rasional logo kelab doktor muda
TRANSCRIPT
RASIONAL LOGO KELAB DOKTOR MUDA
Simbol bulan sabit yang melindungi figura & mata pena membawa maksud pentingnya pendedahan aspek kesihatan kepada kumpulan sasar.
Dua figura berwarna biru & merah merujuk kepada kumpulan sasar program iaitu murid-murid sekolah rendah yang ceria, cerdas, sihat, berketrampilan, cemerlang akademik & berinovatif. Mereka adalah agen perubahan ke arah amalan cara hidup sihat.
Mata pena emas pula merujuk kepada pentingnya ilmu pengetahuan kepada kumpulan sasar. Setiap murid perlu berilmu untuk memastikan kejayaan dalam kehidupan & sebagai pewaris negara yang sihat, cemerlang, gemilang, dan terbilang.
IKRAR DOKTOR MUDA
Kami Doktor Muda berikrar
Bahawasanya kami akan sentiasa
Melaksanakan peranan dengan efektif
Berdisiplin dan berakhlak mulia
Berusaha menimba ilmu
Menjaga kesihatan diri
Membina hubungan secara positif
Menjauhkan diri dari sikap negatif
Menghormati insan lain dan
Mengamalkan prinsip rukunegara
LAGU DOKTOR MUDA
Kamilah Doktor MudaMemberi Khidmat Menabur Jasa
Bantu Rakan SemuaJaga Kesihatan Hidup Bermakna
Mari Rakan SemuaBerkongsi Ilmu Menjana MindaOtak Cergas Kesihatan Terjaga
Sejahtera Hidup Selamanya
Korus:Usah Buang Masa Lagi
Bersamalah Kita Berpadu UsahaKesihatan Diri Fokus Utama
Hubungan Mesra Hidup Ceria
Harga Diri TerpeliharaMaju Bangsa Maju Negara
Jangan Leka, Berubah SegeraCergas Ke Arah Jaya
(Ulang korus)Baris akhir:
Diri Cemerlang Hidup Sempurna
Lirik & Melodi:Puan Noor Aini bt Hj. Zakaria
Guru KaunselingSMK Bukit Rangin
25150 KuantanPahang
KELAB DOKTOR MUDA
Kelab Doktor Muda merupakan salah satu aktiviti kokurikulum di
sekolah rendah. Ia merupakan sebuah program promosi kesihatan di
sekolah (school-based health promotion program) di bawah kelolaan
bersama Bahagian Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia
dan Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.
DOKTOR MUDA
Doktor Muda merupakan pelajar sekolah tahun 4, 5 dan 6 yang terpilih
dan terlatih sebagai ’Pembimbing Rakan Sebaya’, yang bertindak
sebagai pemangkin kepada perubahan pengetahuan, sikap dan amalan
kesihatan yang positif di kalangan pelajar sekolah.
Doktor Muda ini diberi latihan mengenai asas kesihatan bagi
menyediakan mereka menjadi pendidik kepada rakan sebaya. Mereka
bertindak sebagai role model, promoter dan motivator kesihatan kepada
rakan-rakan di sekolah.
Oleh kerana itu, pemilihan calon yang sesuai sebagai doktor muda amat
penting. Lazimnya, pelajar yang, berminat, sihat, kemas, berpersonaliti
menarik, memiliki sifat kepimpinan, bertanggung jawab, berpengaruh,
suka menolong dan cemerlang dalam akademik menjadi kriteria dalam
pemilihan Doktor Muda.
SEJARAH
Program Doktor Muda mula dilaksanakan pada tahun 1989 di Sekolah
Kebangsaan Sri Biram, Pekan, Pahang. Bermula dari sini, program ini
telah berkembang dari tahun ke tahun dengan bertambahnya bilangan
sekolah yang melaksanakannya.
Program ini kemudiannya bertapak di negeri Kelantan apabila Sekolah
Kebangsaan Tanah Merah 1 mula melaksanakannya pada tahun 1991.
Pada tahun 2000. Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian
Kesihatan Malaysia telah menjadikan Program Doktor Muda ini sebagai
salah satu program promosi kesihatan yang diterajui di peringkat
kebangsaan. Perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan program ini ke
seluruh negara dilaksanakan secara bersama dengan Bahagian Sekolah,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pada Mei 2006, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjadikan
program Doktor Muda sebagai salah satu aktiviti kokurikulum di
sekolah rendah dan dikenali sebagai Kelab Doktor Muda.
PENGASAS
Pelaksanaan Program Doktor Muda sebagai aktiviti promosi kesihatan di
peringkat sekolah rendah merupakan hasil cetusan idea Tuan Haji Abdul
Jabar bin Ahmad, Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pada tahun 1989, semasa menjawat jawatan Pegawai Pendidikan
Kesihatan (Penyelidikan dan Pembangunan) di Jabatan Kesihatan Negeri
Pahang, beliau telah memperkenalkan Program Doktor Muda di Sekolah
Kebangsaan Seri Biram, Pekan, Pahang.
Program ini terus diperkembangkan ke sekolah-sekolah rendah seluruh
negeri Kelantan apabila beliau ditukarkan ke Jabatan Kesihatan Negeri
Kelantan untuk menjawat jawatan Pegawai Pendidikan Kesihatan
(Perkhidmatan) pada tahun 1989 hingga 1994.
Program Doktor Muda ternyata membawa banyak manfaat kepada
murid dan sekolah. Justeru program ini dari tahun ke tahun telah
berkembang ke seluruh negara. Pada Mei 2006, Kementerian Pelajaran
Malaysia telah menerima program ini sebagai aktiviti kokurikulum di
sekolah rendah dan dikenali sebagai Kelab Doktor Muda.
Berpegang kepada prinsip bahawa ‘membentuk tabiat kesihatan yang
baik di peringkat kanak-kanak adalah lebih mudah daripada menukar
tabiat kesihatan yang buruk di peringkat dewasa’, Tuan Haji Abdul Jabar
sentiasa menyumbangkan idea bagi memastikan program ini terus
berjaya dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah.
Atas jasa dan komitmen terhadap program Doktor Muda, Tuan Haji
Abdul Jabar bin Ahmad telah dikurniakan Anugerah Tokoh Penggerak
Doktor Muda pada Konvensyen Doktor Muda Peringkat Kebangsaan
Kali Kedua tahun 2006.
OBJEKTIF
1. Untuk membentuk tabiat kesihatan di kalangan murid sekolah rendah dengan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan mereka agar mereka dapat :
Mengamalkan cara hidup sihat Menjadi pembimbing dan pendorong kepada rakan sebaya dan
anggota keluarga ke arah mengamalkan cara hidup sihat. Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam
menjalankan aktiviti kesihatan di sekolah.
2. Menggalakkan ibu bapa atau penjaga supaya memberi perhatian wajar kepada kesihatan anak-anak.
3. Memperkukuhkan penglibatan guru serta warga sekolah lain dalam usaha meningkatkan kesihatan pelajar.
4. Mempertingkatkan kerjasama antara Jabatan Kesihatan dengan Jabatan Pendidikan dalam menggalakkan amalan kesihatan yang baik di kalangan murid sekolah rendah.
AKTIVITI DOKTOR MUDA
Menyampaikan maklumat kesihatan kepada rakan sebaya. Membimbing ke arah cara hidup sihat. Membantu mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, sihat
dan selamat. Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam aktiviti
perkhidmatan kesihatan sekolah. Pemberitahuan kejadian penyakit / masalah kesihatan. Merawat kecederaan ringan. Mencatat aktiviti yang dijalankan ke dalam buku laporan
FAEDAH PELAKSANAAN KELAB DOKTOR MUDA Antara faedah yang boleh diperolehi dalam melaksanakan Kelab Doktor Muda adalah:
Tabiat kesihatan dapat dipupuk di kalangan murid di peringkat sekolah rendah.
Murid sekolah mendapat pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan.
Murid belajar menghargai kesihatan. Doktor Muda memperolehi dan mengamalkan kemahiran
berkomunikasi. Memupuk sifat kepimpinan dan keyakinan di kalangan doktor
muda.
Doktor muda mendapat pengalaman membantu pasukan kesihatan sekolah.
Kesihatan asas murid – kebersihan diri & penyakit kulit dipantau. Mencegah berlakunya keracunan makanan, penyakit berjangkit. Murid akan bentuk sikap positif terhadap anggota kesihatan dan
perkhidmatan kesihatan. Sekolah bersih Sekolah bebas Aedes Imej sekolah meningkat