ass inovasi&kreatif
TRANSCRIPT
-
7/31/2019 Ass Inovasi&Kreatif
1/21
Pendahuluan & Konsep Inovasi
Inovasi menghendaki adanya konsep-konsep, idea-idea, kaedah-kaedah, proses-proses dan
kegunaan yang baru dan asli. Ia bermaksud sesuatu idea itu perlulah yang baru dan
dihasilkan secara asli. Sesuatu inovasi itu belum dikatakan berjaya sehingga apabila
idea itu digunapakai. Oleh itu konsep inovasi melibatkan proses penghantaran dan
pemasaran idea-idea itu kepada pengguna-pengguna. Apabila sesuatu idea dihantar
kepada pengguna barulah sesuatu inovasi itu dikira berjaya. Dalam apa bidang sekali
pun manusia akan cuba mendahului orang lain. Ini melibatkan dalam dunia
perdagangan di mana mereka akan cuba mendahului orang lain.
Dalam peperangan pula mereka akan cuba sedaya upaya untuk menang dengan
menggunakan apa jua kemampuan yang ada termasuklah penggunaan senjata. Biasanya
pihak yang menang bukanlah pencipta senjata tetapi kemampuan menghantar senjata
dengan cepat ke medan peperangan dan cekap menggunakannya. Dalam inovasi ia
mempunyai objektif berikut;
a. Mengurangkan kos
b. Meninggikan kualiti
c. Meningkatkan lagi prestasi yang sedia ada.
d. Memberi ciri-ciri prestasi tambahan.
e. Memberi prestasi baru.
1
-
7/31/2019 Ass Inovasi&Kreatif
2/21
Inovasi boleh berlaku pada satu tahap atau gabungan beberapa tahap tersebut. Inovasi
wujud apabila sesuatu idea itu telah benar-benar digunakan. Konsep inovasi juga
melibatkan proses penghantaran dan pemasaran idea-idea itu kepada pengguna. Aspek
penghantaran kepada pengguna menentukan kejayaan inovasi. Dalam dunia
perdagangan dan industri yang pernah persaingan sengit, pihak yang menang ialah
mereka yang berjaya mendahului orang lain dalam kepantasan dan pemasaran bukan
orang yang mula-mula mencipta invensyen itu. Sebagai contoh, teknologi Jepun yang
mencipta cahaya tambahan pada belakang kereta daripada sejenis cecair kristal yang
berkerlipan pada waktu pada malam. Ini membuat pemandu-pemandu lain lebih
berhati-hati dalam menyusur jalan pada waktu malam bagi mengelakkan daripada
berlaku pelanggaran. Disebabkan ciptaan inovasi ini menjadikan bandar Tokyo
berkelipan seperti lampu neon lain terutama dalam sekitar 1960 an.
Rekacipta atau inovasi seperti yang dinyatakan oleh Ainon dan Abdullah ( 1994) dapat
diklasifikasikan kepada dua jenis :
a. Inovasi atau reka cipta konkrit yang menghasilkan benda-benda sebenar seperti
tong sampah yang mempunyai kelainan seperti sekarang, pensel yang berbagai
fungsi dan sebagainya..
b. Inovasi atau reka cipta yang abstrak yang menghasilkan konsep strategi, taktik
prosedur, peraturan, undang-undang, hasil perundingan, peleraian konflik dan
seumpamanya.
2
-
7/31/2019 Ass Inovasi&Kreatif
3/21
Dalam bidang kajian yang bakal ditulis adalah menjurus kepada bahagian inovasi
kumpulan satu yang akan menjuruskan kepada jenis reka cipta atau inovasi konkrit.
Jenis Teknologi
Sel Bahan Dalam Industri Automotif
Lebih daripada 50 tahun dalam revolusi inovasi teknikal daripada Mercedes-Benz yang
telah dijalankan kini menjadi hampir menjadi realiti dalam memperkenalkan rekaan
bentuk baru kereta bersasakan sel bahan api pada tahun 2012 nanti dalam dunia
permotoran moden. Bahan tersebut juga merupakan satu alternatif kepada bahan bakar
yang sedia ada di pasaran. Syarikat Daimler Chrysler yang merupakan rakan kongsi
Mercedes-Benz adalah syarikat kereta pertama yang menggunakan tenaga hidrogen
berasaskan teknologi sel bahan api. Syarikat ini juga telah menguji 60 kereta Mercedes-
Benz A-Class di Jepun, Jerman, Singapura dan Amerika Syarikat. Untuk menjayakan
projek ini syarikat ini juga telah membelanjakan hampir US$ 12 billion dalam
pembangunan penciptaan inovasi baru ini yang juga menekankan konsep mesra alam
yang tidak tercemar seperti teknologi yang sedia ada dengan kerjasama yang
dijalankan oleh Program Alam sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu . Dalam
penciptaan inovasi yang baru memang diakui oleh laporan yang dijalankan Stephen
Willliams mengatakan melalui keluaran akhbar The Star baru-baru ini
3
-
7/31/2019 Ass Inovasi&Kreatif
4/21
When it comes to the future of the automobile, Mercedes-Benz has been the leader.
That proud heritage continues with the companys new developments in fuel cell
technology for environmentally in fuel cell technology for environmentally friendly
transport system.
Dalam membina penciptaan baru ini syarikat ini juga mendapat persaingan dari syarikat
kereta gergasi lain dalam mencipta kaedah yang sama termasuk dari BMW, Toyota,
Honda, Fords dan General Motor. Keluaran automotatif akan datang yang
menggunakan sel bahan api yang sedia ada akan bertukar menggunakan gas hidrogen
secara terus sebagai punca tenaga utama tanpa membebaskan sebarang asap dan
sungguh berkesan dan efesien. Sepekara lagi gas tersebut mudah diperolehi daripada air
dan gas di udara .
Cabaran Kepada Peringkat Permulaan Penciptaan Inovasi Sel Bahan Bakar.
1. Kos merupakan dalam mendapatkan ciptaan baru juga merupakan salah satu
halangan pada peringkat permulaan terutama di kalangan penduduk di negara
Afrika. Tetapi diharapkan dalam masa 30 tahun selepas pelaksanaan projek ini
terutama selepas diperkenalkan di negara membangun yang lain diharapkan
harganya lebih stabil dan kompetetif dengan bahan bakar sedia ada.
2. Pada peringkat permulaaan kenderaan jenis ini yang melakukan perjalanan jauh
terpaksa membawa 350 bar atau cecair beku hidrogen di bawah tahap beku 253
4
-
7/31/2019 Ass Inovasi&Kreatif
5/21
darjah celcius. Ini sudah tentu tidak bersesuaian dengan kenderaan sedia dan
terpaksa mencari alternatif bagi menyimpan bahan tersebut.
Sebagai mengatasi cabaran ini , syarikat Daimler-Benz telah menjalankan operasi
ujikaji yang melibatkan sebuah sejenis van yang diberi nama MB100 Van dalam
tahun 1991 yang ketika itu membawa kuantiti sel bahan bakar yang banyak pada
permulaan penerokaan ilmu ini. Fungsi van tersebut digunakan untuk menghantar
barangan telah bergerak hampir 150 km sehari. Mengikut statik yang diperolehi
sehingga tahun 2000 perjalanan van tersebut telah hampir mencecah 17 000 km
bergerak dalam sekitar bandar Hamburg di Jerman tanpa sebarang kerosakkan
terutama kecuali yang melibakan sel bahan bakar yang terpaksa diitukarkan. Terdapat
kini perubahan yang berlaku didalam masa tempoh percubaan sel bahan bakar ini telah
digunakan. Terdapat beberapa penambahbaikan dilakukan di mana sel bahan bakar
dapat diubahsuaikan dengan bentuk yang lebih kecil dan sesuai diletakkan ke dalam
kereta dengan tidak menggunakan ruang yang luas , bertambah ringan dan lebih efisien
lagi. Untuk tahun 2005 saja , Mercedez-Benz telah menambah lagi bilangan kenderaan
seperti di atas sebanyak 60 kenderaan berkelas A yang digunakan di seluruh dunia
dalam mengujinya dalam keadaan cuaca yang berbeza .
Keperluan Khusus Infrastruktur
Di antara langkah yang dijalankan oleh syarikat Mercedez-Benz ini terutama dalam
pengisian semula gas hidrogen yang merupakan bahan bakar utama ke dalam tangki
baik bas atau kereta diwujudkan sistem pengisian gas tersebut di tempat pengisian
5
-
7/31/2019 Ass Inovasi&Kreatif
6/21
stesen yang dicadangkan dalam bulan Mei ini. Syarikat tersebut akan melancarkan 30
stesen seperti yang dicadangkan di Barcelona, London, Luxemburg, Porto, Stockholm
dan Stuttgart dan bandar Eropah yang pertama dalam mendapat faedah ini adalah
Madrid di Sepanyol.
6
-
7/31/2019 Ass Inovasi&Kreatif
7/21
Sumber Berita Harian 20 Februari 2005
Kereta-kereta Di Era zaman 40 an dan 50 an
Di antara jenis kereta Vintage klasik ( gambar atas dan bawah ) yang menggunakan
pertol bahan bakar yang merupakan sumber utama dalam dunia otomobil ketika itu.
7
-
7/31/2019 Ass Inovasi&Kreatif
8/21
8
-
7/31/2019 Ass Inovasi&Kreatif
9/21
Strategi Inovasi Kumpulan Orang Jepun
9
Di antara jenis kereta zaman alaf baru yang kini
berlumba-lumba mencari ciptaan baru dan terkini
dalam inovasi dunia pemotoran dalam terutama
dalam menggunakan sel bahan bakar yang menjadi
alternatif daripada penggunaan pertroleum sebelum
ini
-
7/31/2019 Ass Inovasi&Kreatif
10/21
Selepas kekalahan Jepun dalam peperangan dalam Perang Dunia Kedua dalam tahun
1945 rakyat Jepun telah bangkit dengan begitu bersemangat sekali dan tidak menoleh
ke belakang lagi. Jika selama ini Jepun terkenal dengan semangat peperangan dan
patriotisme yang begitu tinggi maka selepas zaman peperangan mereka mempunyai
keazaman yang begitu jitu. Kali ini mereka sekali lagi mahu menakluki dunia sekali
lagi dengan kaedah baru iaitu dalam ekonomik dan industri yang berkonsepkan ilmu
seperti robotik, Fuzzy logik, mekanikal seperti automobil, nanoteknologi dan
bioteknologi.
Keazaman mereka sehingga sanggup meniru akan segala produk terkini dari barat dan
diubah suai menjadi satu penemuan inovasi yang baru daripada konsep peniruan . Di
antara contoh yang dapat dilihat dengan hasil ciptaan kreatif orang barat mencipta
kamera yang ketika itu besar dari segi saiz dan berat. Hasil peniruan yang dibuat oleh
orang Jepun telah mencipta satu inovasi baru dunia kamera yang berubah bentuk
menjadi kecil dan ringan dan yang terkini mereka telah mencipta telefon berbagai
fungsi di mana alat tersebut bukan hanya berupaya berhubung secara konvensional
malah boleh berhubung melalui sidang video, sebagai alat video kamera dan boleh
menghantar dan mendapatkan maklumat melalui internet.
Berdasarkan akan kecenderungan ini dalam mengubahsuai sesuatu ciptaan orang barat.
Sekali lagi dalam dunia komunikasi telah membuktikan orang Jepun mendahului
bangsa lain terutama sekali dalam pemasaran dan perdagangan secara global.
10
-
7/31/2019 Ass Inovasi&Kreatif
11/21
Budaya berkerja terutama dalam dunia rekacipta inovasi amat berlainan sekali di antara
orang Jepun dan orang Barat. Contoh yang dapat dibuat sebagai perbandingan di
antara syarikat Toray di Jepun yang merupakan syarikat yang mempunyai jabatan yang
merancang tugas-tugas perancangan pembangunan. Mereka akan membuat
penyelidikan dalam bidang-bidang yang diminati oleh penyelidik manakala syarikat
Canon di barat menggunakan kaedah lain. Mereka menubuhkan tiga kumpulan kerja
yang akan menjalankan tugas yang berbeza . Pengkhususan dibuat melalui
penyelidikan lapangan di mana dalam lapangan ini mereka akan mencari maklumat
untuk mengenal pasti produk yang akan dipasarkan pada masa depan. Pengkhususan
kedua pula tertumpu kepada menyusun strategi syarikat untuk jangka panjang serta
pembangunan korporat dan pengkhususan ketiga akan mencipta produk baru dan
mengubah ciptaan sedia ada kepada yang lebih baik dan canggih.
Dalam mencipta model cara berkerja orang Jepun mereka menggunakan Model Kano
yang melihat sesuatu produk dari sudut pembeli antara langkah yang dalam model ini
adalah seperti berikut :
a. Mula -mula buat senarai semua ciri yang akan ada pada produk baru yang bakal
dibuat secara sistematik
b. Asingkan ciri-ciri itu ke dalam kelompok ciri wajib, ciri diharapkan dan ciri
yang menyeronokkan.
11
-
7/31/2019 Ass Inovasi&Kreatif
12/21
c. Pastikan produk baru dicipta itu mempunyai junlah ciri-ciri yang menyeronokkan.
Strategi utama dalam dunia penciptaan inovasi orang Jepun adalah :
Berkonsep peniruan dari barat. Idea asal diambil secara mutlak terutama dalam
penciptaan sesuatu proses, alatan atau produk industri barat.
Proses kreativiti dan inovasi akan melibatkan semua tahap.
Kualiti dalam bidang dunia penciptaan baru amat dititikberatkan dengan sesuatu
produk dapat diedarkan melalui kumpulan kawalan mutu.
Kos pengeluaran rendah dan dengan itu harga produk secara tidak langsung
akan rendah dan sekali gus sasaran pasaran untuk dimiliki pelanggan akan
terbuka dengan lebih luas.
Mempunyai kepantasan menerima dan mengubahsuai teknologi baru
Kepantasan dalam memasarkan produk baru dan mencari pasaran baru.
Adat berkerja secara kumpulan.
Menekankan nilai sopan santun dalam budaya kerja.
Strategi master Melibatkan rantaian idea yang pantas dalam dalam mencipta
mencipta sesuatu mutu produk yang baru dalam pasaran, tugas kerja yang
menyeluruh tanpa sekatan
Strategi menjana idea secara tidak formal supaya mudah diperolehi untuk
mencipta sesuatu produk.
Persaingan berasaskan masa melibatkan insentif, penambahbaikan berterusan
respon yang berterusan serta terbuka kepada idea baru.
12
-
7/31/2019 Ass Inovasi&Kreatif
13/21
Pengurusan Paradoks terrmasuk perancangan konsultatif dan budaya mengelak
ketidakpastian.
Kesan budaya : sikap ingin tahu untuk produk dan kesediaan toleransi untuk
idea dan inovasi yang tinggi.
Strategi Inovasi Barat.
Di barat mereka percaya golongan genius yang memberi sumbangan yang besar
kepada keuntungan syarikat. Contohnya di Syarikat Bell laboratory di Amerika
Syarikat mereka mempunyai 24 000 penyelidik, 3 000 daripada mereka memiliki
Ph.D dan 6 000 memiliki Ijazah Sarjana.. Oleh kerana itu tidak hairanlah mereka
dapat mencipta berbagai-bagai rekaan baru yang berteknologi tinggi kerana di barat
mereka berkonsepkan siapa yang menjadi pencipta teknologi baru yang terkini.
Mereka di sana sanggup membelanjakan satu peruntukkan yang besar dalam
bentuk pelaburan , penyelidikan asas dan applikasi. Budaya kerja di kalangan orang
barat adalah bersifat individu dalam membentuk budaya kecemerlangan dan
keusahawanan dan yang paling penting sekali sanggup mengambil risiko.
Inovasi dan cabaran Di Malaysia
Ketika merasmikan Kongres Pendidikan Melayu di Kuala Lumpur pada 26 Mac 2005,
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahukan fungsi guru
dilonggarkan dan tidak terikat kepada sukatan pelajaran semata-mata bagi membolehkan
negara melahirkan sumber manusia yang mantap, inovatif dan berkeupayaan Mingguan
13
-
7/31/2019 Ass Inovasi&Kreatif
14/21
Malaysia 27 Mac 2005. Beliau juga menegaskan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan
(RMK-9) peruntukan pendidikan akan lebih banyak disalurkan untuk menganjurkan
program dan pengisian pendidikan bagi melahirkan rakyat yang inovatif dan berkeupayaan
sebagai modal insan. Sebagai satu galakkan intensif yang diberi oleh kerajaan beberapa
institusi pengajian awam negara telah mengorak langkah dalam dunia ciptaan inovatif dan
perintis teknologi contohnya yang menonjol sekali ialah Universiti Sains Malaysia . Ini
selaras dengan kehendak Canselor Universiti itu sendiri iaitu Tuanku Fauziah Binti Al-
Marhum Tengku Abdul Rashid yang juga Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
bertitah dalam titah aluan sempena USM keluaran khas dalam Mingguan Malaysia pada 27
Mac 2005 iaitu :
Inovasi yang diterokai menjadikanya terkehadapan dalam memainkan peranan untuk
pembangunan negara. Serentak dengan itu Beta mengharapkan usaha seperti ini akan
diteruskan oleh USM dengan menyediakan pelapis di kalangan anak muda untuk
menguasai ilmu sebagai pemangkin kemajuan negara
Keberhasilan dari penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan ( R&D) beberapa
kajian baru telah diterokai di USM diantaranya :
a. Prototaip Cip Litar Bersepadu Frekuensi Radio
b. Petrol kelapa sawit
c. Tulang sintetik rekagraf
14
-
7/31/2019 Ass Inovasi&Kreatif
15/21
d. Kaedah Bioecods iaitu satu kaedah atasi masalah banjir.
Masalah di negara kita timbul apabila semua hasil penyelidikan dan pembangunan
yang telah dihasilkan (R&D) yang gagal dikomersialkan dan banyak kali dibangkitkan
namun jalan penyelesaian masih buntu. Lazimnya apabila situasi ini timbul , sektor
industri dipersalahkan kerana didakwa tidak berminat menyuntik modal atau membantu
usaha mengembangkan usaha R&D. Jika dilihat kepada peruntukan disalurkan oleh
kerajaan untuk R&D jumlahnya cukup tinggi contohnya dalam RMK-8 (2001-2005)
kerajaan memperuntukkan RM 200 juta melalui Skim Geran Industri (IGS) dan RM 1.6
billion menerusi Skim Peningkatan Penyelidikan Bidang Keutamaan (IRPA). Namun
begitu secara umumnya ia belum mencukupi.
Zaman era automotif baru di Malaysia bermula dalam sekitar tahun 1980 an dengan
kerjasama antara Proton dan syarikat Mitsubihshi sehingga lahir anak sulung proton
iaitu Proton Saga. Baru-baru ini dalam memantapkan lagi industri automotif di
Malaysia setanding dengan negara-negara pengeluar utama yang lain satu perjanjian
kerjasama dengan Volkwagen As (VW) telah diadakan dalam bulan Februari tahun ini.
Ini sejajar dengan hasrat kerajaan mahukan Proton membangunkan Malaysia sebagai
hab bagi industri reka bentuk , kejuruteraan dan pengeluaran automotif. Jika kita lihat
kemajuan teknologi yang dikaji tadi kita masih berada jauh terbelakang dengan negara
pencipta kereta yang berkonsepkan sel bahan bakar bagi menggantikan bahan bakar
petroleum yang sedia ada.
15
-
7/31/2019 Ass Inovasi&Kreatif
16/21
Inovasi kemajuan teknologi yang dibuat di Malaysia berdasarkan usaha sama kerajaan
dan syarikat dan badan-badan tertentu, kerajaan cuma menyalurkan peruntukkan
kepada anak syarikat automotif kerajaan iaitu Proton untuk menjalankan kajian.
Manakala di negara pengeluar kereta yang sedia wujud hanya syarikat saja yang
berperanan utama dalam penciptaan inovasi yang baru manakala kerjaan hanya
membantu buka dalam bentuk kewangan. Langkah kerjasama dengan Volkwagen AG
(VW) merupakan satu langkah yang tepat terutama dalam menghadapi persaingan
industri automotif global yang sengit dan kompetetitif dan bertaraf dunia. Adalah
diyakini jika projek sel bahan bakar yang dilaksanakan di barat jika diimplementasikan
di Malaysia dan dapat menyumbangkan pulangan ekonomi yang besar kepada negara
kita seperti yang dinyatakan oleh Dato Shafie Afdal iaitu Menteri Perdagangan dan
Hal Ehwal Pengguna Tempatan melalui Buletin Utama TV 3 yang disiarkan pada 9
April 2005 menyatakan jika bahan ini di ambil sebagai satu set alternatif kita akan akan
menjimatkan sebanyak RM 3.3 billion setahun iaitu hasil bantuan dalam bentuk
subsidi kerajaan ke atas minyak petrol yang diberikan kepada rakyat.
Cadangan Penyelesaian & Kesimpulan.
Untuk meneruskan penciptaan inovasi kita memerlukan orang-orang yang berfikiran
kreatif malah di negara kita kita mempunyai ahli sains yang mempunyai bidang
kepakaran baik dalam bidang perubatan, automotif dan sebagainya tetapi kebanyakkan
mereka telah bekerja dengan firma-firma asing yang menawarkan pelbagai intensif
yang menarik. Adalah diyakini dengan usaha kerajaan memanggil mereka balik semula
16
-
7/31/2019 Ass Inovasi&Kreatif
17/21
ke tanah dengan memberi pelbagai intensif maka kita tidak akan kehilangan kepakaran
mereka untuk kemajuan negara kita secara amnya. Peruntukkan dan galakan yang lebih
banyak perlu diberikan kepada penyelidik dan saintis kita bagi meningkatkan mutu
serta mengembangkan penyelidikan dan pembangunan (R&D). Perlu diperjelaskan
lagi usaha R&D di Malaysia yang mula bergerak di sini agak terlewat jika
dibandingkan di barat di mana usaha-usaha mereka ini telah mula dijalankan pada awal
abad ke - 20.
Berbagai usaha telah dibuat telah dibuat oleh pihak kerajaan bagi menarik mereka ini
balik semula ke sini malah ada yang telah menjadi status wargnegara baru di negara
baru mereka berdasarkan intensif yang menarik diberi di sana. Memang tidak
dinafikan sesetengah bidang yang dikaji oleh para saintis kita kemudahan tersebut amat
terhad di sini dan bagi mengatasi satu galakan Hadiah Cemerlang Perdana Menteri
diwujudkan bagi menghantar rakyat kita yang cemerlang dalam bidang tertentu
mendalami ilmu tersebut di luar negeri dan diharapkan dapat pulang semula ke tanah
air di samping meneruskan ilmu penciptaan inovasi yang diterokai. Selain dari itu
sistem pendidikan kita patut diubah supaya kurikulum yang dibina berjaya melahirkan
generasi yang berfikiran kreatif dan inovatif dengan mewujudkan subjek baru berkaitan
dengannya.
Di samping itu pengwujudan syarikat universiti juga boleh bertindak sebagai orang
tengah antara universiti dan syarikat swasta bagi mengetengahkan dan
mengkomersialkan hasil R&D yang dibuat. Melalui cara tersebut masalah hasil R&D
17
-
7/31/2019 Ass Inovasi&Kreatif
18/21
yang gagal dikomersialkan bukan saja dapat diatasi malah dapat mengukuhkan
hubungan antara unversiti dan swasta. Kelemahan bidang penyelidikan yang dapat
dimanfaat orang ramai bukan disebabkan masalah infrastruktur tetapi tidak ada
penyambungan antara syarikat besar dan penyelidik. Melalui syarikat universiti
penyelidik tidak lagi tercari-cari untuk mengkomersialkan kajian mereka. Kebolehan
mereka juga tidak mudah dipergunakan oleh sektor industri sebaliknya akan tetap
disalurkan untuk pembangunan ilmu dan universiti. Ini diakui sendiri akan peranan
pengwujudan syarikat universiti ini oleh Pengarah Perundingan dan Keusahawanan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Prof Dr Alias Abdullah berkata ,
Idea Inovatif yang sepatutnya dikembangkan sepatut mendatangkan manfaat
kepada orang ramai tetapi apa yang berlaku adalah pembaziran jika gagal
diperkembangkan dan di komersialkan
Berita Harian 19 November 2004
Jika langkah-langkah tadi diambil, Malaysia mempunyai ramai penyelidik yang mampu
menghasilkan ciptaan bermutu dalam bidang sains dan teknologi setanding dengan
negaranegara yang maju.
18
-
7/31/2019 Ass Inovasi&Kreatif
19/21
Bibliografi
Ainon & Abdullah (1994) .Pemikiran Reka Cipta Kaedah Mengajar dan Bahan
Latihan. K.Lumpur : Utusan Publication dan Distributors Sdn Bhd
Ainon Mohd & Abdullah ( 2003) , Belajar Berfikir. K.Lumpur PTS Publication
Distributors Sdn Bhd.
19
-
7/31/2019 Ass Inovasi&Kreatif
20/21
Alan Asmus & Barry Wellington (1992 ) Diesel Engines and Fuel System Third
Edition : Melbourne Australia . Pitman Publishing.
Cik Khuan Wai Bing & Omar Abdull Kareem (2005) Kreativiti Dan Inovasi Dalam
Pendidikan, UPSI.
Md Alias bin Hj Kalil ( 2002) Jurnal Pembangunan Teknologi Negara Jepun dan
Malaysia Dalam Pembangunan Sumber Manusia. Satu Perbandingan Umum.
Prof Dr Mohd Yusof Hasan (2000) ,Pemikiran Saintifik, Laser Press Sdn Bhd P.Jaya.
Yew Kam Keong, (2002). Bebaskan Kreativiti Anda, K.Lumpur: Utusan Publication
and Distributors Sdn Bhd
Isi Kandungan Muka Surat
Pendahuluan Dan Konsep Inovasi 1Jenis Teknologi 3Cabaran Kepada Peringkat Permulaan Inovasi :
Sel Bahan Bakar
4
20
-
7/31/2019 Ass Inovasi&Kreatif
21/21
Keperluan Infrastruktur 5Bagaimana Fungsi Dijanakan 7Perbezaan Penggunaan Sel Bahan Bakar Era
Automotif : sebelum dan selepas
8-9
Strategi Inovasi Orang Jepun 10Strategi Inovasi Orang Barat 13Inovasi Dan Cabaran Di Malaysia 14Cadangan Penyelesaian 17Bibliografi 20