bahan tarannum

45
http://www.gemaislam.net/abstrak1.htm AHAP KEFAHAMAN PERKARA ASAS FARDHU AIN DAN AMALANNYA DI KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK (Penyelia : Dr. Hj Maimun Aqsha Lubis) SHAIROZI BIN HASHIM (2006) ABSTRAK Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat tahap kefahaman perkara asas fardhu ain dan amalannya di kalangan pelajar Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor. Secara khususnya kajian ini melihat perbezaan tahap kefahaman perkara asas fardhu ain yang merangkumi aspek akidah, ibadah dan akhlak serta amalannya di kalangan pelajar berdasarkan factor jantina, lokasi tempat tinggal dan aliran sekolah. Sampel kajian terdiri daripada 300 orang pelajar dan Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Jabatan Perdagangan dan Jabatan Teknologi Maklumat di Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor. Pemilihan sampel dilakukan secara rawak daripada semua kursus di jabatan terbabit. Tahap kefahaman perkara asas fardhu ain dan amalan pelajar diukur menggunakan soal selidik yang dibina sendiri oleh pengkaji. Data dianalisis rnenggunakan frekuensi, min, peratusan, ujian-t dan Korelasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kefahaman perkara asas fardhu ain dan amalannya dikalangan pelajar berdasarkan factor jantina, lokasi tempat tinggal dan jenis aliran sekolah. Hasil kajian ini juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kefahaman perkara asas fardhu aindengan amalannya di kalangan pelajar. TAHAP PENGGUNAAN TULISAN JAWI GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM (Penyelia : Dr. Nik Mohd Rahimi NIk Yusoff)

Upload: willy-nikita

Post on 14-Aug-2015

155 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

tarannum

TRANSCRIPT

Page 1: Bahan Tarannum

http://www.gemaislam.net/abstrak1.htm

AHAP KEFAHAMAN PERKARA ASAS FARDHU AIN DAN AMALANNYA DI KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK

(Penyelia : Dr. Hj Maimun Aqsha Lubis)

SHAIROZI BIN HASHIM (2006)

ABSTRAK

Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat tahap kefahaman perkara asas fardhu ain  dan amalannya di kalangan pelajar Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam, Selangor. Secara khususnya kajian ini melihat perbezaan tahap kefahaman perkara asas fardhu ain  yang merangkumi aspek akidah, ibadah dan akhlak serta amalannya di kalangan pelajar berdasarkan factor jantina, lokasi tempat tinggal dan aliran sekolah. Sampel kajian terdiri daripada 300 orang pelajar dan Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Jabatan Perdagangan dan Jabatan Teknologi Maklumat di Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor. Pemilihan sampel dilakukan secara rawak daripada semua kursus di jabatan terbabit. Tahap kefahaman perkara asas fardhu ain  dan amalan pelajar diukur menggunakan soal selidik yang dibina sendiri oleh pengkaji. Data dianalisis rnenggunakan frekuensi, min, peratusan, ujian-t dan Korelasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kefahaman perkara asas fardhu ain  dan amalannya dikalangan pelajar berdasarkan factor jantina, lokasi tempat tinggal dan jenis aliran sekolah. Hasil kajian ini juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kefahaman perkara asas fardhu aindengan amalannya di kalangan pelajar.

 TAHAP  PENGGUNAAN  TULISAN JAWI  GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM

PENGAJARAN DAN  PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM 

(Penyelia : Dr. Nik Mohd Rahimi NIk Yusoff) 

HAMIDAH  BINTI SAMSUDIN (2007) 

ABSTRAK 

 Kajian tinjauan ini dijalankan bertujuan untuk melihat tahap penggunaan tulisan Jawi di kalangan guru Pendidikan Islam dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 43 orang guru Pendidikan Islam yang mengajar di sekolah menengah di sekitar daerah Jerantut. Responden tersebut telah dipilih secara rawak. Satu set soal selidik  yang telah diedarkan secara pos telah digunakan untuk mendapatkan data yang diperlukan. Data yang telah dikumpul diproses menggunakan program SPSS 11.5. Dua jenis analisis data digunakan iaitu analisis statistik secara deskriptif dan statistik inferensi. Statistik deskriptif digunakan untuk

Page 2: Bahan Tarannum

mencari kekerapan, peratusan dan min. Manakala statistik inferensi yang digunakan untuk pengujian hipotesis ialah Ujian t dan korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjuk tahap penggunaan dan sikap terhadap penggunaan adalah pada tahap sederhana. Pengetahuan dan kemahiran Jawi guru adalah pada skala yang tinggi. Manakala dari segi sumber dan kemudahan adalah pada tahap kurang memuskan. Hasil Ujian t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang siknifikan dari segi tahap penggunaan tulisan Jawi berdasarkan jantina dan pengalaman kerja. Dapatan juga mendapati tahap penggunaan tulisan Jawi mempunyai hubungan yang siknifikan dengan pengetahuan dan kemahiran Jawi guru(r = .437 dan p .005 < 0.01), sikap terhadap tulisan Jawi (r = .579 dan p .000 <0.01).Manakala faktor kemudahan dan sumber tidak mempunyai hubungan yang siknifikan dengan tahap penggunaan tulisan Jawi. 

EMAHIRAN membaca al-quran dan jawi pelajar-pelajar tingkatan satu sekolah berasrama penuh : satu kajian kes

ABSTRAK

Kajian ini untuk meninjau kemahiran membaca al-Quran dan Jawi pelajar-pelajar tingkatan satu di dua buah Sekolah Berasrama Penuh di daerah Seremban, Negeri Sembilan. Orientasi kemahiran membaca al-Quran dan Jawi dibentuk dalam item-item yang dirangka untuk memperlihatkan apakah bentuk kemahiran yang telah dimiliki oleh pelajar-pelajar tingkatan satu yang memasuki Sekolah Berasrama Penuh. Kajian ini menumpukan kepada kategori kemahiran membaca al-Quran dan kemahiran membaca Jawi. Kajian juga memperlihatkan apakah tahap kemahiran para pelajar semasa mereka berada di sekolah rendah dahulu dan adakah terdapat perbezaan dari segi jantina tahap kemahiran membaca al-Quran dan Jawi semasa di tahap tersebut. Instrumen soal selidik yang digunakan dalam kajian ini bertujuan untuk mengumpul data mengenai set-set kemahiran al-Quran dan Jawi pelajar. Borang soal selidik telah diedarkan kepada dua buah Sekolah Berasrama Penuh. Seramai 164 responden pelajar telah mejawab soalan-soalan soal selidik tersebut. Data yang dikumpul telah dianalisa dengan menggunakan statistik kekerapan, peratusan, min dan ujian t. Dapatan kajian ini menunjukkan pelajar-pelajar yang memasuki 2 buah Sekolah Berasrama Penuh di daerah Seremban telah menguasai kemahiran al-Quran dan Jawi. Walau bagaimanapun terdapat perbezaan dari segi jantina terhadap keputusan ujian membaca al-Quran dan keputusan ujian membaca jawi pelajar-pelajar di tahap Tahun 6 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Kajian ini juga menunjukkan kemahiran yang berbeza dari segi jantina terhadap kemahiran membaca al-Quran dan membaca Jawi pelajar-pelajar yang memasuki dua buah Sekolah Berasrama Penuh tersebut. Keputusan kajian menunjukkan pelajar perempuan lebih berkemahiran membaca al-Quran dan membaca jawi jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar lelaki sekolah berkenaan.

http://www.scribd.com/doc/33884090/Kajian-Tindakan-Meningkatkan-Kemahiran-Membaca-Perkataan-Bahasa-Arab-dan-Ayat-Al-Quran

P203    HATIFAH YUSSOF

PENDIDIKAN syariah islamiyyah : satu kajian tentang permasalahan dalam pengajaran di sekolah agama dan harian (Kementerian Pendidikan) dan sekolah agama menengah kerajaan negeri di Selangor (Penyelia : ustaz Mohd. Isa Hamzah)

 

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji permasalahan di dalam pengajaran Pendidikan Syariah Islamiyyah dari aspek pemahaman sukatan pelajaran dan huraiannya, penyediaan rancangan mengajar, proses pengajaran-pembelajaran dan bahan-bahan bantu mengajar. Sampel kajian terdiri daripada 50 orang guru yang sedang mengajar PSI tingkatan empat dan Lima. Untuk mengetahui masalah-masalah tersebut, 23 item soalan soalselidik dikemukakan. Data-data dianalisa dengan menggunakan kekerapan, min dan peratus. Dapatan kajian menunjukkan tiada masalah yang wujud dalam pengajaran kecuali guru hanya masih mengamalkan Kaedah Kuliah/Syarahan dan Perbincangan (80%). Buku teks (82%) dan papan hitam (88%) masih menjadi bahan bantu mengajar utama yang sering digunakan di dalam pengajaran. Berdasarkan kepada tahap masalah yang dihadapi oleh responden lelaki dan perempuan, dapatan menunjukkan kedua-dua responden tidak menghadapi masalah di

Page 3: Bahan Tarannum

dalam pengajaran, kecuali dari segi kekerapan menggunakan bahan-bahan bantu mengajar berbentuk audio-visual dan kekerapan menyediakan bahan-bahan bantu mengajar. Dari faktor perbezaan guru, didapati guru-guru kementerian kurang mendapat bantuan dan bimbingan daripada pihak pentadbir, kakitangan sumber dan pegawai pendidikan daerah/jabatan dan kementerian. Dari segi kekerapan menggunakan bahan-bahan bantu mengajar didapati kedua-dua responden bermasalah dalam menggunakan bahan bantu mengajar berbentuk audio dan audio-visual.

TAHAP PENGUASAAN BACAAN AL-QURAN DI KALANGAN GURU PELATIH BUKAN PENGKHUSUSAN PENGAJIAN AGAMA

ISLAM  

Nasir B. Mohamad

Rubiyah Bt. Haron

Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral  

Abstrak

Kajian ini bertujuan meninjau tahap penguasaan bacaan al-Quran di kalangan guru-guru pelatih Islam kursus Diploma Perguruan Malaysia , Semester Satu ( 1997 ) bukan Pengkhususan Pengajian Agama Islam , Institut Perguruan Darulaman,. Seramai 80 orang guru pelatih dipilih secara rawak daripada 8 kumpulan kuliah, pelbagai pengkhususan. Kajian ini melihat secara menyeluruh tentang kebolehan membaca al-Quran yang meliputi aspek mengenali Huruf Hijaiyah , tanda-tanda bacaan , Hukum Tajwid , pengetahuan tentang lagu-lagu dan suara dalam pembacaan al-Quran dan penglibatan semasa di sekolah dalam pelbagai aktiviti yang berkaitan . Kajian ini juga bertujuan melihat sejauh mana pelatih dapat menghafaz surah-surah pendek . Data kajian ini diperolehi melalui soal selidik yang digubal sendiri oleh penyelidik sendiri dengan bantuan pensyarah yang berpengalaman. Pentadbiran soal selidik dijalankan secara kumpulan mengikut pengkhususan dengan dibantu oleh pensyarah-pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Kajian ini mendapati kebolehan membaca al-Quran di kalangan guru pelatih umumnya masih di tahap yang rendah khasnya aspek pembacaan al-Quran yang lebih mencabar yang memerlukan kemahiran yang tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan wujudnya perbezaan signifikan tahap kebolehan membaca al-Quran guru pelatih lelaki dan guru pelatih perempuan (t = - 2.13, P<.05) serta guru pelatih berpencapaian tinggi dan berpencapaian rendah dalam mata pelajaran Agama Islam SPM (  = 13.8, df = 6, p <.05 ) . Beberapa cadangan di kemukakan untuk meningkatkan tahap kebolehan membaca al-Quran di kalangan guru pelatih.

Pengenalan  Kajian ini bertujuan meninjau penguasaan bacaan al-Quran di kalangan guru pelatih Islam Kursus Diploma Perguruan Malaysia, Semester Satu ( ambilan Jun 1997 ) bukan Pengkhususan Pengajian Agama Islam, Institut Perguruan Darulaman. Sebagaimana termaklum , pembelajaran dan penguasaan bacaan al-Quran adalah merupakan kewajipan setiap muslim . Allah telah memerintahkannya melalui firmanNya dalam Surah al-Muzammil (4) :Maksudnya :

" Hendaklan kamu mentartilkan bacaan al-Quran seberapa tartil yang boleh. "

Page 4: Bahan Tarannum

Berhubung makna ‘ Tartil ’ , Saiyidina Ali Karramallah Wajhah telah menjelaskan bahawa ia bermaksud mengelokkan sebutan huruf di samping menjaga hukum bacaan( Hukum Tajwid ).Bagi seorang muslim , mempelajari Ilmu Tajwid adalah tanggung jawab Fardhu Kifayah , sementara membaca al- Quran mengikut Hukum Tajwid adalah Fardhu Ain. Membaca al-Quran tanpa mengambil kira Hukum Tajwid adalah satu pencemaran dan penghinaan terhadap Kitab Suci al-Quran . Dalam Islam , sebarang bentuk pencemaran dan penghinaan terhadap al- Quran hukumnya haram jika disengajakan , lebih-lebih lagi pencemaran pada lafaz al-Quran kerana ianya boleh membawa kepada kekufuran .Di maktab perguruan , Pendidikan Islam adalah mata pelajaran yang wajib diambil dan diwajibkan lulus . Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam didahulukan dengan Pendidikan al-Quran yang meliputi Surah al-Kahfi , Surah Qaf , Surah ad-Dukhan , Surah al-Waqi’ah , Surah al-Mulk , Surah al-Muzammil dan Surah al-Hasyr ( BPG, 1993 ). Mulai tahun 1996 , Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam telah diubah untuk memberi penekanan kepada pembacaan al-Quran secara Qiraati . (BPG ,1996)

Pengubahsuaian sukatan pelajaran ini dilakukan kerana didapati tahap penguasaan bacaan al-Quran di kalangan guru pelatih amat mendukacitakan sehingga memerlukan pelajaran yang asas dalam pembacaan al-Quran ( Qiraati ) . Pengubahsuaian ini selaras dengan objektif Pendidikan Islam maktab perguruan yang berbunyi , " Sukatan Pelajaran Dinamika Guru Pendidikan Islam merupakan satu usaha yang berterusan dalam menyampaikan ilmu , membentuk kemahiran dan memupuk budaya al-Quran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah . Ia bertujuan untuk melahirkan insan yang berilmu , berkeperibadian mulia , berkemahiran dan bersikap positif untuk membangun diri , masyarakat ,alam sekitar dan agama ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat ." ( BPG , 1996 : 1 )

Melalui interaksi kuliah Dinamika Guru Pendidikan Islam , pengkaji mendapati ramai guru pelatih Semester Satu ( KDPM ) yang tidak boleh membaca al-Quran dengan baik . Ini menyebabkan pelatih-pelatih kurang berminat mengikuti kuliah Dinamika Guru Pendidikan Islam Setengah-setengah pelatih pula merasa rendah diri dan terpinggir . Apa yang lebih membimbangkan ialah keadaan akan bertambah buruk sekiranya masalah ini dibiarkan berpanjangan tanpa sebarang usaha untuk memperbaikinya samada daripada diri pelatih itu sendiri atau pihak-pihak yang terbabit. Sebagai langkah awal untuk mengatasi masalah tersebut , satu kajian empirikal untuk mengumpul data persepsi guru pelatih terhadap tahap penguasaan bacaan al-Quran dijalankan . Adalah menjadi harapan pengkaji agar kajian yang bertujuan meninjau penguasaan bacaan al-Quran di kalangan guru pelatih Islam Institut Perguruan Darulaman

Page 5: Bahan Tarannum

ini dapat membekalkan maklumat berguna kepada pensyarah berkenaan dalam usaha mengatasi masalah penguasaan bacaan al-Quran . Dapatan kajian juga diharap dapat menyedarkan guru pelatih tentang kelemahan mereka dalam membaca ayat-ayat al-Quran dan seterusnya meningkatkan keupayaan mereka ke tahap yang lebih baik dan sempurna .

Soalan kajian

Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan-persoalan berikut : 

1.Apakah latar belakang guru pelatih berkaitan dengan pembelajaran al-Quran ? 

 

2.Apakah persepsi guru pelatih terhadap keupayaan diri dalam menguasai kemahiran asas membaca al-Quran ?

3.Apakah persepsi guru pelatih terhadap tahap kebolehan diri membaca dengan betul beberapa Ayat Lazim atau Surah yang pendek mengikut Hukum Tajwid ?

4.Adakah wujudnya perbezaan dari segi tahap penguasaan bacaan al-Quran di kalangan guru pelatih daripada aspek:  

a. Jantinab. kelulusan akademikc. pencapaian mata pelajaran Pendidikan Agama Islam dalam

SPM dand. pengkhususan

Definisi istilah  

Penguasaan Bacaan al-Quran

Kebolehan membaca al-Quran mengikut cara yang betul dari segi sebutan ( Fasahah ) mengikut Makharijil-Huruf dan Hukum Tajwid .  

Page 6: Bahan Tarannum

Tahap penguasaan bacaan al-Quran yang rendah

Sekadar boleh membaca beberapa ayat al- Quran yang pendek ( Ayat Lazim ) tanpa mematuhi peraturan yang betul dari segi sebutan ( Fasahah ) dan Hukum Tajwid .  

Tahap penguasaan bacaan al-Quran yang sederhana

Hanya boleh membaca beberapa ayat tertentu ( khasnya Ayat Lazim ) mengikut cara yang betul dari segi sebutan ( Fasahah ) dan Hukum Tajwid.

Tahap penguasaan bacaan al-Quran yang tinggi

Boleh membaca ayat-ayat al-Quran dengan baik mengikut cara yang betul dari segi sebutan Makharijil-Huruf ( Fasahah ) dan Hukum Tajwid .

 Batasan kajian

Dapatan kajian terbatas kepada persepsi guru pelatih Islam IPDA ( KDPM ) Semester Satu ambilan Jun 1997 bukan pengkhususan Pengajian Islam terhadap keupayaan diri dalam menguasai kemahiran asas membaca al-Quran . Ia tidak bertujuan untuk digeneralisasikan bagi kumpulan guru pelatih Islam yang lain.

i. Tahap penguasaan al-Quran yang diukur terbatas kepada kebolehan menyebut dan melafaz kalimah-kalimah al-Quran dengan makhraj yang betul dan membaca beberapa Ayat Lazim atau Surah yang pendek mengikut Hukum Tajwid .

 

     

Sifat Pendidikan Islam  Pendidikan Islam bersifat menyatukan semua ilmu pengetahuan di bawah autoriti dan pengendalian al-Quran dan as- Sunnah yang merupakan teras di dalam sistem pendidikan dan kebudayaan Islam

Page 7: Bahan Tarannum

seluruhnya ( Wan Rahimah binti Othman , 1990 ) . Beliau telah menggambarkan kedudukan sifat Pendidikan IslamModul Konseptual Pendidikan Guru ini menekankan akauntabiliti guru kepada tiga dimensi utama iaitu kendiri , kemasyarakatan dan ketuhanan ( 3K ) . Citra ketiga-tiga dimensi ini dijelmakan dalam program yang dirancang seperti berikut :

Ketuhanan : menganjurkan peningkatan ilmu , penghayatan dan amalan individu sebagai insan yang percaya dan patuh kepada ajaran agama .

 Kemasyarakatan : menekankan peranan guru sebagai pendidik , pemimpin dan sebagai agen perubahan.  Kendiri : menekankan pembinaan daya ketahanan , patriotisme , pemupukan budaya ilmu pembentukan sahsiah dan pekerti mulia .  ( BPG , 1996 )

Sukatan pelajaran Pendidikan IslamSukatan Pelajaran Dinamika Guru Pendidikan Islam memperlihatkan satu usaha yang berterusan dalam menyampaikan ilmu , membentuk kemahiran dan memupuk penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah . Ia bertujuan untuk melahirkan insan yang berilmu , berperibadi mulia , berkemahiran dan bersikap proaktif untuk membangun diri , masyarakat , alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat . Tujuan ini sesuai dengan kehendak Bahagian Pendidikan Guru yang ingin melahirkan insan guru yang berakhlak mulia , berpandangan progresif dan saintifik , bersedia menjunjung aspirasi budaya dan negara untuk menjamin perkembangan individu dan memelihara masyarakat yang bersatupadu , demokratik , progresif dan berdisiplin .

 Sukatan Pelajaran Asas Dinamika Guru Pendidikan Islam DPM digubal untuk melahirkan insan guru yang berkelibar dalam semua aspek ; sahsiah , ilmu pengetahuan dan nilai kerohanian yang positif selaras dengan Falsafah Pendidikan Islam . Setelah mengikuti program ini , guru lulusan Kursus Diploma Perguruan Malaysia ( KDPM ) diharap mempunyai pengetahuan asas mengenai Islam secara teoris dan praktis serta menghayati " Amar Maaruf dan Nahi Mungkar " dan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Mereka diharapkan menjadi model yang baik kepada murid dan masyarakat , juga di samping melaksanakan tanggungjawab sebagai Khalifah Allah serta menyumbangkan bakti kepada negara . Selain itu , pelajaran Pendidikan Islam mempunyai matlamat khusus iaitu selepas mengikuti kursus ini pelatih dapat mengetahui , memahami dan membaca Ayat al-Quran dengan betul dan mengamalkan pengajaran daripada Ayat yang dibaca . ( BPG , 1996 )

Page 8: Bahan Tarannum

METOD

 Sampel kajian

Sampel kajian terdiri daripada guru pelatih Semester Satu ( KDPM ) ambilan Jun 1997 daripada pelbagai pengkhususan kecuali pengkhususan Pengajian Islam . Seramai 80 orang guru pelatih ( 41 orang lelaki dan 39 orang perempuan ) dipilih secara rawak daripada pelbagai pengkhususan untuk menjawab soal selidik .Butiran sampel boleh didapati dalam Jadual ( 1 ) .

Jadual (1) :Taburan Sampel Kajian mengikut Pengkhususan dan Jantina.

 Pengkhususan Lelaki Perempuan Jumlah Peratus

MT/SN 1

MT/SN 2

MT/PJK

SN/KH

PRA/PM

SN/KT

MT/KH

PM/PS

6

5

5

5

5

5

5

5

4

5

5

5

5

5

5

5

10

10

10

10

10

10

10

10

12.5

12.5

12.5

12.5

12.5

12.5

12.5

12.5

JUMLAH

 

41 39 80  100

 

 Instrumen kajian

Instrumen kajian terdiri daripada soal selidik yang dibina oleh pengkaji sendiri dan dimurnikan oleh seorang pensyarah yang berpengalaman dalam pembinaan soal selidik .Soal selidik mengandungi 28 item . Item-item dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A , B dan C . Bahagian A bertujuan mengumpul maklumat tentang latar belakang guru pelatih dalam pembelajaran al-Quran . Manakala Bahagian B pula berbentuk Skala Likert yang terdiri daripada 5 peringkat . Peringkat 4 dan 5 melambangkan penilaian yang tinggi , 3 bagi melambangkan penilaian sederhana , sementara 2 dan 1 menunjukkan penilaian yang rendah terhadap item-item berkenaan . Manakal Bahagian C merupakan

Page 9: Bahan Tarannum

item Ya / Tidak.  

Kebolehpercayaan soal selidik telah diuji dan didapati berada di paras yang tinggi ( Alpha = .90) . Soal selidik ditadbirkan oleh pensyarah Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral ke atas guru-guru pelatih Islam yang dipilih secara rawak mengikut pengkhususan

Analisis dataData yang dikumpul dikod dan diproses dengan menggunakan perisian komputer SPSS PC+. Untuk Soalan Kajian (1) yang berkaitan dengan latar belakang guru pelatih dalam pembelajaran Al Quran data dianalisis dengan menggunakan peratus kekerapan.. Begitu juga dengan Soalan Kajian (2) dan (3) yang meninjau persepsi guru pelatih terhadap keupayaan diri dalam menguasai kemahiran asas membaca al-Quran dan kebolehan membaca dengan betul beberapa Ayat Lazim atau Surah pendek mengikut Hukum Tajwid. Manakala untuk Soalan Kajian (4) yang menguji sama ada wujudnya perbezaan signifikan tahap penguasaan bacaan al-Quran dari aspek (i) jantina (ii) kelulusan akademik (iii) pencapaian mata pelajaran Pendidikan Agama Islam dalam SPM dan (iv) pengkhususan ujian-t dan ujian Khi Kuasa Dua digunakan.

KEPUTUSAN KAJIAN

Latar belakang guru pelatih berkaitan dengan pembelajaran al-Quran

Berdasarkan Jadual ( 2 ) , guru pelatih yang mempunyai kelulusan SPM ialah 63.8 % . Ini menunjukkan jumlah kelulusan SPM lebih ramai daripada kelulusan STPM . Bagi kelulusan mata pelajaran Pendidikan Islam peringkat SPM , pelatih yang memperoleh kepujian mencapai 93.7 % . Ini menunjukkan bahawa pencapaian di peringkat SPM bagi mata pelajaran Pendidikan Islam adalah tinggi di kalangan guru pelatih .

 Ditinjau dari sudut usia mula mempelajari al-Quran , didapati 66.2 % adalah pada umur 6 - 10 tahun . Jumlah pelatih yang memiliki Kitab al- Quran ialah sebanyak 63.8 % . Dapatan juga menunjukkan 85 % daripada mereka pernah mendapat pendedahan Ilmu Tajwid . Kajian ini juga mendapati bahawa 87.5 % daripada mereka mempelajari Ilmu Tajwid secara sambilan sahaja .

Page 10: Bahan Tarannum

 Dari segi tempat mempelajari Ilmu Tajwid , didapati 2.5 % mempelajarinya di sekolah-sekolah pondok , 26.2 % mempelajari di sekolah-sekolah agama , 32.5 % belajar di rumah Tok Guru dan 38.8 % mempelajarinya di tempat selain yang dinyatakan di atas seperti di rumah sendiri atau di sekolah rendah .

 Kajian ini menunjukkan peratus yang paling besar bagi mereka yang mempelajari al- Quran di tempat lain termasuk rumah sendiri . Mempelajari al-Quran di rumah Tok Guru mendapat peratus yang kedua terbesar jumlahnya .

 Hasil kajian menunjukkan , 62.5 % guru pelatih membaca al-Quran sekali sekala sahaja . Ini jelas menunjukkan bahawa kebanyakan guru pelatih tidak menjadikan membaca al-Quran amalan hidup seharian mereka

Jadual ( 2 ) : Latar belakang guru pelatih berkaitan dengan pembelajaran al-Quran.

     

  PERKARA

 

KEKERAPAN PERATUS

Kelulusan SPM

STPM

 

51

29

63.8

36.8

Kelulusan Mata Pelajaran Pendidikan Islam Peringkat SPM

1 - 2

3 - 6

7 - 8

   

34

41

4

1

   

42.5

51.3

5.0

1.3

Mula mempelajari al-Quran 20 25.0

Page 11: Bahan Tarannum

1 - 5 tahun

6 - 10 tahun

11 - 15 tahun

53

7

66.3

8.8

Memiliki al-Quran sendiri

Ya

Tidak 

51

29

63.8

36.5

Pernah mempelajari Ilmu Tajwid

Ya

Tidak

68

12

85.0

15.0

Jika Ya , Cara Mempelajarinya

Sepenuh masa

Sekali sekala

10

70

12.5

87.5

Tempat Mempelajari Ilmu Tajwid

Sekolah Pondok

Sekolah Agama

Rumah Tok Guru

Lain-lain

2

21

26

31

2.5

26.3

32.5

38.8 

Kekerapan Membaca al-Quran

Kerapkali

Sekali Sekala

Jarang Sekali

Tidak Pernah

18

50

11

1

22.5

62.5

13.8 

1.3 

Persepsi guru pelatih Islam terhadap keupayaan diri dalam membaca al-Quran :

 Berdasarkan Jadual ( 3 ) , 56.3% guru pelatih menganggap kebolehannya mengenali Huruf Hijaiyah adalah baik, 28.8 % sederhana , manakala 15.1 %

Page 12: Bahan Tarannum

adalah lemah . Walaupun begitu terdapat perbezaan kebolehan dalam menyebut Huruf Hijaiyah dengan betul (43.8% baik, 32.5 % sederhana, 23.8 % lemah) .

Berdasarkan kajian, hanya 36.3% daripada mereka beranggapan berkebolehan menyebut Kalimah al-Quran dengan baik. Sehubungan dengan itu , mereka agak sukar menyebut Kalimah al-Quran yang bersambung iaitu 28.8 % sahaja yang boleh menguasai sebutan berkenaan . Dapatan kajian juga menunjukkan 36.3 % sahaja yang boleh mengenal tanda dengan baik, manakala 22.5 % tidak berkeupayaan mengenal tanda-tanda bacaan dengan betul . Berhubung dengan pengetahuan pelatih terhadap Hukum Tajwid , hanya 16.3 % sahaja yang tahu tentang Hukum Tajwid .

 Kajian juga menunjukkan bahawa 13.8 % sahaja yang mampu mengaplikasikan pengetahuan Ilmu Tajwid dalam bacaan al-Quran . Ditinjau dari aspek pengetahuan tentang lagu dan suara dalam pembacaan al-Quran , didapati hanya 5 % sahaja guru pelatih yang mempunyai pengetahuan asas dan berkemampuan dalam bidang tersebut . Ini dibuktikan dengan dapatan bahawa hanya 6.3 % daripada responden yang boleh membaca al-Quran dengan berlagu. Secara purata 34.54 % guru pelatih menganggap kebolehan membaca al-Qurannya berada pada tahap yang lemah, 37.51 % sederhana, manakala 27.05 % baik. Walaupun dapatan-dapatan di atas menunjukkan pelatih kurang menguasai Hukum Tajwid , tanda-tanda bacaan dan sebutan kalimah bersambung , tetapi pada keseluruhannya mereka mempunyai keyakinan membaca Surah al-Fatihah dengan betul . Kajian menunjukkan 75 % daripada mereka beranggapan demikian. Namun begitu , kumpulan ini kurang berkeyakinan untuk tampil ke hadapan membaca Ayat-ayat Suci al-Quran dalam suasana yang lebih terbuka . Hal ini dibuktikan dengan jelas apabila kajian mendapati 81.3 % pelatih tidak pernah membaca al-Quran dalam sebarang majlis tertentu , samada secara formal atau tidak formal .

 Jadual ( 3 ) : Persepsi Guru Pelatih Islam Terhadap Keupayaan Diri Dalam

Membaca Al-Quran

     

 Bil PERKARA % % %

Page 13: Bahan Tarannum

Lemah LLLemah

Lemah

Sederhana Baik

Baik

1. Kebolehan Mengenal Huruf Hijaiyah 15.1 28.8 56.3

2. Kebolehan Menyebut Huruf Hijaiyah Mengikut Makhraj Yang Betul

23.8 32.5 43.8

3. Kebolehan Menyebut Kalimah Al-Quran 11.3 52.5 36.3

4. Kebolehan Menyebut Kalimah Al-Quran Yang Bersambung.

 

18.8 52.5 28.8

5. Keupayaan Mengenal Tanda-tanda Bacaan

Yang Terdapat Dalam Al-Quran

22.5 41.3 36.3

6. Keupayaan Membaca Al-Quran Dengan Betul 30 42.5 27.6

7. Pengetahuan Tentang Hukum Tajwid 46.3 37.5 16.3

8. Kebolehan Membaca Al-Quran Mengikut

Hukum Tajwid Yang Betul

46.3 40.0 13.8

9. Pengetahuan Lagu Dan Suara Dalam Pembacaan Al- Quran

67.5 27.5 5.0

10. Kebolehan Membaca Al-Quran Dengan Berlagu 63.8 20.0 6.3

PURATA KESELURUHAN 34.54 3434.54

37.51 27.05

  PERKARA   Ya Tidak

11. Yakin Bacaan Surah Al-Fatihah Adalah Betul   75.0 25.0

13.

 

Pernah Mengajar Orang Lain Membaca Al-Quran

    

 

35.0 65.0

 

Persepsi guru pelatih Islam terhadap tahap kebolehan diri menghafaz Ayat-Ayat Lazim dan Surah-Surah panjang

 Kebanyakan responden hanya boleh menghafaz satu Surah hingga lima Surah sahaja . Dapatan kajian menunjukkan 50 % dari kalangan responden

Page 14: Bahan Tarannum

beranggapan demikian . ( Sila rujuk Jadual 4).Selain daripada itu, dapatan kajian juga menunjukkan 2.5 % sahaja daripada guru pelatih terbabit yang berkeupayaan menghafaz Surah Yaasin secara keseluruhannya .

Jadual ( 4 ) : Persepsi guru pelatih Islam terhadap tahap kebolehan diri

menghafaz ayat- ayat Lazim dan Surah-surah panjang.

     

 Bil PERKARA KEKERAPAN PERATUS

1. Boleh Menghafaz Surah-surah Lazim Yang Pendek

1 - 5 Surah

6 - 10 Surah

11- 15 Surah

16- 20 Surah 

   

40

33

6

1

   

50

41.3

7.5

1.3

2. Boleh Menghafaz Surah Yaasin

Keseluruhan

Sebahagian

Sedikit Sahaja

 

2

13

65

2.5

16.3

81.3

Secara keseluruhan adalah diperhatikan tahap kebolehan membaca al-Quran di kalangan guru pelatih untuk aspek-aspek tertentu adalah memuaskan. Contohnya kebolehan mengenal Huruf Hijaiyah dan menyebut huruf tersebut mengikut Makhraj, manakala kebolehan membaca al-Quran untuk aspek-aspek yang lain seperti kebolehan membaca al-Quran mengikut Hukum Tajwid yang betul, pengetahuan tentang lagu dan suara dalam pembacaan al-Quran dan kebolehan membaca al-Quran dengan berlagu didapati pada tahap yang lemah. Begitu juga kebolehan menghafaz ayat-ayat Lazim dan Surah-surah panjang. Sementara itu ramai yang yakin boleh membaca surah al-Fatihah dengan betul.

Page 15: Bahan Tarannum

Bagaimanapun hanya segelintir guru pelatih yang pernah membaca al-Quran dalam majlis tertentu dan mengajar orang lain belajar al-Quran.

Ringkasnya, guru pelatih didapati hanya menguasai kemahiran-kemahiran atau pengetahuan yang rendah dalam membaca al-Quran. Kebolehan yang tinggi dan lebih mencabar masih berada di tahap yang sederhana atau lemah

 Perbandingan tahap penguasaan bacaan al-Quran dari aspek jantina Jadual ( 5 ): Ujian - t TahapPenguasaan Bacaan Al-Quran

Mengikut Jantina .(N=80)

 JANTINA

 

Bil Min S.P df Nilai – t

Keb.

 

Lelaki 41 1.80 0.78 78 - 2.13 0.036**

Perempuan 39 2.18 0.79      

k<.05**

 Berdasarkan Jadual ( 5 ) , didapati guru pelatih perempuan mempunyai tahap pengua-saan membaca al-Quran yang lebih tinggi ( min = 2.18 ) berbanding guru pelatih lelaki ( min = 1.80 ) . Keputusan Ujian – t membuktikan wujudnya perbezaan signifikan di antara kedua-dua min tersebut ( t = - 2.13 , k< . 05 ) . Ini menunjukkan , guru pelatih perempuan mempunyai kemahiran membaca al-Quran yang lebih baik daripada guru pelatih lelaki .

 Perbandingan tahap penguasaan bacaan al-Quran dari aspek kelayakan akademik :

Jadual ( 6 ) : Ujian – t Tahap penguasaan al-Quran Mengikut Kelayakan Akademik

(N=80)

     

 Kelayakan Bil Min S.P df Nilai – t Keb.

SPM 51 1.9412 .785 78 - 0.69 . 507

Page 16: Bahan Tarannum

STPM 29 2.0690 . 842      

k<.05Guru pelatih yang berkelayakan akademik STPM didapati menunjukkan tahap penguasaan membaca al-Quran yang tinggi (min = 2.0690 ) berbanding dengan mereka yang memiliki SPM ( min = 1.9412 ) . Namun , Ujian – t yang dijalankan menunjukkan perbezaan antara kedua-dua min tersebut adalah tidak signifikan ( t = -0.69 , k = .507 ) . Ini bererti tidak wujud sebarang perbezaan dari segi tahap penguasaan bacaan al-Quran di kalangan guru pelatih yang berkelayakan SPM dan STPM .Perbandingan tahap penguasaan bacaan al-Quran dari aspek pencapaian mata pelajaran Pendidikan Agama Islam dalam SPM

Jadual ( 7 ) :Tahap Penguasaan Bacaan Al-Quran mengikut Gred Mata Pelajaran

Pendidikan Agama Islam dalam SPM.

     

 Gred/Tahap

Penguasaan

1 – 2 3 – 6 7 – 8 9 JUMLAH

Rendah 8 18 0 0 26

Sederhana 14 11 4 0 29

Tinggi

 

12 12 0 1 25

34 41 4 1 80

 Tahap penguasaan bacaan al-Quran mengikut gred mata pelajaran Pendidikan Agama Islam dalam SPM ditunjukkan dalam Jadual ( 7 ) . Analisis Khi. Kuasa Dua mendapati wujudnya perbezaan signifikan tahap penguasaan bacaan al-Quran mengikut gred mata pelajaran Pendidikan Agama Islam SPM ( = 13.8 , df = 6, p< .05 ) . Ini bererti wujudnya perbezaan signifikan tahap penguasaan bacaan al-Quran mengikut pencapaian gred pencapaian Pendidikan Islam SPM .

Page 17: Bahan Tarannum

Perbandingan tahap penguasaan bacaan al-Quran dari aspek pengkhususan

Jadual ( 8 ) : Tahap Penguasaan Bacaan Al-Quran Mengikut Pengkhususan

     

 P’khususan/

T.Penguasaan

MTSN MTKH MTPJK SNKH PRAPM SNKT PMPS Jum

Rendah 6 3 3 5 4 2 3 26

Sederhana 9 4 3 3 3 2 5 29

Tinggi 5 3 4 2 3 6 2 25

Jumlah 20 6 6 10 10 10 10 80

 Jadual ( 8 ) menunjukkan tahap penguasaan bacaan al-Quran mengikut pengkhususan . Analisis Khi. Kuasa Dua mendapati tidak wujud perbezaan signifikan tahap penguasaan bacaan al-Quran mengikut pengkhususan ( = 7.69 , df = 12 , p = 0.81 ). Ini bererti tidak ada perbezaan signifikan tahap penguasaan bacaan al-Quran di kalangan guru pelatih mengikut pengkhususan .

PERBINCANGAN

Tahap kebolehan membaca al-Quran

 Dapatan kajian menunjukkan guru pelatih hanya menguasai kemahiran atau pengetahuan yang rendah dalam membaca al-Quran. Mereka didapati kurang menguasai kemahiran atau pengetahuan yang lebih tinggi dan mencabar.

Page 18: Bahan Tarannum

Contohnya, ilmu tajwid dan tanda-tanda bacaan, menghafaz ayat-ayat al-Quran dan membaca al-Quran di khalayak ramai. Masalah-masalah tersebut boleh dikaitkan dengan faktor-faktor berikut :-

i. Faktor Pembimbing

Sebahagian besar guru pelatih mendapat pendedahan awal pembelajaran membaca al-Quran daripada pembimbing yang tidak bertauliah. Ramai dibimbing oleh tok-tok guru dan ibu bapa sendiri yang tidak dilatih khas untuk membimbing membaca al-Quran. Ini bererti guru pelatih tersebut tidak dibimbing secara teratur ketika mula belajar membaca al-Quran. Ini mengakibatkan tahap kebolehan membaca al-Quran yang rendah di kalangan guru pelatih tersebut.

i. Faktor Peruntukan Masa Mata Pelajaran Pendidikan Agama Islam

i.  Di sekolah rendah, Pendidikan Agama diperuntukkan 180 ninit seminggu. Sementara sukatan pelajarannya adalah luas. Ia termasuk aspek Tilawah Quran(bacaan, hafazan dan tafsir), asas Ulumul Syariah( ibadah, akidah dan sirah), asas Akhlak Islamiyah dan amali. Di samping itu, guru pendidikan Islam dikehendaki menyempurnakan Perkara Asas Fardhu Ain(PAFA) dalam waktu yang sama. Memandangkan sukatan Pendidikan Agama adalah berat dan pelbagai, peruntukan masa 180 minit seminggu sudah tentu tidak memungkinkan pembelajaran membaca al-Quran disempurnakan sepenuhnya.

i. Faktor Kurang Penekanan Terhadap Ilmu Tajwid

i. Walaupun dapatan kajian menunjukkan kebanyakan respoden pernah mendapat pendedahan Ilmu Tajwid tetapi ianya hanya berlaku secara tidak sengaja. Akibatnya tidak ramai di kalangan mereka yang benar-benar menguasai Ilmu Tajwid. Malah ada yang langsung tidak tahu hukum-hukum asas yang terdapat dalam Ilmu Tajwid, apatah lagi mengaplikasikannya dalam bacaan al-Quran. Keadaan ini berpunca dari kurangnya penekanan terhadap Ilmu Tajwid semasa mereka belajar membaca al-Quran. Pembelajaran dan pengajaran yang tidak sistematik turut menjadi punca . Keadaan ini menjadi bertambah parah apabila dalam pendidikan Islam di sekolah, Ilmu Tajwid hanya disampaikan melalui penggabungjalinan

kemahiran Tilawah al-Quran sahaja. Peruntukan masa khas untuk Ilmu Tajwid tidak disediakan. Ia lebih banyak bergantung kepada budi bicara guru Pendidikan Islam sendiri. Adalah malang bagi ibu bapa yang beranggapan Pendidikan Islam di sekolah sudah membebaskan mereka

Page 19: Bahan Tarannum

dari tanggungjawab memberi ilmu kepada anak-anak mereka khususnya yang berkaitan dengan ilmu Fardhu Ain, termasuk Ilmu Tajwid.

i.  Faktor Sikap Ibu Bapa

Sikap ibu bapa yang mengutamakan pencapaian akademik dan membelakangkan kebolehan membaca al-Quran juga turut memainkan peranannya . Ramai ibu bapa akan terkilan sekiranya anak mereka tidak mecapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan awam tetapi tidak ramai yang terkilan jika anak mereka tidak boleh membaca al-Quran mengikut hukum tajwid.

i. Faktor Kurang Penekanan Terhadap Amalan Membaca Al-Quran Dalam Kehidupan.

Kajian mendapati hanya sebilangan kecil guru pelatih kerap kali membaca al-Quran. Ramai yang tidak menjadikan membaca al-Quran sebahagian daripada amalan hidupnya . Sikap sambil lewa terhadap perkara tersebut telah menyebabkan tahap kebolehan membaca al-Quran yang rendah dan kurang keyakinan membaca al-Quran di khalayak ramai di kalangan guru pelatih.

Perbandingan tahap kebolehan membaca al-Quran berdasarkan beberapa aspek tertentuPerbandingan tahap kebolehan membaca al-Quran di kalangan guru pelatih berdasarkan aspek (i) Jantina , (ii) Kelayakan akademik , (iii)Pencapaian Mata Pelajaran Agama Islam dalam SPM dan (iv)Pengkhususan , mendapati tidak wujud perbezaan signifikan kecuali aspek jantina dan pencapaian mata pelajaran Agama Islam dalam SPM. Ujian –t yang dikendalikan menunjukkan guru pelatih perempuan mempunyai tahap kebolehan membaca al-Quran yang lebih tinggi daripada guru pelatih lelaki . Ini selaras dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh Razali Ismail (1996). Sementara ujian khi kuasa Dua mendapati guru pelatih yang berpencapaian tinggi dalam mata pelajaran Agama Islam lebih tinggi tahap kebolehan membaca al-Quran daripada mereka yang berpencapaian rendah dalam mata pelajaran Agama Islam SPM.

 Perbezaan tahap kebolehan membaca al-Quran antara guru pelatih perempuan dan lelaki kemungkinan besar disebabkan oleh sikap mereka terhadap kewajipan mempelajari membaca al-Quran. Guru Pelatih perempuan lebih tekun dan sabar manakala guru pelatih lelaki cenderung bersikap sambil lewa.

Perbezaan tahap kebolehan membaca al-Quran antara guru pelatih yang berpencapaian tinggi dan berpencapaian rendah dalam keputusan mata pelajaran Agama Islam SPM boleh dikaitkan dengan perbezaan tahap

Page 20: Bahan Tarannum

pengetahuan al-Quran di kalangan guru pelatih tersebut.  

CADANGAN

Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan dikemukakan untuk meningkatkan tahap kebolehan membaca al-Quran di kalangan guru pelatih.

i. Pihak Bahagian Pendidikan Guru sepatutnya mengasingkan mata pelajaran al-Quran dengan Mata Pelajaran Pendidikan Islam. Ini membolehkan perhatian yang lebih diberi kepada mata pelajaran tersebut.

ii. Pihak Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) peringkat Institut perlu mengadakan bengkel Quran dan kelas bimbangan al-Quran khususnya untuk pelatih yang tidak mengenal huruf-huruf al-Quran.

iii. Kelas membaca al-Quran secara intensif diadakan pada hari tertentu.iv. Bahagian Pendidikan Guru perlu mengadakan bengkel dan kursus

kemahiran al-Quran untuk semua pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral di Institut Perguruan Darulaman.

v. Selain mempelajari al-Quran secara Talaqi Musafahah, pembelajaran pengajaran al-Quran dengan menggunakan pelbagai media seperti komputer juga boleh diperkenalkan supaya lebih menarik minat guru pelatih.

vi. Sukatan pelajaran Dinamika Pendidikan Islam yang hanya memperuntukkan lima jam satu semester untuk kaedah Iqrak adalah belum mencukupi bagi mengatasi kemahiran membaca al-Quran . Oleh itu , tambahan masa untuk perkara tersebut perlu dipertimbangkan.

KESIMPULANSecara keseluruhan , kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kebolehan membaca al-Quran

di kalangan guru pelatih Kursus Diploma Perguruan Malaysia yang bukan pengkhususan Pendidikan Islam Institut Perguruan Darulaman . Dapatan kajian menunjukkan tahap kebolehan membaca al-Quran guru pelatih tersebut agak rendah khasnya aspek pembacaan al-Quran yang lebih mencabar yang memerlukan kemahiran yang lebih tinggi . Juga didapati wujudnya perbezaan signifikan tahap kebolehan membaca al-Quran di kalangan guru pelatih

Page 21: Bahan Tarannum

perempuan dan lelaki. Beberapa cadangan dikemukkan untuk pihak berkenaan meningkatkan tahap kebolehan membaca al-Quran di kalangan guru pelatih.  

RUJUKANAl-Quranul Karim Bahagian Pendidikan Guru (1996) , Sukatan Pelajaran Diploma Pendidikan Malaysia , Kementerian Pendidikan malaysia , Kuala Lumpur.  Hajah Wan Rahimah binti Othman (1990), Pencapaian pendidikan Islam di kalangan guru pelatih Islam , Jurnal Akademik , Jilid 2 .  Jamaluddin Haji Ridzwan (1995) , Penyelidikan Penguasaan Ilmu Tajwid Di Kalangan guru-guru Pendidikan Islam, Laporan Penyelidikan Maktab Perguruan Islam Bangi , Selangor. Kementerian Pendidikan Malaysia ( 1997 ) , Sukatan pelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah kerajaan , Dewan bahasa dan Pustaka , Kuala Lumpur . Mohd Yassin bin Haji Sulaiman (1995) , Menjadikan Pendidikan Islam di sekolah rendah lebih bermakna , Laporan Penyelidikan Maktab Perguruan Islam Bangi ,Selangor .

Razali bin Ismail (1991) , Kemahiran Tajwid , Jurnal Wacana Pendidikan Islam 97, Maktab Perguruan Pasir Panjang , Kuala Terengganu.

Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 22, 161–172, 2007PENGUASAAN JAWI DAN HUBUNGANNYA DENGAN MINAT DAN PENCAPAIAN PELAJAR DALAM PENDIDIKAN ISLAMNik Rosila Nik YaacobPusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia,11800 USM Pulau Pinang, MalaysiaE-mel: [email protected]: Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara penguasaan Jawi dengan pencapaian dan minat pelajar dalam Pendidikan Islam. Subjek kajian seramai 400 orang pelajar Tingkatan 2 dan Tingkatan 4 daripada dua buah sekolah menengah di Shah Alam dan Kuala Lumpur. Kaedah penyelidikan ''survey'' digunakan untuk mengumpul data. Alat kajian yang digunakan ialah: (i) Ujian penguasaan Jawi yang menguji kemahiran menulis dan mengeja Jawi, ujian menjawab soalan aneka pilihan, ujian kemahiran menulis soalan esei dan ujian menulis ayat al-Quran, (ii) Soal selidik, iaitu tentang latar belakang pelajar, minat pelajar terhadap Pendidikan Islam, pencapaian pelajar dalam peperiksaan Pendidikan Islam, cara pelajar belajar Pendidikan Islam dan cara guru mengajar Pendidikan Islam. Dapatan kajian mendapati bahawa: (i) Penguasaan pelajar dalam Jawi adalah lemah terutama dalam aspek-aspek yang diuji. (ii) Terdapat hubungan yang signifikan antara penguasaan Jawi dan pencapaian pelajar dalam Pendidikan Islam. Dapatan juga dapat menunjukkan sama ada pelajar itu berada dalam kategori

Page 22: Bahan Tarannum

lemah, sederhana atau baik dalam penguasaan Jawi, minat mereka terhadap Pendidikan Islam adalah rendah.Abstract: The purpose of this study was to find out the relationship between mastery in Jawi and the students' achievement and interest in Islamic education. The subjects of this study were 400 Form 2 and Form 4 students from two secondary schools in Shah Alam and Kuala Lumpur. The survey method was used to collect data. The instruments used were: (i) Jawi mastery test, which tested students' skills in writing Jawi, skills in answering multiple choice questions, skills in writing essay questions and skills in writing Quranic verses, and (ii) A questionnaire to obtain information about students' background, students' interest in Islamic Education, students' achievement in Islamic Education, the way students learnt Islamic Education and how teachers teach Islamic Education. The research findings are as follows: (i) Students were weak in Jawi mastery in every aspect tested. (ii) There is a significant relationship between Jawi mastery and students' achievement in Islamic Education. (iii) The findings also show whether students were weak, average and good in Jawi, their interest in Islamic Education is low.PENDAHULUANPendidikan Islam adalah satu proses mendidik akal, jasmani dan roh manusia berasaskan nilai-nilai insaniah yang bersumberkan al-Quran dan al-Hadith, bagi melahirkan manusia yang bertakwa. Pendidikan Islam melatih perasaan halus pelajar supaya sikap, tindakan dan keputusan mereka ditadbir oleh nilai-nilai161Nik Rosila Nik Yaacobkerohanian dan etika Islam (Abdullah Jusuh, 1990). Wan Zahid Wan Nordin (1994) menyatakan bahawa dalam konteks dunia moden pada hari ini, Pendidikan Islam amat penting untuk memastikan pelajar mempunyai kekuatan dalaman untuk menyesuaikan diri dengan keperluan semasa agar mereka tidak terkeluar daripada landasan nilai etika dan kerohanian. Hal ini amat relevan dengan ciri-ciri Pendidikan Islam yang sentiasa sesuai dengan pelbagai situasi dalam kehidupan manusia. Sebelum wujudnya sistem persekolahan secara formal, Pendidikan Islam diajar secara tidak formal melalui sistem belajar di rumah guru, pondok dan sistem madrasah (Abdullah Abdul Kadir, 1960; Sabri Said, 1983; Abdullah Ishak, 1987). Buku-buku atau teks-teks yang menjadi bahan pengajaran dan pembelajaran ditulis dalam tulisan jawi dan ada juga yang ditulis dengan bahasa Arab (Abdullah Ali Hassan, 1980; Abdullah Jusuh, 1990).Setelah negara mencapai kemerdekaan dan sistem persekolahan formal diperkenalkan, Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran wajib bagi setiap pelajar yang beragama Islam (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1991). Beberapa perubahan dan penambahbaikan telah dilakukan untuk meningkatkan keberkesanan dan pencapaian pelajar dalam Pendidikan Islam seperti Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) sehingga tercetusnya Penilaian Asas Fardu Ain (PAFA) yang dinilai pada peringkat Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Namun begitu, berdasarkan laporan dan kajian, pelajar kurang berminat terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam.PERNYATAAN MASALAHSejarah pendidikan di Malaysia menunjukkan bahawa Pendidikan Islam diajar melalui pelbagai cara dengan menggunakan buku-buku atau teks yang ditulis dalam tulisan Jawi. Tulisan Jawi ialah hasil daripada pengubahsuaian dan penambahan huruf-huruf Arab untuk disesuaikan dengan lidah orang Melayu bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, huruf Ga ( ڬ) diperkenalkan dengan berasaskan bunyi huruf Kaf ( ك) dan Jim ( ڄ) serta Cha ( چ) berasaskan bunyi huruf Ta ( ت) dan Jim ( ج) (Syed Muhammad Naquib al-Attas, 1990). Oleh itu, tulisan Jawi merupakan medium asas untuk pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah-sekolah Malaysia pada hari ini terutama dalam pembelajaran al-Qur'an (Kang Kyoung Seouk, 1990). Matlamat pelajaran Jawi adalah untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran menulis dan membaca Jawi bagi membolehkan pelajar memahami pelbagai bidang ilmu dalam Pendidikan Islam.162Penguasaan Jawi dalam Pendidikan IslamBerdasarkan kajian dan laporan yang dijalankan, penguasaan pelajar dalam kemahiran menulis dan membaca Jawi adalah lemah (Awang Mohamad Amin, 1989). Kajian daripada Mustapha

Page 23: Bahan Tarannum

Yazid (1991) mendapati, 95 peratus pelajar mempunyai sikap negatif terhadap tulisan Jawi seperti susah dipelajari, tidak penting dan tidak dinilai dalam peperiksaan. Hal ini memberi kesan terhadap pencapaian dan minat terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam (Sulaiman Ngah Ghazali, 1990; Azman Wan Chik, 1986). Pelajar-pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis Jawi akan semakin ketinggalan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam apabila alat bantu mengajar yang digunakan oleh guru ditulis dengan menggunakan tulisan Jawi (Muhammad Endut, 1992). Oleh itu, Isahak Haron dan Hassan Basri (1994) berpendapat, kelemahan pelajar-pelajar sekolah menengah dalam menguasai kemahiran Jawi mempunyai kaitan langsung dengan keupayaan mereka pada peringkat sekolah rendah.TUJUAN KAJIANKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana penguasaan Jawi di kalangan pelajar-pelajar Tingkatan 2 dan 4 serta hubungannya dengan pencapaian mereka dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.INSTRUMEN KAJIANInstrumen kajian yang digunakan ialah:i. Ujian penguasaan Jawi yang menguji:(a) kemahiran menulis dan mengeja Jawi,(b) kemahiran menjawab soalan aneka pilihan,(c) kemahiran menulis soalan esei, dan(d) kemahiran menulis ayat al-Quran.ii. Soal selidik yang merangkumi latar belakang pelajar, minat pelajar terhadap Pendidikan Islam, pencapaian pelajar dalam peperiksaan Pendidikan Islam, cara pelajar belajar Pendidikan Islam dan cara guru mengajar Pendidikan Islam.163Nik Rosila Nik YaacobCiri pelajar Hasil pembelajaranKesediaan kognitifPERSOALAN KAJIAN1. Sejauh manakah penguasaan kemahiran Jawi dalam kalangan pelajar Tingkatan 2 dan 4?2. Adakah terdapat hubungan antara penguasaan Jawi dengan pencapaian pelajar dalam Pendidikan Islam?3. Adakah terdapat hubungan antara penguasaan Jawi dengan minat pelajar Tingkatan 2 dan 4 dalam Pendidikan Islam?LANDASAN TEORIKajian ini berlandaskan teori pembelajaran yang dikemukakan oleh Bloom (1976) yang menggabungkan tiga pemboleh ubah utama, iaitu, ciri-ciri pelajar, pengajaran guru dan hasil pembelajaran.Jadual 1. Teori pembelajaran berdasarkan Bloom (1976)PengajaranKesediaan afektifKesBerdasarkan model di atas, terdapat tiga faktor utama yang mempengaruhi hasil pembelajaran, iaitu ciri-ciri pelajar, tugasan pembelajaran dan kualiti pengajaran guru. Ciri-ciri pelajar termasuklah dari segi kesediaan kognitif dan kesediaan afektif. Kesediaan kognitif ialah persediaan tingkah laku yang akan menentukan sejauh mana suatu tugasan pembelajaran boleh dipelajari. Manakala kesediaan afektif merujuk kepada sejauhmana sikap dan minat pelajar dapat mempengaruhi tugasan pembelajaran dan mempengaruhi aras motivasi pelajar. Apabila pelajar mempunyai persediaan afektif yang baik dan seimbang, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan kecenderungan untuk memperoleh kejayaan dalam sesuatu tugasan pembelajaran adalah lebih besar.Konsep tugasan pembelajaran adalah sejumlah elemen yang dipelajari oleh pelajar. Elemen-elemen ini mungkin tidak berkait antara satu sama lain (seperti jadual waktu, fakta atau peraturan) dan mungkin juga saling berkaitan. Dalam konteks sekolah, tugasan pembelajaran adalah sebahagian daripada tugasan yang telah ditetapkan oleh sekolah dalam sesuatu kursus, buku teks dan seumpamanya.164

Page 24: Bahan Tarannum

Penguasaan Jawi dalam Pendidikan IslamBagi mewujudkan suasana tugasan pembelajaran itu bermakna dan menarik, guru perlulah bijak merancang pengajarannya.Kualiti pengajaran guru pula akan menentukan kecekapan yang ada pada pelajar untuk menyempurnakan suatu tugasan pembelajaran. Kualiti pengajaran guru merangkumi sejauh mana guru mengoptimumkan persembahan pengajaran, penjelasan dan penyusunan unsur-unsur yang berkaitan dengan suatu tugasan pembelajaran.RUMUSAN DAPATAN DAN PERBINCANGANPenguasaan Jawi dikalangan Pelajar Tingkatan 2 dan 4Dapatan kajian menunjukkan penguasaan pelajar Tingkatan 2 dan 4 dalam kemahiran Jawi masih berada pada tahap lemah. Purata 41.82 peratus pelajar Tingkatan 2 dan 4 gagal menyambung huruf-huruf Jawi mudah yang diberikan (Jadual 2). Ini bermakna penguasaan pelajar dalam penyambungan huruf-huruf Jawi masih kurang mantap. Kemahiran menyambung huruf-huruf Jawi ini sepatutnya dikuasai pada peringkat sekolah rendah lagi.Jadual 2. Peratus pelajar yang boleh menyambung huruf-huruf JawiItemBetul (%)Betul (%) bagi Tingkatan 2Betul (%) bagiTingkatan 41.س وفاي72.8 (291)*70.5 (141)75.0 (150)2.م ةن فع41.8 (167)37.0 (74)46.5 (93)3.دا مبل64.0 (256)58.5 (117)69.5 (139)4.هب رسي57.5 (230)53.5 (107)61.5 (123)5.مي سكن

Page 25: Bahan Tarannum

55.0 (220)47.0 (94)63.0 (126)Jumlah400200200* nombor dalam kurungan ialah jumlah pelajarKajian juga mendapati penguasaan pelajar dalam kemahiran menukar perkataan daripada huruf rumi kepada huruf Jawi adalah amat lemah (Jadual 3). Purata 72.28 peratus pelajar gagal menguasai kemahiran menukar perkataan dalam huruf rumi kepada huruf Jawi. Perkataan yang paling ketara tidak dapat dieja oleh pelajar ialah 'syariat' (90.2 peratus) dan 'solat' (77.7 peratus). Analisis kekerapan 165Nik Rosila Nik Yaacobmenunjukkan sebilangan pelajar hampir boleh mengeja sesetengah perkataan yang diberikan dengan betul, tetapi tidak dapat membezakan huruf-huruf yang mempunyai makhraj yang sama seperti Shad ( ص) dengan Sim ( س), Kaf ( ك) dengan Qaf ( ق) dan Ţho ( ط) dengan Ta ( ت) (Jadual 3). Hal ini menunjukkan pelajar kurang cekap mengeja perkataan Arab yang terdapat dalam Pendidikan Islam. Kecekapan membezakan huruf-huruf Jawi adalah kemahiran asas yang sepatutnya telah dikembangkan pada peringkat sekolah rendah.Jadual 3. Peratus pelajar yang boleh menukar perkataan dalam huruf rumi kepada huruf JawiItemBetul (%)Betul (%) bagi Tingkatan 2Betul (%) bagiTingkatan 41. Jumlah34.0 (136)*27.5 (55)40.5 (81)2. Solat22.3 (89)12.0 (24)32.5 (65)3. Menolong49.5 (198)45.5 (91)53.5 (107)4. Syariat9.8 (39)6.5 (130)13.0 (26)5. Cantik23.3 (93)22.5 (45)24.0 (48)Jumlah400200200* nombor dalam kurungan ialah jumlah pelajarDapatan kajian juga menunjukkan kebolehan pelajar-pelajar dalam memilih jawapan bagi soalan aneka pilihan berdasarkan teks Jawi adalah pada tahap sederhana. Hal ini adalah kerana hanya 61.62 peratus pelajar Tingkatan 2 dapat menjawab soalan bahagian ini dan 80.37 pelajar Tingkatan 4 yang dapat berbuat demikian (Jadual 5). Perkara ini menggambarkan bahawa sebahagian besar pelajar Tingkatan 4 dapat membaca teks yang diberikan manakala 38.38

Page 26: Bahan Tarannum

peratus pelajar Tingkatan 2 yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca teks Jawi yang diberikan.Jadual 4. Peratus kebolehan pelajar memilih jawapan soalan aneka pilihanItemBetul (%)Betul (%) bagi Tingkatan 2Betul (%) bagiTingkatan 41. Apakah kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh setiap orang Islam yang kaya dan berada?74.5 (298)*64.0 (128)85.0 (170)2. Kenapakah amalan memotong kuku dinamakan amalan fitrah?75.3 (301)64.5 (129)86.0 (172)3. Kenyataan di bawah adalah benar kecuali...69.3 (277)63.0 (126)75.5 (151)4. Fitrah bererti ...65.0 (260)55.0 (110)75.0 (150)166Penguasaan Jawi dalam Pendidikan IslamJumlah400200200* nombor dalam kurungan ialah jumlah pelajarHasil kajian juga menunjukkan pencapaian pelajar-pelajar dalam kemahiran menulis jawapan bagi soalan esei dalam tulisan jawi adalah kurang memuaskan. 71.32 peratus pelajar gagal menulisnya dengan betul terutama bagi soalan yang berbentuk kefahaman pada aras tinggi (Jadual 5).Jadual 5. Peratus kebolehan pelajar menjawab soalan eseiItemBetul (%)Betul (%) bagi Tingkatan 2Betul (%) bagiTingkatan 41. Mengapakan zakat fitrah dinamakan juga dengan zakat badan?29.5 (118)*25.0 (50)34.0 (68)2. Tuliskan satu pengajaran yang dapat diambil daripada ayat berikut:3. Ahmad terlupa untuk mengeluarkan zakat setelah tamat bulan ramadhan. Bagaimanakah keadaan puasa Ahmad?22.5 (90)30.8 (123)19.0 (38)27.5 (55)26.0 (52)34.0 (68)4. Tuliskan dua kelebihan zakat.37.8 (151)

Page 27: Bahan Tarannum

30.0 (60)45.5 (91)5. Setujukah anda dengan pendapat yang mengatakan zakat dapat mewujudkan keharmonian dalam masyarakat? Berikan alasan anda.23.0 (92)17.5 (35)28.5 (57)Jumlah400200200* nombor dalam kurungan ialah jumlah pelajarPelajar-pelajar juga kurang mahir apabila menjawab soalan yang memerlukan pemahaman daripada ayat al-Quran. Dapatan menunjukkan 77.5 peratus pelajar gagal berbuat demikian. Begitu juga dengan kemahiran menulis ayat al-Qur'an. 95.5 peratus pelajar tidak dapat menyambung beberapa ayat daripada surah al-Nas yang diberikan. Walau bagaimanapun, pencapaian pelajar dalam bahagian memadankan ayat al-Quran amat memuaskan. Hal ini menggambarkan, pelajar dapat mengingati ayat-ayat al-Quran mudah yang diberikan tetapi tidak mahir dari segi penulisan.Ujian korelasi Cramer's V antara penguasaan Jawi dengan kenyataan "sukar membaca buku teks Pendidikan Islam kerana ditulis dengan Jawi" ialah .12 (p < .05). Dapatan ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara penguasaan Jawi dengan kesukaran membaca buku teks Pendidikan Islam yang ditulis dengan Jawi. Ini bererti, kelemahan pelajar dalam membaca buku teks167Nik Rosila Nik YaacobPendidikan Islam berkemungkinan besar disebabkan oleh kelemahan mereka dalam menguasai kemahiran Jawi. Secara tidak langsung pelajar juga tidak dapat memahami teks yang dibaca. Dapatan kajian ini menyokong hasil kajian yang terdahulu (Awang Mohamad Amin, 1989; Kementerian Pendidikan Malaysia, 1985; Pusat Perkembangan Kurikulum, 1991). Bagi mengatasi masalah ini, pelbagai kaedah pengajaran boleh diaplikasi. Antaranya ialah, kaedah gabungan bunyi kata dan kaedah gabungan Rumi dan Jawi.Hubungan antara Penguasaan Jawi dengan Pencapaian Pelajar dalam Pendidikan IslamHasil kajian menunjukkan terdapat hubungan antara penguasaan Jawi dengan pencapaian pelajar Tingkatan 2 dan 4 dalam Pendidikan Islam.Dalam kemahiran mengeja Jawi, data menunjukkan 19.4 peratus pelajar Tingkatan 2 yang cemerlang dalam Pendidikan Islam, lemah dalam kemahiran mengeja Jawi. Manakala 83.3 peratus pelajar yang gagal dalam Pendidikan Islam, lemah dalam kemahiran mengeja Jawi. Bagi pelajar Tingkatan 4 pula, 19.4 peratus pelajar yang mendapat cemerlang dalam Pendidikan Islam lemah dalam kemahiran mengeja Jawi berbanding 100 peratus pelajar yang gagal dalam Pendidikan Islam, lemah dalam kemahiran ini. Ujian korelasi menunjukkan, terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian pelajar Tingkatan 2 dan Tingkatan 4 dalam Pendidikan Islam dengan kemahiran mengeja Jawi.Dalam kemahiran menjawab soalan aneka pilihan, 12.9 peratus pelajar Tingkatan 2 yang cemerlang dalam Pendidikan Islam, lemah dalam kemahiran ini berbanding 79.2 peratus pelajar yang gagal dalam Pendidikan Islam, lemah dalam menjawab soalan aneka pilihan. Korelasi Cramer V antara pencapaian pelajar dalam Pendidikan Islam dengan kemahiran menjawab soalan aneka pilihan ialah .38 (p < .001). Bagi pelajar Tingkatan 4 pula, 3.2 peratus pelajar yang cemerlang dalam Pendidikan Islam, lemah dalam menjawab soalan aneka pilihan berbanding 25 peratus pelajar yang gagal dalam Pendidikan Islam, lemah dalam kemahiran ini. Ujian korelasi juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara kedua-dua pemboleh ubah tersebut. Hal ini bermakna, semakin lemah penguasaan pelajar dalam kemahiran jawi, semakin merosot pencapaian mereka dalam Pendidikan Islam.Dalam kemahiran menjawab soalan esei, 19.4 peratus pelajar Tingkatan 2 yang cemerlang dalam Pendidikan Islam, lemah dalam kemahiran ini. Manakala bagi pelajar yang gagal dalam Pendidikan Islam, 100 peratus lemah dalam menjawab soalan esei. Sebanyak 41.9 peratus

Page 28: Bahan Tarannum

pelajar yang cemerlang dalam Pendidikan Islam berada pada tahap baik dalam kemahiran menulis soalan esei berbanding 0 peratus pelajar yang gagal dalam Pendidikan Islam berada pada tahap baik.168Penguasaan Jawi dalam Pendidikan IslamBagi pelajar Tingkatan 4 pula, 6.5 peratus pelajar yang cemerlang dalam Pendidikan Islam, lemah dalam menjawab soalan esei. Manakala bagi pelajar yang gagal dalam Pendidikan Islam, 100 peratus tidak dapat menjawab soalan esei yang diberikan. Ujian korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kedua-dua pemboleh ubah tersebut.Dalam kemahiran menulis ayat al-Quran, 3.2 peratus pelajar Tingkatan 2 yang cemerlang dalam Pendidikan Islam, lemah dalam kemahiran menulis ayat al-Quran. Manakala 37.5 peratus pelajar yang gagal dalam Pendidikan Islam, lemah dalam kemahiran menulis ayat al-Quran. Bagi pelajar Tingkatan 4 yang cemerlang dalam Pendidikan Islam, 87.1 peratus mempunyai kemahiran menulis ayat al-Quran berbanding 50 peratus pelajar yang gagal dalam Pendidikan Islam dapat berbuat demikian. Ujian korelasi menunjukkan wujudnya perhubungan yang signifikan antara kedua-dua pemboleh ubah tersebut.Hubungan antara Penguasaan Jawi dengan Minat Pelajar Terhadap Pendidikan IslamBerdasarkan tiga indikator minat pelajar terhadap Pendidikan Islam, terdapat antara 40 hingga 48 peratus pelajar yang menyatakan tidak berminat atau kurang berminat terhadap Pendidikan Islam.Dapatan kajian mendapati 39.8 peratus pelajar menyatakan "suka jika waktu Pendidikan Islam berlalu dengan cepat". Hal ini menunjukkan pelajar kurang berminat terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam. Analisis perbandingan melalui jadual rujuk silang mendapati, 28.5 peratus pelajar yang lemah dalam penguasaan Jawi dan 42.4 peratus pelajar yang baik dalam penguasaan Jawi menyatakan mereka kurang berminat terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam. Dapatan ini menggambarkan semakin baik penguasaan pelajar dalam Jawi, semakin kurang minat mereka terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam.Hasil kajian juga menunjukkan 43 peratus pelajar Tingkatan 2 dan 4 menyatakan "selalu membuat kerja lain semasa guru sedang mengajar Pendidikan Islam". Melalui analisis jadual rujuk silang, 40.9 peratus pelajar yang lemah dalam penguasaan Jawi dan 48 peratus pelajar yang baik dalam penguasaan Jawi menyatakan "selalu" dan "kadang-kadang'' membuat kerja lain semasa guru sedang mengajar Pendidikan Islam, iaitu tidak berminat terhadap mata pelajaran ini. Dapatan ini memperlihatkan peratus pelajar baik dalam penguasaan Jawi yang tidak berminat terhadap Pendidikan Islam adalah tinggi. Perkara ini mungkin disebabkan oleh kaedah pengajaran Pendidikan Islam yang tidak begitu berkesan untuk menarik minat pelajar sama ada mereka lemah, sederhana atau baik dalam Jawi.169Nik Rosila Nik YaacobData juga mendapati 50.1 peratus pelajar menyatakan "selalu" dan "kadang-kadang", "merasa seronok mempelajari mata pelajaran lain berbanding Pendidikan Islam", iaitu mereka kurang berminat terhadap Pendidikan Islam. Analisis perbandingan melalui jadual rujuk silang mendapati, 52.6 peratus pelajar lemah dalam Jawi dan 50.4 peratus pelajar baik dalam Jawi tidak berminat terhadap Pendidikan Islam. Hasil kajian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang jelas antara pelajar lemah, sederhana dan baik dalam penguasaan Jawi dengan minat mereka terhadap Pendidikan Islam yang diwakili oleh indikator "seronok belajar mata pelajaran lain berbanding Pendidikan Islam". Dapatan menunjukkan lebih tinggi peratusan pelajar yang boleh menguasai Jawi tidak berminat terhadap Pendidikan Islam. Keadaan ini menggambarkan kemungkinan besar pengajaran guru tidak begitu berkesan untuk menarik minat pelajar.KESIMPULAN DAN CADANGANKebolehan membaca dan menulis Jawi amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Hal ini kerana bahan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam sebahagian besarnya ditulis dalam Jawi. Pelajar juga diwajibkan untuk cekap dan menguasai kemahiran Jawi supaya dapat mempelajari dan membaca al-Quran dengan lancar. Berdasarkan kajian ini, dicadangkan agar guru-guru Pendidikan Islam menggunakan kedua-dua bahan tulisan Rumi dan Jawi dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar semua pelajar dapat memahami bahan Pendidikan Islam yang diajar oleh guru. Kaedah pengajaran juga boleh

Page 29: Bahan Tarannum

dipelbagaikan mengikut keperluan pelajar yang mempunyai latar belakang keupayaan yang berbeza dalam penguasaan Jawi. Hal ini bertujuan untuk memudahkan pelajar-pelajar sekolah menengah memahami pengajaran guru dan memudahkan mereka untuk belajar dengan baik. Untuk kembali kepada pengajaran Jawi asas adalah sukar dan hampir mustahil kerana pada peringkat menengah, pelajar seharusnya telah memperoleh kemahiran tersebut semasa berada di sekolah rendah.Cadangan kajian lanjut adalah perlu dengan melibatkan sampel yang lebih besar merangkumi sampel daripada bandar dan luar bandar. Aspek-aspek kemahiran Jawi yang diuji juga perlu diperluaskan meliputi aspek kemahiran menukar ayat Rumi kepada Jawi. J-Qaf yang dilaksanakan pada tahun 2003 adalah satu langkah yang baik untuk memperbaiki penguasaan Jawi di kalangan pelajar. Sasaran J-Qaf yang bertujuan untuk memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus kepada Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan Fardhu Ain adalah satu usaha yang baik demi untuk membentuk keseimbangan spiritual dan jasmani pelajar. Namun begitu, satu kajian perlu dilaksanakan untuk melihat keberkesanan J-Qaf dalam aspek penguasaan Jawi dan al-Quran dalam kalangan pelajar sekolah 170Penguasaan Jawi dalam Pendidikan Islamrendah. Cadangan kajian ini penting untuk menambah baik dan memperkasakan program J-Qaf yang sedia ada supaya apabila pelajar berada pada peringkat sekolah menengah, masalah penguasaan Jawi bukan lagi menjadi halangan dalam mempelajari mata pelajaran Pendidikan Islam.RUJUKANAbdullah Abdul Kadir. (1960). Hikayat Abdullah Munshi bin Abdul Kadir Munshi. Singapore: Malayan Publishing House.Abdullah Ali Hassan. (1980). The development of Islamic Education in Kelantan dalam Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: United Selangor.Abdullah Ishak. (1987). Ke Arah Mengembalikan Identiti Pengajian Pondok di Malaysia. Tesis M. A, Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sastera, Universiti Malaya.Abdullah Jusuh. (1990). Pengenalan Tamadun Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Awang Mohamad Amin. (1989). Tulisan Jawi ke arah penggunaan yang lebih meluas dan berkesan. Jurnal Dewan Bahasa, 33(12), 937–941.Azman Wan Chik. (1986). Kaedah amali hayati: Satu pendekatan mengajar Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Bloom, S. B. (1976). Human characteristic and school learning. New York: McGraw- Hill.Isahak Haron dan Hassan Basri. (1994). Laporan Penguasaan Jawi Pelajar Sekolah Menengah. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya (tidak diterbitkan).Kementerian Pendidikan Malaysia. (1985). Laporan kajian mengenai kedudukan mata pelajaran Pengetahuan Agama Islam di sekolah menengah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.Kang Kyoung Seouk. (1990). Perkembangan tulisan Jawi dalam masyarakat Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Lembaga Peperiksaan Malaysia. (1991). Laporan prestasi SPM: Pengetahuan Agama Islam. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.Muhammad Endut. (1992). Pendidikan Islam KBSM: Satu kajian tentang masalah pengajaran di sekolah-sekolah di negeri Johor. Tesis M. Ed., Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.171Nik Rosila Nik YaacobMustapha Yazid. (1991). Penguasaan Jawi di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah di negeri Kelantan: Satu kajian khusus di daerah Kota Bharu. Latihan ilmiah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.Pusat Perkembangan Kurikulum. (1991). Laporan pelaksanaan pelajaran Jawi KBSR. Kuala Lumpur: Unit Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia.Sabri Said. (1983). Madrasah al-'Ulum al-Syariah Perak 1937–1977: Satu kajian Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Sulaiman Ngah Ghazali. (1990). Ke arah mempertingkat mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah agama rakyat di negeri Perak: Satu kajian. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Page 30: Bahan Tarannum

Syed Muhammad Naquib al-Attas (1990). Islam dalam sejarah dan kebudayaan Melayu. Petaling Jaya: Angkatan Belia Islam Malaysia.Wan Zahid Wan Nordin. (1994). Pendidikan tahun 2000: Cabaran dan harapan dalam Pendidikan Islam: Peranannya dalam pembangunan ummah. Abdul Halim el-Muhammady (ed.). Bangi: Persatuan Bekas Pelajar Timur Tengah.172

ERSEPSI PELAJAR JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM TERHADAP PEMBELAJARAN KEMAHIRAN BAHASA ARAB DI FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM

NOR ASIAH BINTI MOHD SALLEH (2003)

ABSTRAK

Kajian tinjauan ini dilakukan di FPI, UKM yang melibatkan 66 orang responden. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji sejauhmana persepsi pelajar terhadap pembelajaran kemahiran bahasa Arab yang meliputi kemahiran mendengar dan memahami, mcnulis, membaca dan bertutur. Pengkaji turut menilai sejauhmana keberkesanan pembelajaran bahasa ini kepada pelajar. Set soal selidik telah digunakan untuk mendapatkan data kajian. Untuk menganalisa data, pengkaji telah menggunakan statistik deskriptif dan frekuensi dalam program SPSS 7.5. Dapatan kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap pembelajaran kemahiran mendengar dan memahami adalah tinggi dengan nilai min keseluruhan ialah 4.1. Hasil kajian juga menunjukkan persepsi pelajar yang tinggi terhadap objektif pembelajaran kemahiran bahasa Arab dengan min keseluruhan 4.1. Manakala persepsi pelajar terhadap keberkesanan pembelajaran kursus kemahiran bahasa Arab adalah di tahap sederhana dengan min keseluruhan 3.6. Manakala min persepsi pelajar terhadap kemahiran menulis dan kemahiran bertutur juga tinggi dengan nilai min masing-masing 4.0. Namun demikian hasil kajian mendapati min persepsi terhadap kemahiran membaca adalah di tahap sederhana dengan nilai 2.9. PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP KEPENTINGAN PENGAJARAN BAHASA ARAB DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SHAMSINA BINTI SHAMSUDDIN (2006)

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan meninjau persepsi terhadap kepentingan pengajaran bahasa Arab dalam pendidikan awal kanak-kanak. Kepentingan bahasa Arab ini dilihat daripada aspek kepentingan bahasa Arab secara umum, kepentingan pengajaran bahasa Arab dalam pendidikan awal kanak-kanak dan kepentingan untuk memupuk minat terhadap bahasa Arab di kalangan kanak-kanak prasekolah. Kajian ini berbentuk tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik untuk mendapat data daripada ibu bapa berhubung dengan persepsi mereka terhadap kepentingan bahasa Arab dalam pendidikan awal kanak-kanak. Kajian dijalankan terhadap 300 orang ibu bapa kanak-kanak di dua belas buah prasekolah dalam daerah Hulu Langat. Kajian juga turut meninjau persepsi dua belas orang guru Pendidikan Islam dan guru bahasa Arab di prasekolah yang terlibat menggunakan temu bual berstruktur. Dapatan kajian menunjukkan bahawa purata min persepsi bagi ketiga-tiga kepentingan yang dikaji berada pada tahap tinggi. Perbandingan persepsi di antara ibu bapa yang berlainan tahap pendidikan, lokasi tempat tinggal, jantina dan jenis prasekolah anak-anak juga telah dibuat menggunakan alat ujian ANOVA satu hala dan Analisis Univariat. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan persepsi yang signifikan antara ibu bapa berdasarkan tahap pendidikan dan jenis prasekolah anak. Walau bagaimanapun tidak terdapat perbezaan persepsi yang signifikan jika dilihat dan perbezaan jantina dan lokasi tempat tinggal. Analisis Korelasi Pearson pula digunakan untuk melihat hubungan persepsi dengan umur ibu bapa. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara persepsi dengan umur ibu bapa. Analisis temubual bersama guru pula menunjukkan kesemua guru bersetuju jika bahasa Arab dilaksanakan di peringkat prasekolah dengan lebih sebahagian daripada mereka mencadangkan agar ia diajar sebagai satu komponen yang

Page 31: Bahan Tarannum

berasingan di dalam kurikulum prasekolah.PERSEPSI GURU-GURU BAHASA ARAB DI DAERAH HULU LANGAT

HJ SAID BIN DRAMAN (2001)

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru Bahasa Arab terhadap tahap penggunaan komputer dalam pendidikan. Fokus kajian tertumpu kepada pengetahuan dan pemahaman guru-guru Bahasa Arab dalam aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab berbantukan komputer. Respondan terdiri dan pada 120 orang guru Bahasa Arab yang sedang mengajar mata pelajaran Bahasa Arab dan empat belas buah sekolah di daerah Hulu Langat. Kajian kes ini dilakukan melalui soal selidik. Soal selidik digunakan untuk mengumpul data berkaitan persepsi responden terhadap pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. Temu bual dijalankan untuk mendapatkan makiumat tambahan daripada beberapa orang pengetua dan guru besar. Data yang diperolehi diproses melalui komputer dengan menggunakan program SPSS 7.5. Nilai kekerapan, peratus dan mm dikira untuk menentukan kecenderungan memusat. Huraian bagi semua pernnyataan bagi setiap aspek dibuat berdasarkan peratusan. Kemudian perbandingan skor min dibuat untuk menentukan pernyataan yang mana lebih signifikan. Selepas itu perbandingan skor keseluruhan bagi setiap aspek dibuat untuk menentukan keseluruhan bagi setiap aspek-aspek berkenaan. Daripada kajian ini, didapati bahawa pengetahuan dan pemahaman guru-guru Bahasa Arab mengenai aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab berbantukan teknologi komputer mengikut kesignifikannya adalah (1) aspek perubahan alat bantu mengajar Bahasa Arab dalam pengajaran dan pembelajaran, (2) aspek mod-mod penggunaan teknologi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab, (3) aspek kaedah penyampaian dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab, (4) aspek penggunaan teknologi pengkomputeran dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab dan (5) aspek pendekatan pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab. Kajian ini telah menyarankan beberapa cadangan dan langkah untuk mengatasi masalah yang berkaitan dengan pengetahuan dan pemahaman guru-guru Bahasa Arab mengenai aspekaspek pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab berbantukan komputer. 

ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana tahap pengetahuan dan pelaksanaan teknik-teknik pengajaran Bahasa Arab Komunikasi berasaskan pendekatan komunikatif di kalangan guru di sekolah-sekolah yang dikaji dalam Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Dalam kajian ini soal selidik dan temu bual digunakan untuk mengumpul maklumat daripada 44 orang responden kajian yang mengajar Bahasa Arab Komunikasi. Data yang dikumpul dianalisis secara deskriptif menggunakan SPSS 12.0 bagi mendapatkan frekuensi, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan guru terhadap prinsip-prinsip pengajaran berasaskan pendekatan komunikatif adalah tunggi (min = 4.1 1). Kekerapan guru-guru mclaksanakan teknik mengajar kemahiran mendengar adalah sederhana (min = 3.46), teknik mengajar kemahiran bertutur adalah tinggi (min= 3.70), teknik mengajar kemahiran membaca juga adalah tinggi (min = 3.85), manakala teknik mengajar kemahiran menulis adalah sederhana (min = 3.59). Kajian ini juga mendapati bahawa masalah utama guru dalam pengajaran Bahasa Arab Komunikasi berasaskan pendekatan komunikatif adalah tahap penguasaan babasa Arab guru-guru adalah kurang memuaskan dan kurang pendedahan berkaitan pengajaran berasaskan pendekatan komunikatif. Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan dikemukakan untuk pelaksanaan pendekatan komunikatif dalam Bahasa Arab Komunikasi Sekolah Kebangsaan serta cadangan untuk kajian lanjutan.