bab 2 evolusi pengurusan

11
T ABLE OF C ONTENTS EVOLUSI TEORI PENGURUSAN................................3 Pendekatan Pengurusan Klasik...............................................3 Pendekatan Kemanusiaan.....................................................4 Pergerakan Hubungan Manusia..............................................4 Pandangan Sumber Manusia.................................................5 Pendekatan Sains Gelagat.................................................6 Pendekatan Pengurusan Kuantitatif..........................................6 Sains Pengurusan.........................................................6 Pengurusan Operasi.......................................................6 Pengurusan Sistem Maklumat...............................................7 Pendekatan Kontemporari....................................................7 Pandangan Sistem.........................................................7 Pandangan Kontingensi....................................................8 Isu-Isu dan Cabaran-Cabaran Pengurusan di Alaf Baru........................9 Persaingan Globalisasi...................................................9 Kualiti dalam Pengurusan.................................................9 Fokus ke atas pelanggan..................................................9 Rujukan....................................................................9

Upload: md-nasir-ibrahim

Post on 15-Dec-2015

175 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Bab 2 ini menjelaskan sejarah dan perkembangan pengurusan.

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 2 Evolusi Pengurusan

TABLE OF CONTENTS

EVOLUSI TEORI PENGURUSAN................................................................................3

Pendekatan Pengurusan Klasik...............................................................................................................................3

Pendekatan Kemanusiaan.......................................................................................................................................4

Pergerakan Hubungan Manusia.........................................................................................................................4

Pandangan Sumber Manusia..............................................................................................................................5

Pendekatan Sains Gelagat..................................................................................................................................6

Pendekatan Pengurusan Kuantitatif.......................................................................................................................6

Sains Pengurusan................................................................................................................................................6

Pengurusan Operasi............................................................................................................................................6

Pengurusan Sistem Maklumat............................................................................................................................7

Pendekatan Kontemporari.......................................................................................................................................7

Pandangan Sistem..............................................................................................................................................7

Pandangan Kontingensi......................................................................................................................................8

Isu-Isu dan Cabaran-Cabaran Pengurusan di Alaf Baru...........................................................................................9

Persaingan Globalisasi........................................................................................................................................9

Kualiti dalam Pengurusan...................................................................................................................................9

Fokus ke atas pelanggan.....................................................................................................................................9

Rujukan...................................................................................................................................................................9

Page 2: Bab 2 Evolusi Pengurusan

APAKAH YANG TERDAPAT DALAM BAB INI?

Apabila anda selesai membaca bab ini, anda akan dapat melakukan perkara-perkara berikut:

Mengetahui evolusi dalam pengurusan.

Memahami falsafah, teori dan konsep pengurusan.

Membandingbezakan antara pelbagai pendekatan dalam pengurusan.

Mengaplikasi teori-teori dalam pengurusan.

Menilai jenis-jenis pendekatan dalam pengurusan.

Membincangkan cabaran-cabaran yang perlu dihadapi oleh pengurus pada masa akan datang.

EVOLUSI TEORI PENGURUSAN

Page 3: Bab 2 Evolusi Pengurusan

EVOLUSI TEORI PENGURUSAN

Bidang pengurusan telah melalui satu perjalanan yang berliku-liku. Perjalanan tersebut menggambarkan dinamisme bidang pengurusan yang memerlukan toleransi terhadap tuntutan semasa berasaskan suasana politik, ekonomi, budaya dan pendidikan. Pelbagai pendekatan yang lahir bertitik tolak daripada keinginan untuk mencapai kecemerlangan sesebuah organisasi dalam usaha mencapai matlamat yang dihasratkan. Bab ini memberikan fokus pada evolusi dalam pendekatan pengurusan yang melibatkan teori-teori pengurusan klasik, kemanusiaan, kuantitatif dan kontemporari.

PENDEKATAN PENGURUSAN KLASIK

Pendekatan ini berfokuskan organisasi secara keseluruhan. Pemikir-pemikir yang terkenal dengan pendekatan ini ialah Henri Fayol, Mary Parker Follett dan Chester I. Bernard. Pelopor teori ini iaitu Henri Fayol (1841-1925) yang berasal dari Perancis telah menitikberatkan prinsip organisasi dan fungsi pentadbiran. Sumbangan beliau yang paling relevan dengan masa kini adalah berkaitan definisi fungsi-fungsi pentadbir. Fayol mendefinisikan pentadbiran atau pengurusan sebagai perancangan, pengorganisasian, pengarahan, penyelarasan dan kawalan. Beliau telah memperkenalkan beberapa prinsip pengurusan seperti paduan arahan dari seorang ketua untuk setiap pekerja; Pembahagian kerja mengikut pengkhususan pekerja meningkatkan pengeluaran hasil yang lebih dengan usaha yang sama; Paduan objektif dari aktiviti-aktiviti yang serupa dikumpulkan di bawah arahan seorang pengurus; dan rantai skala atau rantai autoriti yang terdiri daripada pihak atasan dan orang bawahan.

Namun begitu cara pengendalian organisasi mengikut pendekatan ini dikatakan kurang berkesan. Mary Parker Follet (1868-1933) yang dilatih dalam bidang falsafah dan sains politik menggunakan pendekatan ini dengan menumpukan perhatian pada penglibatan pekerja dan perkongsian matlamat di antara pengurus-pengurus. Beliau menekankan kepentingan matlamat yang sama di antara subordinat-subordinat bagi mengurangkan konflik perseorangan. Idea-idea ini bertentangan dengan

Page 4: Bab 2 Evolusi Pengurusan

pengurusan saintifik tetapi bersesuaian dengan pengurusan pengurus moden yang wujud hasil dari perubahan-perubahan mendadak di zaman ini. Pendekatan ini bertumpu kepada kepentingan ke atas manusia dan bukan teknik-teknik kejuruteraan. Penekanan terhadap isu-isu abad 90-an yang melibatkan kemanusiaan, etika, kuasa dan corak kepimpinan agar pekerja-pekerja melakukan yang terbaik dalam pekerjaan mereka. Konsep-konsep penting dalam pendekatan ini termasuklah pengagihan kuasa, pengurus yang memimpin dan bukan mengarah pekerja serta membenarkan pekerja bertindak mengikut keadaan.

Chester I. Barnard (1886-1961) memperkenalkan konsep organisasi tidak formal. Organisasi ini wujud di dalam organisasi formal. Barnard berpendapat organisasi bukanlah sebuah mesin kerana di dalamnya terkandung ikatan hubungan tidak rasmi yang berpengaruh kuat dan mampu membantu sesebuah organisasi jika diuruskan dengan betul. Beliau telah memperkenalkan teori penerimaan autoriti yang menyatakan pekerja-pekerja dibenarkan memilih untuk mematuhi arahan pihak pengurusan. Pengurus-pengurus perlu melayan pekerja dengan baik kerana kuasa autoriti pekerja adalah penting untuk menjayakan sesebuah organisasi.

Perspektif klasikal secara keseluruhannya terhadap pengurusan adalah sangat berpengaruh dan telah memberikan idea-idea tentang kemahiran asas baru untuk meningkatkan output yang tinggi dan mendapat sokongan yang efektif daripada pekerja-pekerja.

PENDEKATAN KEMANUSIAAN

Pengasas-pengasas utama pendekatan kemanusiaan ini adalah Mary Parker Follet dan Chester Barnard. Pendekatan ini menekankan kepentingan kefahaman tingkah laku manusia, keperluan dan sikap-sikap pekerja di dalam suasana bekerja di samping interaksi sosial serta proses-proses kumpulan. Bidang-bidang di bawah pendekatan ini terdiri daripada pergerakan hubungan manusia, pandangan sumber manusia dan pendekatan sains kelakuan.

PERGERAKAN HUBUNGAN MANUSIA

Pendekatan ini mempercayai pengawalan efektif diperoleh daripada pekerja-pekerja individu itu sendiri berbanding pengawalan autoriti yang ketat. Permulaan pendekatan ini berpunca di antara tahun 1927 dan 1932 daripada satu kajian yang dijalankan di Western Electric Company’s Hawthorne Works di Chicago. Pengelolaan kajian ini dilakukan oleh ahli psikologi dari Universiti Harvard, Elton Mayo dan Fritz Roethlisberger. Kajian ini pada permulaannya bertujuan untuk memeriksa perkaitan antara keadaan fizikal dan pengeluaran. Penyinaran cahaya, suhu dan perkara-perkara yang berkaitan keadaan bekerja dipilih sebagai keadaan

Page 5: Bab 2 Evolusi Pengurusan

fizikal. Namun hasil dari kajian awal yang telah dijalankan, kesimpulannya berlawanan dengan keputusan yang dijangkakan.

Tiga siri eksperimen dijalankan dan kesemua hasil kajian tersebut berlawanan dengan jangkaan yang dikehendaki. Siri yang pertama menjalankan kajian ke atas kadar sinar cahaya sebagai keadaan fizikal. Diandaikan terdapat kadar pencahayaan tinggi yang mampu memberi tahap pengeluaran tertinggi kepada pekerja. Ternyata faktor sinaran cahaya sama ada lebih terang atau gelap tidak mempengaruhi mutu pengeluaran yang tetap meningkat. Sebaliknya terdapat faktor lain yang menyebabkan kenaikan pengeluaran dan bukannya berpunca dari faktor fizikal pencahayaan. Turutan dari eksperimen selepas itu yang berkaitan dengan kajian faktor fizikal, masih tidak dapat menerangkan dengan jelas apakah faktor kenaikan pengeluaran. Kajian Hawthorne ini menunjukkan produktiviti pekerja meningkat kesan dari layanan baik yang diterima dari pihak pengurusan. Perhubungan manusia dikaitkan dengan peningkatan output. Tekanan kumpulan memberi kesan terhadap perlakuan seseorang. Mutu kumpulan adalah amat berkesan berbanding mutu wang untuk menentukan tahap pencapaian produktiviti seseorang. Kesimpulan dari kajian Hawthorne ini telah membuka skop era baru mengenai hakikat berkenaan manusia. Manusia adalah kompleks dan merupakan input yang mempengaruhi sesuatu prestasi organisasi.

PANDANGAN SUMBER MANUSIA

Produktiviti pekerja meningkat apabila kepuasan keperluan asas dipenuhi. Pendekatan ini mengatakan, pekerja-pekerja yang berpuas hati akan meningkatkan prestasi kerja mereka. Pandangan ini menggabungkan reka bentuk kerja dengan teori-teori motivasi yang diterokai oleh Abraham Maslow dan Douglas Mcgregor.

Abraham Maslow (1906-1970) merupakan seorang ahli psikologi yang berpendapat manusia mempunyai keperluan hierarki. Permulaan hierarki dipenuhi dengan keperluan fisiologi, keselamatan, kepunyaan diri, penghormatan dan impian. Hierarki ini wujud apabila manusia perlu berubah mengikut tuntutan sedangkan keinginan diri individu itu adalah berbeza. Manusia mempunyai keegoannya yang tersendiri.

Douglas McGregor (1906-1964), telah memperkenalkan Teori X dan Y. Beliau mengatakan perspektif klasikal berdasarkan anggapan Teori X yang berkaitan pekerja-pekerja, manakala Teori Y mengenai pandangan pekerja terhadap pemikiran pengurusan. Teori X bersikap negatif, manakala Teori Y bersikap positif.

Elemen-elemen yang terdapat di dalam Teori X terdiri daripada beberapa sikap negatif individu seperti: Manusia tidak suka bekerja dan

Page 6: Bab 2 Evolusi Pengurusan

lebih suka diberi arahan Manusia perlu dipaksa untuk bekerja bagi mengelakkan diri dari tanggungjawab dan bercita-cita rendah Mengutamakan keselamatan daripada keperluan Teori ini berpendapat manusia hanya menganggap kerja sebagai satu keperluan untuk menjamin kehidupan dan cuba mengelakkan diri sekiranya boleh berbuat demikian.

Teori Y mengandungi elemenelemen positif seperti: suka bekerja akan mencapai objektif yang dipertanggungjawabkan akan menerima dan mencari tanggung jawab mempunyai kebijaksanaan yang boleh digunakan untuk mencapai matlamat organisasi Teori ini berpendapat manusia akan berpuas hati dengan apa yang diusahakan sekiranya bekerja dalam suasana yang sesuai dan mampu melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik. Kini, kebanyakan syarikat mengaplikasikan Teori Y di dalam pengurusan mereka, namun Teori X masih digunakan oleh pengurusan beberapa syarikat.

PENDEKATAN SAINS GELAGAT

Pendekatan ini membangunkan teori-teori tingkah laku manusia berdasarkan kaedah saintifik dan pembelajaran yang diasaskan daripada bidang-bidang sosiologi, psikologi, antropologi, ekonomi dan disiplin-disiplin lain. Pendekatan ini digunakan untuk memahami tingkah laku pekerja dan interaksi di dalam organisasi telah dilaksanakan di kebanyakan syarikat. Bidang ekonomi dan sosiologi secara terperincinya telah mempengaruhi pengurus-pengurus pada masa ini mendalami strategi organisasi dan struktur pendekatan ini. Psikologi mempengaruhi pendekatan pengurusan sains gelagat secara motivasi, komunikasi, kepimpinan dan pengurusan personel.

PENDEKATAN PENGURUSAN KUANTITATIF

Pendekatan pengurusan kuantitatif bermula sejak Perang Dunia Kedua yang mana teknik-teknik kuantitatif digunakan dalam urusan peperangan seperti di dalam pengendalian kapal dan bom oleh tentera British. Pendekatan ini lebih merujuk kepada aktiviti perancangan dan kawalan. Terdapat tiga jenis pengurusan yang menggunakan pendekatan saintifik iaitu Sains Pengurusan, Pengurusan Operasi , dan Pengurusan Sistem Maklumat.

SAINS PENGURUSAN

Pendekatan ini mula timbul untuk menyelesaikan masalah-masalah yang wujud semasa Perang Dunia Kedua. Ahli matematik, ahli fizik dan ahli sains telah dikumpulkan untuk menyelesaikan masalah ketenteraan. Oleh kerana masalah- masalah yang kerap kali timbul meliputi pemindahan

Page 7: Bab 2 Evolusi Pengurusan

kebanyakan kelengkapan dan manusia secara cepat dan efisien, maka teknik-teknik yang digunakan telah diaplikasikan ke atas firma-firma berskala- besar.

PENGURUSAN OPERASI

Pengurusan operasi merujuk kepada bidang pengurusan yang tertumpu kepada bidang pengeluaran fizikal produk atau perkhidmatan. Ahli pengurusan operasi menggunakan teknik kuantitatif untuk menyelesaikan masalah pengilangan. Kaedah yang biasa digunakan ialah peramalan, permodelan, inventori, pemprograman linear dan bukan linear, teori penggiliran, penjadualan, simulasi dan analisis pulang modal.

PENGURUSAN S ISTEM MAKLUMAT

Pendekatan ini adalah subbidang yang baru di dalam pendekatan pengurusan kuantitatif. Sistem-sistem direka bentuk untuk memberi maklumat yang relevan kepada pengurus-pengurus pada masa dan kos yang sesuai. Dengan terciptanya komputer digital kelajuan pantas, ia telah membuka potensi untuk bidang pengurusan menceburi arena ini. Sistem komputer ini mengumpul maklumat untuk membantu di dalam pembuatan keputusan pengurusan yang mana khusus untuk menjawab soalan-soalan yang perlu.

PENDEKATAN KONTEMPORARI

Pengurusan adalah secara semula jadi kompleks dan dinamik. Elemen-elemen setiap satu pendekatan telah masih digunakan sehingga ke hari ini. Pendekatan kemanusiaan merupakan pendekatan yang paling ketara, namun kebelakangan ini, masih terdapat perubahan yang berlaku terhadap pendekatan ini. Dua kontemporari utama di dalam perspektif ini adalah pandangan sistem dan kontingensi.

PANDANGAN S ISTEM

Tahun 1960-an adalah dekad bagi proses sistem. Sesebuah organisasi sering disifatkan atau didefinisikan sebagai penerima input, pemproses dan pengeluar faktor output. Sistem organisasi sebenarnya ialah satu subsistem di dalam satu sistem yang lebih besar iaitu masyarakat. Sesebuah sistem berfungsi dengan mengubah (transform) input-input yang didapati yang didapati dari persekitaran luar lalu mengeluarkan input yang diubah tadi, yang dikenali sebagai output ke dalam persekitaran luar. Lima komponen sistem ialah,

1. Input: kelengkapan, manusia, kewangan atau sumber maklumat yang digunakan untuk mengeluarkan barangan atau perkhidmatan.

2. Proses transformasi: penggunaan teknologi pengeluaran untuk

Page 8: Bab 2 Evolusi Pengurusan

mengubah input kepada output.3. Output: merangkumi barangan dan perkhidmatan sesuatu organisasi.4. Maklum balas: keputusan yang mempengaruhi pemilihan input yang

akan digunakan untuk proses kitaran seterusnya.5. Persekitaran: termasuk pengaruh sosial, politik dan ekonomi.

Idea-idea pandangan sistem yang mempengaruhi pemikiran pengurusan secara kukuh meliputi,

1. Sistem terbuka: sistem yang berinteraksi dengan persekitaran luaran untuk bertahan.

2. Sistem tertutup: sistem yang tidak berinteraksi dengan persekitaran luaran untuk bertahan akan menemui kegagalan.

3. Entropi: kecenderungan sesebuah sistem untuk lupus.4. Sinergi: individu-individu, kumpulan-kumpulan dan organisasi-

organisasi dapat mencapai kejayaan yang lebih sekiranya mereka bekerjasama berbanding dengan bekerja seorang diri.

5. Subsistem: bahagian-bahagian sistem yang bergantung antara satu sama lain.

PANDANGAN KONTINGENSI

Arah yang paling baru tentang teori pengurusan ialah kaedah kontingensi atau kaedah mengikut arahan. Pendekatan pengurusan klasikal dianggap sebagai universal. Konsep pengurusan dianggap universal yang mana amalan pengurusan adalah sama untuk semua keadaan. Pandangan kontingensi bermula dengan mengkaji ciri-ciri umum yang mungkin wujud di berbagai-bagai keadaan.

Pandangan kontingensi juga cuba mencari serta menyelesaikan demi melayakkan teori pengurusan kepada satu-satu keadaan tertentu. Sekiranya kita tidak boleh menyatakan, `sekiranya X, dari itu Y’, mungkin kita boleh menyatakannya, sekiranya X, dari itu Y, hanya dengan syarat yang dinyatakan di dalam Z’. Usaha serta sumbangan para pendokong kontingensi ialah percubaan mereka untuk memisahkan `pemboleh ubah` Z’, atau satu penentu keadaan.

Di dalam pendidikan perniagaan, pandangan alternatif timbul. Ini dikatakan pandangan kes, yang mana setiap keadaan adalah dianggap unik, tiada prinsip universal. Seseorang mempelajari pengurusan dengan memahami situasi-situasi masalah kes. Pandangan kontingensi menggabungkan pandangan universal dan masalah kes. Pandangan ini berpendapat bahawa respons/tindakan seseorang pengurus bergantung ke atas kontingensi-kontingensi utama di dalam situasi organisasi.

Page 9: Bab 2 Evolusi Pengurusan

ISU-ISU DAN CABARAN-CABARAN PENGURUSAN DI ALAF BARU

PERSAINGAN GLOBALISASI

Antara isu-isu yang penting dalam pengurusan di alaf baru yang mendapat perhatian ialah persaingan globalisasi dan kualiti dalam pengurusan. Di dalam respons persaingan antarabangsa, pengurus-pengurus Amerika telah menerima amalan pengurusan Jepun. Mereka juga telah memperbaharui usaha untuk mencapai kecemerlangan di dalam kualiti barangan dan perkhidmatan. Amalan pengurusan Jepun menekankan: Kerja kumpulan Kepercayaan Pemberi kuasa. Kejayaan firma-firma Jepun adalah disebabkan oleh kumpulan orientasi mereka. Sebaliknya, orientasi budaya asas Amerika adalah tertumpu kepada hak individu dan pencapaian. Oleh yang demikian, William Ouchi telah memperkenalkan pengurusan hibrid iaitu penggabungan amalan pengurusan Jepun dan Amerika yang dikenali sebagai teori Z.

KUALITI DALAM PENGURUSAN

Tumpuan kualiti dalam pengurusan adalah menguruskan organisasi secara keseluruhan untuk memberi kualiti kepada pelanggan. Elemenelemen kualiti dalam pengurusan adalah: Penglibatan pekerja-Kualiti dalam pengurusan memerlukan penglibatan syarikat-syarikat sedunia di dalam pengawalan kualiti. Pekerja-pekerja hendaklah dilatih, dilibatkan dan diberi kuasa.

FOKUS KE ATAS PELANGGAN

Organisasi yang terlibat dalam amalan kualiti pengurusan mengetahui apa yang dikehendaki oleh pelanggan. Ukuran rujuk merujuk kepada proses yang mana organisasi itu cuba mengetahui bagaimana sesebuah organisasi yang berlainan membuat sesuatu dengan lebih baik daripada mereka yang mana kemudiannya mereka cuba memperbaiki atau meniru amalan terbaik mereka. Pembelajaran selanjar adalah perlaksanaan perubahan secara kecil dan meningkat di dalam semua bahagian organisasi. Kualiti dalam pengurusan bergantung ke atas pembelajaran selanjar untuk mencapai keputusan jangka panjang.

Page 10: Bab 2 Evolusi Pengurusan

RUJUKAN

Bateman, T.S & Snell, S.A (1999). Management Building Competitive Advantage. (4th Ed.), new York: McGraw-Hill Publishing Company.

Daft, R.L (2013). Management, (11th Ed.). Stamford, CT: Cengage LearningJaafar Muhamad (1992). Asas Pengurusan, Edisi ke 2. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn.Bhd.