Muda di sekolah saya ___________Encik Yahaya bin Ahmad.2. Murid yang cedera itu __________peserta daripada Rumah Biru.3. Bersukan __________baik untuk kesihatan.4. Jangka suhu ini ____________untuk kegunaan menyukat suhu badan seseorang.5. Barang-barang yang terdapat di dalam peti kecemasan _____________ gunting, kapas, plaster dan juga ubat.6. Harga peti kecemasan yang dijual di kedai ubat itu___________mahal sekali.7. Juara Kuiz Doktor Muda semalam _____________ Norlia binti Husin.8. Sumbangan Kelab Doktor Muda _____________penting untuk keselamatan murid ketika mengadakan aktiviti sukan.

Betulkan kata pemeri dalam ayat-ayat berikut jika terdapat kesalahan.1. Sepak takraw adalah sukan yang elok dipertandingkan.________________________________________________________________2. Majalah ini ialah untuk kaum wanita sahaja.________________________________________________________________3. Kerja pembaikan lif dijangka siap adalah pada minggu hadapan.________________________________________________________________________________________________________________________________4. Bertanggungjawab adalah sifat terpuji.________________________________________________________________5. Sapu tangan itu ialah pemberian abang saya.________________________________________________________________6. Epok-epok adalah sejenis kuih tradisional.________________________________________________________________7. Harga barangan yang dijual di pasar raya itu adalah berpatutan.________________________________________________________________________________________________________________________________8. Wang peruntukan itu ialah untuk semua murid.________________________________________________________________9. Surat yang sampai tadi adalah daripada peguam. ________________________________________________________________10. Kempen Jantung Sihat adalah anjuran bersama Persatuan Jantung Malaysia dengan Soy Rich.________________________________________________________________________________________________________________________________