assigment tarannum ust sood2015 - copy

30
PQE3033E TARANUM AL-QURAN 2015 Kandungan mukasurat PENGHARGAAN 1 PENGENALAN 3 TAKRIF TARANNUM------------------------------------------------------------ --------------------------------4 SEJARAH TARANNUM AL- QURAN--------------------------------------------------------------- -------6 PERKEMBANGAN TARANNUM AL-QURAN SEHINGGA KINI-----------------------------------8 PERKEMBANGAN TARANUM AL-QURAN DI MALAYSIA 9 QARI-QARI DAN QARIAH YANG TERKENAL DI MALAYSIA/INDONESIA 10 PENGENALAN GURU TARANUM DAN QIRAAT. 11 SEJARAH PENGLIBATANNYA SECARA LANGSUNG DALAM KELAS PENGAJIAN AL- QURAN (PROGRAM PENGUKUHAN AL- QURAN)----------------------------------------------------15 1

Upload: rashidah-abd-wahab

Post on 02-Oct-2015

254 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

nnhbyyhbbdddnfjfjfdnud dbfjffnnmmmm

TRANSCRIPT

PQE3033E TARANUM AL-QURANPQE3033E TARANUM AL-QURAN2015

Kandungan mukasurat

PENGHARGAAN1

PENGENALAN 3

TAKRIF TARANNUM--------------------------------------------------------------------------------------------4

SEJARAH TARANNUM AL-QURAN----------------------------------------------------------------------6

PERKEMBANGAN TARANNUM AL-QURAN SEHINGGA KINI-----------------------------------8

PERKEMBANGAN TARANUM AL-QURAN DI MALAYSIA 9

QARI-QARI DAN QARIAH YANG TERKENAL DI MALAYSIA/INDONESIA 10

PENGENALAN GURU TARANUM DAN QIRAAT. 11

SEJARAH PENGLIBATANNYA SECARA LANGSUNG DALAM KELAS PENGAJIAN AL-QURAN (PROGRAM PENGUKUHAN AL-QURAN)----------------------------------------------------15

KAEDAH PENGAJARAN-------------------------------------------------------------------------------------13

SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN KELAS KEMAHIRAN AL-QURAN DAN (KKQ) DI SMKA--------------------------------------------------------------------------------------------------------------14-

KESIMPULAN--------------------------------------------------------------------------------------------------17-

REFLEKSI -------------------------------------------------------------------------------------------------------18

RUJUKAN--------------------------------------------------------------------------------------------------------20

KOLABORASI--------------------------------------------------------------------------------------------------21

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah s.w.t tuhan pencipta semesta alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan sahabat junjungan. Di kesempatan ini saya ingin memanjat rasa syukur kepada Allah s.w.t di atas hidayat dan pertolonganNYA tugasan bagi Kursus Tarannum PQE 3103 dapat saya siapkan sepenuhnya.

Tugasan ini menghendaki pelajar membuat satu kajian mengenai satu kelas pengajian Taranum al-quran yang saya pilih dengan menghuraikan secara terperinci sejarah penubuhan kelas tersebut,latarbelakang guru yang mengendalikan kelas,kurikulum yang diajar,kaedah yang digunakan dan sambutan yang diterima terhadap pengajian tersebut dalam kalangan masyarakat setempat.

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menyiapkan tugasan ini terutamanya kepada Uztaz Hj.Sood bin Chik selaku pensyarah bimbingan tugasan ini di atas tunjuk ajar beliau sepanjang menyiapkan tugasan ini. Ucapan terima kasih juga kepada rakan seperjuangan yang banyak meluangkan masa dan sudi di dalam berkongsi mencurahkan ilmu menyiapkan Kerja Kursus ini.

Sesungguhnya tugasan ini telah memberi banyak ilmu bermanafaat kepada diri saya dan diharapkan akan menjadi satu sumber rujukan kepada pelajar-pelajar lain. Sekali lagi saya memanjat rasa kesyukuran ke hadrat Illahi kerana tugasan ini memantapkan lagi pengetahuan sedia ada tentang ilmu tarannum yang sememangnya menjadi galakan terhadap umatnya supaya melagukan al-Quran secara terang, jelas dan tepat sebagaimana yang diturunkan. Semoga Allah memberkati segala usaha murni ini di dalam memartabatkan ilmu al-Quran al-Karim yang menjadi pedoman hidup selamanya. Insyaallah.

1.0 :PENGENALAN

Al-quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada junjungan besar Rasulullah s.a.w melalui perantaraan malaikat jibril a.s secara beransur-ansur dan disampaikan kepada kita dengan jalan yang mutawattir serta membacanya merupakan satu ibadat. Al-Quran mempunyai satu keseniaan yang unit dari sudut bacaan yang yang memerlukan seseorang menguasai ilmu tajwid, tarannum, Qiraat sabe dan lain-lain lagi demi memantapkan penguasan tartil mengikut bentuk dan kehendak ayat agar mudah difahami, dihayati dan diamalkan dengan sempurna seterusnya dapat melahirkan generasi al-Quran yang cemerlang.

Tuntutan bertarannum dalam sabda rasulullah :

Maksudnya : Perelokkan bacaan al-Quran itu dengan suara-suara, sesungguhnya suara yang elok sahaja boleh menimbulkan keelokan bacaan al-Quran.

(hadis riwayat Abu Daud)

Bacaan al-Quran yang terbaik adalah bacaan yang menggabungkan keelokan suara, bertajwid dan bertarannum yang mencapai martabat bacaan tartil yang sebenar (Nik Jaafar 1998 ). Menurut Nurliana Mohd sheriff (2003), alunan tarannum al-quran bukan sekadar tidak sama dengan lagu-lagu nyanyian lain seperti lagu penglipurlara, syair, Qasidah, nasyid dan sebagainya bahkan al-Quran juga tidak boleh dilagukan seperti lagu-lagu nyanyian. Perkara ini telah jelas diterangkan oleh baginda s.a.w dalam sabdanya :

Bermaksud : bacalah al-Quran itu dengan irama (lagu) kearaban dan dengan suara berlahjab arab. Jangan sekali-kali kamu melagukan al-Quran itu dengan gaya lagu ahli fasik dan ahli-ahli kitab (kristian dan Yahudi)

(Hadis riwayat Imam Thabrani dan baihaqi)

2.0 : TAKRIF TARANNUM

2.1 : Dari sudut bahasa

Tarannum dari sudut bahasa ialah, berasal dari perkataan tarannama yang bererti

menyanyi, mendendang dan memperelokkan suara terhadap sesuatu (Ibn Manzur, Muhammad bin Mukram al-afriqiy, al-Misri 1405 H ). Perkataan ini juga digunakan samada untuk haiwan. Sebagai contoh, seekor merpati yang menyanyi dan jamadat ( benda-benda bukan hidup dan berjisim seperti seperti sebuah gambus atau gitar ). Dengan itu setiap perkara yang menghasilkan bunyi atau suara yang menarik untuk didengar dipanggil nyanyian lagu( Ibn manzur 1405)

Terdapat beberapa perkataan lain yang memberi makna yang sama dengan tarannum ialah :

I ) Al- Tarji ()

Ii ) Al- Taghanni ()

iii) Al- Tatrib ()

iv ) Al- Talhin ()

v ) Al- Taghim ))

Perkataan Tarannum disandarkan kepada al-Quran adalah didasarkan kepada sebuah hadis yang bermaksud : Allah tidak mendengar (dengan penuh perhatian) terhadap sesuatu perkara sepertimana Allah menumpukan perhatian kepada seorang nabi yang mengelokkan lagu (tarannum) Al- Quran.

Di samping itu juga, Rasulullah s.a.w juga menggunakan tarannum bi-al-Quran sebagai istilah khusus kepada bidang Pengajian Ilmu Tarannum. Ini disebabkan perkataan tarannum adalah umum dan boleh digunakan kepada perkara-perkara lain juga. Justeru itu, tarannum bi-Quran sepatutnya dijadikan istilah khusus kepada bidang ilmu tarannum.

2.2: Tarannum dari segi istilah

Menurut Mohd Nor Abdul Rahman (2000), istilah tarannum bil-Quran lebih popular penggunaannya dan difahami oleh kebanyakan masyarakat di Nusantara untuk menunjukkan wujud hubungan erat antara seni memperelokkan suara dengan kaedah pembacaan ayat-ayat suci al-Quran di Nusantara. Nik Jaafar Nik Ismail (1998), mentakrifkan tarannum sebagai suatu ilmu kaedah suara yang dipelbagaikan bunyi mengikut nada, rentak dan irama tertentu untuk menambah seni bunyi sesuatu bacaan, khususnya bacaan al-Quran. Manakala Norakyairee dan Adnan (2008), pula menyatakan bahawa definasi tarannum al-Quran sebagai suatu kaedah yang menggunakan kelunakan suara dalam proses membaca ayat al-Quran.

Ilmu tarannum a-Quran juga boleh dimaksudkan sebagai suatu ilmu yang menbincangkan tentang cara-cara bagaimana melagukan al-quran dari aspek hukum tajwid, tarannum, asal usulnya dan istilah-istilah yang digunakan (Wan Hilmi 2010). Tarannum jika ditinjau dari perspektif ilmu adalah suatu ilmu atau kaedah suara yang dipelbagaikan mengikut proses nada, rentak dan irama terentu. Nada bermaksud tingkatan atau tekanan bunyi suara. Rentak pula ialah pergerakan yang menghidupkan bunyi suara dan irama ialah alunan atau bentuk bunyi. Tarannum juga diistilahkan sebagai suatu ilmu atau kaedah seni suara yang dibunyikan menerusi nada, rentak dan irama yang sangat lunak berdasarkan kepada kaedah tertentu untuk menambahkan keelokan seni bunyi sesuatu bacaan, khususnya bacaan al-Quran. Di Malaysia kaedah ini dikenali dengan nama tarannum bi al-Quran kerana bersempena sepotong hadis Rasulullah SAW iaitu :

"Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan kepada nabinya yangselalu mengelokkan lagu (tarannum) bacaan al-Quran".

Hasil daripada bunyi-bunyi tersebut, maka diambil istifadah atau manfaat oleh ahli-ahli muzik dan penyair dengan mengubah dan dilunakkan mengikut selera masing-masing. Dengan itu lahirlah kepelbagaian bentuk irama tarannum dan muzik mengikut budaya sesebuah masyarakat.

3.0: SEJARAH TARANNUM AL-QURAN

Sejarah Tarannum al-Quran dapat menjelaskan dengan lebih terperinci bermulanya asal-usulnya Tarannum al-Quran.

Berikut adalah penjelasan tentang asal-usul tarannum al-Quran dengan diikuti dengan perkembangan tarannum al-Quran secara terperinci :

Asal-usul tarannum al- Quran

Mengikut sejarah, tarannum atau muzik adalah sebahagian daripada budaya sesebuah masyarakat setempat dan asal-usulnya daripada beberapa seperti bunyian daripada geseran kayu, bunyi air yang mengalir, bunyi daripada tiupan angin dan kicauan burung. Ahli-ahli muzik dan penyair menjadikan unsur tersebut sebagai ilham mereka dalam mencipta kepelbagaian bentuk irama tarannum dan muzik mengikut budaya sesebuah masyarakat.

Berdasarkan catatan sejarah, masyarakat Arab sejak awal zaman Jahiliyyah lagi, sememangnya terkenal dengan kepakaran dalam bidang syair sehingga dibina sebuah tempat yang dikenali sebagai Soulqal- Ukkaz untuk dijadikan medan mendeklamasikan syair-syair seterusnya, syair-syair yang indah dipamerkan dan digantung bagi menjadikan kebangggan kepada pemiliknya.

Namun begitu, setelah kedatangan islam dan penurunan al-Quran, umat islam ketika itu diajak supaya membudayakan bacaan al-Quran dalam kehidupan seharian mereka dengan bacaan yang lebih baik dan lunak bagi menggantikan budaya mendeklamasikan syair tersebut.

Islam yang merupakan agama yang benar ini, telah mengajak masyarakat Arab Jahiliyyah pada ketika itu agar mengisi keperluan rohani mereka dengan memperdengarkan di telinga-telinga mereka dengan isi kandungan al-Quran al-Karim. Hadith sahih yang diriwayatkan oleh al-Imam Al-Bukhari menunjukkan isyarat keharusan membaca al-Quran secara bertarannum berdasarkan hadis yang berbunyi :

: :

Ertinya : Abu Hurairah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w : Allah tidak mengizinkan terhadap sesuatu sebagaimana yang diizinkan kepada nabi s.a.w supaya berlagu di dalam membaca al-Quran.

Menurut Jumhur Ulama, hadis tersebut menunjukkan bahawa al-Quran telah dibaca secara bertarannum selama mana tidak menyalahi hukum-hukum tajwid. Namun hukum menjadi haram jika terkeluar dari had dan hak ayat suci al-Quran seperti manambah dan mengurangkan huruf.

Di sini dapatlah dibuat kesimpulan bahawa sejarah tarannum sebenarnya bermula semenjak turunnya al-Quran pada peristiwa wahyu pertama di Gua Hira, kira-kira seawal tahun 610 Masehi sebagaimana yang telah dinyatakan dalam beberapa hadith sahih.

4.0 : PERKEMBANGAN TARANNUM AL-QURAN SEHINGGA KINI

Perkembangan tarannum a-Quran bermula zaman rasulullah s.a.w diikuti dengan tarannum pada zaman tabiin r.a dan pascanya dan sehinggalah ke hari ini.

4.1.1: Pada zaman rasulullah

Seni lagu tidak dapat dipisahkan dari orang-orang arab, bahkan orang-orang Arablah yang paling berminat dengan seni lagu. Ibnu Al-Arabi menerangkan bahawa biasanya orang-orang Arab ketika menunggang unta sentiasa mengalunkan lagu, samada ketika berjalan, duduk atau berehat di bawah pokok atau sedang bekerja.

Anas pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhmmad s.a.w pernah dinyanyikan semasa di dalam pengembaraan dengan nyanyian di belakang kafilah unta dan ia masih menjadi adat bangsa Arab pada masa Rasulullah dan para sahabat. Lagu-lagu nyanyian ini merupakan gurindam syair yang dialunkan dengan suara yang merdu dan rentak irama yang harmoni sehingga unta merasakan ringan bebanan yang dipikulnya dan merasakan dekat perjalanan yang jauh kerana terpesona dengan nyanyian qafilah itu.

Setelah kedatangan islam, Rasulullah menggalakkan para sahabat menggantikan lagu-lagu itu dengan lagu-lagu al-Quran, dan selain dari terhibur, ia juga menjadi ibadat dan mendapat pahala daripada Allah s.w.t.

Berdasarkan kenyataan ini, jelaslah menunjukkan kepada kita betapa tebalnya naluri bernyanyi di kalangan bangsa Arab. Oleh itu penggantian lagu-lagu al-Quran itu sedikit sebanyak telah mengisi kekosongan tersebut kerana lagu al-Quran adalah sesuai dengan naluri manusia selain dengan kehendak dan tuntutan ayat yang dibaca, bahkan membaca al-Quran dengan berlagu itu boleh menggerakkan seseorang itu mengamati apa yang dikehendaki oleh ayat al-Quran, umpamanya ketika membaca ayat-ayat yang menunjukkan khabar gembira atau sedih secara spontan dibawa lagu soba dan sikah. Begitu juga dengan ayat-ayat yang mempunyai ancaman dilagukan dengan lagu rast dan untuk lagu jiharkah dibaca pada ayat seksa dan azab neraka serta ayat-ayat seruan dibaca dengan lagu hijaz.

5.0 PERKEMBANGAN TARANUM AL-QURAN DI MALAYSIA

Di Malaysia taranum al-Quran berkembang dalam dua peringkat iaitu sebelum tahun 40an dan selepas tahun 40an. Sebelum tahun 40an lagu-lagu yang popular di kalangan qari Malaysia ialah lagu-lagu dari irama aliran Hijazi. Qari yang mengalunkan lagu irama hijazi ini dikenali dengan angkatan lama yang diketuai olehYusuf Kedondong dari kelantan.

5.1 QARI-QARI ISTANA

Qari-qari yang mahir dan berkebolehan dalambacaan al-quran mendapat tempat yang istimewa dan dipandang tinggi bukan saja di kalangan masyarakat tetapi di kalangan raja-raja melayu yang memerintah negeri masing-masing. Mereka mendapat kedudukan yang istimewa dimana setengah merekadilantik sebagaiQari Istana yang berperanan sebagai penyebar bacaan al-Quran baik di istana ataupun di kalangan masyarakat. Mereka lah yang memperkenalkan lagu-lagu al-Quran yang berlahjah arab kepada masyarakat setempat memperdengarkan bacaan mereka di majlis-majlis rasmi kerajaan, majlis khatam quran, kenduri kawin , haflah-haflah tertentu yang dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat. Oleh itu kita dapati negeri-negeri yang mempunyai ramai qari di raja mempunyai bilangan qari dan qariah yang ramai dan handal dalam bacaan taranum al-quran.Di antara qari-qari istana yang terkenal sekitar tahun 1922-1940an ialah:

1.Muhamad Yusuf Kedondong. (Kelantan)

2.Haji Muhamad Lintar (Terengganu)

3.Haji Muhamad Ribat (Kedah)

4.Haji Sulaiman (Johor)

5.Haji Khalid (Selangor)

6.Haji Muhamad Jempol (Negeri Sembilan)

7.Haji Mohyiddin dikenali dengan Dato Canai Kinitan (Perak)

Selepas tahun 40an qari-qari Malaysia mula popular dengan lagu-lagu aliran misri yang dipopularkan oleh qari-qari yang dikenali dengan angkatan baru diketuai oleh Hj Ahmad Maksum Pergau. Angkatan baru ini terdiri dari mereka yang belajar taranum al-Quran di negeri Mesir selepas tahun 40an. Berikutnya muncullah qari-qari yang terkenal dan berkebolehan dalam taranum al-Quran, lebih-lebih lagi dengan keperihatinan kerajaan yang memerintah pada masa itu (Persekutuan Tanah Melayu ) menganjurkan Musabaqah Tilawah al-Quran yang memgumpulkan qari-qari dari seluruh pelusuk negara untuk memperdengarkan bacaan masing-masing. Keberkesanan musabaqah bacaan al-quran ini menyebabkan kerajaan telah menganjurkan musabaqah bacaan al-Quran di peringkat antarabangsa yang berjaya dianjurkan kali pertama pada tahun 1961. Sejak itu taranum al-quran tersebar dengan meluas di segenap pelusuk dunia islam

5.2 QARI-QARI DAN QARIAH YANG TERKENAL DI MALAYSIA/INDONESIA

1.Tn Hj Ahmad Maksum Pergau (kelantan)

2.Tn Hj Nik Jaafar Nik Ismail (Kelantan)

3.Tn Muhamad Muhamad Yusuf (Kelantan)

4.Tn Hj Ismail Hasyim (Kedah)

5.Tn Haji Abdul Majid (Kelantan)

6.Tn Hj Saidin bin Abdul Rahman (P.Pinang)

7.Tn Hj. Abd.Ghani bin Abdullah (Kedah)

8.Tn Hj. Ahmad Jusuh (Perlis)

9.Tn Hj. Shafie bin Katie (Selangor)

10.Tn Hj Muhamad bin Hasry (Wilayah Persekutuan)

11.Tn Hj Saleh bin saidi (Johor)

12.Tn Hj. Abd.Rahim (Kelantan)

13.Tn Hj.Asmawi Duet ( Sarawak)

14.Tn Hj Muhamad Awang (Terengganu)

15.Tn HjMuhamad Ismail (Terengganu)

16.Tn Hj.Abdul Rasyid Ali (Terengganu

17.Tn Hj Daud Che Man

18.Tn Hj. Muammar Z.A (Indonesia)

19.Tn Hj Mirwan Batubara (Indonesia)

5.3 TOKOH-TOKOH QARIAH

1.Hjh Rogayah Sulung (Terengganu)

2.Hjh Faridah Mat Saman (Kelantan)

3.Hjh Rafeah Abd Rahman (P.Pinang)

4.Hjh Rahmas Abdullah (Johor)

5.Hjh Sapinah bt Mamat (Kelantan)

6.0 PENDAHULUAN

Kecenderungan umat Islam masa kini terhadap al-Quran semakin ketara terutama dalam bidang bacaan dan hafalan. Ini terbukti dengan tertubuhnya Maahad Tahfiz di kebanyakan negeri di Malaysia.Namun, di sana satu ilmu yang agak malap perkembangannya kerana tidak ramai yang mahir dalam bidang imu qiraat dan taranum ini bahkan seolah-olah terasing dalam minda masyarakat sekarang, padahal ia wujud sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi. Cuma tiada nama khusus bagi disiplin ilmu ini sehinggalah diperkenalkan dengan nama (Ilmu Qiraat & Tarannum) oleh beberapa orang ulama yang mengembalikan kegemilangannya.Kelas pengajian Taranum ini diyakini boleh memperkembangkan ilmu qiraat & tarannum seterusnya meneruskan kesinambungan usaha murni ulama terdahulu demi untuk mengekalkan kegemilangannya.

Setelah meneliti dan menelusuri sejarah perkembangan ilmu qiraat dan Taranum A-Quran di Malaysia,saya telah diminta membuat kajian tentang satu kelas pengajian Al-Quran dan sejarah penubuhannya di tempat saya iaitu di Kampung Sura Tengah Dungun.Hasil kajian yang dilakukan oleh saya dan beberapa orang rakan dibawah ini diceritakan secara terperinci tentang sejarah penubuhan kelas tersebut.

6.1 Pengenalan Guru Taranum dan Qiraat.

Guru taranum yang menjadi model dan sering disebut-sebut kehebatan dan cukup terkenal di kampong dan daerah Dungun iaitu Puan Zukriah binti Che Muda yang kini menjadi Guru Agama di Sekolah Rendah Kebangsaan Gong Pasir Dungun. Beliau berasal dari kampung Delong,Dungun Terengganu.Kemudian berpindah dan menetap di Kampung Sura Tengah Dungun.Beliau dilahirkan pada tahun 1970,Beliau berkahwin bersama pasangannya juga seorang Guru Agama iaitu Ustaz Azua bin Abdul Rahman, yang kini mengajar di Sek Men Kuala Abang Dungun.Hasil perkongsian beliau telah dikurniakan seramai 5 orang anak iaitu 3 lelaki dan 2 perempuan.Pendidikan awalnya di sekolah Rendah kebangsaan Delong,meneruskan pengajian menengah di SMASID Dungun.Selepas tamat sekolah berpeluang menyambung pelajarannya di Maktab Perguruan Pasir Panjang,Kuala Terengganu.Mula menunjukkan minat dalam dalam bidang Taranum Al-Quran seawal sekolah rendah lagi.Beliau mula berkecimpung dalam bidang seni suara,setelah dipilih mewakili sekolah dalam pertandingan Tilawah Al-quran sejak sekolah rendah dan menengah,setiap kali pertandingan beliau sentiasa menjuarai pertandingan tersebut.Keadaan berterusan sehingga ke Maktab Perguruan, di mana beliau selalu dipilih mewakili maktab untuk menyertai pertandingan dan berjaya sampai keperingkat kebangsaan.

6.2 Diantara pencapaian yang telah dimenangi sepanjang penglibatannya di dalam bidang Al-Quran

1)Penerima Anugerah Ibn Rusyd sesi 1993-1995 Hadiah Khas dari Maktab Pasir Panjang Kuala Terengganu

2)Anugerah Nuzul Al Quran kebangsaan sempena sambutan Nuzul Al Quran kebangsaan tahun 1415h bersamaan 1995 masihi

3)Johan ujian tilawah Al Quran antara maktab maktab perguruan Malaysia tahun 1993.

4)Johan tilawah Al Quran peringkat negeri Terengganu tahun 2002 masihi bersamaan 1423 Hijrah.

5)Johan Ujian tilawah dan mentafsir Al Quran maktab perguruan Malaysia tahun 1993 bersamaan 1414 masihi

6.3 Belajar Al-Quran

Selain itu beliau belajar Al-Quran di kampung khususnya al-Quran al-Karim daripada bapanya sendiri Allahyarham Che Muda semenjak berumur 7 tahun. Ketika usianya 12 tahun beliau telah dihantar oleh Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu untuk berguru dengan Ustaz Haji Yusof seorang guru taranum yang terkenal di Sek.Keb.Tok Jiring selama 3 bulan.Di sana beliau telah mempelajari selok belok ilmu Qiraat dan Tarannum dan berguru dengan beberapa orang guru yang berpengalaman di sana.Guru-guru tersebut sangat berjasa membentuk dirinya sehingga mampu menguasai ilmu tajwid dan tarannum dengan baik sehingga kini. Selain itu Kesemuanya memberi pengaruh kepada dirinya menjadi seorang Qariah Al-quran yang dikagumi.Minat mempelajari ilmu Al-Quran ini sentiasa diterapkan dalam dirinya walaupun kemudiannya beliau menjadi guru di sekolah.

6.4 Sejarah penglibatannya secara langsung dalam kelas Pengajian Al-Quran (Program Pengukuhan Al-Quran)

Kelas Pengajian Al-Quran atau Program Pengukuhan Al-Quran telah dijalankan semenjak awal penubuhan SMKA. Bermula tahun 2005 beliau telah dilantik menjadi salah seorang tenaga pengajar tetap di kelas pengajian tersebut.Beliau telah dilantik Khas oleh sekolah sebagai tenaga pengajar tetap bertempat di Sek.Men.Kebangsaan Agama Kuala Abang di bawah anjuran PIBG sekolah.Kelas ini diadakan pada setiap malam sabtu bermula pukul 9.30-10.30 malam.Seramai 15 orang pelajar telah dipilih untuk menyertai kelas tersebut sebagai pelapis untuk mewakili sekolah dalam setiap pertandingan.Pelajar-pelajar lain juga yang berkemahiran dan berminat di dalam ilmu qiraat dan Taranum juga dipelawa untuk menyertai kelas tersebut.Sambutan yang diterima daripada pelajar-pelajar amat menggalakkan,malah apabila dibuka pendaftaran untuk pelajar baru ramai yang mendaftar.Oleh kerana terlalu ramai pemilihan dan tapisan pelajar terpaksa dibuat bagi memilih calon pelajar yang betul-betul layak , berminat dan berbakat.

Tujuan utama ditubuhkan kelas pengajian ini adalah untuk mengembangkan ilmu al-Quran kepada pelajar dan masyarakat, lebih-lebih lagi kepada mereka yang berminat untuk mendalami dan memperlengkapkan diri dengan ilmu al-Quran. Mengikut pendapat beliau sebagai tenaga pengajar kelas pengajian ini, kebanyakan kelas-kelas al-Quran yang ada hari ini hanya menumpukan pengajian kepada tajwid sahaja. Oleh itu beliau dengan rasa tanggungjawab menerima untuk menjadi tenaga pengajar dalam program ini bertujuan untuk memberikan ilmu al-Quran yang lebih banyak lagi kepada pelajar dan masyarakat seperti ilmu Tarannum, ilmu Qiraat, ilmu Suara dan sebagainya begi memperlengkapkan dan memperelokkan bacaan al-Quran.

6.5 KAEDAH PENGAJARAN

Cara pengajaran pula terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu pengajaran ilmu Tarannum, ilmu Tajwid, ilmu Qiraat dan Kefahaman al-Quran (Tadabbur). Kaedah pengajaran yang digunakan dalam setiap kelas pengajaran ialah kaedah Talaqqi dan Musyafahah sebagaimana yang digunakan oleh Rasulullah semasa menyampaikan ayat-ayat al-Quran kepada para sahabat.

7.0 Sejarah Ringkas penubuhan Kelas Kemahiran Al-Quran(KAA) dan (KKQ) di SMKA

Satu daripada keunikan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Kelas Aliran Agama (KAA) ialah wujudnya Kelas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran (KKQ).

Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran (KKQ) telah dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) sejak tahun 1986 hingga sekarang.

Pelaksanaan ini berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pelajaran (JPP) pada tahun 1985.

Kelas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran (KKQ) merupakan salah satu daripada aktiviti ko-kurikulum di SMKA dan KAA berdasarkan pekeliling KP(BPPP) Sulit/03/9/JPP/M(87). Kelas ini hendaklah dilaksanakan di sekolah tertentu.

Jawatan guru al-Quran di SMKA dan KAA telah diperuntukkan di dalam senarai perjawatan (B26) tahun 2002 berdasarkan MEMO daripada Bahagian Sumber Manusia Kementerian Pendidikan Malaysia KP(PP) 0050/Jld.43(9) bertarikh 8 Mac 2002.

JAPIM dari masa ke semasa sentiasa mengadakan kursus-kursus khas kepada guru-guru yang mengajar KKQ di SMKA. Kursus yang sama juga akan diberikan kepada guru-guru yang mengajar di KAA bagi menambah atau melengkapkan guru-guru dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang berkaitan.

7.1 STATUS

Kelas Kemahiran Al-Quran adalah salah satu kegiatan ko-kurikulum yang dilaksanakan di SMKA dan KAA seluruh negara. Namun begitu di sekolah berkenaan ia wajib dilaksanakan tiga jam dalam seminggu bagi setiap tingkatan mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan.

7.2 OBJEKTIF

Setelah mempelajari Kemahiran al-Quran murid dapat:-

1.Membaca dan menghafal surah-surah tertentu daripada Al-Quran secara bertajwid dan mengamalkannya di dalam kehidupan seharian

2.Memahami dan menghayati perkara-perkara yang berkaitan dengan Al-Quran merangkumi aspek sejarah penulisan,pengumpulan,pembukuan,surah dan asbabun-nuzul.

3.Mengetahui lagu-lagu Al-quran dan mempraktikkannya dalam bacaan harian.

4.Mengetahui ,membezakan dan membaca wajah-wajah Qiraat Sabie.

7.3 KANDUNGANKURIKULUM

Tingkatan Satu hingga Tiga

Tingkatan 4 dan 5:

1. Tajwid

2. Hafazan

3. Qiraat Sabie

4. Tarannum

7.4 PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN

1.Setiap murid yang mengikuti kelas ini akan mengikuti Peperiksaan Khas yang dilaksanakan semasa tingkatan tiga dan juga tingkatan lima.

2.Peperiksaan dilaksanakan dalam bentuk lisan dan juga objektif (anika pilihan) meliputi aspek hafazan, tajwid, tarannum, ulum quran dan qiraat sabie. Semua soalan disediakan oleh Jawatankuasa Khas di Kementerian Pelajaran Malaysia.

3.Peperiksaan Lisan akan dilaksanakan oleh guru yang mengajar mengikut panduan yang telah ditentukan. Panduan dan format ujian akan dihantar kepada guru berkenaan. Markah yang telah siap akan dihantar kepada Kementerian untuk disatukan dengan markah peperiksaan objektif

4.Peperiksaan objektif dilaksanakan serentak di seluruh negara. Skrip jawapan calon akan dihantar kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk diperiksa dan diberi markah.

5.Murid yang lulus dalam peperiksaan tersebut akan dianugerahkan sijil yang ditandatangani oleh timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (JAPIM) yang merupakan pengerusi Jawatankuasa Khas Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran.

7.5 JADUAL WAKTU

Jadual yang diperuntukkan untuk kelas ini adalah tiga jam seminggu seperti yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Perancangan Pelajaran (JPP)

7.6 STATUS MURID

1.Adalah dicadangkan supaya bilangan murid dalam sesebuah kelas tidak melebihi 20 orang. Ini bagi membolehkan guru memberi tumpuan kepada tiap-tiap murid secara undividu dan latih tubi.

2. Murid hendaklah dipilih dari kalangan mereka yang baik dan lancar membaca Al-Quran kerana kandungan sukatan pelajaran dalam mata pelajaran ini adalah tinggi.

7.7 STATUS DAN PERANAN GURU AL-QURAN

Guru Al-Quran adalah jawatan Over & Above diberi kepada sekolah menengah harian biasa yang mempunyai KAA dan juga SMKA. Di antara tugas dan tanggungjawab guru Al-quran ialah :

1.Melaksanakan kelas KKQ.

2.Mereka boleh (dengan budibicara) diminta mengajar mata pelajarn lain seperti Pendidikan Islam dan Bahasa Arab sekiranya masih terdapat kekosongan dalam jadual mereka.

3.Bertanggungjawab melaksanakan projek-projek khas yang berkaitan dengan Al-Quran seperti Kelas Pemulihan dan sebagainya

4.Membimbing murid-murid membaca AL-Quran

5.Menanam minat murid dan warga sekolah kepada Al-Quran sehingga terbentuk masyarakat celik Al-Quran.

8.0 KESIMPULAN

Secara umumnya, Tarannum Al-Quran merupakan satu disiplin ilmu yang menentukan kaedah bagi menambahkan keelokan seni bunyi sesuatu bacaan dalam mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Sekiranya disiplin ini dapat dikuasai dengan baik, ia mampu mempersonakan para pendengar terhadap ayat-ayat suci Al-Quran. Menguasai disiplin ilmu ini bagi mempraktikkan dalam membaca ayat-ayat suci Al-quran merupakan satu tuntutan di dalam islam. Menurut islam membaca ayat-ayat suci Al-Quran dengan tarannum yang betul merupakan satu sunah dari Rasulullah SAW. Mereka yang berbuat demikian akan diberi ganjaran yang besar di sisi Allah SAW. Ini selaras dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Seseorang yang mahir membaca Al-Quran akan di tempatkan di syurga bersama-sama malaikat. Oleh itu, hiasilah Al-Quran dengan suaramu

Rasulullah SAW amat mementingkan agar ayat-ayat suci Al-Quran dibaca dengan bertarannum. Ia amat jelas melalui sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Barra bin Azib berkata : Rasulullah bersabda : Hiasilah al-Quran itu dengan suaramu. Manakala Imam Ahmad bin Ali bin Hajar Al-Asqalani menerangkan dalam kitabnya bahawa membaca Al-Quran secara berlagu adalah sesuai dengan kehendak jiwa dan selaras dengan bentuk ragam ayat Al-Quran itu sendiri. Qiraat merupakan suatu ilmu yang tidak dapat kita nafikan keutamaan dan kepentingannya. Menjadi tanggungjawab kita para daie untuk menyebarkan ilmu ini dan memasyhurkan ilmu ini dengan harapan masyarakat di Malaysia tidak melupai kesenian ilmu ini. Seterusnya memartabatkan syariat Islam di atas muka bumi Allah ini. Allah S.W.T sudah berjanji bahawa Dia akan menjaga al-Quran dan ilmu yang berkaitan dengannya sampai hari kiamat. Namun begitu, janganlah kita mengambil mudah dan memandang remeh perkara ini. Semoga kita tidak menjadi golongan yang rugi yang tidak memakmurkan ilmu Allah S.W.T.

PENULISAN REFLEKTIF

REFLEKSI

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNYA akhir berjaya saya menyiapkan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) PIM 3108. Saya menerima tugasan ini pada 7 feb 2015 iaitu ketika toturial kedua. Pada awalnya, ketika menerima tugasan ini pelbagai persoalan yang bermain di fikiran saya.

Bagi mengatasi masalah ini, saya cuba mendapat pendapat daripada rakan-rakan sekerja di sekolah. Sedikit demi sedikit saya mula mengambil langkah positif dengan mencari maklumat dari internet dan bahan-bahan bacaan dari perpustakaan untuk dijadikan bahan-bahan yang boleh membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.

Di dalam Tugasan Projek yang diamanahkan, saya ditugaskan bergerak secara berkumpulan untuk mendapatkan bahan dan maklumat berkaitan dengan kajian mengenai satu kelas taranum yang kami pilih.Berdasarkan kajian tersebut,kami dikehendaki membuat rakaman video atau audio mengenai pengajaran dan pembelajaran kelas tersebut.Di samping itu analisa yang dibuat setiap kami dikehendaki menyediakan laporan lengkap berkaitan kurikulum yang diajar,kaedah yang digunakan dan sambutan yang diterima terhadap kelas tersebut.Penyediaan laporan ini ditulis mengikut kreativiti setiap individu di antara kami. Diharap apa yang kami hasilkan dapat mencapai objektif yang ditetapkan..

Setelah melalui proses penghasilan Tugasan Projek ini, saya telah memperolehi pelbagai manfaat yang berguna dari segenap aspek serta turut memperolehi ilmu dan pengalaman baru. Tugasan yang diberi berkaitan dengan ilmu qiraat dan taranum ini membuatkan kami teruja untuk menyediakan laporan ini kerana ianya memberi satu pengalaman baru yang membangkitkan naluri ingin tahu dan sedikit sebanyak ianya dapat memberi ilmu yang berguna terhadap bidang Taranum Al-Quran. Mempelajari Seni Suara Al-Quran ini sesuatu yang cukup menarik dan indah sebenarnya kerana Allah sendiri sangat suka sesiapa yang membaca Al-Quran dan memperelokkan bacaannya. Di samping itu ianya memberi satu ilmu yang cukup bermanfaat untuk kita mengimplementasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bersama pelajar.Sekurang-kurangnya kita sebagai guru agama yang diamanahkan untuk mengajar ilmu Al-Quran tahu sedikit sebanyak ilmu taranum ini seterusnya dapat mencurahkan ilmu ini kepada anak didik kita.Dengan cara ini dapat menarik minat mereka dan tidak merasa jemu dalam jiwa mereka untuk mempelajari Al-Quran.. Pembelajaran yang menyeronokkan akan membuatkan murid semakin hari, semakin menebal minat mereka untuk menuntut ilmu.

Melalui kerja Kursus yang diamanahkan kepada saya ini, berbagai ilmu yang dapat saya perolehi . Pertamanya, Tarannum Al-Quran merupakan satu disiplin ilmu yang menentukan kaedah bagi menambahkan keelokan seni bunyi sesuatu bacaan dalam mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Sekiranya disiplin ini dapat dikuasai dengan baik, ia mampu mempersonakan para pendengar terhadap ayat-ayat suci Al-Quran. Menguasai disiplin ilmu ini bagi mempraktikkan dalam membaca ayat-ayat suci Al-quran merupakan satu tuntutan di dalam islam. Menurut islam membaca ayat-ayat suci Al-Quran dengan tarannum yang betul merupakan satu sunah dari Rasulullah SAW. Mereka yang berbuat demikian akan diberi ganjaran yang besar di sisi Allah SAW. Ini selaras dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Seseorang yang mahir membaca Al-Quran akan di tempatkan di syurga bersama-sama malaikat. Oleh itu, hiasilah Al-Quran dengan suaramu

Rasulullah SAW amat mementingkan agar ayat-ayat suci Al-Quran dibaca dengan bertarannum. Ia amat jelas melalui sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Barra bin Azib berkata : Rasulullah bersabda : Hiasilah al-Quran itu dengan suaramu.

Manakala Imam Ahmad bin Ali bin Hajar Al-Asqalani menerangkan dalam kitabnya bahawa membaca Al-Quran secara berlagu adalah sesuai dengan kehendak jiwa dan selaras dengan bentuk ragam ayat Al-Quran itu sendiri.

Pengisian tugasan ini juga sangat bermanafaat kepada pelbagai golongan khususnya kepada tenaga pengajar tilawah Al-Quran di sekolah, Maktab Perguruan atau Institusi Pendidikan yang lain. Akhirnya setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pensyarah bimbingan saya Ustaz Haji Sood bin Chik dan juga kepada teman-teman seperjuangan di atas sokongan dan tunjuk ajar yang diberikan dalam menyiapkan tugasan ini. Semoga Allah SWT memberkati segala hasil usaha ini.

RUJUKAN

Hj.Nik Jaafar bin Nik Ismail (1997). Qawaid tarannum, cara berlagu . Kuala Lumpur. Darul Fikir.

Mohd Ali bin Abu Bakar. (1991). Seni lagu al-Quran di Malaysia. Kuala Lumpur. DarulFikir.

Hj. Nik Jafar Bin Nik Ismail, 2007, Tarannum, Kertas Kerja Kursus Tahsin Bacaan al-

Quran Peringkat Zon Tengah dan Selatan, 10-13 September 2007, JAKIM, hlm. 7.

Dr.. H. St. Amanah. (1993), Pengertian ilmu al-Quran dan Tafsir, Kuala Lumpur : Penerbit Asy Syifa Darul Fikir Sdn. Bhd.

Hassan al-Shukri bin Abdullah, 2008, Pengenalan Asas Tarannum, Kursus Sijil

Tinggi Pengajian Tarannum, Darul Quran:Kuala Kubu, hlm. 5

Che Yahya Daud, 2007, Tarannum, Kertas Kerja Kursus Tahsin Bacaan al-Quran

Peringkat Zon Tengah dan Selatan, 10-13 September 2007, JAKIM, hlm. 7.

SUMBER INTERNET

https://www.scribd.com/doc/143514939/PQE310

http://www.zainul.com/kkq/

https://www.academia.edu/8008873/Tarannum_Pengertian_Tarannum_Al-Quran

http://maritarannum.blogspot.com/2013/04/pengertian-tarannum.htm

http://myqurra.blogspot.com/2011/04/pengertian-dan-dalil-galakan-tarannum.html

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS

Nama Pelajar : Rashidah binti Abdul Wahab

No. Matrik : g212ttpima5272a

Kumpulan : Pendidikan Islam (PIM 1)

Semester : Semester 7

Mata Pelajaran : PQE3033E Taranum Al-Quran

Pensyarah Pembimbing : Ustaz Haji Sood bin Chik

BIL

TARIKH

PERKARA

NAMA

T.TANGAN

1.

17.feb.2015

Interaksi kedua

Menerima tugasan

PQE3033E

Ustaz Haji Sood bin Chik

2.

21.feb.2015

Hingga

23.2.2015

Mencari dan mengakses bahan

di Internet dan Perpustakaan

Rashidah binti Abdul Wahab

3.

25 .feb.2015

Perbincangan bersama rakan rakan tentang tambahan

Tn.Rohaizam

Rashidah Abd Wahab

4.

8- feb.2015

Hingga

10 .mac 2015

Menaip Tugasan

Semakan

Cetak tugasan

Fotostat bahan

Tn.Rohaizam

Pn.Rashidah

5.

15 Mac 2015

Menyemak semula tugasan yang diberi serta menyiapkan untuk dihantar kepada pensyarah

Pn.Rashidah

6.

28 mac 2015

Hantar tugasan

Ustaz Haji Sood bin Chik

21