assignment pembelajaran kontekstual

11
1.0 DEFINISI PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandunagan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Pembelajaran ini meyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on. 2.0 TEORI PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL Mengikut teori pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka. Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid. Penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan. (i) Konteks yang pelbagai : 1 Kehidupan masyarakat Alam pekerjaan Pengalaman harian hidup Persekolaha n

Upload: mfairuz-hassan

Post on 24-Dec-2015

17 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

AAAA

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment Pembelajaran Kontekstual

1.0 DEFINISI PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandunagan

dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Pembelajaran ini

meyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on.

2.0 TEORI PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

Mengikut teori pembelajaran secara kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila murid

dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka

minda mereka. Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam

konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid. Penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian

persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan.

(i) Konteks yang pelbagai :

a. Fizikal

b. Budaya

c. Psikologi

d. Sosial

(ii) Kepelbagaian persekitaran pembelajaran :

a. Bilik darjah

1

Kehidupan masyarakat

Alam pekerjaan

Pengalaman harian hidup

Persekolahan

Page 2: Assignment Pembelajaran Kontekstual

b. Makmal

c. Tempat kerja

d. Kehidupan harian

(iii) Kumpulan sasaran murid yang mendapat manfaat yang lebih daripada

pembelajaran secara kontekstual :

a. Jenis murid

- kumpulan sederhana

b. Ciri murid

- cenderung kepada aplikasi konsep

- terdorong melalui aktiviti hands-on

- tidak yakin mempelajari matematik dan sains secara abstrak

c. Lokasi

- sekolah-sekolah menengah teknik dan vokasional

- sekolah-sekolah menengah harian

3.0 KEPENTINGAN PENDEKATAN KONTEKSTUAL

Pendekatan kontekstual perlu dalam proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) bagi memastikan

murid dapat mngekalkan maklumat dengan lebih berkesan melalui pengalaman sendiri. Selain

daripada memastikan murid dapat memiliki pelbagai jenis kecerdasan, pembelajaran kontekstual

juga mengambil kira pelbagai gaya pembelajaran.

Ciri-ciri Kejayaan Dalam Pembelajaran

2

Kita kekalkan :

- 10% Apakah yang kit abaca

- 20% Apakah yang kita dengar

- 30% Apakah yang kita lihat

- 50% Apakah yang kita dengar dan lihat

- 70% Apakah yang kita bincang dengan orang lain

- 80% Apakah yang kita alami sendiri

- 95% Apakah yang kita ajar kepada orang lain

Kita Belajar

Page 3: Assignment Pembelajaran Kontekstual

Sumber : Secret of Ancient Chinese Art of Motivation

Teori Kecerdasan Pelbagai

Menurut pandangan Howard Gardner, terdapat sekurang-kurangnya lapan jenis kecerdasan

pelbagai iaitu verbal-linguistik, logic-matematik, naturalis, interpersonal, kinestetik,

intrapersonal, visual-ruang dan muzik.

Setiap orang memiliki kesemua kecerdasan tersebut. Walaubagaimanapun tahap kombinasi

kecerdasn berbeza-beza di antara individu. Teori kecerdasan pelbagai memberi maklumat

tentang apa yang perlu dipelajari tetapi lebih penting lagi, bagaimana mempelajarinya. Justeru

pendekatan pembelajaran Kontekstual dapat mencungkil potensi kecerdasan pelajar dengan lebih

berkesan.

Pendekatan kontekstual merupakan suatu kaedah p&p yang mencabar, berkesan dan

menyeronokkan, seterusnya dapat menyumbang ke arah pemeringkatan penguasaan kemahiran

dan prestasi murid.

Pelbagai Gaya Pembelajaran

Pembelajaran secara konkrit

Mengalami dan Melihat dan melakukan mengalami

Memikir dan Melihat dan3

Merasa

MelakukanPembelajaran Kontekstual Melihat

Page 4: Assignment Pembelajaran Kontekstual

Melakukan memikir

Pembelajaran secara abstark

4.0 FAEDAH PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

Pendekatan pembelajaran kontekstual ini memberi faedah kepada pelbagai pihak iaitu murid,

guru dan industri. Pendekatan ini membolehkan murid mengaikan matapelajaran dengan

pekerjaan atau kehidupan dan pengalaman harian. Murid juga boleh memindahkan kemahiran

serta meneroka dan medapatkan bukti tentang apa yang dipelajari. Selain itu murid juga boleh

menguasai secara abstrak melalui pengalaman konkrit dan dapat belajar secara kerjasama.

Faedah yang akan diperolehi sebagai seorang guru pula adalah dapat menjadikan pengajaran

sebagai satu pengalamn berjaya. Guru dapat mengaitkan prinsip-prinsip mata pelajaran dengan

dunia pekerjaan. Selain inu juga guru dapat menjadi penghubung antara pihak akademik dan

vokasional atau industri.

Faedah seterusnya ialah faedah yang diterima oleh pihak industri. Industri akan menerima tenaga

kerja yang berpotensi untuk dilatih atau dilatih semula secara berkesan mengikut keperluan.

Selain itu dapat menggerakkan industri ke dalam pendidikan sebagai rakan kongsi.

5.0 STRATEGI PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

Pengajaran dan kurikulum yang berteraskan strategi pengajaran dan pembelajaran (p&p)

konteksual sebaik-baiknya distruktur untuk menggalakkan lima bentuk asas pembelajaran iaitu

Relating (Menghubung), Experiencing (Mengalami), Applying (Mengaplikasi), Cooperating

(Berkoperasi), dan Transferring (Pindahan).

Relating (Menghubung kait)

Pembelajaran dalam konteks pengalaman hidup, atau membuat kaitan, merupakan suatu bentuk

pembelajaran konteksual yang biasanya berlaku dikalangan kanak-kanak. Apabila kanak-kanak

membesar, adalah menjadi lebih sukar untuk menyediakan konteks pembelajaran yang

bermakna. Kurikulum yang cuba menempatkan pembelajaran dalam konteks pengalaman hidup 4

Memikir

Page 5: Assignment Pembelajaran Kontekstual

mesti menumpukan perhatian pelajar kepada taakulan, peristiwa dan keadaan-keadaan harian.

Kemudiannya, taakulan, peristiwa dan keadaan-keadaan harigan itu dipautkan dengan maklumat

baru untuk diinternalisasikan atau menyelesaikan sesuatu masalah.

Experiencing (Mengalami)

Pengalaman - pembelajaran dalam konteks eksplorasi, penemuan, dan reka cipta - merupakan

nadi pembelajaran konteksual. Walaupun pelajar-pelajar boleh dimotivasikan dengan strategi

p&p seperti video, naratif, atau aktiviti berasaskan teks, tetapi mereka masih merupakan bentuk

pembelajaran yang pasif secara bandingannya. Pembelajaran adalah lebih berkesan sekiranya

pelajar-pelajar dapat memanipulasikan alatan dan bahan serta melakukan bentuk penyelidikan

yang aktif.

Applying (Mengaplikasi)

Mengaplikasi konsep dan informasi dalam konteks berguna kerap kalinya dapat melonjakkan

pelajar ke masa hadapan yang dibayangkan (pekerjaan yang akan ditempuri) atau lokasi yang

tidak begitu biasa (tempat kerja sebenar). Dalam kursus pembelajaran konteksual, aplikasi

seringnya berdasarkan aktiviti pekerjaan. Ini boleh dilakukan dengan teks, video, makmal dan

amali. Kebanyakan sekolah akan mengadakan lawatan kilang, mentoring dan latihan kerja.

Cooperating (Bekerjasama)

Koperasi - pembelajaran dalam konteks berkongsi, bertindak balas, dan komunikasi dengan

pelajar lain - merupakan strategi p&p yang utama dalam pembelajaran konteksual. Pengalaman

berkoperasi bukan sahaja membantu kebanyakan pelajar mempelajari bahan pengajian, malah ia

juga dengan konsisten dengan fokus dunia sebenar tentang pengajaran konteksual. Majikan

mementingkan pekerja yang boleh berkomunikasi, berkongsi maklumat, dan bekerja dengan

selesanya dalam pasukan di tempat kerja. Justeru itu, adalah penting bagi pelajar untuk melatih

kemahiran koperasi di sekolah.

Kerja-kerja makmal yang merupakan salah satu kaedah pengajaran utama dalam kursus

konteksual, juga berbentuk koperatif. Biasanya pelajar-pelajar bekerja dengan ahli kumpulan

untuk melakukan amali makmal. Penyelesaian amali makmal memerlukan delegasi, pemerhatian,

5

Page 6: Assignment Pembelajaran Kontekstual

cadangan dan perbincangan. Lazimnya, kualiti data yang dikumpul oleh sesuatu pasukan

bergantung secara langsung kepada prestasi setiap ahlinya.

Transfering (Memindahkan)

Pembelajaran sesuatu isi dalam konteks pengetahuan yang sedia ada, atau memindahkannya

adalah berlandaskan apa yang telah diketahui pelajar. Pendekatan ini menyerupai Relating iaitu

berasaskan perkara-perkara yang lazim dan diketahui. Secara tradisinya kebanyakan pelajar

menghadapi situasi pembelajaran yang baru tanpa sebarang kaitan dengan pengetahuan sedia

adanya. Guru boleh membantu meningkatkan kemuliaan dan keyakinan pelajar dengan

menyediakan titian yang dapat menghubungkan pengalaman pembelajaran baru dengan apa yang

telah diketahui pelajar.

 

6.0 PERBEZAAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL DENGAN PEMBELAJARAN TRADISIONAL

6

Pembelajaran Secara KontekstualPerkara

Pembelajaran Secara Traditional

Objektif

Kaedah

Isi Kandungan

Peranan Guru

Peranan Murid

Disesuaikan untuk kecerdasan pelbagai

Mencari, membina dan mengaplikasikan maklumat

kepada dunia sebenar

Pembimbing dan mentor

Aktif mencari dan membina maklumat melalui aktiviti sebenar dalam kehidupan

Inkuiri, penemuan dan aplikasi

Penyampai maklumat

Peneriam maklumat yang pasif melalui syarahan dan

pembacaan

Disesuaikan untuk kecerdasan Bahasa dan Logik-Matematik

Syarahan dan soal jawab

Memindahkan maklumat

Page 7: Assignment Pembelajaran Kontekstual

7.0 KESIMPULAN

Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, objektif pembelajaran dapat dicapai melalui

pelbagai bentuk, Antara bentuk yang diutarakan adalah menghubung kait, mengalami,

mengaplikasi, bekerjasama dan memindahkan. Setiap bentuk yang dibincangkan harus

mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman dan persekitaran. Murid yang melaui proses

pembelajaran kontekstual berupaya mengaitkan apa yang dipelajari dan berupaya

mengaplikasikannya kepada situasi lain. Pembelajaran kontekstual yang efektif memerlukan

gabung jalin atau interaksi di antara kurikulum, kaedah pengajaran, situasi dan masa.

Penglibatan masyarakat dan industri dalam merancang strategi untuk menjayakan wawasan

bersama dengan pihak sekolah sangat penting. Oleh itu sekolah, industri dan masyarakat perlu

bersedia menerima perubahan da;lam menjayakan pengajaran dan pembelajaran secara

kontekstual.

7

PenilaianBerasaskan pencapaian atau prestasi atau penyelesaian

masalahMenguji fakta

Page 8: Assignment Pembelajaran Kontekstual

RUJUKAN

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Pembelajaran Secara Kontekstual

http://www.teachersrock.net/kontekstual1.htm

8