ucaptama ybhg. tan sri kppa di majlis penyerahan...

26
YBHG. TAN SRI A KETUA PENGA PENYERAHAN BILAN “PANDUAN PENG DALAM P 28 OKT PUSAT KON UCAPTAMA ABU BAKAR BIN HAJI ABDU ARAH PERKHIDMATAN AWA DI MAJLIS PEKELILING PERKHIDMAT NGAN 9 TAHUN 2011: GGUNAAN BAHASA KEBANG PERKHIDMATAN AWAM” TOBER 2011 (JUMAAT) DEWAN 10 NVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA ULLAH AM TAN GSAAN A

Upload: vuphuc

Post on 02-Feb-2018

228 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ucaptama YBhg. Tan Sri KPPA Di Majlis Penyerahan …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Teks_KPPA_28102011.pdf · Bahasa Kebangsaan ini bukannya bersifat perkauman. ... prejudis

YBHG. TAN SRI ABU BAKAR KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM

PENYERAHAN BILANGAN 9 TAHUN

“PANDUAN PENGGUNAAN BAHASA KEBANGSAANDALAM PERKHIDMATAN AWAM”

28 OKTOBER 2011

PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA

UCAPTAMA YBHG. TAN SRI ABU BAKAR BIN HAJI ABDULLAH

KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM

DI MAJLIS PENYERAHAN PEKELILING PERKHIDMATAN

BILANGAN 9 TAHUN 2011: AN PENGGUNAAN BAHASA KEBANGSAANDALAM PERKHIDMATAN AWAM”

28 OKTOBER 2011 (JUMAAT) DEWAN 10

PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA

ABDULLAH KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM

PEKELILING PERKHIDMATAN

AN PENGGUNAAN BAHASA KEBANGSAAN

PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA

Page 2: Ucaptama YBhg. Tan Sri KPPA Di Majlis Penyerahan …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Teks_KPPA_28102011.pdf · Bahasa Kebangsaan ini bukannya bersifat perkauman. ... prejudis

2

Bismillah hirrahman nirrahim Assalamualaikum warah matullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan Saudara dan saudari Pengacara Majlis. i. YANG BERBAHAGIA DATO' HAJI TERMUZI BIN

HAJI ABDUL AZIZ, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.

ii. YANG BERBAHAGIA PROFESOR DR AWANG

SARIYAN Mantan Penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia-China Kementerian Pengajian Tinggi / Beijing Foreign Studies University merangkap Penasihat Persatuan Linguistik Malaysia

Page 3: Ucaptama YBhg. Tan Sri KPPA Di Majlis Penyerahan …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Teks_KPPA_28102011.pdf · Bahasa Kebangsaan ini bukannya bersifat perkauman. ... prejudis

3

iii. YANG BERBAHAGIA KETUA-KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN

iv. YANG BERBAHAGIA KETUA-KETUA PENGARAH

AGENSI PUSAT v. YANG BERHORMAT SETIAUSAHA-SETIAUSAHA

KERAJAAN NEGERI vi. KETUA-KETUA JABATAN

vii. DIF-DIF KEHORMAT

viii. YBhg. Tan Sri-Tan Sri, Dato’-Dato’, tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

Page 4: Ucaptama YBhg. Tan Sri KPPA Di Majlis Penyerahan …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Teks_KPPA_28102011.pdf · Bahasa Kebangsaan ini bukannya bersifat perkauman. ... prejudis

4

1. Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana

dengan limpah kurnia dan izin Nya jua, kita

dipertemukan dalam majlis yang cukup bermakna ini

iaitu Majlis Penyerahan Pekeliling Perkhidmatan

“Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam

Perkhidmatan Awam”. Sesungguhnya majlis pada hari

ini yang merupakan salah satu daripada komitmen kita

sempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan pada

tahun ini.

2. Terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan terima

kasih kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

yang telah bersama-sama menjayakan acara ini.

3. Pada kesempatan ini juga saya ingin mengalu-

alukan kehadiran semua Ketua Setiausaha Kementerian,

Ketua Perkhidmatan, Ketua Pengarah Jabatan dan

Setiausaha Kerajaan Negeri yang sudi bersama-sama

kita pada pagi ini. Sesungguhnya kehadiran tuan-tuan

dan puan-puan ini merupakan cerminan komitmen yang

tinggi oleh semua pihak terhadap pemerkasaan Bahasa

Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam.

Page 5: Ucaptama YBhg. Tan Sri KPPA Di Majlis Penyerahan …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Teks_KPPA_28102011.pdf · Bahasa Kebangsaan ini bukannya bersifat perkauman. ... prejudis

5

BAHASA MELAYU, SEJARAH NAN AGUNG

Tuan-tuan dan puan-puan,

4. Saya berhasrat untuk memulakan ucapan saya

pada hari ini dengan membawa kotak ingatan kita

menelusuri lipatan sejarah perkembangan bahasa

kebangsaan yang kita junjung bersama ini. Sejak zaman

kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka, atau lebih

lama lagi, penduduk di Semenanjung Emas ini telah

menggunakan bahasa Melayu sebagai wadah

komunikasi yang utama. Bahasa Melayu bukan sahaja

menjadi bahasa pertuturan, malah menjadi bahasa nilai

tinggi yang terangkum di dalamnya nilai ekonomi dan

nilai ilmu, lantas menjulang statusnya menjadi Lingua

Franca.

Page 6: Ucaptama YBhg. Tan Sri KPPA Di Majlis Penyerahan …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Teks_KPPA_28102011.pdf · Bahasa Kebangsaan ini bukannya bersifat perkauman. ... prejudis

6

BAHASA MELAYU, SEJARAH NAN AGUNG

5. Kedatangan pedagang-pedagang dari segenap

pelusuk dunia telah menyuntik nilai-nilai tersebut

lantaran asimilasi bahasa yang terjadi serta dinamika

bahasa Melayu itu sendiri beradaptasi dengan

perubahan masa. Kini, setelah lebih lima abad, bahasa

Melayu masih kekal dituturkan oleh lebih 300 juta orang

penutur di seantero dunia bersama-sama dengan lebih

6000 bahasa yang masih diguna pakai. Hal ini sekali gus

menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kelima

terbesar digunakan dari segi jumlah penuturnya.

6. Sejarah juga telah merakam dengan kemas bahawa

kepupusan sesuatu bahasa didorong oleh kejatuhan

bangsanya. Kejatuhan beberapa empayar agung seperti

Page 7: Ucaptama YBhg. Tan Sri KPPA Di Majlis Penyerahan …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Teks_KPPA_28102011.pdf · Bahasa Kebangsaan ini bukannya bersifat perkauman. ... prejudis

7

Roman dan Srivijaya telah menzahirkan kenyataan ini.

Namun masih ada juga yang kekal bertahan seperti

China dan Arab.

7. Ia membuktikan bahawa bahasa terbina bersama-

sama dengan penuturnya, agung dan mulia bersama

penuturnya, jatuh dan hina bersama penuturnya

serta berubah bersama dengan masyarakat yang

menuturkannya. Kita bernasib baik kerana bahasa

Melayu masih kekal bertahan meredah perubahan masa,

masih lagi tinggi melewati runtuhan budaya dan jati diri

yang kian tercemar.

Tuan-tuan dan puan-puan,

BAHASA MELAYU, SEJARAH NAN AGUNG

Portugis

Belanda

British

Jepun

MERDEKA

Page 8: Ucaptama YBhg. Tan Sri KPPA Di Majlis Penyerahan …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Teks_KPPA_28102011.pdf · Bahasa Kebangsaan ini bukannya bersifat perkauman. ... prejudis

8

8. Dari runtuhan kota Melaka di tangan bala tentera

Alfonso de Albuquerque membawa ke Belanda,

hinggalah ke British dan penundukan Jepun; Bahasa

Melayu tetap teguh menerobos citra bangsa yang masih

sayangkannya. Meski pun rantai penjajahan mengikat,

ia tetap diangkat dan didaulat. Penggunaannya masih

menjadi wahana rasmi, pemakaiannya masih menjadi

medium komunikasi.

9. Melewati batas kemerdekaan, usaha mendaulatkan

bahasa Melayu giat dilaksanakan. Tatkala Persekutuan

Tanah Melayu menggenggam ikatan kemerdekaan pada

1957, bapa-bapa kita telah meninggalkan kita dengan

kitab Perlembagaan Persekutuan dengan salah satu

fasalnya, tersepuh Perkara 152 mengenai Bahasa

Kebangsaan.

10. Kemudian, atas dasar kesedaran bahawa bukan

mudah merubah struktur yang ada, bapa-bapa kita

telah meletakkan batu tanda supaya Bahasa Melayu

yang telah diangkat sebagai Bahasa Kebangsaan

tersebut, dijadikan bahasa utama dalam urusan

pentadbiran kerajaan serta pendidikan negara bagi

menggantikan bahasa Inggeris hanya setelah satu

Page 9: Ucaptama YBhg. Tan Sri KPPA Di Majlis Penyerahan …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Teks_KPPA_28102011.pdf · Bahasa Kebangsaan ini bukannya bersifat perkauman. ... prejudis

9

dasawarsa kemudiannya. Molek perancangannya namun

berliku untuk meletakkannya di mercu persada.

BAHASA MELAYU, SEJARAH NAN AGUNG

11. Pun begitu, langkah mendaya pembangunan bahasa

Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan diteruskan dengan:

a. Penggubalan Akta Dewan Bahasa dan

Pustaka 1959 (Pindaan dan Perluasan 1995);

dan

b. Penggubalan Akta Bahasa Kebangsaan

1963/67.

Page 10: Ucaptama YBhg. Tan Sri KPPA Di Majlis Penyerahan …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Teks_KPPA_28102011.pdf · Bahasa Kebangsaan ini bukannya bersifat perkauman. ... prejudis

10

12. Penggubalan akta-akta ini telah mendorong

Kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif memartabat

bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan secara

serius seperti:

BAHASA MELAYU, SEJARAH NAN AGUNG

JABATAN PERKHIDMATAN

AWAM

MALAYAN

ESTABLISHMENT OFFICE

a. Penubuhan Jawatankuasa Istilah Kerajaan

yang bertanggungjawab mencipta dan

menterjemah nama-nama Jabatan Kerajaan

ke bahasa Melayu. Contohnya perubahan

nama Malayan Establishment Office kepada

Jabatan Perkhidmatan Awam yang dimeteri

pada 15 Ogos 1968;

Page 11: Ucaptama YBhg. Tan Sri KPPA Di Majlis Penyerahan …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Teks_KPPA_28102011.pdf · Bahasa Kebangsaan ini bukannya bersifat perkauman. ... prejudis

11

BAHASA MELAYU, SEJARAH NAN AGUNG

b. Pelancaran Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa

mulai 1960 serta pelancaran slogan “Bahasa

Jiwa Bangsa”;

BAHASA MELAYU, SEJARAH NAN AGUNG

Page 12: Ucaptama YBhg. Tan Sri KPPA Di Majlis Penyerahan …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Teks_KPPA_28102011.pdf · Bahasa Kebangsaan ini bukannya bersifat perkauman. ... prejudis

12

c. Penubuhan 24 buah Jawatankuasa khas

penciptaan istilah dalam 24 bidang yang

telah menghasilkan 560,836 istilah bahasa

Melayu; dan

BAHASA MELAYU, SEJARAH NAN AGUNG

d. Penerbitan Kamus Dewan pada 1970, yang

disusuli dengan penubuhan Jawatankuasa

Istilah Pusat melalui DBP.

13. Namun pada ketika itu, terdapat beberapa dokumen

utama perkhidmatan awam masih lagi menggunakan

bahasa Inggeris, termasuklah dokumen yang diterbitkan

seawal tahun 1940-an seperti:

Page 13: Ucaptama YBhg. Tan Sri KPPA Di Majlis Penyerahan …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Teks_KPPA_28102011.pdf · Bahasa Kebangsaan ini bukannya bersifat perkauman. ... prejudis

13

BAHASA MELAYU, SEJARAH NAN AGUNG

Laporan Suruhanjaya

Perkhidmatan Awam 1947

Laporan Suffian 1967

Laporan Harun 1973

a. Laporan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Malaya (1947);

b. Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Kajian

Semula Gaji dan Syarat-syarat Perkhidmatan

dalam Perkhidmatan Awam (1967) – dikenali

sebagai Laporan Suffian;

c. Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Saraan

dan Syarat Perkhidmatan di Badan-badan

Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan

(1973) – dikenali sebagai Laporan Harun;

Page 14: Ucaptama YBhg. Tan Sri KPPA Di Majlis Penyerahan …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Teks_KPPA_28102011.pdf · Bahasa Kebangsaan ini bukannya bersifat perkauman. ... prejudis

14

d. Laporan Jawatankuasa Kabinet Gaji 1976

bagi seluruh Perkhidmatan Awam – dikenali

sebagai Laporan JKK.

BAHASA MELAYU, SEJARAH NAN AGUNG

Laporan Jawatankuasa Khas Kabinet

Mengenai Gaji Sektor Awam

Oktober 1991

14. Akhirnya, iltizam memartabatkan Bahasa

Kebangsaan sepenuhnya diterjemah oleh Kerajaan

melalui penghasilan Laporan Jawatankuasa Khas

Kabinet Mengenai Gaji Sektor Awam Oktober 1991 –

yang memperkenalkan Sistem Saraan Baru (SSB).

GAGASAN PERDANA 1MALAYSIA

Tuan-tuan dan puan-puan,

Page 15: Ucaptama YBhg. Tan Sri KPPA Di Majlis Penyerahan …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Teks_KPPA_28102011.pdf · Bahasa Kebangsaan ini bukannya bersifat perkauman. ... prejudis

15

GAGASAN PERDANA 1MALAYSIA

15. Penggunaan Bahasa Kebangsaan sering kali juga

dikaitkan dengan budaya bangsa. Sejajar dengan itu,

gagasan 1Malaysia oleh YAB Perdana Menteri

merupakan satu tekad politik yang perlu kita dakap dan

raikan. Sebagai penjawat awam, gagasan ini membawa

makna yang cukup besar untuk memperkemas langkah

memartabatkan Bahasa Kebangsaan.

16. Penjawat awam secara keseluruhannya perlu

memainkan peranan bahawa agenda memperkasa

Bahasa Kebangsaan ini bukannya bersifat perkauman.

Atas semangat menjunjung Perlembagaan Persekutuan,

setiap warganegara berperanan memastikan prinsip-

Page 16: Ucaptama YBhg. Tan Sri KPPA Di Majlis Penyerahan …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Teks_KPPA_28102011.pdf · Bahasa Kebangsaan ini bukannya bersifat perkauman. ... prejudis

16

prinsip asas kemerdekaan terlaksana tanpa sebarang

prejudis.

17. Bahasa Kebangsaan juga perlu menjadi lambang

perpaduan, wadah penerimaan serta doktrin bersama

untuk merealisasikan azam ke mercu cita-cita negara.

18. Pun begitu, perjalanan membawanya ke mercu

perlu sentiasa subur di kalangan masyarakat meskipun

kecanggihan teknologi dan kepesatan pembangunan

melingkari setiap inci gerak nafas kita dewasa ini. Lebih

utama, struktur masyarakat yang digelar penjawat

awam perlu meletakkan usaha ini di atas pundak bahu

masing-masing dengan komitmen dan kesungguhan

yang tidak berbelah bahagi. Maka tidak syak lagi usaha-

usaha yang dirintis oleh kita memungkinkan matlamat

tersebut tercapai.

19. Menyedari hakikat bahawa sesuatu perlu

digerakkan, kerajaan sentiasa meletakkan usaha untuk

memastikan Bahasa Kebangsaan didaulatkan. Pelbagai

agenda, program dan aktiviti telah dirancang dan

dilaksanakan bagi memastikan kesedaran akan peri

pentingnya bahasa ini agar tidak bersifat bermusim.

Page 17: Ucaptama YBhg. Tan Sri KPPA Di Majlis Penyerahan …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Teks_KPPA_28102011.pdf · Bahasa Kebangsaan ini bukannya bersifat perkauman. ... prejudis

17

KOMITMEN KERAJAAN

20. Justeru, Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa

Kebangsaan (JPBK) telah ditubuhkan pada tahun 2010

dengan YAB Timbalan Perdana Menteri berperanan

sebagai pengerusi. Jawatankuasa ini bertindak

memastikan bahasa kebangsaan diberi tempat

sewajarnya dalam pelbagai sektor termasuklah

Perkhidmatan Awam, Media Penyiaran dan

Komunikasi, Tempat Awam, Pendidikan, Perdagangan

dan Kepenggunaan serta Kewangan dan Insurans.

21. Melalui jawatankuasa induk ini, Jawatankuasa

Kecil Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan Sektor

Page 18: Ucaptama YBhg. Tan Sri KPPA Di Majlis Penyerahan …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Teks_KPPA_28102011.pdf · Bahasa Kebangsaan ini bukannya bersifat perkauman. ... prejudis

18

Perkhidmatan Awam (JKPBK-PA) telah dibentuk dan

saya sendiri menjadi pengerusinya. Jawatankuasa ini

dianggotai oleh pelbagai pihak yang berkepentingan

seperti Persatuan Linguistik Malaysia, Dewan Bahasa

dan Pustaka, wakil Kementerian dan Jabatan

Perkhidmatan Awam Malaysia selaku urus setia.

22. Jawatankuasa ini telah bertemu beberapa kali bagi

mendapatkan pandangan, buah fikiran serta pelan

tindakan berkesan untuk memartabatkan bahasa

kebangsaan ini dalam sektor awam. Ia juga melihat

usaha memartabatkan bahasa ini secara menyeluruh

agar penggunaan bahasa kebangsaan dalam pelbagai

urusan rasmi kerajaan betul, baik dan tidak rancu.

KOMITMEN KERAJAAN

Page 19: Ucaptama YBhg. Tan Sri KPPA Di Majlis Penyerahan …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Teks_KPPA_28102011.pdf · Bahasa Kebangsaan ini bukannya bersifat perkauman. ... prejudis

19

23. Maka, penerbitan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan

9 Tahun 2011 berhubung “Panduan Penggunaan

Bahasa Kebangsaan Dalam Perkhidmatan Awam”

menzahirkan hasil muafakat yang disimpul erat, menjadi

simbol tali pengikat untuk mengangkat dan mendaulat

bahasa kebangsaan ke puncak terhebat di dalam sektor

awam.

24. Panduan ini meliputi lima teras utama yang perlu

diberi perhatian oleh segenap lapisan penjawat awam

iaitu:

(i) Urusan rasmi dalam negara;

(ii) Urusan rasmi antarabangsa;

(iii) Pengiklanan kekosongan jawatan dalam

perkhidmatan awam;

(iv) Perkhidmatan kaunter agensi Kerajaan;

dan

(v) Urusan penyediaan maklum balas

berkaitan aduan dan isu di media massa

mengenai perkhidmatan awam oleh agensi

Kerajaan.

Page 20: Ucaptama YBhg. Tan Sri KPPA Di Majlis Penyerahan …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Teks_KPPA_28102011.pdf · Bahasa Kebangsaan ini bukannya bersifat perkauman. ... prejudis

20

25. Sehubungan itu, panduan ini akan terpakai dan

berkuat kuasa serta-merta untuk semua agensi Kerajaan

tanpa sebarang kekecualian melainkan dinyatakan

sebaliknya di dalam panduan ini. Sehubungan itu,

semua agensi Kerajaan perlu memastikan kelima-lima

bidang utama panduan ini dikuatkuasakan melalui

tanggungjawab Ketua Jabatan.

BAHASA – MEDIUM KETINGGIAN PERIBADI

Tuan-tuan dan puan-puan,

26. Iltizam dan keyakinan yang tinggi amat diharapkan

daripada setiap penjawat awam untuk memastikan

usaha ini menemui titik kejayaan yang diharapkan.

Penyediaan panduan ini tidak akan ke mana-mana

sekiranya masih ada yang mengambil enteng apatah lagi

menyubur sikap bena tak bena di dalam melaksanakan

amanah ini.

27. Saya secara peribadi mempunyai firasat bahawa

inisiatif ini akan mampu menjulang bahasa kebangsaan

ke mercu yang kita impikan dengan syarat ia

dilaksanakan sebaiknya. Selain membudayakan

penggunaan bahasa yang baik dan betul, inisiatif ini

Page 21: Ucaptama YBhg. Tan Sri KPPA Di Majlis Penyerahan …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Teks_KPPA_28102011.pdf · Bahasa Kebangsaan ini bukannya bersifat perkauman. ... prejudis

21

secara tidak langsung akan memugar budaya yang lebih

tertib di kalangan penjawat awam. Ini kerana konsep

kebahasaan dalam konteks bahasa Melayu perlu dilihat

dari sudut pandang yang menyeluruh. Bahasa yang baik

dan tertib tidak mungkin hadir melalui budi bahasa atau

perilaku yang tidak santun.

28. Dalam hal ini, Sasterawan Negara, Allahyarham

Dato’ (Dr.) Usman Awang atau lebih dikenali sebagai

Tongkat Warrant pernah menukilkan sajak bertajuk

“Melayu”. Izinkan saya memetik sebahagian daripada

bait-bait sajak itu seperti berikut:

Page 22: Ucaptama YBhg. Tan Sri KPPA Di Majlis Penyerahan …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Teks_KPPA_28102011.pdf · Bahasa Kebangsaan ini bukannya bersifat perkauman. ... prejudis

22

Melayu itu orang yang bijaksana;

Nakalnya bersulam jenaka;

Budi bahasanya tidak terkira;

Kurang ajarnya tetap santun;

Jika menipu pun masih bersopan;

Bila mengampu bijak beralas tangan

Beliau seterusnya menukilkan:

Berdamai cara Melayu indah sekali;

Silaturrahim hati yang murni;

Maaf diungkap senantiasa bersahut;

Tangan dihulur sentiasa bersambut;

Luka pun tidak lagi berparut

29. Maka usaha seperti ini boleh dijadikan serampang

dua mata, iaitu memartabatkan bahasa kebangsaan dan

sekali gus membudayakan budi bahasa yang sewajarnya

kerana kedua-duanya merupakan cerminan bangsa

Malaysia.

30. Akhir bicara, sebelum saya melabuhkan tirai

ucapan ini, saya berdoa agar Allah Taala memberikan

kita segala kekuatan dan mandiri untuk terus

memartabatkan bahasa kebangsaan yang kita julang

Page 23: Ucaptama YBhg. Tan Sri KPPA Di Majlis Penyerahan …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Teks_KPPA_28102011.pdf · Bahasa Kebangsaan ini bukannya bersifat perkauman. ... prejudis

23

atas prinsip Perlembagaan negara. Marilah kita juga

berdoa agar jalan yang kita rintis ini akan membuka

lebih banyak ruang dan peluang untuk kita melihat

bahasa kebangsaan ini teguh menjadi lingua franca

perkhidmatan awam, seterusnya menjadi nadi

perpaduan semua bangsa di Malaysia.

31. Sekali lagi saya menyeru, kepada semua pihak

khususnya Ketua-ketua Jabatan agar mengambil

perhatian yang serius akan panduan yang dikeluarkan

ini. Janganlah kita jadikan bahasa kita ini seperti

menilai kos lepas untuk didagangkan dengan yang lain.

Kelak kita dicemuh oleh generasi akan datang, menang

sorak, kampung tergadai. Nun jauh kita mengecap

kemajuan, tetapi nadi leluhur tersadai menagih simpati

di bumi sendiri.

32. Di kesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan

terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak

yang terlibat khususnya Dewan Bahasa dan Pustaka

(DBP) selaku “penjaga dan pemelihara bahasa” untuk

terus menjalankan usaha agar bahasa kebangsaan kita

kekal relevan.

Page 24: Ucaptama YBhg. Tan Sri KPPA Di Majlis Penyerahan …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Teks_KPPA_28102011.pdf · Bahasa Kebangsaan ini bukannya bersifat perkauman. ... prejudis

24

33. Sebelum berpisah, izinkan saya menitip secebis

bingkisan buat hadirin sekalian; petikan nasihat Raja

Ali Haji melalui Gurindam Dua Belasnya :

Jika hendak mengenal orang berbangsa

Lihat kepada budi dan bahasa;

Jika hendak mengenal orang yang berbahagia

Sangat memeliharakan yang sia-sia;

Jika hendak mengenal orang mulia

Lihatlah kepada kelakuan dia;

Page 25: Ucaptama YBhg. Tan Sri KPPA Di Majlis Penyerahan …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Teks_KPPA_28102011.pdf · Bahasa Kebangsaan ini bukannya bersifat perkauman. ... prejudis

25

Jika hendak mengenal orang yang berilmu

Bertanya dan belajar tiadalah jemu;

Jika hendak mengenal orang yang berakal

Di dalam dunia mengambil bekal;

Jika hendak mengenal orang yang baik perangai

Lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai

34. Semoga Bahasa Kebangsaan kita terus megah

berdiri dan dihormati. 1Bahasa, 1Bangsa, 1Negara.

35. Sekian. Wabillahi taufik walhidayah wassalamu

alaikum warah matullahi wabarakatuh.

Terima kasih

Page 26: Ucaptama YBhg. Tan Sri KPPA Di Majlis Penyerahan …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Teks_KPPA_28102011.pdf · Bahasa Kebangsaan ini bukannya bersifat perkauman. ... prejudis

26

GLOSARI

1. Lingua Franca - bahasa perantaraan atau bahasa perhubungan antara masyarakat atau orang-orang yg berlainan bahasa

2. Dasawarsa - masa sepuluh tahun, dekad

3. Prejudis - rasa suka atau tidak suka yg tidak berasas terhadap sesuatu kaum, agama

4. Pundak - bahu (juga dlm erti kiasan)

5. Enteng - ringan, mudah

6. Bena tak bena - endah tak endah (tidak berapa peduli)

7. Mandiri - berdiri sendiri

8. Rancu - tidak teratur, campur aduk, kacau (bahasa)