b i l 1 / 2 0 1 2 i s u j a n j u n 2 0 1 2 kata aluan kjtmk it_bil 1.pdf · program khidmat...
TRANSCRIPT
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Syukur Alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah Pencipta Alam kerana dengan berkat-Nya,
Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi (JTMK) telah berjaya menghasilkan Buletin
JTMK ulung kalinya pada tahun ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada warga sidang
editor yang telah mengembleng tenaga, usaha dan fikiran untuk menerbitkan buletin ini.
Seperti yang kita sedia maklum, hasrat dan matlamat Politeknik Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia (KPTM) adalah seiring dengan aspirasi kerajaan untuk menghasilkan
modal insan yang kompeten, berpengetahuan dan berahklak mulia. Justeru, sistem pendidikan di politeknik dirangka agar
para graduan berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran secara proaktif, kreatif dan inovatif serta mampu
menangani persekitaran global yang semakin mencabar.
Maka, dengan hal ini sebagai pensyarah kita perlu lebih berupaya memperkasakan pengajaran dan pembelajaran yang
kreatif dan inovatif supaya inovasi dan kreativiti dapat dipupuk dan disuburkan di kalangan pelajar sejajar dengan Program
Strategik untuk memperteguhkan penyelidikan dan inovasi.
Saya menyeru agar kita semua dapat bergerak seiring dengan satu suara, satu harapan,bersama membentuk satu cita demi
mencapai matlamat dan objektif jabatan serta merealisasikan impian kita untuk menjadikan JTMK sebagai satu jabatan yang
cemerlang dan terbilang. Semoga semua usaha kita diberkati Allah. Amin.
Bengkel keberkesanan pen-
gajaran berasaskan OBE dan
XCompile peringkat JTMK telah
diadakan pada 8 dan 10 Februari
2012 bertempat di Dewan Kuliah
Teknologi Maklumat (DKIT). Sera-
mai 22 orang pensyarah telah hadir
ke bengkel tersebut.
Objektif bengkel ini adalah
untuk memberi kesedaran kepada
semua pensyarah JTMK tentang
pengajaran dan pembelajaran
(P&P) berasaskan OBE. Pensyarah telah
diberi pendedahan berkenaan dengan
Prinsip OBE, Komponen OBE dan
Rekabentuk Aktiviti P&P Berasaskan
OBE. Pendedahan kepada penggunaan
Aplikasi XCompile turut ditekankan
dalam bengkel 2 hari tersebut.
Pada keseluruhannya, bengkel
ini telah berjaya dilaksanakan dan setiap
pensyarah telah diberi pendedahan
kepentingan P&P berasaskan OBE dan
penggunaan Aplikasi XCompile.
Kata Aluan KJTMK
INFO MENARIK
Bengkel OBE & XCompile
I S U J A N — J U N 2 0 1 2 B I L 1 / 2 0 1 2
SIDANG REDAKSI
Pengerusi
Sudiman Bin Suhaili
Ketua Editor
Aisyah Suhailla Bt Hj Jili
Editor
Safinah Bt Nawawi
Siti Hasmah Bt Abg Mon
Fairose Bt Mohtar
Pereka Grafik
Jessie Bt Selahat
Rohaliza Bt Karim
Penerbitan
Nazni Hani Bt Arshad
Jurugambar
Rudolf Bin Felix Baising
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya Buletin JTMK Bil. 1/2012 berjaya diterbitkan julung kali nya pada tahun ini. Antara tujuan
utama penerbitan buletin JTMK ini adalah untuk melaporkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di JTMK sepanjang
semester Sesi Disember 2011. Ia juga adalah sebagai satu platform saluran maklumat yang boleh dikongsikan bersama
pelajar dan pensyarah tentang informasi aktiviti yang telah dilakukan selari dengan perancangan di dalam takwim JTMK
khususnya. Diharapkan penerbitan sulung buletin JTMK ini akan menjadi perangsang kepada semua pegawai, khususnya
penyelaras yang melaksanakan aktiviti supaya menghantar laporan aktiviti kepada Penyelaras Takwim jabatan untuk
dijadikan sebagai satu penerbitan.Tahniah sekali lagi kepada sidang editor buletin JTMK pada kali ini. Diharapkan usaha ini
dapat diteruskan pada masa yang akan datang.
Bingkisan Ketua Editor
Bengkel OBE & XCompile
1
PMU SCiESTA 2
Jom Bowling 2
Program Khidmat Masyarakat
2
Minggu ICT 3
Family Day 3
Lawatan Industri 3
Netriders Malaysia 2012
4
Pameran Projek Akhir
4
Malam Aspirasi 4
Program 3P 5
Bengkel Aset 5
M / S 2
Jom Bowling
Program Khidmat Masyarakat JTMK 2012
SCiESTA PMU 2012 PMU Sciesta adalah kejohanan sukan yang
dilaksanakan saban tahun demi memartabatkan sukan
di Politeknik Mukah Sarawak di samping menerapkan
budaya bersukan serta amalan hidup sihat dan cergas
di kalangan para pelajar serta seluruh warga PMU
amnya. PMU Sciesta 2012 telah berlangsung bermula
13 Februari hingga 16 April 2012 bertempat di
gelanggang Pusat Sukan PMU.
Pada kejohanan kali ini, terdapat 11 acara telah
dipertandingkan iaitu Futsal, Bola Jaring, Bola Tampar,
Sepak Takraw, Badminton, Squasy, Tenis, Softball, Ping
Pong, Taekwando dan Silat. Selaras dengan misi JTMK
pada PMU Sciesta kali ini, ingin meraih sebanyak
pingat. Oleh itu, para pelajar JTMK telah diwajibkan
untuk menyertai kesemua jenis sukan yang
dipertandingkan dalam kejohanan kali ini. Walau
bagaimanapun, JTMK hanya meraih 6 buah pingat
sahaja iaitu 4 Perak dan 2 Gangsa. Pada masa akan
datang warga JTMK perlu lebih bersedia dan berlatih
dengan lebih gigih lagi untuk mengumpul lebih pingat
seterusnya merangkul Johan Keseluruhan berbanding
berada di tangga ke-lima daripada enam kontijen pada
PMU Sciesta kali ini. Pada 16 April 2012 merupakan
majlis penutupan PMU Sciesta 2012 dengan Jogathon
merupakan acara kemuncak. Acara ini adalah terbuka
kepada semua warga Politeknik Mukah Sarawak. Acara
ini terbahagi kepada 10 kategori ini iaitu Pensyarah
Veteran (L) (40 ke-atas), Pensyarah Veteran (W) (40
ke-atas), Staf (L), Staf (W), Pelajar (L), Pelajar (W),
Pelajar bawah 18thn (L), Pelajar bawah 18thn (P), Pelajar
Sekolah (L) dan Pelajar Sekolah (P).
Diharap dengan program seperti ini mampu
melahirkan para pelajar yang seimbang dari segi rohani,
jasmani, emosi dah intelek. Sekaligus dapat menjadikan
Politeknik Mukah Sarawak sebuah institusi yang mapan
dari segi akademik, sahsiah dan sukan.
Program ini bukan sekadar menerapkan
nilai kepimpinan di kalangan pelajar yang
seterusnya dinilai sebagai Mini Projek AS101
Soft Skills malah yang lebih penting adalah
sebagai medium untuk pelajar memperkenalkan
dunia ICT kepada masyarakat luar khasnya di
bahagian Mukah.
Bertemakan “ Explore ICT”,
Program Khidmat Masyarakat JTMK
2012 telah berlangsung dengan
jayanya pada 21 Mac 2012 di Sekolah
Kebangsaan Mukah. Program yang
melibatkan pelajar Tahun 6 ini telah
dikendalikan oleh pelajar Semester 1
program DIP, DNS dan TIP.
Antara aktiviti yang yang telah
berjaya dijalankan pada program
tersebut ialah tiga Latihan Dalam
Kumpulan (LDK), Taklimat “Don’t
Waste Your Time (Hot Key)” dan
Taklimat “How to Use Microsoft Office
Word and Microsoft Office Powerpoint”.
Perjalanan yang bermula
jam 7 pagi menyaksikan sebuah
bas membawa 40 orang pelajar
menuju ke Sibu untuk memulakan
pertandingan. Pertandingan yang
dibuat sehari ini telah diadakan di
Sibu Superbowl pada 17 Mac
2012 .
Pertandingan ini telah
menunjukkan hubungan erat di
antara pelajar dan pensyarah selain
semangat bersukan yang kental
walaupun sibuk dengan tugasan
kerja kursus.
Seramai 40
orang pelajar dan
diiringi oleh 7 orang
pensyarah telah berani
untuk bertarung bagi
merebut takhta juara
Bowling JTMK yang
julung kali diadakan.
Antara objektif acara ini adalah untuk
mengeratkan hubungan di antara pelajar
dan pensyarah JTMK. Pertandingan ini
turut disertai oleh pelajar-pelajar Semester
1 sehingga semester akhir.
Antara sukan
yang dipertand-
ingkan.
Minggu ICT JTMK
M / S 3 B I L 1 / 2 0 1 2
Satu rombongan terdiri daripada 35
orang pelajar Semester 5 program DNS dan
DIP dan diiringi 2 orang pensyarah pengiring
telah melakukan lawatan industri ke beberapa
agensi/institusi/syarikat dalam industri
teknologi maklumat yang terdapat di Sarawak.
Lawatan ini telah diadakan pada 1 hingga 4
April 2012 dan antara lokasi yang telah dilawat
ialah Sarawak Information System Sdn.
Bhd. (SAINS), Centre for Information &
Communication Technology Services
(CICTS), Universiti Malaysia Sarawak dan
Unit Teknologi Maklumat, Universiti
Teknologi MARA (UiTM) Sarawak.
Program lawatan industri ini bertujuan untuk
menambahkan ilmu pengetahuan para pelajar melalui pendedahan
persekitaran sebenar di agensi/institusi/syarikat dalam industri
teknologi maklumat yang terdapat di Sarawak. Program ini adalah
selari dengan KPI untuk kedua-dua program Diploma Teknologi
Maklumat untuk memenuhi 30 jam interaksi yang melibatkan
pensyarah dari industri dalam proses pembelajaran dan
pengajaran. Pensyarah industri adalah pekerja industri yang
menyumbang kepakaran dalam penyampaian ilmu pengetahuan
semasa program lawatan ini.
Hasil lawatan ini telah mengumpul 12 jam melibatkan
pennsyarah industri meliputi kursus F4220 Server Management,
,F4119 Switching and Routing, F5108 Network Security, F5230
Java Programming 2, F5224 Web Programming, F4222 Project
Analysis and Design dan F3036 Open Source Operating System.
vendors. This story can fit 100-150 words.
The subject matter that appears in newslet-
ters is virtually endless. You can include
stories that focus on current technologies
or innovations in your field.
You may also want to note business or
economic trends, or make predictions for
your customers or clients.
If the newsletter is distributed internally,
you might comment upon new procedures
or improvements to the business. Sales
figures or earnings will show how your
business is growing.
Some newsletters include a column that is
updated every issue, for instance, an advice
column, a book review, a letter from the
president, or an editorial. You can also
profile new employees or top customers or
Lawatan Industri
JTMK Family Day
Minggu ICT JTMK 2012
yang merupakan aktiviti tahunan
Jabatan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi telah berlangsung
selama seminggu iaitu daripada 23
hingga 31 Mac 2012. Program di
bawah pimpinan Encik Hermizul Bin
Napis sebagai Penyelaras Aktiviti
dan Saudara Mohd Azis Bin Madeli
sebagai Pengarah Program.
Program ini bukan sahaja
mensasarkan warga JTMK, tetapi
kepada seluruh warga Politeknik
Mukah Sarawak.
Bersesuaian dengan motto
Politeknik Mukah Sarawak iaitu “IT
TERAS ENTITI” maka program
Minggu ICT ini telah dirancang
sedemikian rupa untuk mendedahkan
warga PMU secara keseluruhannya
dengan Teknologi Maklumat masa
kini. Program ini menjadi wadah
terbaik kepada warga JTMK
khususnya untuk mempelajari perkara
baharu dalam dunia Teknologi
Maklumat yang cepat berkembang.
Aktiviti yang paling meriah ini telah diadakan pada 31 Mac 2012 di tepi pantai berdekatan Kem Belia Mukah
selama sehari. Aktiviti ini disertai oleh semua pelajar JTMK bersama semua pensyarah.
Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan di antara pelajar dan pensyarah JTMK
di samping untuk merehatkan minda pelajar dan pensyarah sambil beriadah bersama. Aktiviti yang bermula jam 6.30
ini dimulai dengan senamrobik dan diikuti oleh
beberapa aktiviti menarik seperti lari dalam guni, tarik
tali, lari ikat kaki dan beberapa aktiviti lain. Pelajar-
pelajar juga telah dibahagikan kepada beberapa
kumpulan yang diketuai oleh beberapa orang
pensyarah.
Aktiviti ini telah menunjukkan hubungan erat
di antara pelajar dan pensyarah di samping
kerjasama semua pihak untuk menjayakan acara
yang dipertandingkan.
Gerai Jualan Minggu
ICT
Pelbagai aktivti telah dijalankan
sepanjang minggu antaranya
demonstrasi Open Source Operating
System (Linux), Local Area Network
Gaming (DOTA & Pro-Evolution Soccer),
Tayangan Filem menggunakan teknologi
terkini, Pertandingan Kuiz IT, Gerai
Jualan (perisian dan aksesori komputer)
dan Hari Keluarga JTMK 2012.
Besar harapan warga JTMK dan
para pensyarah JTMK khususnya agar
program seperti ini mampu menjadi
medium pencetus idea terhadap dunia
Teknologi Maklumat kepada para
pelajar. Di samping itu, ia juga boleh
mengeratkan hubungan silaturrahim
warga JTMK dan pelajar PMU secara
keseluruhannya.
M / S 4
Pameran Projek Akhir
Netriders Malaysia 2012
Anugerah Pelajar Terbaik dirangkul oleh
Mohamad Redzuan Bin Ismail bagi program DNS
manakala bagi program DIP dirangkul oleh Alexandra
Jadup Anak Nedy.
Malam Aspirasi anjuran Jabatan Teknologi
Maklumat Dan Komunikasi telah diadakan pada 20 April
2012 bertempat di Hotel Kingwood Mukah. Seramai 117
orang pelajar semester akhir program Diploma Teknologi
Maklumat (Rangkaian) dan Diploma Teknologi Maklumat
(Pengaturcaraan) diraikan pada majlis tersebut.
Selain meraikan pelajar yang akan menamatkan
pengajian, majlis ini juga diadakan untuk memberi
penghargaan kepada pelajar yang cemerlang,
mengambilkira dari sudut akademik dan sahsiah sepanjang
pengajian mereka di Politeknik Mukah Sarawak.
lain untuk mengulangi kejayaan
yang serupa dimasa akan
datang. SYABAS JTMK PMU!
dan Kategori Diploma. Dua orang
peserta daripada Politeknik Mukah
Sarawak, Mohamad Redzuan Bin
Ismail dan Awang Nashqushayree
Bin Nasran telah berjaya mendapat
tempat keempat bagi Kategori
Diploma.
Pencapaian yang member-
angsangkan ini diharap dapat
meningkatkan motivasi pelajar-pelajar
Sejajar dengan keperluan MQA
yang memerlukan pelajar terlibat dengan
inovasi di dalam bidang pembelajaran dan
penglibatan pelajar di peringkat
kebangsaan, Jabatan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi Politeknik Mukah Sarawak
telah mengambil inisiatif dengan
menghantar pelajar menyertai Netriders
Malaysia 2012 – 7th
Cisco Malaysia
Networking Skills Competition.
Pertandingan yang dianjurkan oleh
pihak Cisco Networking Academy Malaysia
ini telah berlangsung pada 7 April 2012
bertempat di Universiti Teknikal Malaysia
(UTeM) Melaka. Pertandingan yang telah
berjaya menghimpun 240 orang peserta
daripada lebih kurang 21 buah IPTA serta
IPTS ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu
Sebanyak 60 kumpulan yang terdiri daripada 27 kumpulan program Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan)
dan 33 kumpulan Program Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) telah terlibat secara langsung dengan pembentangan
viva projek akhir pada 9-11 April 2012 bertempat di Bilik Persembahan, Dewan Kuliah JTMK dan Makmal JTMK.
Antara objektif pembentangan adalah bagi memenuhi keperluan silibus Projek Akhir Pelajar di samping
mempersembahkan hasil pelajar semester akhir. Pembentangan viva yang diadakan pada setiap hujung semester ini
menjadi saat yang paling dinantikan oleh semua pelajar khususnya pelajar JTMK untuk manilai kemampuan pelajar
menghasilkan produk akhir berdasarkan proses pembelajaran sepanjang 6 semester.
Kemuncak bagi pembentangan Projek Akhir adalah Pameran Projek Akhir yang telah diadakan pada 18 April 2012.
Sebanyak 16 kumpulan yang telah disenarai pendek telah berentap untuk mendapat gelaran Projek Akhir Terbaik. Projek
Terbaik bagi program Pengaturcaraan telah dimenangi oleh Lau King Lieng dan Damien Kenny Matthew dengan
Sistem bertajuk ‘Food Delivery System’. Bagi Projek Terbaik program Rangkaian pula telah dimenangi oleh
Mohamad Redzuan bin Ismail dan Jamalyka bin Yuming dengan tajuk projek ‘Sistem Kehadiran Kanak-kanak PAKK
PMU Berasaskan RFID ’. Diharap agar pelajar-pelajar semester akhir seterusnya dapat menghasilkan projek yang lebih baik
dan bermutu tinggi.
Malam Aspirasi JTMK
Program 3P
M / S 5
PMU telah mencatatkan keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan pensijilan profesional
dalam program 3P yang telah berlangsung bermula 7
hingga 31 Mei 2012. Kursus CompTIA A+ (220-701)
mencatatkan 85% peserta lulus manakala CompTIA A+
(220-702) mencatatkan 92% peserta lulus. Kursus ECSS
mencatatkan 100% lulus, ENSA 90% lulus dan AutoCAD
Associate mencatatkan 96% kelulusan penuh. Secara
keseluruhannya, 93% peserta program 3P di PMU telah
berjaya memiliki sijil profesional dalam kursus yang
diambil. Ini merupakan satu rekod yang baik dan
pencapaian yang cemerlang bagi PMU khususnya pelajar
PMU sendiri. Diharapkan dengan pensijilan profesional
yang diperolehi dapat membantu meningkatkan
kebolehpasaran graduan PMU untuk sama-sama
membantu KPT yang menyasarkan peningkatan kadar
kebolehpasaran siswazah politeknik di seluruh negara
mencecah 85 peratus menjelang 2015.
Caption describing picture or
graphic.
Bengkel Aset
Bengkel Pengemaskinian Maklumat Aset peringkat JTMK telah diadakan pada 22-23 Mei 2012 di Makmal Teknologi
Maklumat 3 (ITL3). Seramai 26 orang penyelia Makmal/Bengkel/Bilik/Kelas hadir ke bengkel tersebut.
Objektif bengkel ini adalah untuk membantu para penyelia menguruskan aset di Makmal/ Objektif bengkel ini adalah
untuk membantu para penyelia menguruskan aset di Makmal/Bengkel/Bilik/Kelas masing-masing dengan baik dan cekap.
Bengkel ini juga dilaksanakan agar dapat memberi kesedaran, pengetahuan dan kemahiran melalui pendedahan secara
langsung dengan pelaksanaan Sistem Pengurusan Aset (MySPA). Disamping itu juga, para penyelia dapat menyediakan data
bagi aset masing-masing dengan lengkap untuk disimpan dalam Sistem Pengurusan Aset (MySPA).
Pada keseluruhannya, bengkel ini telah berjaya dilaksanakan dan setiap penyelia telah berjaya menyediakan data bagi
aset masing-masing dengan lengkap.
Politeknik Mukah merupakan salah satu pusat latihan
dan pendaftaran pelajar Program Pentauliahan Profesional
(3P) bagi sesi Mei hingga Jun 2012. Program Profesional (3P)
merupakan program yang ditaja sepenuhnya oleh Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia (MOHE) dengan kerjasama
Prestariang Malaysia Systems Sdn. Program 3P telah
dilancarkan pada sejak tahun 2006 dan merupakan satu
program berasaskan latihan dan kelayakan dari industri
(industry based certification and training). Program ini
bermatlamat memberi nilai tambah (added-value) dan
menyediakan peluang kepada pelajar untuk mendapatkan
pentauliahan profesional (vendor certifications) terutamanya
dalam bidang ICT.
Seramai 130 peserta terdiri daripada pelajar semester
akhir Sesi Disember 2011 Program Diploma Teknologi
Maklumat dan Program Diploma Kejuruteraan telah mengambil
bahagian dalam program ini. Antara kursus yang telah
dijalankan ialah CompTIA A+ Certification,ENSC-E-Council
Network Security Certification (ECSS & ENSA) dan Autodesk –
AutoCAD 2011 Associate.
B I L 1 / 2 0 1 2
TEKNOLOGI TERKINI
CIDOS oh CIDOS Bersusah-susah dahulu...… bersenang-senang kemudian.… Tahniah kepada semua staf JTMK yang telah dianugerahkan dengan Sijil Penghargaan Khas
Bulan Mac dan April 2012 kerana telah menunjukkan rekod penggunaan CIDOS paling aktif pada kedua-dua bulan tersebut. Tahniah juga diucapkan kepada
Pn. Safinah Binti Nawawi kerana telah menunjukkan rekod penggunaan aplikasi CIDOS paling aktif bagi bulan Mac 2012.
Tahniah! Tahniah! Tahniah! Tahniah diucapkan kepada En. Sudiman Bin Suhaili, En. Hazatta Bin Morshidi, Pn. Mazliza Binti Roslan, En. Mohd Faizul Emizal Bin Mohd Ghazi dan
Pn. Astri Idayu Binti Athesan atas kenaikan pangkat dari DH41 ke DH44. Selamat menjalankan tugas yang diamanahkan.
Teruskan Kecemerlangan... Sekalung penghargaan buat staf JTMK yang telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pekerja Contoh Bulanan daripada bulan Januari sehingga Jun 2012 :
Pn. Jessie Bt Selahat dan En. Hermizul Bin Napis (Januari), Pn. Intan Juhaina Bt Johan (Februari), Pn. Nazni Hani BtArshad (Mac), Pn. Fairose Bt Mohtar
(April), En. Mohd. Iskandar Bin Sawar (Mei) dan En. Mohd Faizul Emizal Bin Mohd Ghazi (Jun). Teruskan kecemerlangan anda!
Putera Puteri Baru JTMK Alhamdulillah…Tahniah buat Pn. Faizah Hani Binti Abdul Rashid sekeluarga atas kelahiran cahaya mata kedua, Muhammad Ammar Haziq Bin Anuar pada 22
Mac 2012 yang lalu. Tidak lupa juga kepada keluarga En. Mohd Faizul Emizal Bin Mohd Ghazi dan Pn. Astri Idayu Binti Athesan yang menyambut kelahiran putera
kedua mereka Muhammad Aryan Zihni Bin Mohd Faizul Emizal pada 10 Mei 2012. Tahniah juga buat keluarga En. Muhammad Nor Ihsan Bin Md Zin atas
kelahiran puteri mereka Anis Sofiya Binti Mohammad Nor Ihsan yang juga merupakan cahaya mata kedua pada 1 Jun 2012.
Sayonara... Sekalung penghargaan buat staf JTMK yang telah bertukar dan berkhidmat di tempat baru. Semoga kejayaan dan kebahagiaan sentiasa mengiringi kalian…
sayonara buat Pn. Fauziah Binti Basok dan En. Syaiful Bachtiar Bin Nen @ Shahinan yang kini berkhidmat di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA),
En. Azman Bin Ahmad (Sektor Akademik, JPP) dan En. Muhammad Faiz Bin Pauzi (Bahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya, JPP). Semoga ukhwah
yang terjalin akan berpanjangan hendaknya…insyaAllah.
Selamet Tapak Gak JTMK… Selamat datang daripada kami warga JTMK buat semua staf yang baru sahaja melapor diri di PMU amnya dan di JTMK khususnya. Selamat bertugas diucapkan
kepada En. Mohd Faizul Emizal Bin Mohd Ghazi (PPPT DH44), Pn. Astri Idayu Binti Athesan (PPPT DH44), Nazarul Azril Bin Mohamad Noh (PPPT DH41),
Mohamad Nirza Yusniezam Kusuiri (PPPT DH41), Mohd Noor Bin Salleh (PPPT DH41) dan Nik Nur Faizah Binti Nik Hassan (PPPT DH41). Semoga dengan
kehadiran kalian dapat memberi impak yang lebih padu kepada PMU dan JTMK khususnya.
Sistem pengoperasian Ubuntu untuk telefon pintar sudah semakin hampir untuk
dilancarkan, merujuk kepada pegawai rasmi Canonical yang memberikan tanda awal, bahawa
kemungkinan ianya akan berlaku seawal tahun depan (kemungkinan sekitar 2013).
Canonical akan mengumumkan Sistem Pengoperasian Ubuntu untuk telefon pintar
selanjutnya pada tahun ini. Pengasas Canonical, Mark Shuttleworth berkata, “kemungkinan”, ia
akan dilancarkan pada tahun ini (2012) atau tahun depan (2013), sungguhpun begitu beliau
belum mengumumkan tarikh yang rasmi.
Setelah beberapa teaser yang mendedahkan kewujudan telefon pintar menggunakan
Ubuntu, Canonical akhirnya mengumumkan niat untuk melakukan pembangunan sistem
pengoperasian tersebut untuk kegunaan telefon mudah alih dan tablet. Versi – versi awal
telefon pintar (merujuk kepada teaser) tersebut hanyalah menggunakan Ubuntu yang khas
untuk kegunaan desktop dan komputer pelayan.
Versi Ubuntu tersebut akan menggunakan kernel yang sama dengan Android. Apabila ia dipasang pada dock, versi Ubuntu tersebut
bakal memberi pengalaman/perasaan yang hampir sama dengan versi desktop Ubuntu, yang mana memberikan akses kepada Ubuntu
Software Center untuk memuat turun beberapa aplikasi. Paparannya menggunakan persekitaran Unity sama seperti yang terdapat pada
versi desktop. Sehubungan dengan itu, pengguna boleh mengakses contacts, menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam mod
Ubuntu.