bbm kfikir
TRANSCRIPT
Pengenalan
Pada tugasan kali ini saya akan melengkapkan tugasan yang berkisar tentang
rancangan persediaan mengajar KBSR dan seterusnya penulisan ilmiah tentang didik
hibur. Rancangan yang disediakan perlu mempunyai pemberatan tentang kemahiran
berfikir. Dalam rancangan persediaan mengajar yang disediakan saya telah memilih
rancangan mengajar untuk kelas tahun 6.
Rancangan persediaan mengajar didefinisikan sebagai penulisan tentang
kaedah pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran bagi satu matapelajaran
pada sesuatu hari tertentu menggunakan format- format yang telah ditetapkan. Ini
bermaksud guru-guru perlulah terlebih dahulu menguasai format penulisan yang betul
begitu juga dengan bidang atau tajuk yang terkandung dalam sukatan pelajaran.
Kejayaan sesuatu pengajaran yang disampaikan oleh guru di dalam kelas
bergantung sepenuhnya kepada kebijaksanaan guru membuat perancangan dan
persediaan rapi sebelum memulakan sesi pengajaran. Begitu juga dengan pemilihan
strategi pengajaran yang bersesuaian.
Didik hibur adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
menyeronokkan murid-murid. Walaupun murid seronok tetapi objektif pengajaran dan
pembelajaran masih dapat dicapai seperti yang ditetapkan. Oleh itu, guru perlu
merancang pengajaran dan pembelajaran agar isi kandungan mata pelajaran dapat
disampaikan dengan berkesan Latar Belakang Didik Hibur.
Sepanjang proses melengkapkan tugasan ini saya berharap akan mendapat
manfaat yang sepatutnya semasa dan selepas tugasan ini selasai. Ilmu yang diperolehi
akan digunakan sebaikinya untuk memajukan pencapaian murid di sekolah semasa dan
yang akan datang.
5
Tarikh : 8 Ogos 2014 (Jumaat)
Masa : 0715 – 0815 (60 minit)
Tahun : 6 Arif
Bilangan Murid : 12 Orang
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tema : Sukan
Tajuk : Sukan Kerjaya Saya
Hasil Pembelajaran
Fokus Utama : 6.5 Membaca pantas secara imbasan untuk mendapatkan
maklumat khusus.
Aras 2
i. Membaca dan mengimbas fakta yang relevan daripada
pelbagai bahan untuk mengukuhkan maklumat.
Fokus sampingan : 4.1. mengemukakan idea‚ pandangan dan pendapat tentang
sesuatu perkara secara terperinci tepat dan tersusun.
Aras 2
i. Menyumbang idea yang bernas dalam sesuatu diskusi
dengan terperinci.
: 8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam
sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
Aras 2
6
i. Membina perenggan dengan menggunakan ayat tunggal
dan ayat majmuk.
Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat:
1. Membaca secara imbasan untuk mencari 3 fakta penting
daripada pelbagai bahan untuk mengukuhkan maklumat.
2. Menyumbang idea yang bernas bagaimana sesuatu
kerjaya dapat memberi manfaat kepada orang yang
menceburinya.
3. Membina ayat tunggal dan ayat majmuk untuk membina
perenggan dalam suatu karangan pendek.
4. Menjawab sekurang-kurangnya 3 daripada 5 soalan
kefahaman.
Pengetahuan sedia ada : Murid mengenali dan biasa menyaksikan bintang sukan
pujaan mereka.
Sistem Bahasa : Kosa kata – golf
amatur
lagenda
lantang
: Tatabahasa – kata sendi nama
: Ayat majmuk
Pengisian kurikulum : Ilmu – kajian tempatan
Sejarah.
7
Kemahiran berfikir:
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) – Peta Konsep
Membuat penaakulan
Menganalisis
Membanding beza
Mencirikan
Meramal
Bahan bantu Belajar : Keratan Akhbar
: Artikel berkaitan ahli sukan
Pendekatan : Kesepaduan
Kaedah : Kumpulan
Teknik : Soal Jawab dan bercerita
Langkah/
Masa
Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan
pembelajaran
Catatan
Set
Induksi
(5 minit)
Gambar menunjukkan
perarakkan kontinjen
Malaysia semasa sukan
Komenwel.
1. Murid memerhatikan
gambar yang ditunjukkan.
2. Guru dan murid bersoal
jawab tentang gambar
yang ditunjukkan tadi.
Kemahiran berfikir-
Meramal
Kemahiran bahasa
; lisan
8
Langkah 1
(20 minit)
Jenis-jenis kerjaya
dalam bidang sukan
1. Olahraga
2. golf
3. bola sepak
4. bowling 10 pin
5. ekuesterian
6. tinju
7. badminton
8. skuasy
9. lumba kereta
Artikel tentang
beberapa ahli sukan
yang terpilih.
(Sila lihat lampiran: 1 –
6)
Shalin Zulkifli (lahir 28
Mac 1978 di London,
England) ialah seorang
pemain boling 10 pin
profesional berbangsa
Malaysia dan bekas
Nombor 1 Asia. Beliau
pernah bertanding dan
menjuarai pelbagai
kejohanan kebangsaan dan
antarabangsa, dan
beberapa kali dalam
1. Murid diminta meneliti
jenis-jenis kerjaya yang
ditunjukkan.
2. Murid diminta berbincang
dengan rakan dan mengisi
maklumat yang diperoleh
dalam ruang yang
disediakan.
3. Murid diminta meneliti
bahan tambahan yang
disediakan guru berkaitan
ahli sukan ternama.
4. Murid diminta mencari
maklumat tentang ahli
sukan yang dinyatakan
dengan memilih artikel-
artikel yang berkaitan
dengan ahli sukan
tersebut. Maklumat yang
berkaitan diisi dalam
Lampiran 4 dan 7)
5. (Memetakan maklumat
menggunakan peta minda
yang bersesuaian-
Lampiran 8)
Mamahami
Peta Konsep
Menganalisis
Nilai murni :
bersyukur‚ kasih
sayang
Kemahiran: bertutur‚
membaca mentalis
Kemahiran berfikir -
Membanding beza
BBM :
Lampiran 1-8
(Pembelajaran
Secara Kontekstual)
Kemahiran Berfikir-
Mencirikan
9
kerjaya beliau menduduki
kedudukan #1 pemain
boling 10 pin profesional
di Malaysia dan Asia.
Langkah/
Masa
Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan
pembelajaran
Catatan
Langkah 2
(15 minit)
Soalan pemahaman
(lampiran 13)
Petikan :
Siapakah yang
memperkenalkan
sukan ini?
(Sila rujuk lampiran 9 –
12)
Golf mula dimainkan di
Scotland.
Sumo berasal dari
Jepun
Besbol berasal dari
Amerika Syarikat
1. Murid menjawab soalan
pemahaman yang
diberikan.
2. Murid membaca secara
mentalis petikan yang
diberikan dan kemudian
mengenalpasti ayat
tunggal dan ayat majmuk.
3. Murid menuliskan ayat
majmuk menggunakan
kata sendi nama.
4. Murid seterusnya
menyemak ayat-ayat yang
telah dibina bersama
rakan untuk memastikan
betul dan gramatis.
Kemahiran berfikir –
menganalisis
Nilai murni:
bersyukur
Kemahiran:
membaca‚menulis
Langkah 3
(15 minit)
Mohamad Ali
Tarikh lahir: 1924
1. Murid diminta membaca
petikan tentang Mohamad
Ali.
2. Secara berkumpulan murid
mencatatkan isi
BBM:
petikan
KBAT
10
Memenangi Pingat
emas pada tahun
1960.
Menjadi peninju
profesional pada umur
18 tahun.
perbincangan ke dalam
jadual yang disediakan.
3. Murid menjawab soalan
yang dikemukakan
berdasarkan kebolehan.
(aktiviti pemulihan dan
pengayaan – rujuk lampiran
16 & 17)
memilih isi
Penaakulan
Nilai Murni:
bekerjasam
a‚ keyakinan
Langkah/
Masa
Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan
pembelajaran
Catatan
Penutup
(5 minit)
Membaca untuk
mencari isi penting.
1. Murid melaungkan slogan
‘Malaysia Boleh”
2. Guru membimbing murid
merumus isi pelajaran
Nilai: bersyukur.
Aktiviti
pengayaan
Sukan menjadi
sumber pendapatan.
1. Murid menulis satu
karangan bertajuk
“Muhammad Ali‚ahli sukan
kegemaran saya”
(Lampiran 17)
Aktiviti
Pemulihan
Lee Chong Wei
Seorang Pemain
Badminton.
(sila rujuk Lampiran
9)
1. Murid membina ayat
mudah berdasarkan
maklumat dalam petikan.
(Lampiran 16)
Didik Hibur
Didik hibur merupakan satu strategi pengajaran yang diperkenalkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. Selari dengan pemansuhan penggunaan Bahasa 11
Inggeris dalam pengajaran Matematik dan Sains, pihak kementerian berusaha untuk
menjadikan proses pengajaran adalah sesuatu yang menarik dan berpusatkan murid.
Minat murid untuk terus mengikuti proses pembelajaran harus dapat dipertingkatkan.
Maka pengenalan strategi didik hibur di dalam kelas diyakini mampu untuk memenuhi
kehendak murid terutamanya dari segi kepelbagaian gaya pembelajaran,
meningkatkan minat dan pemahaman pelajar.
Noriati A. Rashid (2009), dalam bukunya Murid Dan Alam Belajar telah memetik
Ewell (1997) telah membentuk satu model yang menggambarkan prinsip-prinsip
pembelajaran yang juga bertindak mempengaruhi penguasaan pengetahuan,
perkembangan kemahiran dan kompetensi apabila diaplikasikan dalam bilik
darjah.Terdapat lapan prinsip yang telah dinyatakan dan salah satu darinya adalah
suasana yang menyeronokkan.Jelas pengenalan didik hibur dalam pembelajaran di
negara kita adalah selari dengan pandangan pakar akademik tersohor.
Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan berhati-
hati dan ajar manakala hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati.
Dengan ini didik hibur boleh ditakrifkan sebagai mendidik sambil menghibur. Bolehlah
disimpulkan bahawa didik hibur adalah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran
yang bersifat santai dengan penekanan diberikan kepada empat komponen sastera
iaitu nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi.
“Alam belajar membawa maksud yang pelbagai menurut pandangan yang berbeza.
Mereka yang mengutamakan persekitaran fizikal akan melihat alam belajar dari sudut
susun atur bilik darjah. Bagi mereka yang melihat kepentingan hubungan dalam
pembelejaran akan mentafsir alam belajar berdasarkan hubungan guru murid dan
sesama murid. Alam belajar seseorang mempengaruhi perkembangan dan
pembelajaran individu secara optimum. Kecenderungan dan minat individu serta
sokongan yang diterima turut membantu dalam pembelajaran seseorang.”
Noriati A. Rashid et.al : Murid Dan Alam Belajar;2009
Jelas melalui pandangan Noriati A. Rashid et.al : Murid Dan Alam Belajar;2009
kita boleh beranggapan bahawa untuk mencapai sesuatu pembelajaran yang optimum,
semua sudut pandang yang berkaitan dengan aspek yang boleh mempengaruhi
12
perkembangan individu murid perlu diambil kira. Semua aspek dalam bilik darjah
terutamanya dari segi pendekatan yang diguna pakai akan memainkan peranan yang
begitu besar dalam membantu murid menguasai sesuatu isi pembelajaran yang telah
digariskan oleh guru. Iklim bilik darjah mestilah dalam keadaan yang membuatkan
murid sentiasa selesa dan rela untuk melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang
dianjurkan oleh guru. Pembelajaran yang menyeronokkan pastinya menjadi tunjang
intipati daya tarikan atau kekuatan sesuatu sesi pembelajaran yang dirancangkan oleh
guru. Maka pengenalan kepada konsep didik hibur amat bersesuaian untuk memenuhi
kehendak ini. Suasana belajar yang aktif dan ceria akan meransang keinginan murid
untuk terus mengiktui sesi pembelajaran yang seterusnya. Peranan guru yang
bersesuai dengan kaedah didik hibur pastinya akan menghilangkan rasa kekok
dikalangan segelintir murid dan jurang komunikasi antara guru-murid akan dapat
dikurangankan. Maka murid akan benar-benar menikmati pembelajaran yang bukan
sahaja selari dengan hasrat kementerian malah dari segi memenuhi naluri seseorang
individu pelajar.
Toeri kognitif yang dikemukakan oleh Jean Piaget menyatakan murid-murid yang
berumur 7 – 12 tahun berada dalam operasi konkrit dimana mereka cenderung untuk
berkawan bermain dan bergaul dengan rakan-rakan sebaya. Operasi konkrit adalah
peringkat ketiga dalam Teori kognitif Piaget dan pada peringkat ini murid telah mula
menguasai sedikit pemikiran logik. Namun naluri murid pada tahap ini untuk berhibur
tidak dapat dinafikan dan mereka mula untuk membuang sifat egosentrik yang terdapat
dalam diri masing-masing. Ini akan memudahkan pergaulan dan murid merasakan yang
mereka memerlukan rakan untuk meluangkan masa bersama dan berhibur atau
bermain. Pengenalan kaedah didik hibur dalam preoses pengajaran dan pembelajaran
seharusnya akan dapat melengkapkan naluri yang ada pada kanak-kanak ini dan
memacu ke arah penguasaan sesuatu topik pembelajaran yang dianjurkan.
Kanak-kanak cenderung untuk bermain mengikut kehendak sendiri tanpa
mengambil kira tujuan bermain. Ini menunjukkan betapa polosnya murid yang hanya
mementingkan keseronokan bermain. Maka kesempatan ini harus dimanfaatkan guru
untuk menyelitkan didik hibur yang antaranya mestilah ceria nmun tidak mengabaikan
aspek pembelajaran bahasa seperti lakonan muzik, puisi dan lawak jenaka. Elemen-
13
elemen yang bersesuaian dan menghiburkan akan dapat mengurangkan rasa cemas
atau kekok dikalangan murid untuk menerima proses pembelajaran. Murid akan lebih
berasa yakin dengan penglibatan yang dimainkan dan proses mengingati akan dapat
dikekalkan dalam tempoh jangka masa yang lama. Murid-murid seharusnya dapat
berinteraksi dan bereksperimen dengan wahana seperti nyanyian, lakonan, bacaan
berirama secara bebas tetapi masih dalam kawalan guru agar objektif pembelajaran
yang digariskan akan dapat dicapai.
Bahagian Perkembangan Kurikulum menyatakan Dr. Zailah Zainudin, IPG
Kampus Raja Melewar menggariskan antara ciri-ciri didik hibur dalam pengajaran
adalah seperti berikut yang pertama sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana
terkandung unsur jenaka, kecindan, ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan
sebagainya. Kedua mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid terhadap
guru. Ketiga murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif,
gembira dan tertunggu-tunggu untuk melalaui sesi pembelajaran di hari berikutnya.
Keempat sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti menarik dan
kepelbagaian variasi. Kelima objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara
penyelesaian masalah dan kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur menang
atau kalah, tiada ganjaran atau dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus
kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Keenam salah atau tidak bukan matlamat
didik hibur sebaliknya bertujuan untuk melibatkan seramai mungkin penyertaan murid
dan aktivitinya secara bersahaja. Ketujuh aktiviti berkumpulan dan berpasangan adalah
diutamakan supaya semangat bekerja secara berpasukan akan maujud begitu juga
dengan sikap toleransi dan bekerjasama. Kelapan murid bebas bersuara,
mengeluarkan pendapat dan idea secara logik dalam keadaan terkawal agar dapat
memberikan satu persembahan yang menarik. Kesembilan murid bebas untuk
bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya dalam keadaan terkawal. Kesepuluh
aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh.
Khairuddin Mohamad (2001) dalam bukunya bertajuk Literasi Bahasa Melayu
telah memetik Gottifried Shlaug sebagai menyatakan, Begley (2000) telah mendapati
muzik boleh mempengaruhi otak manusia secara saintifik iaitu bahagian corpus
collosum yang menyambungkan hemisfera kiri dan kanan. Jadi jelas dengan
14
memasukkan elemen muzik dalam aktiviti didik hibur yang diterapkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran akan dapat membantu memperkembang dan membantu
keseimbangan otak. Murid akan lebih harmoni dan bertoleransi dengan rakan dan
persekitaran terutamanya persekitaran pembelajaran.
Antara faktor yang mempengaruhi pelaksanaan didik hibur adalah peranan yang
dimainkan oleg guru. Kebijaksanaan guru sebagai pengurus dan pelaksana pengajaran
dan pembelajaran akan menentukan kejayaan sesuatu sesi pembelajaran. Untuk itu
guru perlu bersedia untuk mematuhi beberapa perkara yang perlu untuk menentukan
kejayaan pendekatan ini. Pertama adalah dari segi perwatakan guru yang menarik,
mempunyai unsur-unsur kecindan dan tidak menakutkan atau menggerunkan murid.
Seterusnya guru perlulah menggunakan laras bahasa yang bersesuaian dengan tahap
umur dan pencapaian murid.Ketiganya, semasa melakukan aktiviti atau proses
pengajaran dan pembelajaran, guru seharusnya tidak menjatuhkan air muka murid di
khalayak. Keempat, guru perlu bersedia untuk menjadi seorang pengurus atau
penganjur aktiviti yang baik dan berkesan.Penganjuran aktiviti yang baik akan
membantu melancarkan perjalanan sesuatu aktiviti dan menjadikan aktiviti tersebut
menarik untuk disertai.Seterusnya guru perlulah boleh menunjukkan serba sedikit
bagaimana sesuatu aktiviti itu dijalankan umpamanya melakonkan beberapa watak
yang berkaitan dengan aktiviti yang dianjurkan. Ini akan membolehkan murid –murid
mendapat idea bagaimana untuk menjalankan aktiviti tersebut. Arahan yang diberikan
guru hendaklah ringkas tetapi tepat dan menarik. Arahan yang panjang berjela akan
mengelirukan murid dan boleh menggagalkan murid untuk menjalankan aktiviti dengan
baik. Prosedur-prosedur serta arahan sesuatu aktiviti hendaklah bersesuaian dengan
tatacara sesuatu aktiviti itu akan dijalankan. Guru juga perlu peka dan prihatin
terutamanya terhadap tingkah laku setiap murid yang terlibat dalam menjayakan aktiviti
yang dianjurkan. Komen setiap orang dari murid supaya murid dapat input sepatutnya
dari sesuatu peranan yang telah dimainkan. Dalam situasi tertentu dimana terdapat
kejanggalan dalam perancangan atau arahan guru perlulah boleh menyesuaikan
keadaan semasa dengan objektif pembelajaran yang hendak dicapai pada hari
tersebut. Jika sesuatu aktiviti didapati bercanggah dengan objektif pembelajaran,namun
terus juga dilaksanakan boleh menimbulkan kekeliruan dikalangan murid dan
sejelaskan tidak mampu untuk mencapai objektif yang dikehendaki. Yang terakhir guru
15
perlulah bertindak sebagai seorang fasilitator yang fleksibel. Teguran hendaklah
dilakukan dengan cara yang santai dan tidak menjatuhkan air muka murid-murid. Beri
kebebasan untuk murid memberikan pendapat dan menjalankan aktiviti selagi ianya
dalam keadaan terkawal dan berupaya untuk mencapai matlamat yang telah
ditetapkan.
Sebelum melaksanakan aktiviti berkaitan dengan didik hibur maka sesuatu
objektif atau matlamat haruslah ditetapkan. Antara objektif didik hibur adalah mengguna
dan memahami lagu secara didik hibur. Selain itu murid akan dapat mengguna dan
memahami bahasa yang indah dan bahasa badan terutamanya dalam aktiviti lakonan
dan bercerita. Seterusnya murid akan dapat mengguna dan memahami pantun dua
kerat secara didik hibur. Selain dari pembelajaran bahasa secara langsung murid juga
dengan ini akan memperolehi pelbagai pengalaman yang membantu dari segi
pemahaman pembelajaran bahasa itu sendiri. Pemahaman terhadap bait-bait puisi
sebenarnya boleh memperkembangkan daya pemikiran murid terutamanya murid yang
cenderung kepada kecerdasan verbal linguistik.
Salah satu kemahiran yang diperlukan murid terutamanya dalam menjayakan
lakonan dan teknik bercerita adalah bahasa badan. Apakah itu bahasa badan? Bahasa
badan adalah bahasa gerak badan yang boleh diekspresikan melalui pelbagai anggota
badan contohnya mimik air muka marah, riang dan sedih.Dalam didik hibur bahasa
badan amat penting untuk menyampaikan maksud sesuatu lakonan atau cerita.
Penggunaan bahasa badan yang efektif akan meningkatkan keberkesanan ketika
penyampaian aktiviti lakonan, bercerita, nyanyian dan pantun empat kerat. Maka
bahasa badan adalah sesuatu yang harus ditekankan dalam strategi didik hibur untuk
menguatkan lagi daya penyampaian pelajar.
Kesimpulannya, selari dengan perkembangan semasa generasi masa
kini,strategi didik hibur merupakan sesuatu mekanisme yang mampu untuk mengangkat
sistem pendidikan negara dan ianya juga mempelbagaikan gaya penyampaian bagi
memenuhi gaya pembelajaran pelajar. Didik hibur merupakan satu anjakan kepada
penyampaian instruksional semasa dan memberikan faedah yang lebih kepada murid
berbanding kaedah penyampaian tradisional yang hambar dan kadang-kadang dalam
satu hala sahaja. Minat pelbagai latar belakang murid kepada Bahasa Melayu akan
16
terus meningkat dengan pendekatan yang menghiburkan ini. Sesuai dengan prinsip
Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan maka strategi didik hibur dalam Bahasa
Melayu juga seterusnya akan meningkatkan penyatuan kaum melalui satu bahasa.
1574 Patah Perkataan.
Rujukan
Khairuddin Mohamad. Literasi Bahasa Melayu: Siri Pendidikan Perguruan : Oxford
Fajar Sdn Bhd. Selangor Darul Ehsan: 2011
Noriati A. Rashid et.al.Murid Dan Alam Belajar:Siri Pendidikan Perguruan: Oxford Fajar
Sdn. Bhd : 2009
17
Penutup
Setelah berjaya melengkapkan tugasan ini banyak input baharu yang telah saya
perolehi. Antaranya format-format penulisan matapelajaran Bahasa Melayu
KBSR.Pedagogi Bahasa Melayu adalah sesuatu yang agak asing bagi saya sebelum ini
kerana belum pernah mengajar matapelajaran ini sepanjang perkhidmatan sebagai
seorang guru. Melalui tugasan ini ianya dapat membantu saya sedikit sebanyak
mendalami kandungan sukatan Bahasa Melayu KBSR dan format atau cara penulisan
rancangan pengajaran harian yang betul.
Sementara itu, penulisan ilmiah berkaitan strategi didik hibur membolehkan saya
mendapat banyak dapatan-dapatan baharu yang amat berguna bagi memenuhi
kehendak pengajaran dan pembelajaran dewasa ini. Ianya juga memberikan kesedaran
tentang kepelbagaian pendekatan yang menarik yang boleh diaplikasikan dalam
konteks pengajaran dan pembelajaran zaman teknologi dewasa ini.
Dapatan-dapatan yang diperolehi akan digunakan sepenuhnya untuk membantu
para pelajar di sekolah secara khususnya. Jelaslah tugasan ini amam berguna bukan
sahaja kepada guru malahan ianya akan memberikan manfaat yang berguna dalam
proses pengajaran dan pembelajaran murid.
RUJUKAN
Kamarudin Hj. Husin. KBSR dan Model Eksploitasi Bahan Bahasa : Siri Pendidikan
Perguruan :Kuala Lumpur Budiman Sdn Bhd. Kuala Lumpur: 1991
18
Khairuddin Mohamad. Literasi Bahasa Melayu: Siri Pendidikan Perguruan : Oxford
Fajar Sdn Bhd. Selangor Darul Ehsan: 2011
KPM. Buku Aktiviti Murid Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan: Penerbitan Kenanga
Sdn. Bhd : 2004
Noriati A. Rashid et.al.Murid Dan Alam Belajar:Siri Pendidikan Perguruan: Oxford Fajar
Sdn. Bhd : 2009
Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur
Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur
Wikipedia.http://ms.wikipedia.org/wiki/Golf di akses pada 14 Mac 2014
Wikipedia. http://ms.wikipedia.org/wiki/Lee_Chong_Wei di akses pada 14 Mac 2014
Wikipedia. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sofbol di akses pada 14 Mac 2014
Wikipedia. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sumo di akses pada 14 Mac 2014
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/13653-shalin-zulkifli.html di akses pada 14 Mac 2014
Cikgu Zaki Teori kecerdasan Pelbagai Howard Gardner. http://cikgu-zaki.blogspot.com/2012/06/teori-kecerdasan-pelbagai.html 13 Ogos 2014
TRIPOD.Kemahiran Berfikir.http://mahirkbkk.tripod.com/ diakses pada 30 Ogos 2014
Kecerdasan Pelbagai Dan Kemahiran Berfikir.http://www.teachersrock.net/masteri4.htm diakses pada 30 Ogos 2014.
Kumpulan 4 Semester 2,(09/10) Universiti Pendidikan Sultan Idris. Teori Kognitif Jean Piaget Dan Lev Vygotsky http://kumpulan4groupd.blogspot.com/ diakses pada 30 Ogos 2014.
Teori Piaget.http://teoripiaget.blogspot.com/ diakses pada 30 Ogos 2014
19
LAMPIRAN 1
Shalin Zulkifli
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Shalin Zulkifli (lahir 28 Mac 1978 di London, England) ialah seorang pemain boling 10 pin profesional berbangsa Malaysia dan bekas Nombor 1 Asia. Beliau pernah bertanding dan menjuarai pelbagai kejohanan kebangsaan dan antarabangsa, dan beberapa kali dalam kerjaya beliau menduduki kedudukan #1 pemain boling 10 pin profesional di Malaysia dan Asia.
Shalin lahir di North Islington dan menghabiskan zaman kanak-kanak beliau di Kuala Lumpur. Beliau mula bermain boling ketika berusia 9 tahun dan menyertai pasukan boling kebangsaan pada akhir 1980-an.[1] Pada tahun 1991 beliau digelar Olahragawati Muda Harapan Selangor, dan pada tahun 1994 menjadi pemain termuda dan rakyat Malaysia pertama untuk menjuarai Kejohanan Wanita Kent Malaysian All-Stars.
Shalin memegang ijazah dalam Sains Sukan yang mengkhusus dalam Psikologi dan Latihan Sukan. Kini, beliau memiliki dan mengendali sebuah gelanggang boling 10 pin di The Curve, Mutiara Damansara.
Penghargaan
Anugerah Olahragawati Malaysia (1997, 1996, 1994, 2001 & 2002) Juara Kebangsaan Malaysia (1996, 2001, 2002 & 2003) Anugerah Olimpik Malaysia (1994 & 1999) Kedudukan Nombor 1 Asia (2000, 2001, 2002 & 2004) Pemain Boling Antarabangsa Tahun (2002) Masukan Hall of Fame Boling Antarabangsa (2004)
LAMPIRAN 220
Usain BoltDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rekod pingat
Usain Bolt
Peserta untuk JamaicaOlahraga lelakiSukan Olimpik
Emas Beijing 2008 100 m Emas Beijing 2008 200 m Emas Beijing 2008 4 × 100 m
Kejohanan DuniaPerak Osaka 2007 200 mPerak Osaka 2007 4 × 100 mEmas Berlin 2009 100 m
Usain St. Leo Bolt, C.D. (lahir 21 Ogos 1986) adalah seorang pelari pecut Jamaica. Dia merupakan pemegang rekod dunia 100 m (9.58 s), 200 m (19.30 s) dan bersama rakan sepasukannya 4x100 meter (37.10 s). Nama dan pencapaiannya menyebabkan dia digelar "Lightning Bolt" oleh media.[1]
Catatan terbaik
Setakat 16 Ogos 2009
AcaraMasa (saat)
Lokasi Tarikh Rekod Nota
100 meter 9.58 Berlin, Jerman16 Ogos 2009
Juga mencatat masa kedua terpantas: 9.69 s
150 meter 14.35Manchester, United Kingdom
17 Mei 2009
Terbaik dunia[2]
21
200 meter
19.19 Berlin, Jerman Ogos 2009 Rekod Dunia
19.30 Beijing, China20 Ogos 2008
400 meter 45.28[1] Kingston, Jamaica5 Mei 2007
4 x 100 meter 37.10 Beijing, China22 Ogos 2008
Bersama Asafa Powell, Michael Frater dan Nesta Carter
LAMPIRAN 3
22
Roger FedererDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Roger Federer
Negara SwitzerlandResiden Bottmingen, SwitzerlandKetinggian 1.85 m (6 ka 13⁄16 in)Berat 85.0 kg (187 lb; 13.39 st)[1]
Menjadi pro 1998
GayaTangan kanan; pukulan kilas satu tangan
Wang hadiah US$ 49,475,219Perseorangan
Rekod kerjaya 657–155 (80.9%)[2]
Kejuaraan kerjaya 60Ranking tertinggi No. 1 (2 Februari 2004)Ranking semasa No. 2 (4 Mac 2013)
Keputusan Perseorangan Grand SlamTerbuka Australia W (2004, 2006, 2007)Terbuka Perancis W (2009)
WimbledonW (2003, 2004, 2005, 2006, 2007, 2009)
Terbuka US W (2004, 2005, 2006, 2007, 2008)Kejohanan lain
Tour Finals W (2003, 2004, 2006, 2007)Sukan Olimpik 4th place (2000)
BereguRekod kerjaya 112–72Kejuaraan kerjaya 8
23
Ranking tertinggi No. 24 (9 Jun 2003)Keputusan Beregu Grand Slam
Terbuka Australia 3R (2003)Terbuka Perancis 1R (2000)Wimbledon QF (2000)Terbuka US 3R (2002)
Other Doubles tournaments
Olympic Games Pingat Emas (2008)Terakhir dikemaskini pada: 6 Julai 2009.
Rekod pingat Olimpik
Peserta untuk SwitzerlandTenis
Emas Beijing 2008 Beregu Lelaki
Roger Federer merupakan seorang pemain tenis lelaki dari Switzerland. Beliau menjadi pemain nombor satu di dunia sejak 2 Februari 2004. Beliau sering dianggap sebagai antara pemain paling hebat di dunia.
Federer telah memenangi Grand Slam 15 kali, Piala Masters Tenis tiga kali, serta ATP Masters Series 14 kali dalam kerjayanya. Kini, beliau memegang rekod menang dalam tiga Grand Slam dalam setahun untuk tiga tahun (2004, 2006 dan 2007), mencapai perlawanan akhir dalam sepuluh Grand Slam berturut-turut, serta rekod bersama memenangi Kejohanan Wimbledon lima kali berturut-turut dari 2003 hingga 2007.
Beliau merupakan satu-satunya pemain yang mencapai perlawanan akhir setiap Grand Slam untuk dua tahun berturut-turut dari 2006 hingga 2007, serta memenangi kedua-dua Wimbledon dan Terbuka Amerika Syarikat empat tahun berturut-turut.
LAMPIRAN 4
Padankan gambar dengan jenis kerjaya. Berikan sebab anda mengatakan begitu.
24
Kerjaya : ………………………………………………………
Sebab saya berkata demikian :
__________________________________________________________________________________________________
Nama ahli sukan : ……………………………………………..
Kerjaya : ………………………………………………………
Sebab saya berkata demikian :
_____________________________________________________
Nama ahli sukan : ……………………………………………..
Kerjaya : ………………………………………………………
Sebab saya berkata demikian :
__________________________________________________________________________________________________
Nama Ahli sukan : ……………………………………………..
25
LAMPIRAN 5
Lee Chong WeiDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Lee (李).Datuk Lee Chong Wei
Maklumat peribadi
Nama penuh 李宗伟Tarikh lahir 21 Oktober 1982 (31 tahun)
Tempat lahir Bagan Serai, Perak, Malaysia
Tinggi 1.70 m (5 ka 67⁄8 in)
Berat 60 kg (130 lb/9.4 st)
Perseorangan lelaki
Negara Malaysia
Tangankegemaran
Kanan
Jurulatih Misbun Sidek
Ranking tertinggi
1 (29 Jun 2006 – 20 Julai 2006,24 Ogos 2006 –21 September 2006,21 Ogos 2008 – 20 Jun 2012,27 September 2012 - 25 Oktober 2012)
Ranking terkini 1 (25 Oktober 2012[1])
BWF ID: 50152
26
Rekod pingat Olimpik
Peserta untuk MalaysiaBadminton lelakiSukan Olimpik
Perak 2012 London Perseorangan lelakiPerak 2008 Beijing Perseorangan lelaki
Kejohanan DuniaPerak 2011 London Perseorangan lelaki
Gangsa 2005 Anaheim Perseorangan lelakiSukan Asia
Perak 2010 Guangzhou Perseorangan lelakiGangsa 2006 Doha Perseorangan lelakiGangsa 2006 Doha Pasukan
Piala SudirmanGangsa 2009 Guangzhou Pasukan
Piala ThomasGangsa 2010 Kuala Lumpur PasukanGangsa 2008 Jakarta PasukanGangsa 2006 Sendai/Tokyo Pasukan
Sukan KomanwelEmas 2010 Delhi Perseorangan lelakiEmas 2010 Delhi Pasukan campuranEmas 2006 Melbourne Perseorangan lelakiEmas 2006 Melbourne Pasukan campuran
Badminton - lelaki
Datuk Lee Chong Wei (Cina Ringkas: 李宗伟; Cina Tradisional: 李宗偉; pinyin: Lǐ zōng wěi, lahir pada 21 Oktober 1982 di Bagan Serai, Perak [2] ) ialah seorang pemain badminton professional dari Malaysia yang kini menetap di Bukit Mertajam.[3] Lee merangkul pingat perak di temasya Sukan Olimpik 2008 dan 2012 [4], maka menjadi rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan akhir acara perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan kemarau pingat Olimpik Malaysia sejak tahun 1996. Pencapaian ini mengurniakan gelaran Datuk kepadanya, serta sanjungan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai wira kebangsaan.[5]
Lee menduduki tangga teratas dalam ranking pemain badminton lelaki perseorangan selama 199 minggu berturut-turut, iaitu pada 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012.[6] Beliau ialah pemain badminton Malaysia ketiga yang mencapai tangga teratas selepas Rashid Sidek dan Roslin Hashim (semenjak ranking rasmi dimulakan pada 1980-an), dan juga satu-satunya jaguh badminton Malaysian yang mempertahankan kedudukan teratasnya selama lebih dua minggu.
LAMPIRAN 6
27
Wayne RooneyDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas
Wayne Rooney
Maklumat peribadi
Nama penuh Wayne Mark Rooney
Tarikh lahir 24 Oktober 1985 (28 tahun)
Tempat lahir Liverpool, England
Tinggi 1.78 m (5 ka 101⁄8 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini Manchester United
Nombor 10
Kerjaya remaja
1996–2002 Everton
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln† (Gol)†
2002–20042004–
EvertonManchester United
67 (15)247 (126)
Pasukan kebangsaan‡
2003– England 73 (28)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan
betul sehingga 06:40, 16 April 2012 (UTC).
† Kemunculan (Gol).
‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 20:00, 8 Oktober 2011
(UTC)
Wayne Mark Rooney (lahir 24 Oktober 1985 di Liverpool) merupakan seorang pemain bola sepak Inggeris yang mana sekarang ini bermain untuk kelab Liga Perdana Manchester United dan Pasukan bola sepak kebangsaan England. Beliau ini dilihat sebagai seorang yang paling
28
berbakat dalam permainan bola sepak moden, yuran perpindahan dari Everton masih lagi tertinggi bagi seorang remaja. Biasanya beliau bermain sebagai seorang penyerang kedua kepada Ruud van Nistelrooy bagi kelab pasukannya sebelum perpindahan van Nistelrooy ke Real Madrid, walaupun semasa musim 2005-06, beliau menunjukkan bakatnya sebagai seorang pemain dengan berpindah-pindah dari bahagian tengah dan bermain pada kedua-dua posisi. Rooney telah dibandingkan dengan pemain-pemain seperti Diego Maradona [1] . Beliau memakai jersi nombor 8 bagi Manchester United daripada 2004 sehingga Jun 2007, apabila nombor jersinya ditukar kepada nombor 10. Beliau memakai jersi nombor 10 bagi England.
Rooney membuat penampilan pertama di peringkat antarabangsa pada tahun 2003, dan menjadi yang pemain termuda mewakili England (rekod kemudian dipecahkan oleh Theo Walcott). Dia merupakan penyerang termuda yang pernah mewakili England. Penampilan beliau di UEFA Euro 2004 dengan menjaringkan empat gol, secara tidak langsung menjadikan beliau antara persaing penyerang termuda. Rooney juga telah muncul pada tahun 2006 dan 2010 dalam saingan Piala Dunia dan ini secara tidak langsung telah menganggap beliau sebagai pemain terbaik negaranya. Dia telah menerima Anugerah England Player Of The Year sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 2008 dan 2009. Sehingga September 2011, beliau telah memenangi 73 kap antarabangsa dan menjaringkan 28 gol.
Ketika baru berusia sembilan tahun, Rooney telah menyertai pasukan belia Everton, dia muncul sebagai pemain profesional pada tahun 2002. Beliau menghabiskan dua musim di kelab Merseyside itu, sebelum berpindah ke Manchester United dengan nilai perpindahan sebanyak £ 25.6 juta musim perpindahan musim panas 2004. Pada tahun yang sama, Rooney telah diberi gelaran Wazza. Sejak Rooney berada dalam pasukan United, United telah memenangi Liga Perdana sebanyak empat kali, Liga Juara-Juara UEFA 2007-08 dan Piala Liga sebanyak 2 kali. Beliau juga pernah memegang gelaran naib juara Liga Perdana Inggeris sebanyak dua kali dan Liga Juara-Juara juga dua kali. Pada bulan Ogos musim 2011-12 Rooney menjaringkan gol sebanyak 150, dan menjadikan beliau penjaring gol United yang tertinggi sejak permulaan Liga Perdana. Musim 2009-10, Rooney telah dianugerahkan PFA Players' Player of the Year dan FWA Footballer of the Year. Rooney juga telah memenangi anugerah 'Goal of the Season' daripada Padanan BBC. Beliau telah senaraikan dalam FIFPro World 11 untuk tahun 2011.
Rooney adalah pemain bola sepak yang menerima bayaran ketiga tertinggi di dunia selepas Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo, dengan pendapatan tahunan sebanyak € 20.7 m (£ 18 m) termasuk tawaran penajaan.
LAMPIRAN 7
29
Nama : Usain Bolt
Kerjaya : Pelari pecut
Tarikh Lahir : 21 Ogos 1986
Tempat Lahir : Kingston‚ Jamaica
Rekod terpantas : 9.58 saat
Nama : _______________________
Kerjaya : ______________________________
Tarikh Lahir : _______________________________
Tempat Lahir : ________________________
Anugerah : ______________________________
30
LAMPIRAN 8
Bagaimanakah kerjaya sebagai ahli sukan memberi manfaat kepada kita.
31
Faedah menjadikan sukan sebagai kerjaya
profesional
LAMPIRAN 9
Siapakah yang memperkenalkan sukan ini?
Kebanyakkan sukan dikaitkan dengan sesebuah negara. Permainan Wau dikira sebagai permainan waktu senggang masyarakat di negeri Kelantan. Di Amerika pula‚ penduduknya bermain besbol pada masa lapang. Walau bagaimanapun‚ di Asia sukan ini dikenali sebagai sofbol atau bola lisut. Sementara itu Scotland dikenali sebagai negara golf. Negara –negara ini‚seperti juga negara lain mengembangkan sukan negara masing-masing sebagai sukan bertaraf antarabangsa. Mereka kemudian berkongsi hobi ini dengan masyarakat dunia.
Adalah dipercayai golf berasal dari Scotland. Seawal tahun 1400‚ batu-batu kecil dipukul dengan menggunakan kayu ke dalam lubang-lubang yang didiami oleh arnab. Pada tahun 1744‚ peraturan dan undang-undang diperkenalkan di Edinburgh‚ berhampiran pecan St. Andrew. Hari ini Lingkaran St. Andrew merupakan salah satu padang golf yang terkenal di seluruh dunia. Pada tahun 1888‚ seorang warga Scotland bernama John Reid menubuhkan Kelab Golf St. Andrew di New York. Menjelan tahun 1901 terdapat lebih 1000 padang golf di Amerika. Dalam masa tersebut‚ pemain golf dari Scotland dan England dijemput datang ke Amerika untuk menimbulkan minat rakyat terhadap permainan ini. Hari ini dunia dunia boleh berbangga dengan kehadiran Tiger Wood dan Vijay Singh Tokh dalam sukan golf antarabangsa.
Tidak semua negara berjaya mengeksport permainan negara masing-masing ke perinkat antarabangs. Sumo hanya dapat menarik minat negara asalnya sahaja iaitu jepun. Kadang kala negara asal sukan itu tidak berjaya mengembangkan sukan tersebut. Sebaliknya‚ negara lain pula yang menaikkan taraf sukan tersebut ke perinkat antarabangsa. Lihat sahaja permainan ski yang berasal dari Sweden seawall tahun 1700 an‚ telah dikembangkan oleh orang-orang Norway dan menjadi popular di seluruh dunia pada awal abad ke-20.
LAMPIRAB 10
32
SumoDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sumo (相撲)
Satu perlawanan sumo ( Tori-Kumi) antara yokozuna Asashōryū (kiri) dan kemudian komusubi Kotoshōgiku pada Januari 2008.
Fokus BergelutKekerasan Berkenalan sepenuhnyaNegara asal JepunSukan Olimpik TidakLaman web rasmi http://www.sumo.or.jp/eng/
Sumo (相撲) adalah sukan gusti tradisional Jepun. Peserta (rikishi) bertanding dalam satu bulatan dan berusaha menjatuhkan atau menolak lawan keluar. Sukan ini telah berusia beberapa abad dan dipenuhi dengan upacara dan istiadat.
LAMPIRAN 11
33
GolfDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Golf
Badan induk tertinggiR&AUSGA
Pertama dimainkan 15th abadKelab 14 or less
Ciri-ciriContact TiadaKategori LuarBola Bola golfOlimpik 1900, 1904[1]
Golf adalah satu sukan di mana pemain mengguna pelbagai jenis kelab termasuk kayu, besi-besi, dan putters, mencuba untuk memukul bola ke setiap lubang dalam padang golf dalam jumlah pukulan terendah.
Isi kandungan
1 Sejarah 2 Padang golf 3 Rujukan 4 Pautan luar
Sejarah
Asal usul golf tidak jelas dan terbuka untuk berdebat bagaimanapun teori sejarah golf yang banyak diterima adalah golf (sebagai dipraktikkan hari ini) berasal Scotland dalam abad yang ke-12, dengan penggembala kambing mengetuk batu ke lubang arnab di tempat di mana Royal and Ancient Golf Club of St. Andrews terkenal kini terletak.
Para sarjana pernah mendakwa rujukan untuk bentuk golf daripada hiroglif berasaskan tablet batu bertarikh untuk Mesir purba Pharaohs. Chui Wan ("chui" atau 捶 bermaksud memukul dan "wan" atau 丸 bermaksud bola kecil dalam Cina), satu permainan mengandungi menolak bola dengan batang ke lubang dalam tanah, mula-mula disebut dalam Dōngxuān Records
Padang golf
34
The famous 17th hole of the TPC at Sawgrass Stadium Course.Rencana utama: Padang golf
Golf dimainkan di satu bidang tanah direka padang golf. Satu padang mengandungi satu siri lubang, setiap dengan setiap satu kawasan teeing ditanda oleh dua penanda menunjukkan sempadan bagi kawasan tee sah, laluan layar, kasar dan bahaya lain, dan putting hijau itu dikepung oleh pinggir dengan pin (flagstick) dan piala. Berlainan peringkat rumput adalah pelbagai untuk meningkatkan kesukaran atau untuk ambil kira memukul leret dalam kawasan hijau. Manakala banyak lubang direka bentuk dengan satu garis langsung bagi melihat dari titik tee-off ke hijau, beberapa lubang mungkin membengkokkan sama ada ke sebelah kiri atau sebelah kanan. Ini dipanggil satu "dogleg", dalam rujukan untuk satu lutut anjing. Lubang dipanggil satu "dogleg left" jika lubang itu memancing kiri, dan sebaliknya; jarang sekali, arah lubang boleh membengkok dua kali, dan dipanggil "double dogleg". Satu buah padang golf biasa mengandungi lapan belas lubang, tetapi padang lebih kecil mungkin hanya mempunyai sembilan.[2][3]
LAMPIRAN 12
Sofbol35
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu.Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting
Sofbol atau bola lisut ialah sejenis sukan berbola dan berpemukul yang berkembang dari sukan sejenis besbol. Permainan ini telah diperkenalkan oleh seorang pemberita yang bernama George W. Hancock pada tahun 1887 di Chicago, Amerika Syarikat.
Dalam sofbal, bola akan dilempar oleh seorang pelempar bola (pitcher) dan menjadi sasaran pemain lawan yang memukul (batter) dengan menggunakan kayu pemukul yang dikenali sebagai bet. Terdapat satu kumpulan yang berjaga di padang iaitu pertahanan dan satu kumpulan yang bertindak sebagai pemukul (penyerang). Tiap pasukan berlumba mengumpulkan markah (run) dengan cara mengelilingi petak berbentuk potongan wajik (base). Mereka akan berlari hingga menyentuh base yang terakhir dikenali sebagai home plate.
Isi kandungan
1 Sejarah 2 Jenis permainan softbol
o 2.1 Fast pitch softball o 2.2 Modified pitch softball o 2.3 Slow pitch softball
3 Padang sofbol 4 Peralatan
o 4.1 Bola sofbol o 4.2 Kayu pemukul o 4.3 Pakaian seragam
5 Pengadil 6 Permainan
o 6.1 Melempar bola (pitching) o 6.2 Penangkap bola (catcher) o 6.3 Penjaga (fielder) o 6.4 Memukul (batting)
7 International Softball Federation 8 Penutup 9 Bibliografi
Sejarah
Sejarah permainan sofbol bermula di Amerika Syarikat, yang diciptakan di kompleks olahraga Farragut Boat Club Chicago, Illinois 16 September 1887 secara tidak sengaja oleh George Hancock.
Pada mulanya terdapat beberapa alumni Universiti Yale dan Harvard sedang mendengarkan pertandingan akhir sepak bola Amerika antara Yale dan Harvard di club Farragut Boat. Setelah skor akhir diumumkan iaitu kemenangan kepada Yale, seorang alumni Yale dengan gembiranya
36
melempar sebuah sarung tinju ke penyokong Harvard. Seorang penyokong dengan reflek mengambil sebatang kayu dan memukul ke arah sarung tinju itu. Melihat hal itu memberikan sebuah idea seorang reporter Chicago Board of Trade, George Hancock. Dia menyarankan untuk membuat sebuah permainan di dalam ruangan dengan bola yang dibuat dari sarung tinju yang dilempar tadi. Dia mengambil sarung tinju itu dan mengikatnya dengan ketat menggunakan seutas tali, supaya menyerupai bola. Kemudian dengan beberapa batang kapur, Hancock menandakan pada lantai Farragut Boat menyerupai padang baseball.
Pada mulanya pemukul adalah sebatang penyapu. Pasukan di bahagi kepada dua dan Hancock menjerit kata-kata “Play ball”, maka permainan bermula iaitu dengan skor akhir 44-40. Semenjak itu permainan baseball versi dalaman diperkenalkan yang dinamakan sebagai indoor baseball. disebabkan bentuk bola yang berubah-ubah, nama sofbal sebelumnya menyesuaikan bahan yang digunakan untuk membuat bolanya, maka nama-nama yang digunakan waktu itu iaitu kitten ball, army ball, mush ball, dan juga indoor-outdoor, recreation ball, dan playground ball.
Di awal abad ke-20 sofbol mula dimainkan di luar. Tahun 1908 organisasi amatur untuk permainan baru ini (National Amateur Playground Ball Association of the United States) merancang agar olahraga ini dimainkan di luar menggunakan bola yang lebih besar. Tahun 1923 Kongres Rekreasi Nasional (the National Recreation Congress) meminta kebenaran untuk menstandardisasi olahraga ini. Pada tahun 1926 nama "softball" digunakan walaupun belum dirasmikan.
Pada tahun 1933, kejuaraan dunia pertama dilaksanakan di bawah persatuan Sofbal Amatur Amerika (Amateur Softball Association of America) di mana telah digunakan sebagai peraturan asas di Amerika. Juara untuk sofbol kelas lelaki pada saat itu adalah J. L. Gills dari Chicago, dan juara kelas wanita iaitu Great Northerns dari kota yang sama. Walaupun kejuaraan yang di pertandingkan adalah amatur, mereka biasa ditaja oleh organisasi industri di wilayahnya.
Sejak tahun 1933 “softball” telah menjadi sebuah nama rasmi. Pada tahun 1934, pembentukan peraturan bersama untuk lebih jauh memberikan standarisasi peraturan sofbal. Sudah banyak perubahan peraturan sejak saat itu, khususnya pada tahun 1946, di mana terdapat perubahan jumlah pemain dalam pertama pasukan dari 10 ke 9 orang. Pemain ke sepuluh dinamakan “shortfielder” pada saat itu bertugas sebagai penjaga daerah dangkal bahagian outfield yang menjelalajah di belakang infield. Tahun 1950 jarak antara pitcher’s plate dan home plate ditambah untuk putera dari 43 kaki ke 46 kaki (13.114 meter).
Lampiran 13
Jawab soalan yang berikut: Gariskan jawapan yang betul.
37
1. Wau ialah sejenis permainan tradisional yang berasal dari negeri
pantai ( Timur / Barat ) Semenanjung.
2. Golf mula dimainkan di ( Holland / Scotland )
3. Pelari terpantas didunia ialah ( Usain Bolt / Maurice Green )
4. Lee Chong wei merupakan pemain no. ( 1 / 2 ) di dunia.
5. Sukan sumo merupakan sukan gusti yang berasal dari ( Greece /
Jepun )
6. Sofbol mula dimainkan di ( Amerika / Thailand )
7. Roger Federer adalah seorang pemain ( golf / tenis )
8. Selain Lee Chong wei siapakah lagi tokoh sukan negara? ( Siti
Nurhaliza / Shalin Zulkifli )
Markah : _____ /8
LAMPIRAN 14
Muhammad Ali
38
Setiap sukan mempunyai tokoh legenda. Di Malaysia‚ Mokhtar Dahari
merupakan jaguh bola sepak negara pada tahun 1970 an. Nurul Huda Abdullah pernah
menjadi ratu renang Malaysia. Misbun Sidek pula dikenali sebagai jaguh badminton
dunia. Kini Misbun menjadikan jurulatih sebagai kerjaya beliau. Di peringkat
antarabangsa‚ semua peminat golf mengenali Tiger Wood‚ sebagaimana remaja serata
dunia mengenali David Beckham yang terkenal dalam dunia bola sepak.
Siapa pula Muhammad Ali? Muhammad Ali atau nama sebenarnya Cassius Clay
lahir di Louisville‚ Kentucky‚ Amerika Syarikat pada tahun 1924. Pada umurnya 12
tahun‚ selepas basikalnya dicuri‚ beliau mula terlibat dengan sukan tinju. Menjelang
beliau menjejakkan kaki di sekolah tinggi‚ Muhammad Ali telah menjadi juara tinju
amatur yang berjaya. Selepas berjaya enam kali di peringkat negeri dan dua kali di
kejohanan tinju kebangsaan‚ beliau berjaya menggondol pingat emas dalam Sukan
Olimpik pada tahun 1960. Pada tahun yang sama ketika berusia 18 tahun‚ beliau
menjadi petinju professional.
Pada awal kerjayanya sebagai petinju‚ beliau sangat berbeza dengan ahli sukan
lain. Beliau seorang yang lantang semasa mengemukakan pendapat dan bersemangat
tinggi. Walaupun menggelarkan dirinya “Yang Palin Hebat”‚ beliau tetap menghadapi
banyak cabaran dalam hidup. Setelah kembali dari memenangi pingat emas dalam
Sukan Olimpik tersebut‚ beliau tidak dibenarkan makan di beberapa restoran atau tidur
di beberapa hotel‚ kerana beliau berkulit hitam. Oleh sebab terlalu marah dengan sikap
membezakan warna kulit‚ beliau telah mencampakkan medal emasnya ke dalam
sungai.
39
Pada usia 22 tahun‚ beliau mengalahkan Sonny Liston dan menjadi Juara Tinju
Heavyweight dunia. Beliau turut menggemparkan peminat tinju dunia apabila memeluk
agama Islam dan menukar namanya kepada Muhammad Ali‚ yang bermaksud “kekasih
Allah”. Muhammad Ali sekali memeranjatkan dunia dengan kepercayaan beliau yang
kuat terhadap agama Islam‚ beliau tidak setuju dengan perang Amerika terhadap
Vietnam. Beliau enggan menyertai pasukan tentera ke Vietnam‚ yang diwajibkan ke
atas remaja Amerika pada masa itu. Kesannya‚ gelaran Juara Tinju Heavyweightnya
telah ditarik balik dan dipenjarakan selama lima tahun. Beliau telah dibebaskan tiga
tahun kemudian dan pihak mahkamah telah memutuskan bahawa hukuman yang
dijatuhkan ke atasnya merupakan satu kesilapan.
Muhammad Ali menamatkan kerjaya sebagai seorang ahli tinju pada tahun 1981
dengan rekod 61 perlawanan. Beliau telah memenangi 56 daripadanya. Pada tahun
1996‚ beliau telah diumumkan sebagai wira sukan dalam Majlis perasmian Sukan
Olimpik di Atlanta. Muhammad Ali yang pada masa itu menghidap Parkinson telah
menyalakan obor olimpik. Walaupun tidak lagi yang terkuat‚ beliau masih “Yang Paling
Hebat”.
LAMPIRAN 15
Bina ayat Majmuk menggunakan kata sendi nama yang terdapat dalam
petikan yang kamu baca.
40
1. Ayat :
__________________________________________________
__________________________________________________
2. Ayat :
__________________________________________________
__________________________________________________
3. Ayat :
__________________________________________________
__________________________________________________
4. Ayat :
__________________________________________________
__________________________________________________
Lampiran 16
AKTIVITI PEMULIHAN
41
Catatkan isi-isi pentikan dari petikan yang telah kamu baca.
PROFIL JUARA TINJU DUNIA
MUHAMMAD ALI
Latar Belakang :
i. Maklumat kelahiran:ii. Tempat asal :iii. _____________ : iv. _____________ :
Kerjaya :
a. Anugerah yang pernah dimenangii. __________________ii. __________________iii. __________________
Cabaran :
i. Halangan/dugaan untuk berjaya : __________________________________________________________________________________________________________
LAMPIRAN 17
AKTIVITI PENGAYAAN
42