bersama :ybhg. dato' ketua pengarah laut - marine.gov.my · ringkasan majlis : isi mandat ybhg...

6
PERHIMPUNAN BULANAN IBU PEJABAT LAUT MALAYSIA BULAN MAC 2018 Bersama :YBhg. Dato' Ketua Pengarah Laut Tarikh: : 05/03/2018 (Isnin) Bertempat : Auditorium Ibu Pejabat Laut Ringkasan Majlis : Isi mandat YBhg. Dato Hj Baharin Bin Dato’ Abdul Hamid AMANAT YBHG. DATO’ KETUA PENGARAH LAUT DI MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN, IBU PEJABAT LAUT UNTUK BULAN FEBRUARI 2018 YANG TELAH DIADAKAN PADA 05 MAC 2018 (ISNIN) 1. YBhg. Dato’ Ketua Pengarah memaklumkan bahawa beberapa program telah diadakan pada bulan Februari dan awal bulan Mac 2018. Beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada bahagian/warga JLM yang telah bertungkus untuk menjayakannya. Program-program yang dimaksudkan adalah seperti berikut:- (i) Majlis Penyerahan Tanda Arah Suar Kuala Sungai Sekinchan di Pantai Redang Sekinchan pada 22 Februari 2018. Tanda Arah Suar itu dibina bagi kemudahan para nelayan dan majlis penyerahan itu disempurnakan oleh YB. Menteri Pengangkutan Malaysia. (ii) Perasmian Program Electro Technical Officer (ETO) pada 23 Februari 2018 di atas kapal MV Polaris, Jeti ILPL, Pulau Indah. Program itu adalah anjuran bersama antara JLM, Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPH) dan Technology Depository Agency (TDA). Objektif program adalah untuk melatih seramai 100 orang anak tempatan mendapat perakuan ETO bagi membolehkan mereka berkhidmat di atas kapal dagang. (iii) Kelab Sukan dan Kebajikan Ibu Pejabat Laut (KSKIPL) telah menganjurkan Acara Bowling bagi merebut Piala YDP KSKIPL di Sunway Mega Lanes pada 3 Mac 2018. Seramai 60 orang telah mengambil bahagian dalam acara tersebut dan acara seperti ini wajar diteruskan kerana ia dapat merapatkan hubungan silaturrahim sesama warga.

Upload: dinhminh

Post on 28-May-2019

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bersama :YBhg. Dato' Ketua Pengarah Laut - marine.gov.my · Ringkasan Majlis : Isi mandat YBhg ... bagi kemudahan para nelayan dan majlis penyerahan itu disempurnakan ... 2018 di

PERHIMPUNAN BULANAN IBU PEJABAT LAUT MALAYSIA BULAN MAC 2018

Bersama :YBhg. Dato' Ketua Pengarah Laut

Tarikh: : 05/03/2018 (Isnin)

Bertempat : Auditorium Ibu Pejabat Laut

Ringkasan Majlis : Isi mandat YBhg. Dato Hj Baharin Bin Dato’ Abdul Hamid

AMANAT YBHG. DATO’ KETUA PENGARAH LAUT DI MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN, IBU PEJABAT LAUT UNTUK BULAN FEBRUARI 2018 YANG TELAH DIADAKAN PADA 05 MAC 2018 (ISNIN)

1. YBhg. Dato’ Ketua Pengarah memaklumkan bahawa beberapa program telah diadakan pada bulan Februari dan awal bulan Mac 2018. Beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada bahagian/warga JLM yang telah bertungkus untuk menjayakannya. Program-program yang dimaksudkan adalah seperti berikut:-

(i) Majlis Penyerahan Tanda Arah Suar Kuala Sungai Sekinchan di Pantai Redang Sekinchan pada 22 Februari 2018. Tanda Arah Suar itu dibina bagi kemudahan para nelayan dan majlis penyerahan itu disempurnakan oleh YB. Menteri Pengangkutan Malaysia.

(ii) Perasmian Program Electro Technical Officer (ETO) pada 23 Februari 2018 di atas kapal MV Polaris, Jeti ILPL, Pulau Indah. Program itu adalah anjuran bersama antara JLM, Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (YPPH) dan Technology Depository Agency (TDA). Objektif program adalah untuk melatih seramai 100 orang anak tempatan mendapat perakuan ETO bagi membolehkan mereka berkhidmat di atas kapal dagang.

(iii) Kelab Sukan dan Kebajikan Ibu Pejabat Laut (KSKIPL) telah menganjurkan Acara Bowling bagi merebut Piala YDP KSKIPL di Sunway Mega Lanes pada 3 Mac 2018. Seramai 60 orang telah mengambil bahagian dalam acara tersebut dan acara seperti ini wajar diteruskan kerana ia dapat merapatkan hubungan silaturrahim sesama warga.

Page 2: Bersama :YBhg. Dato' Ketua Pengarah Laut - marine.gov.my · Ringkasan Majlis : Isi mandat YBhg ... bagi kemudahan para nelayan dan majlis penyerahan itu disempurnakan ... 2018 di

(iv) Kursus Aids To Navigation telah diadakan mulai 28 Februari 2018 dan ianya akan berjalan selama dua minggu. Kursus tersebut yang diadakan dengan kerjasama Kerajaan Jepun berlangsung di ILPL dan pesertanya adalah dari negara-negara ASEAN. Pada hari ini pula (5 Mac 2018) telah bermula kursus ATON Level 1 untuk para penyelia bantuan pelayaran.

2. YBhg. Dato’ Ketua Pengarah juga mengucapkan tahniah kepada semua warga JLM kerana telah berjaya mencapai KPI yang telah ditetapkan pada tahun 2017. Beliau menekankan bahawa YBhg. Datuk Seri KSU MOT telah bersetuju supaya KPI 2017 itu akan dibawa ke tahun 2018. Dengan yang demikian semua warga JLM hendaklah berusaha dengan gigih agar KPI yang ditetapkan untuk tahun 2018 dapat dicapai. KPI tahun 2017 yang akan dibawa ke tahun 2018 adalah seperti berikut :-

(i) Memastikan alat bantuan pelayaran berfungsi mengikut standard yang telah ditetapkan oleh IALA iaitu 99% untuk Rumah Api, 98% untuk Tanda Arah Suar dan 97% untuk Pelampung Pandu.

(ii) Inisiatif Teknologi Hijau dengan memastikan kadar maksima pelepasan karbon di perairan Malaysia untuk kapal-kapal domestik tidak melebihi 74,000 tan metrik.

(iii) Memastikan pengambilan baru kadet bumiputera di ALAM mencapai tahap 60% daripada keseluruhan pengambilan.

(iv) Program MyPTC di bawah program NBOS diteruskan dengan mensasarkan melatih 300 orang peserta.

(v) Tahap penggunaan Ship Clearance System ditetapkan pada 100%.

(vi) Sijil Pendaftaran Kapal yang telah lengkap akan diproses dalam tempoh dua (2) hari.

(vii) Meneruskan pencapaian cemerlang Seafarers Management Centre iaitu dengan mengendalikan 1,000 kursus e-COR, menguruskan 500 orang anak tempatan mendapat kerja di atas kapal dan mengendalikan 20 kali latihan untuk meningkatkan kemahiran anak-anak tempatan.

Page 3: Bersama :YBhg. Dato' Ketua Pengarah Laut - marine.gov.my · Ringkasan Majlis : Isi mandat YBhg ... bagi kemudahan para nelayan dan majlis penyerahan itu disempurnakan ... 2018 di

(viii) Memastikan KPI generik dicapai seperti pelaksanaan modul-modul HRMIS, penjimatan 1% bagi bil utiliti dan memproses bayaran dalam tempoh tujuh (7) hari.

3. Di peringkat MOT telah dimaklumkan bahawa Jabatan Penerbangan Awam telah dikorporatkan mulai 28 Februari 2018 dengan diberi nama Civil Aviation Authority Malaysia (CAAM). Pengkorporatan ini dilaksanakan bagi memenuhi keperluan semasa khususnya dari segi kepakaran teknikal dan tenaga pakar. Seiring dengan itu, JLM juga akan bergerak ke arah yang sama dan tarikh yang ditetapkan oleh MOT untuk pengkorporatan JLM ialah pada 1 Januari 2020. Kajian mengenai kebolehupayaan JLM untuk dikorporatkan sedang dibuat oleh pihak MIMA.

4. YBhg. Datuk Seri KSU MOT akan datang ke IPL pada 16 Mac 2018 (Jumaat) untuk Sesi Amanat dan Ramah Mesra. Sehubungan dengan itu semua warga IPL adalah diminta untuk melapangkan masa supaya hadir pada hari tersebut. Pengarah Wilayah bersama seorang wakil juga akan dijemput ke majlis tersebut.

 

Page 4: Bersama :YBhg. Dato' Ketua Pengarah Laut - marine.gov.my · Ringkasan Majlis : Isi mandat YBhg ... bagi kemudahan para nelayan dan majlis penyerahan itu disempurnakan ... 2018 di

 

IKRAR INTEGERITI 

 

 

 

Page 5: Bersama :YBhg. Dato' Ketua Pengarah Laut - marine.gov.my · Ringkasan Majlis : Isi mandat YBhg ... bagi kemudahan para nelayan dan majlis penyerahan itu disempurnakan ... 2018 di

 

YBHG. DATO’ HJ BAHARIN SEDANG BERUCAP 

Page 6: Bersama :YBhg. Dato' Ketua Pengarah Laut - marine.gov.my · Ringkasan Majlis : Isi mandat YBhg ... bagi kemudahan para nelayan dan majlis penyerahan itu disempurnakan ... 2018 di

 

EN FAKHRUL  ANWAR  BIN ABU HASSAN MENERIMA SIJIL KENAIKAN PANGKAT AL48