assignment-principle of management

Upload: kiki-phang

Post on 14-Jan-2016

404 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

assignment-PRINCIPLE OF MANAGEMENT

TRANSCRIPT

BBPP 1103

FACULTY BUSSINESS AND MANAGEMENTSEMESTER 1 / SEPTEMBER 2014 BBPP 1103PRINCIPLE OF MANAGEMENTNO. MATRIKULASI

: 850628015744001NO. KAD PENGNEALAN: 850628015744NO. TELEFON

: 0127573485E-MEL

: [email protected] PEMBELAJARAN: PP BATU PAHATISI KANDUNGAN

Muka Surat

Pengenalan2

Definisi Struktur Organisasi3

Strategi3

Saiz4

Teknologi4

Persekitaran5

Penjabatan6

1. Struktur Fungsi6-8

2. Struktur Geografi9-10

3. Struktur Matriks11-13

4. Struktur Produk14-15

Kesimpulan16

Rujukan17-18

pengenalan

Maksud organisasi jika dirujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat, ia bermaksud kesatuan (susunan) yang terdiri daripada bahagian-bahagian (orang dan sebagainya) dalam sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan dan sebagainya) untuk tujuan-tujuan tertentu ( kepentingan atau matlamat bersama).

Menurut Professor Schein (1973) pula, organisasi merupakan satu aktiviti penyelarasan yang rasional terhadap aktiviti-aktiviti manusia bagi tujuan mencapai matlamat yang telah ditetapkan melalui pembahagian kerja,fungsi dan juga melalui hierarki berautoriti serta tanggungjawab.Manakala mengikut Ralph M. Stogdill, tajuk bukunya Dimension of Organization Design yang dikeluarkan pada tahun 1966, beliau mengatakan bahawa organisasi sebagai satu sistem kerja yang dilakukan secara berstruktur dan mengandungi kedudukan dan perasaan yang dibentuk dan ditentukan terlebih dahulu sebelum peranan dan kedudukan diisi oleh pelakon-pelakonnya.

Akhir kata, organisasi juga boleh dinyatakan sebagai sesuatu sistem yang terdiri daripada beberapa bahagian atau kumpulan yang terdapat sebilangan besar manusia bekerjasama untuk mencapai matlamat individu, kumpulan atau organisasi yang ditentukan.

DEFINISI STRUKTUR ORGANISASI

Menurut Richard L.Daft(2008),struktur organsasi diertikan rangka kerja di mana organisasi mentakrifkan bagaimana tugas-tigas dibahagikan, sumber dikerahkan, dan jabatan diselaraskan. Beliau juga mengatakan bahawa setiap pekerja mempunyai tugas yang ditetapkan, garis kuasa, dan tanggungjawab membuat keputusan. Shahrol Aman Ahmad (2008) pula, mengatakan struktur organisasi perlu digubal mengikut strategi yang telah digubal oleh organisasi.

Oleh itu,struktur organisasi boleh didefinisikan sebagai satu jaringan formal atau satu bentuk rajah grafik yang menunjukkan susunan komponen-komponen dalam sesebuah organisasi dengan adanya pembahagian kerja dan fungsi-fungsinya. Ia juga menggariskan dengan jelas bidang tanggungjawab setiap anggota organisasi itu. Dalam perancangan struktur organisasi, setiap anggota itu perlu diberikan peranan yang khusus supaya pertindihan tugas dan kekeliruan tidak akan berlaku sehingga menjejaskan kelicinan perjalanan organisasi itu.

Secara keseluruhannya, dalam sesebuah organisasi, selain menpunyai struktur organisasi yang bertepatan dengan matlamat dan objektif organisasi, penyatuan dan hubungan positif antara anggota-anggota organisasi jugalah penting bagi menjamin halatuju yang dirancangkan dapat dijalankan dengan sempurna, tersusun dan berkesan.

Terdapat empat faktor yang penting dalam konsep organisasi iaitu: strategi, saiz, teknologi dan persekitaran.

Strategi

Menurut New Era of Management, Ninth Edition (Richard L.Daft), strategi didefinisikan sebagai apa yang perlu dilakukan; menganjurkan ditakrifkan bagaimana untuk melakukannya. Oleh itu, setiap strategi yang dilaksanakan akan menjejaskan akibat serta perubahan kepada perjalanan dan struktur organisasi yang berkenaan. Ini adalah kerana proses memadankan srtuktur dengan strategi adalah sesuatu kerja yang rumit. Ia memerlukan pemahaman yang dalam tentang sejarah struktur organisasi dan faktor-faktor yang lain seperti saiz organisasi, teknologi yang digunakan dan persekitaran organisasi tersebut. Dengan ini, sesebuah organisasi perlulah melakarkan sesuatu strategi yang dapat mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan.Strategi yang dibuatkan perlu mempunyai ciri-ciri yang dapat mewujudkan sistem pengurusan yang teratur, senarai tugas yang jelas, fungsi-fungsi setiap anggota yang nyata dan sebagainya. Selain itu, strategi dalam bidang gaji atau ganjaran yang lumayan juga boleh dijadikan satu strategi yang berkesan bagi mencapai matlamat dan objektif organisasi itu.Saiz

Saiz menjejaskan banyak dimensi lain reka bentuk organisasi dan saiz organisasi yang berbeza menimbulkan cabaran yang sangat berlainan bagi pemimpin-pemimpin organisasi (Patricia Cichoki & Christine Irwin, 2011). Saiz sesuatu organisasi juga boleh mempengaruhi struktur organisasi. Semakin besar (jumlah tenaga kerja) sesebuah organisasi, semakin rumit struktur organisasi. Ini kerana organisasi yang bersaiz besar lebih cenderung kepada penjabatan, pemusatan, pengkhususan, serta peraturan berbanding dengan organisasi yang bersaiz kecil. Manakala saiz organisasi yang kecil, juga akan kekurangan aktiviti untuk membentuk bahagian. Contohnya, jika sesebuah organisasi mempunyai seramai 100 orang pekerja sahaja, jika bertambah pekerja seramai 100 orang ke dalam organisasi, ia akan memberi kesan yang besar kepada organisasi kerana semua struktur dan susunan tidak dapat berfungsi lagi dan perlu membuat penyelarasan semula. Tetapi bagi organisasi yang bersaiz besar pula, jika tambah 100 orang pekerja lagi tidak akan menjadi masalah kerana struktur organisasi yang lebih berkhusus.Teknologi

Mengikut laman web wikipedia, teknologi adalah koleksi peralatan, termasuk mesin, pengubahsuaian, pengaturan dan prosedur yang digunakan oleh munusia.Teknologi berperanan penting sebagai bantuan mekanikal kepada aliran kerja. Teknologi ini juga mampu mengubah input kepada output atau pengeluaran dengan penggunaan teknologi yang sesuai. Justeru itu, setiap organisasi mestinya mempunyai sekurang-sekurangnya satu teknologi untuk membolehubahkan struktur dalam membentuk hubungan antara manusia ataupun kerja di dalam organisasi. Antara cabaran dalam mereka bentuk organisasi adalah bagi menyesuaikan dengan teknologi baru iaitu struktur yang membuatkan semua keperluan teknikal dan bukan teknikal serta mencampurkan dengan kepakaran fungsi yang diperlukan (Norri. H, 1990).

Selain itu, tahap rutin juga salah satu aspek yang akan mempengaruhi struktur organisasi. Ini kerana aktiviti yang rutin memerlukan teknologi atau sumber tenaga yang lebih banyak dan berpusat berbandingkan dengan aktiviti yang bukan rutin.

Sebagai contoh, kilang yang menghasilkan tin-tin makanan yang memerlukan lebih banyak pengjabatan, pengkhususan kerja dan lebih undang-undang dan peraturan yang perlu dipatuhi merupakan organisasi yang beroperasi rutin manakala organisasi yang beroperasi bukan rutin adalah seperti tukang masak, tukang jahit atau tukang gunting kerana ia tidak memerlukan banyak pengjabatan, pengkhususan dan undang-undang yang perlu dijalankan, seperti yang dikehendaki oleh sebuah kilang.Persekitaran

Persekitaran organisasi juga merupakan faktor yang menjejaskan struktur sesebuah organisasi. Ia boleh memberi kebaikan atau juga boleh membawa keburukan kepada organisasi. Menurut Lawrence, P.R & J.W Lorsch (1969), Peningkatan ketidaktentuan persekitaran membawa kepada perbezaan peningkatan organisasi. Persekitaran organisasi ini merujuk kepada persekitaran statik dan persekitaran dinamik. Persekitaran statik jarang membawa ancaman atau risiko kepada organisasi serta perubahan yang tidak dijangka manakala persekitaran dinamik pula boleh menyebabkan perubahan yang tidak dijangka berlaku bila-bila masa sehingga menggangu perjalanan operasi organisasi. Perubahan-perubahan yang boleh berlaku mungkin termasuk semua bidang seperti persekitaran ekonomi, persekitaran teknologi, persekitaran sosial budaya, persekitaran politik, pemasaran, pengeluaran, undang-undang yang baru dikeluarkan dan lain-lain lagi. Justeru itu, pihak pengurusan perlu membuat tindakan seperti mereka semula aliran kerja atau tugas serta aktiviti-aktiviti yang boleh menyesuaikan dengan perubahan-perubahan itu supaya dapat mengurangkan ketidaktentuan dalam persekitaran yang berlaku.PENJABATAN

Menurut Daft (1988), beliau mengatakan bahawa penjabatan diertikan sebagai satu sifat yang asas dalam struktur pengorganisasian secara menyeluruh. Penjabatan juga bermaksud satu proses yang melibatkan pembahagian kerja dan pekerja kepada unit-unit yang berlainan. Setiap anggota dan unit bertanggungjawab untuk menyelesaikan tugas-tugas yang diberikan dengan mempunyai matlamat dan objektif yang bersama. Lazimnya, struktur organisasi dapat direkakan mengikut jenis-jenis penjabatan. Penjabatan yang lazim digunakan dalam Malaysia boleh dikategorikan kepada empat jenis: iaitu struktur fungsi, struktur geografi, struktur matriks dan struktur produk.1. Struktur Fungsi

Struktur fungsi adalah pengelompakan jawatan ke jabatan yang berdasarkan kemahiran yang sama, kepakaran, aktiviti kerja, dan penggunaan sumber (Richard L.Daft,2008). Struktur Fungsi merupakan satu struktur organisasi yang paling umum dalam organisasi. Dalam struktur fungsi, struktur dibentuk bagi menyatukan semua anggota-anggota mengikut tahap kepakaran dan pengalaman yang berkaitan dalam satu bidang bahagian yang sama. Dengan ini, struktur fungsi ini dapat memberi latihan yang khusus dan berpusat kepada pekerja-pekerja dan matlamat atau objektif organisasi akan mudah tercapai. Contohnya, organisasi yang berstruktur fungsi adalah seperti jabatan sumber manusia, pemasaran, akaun dan sebagainya. Carta 1.0 menunjukkan penjabatan berstruktur fungsi:

Carta 1.0

sumber: http://mutiarapd.blogspot.com/2010/06/carta-organisasi-penasihat-kelab.html

Merujuk carta di atas, ini adalah carta organisasi fungsian yang terdapat dalam Kelab Usahawan Muda Bumiputera pada peringkat sekolah. Dalam carta organisasi ini, kita boleh dapati pada aras yang paling tinggi ialah pengetua cemerlang sekolah .Beliau berperanan sebagai penasihat dan ketua dalam kelab. Beliau juga seorang yang membuat keputusan. Pada aras yang kedua tinggi terdapat GPK Korikulum. GPK Korikulum pula berperanan untuk merancangkan segala aktiviti atau program yang telah diluluskan oleh pengetua. Beliau juga perlu mengetuai dua guru pembimbing yang bertanggungjawab untuk melaksanakan program-program yang dirancangkan. Ahli-ahli dalam organisasi perlu menjalankan tugas-tugas masing-masing supaya objektif dan maklamat organisasi dapat dicapaikan.

Walaubagaimanapun, struktur fungsi ini ada kekuatan dan kelemahannya sendiri. Berikut adalah jadual yang menunjukkan kekuatan dan kelemahan struktur organisasi jenis fungsi:

KEKUATANKELEMAHAN

1) Kerja penyeliaan dan pengawasan menjadi lebih mudah kerana setiap ketua dan jabatan mempunyai kemahiran tertentu.1) Melambatkan masa gerak balas.

2) Unit-unit, jabatan dan bahagian yang bermasalah mudah dikenal pasti dan boleh diatasi dengan segera.2)Tidak menggalakkan pembaharuan serta mempunyai perspektif yang sempit di kalangan ahli unit, jabatan dan bahagian.

3) Penggunaan sumber yang cekap.3) Maklum balas mungkin perlahan kerana wujud unit, jabatan dan bahagian.

4) Fungsi serta tugas individu jelas.4) Komunikasi yang kurang antara unit-unit, jabatan dan bahagian mungkin berlakunya konflik antara satu sama lain.

5) Kepakaran, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dapat disatukan atau digabungkan di kalangan individu.5)Sukar mentakrif semua keperluan individu menyebabkan objektif atau matlamat organisasi sukar dicapaikan.

2. Struktur Geografi

Struktur geografi membahagikan unit dan bahagiannya berdasarkan tempat dan kawasan geografi yang ditetapkan. Ia sesuai diamalkan oleh syarikat atau pejabat yang memiliki pasaran yang luas dan berselerak di berlainan kawasan seperti perniagaan antarabangsa. Antara syarikat yang terkenal adalah seperti Cosway, Seven Eleven, PROTON dan lain-lain lagi. Struktur geografi ini juga beroperasi dalam unit dan bahagian yang berlainan di mana bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas di lokasi yang ditentukan.

Carta 2.0 menunjukkan carta organisasi Persatuan Pakar Pengajar dan Pakar Industri Negara Malaysia (Exco MANDATE) yang berstruktur geografi:

Carta 2.0sumber: http://expertsociety.blogspot.com/2014/01/pengurusan-rakan-strategik.html

Berdasarkan carta ini, disebabkan ahli- ahli yang banyak dan berselerak di merata-rata tempat, Exco MANDATE telah membahagikan seluruh negara dengan 4 zon pengurusan iaitu zon Timur, zon Barat, zon Utara dan zon Selatan. Setiap zon pula terdapat satu pengerusi yang bertugas di zon masing- masing. Setiap pengerusi zon bertugas untuk tempat-tempat yang berdekatan dengan zon-zon sendiri. Mereka dapat menganjurkan pelbagai aktiviti atau perkhidmatan yang bersepadan dengan zon -zon masing kerana atas sebab sosial budaya, tempat , masa, agama, kaum dan sebagainya. Ini dapat memudahkan Exco MANDATE memberi perkhidmatan yang terbaik kepada ahli-ahlinya. Objektif dan matlamat persatuan ini juga dapat dicapaikan dengan baik dan sempurna.

Berikut adalah jadual yang menunjukkan kekuatan dan kelemahan struktur geografi:KEKUATANKELEMAHAN

1) Dapat mengurangkan peruntukan dan kos kerana mempunyai unit, jabatan yang lebih dekat di kawasan geografi yang ditetapkan.1) Sukar untuk menyelaraskan perkhidmatan jabatan-jabatan di kawasan geografi kerana terletak jauh antara satu sama lain.

2) Boleh menggunakan kepakaran dari seluruh dunia berdasarkan lokasi geografi organisasi tersebut.2)Kekurangan kawalan kepada setiap unit/ jabatan kerana pasaran yang berselerak.

3) Produk dan perkhidmatan dapat dipasarkan dan dihasilkan ke kawasan geografi yang luas.3) Perlu mengambil pekerja yang ramai dan senang berlakukan pertindihan kerja.

4) Dapat memperkenalkan organisasi di seluruh dunia.4) Perubahan kepada produk dan perkhidmatan akan berlaku atas faktor budaya, fizikal dan cuaca di kawasan tertentu.

5)Organisasi menjadi lebih besar.5) Perhubungan antara kakitangan di kawasan yang berlainan mungkin kurang rapat.

3. Struktur Matriks

Struktur matriks dihasilkan dari gabungan antara fungsi dan bahagian.Struktur matriks sesuai diamalkan semasa satu organisasi terpaksa mengendalikan beberapa projek atau projek yang besar pada satu masa yang sama. Oleh itu, pekerja-pekerja perlu membuat laporannya untuk diberikan kepada dua atau lebih ketua atau jabatan yang berlainan. Ini akan menjadi komplek kerana pekerja yang berlainan bahagian atau unit perlu memberi kerjasama bagi menjayakan projek-projek tersebut dengan bertujuan mencapai matlamat atau objektif organisasi.

Menurut Harold Kerzener (2003), beliau mengatakan dalam pembangunan struktur matriks yang berkesan, mesti ada saluran komunikasi yang baik antara pengurus. Ia juga perlu kaedah yang berkesan untuk menyelesaikan konflik yang berlaku. Selain itu, saluran mendatar dan sebagaimana menegak mesti wujud untuk membuat komitmen.

Carta 3.0 menunjukkan carta organisasi Jabatan Perancangan Banddar Dan Desa Semenanjung Malaysia yang berstruktur matriks:

Carta 3.0

sumber: http://www.townplan.gov.my/download/carta/cartaweb14-01.jpg

Dalam organisasi ini, kita boleh dapati dalam Bahagian Perancangan, terdapat satu timbalan ketua pengarah dan dua orang pengarah dalam bahagian. Mereka bertanggungjawab terhadap Bahagian Rancangan Pembangunan yang terdiri daripada lima ahli iaitu Ketua Unit Penyelarasan Projek, Pengarah pejabat Projek mengikut zon iaitu zon Tengah , zon Utara, zon Selatan dan zon Timur. Dalam Bahagian Rancangan Pembangunan, pengarah pejabat projek zon-zon perlu membuat rancangan masing-masing dan membuat laporan kepada tiga pengarah yang di atas mereka. Seterusnya, tiga pengarah atas akan membuat keputusan sama ada projek tersebut dapat dilaksanakan atau tidak dan cara perlaksanaannya. Ini akan menjadi kompleks kerana pengarah pejabat zon perlu melaporkan perkembangan zon-zon kepada tiga pengarah supaya projek yang dirancangkan dapat diluluskan dan laporan perlu dibuat kepada tiga pengarah atas. Di samping itu, tiga pengarah atas perlu membuat penyelarasan antara satu sama lain supaya rancangan yang ditentukan dapat dijalankan dengan lancar dan konflik yang akan berlaku dapat diminimakan. Dengan ini matlamat dan objektif organisasi baru dapat dicapaikan.

Berikut adalah jadual yang menunjukkan kekuatan dankelemahan struktur matriks:

KEKUATANKELEMAHAN

1) Sumber-sumber akan digunakan dengan lebih berkesan.1) Pertindihan mungkin berlaku kerana terdapat dua arahan daripada jabatan yang berbeza.

2) Maklumat dapat disampaikan dengan lebih tepat dan meluas.2) Konflik autoriti cenderung wujud dalam organisasi.

3) Terdapat kerjasama antara disiplin dan kepakaran di semua bahagian.3) Mesyuarat dan perbincangan lebih banyak diadakan berbanding dengan tindakan yang dilaksanakan.

4) Fleksibiliti dan senang bersesuaian kepada perubahan persekitaran yang tidak dapat dijangka.4) Pembahagian sumber-sumber menjadi sukar apabila banyak projek dijalankan serentak pada satu masa.

5) Semangat kerjasama yang tinggi dapat dipupuk.5) Berlaku perebutan kuasa dominan apabila terdapat pengurus yang lebih menojol dalam organisasi.

4. Struktur Produk

Struktur produk merujuk kepada pembahagian sesuatu output iaitu produk atau perkhidmatan yang telah ditetapkan mengikut unit atau jabatan masing-masing. Justeru itu, setiap unit atau jabatan akan memperolehi kepakaran dan pengalamannya melalui aktiviti menghasilkan sesuatu output yang dipertanggungjawabkan. Struktur jenis ini senang dikendalikan jika organisasi itu mempunyai banyak output yang dihasilkan. Selainan itu, pengurus yang berkenaan senang bertumpu perhatian dan usahanya kepada output yang dipertanggungjawabkan serta menilai persembahan kerja yang dilakukannya. Contoh syarikat yang menggunakan organisasi struktur produk adalah Samsung, Berjaya dan Nestle.

Carta 4.0 menunjukkan carta organisasi Nestle (Malaysia ) Berhad yang berstruktur produk:

Carta 4.0

sumber: http://www.nestle.com.my/asset-library/documents/pdf/about%20us/nestle_ndm_2013-bm.pdf (muka surat 9)

Dalam syarikat Nestle, mereka telah menghasilkan pelbagai jenis produk yang secara umumnya memenuhi keperluan setiap orang. Kesemua produk ini dihasilkan dalam bahagian dan unit yang berlainan. Setiap bahagian / unit diketuai oleh seorang pengurus dan pengurus inilah yang bertanggungjawab menyelaraskan kerja dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan seperti pengeluaran, pasaran, pengagihan dan sebagainya.

Pengasingan setiap bahagian mengikut produk ini telah memudahkan pengurusan produk tersebut. Ini dapat memudahkan setiap bahagian merancang dan menjalankan aktiviti yang sesuai dengan jenis produk tersebut kerana setiap produk mempunyai pelanggan, fungsi, kegunaan dan kebaikan yang berbeza. Dengan ini, pembungkusan produk, promosi , dan cara penjualan juga akan berbeza berdasarkan jenis produk. Di samping itu, pengeluaran produk akan menjadi lebih tersusn dengan adanya setiap pengurus yang mengawalnya.

Berikut adalah jadual yang menunjukkan kekuatan dankelemahan struktur produk:KEKUATANKELEMAHAN

1) Pengurus dan pekerja boleh mengembangkan bakat,pengalaman dan kepakaran mereka dalam aktiviti penghasilan produk.1) Pengurus hanya memberi tumpuan kepada produk yang dikendalikannya sahaja.

2) Pemantauan sendiri pengurus dapat dilaksanakan disetiap unit/jabatan.2) Kekurangan komunikasi antara setiap unit/jabatan.

3) Bidang tanggungjawab dan kedudukan jelas di setiap unit/jabatan.3) Peruntukan kos operasi banyak kerana keperluab pengurus dan pakar tersendiri di setiap unit/jabatan.

4) Sesuai untuk organisasi yang bersaiz besar.4) Perlu mengambil pekerja yang ramai.

5) Sesuai untuk organisasi yang menghasilkan banyak output.5) Unit/jabatan tidak dapat bekerjasama antara satu sama lain kerana berlainan kepakaran.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, struktur organisasi merupakan sesuatu yang amat penting dalam kehidupan manusia. Ini adalah kerana setiap organisasi yang ditubuhkan mempunyai objektif dan matlamat yang jelas dan tersendiri. Manusia dapat beroperasi dengan lancar untuk sesuatu hala tuju dengan berpandukan struktur organisasi yang baik dan sesuai. Struktur organisasi yang baik juga dapat menerangkan dan menunjukkan hubungan saluran antara satu sama lain, tugas dan tanggungjawab setiap anggota, prosedur-prosedur aktiviti yang dirancangkan, komunikasi dan sebagainya.

Terdapat pelbagai jenis struktur yang umum digunakan dalam sesuatu organisasi. Antaranya ialah struktur fungsi, struktur geografi, struktur matriks dan struktur produk. Organisasi perlulah memilih struktur yang sesuai dengan matlamat dan objektif sendiri. Selain itu, organisasi juga perlu mengambil kira faktor-faktor yang sedia ada bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan prosedur operasi organisasi tersebut. Jika sesuatu organisasi gagal dalam memilih struktur organisasi yang sesuai, organisasi tersebut tidak akan dapat menjalankan tugas-tugasnya dengan baik dan matlamat dan objektif organisasi tidak akan tercapai.(2553 perkataan)APENDIKSRUJUKAN / REFERENSIRichard L. Daft. (2008). New era of management ( 9th edition). South- Western : Cengage Learning

Shahrol Aman Ahmad. (2011). BBP 1103 principles of management (11th edition). Seri Kembangan : Open University Malaysia

Patricia Cichoki & Christine Irwin. (2011). Organizational Design. A guide to building effective organizations. Kogan Page. InBooks24x7 (OUM Digital Collection)Norri.H. (1990). Managing the new dynamic of new technology. Eaglewood Cliffs, New Jersey : Prentice Hall.

Lawrence, P.R & J.W Lorsch. ( 1969). Organisations and enviroment. Homewood: IL Richard D. Irwin.

Schein, E.H. (1973). Organizational psychology. New Delhi: Prentice-Hall of India.Stogdill, R.M. (1966). Dimensions of organizational designs. United State : University of Pittsburgh Press.

Daft. (1988) p: 235

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka

Wikipedia. from http://en.wikipedia.org/wiki/Technology

Kelab Usahawan Muda Bumiputera. from http://mutiarapd.blogspot.com/2010/06/carta-organisasi-penasihat-kelab.htmlPersatuan Pakar Pengajar dan Pakar Industri Negara Malaysia (Exco MANDATE) . from http://expertsociety.blogspot.com/2014/01/pengurusan-rakan-strategik.htmlJabatan Perancangan Banddar Dan Desa Semenanjung Malaysia. from http://www.townplan.gov.my/download/carta/cartaweb14-01.jpgNestle. from http://www.nestle.com.my/asset-library/documents/pdf/about%20us/nestle_ndm_2013-bm.pdf (muka surat 9)

PAGE 1

_1253083327.bin