asmia ayu binti alias.tt - fp.utm.my ayu binti alias.tp.pdf · adik-adik iparku.. (mohd faiz, nur...
TRANSCRIPT
GAYA KOMUNIKASI INTERPERSONAL GURU BESAR DAN
HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA
GURU SEKOLAH RENDAH ZON KUKUP
DAERAH PONTIAN, JOHOR
ASMIA AYU BINTI ALIAS
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan
(Pengurusan dan Pentadbiran)
JUN 2013
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL :
GAYA KOMUNIKASI INTERPERSONAL GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU SEKOLAH RENDAH ZON KUKUP DAERAH PONTIAN, JOHOR
SESI PENGAJIAN : 2011 - 2013 Saya ASMIA AYU BINTI ALIAS
Mengaku membenarkan tesis (PSM /Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian
tinggi. 4. **Sila tandakan (√ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan atau kepentingan
Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
√ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh :
--------------------------------------- ----------------------------------------- (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
DR. KHADIJAH BINTI DAUD Alamat Tetap:
No 8, Lorong Makmur, Pontian Besar,
82000 Pontian, Johor
Tarikh : 28 MEI 2013 Tarikh : 30 MEI 2013
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara ּט penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran) ”
Tandatangan : ....................................................................
Nama Penyelia : DR. KHADIJAH BINTI DAUD
Tarikh : 28 MEI 2013
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
GAYA KOMUNIKASI INTERPERSONAL GURU BESAR DAN
HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA
GURU SEKOLAH RENDAH ZON KUKUP
DAERAH PONTIAN, JOHOR
ASMIA AYU BINTI ALIAS
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan
(Pengurusan & Pentadbiran)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
JUN 2013
“Saya mengakui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri, kecuali nukilan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ………………………………….....................…
Nama Penulis : ASMIA AYU BINTI ALIAS
Tahun : 2013
DEDIKASI
Suamiku….Hafizuddin bin Md. Shakhih,
Anakku…..Nur Iman Amani binti Hafizuddin, Ibuku…….Che Ku Azimah binti Che Ku Long,
Ayahku…Alias bin Saleh. Ibu Mertuaku….Hamidah binti Abdullah.
Ayah Mertuaku…Allahyarham Md. Shakhih bin Abd Fatah
Adik beradikku.. (Azan Harizat, Almida Wahida, Ahmad Firdaus, Aisahanim dan Ainur Sharahiza)
Adik-adik iparku..
(Mohd Faiz, Nur Atiqah dan Nur Nazihah)
Semoga Allah SWT memberkati kita dan mengumpulkan kita dalam kebaikan dunia
dan akhirat…
PENGHARGAAN
Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT atas
nikmat-nikmat yang dikurniakan kepada diri saya yang kerdil ini sehingga dapat
menyelesaikan kajian ini dengan sebaiknya.
Seterusnya, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
yang tidak terhingga kepada penyelia saya Dr. Khadijah binti Daud atas segala
bimbingan,kesabaran, galakan dan kritikan yang membina sehingga kajian ini dapat
disiapkan dengan jayanya.
Penghargaan ini juga dirakamkan kepada semua pensyarah yang mengajar saya iaitu
Prof. Madya Dr. Hamdan bin Said, Prof. Madya Yusof bin Boon, Dr. M. Al-
Muzammil bin Mohd Yassin, Dr. Lokman bin Mohd Tahir, Prof. Dr. Ismail bin
Kailani, Prof. Madya Dr. Abdul Rahim bin Hamdan, Prof. Madya Dr. Mohamad
Najib bin Abd Ghafar, En. Hassan bin Hushin, En Abdul Razak bin Idris yang telah
berkongsi dan menyumbangkan ilmu pengetahuan yang sangat bermanfaat.
Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan atas segala bantuan dan motivasi yang diberikan sepanjang tempoh
program pengajian ini. Semoga kita semua beroleh manfaat dan setiap amalan yang
dilakukan mendapat keberkatan Allah SWT.
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk melihat gaya komunikasi interpersonal guru besar dan
kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru sekolah rendah zon Kukup daerah Pontian.
Kajian ini khusus untuk mengenal pasti tahap gaya komunikasi interpersonal yang
sering digunakan oleh guru besar, tahap kepuasan kerja guru terhadap komunikasi
interpersonal guru besar, perbezaan tahap gaya komunikasi interpersonal guru besar
berdasarkan jantina, tahap kepuasan kerja guru berdasarkan jantina dan hubungan
antara gaya komunikasi interpersonal guru besar dengan kepuasan kerja guru.
Kaedah tinjauan dilakukan menggunakan soal selidik skala Likert lima mata dan data
yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS Versi 18.0. Instrumen
pengukuran yang digunakan untuk mengukur gaya komunikasi interpersonal guru
besar dan kepuasan kerja guru adalah soal selidik yang diadaptasi daripada Aida
Shakila (2012). Sebanyak 172 orang guru daripada lapan buah sekolah rendah di zon
Kukup daerah Pontian, Johor terlibat dalam kajian ini. Data diproses menggunakan
statistik deskriptif min, frekuensi, peratusan dan sisihan piawai, serta statistik
inferensi ujian t dan pekali korelasi pearson. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap
gaya komunikasi interpersonal guru besar adalah pada tahap yang tinggi iaitu 3.927.
Tahap kepuasan kerja guru yang diperoleh juga berada pada tahap tinggi dengan
mencatatkan min sebanyak 3.851. Dapatan korelasi menunjukkan terdapat hubungan
yang signifikan di antara gaya komunikasi interpersonal guru besar dan kepuasan
kerja guru di sekolah-sekolah kebangsaan zon Kukup daerah Pontian (p=0.000)
dengan nilai r = 0.432 iaitu pada tahap sederhana.
ABSTRACT
This study was conducted to see the headmaster interpersonal communication styles
and job satisfaction among primary school teachers Kukup zone in Pontian district.
This study specifically to determine the level of interpersonal communication style
that is often used by headmaster, teacher’s job satisfaction for headmaster
interpersonal communication, different levels of interpersonal communication style
headmaster based on gender, level of job satisfaction based on gender and the
relationship between headmaster’s interpersonal communication style and teachers'
job satisfaction. Survey method is done using a questionnaire and a five-point Likert
scale data were analyzed using SPSS version 18.0. Measurement instrument used to
measure interpersonal communication style of headmaster and teacher’s job
satisfaction questionnaire which was adapted from Aida Shakila (2012). A total of
172 teachers from eight primary schools in the zone Kukup in Pontian, Johor
engaged in this study. Data was analyzed using descriptive statistics mean,
frequency, percentage and standard deviation, and inferential statistical t-test and
Pearson correlation coefficient. The findings showed that the level of interpersonal
communication style of headmaster at the high level of 3.927. The level of teacher’s
job satisfaction was also obtained at a high level, recording a mean of 3.851.
Correlation findings showed a significant relationship between interpersonal
communication styles of headmaster and teacher’s job satisfaction in primary schools
in Kukup zone Pontian district (p = 0.000) with r = 0.432 which is at a moderate
level.
KANDUNGAN
BAB PERKARA
MUKA SURAT
1
JUDUL
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI LAMPIRAN
SENARAI SINGKATAN
SENARAI SIMBOL
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3.Penyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Hipotesis Kajian
1.7 Kepentingan Kajian
1.8 Batasan Kajian
1.9 Definisi Istilah
i
ii
iii
iv
v
vi
vii
xii
xv
xvi
xvii
xviii
1
6
9
10
11
12
13
15
16
2
1.9.1 Komunikasi Interpersonal
1.9.2 Guru Besar
1.9.3 Kepuasan Kerja
1.9.4 Guru
1.11 Kerangka Teori Kajian
1.12 Kerangka Konsep Kajian
1.13 Kesimpulan
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
2.2 Peranan Guru Besar dan Pengetua
2.2.1 Peranan Guru Besar dalam Komunikasi
2.3 Konsep Komunikasi
2.3.1 Teori-Teori Komunikasi
2.3.1.1 Teori Pertukaran antara Pemimpin
dengan Anggota
( Leader-Member Exchange Theory)
2.3.1.2 Teori Tembusan Sosial
2.3.1.3 Teori Pengurangan Ketidakpastian
2.3.2 Model Komunikasi Interpersonal
2.3.2.1 Model Komunikasi Humanistik
2.3.2.1 Model Komunikasi Pragmatik
2.3.3 Kajian-Kajian Lepas Gaya Komunikasi
2.3.3.1 Kajian Dalam Negara
2.3.3.2 Kajian Luar Negara
2.4 Konsep Kepuasan Kerja
2.4.1 Teori-teori Kepuasan Kerja
2.4.1.1 Teori Keperluan Maslow
2.4.1.2 Teori Perbandingan Dua Faktor
Herzberg
2.4.1.3 Teori Jangkaan
2.4.2 Kajian-Kajian Lepas Kepuasan Kerja
16
17
17
18
19
20
21
22
22
24
27
32
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
47
47
50
52
54
3
4
2.4.8.1 Kajian Dalam Negara
2.4.8.2 Kajian Luar Negara
2.5 Kajian-Kajian Lepas Hubungan Gaya Komunikasi
Interpersonal dengan Kepuasan Kerja
2.6 Kesimpulan
METODOLOGI
3.1 Pengenalan
3.2 Reka Bentuk Kajian
3.3 Tempat Kajian
3.4 Populasi dan Sampel Kajian
3.5 Instrumen Kajian
3.5.1 Bahagian A: Maklumat Demografi
3.5.2 Bahagian B: Gaya Komunikasi Interpersonal
Guru Besar
3.5.3 Bahagian C : Kepuasan Kerja Guru
3.6 Kajian Rintis
3.7 Prosedur Kajian
3.8 Pembolehubah Kajian
3.9 Pengumpulan Data
3.10 Penganalasian Data
3.10.1 Statistik Deskriptif
3.10.2 Statistik Inferensi
3.11 Kesimpulan
DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan
4.2 Huraian Maklumat Demografi Responden
4.2.1 Jantina Guru Besar
4.2.2 Jantina Guru
4.2.3 Tahap Pendidikan Tertinggi
54
55
56
58
59
60
61
62
63
63
64
64
65
67
69
72
73
74
75
76
76
77
78
78
78
79
4.2.4 Pengalaman Bekerja
4.2.5 Jawatan Disandang
4.3 Analisis Deskriptif
4.3.1 Objektif 1: Analisis Tahap Gaya Komunikasi
Interpersonal Guru Besar
4.3.1.1 Gaya Komunikasi Interpersonal
(Gaya Pragmatik)
4.3.1.2 Gaya Komunikasi Interpersonal
(Gaya Humanistik)
4.3.1.3Analisis Keseluruhan Gaya
Interpersonal guru besar
4.3.2 Objektif 2: Analisis Tahap Kepuasan Kerja
Guru
4.3.2.1 Kepuasan Mengajar
4.3.2.2 Status Guru
4.3.2.3 Tekanan Komuniti
4.3.2.4 Sokongan Komuniti
4.3.2.5 Beban Guru
4.3.2.6 Hubungan Guru dengan Guru Besar
4.3.2.7 Analisis Keseluruhan Tahap Kepuasan
Kerja Guru
4.4 Analisis Inferensi Ujian-T
4.4.1 Objektif 3: Perbezaan Gaya Komunikasi
Interpersonal Guru Besar Berdasarkan Jantina
Guru Besar
4.4.2 Objektif 4: Perbezaan Tahap Kepuasan Kerja
Berdasarkan Jantina Guru
4.5 Analisis Inferensi Kolerasi
4.5.1 Hubungan Gaya Komunikasi Interpersonal
Pragmatik Guru Besar dengan
Kepuasan Kerja Guru
4.5.2 Hubungan Gaya Komunikasi Interpersonal
80
80
81
81
81
89
97
98
98
100
101
102
104
105
106
106
107
107
108
108
109
114
5
Pragmatik Guru Besar dengan
Kepuasan Kerja Guru
4.5.3Objektif 5: Hubungan Gaya Komunikasi
Interpersonal Guru Besar Secara Keseluruhan
dengan Kepuasan Kerja Guru
4.6 Rumusan
RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
5.2 Rumusan Kajian
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian
5.3.1 Objektif 1: Tahap Gaya Komunikasi
Interpersonal Guru Besar
5.3.2 Objektif 2: Tahap Kepuasan Kerja Guru
5.3.3 Objektif 3: Perbezaan Tahap Gaya Komunikasi
Interpersonal Guru Besar Lelaki dan Guru
Besar Perempuan
5.3.4 Objektif 4: Perbezaan Tahap Kepuasan Kerja
Guru Lelaki dan Perempuan
5.3.5 Objektif 5: Hubungan Antara Gaya
Komunikasi Interpersonal Guru Besar dengan
Kepuasan Kerja Guru
5.4 Cadangan Kajian
5.4.1 Cadangan Tindakan
5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan
5.5 Kesimpulan
118
119
120
120
123
123
126
130
131
132
135
135
136
137
RUJUKAN
LAMPIRAN
139
146
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK
MUKA SURAT
Jadual 2.1 Jadual 3.1 Jadual 3.2 Jadual 3.3 Jadual 3.4 Jadual 3.5 Jadual 3.6 Jadual 3.7 Jadual 4.1 Jadual 4.2 Jadual 4.3 Jadual 4.4
Faktor Hygiene Dan Motivator Dalam Teori Perbandingan Dua Faktor Taburan Responden Mengikut Sekolah Taburan Nombor Soalan Mengikut Bahagian Nilai Ketekalan Instrumen Sebaran Dan Pulangan Soal Selidik Daripada Responden Objektif Dan Kaedah Analisa Data Analisis Tahap Gaya Komunikasi Interpersonal Klasifikasi Kekuatan Korelasi Jumlah Dan Peratus Bilangan Responden Mengikut Jantina Guru Besar Jumlah Dan Peratus Bilangan Responden Mengikut Jantina Jumlah Dan Peratus Bilangan Responden Mengikut Tahap Pendidikan Tertinggi Jumlah Dan Peratus Bilangan Responden
52
64
66
68
73
74
75
76
78
79
79
80
Jadual 4.5 Jadual 4.6 Jadual 4.7 Jadual 4.8 Jadual 4.9 Jadual 4.10 Jadual 4.11 Jadual 4.12 Jadual 4.13 Jadual 4.14 Jadual 4.15 Jadual 4.16 Jadual 4.17 Jadual 4.18
Mengikut Pengalaman Mengajar Jumlah Dan Peratus Bilangan Responden Mengikut Jawatan Disandang Taburan Responden Konstruk Gaya Pragmatik Taburan Responden Konstruk Gaya Humanistik Analisis Keseluruhan Gaya Komunikasi Interpersonal Guru Besar Taburan Responden Mengikut Konstruk Kepuasan Mengajar Taburan Responden Mengikut Konstruk Status Guru Taburan Responden Mengikut Konstruk Tekanan Komuniti Taburan Responden Mengikut Konstruk Sokongan Komuniti Taburan Responden Mengikut Konstruk Beban Guru Taburan Respoden Mengikut Konstruk Hubungan Guru Dengan Guru Besar Analisis Keseluruhan Mengikut Tahap Kepuasan Kerja Guru Analisis Ujian-T Terhadap Gaya Komunikasi Interpersonal Guru Besar Berdasarkan Jantina Analisis Ujian-T Terhadap Kepuasan Kerja Guru Berdasarkan Jantina Korelasi Antara Gaya Pragmatik Dengan Kepuasan Kerja Guru
80
87
95
97
99
101
102
103
104
105
106
107
108
109
Jadual 4.19 Jadual 4.20 Jadual 4.21 Jadual 4.22
Korelasi antara Gaya Pragmatik dengan Konstruk-Konstruk dalam Kepuasan Kerja Korelasi Antara Gaya Pragmatik Dengan Kepuasan Kerja Guru Korelasi Antara Gaya Pragmatik Dengan Konstruk-Konstruk dalam Kepuasan Kerja Guru Korelasi antara Hubungan Gaya Komunikasi Intrpersonal Guru Besar dengan kepuasan Kerja Guru
110
114
115
118
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK
MUKA SURAT
Rajah 1.1 Rajah 1.2 Rajah 2.1 Rajah 2.2 Rajah 3.1 Rajah 3.2
Kerangka Teori Kajian Kerangka Konsep kajian Teori Hieraki Keperluan Maslow Kepuasan Kerja Mengikut Perbandingan Dua Faktor Herzberg Carta Aliran Prosedur Kajian Hubungan antara Pembolehubah Bebas dan Pembolehubah Bersandar
19
20
49 51
70
71
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN KETERANGAN
MUKA SURAT
A
B
C
Surat Permohonan Menjalankan Kajian
Dapatan Ujian SPSS
Borang soal selidik kajian
146
147
179
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN KETERANGAN
FPK
KPM
JPN
PPD
PdP
SK
GSTT
UTM
SPSS
UPM
HEM
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Jabatan Pelajaran Negeri
Pejabat Pelajaran Daerah
Pengajaran dan Pembelajaran
Sekolah Kebangsaan
Guru Sandaran Tidak Terlatih
Universiti Teknologi Malaysia
Statistical Package for the Social Science for Windows
Universiti Putra Malaysia
Hal Ehwal Murid
SENARAI SIMBOL
SIMBOL
KETERANGAN
SP
T
S
R
Ho
F
%
n
P
R
>
<
Sisihan Piawai
Tinggi
Sederhana
Rendah
Hipotesis nol
Kekerapan
Peratus
Bilangan
Alpha
Nilai Korelasi
Lebih Besar
Lebih Kecil
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Perkembangan sistem pendidikan pada abad ke-21 memerlukan cabaran yang
kuat untuk ditangani oleh para pendidik. Pada dekad-dekad lalu, sistem pendidikan
hanya berfokuskan kepada meluaskan peluang pendidikan asas kepada seluruh
masyarakat terutama masyarakat ang berada di kawasan luar bandar. Sistem
pendidikan masa kini lebih menekankan kepada aspek perkembangan personaliti
setiap individu untuk berfungsi dengan lebih produktif, bijaksana, realistik, kreatif
dan berkesan dalam semua aspek yang merangkumi jasmani, emosi, rohani dan
intelek (Abdullah Sani, 2003).
Pernyataan di atas selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK), iaitu pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. (Sufean, 2002).
Malaysia kini sedang berhadapan dengan cabaran yang getir dalam usaha
menyediakan sistem pendidikan berkualiti. Perkembangan sosiobudaya yang sihat
dan pembangunan ekonomi mapan bergantung pada keupayaan menambah baik
keberhasilan sistem pendidikan negara dengan cepat dan berkesan, serta signifikan
kepada keperluan negara. Oleh yang demikian, adalah penting untuk mewujudkan
komunikasi dan kerjasama antara pihak berkepentingan melibatkan murid, guru,
pemimpin sekolah, pegawai Kementerian serta pihak awam untuk menghadapi
cabaran ini dengan pendekatan dan strategi baharu yang lebih kreatif dan inovatif.
(Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2012).
Oleh itu, untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK), sekolah merupakan institusi sosial yang berfungsi sebagai tempat untuk
mempromosikan suasana pembelajaran yang selamat, tersusun, penyayang dan saling
membantu. Nilai kendiri dalam diri setiap murid dipupuk melalui hubungan yang
positif antara murid dengan staf. Sekolah juga akan berusaha untuk menggalakkan
penglibatan aktif ibu, bapa, guru dan komuniti dalam pembelajaran murid.(Abdullah
Sani, 2005).
Wan Jemizan dan Ahmad Termizi (2012) melaporkan dalam Utusan online
bahawa komunikasi adalah asas dalam kehidupan seseorang manusia. Dalam
sesebuah organisasi, komunikasi ibarat nadi yang menggerakkan fungsi pengurusan
dan hubungan kakitangan. Komunikasi menjadi medan perantara penyebaran
maklumat daripada seorang manusia kepada manusia yang lain. Sistem pengurusan
organisasi atau masyarakat akan tergendala tanpa komunikasi. Semakin berkesan
sistem komunikasi yang diamalkan, maka semakin cekaplah pengurusan dan
pentadbiran yang sesebuah organisasi tersebut.
Sekolah merupakan sebuah sistem sosial yang sangat mementingkan
komunikasi. Segala interaksi dan tindak balas antara pengetua, guru, pelajar dan
kakitangan lain digerakkan melalui komunikasi. Khusus dalam interaksi pengetua-
guru, komunikasi berfungsi menyalurkan maklumat terutama daripada pengetua
kepada guru, lantaran itu kebijaksanaan dan kemahiran berkomunikasi sangat
penting bagi seseorang pengetua.(Ariffin & Robiah, 2002).
Justeru itu, dalam sesuatu organisasi komunikasi berperanan penting sebagai
penghubung kepada elemen-elemen di dalamnya. Tanpa komunikasi berkesan,
sesuatu organisasi itu akan menjadi kaku dan tidak dapat melaksanakan aktiviti
dengan sempurna. Dalam konteks sekolah, komunikasi interpersonal adalah
melibatkan hubungan di antara pihak pengurusan dengan guru, kakitangan sekolah
dan pelajar. (Zaidatol Akmaliah, 2001).
Guru besar dan pengetua sebagai seorang pemimpin utama di peringkat
sekolah, berperanan penting dalam merancang dan melaksanakan segala misi
dan visi Kementerian Pendidikan Malaysia di peringkat akar umbi. Dalam
sesebuah organisasi sekolah, guru besar atau pengetua akan dibantu oleh
penolong-penolong kanan dalam melaksanakan segala tugas yang berkaitan dengan
kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid. Oleh itu, dalam menjalankan tugas
dan peranan setiap bidang, hubungan interpersonal dalam kepimpinan adalah sangat
penting dalam sesuatu organisasi. (Sonia, 2009).
Ayob (2005) menyatakan pemimpin sekolah yang efektif ialah pemimpin
yang dapat berkomunikasi dengan orientasi bersikap keterbukaan, jujur, amanah,
berkongsi matlamat dan komitmen dalam menjalankan tugas. Di sekolah,
hubungan komunikasi berlaku dalam pelbagai bentuk sama ada komunikasi sehala
atau komunikasi dua hala. Komunikasi antara guru besar atau pengetua dengan guru
berlaku secara menegak manakala komunikasi antara guru biasanya berlaku secara
mendatar.
Dalam sistem persekolahan kini, kemahiran komunikasi interpersonal perlu
dikuasai bukan hanya untuk tujuan berkomunikasi, tetapi untuk proses memimpin
organisasi supaya misi dan visi sekolah dapat direalisasikan dengan jayanya. Apabila
pemimpin sekolah tidak mempunyai kemahiran komunikasi interpersonal, kesannya
mereka akan mengalami kesukaran untuk berinteraksi dengan guru-guru ketika
menguruskan agenda dan program di sekolah. (Zainuddin dan Zaidatul, 2006).
Menurut Ayob (2005), perkara ini akan memberi impak secara tidak langsung
kepada guru besar dan pengetua iaitu tidak mempunyai kepercayaan diri atau konsep
kendiri yang rendah yang akhirnya akan mempengaruhi prestasi kerjanya. Ini
menunjukkan bahawa kemampuan komunikasi interpersonal akan mempengaruhi
konsep kendiri seseorang. Cara individu berinteraksi akan memberi persepsi tertentu
kepada orang lain terhadap dirinya. Persepsi orang lain ini merupakan penilaian
terhadap diri individu tersebut. Oleh itu, pengetua dan guru besar perlu memiliki
ilmu-ilmu berkaitan komunikasi interpersonal untuk membentuk persepsi yang
positif seterusnya memudahkan mereka berhubung dengan guru-guru dan kakitangan
sekolah bagi memastikan setiap agenda, program dan aktiviti sekolah berjalan
dengan lancar.
Komunikasi sememangnya penting dalam organisasi. Ia merupakan cara asas
kerjasama, koordinasi dan berbagai-bagai tenaga manusia diperolehi. Kerjasama dan
koordinasi memerlukan pemindahan dan penerimaan mesej antara manusia supaya
setiap orang mengetahui apa yang orang lain mahu mereka lakukan. (Zaidatol
Akmaliah, 2001).
Zainuddin dan Zaidatul (2006), berpendapat bahawa komunikasi dalam
organisasi adalah satu kuasa yang menghubungkan pemimpin dengan orang yang
dipimpin supaya dapat menggerakkan tenaga dengan tersusun untuk mencapai
objektif bersama.
Abd Halim (1994) dalam Ayob (2005) menyatakan bahawa komunikasi
adalah aspek penting dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pengetua atau guru
besar kerana tanggungjawab seorang pengetua atau guru besar melibatkan tugas
memimpin dan mengurus pelajar, guru dan kakitangan. Kecekapan dan keberkesanan
sesebuah sekolah itu bergantung secara langsung kepada kecekapan dan
keberkesanan komunikasi. Tanpa pengurusan dan sistem komunikasi yang berkesan
daripada seorang pengetua atau guru besar, sesebuah sekolah itu tidak mungkin dapat
bergerak dan segala aktiviti tidak dapat berjalan dengan lancar dan teratur. (Yahya
et.al, 2006).
Razali (1991) dalam Azizah (2008) menyatakan bahawa kegagalan
komunikasi akan menimbulkan banyak masalah yang akan menjejaskan kelancaran
perjalanan sesebuah organisasi. Penyataan ini disokong oleh Kamaruddin (1992)
dalam Azizah (2008) yang menyatakan bahawa kegagalan komunikasi atau kurang
berkomunikasi boleh menyebabkan syak wasangka, salah anggap atau curiga di
kalangan pelajar, guru-guru dan kakitangan sekolah yang seterusnya akan menjurus
kepada kemerosotan semangat guru di sekolah keseluruhannya.
Keberkesanan komunikasi bergantung kepada keupayaan pemimpin
mewujudkan persekitaran yang saling mempercayai, saling hormat menghormati,
membina dan menggalakkan pertukaran maklumat secara terbuka. Pengurusan cekap
melalui sistem komunikasi yang berkesan ini memberikan kepuasan kerja kepada
guru-guru. Keadaan tersebut mewujudkan iklim kerja yang selesa dan
menyeronokkan (Azmi, 2008).
Menurut Smith (1995) dalam Azmi (2008), sebuah sekolah yang mengalami
iklim positif atau negatif, menjelaskan bahawa sebuah sekolah yang iklim
sekolahnya positif mempunyai ciri-ciri seperti suasana kerja yang positif dan
perhubungan sosial yang baik antara warga sekolah. Suasana yang demikian akan
dapat meningkatkan kesetiaan dan komitmen guru-guru terhadap sekolah. Apabila
ini berlaku dapatlah dirumuskan bahawa akan terjalinlah kepuasan kerja di kedua-
dua pihak terutama di pihak guru-guru. (Ariffin & Robiah, 2002).
1.2 Latar Belakang Masalah
Komunikasi yang efektif bukan sahaja dapat membantu kita menyelesaikan
masalah tetapi juga membantu dalam memperbaiki perhubungan. Pakar dalam
bidang komunikasi percaya bahawa komunikasi yang lemah merupakan punca
kepada kebanyakan masalah dan komunikasi yang efektif adalah penyelesaian
kepada kebanyakan masalah (Pearson, 2000).
Jatuh bangun dan maju mundurnya sesebuah sekolah bergantung penuh
kepada komitmen dan kesungguhan guru besar dan guru-guru dalam menjalankan
tugas mereka di sekolah. Ini adalah kerana semua tindakan serta aktiviti yang berlaku
di sekolah dicetuskan oleh guru besar dan ianya digerakkan oleh para guru. Guru
besar tidak mampu menjalankan sebarang aktiviti atau program bersendirian tanpa
penyertaan para guru. Komitmen guru-guru terhadap tugas yang diamanahkan
kepada mereka adalah bermula dengan keselesaan dan keseronokan mereka bekerja.
(Azmi, 2008).
Pengetua dan guru besar merupakan peneraju utama yang membentuk
pasukan bekerja di sekolah. Salah satu faktor utama yang menjadi penyumbang
kepada pembentukan budaya kerja yang dinamik adalah melalui kemahiran
menyampai dan menerima maklumat secara positif yang spesifiknya diistilahkan
sebagai kemahiran berkomunikasi. Kajian daripada pakar-pakar psikologi dan pakar-
pakar komunikasi mendapati kemahiran berkomunikasi memainkan peranan sangat
penting dalam kehidupan manusia. (Abdullah & Ainon, 2005).
Menurut Abrams (1986), dalam kehidupan seharian jumlah komunikasi yang
dilakukan oleh individu terdiri daripada mendengar (45 peratus), bercakap (30
peratus), membaca (16 peratus) dan menulis (9 peratus). Komunikasi bukan sahaja
melibatkan percakapan dan penulisan tetapi juga pembacaan dan proses mendengar
(Zawiyah, 2009).
Zawiyah (2009) menggariskan stail komunikasi kepimpinan seperti sikap
bertimbang rasa, keterbukaan, memberi sokongan dan menggalakkan penyertaan
pekerja sokongan semasa melaksanakan tugas merupakan stail komunikasi
kepemimpinan yang seharusnya diamalkan oleh pemimpin organisasi.
Oleh itu, komunikasi adalah aktiviti utama yang berlaku dalam sesebuah
organisasi. Berjaya atau gagal sesebuah organisasi mencapai visi dan misi yang
ditetapkan banyak bergantung kepada pasukan kerja yang berada dalam sesebuah
organisasi itu. Salah satu alat untuk mewujudkan pasukan kerja yang dinamik dan
efektif adalah melalui komunikasi yang berkesan.
Setiap hari, guru besar atau pengetua akan berkomunikasi dengan
subordinatnya sama ada guru atau staf sokongan sekolah. Oleh itu, aspek penyaluran
maklumat yang berkualiti serta pembinaan hubungan dua hala dalam proses
komunikasi seharusnya diberi perhatian serius (Rina Ilyana, 2004). Tambahan pula,
kefahaman dan kemahiran untuk berkomunikasi dengan berkesan akan membantu
mereka untuk membentuk kumpulan kerja yang dinamik. Kumpulan kerja ini akan
mampu memacu setiap aktiviti yang dijalankan oleh sekolah ke arah hala tuju yang
sama.
Kemahiran komunikasi guru besar mampu mempengaruhi tahap
pembangunan dan kelangsungan organisasi. Komunikasi berkesan merupakan
elemen penting dalam pengurusan organisasi. Kebolehan pengurus menyampaikan
maklumat dengan jelas serta bebas daripada kekeliruan membangkitkan dorongan
bekerja yang tinggi di kalangan subordinat, mengelakkan daripada berlakunya
konflik dan salah faham, serta membangkitkan perasaan saling mempercayai antara
satu sama lain.
Faktor-faktor seperti maklumat yang disampaikan tidak jelas, prosedur kerja
tidak sistematik, tiada kriteria untuk membuat keputusan, kurang penghargaan, tiada
penilaian dalaman antara penyebab komunikasi interpersonal guru besar tidak
berfungsi dengan sebaiknya. Selain daripada itu, kurang kemesraan, kurang
keprihatinan antara Guru besar dan guru-guru menimbulkan masalah kurang
komitmen dan ketidakpuasan kerja guru. (Kamariah, 2008).
Dalam kajian Azizah (2009), hasil dapatan mendapati bahawa perbezaan
jantina di kalangan guru mempengaruhi pendapat mereka terhadap gaya komunikasi
guru besar. Kajian beliau merumuskan, faktor demografi jantina mempengaruhi
aspek komunikasi dalam organisasi sekolah.
Jazmi (2009) merumuskan bahawa ketidakpuasan bekerja dalam kalangan
guru-guru di Malaysia adalah disebabkan oleh faktor hubungan kemanusiaan. Begitu
juga dengan kajian Adnan (2008) mendapati perkara yang sama juga berlaku di
institut pengajian tinggi di Malaysia. Ini membuktikan bahawa pemimpin organisasi
pendidikan, khususnya pengetua sebagai peneraju sesebuah sekolah mampu
mempengaruhi keberkesanan dan peningkatan prestasi sekolah melalui perhubungan
kemanusiaan yang positif.
Hubungan komunikasi yang kurang berkesan bukan sahaja akan menghalang
proses dan penyampaian maklumat dalam organisasi, bahkan akan menimbulkan
konflik. Kebanyakan konflik yang selalu berlaku dalam perhubungan antara guru
besar dan guru disebabkan oleh wujudnya halangan-halangan dalam komunikasi.
Apabila komunikasi berlaku secara terbuka, jelas, ikhlas dan sensitif, maka
perhubungan akan berkembang. Sebaliknya, apabila komunikasi tersekat, maka
perhubungan akan terbantut. (Azmi, 2008).
Menurut Timm dan De Tienne (1995), kejayaan sesebuah organisasi amat
bergantung kepada komunikasi yang digunakan.Tetapi, komunikasi selalunya
menjadi masalah utama dalam organisasi. Sejauh manakah komunikasi dalam
organisasi dapat memberikan kepuasan kerja terhadap setiap guru dalam organisasi
tersebut? Oleh itu, berdasarkan isu-isu yang telah dinyatakan, kajian ini ingin melihat
gaya komunikasi interpersonal guru besar dan hubungannya dengan kepuasan kerja
guru.
Rumusannya, pelbagai polemik yang berbangkit kini dalam perhubungan
antara pemimpin sekolah dengan subordinatnya iaitu guru yang mendorong
pemimpin untuk mengetahui dan mengamalkan gaya komunikasi yang bersesuaian
dengan keperluan guru dan persekitaran sekolah telah merangsang pengkaji untuk
menjalankan kajian ini. Pelbagai konflik akan timbul sekiranya guru besar itu sendiri
yang tidak memahami dan menyedari akan peranan dan tangunggjawab mereka
mengenai kepentingan komunikasi dalam organisasi. Oleh itu, kajian gaya
komunikasi guru besar akan dikaji bagi menjawab persoalan yang akan dinyatakan
oleh pengkaji.
1.3 Penyataan Masalah
Sebilangan besar pengkaji berminat untuk mengkaji tentang tingkah laku
manusia dalam organisasi. Namun demikian, kebanyakannya mengetepikan unsur
komunikasi sebagai salah satu aspek yang penting dalam kajian mereka. Mereka
menganggap komunikasi tidak penting dan tidak perlu dikaji malah ia tidak
mempunyai pengaruh dalam organisasi. Komunikasi bertindak sebagai agen dalam
keberkesanan organisasi kerana melalui komunikasi sahaja seseorang dapat
disatukan ke dalam satu kumpulan kerja.
Dunia kini menyaksikan guru besar dan guru-guru menghadapi tekanan yang
hebat kerana mereka berhadapan dengan keadaan sistem pendidikan yang tidak
menentu serta perkembangan perubahan masyarakat yang terlalu drastik. Dalam
menghasilkan pengurusan sekolah yang cemerlang, buru besar dan guru perlu
membentuk perhubungan dua hala yang baik dan mantap.
Sebahagian besar guru besar kurang mementingkan aspek komunikasi
berkesan semasa menjalankan urusan pentadbiran khususnya ketika menyalurkan
mesej atau maklumat kepada subordinat di bawahnya terutamanya guru-guru.
Menurut Kamariah (2008) gaya komunikasi guru besar yang lemah ini akan menjadi
punca utama kepada perselisihan faham dalam organisasi pendidikan seperti sekolah,
kerana kemungkinan idea atau mesej yang hendak disampaikan oleh guru besar tidak
dapat difahami oleh guru-guru yang akhirnya akan menimbulkan rasa tidak puas hati
di kalangan guru-guru.
Berdasarkan latar belakang masalah kajian ini dan juga pernyataan berkaitan
jantina di atas, jelaslah bahawa gaya komunikasi guru besar dan tahap kepuasan kerja
guru memerlukan kajian yang teliti. Oleh itu, kajian ini akan meneliti hubungan
gaya komunikasi interpersonal guru besar di sekolah-sekolah terpilih di zon Kukup,
Pontian dan kepuasan kerja guru-guru di sekolah tersebut.
1.4 Objektif Kajian
Objektif umum kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kepuasan
kerja guru terhadap komunikasi interpersonal yang digunakan oleh Guru besar
semasa berkomunikasi di sekolah. Objektif khusus kajian ini adalah ;
(i) Mengenal pasti tahap gaya komunikasi interpersonal yang sering
digunakan oleh guru besar.
(ii) Mengenal pasti tahap kepuasan kerja guru terhadap komunikasi
interpersonal guru besar.
(iii) Mengenal pasti perbezaaan tahap gaya komunikasi interpersonal guru
besar berdasarkan jantina.
(iv) Mengenal pasti tahap kepuasan kerja guru berdasarkan jantina.
(v) Mengenal pasti hubungan antara gaya komunikasi interpersonal guru
besar dengan kepuasan kerja guru.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini akan menjawab persoalan-persoalan kajian berikut:
(i) Apakah tahap gaya komunikasi interpersonal yang sering digunakan oleh
guru besar ?
(ii) Apakah tahap kepuasan kerja guru terhadap gaya komunikasi
interpersonal guru besar ?
(iii) Adakah terdapat perbezaan tahap gaya komunikasi interpersonal guru
besar berdasarkan jantina?
(iv) Adakah terdapat perbezaan tahap kepuasan kerja guru berdasarkan
jantina?
(v) Adakah terdapat hubungan antara gaya komunikasi interpersonal Guru
besar dengan kepuasan kerja guru
1.6 Hipotesis Kajian
a) Perbezaan
Ho 1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya komunikasi
interpersonal guru besar secara keseluruhan berdasarkan jantina.
Ho 2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap kepuasan kerja
guru berdasarkan jantina.
b) Hubungan
Ho 3: Tidak terdapat perhubungan yang signifikan antara gaya komunikasi
interpersonal guru besar dengan kepuasan kerja guru.
Ho 3A: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pragmatik
guru besar dengan kepuasan kerja guru .
Ho 3A(1): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya
pragmatik guru besar dengan kepuasan mengajar.
Ho 3A(2): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya
pragmatik guru besar dengan status guru.
Ho 3A(3): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya
pragmatik guru besar dengan tekanan komuniti.
Ho 3A(4): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya
pragmatik guru besar dengan galakan komuniti.
Ho 3A(5): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya
pragmatik guru besar dengan beban guru.
Ho 3A(6): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya
pragmatik guru besar dengan hubungan guru dengan guru besar.
Ho 3B: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya humanistik
guru besar dengan kepuasan kerja guru .
Ho 3B(1): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya
humanistik guru besar dengan kepuasan mengajar.
Ho 3B(2): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya
humanistik guru besar dengan status guru.
Ho 3B(3): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya
humanistik guru besar dengan tekanan komuniti.
Ho 3B(4): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya
humanistik guru besar dengan galakan komuniti.
Ho 3B(5): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya
humanistik guru besar dengan beban guru.
Ho 3B(6): Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya
humanistik guru besar dengan hubungan guru dengan guru besar.
1.6 Kepentingan Kajian
Dapatan kajian ini dijangka akan meningkatkan lagi
kebolehpercayaan peranan komunikasi interpersonal organisasi secara amnya
dan gaya komunikasi interpersonal guru besar secara khususnya dalam
kepuasan kerja guru-guru. Berikut adalah kepentingan kajian ini kepada
pihak-pihak yang terlibat.
1.6.1 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
Hasil dapatan kajian ini bermanfaat untuk dirujuk oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) untuk merangka garis panduan untuk mengadakan
bengkel, seminar dan kursus berkaitan dengan kemahiran komunikasi yang
berkesan supaya dapat diemplementasikan oleh guru besar dalam
menjalankan tugas pentadbiran mereka di sekolah.
1.6.2 Guru besar
Kajian ini bertujuan untuk membuka minda semua guru besar agar
lebih memahami dan memberi perhatian terhadap komunikasi interpersonal
yang berkesan semasa berada di sekolah. Kajian ini juga diharap dapat
memberi manfaat kepada semua guru besar dan menyedarkan mereka bahawa
komunikasi interpersonal yang baik dengan guru amat penting untuk
mewujudkan iklim sekolah yang kondusif dengan cara memberikan motivasi
kepada guru-guru agar mereka dapat memberikan komitmen yang lebih tinggi
terhadap organisasi masing-masing.
1.6.3 Guru-guru
Hasil kajian ini diharapkan dapat mewujudkan hubungan komunikasi
interpersonal yang positif seterusnya akan merangsang suasana kerja yang
menyeronokkan dan menambah komitmen guru-guru untuk menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta tugas-tugas lain dengan lebih
berkesan.
Guru-guru juga diharapkan agar dapat menjadikan hasil kajian ini
sebagai panduan mereka dalam mengaplikasikan gaya komunikasi yang
berkesan terhadap rakan sekerja dan juga murid-murid di sekolah. Kesannya,
suasana positif yang terbina ini akan membentuk budaya sosial sekolah yang
selesa dan menyenangkan.
1.6.4 Penyelidik Akan Datang
Kajian ini dapat dijadikan literatur tambahan untuk pengkaji-pengkaji
akan datang yang mengkaji topik gaya komunikasi interpersonal atau yang
berkaitan dengannya.
1.8 Batasan Kajian
Kajian ini hanya terbatas kepada guru guru berjawatan tetap di sekolah
rendah zon Kukup daerah Pontian, Johor sahaja. Sekolah-sekolah yang dipilih adalah
berdasarkan faktor tempoh perkhidmatan seseorang Guru besar di sekolah tersebut.
Pemilihan kaedah pengumpulan data yang terhad mengakibatkan penyelidikan ini
bergantung sepenuhnya kepada jawapan yang diberikan oleh responden dari borang
soal selidik sahaja.
Kajian ini hanya menghubungkaitkan gaya komunikasi interpersonal Guru
besar dengan kepuasan kerja guru mengikut persepsi para guru sendiri. Gaya
komunikasi interpersonal yang dikaji hanya berdasarkan gaya komunikasi Model
Pragmatik dan Model Humanistik.
Memandangkan responden kajian ini hanya melibatkan sebahagian guru-
gurusekolah kebangsaan di negeri Johor, maka dapatan kajian ini tidak
menggambarkan apa yang sebenar berlaku dalam seluruh sistem pendidikan di
Malaysia.
1.9 Definisi Istilah
Berikut adalah definisi istilah yang digunakan dalam kajian ini.
1.9.1 Komunikasi Interpersonal
Komunikasi interpersonal bermaksud proses komunikasi antara
individu yang terdiri daripada dua orang atau lebih. Ia bersifat terus iaitu
bersemuka tanpa menggunakan sebarang perantaraan atau saluran tertentu.
Komunikasi interpersonal ini boleh berlaku dalam keadaan formal atau
bersahaja. (Aziz, 2002).
Sulaiman (2007) menyatakan bahawa komunikasi interpersonal akan
berlaku apabila dua individu berinteraksi secara bersemuka dan bertentangan
antara satu sama lain. Komunikasi ini berlaku dalam dua hala iaitu dua
individu yang terlibat dalam proses komunikasi itu saling menyampai dan
menerima maklumat secara lisan dan bukan lisan.
Menurut Abdullah (2001), komunikasi interpersonal seseorang iaitu
boleh dilihat dari dua model iaitu Model Humanistik melalui ciri-ciri
keterbukaan, empati, dukungan, sikap positif dan kesaksamaan dan satu lagi
model ialah Model Pragmatik dengan ciri-ciri keyakinan sosial, kebersamaan,
daya ekspresif, pengurusan interaksi dan orientasi lain.
Berdasarkan penerangan di atas, kajian ini akan melihat gaya
komunikasi interpersonal yang diamalkan oleh guru besar di sekolah-sekolah
rendah di zon Kukup daerah Pontian, sama ada menggunakan Model
Humanistik atau Model Pragmatik.
1.9.2 Guru besar
Guru besar adalah individu yang mempunyai kuasa rasmi yang
dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengetuai sesebuah
sekolah rendah dan dipertanggungjawabkan untuk mengurus, mentadbir dan
memimpin sekolah. Dalam organisasi sekolah rendah, guru besar berperanan
sebagai pemimpin utama sekolah rendah.
Dalam konteks kajian ini, guru besar yang terpilih daripada di lapan
buah sekolah rendah merupakan fokus utama kajian untuk melihat gaya
komunikasi interpersonal yang diaplikasikan oleh mereka di sekolah.
1.9.3 Kepuasan Kerja
Kepuasan kerja didefinisikan sebagai penilaian seseorang pekerja
tehadap pekerjaan yang dilakukannya dari aspek penyeliaan, gaji, pangkat,
dan kerja itu sendiri. Penilaian seseorang merupakan perbandingan antara
harapan pekerja berkaitan penyeliaan, gaji dan kenaikan pangkat berbanding
dengan pengalaman seseorang pekerja itu. Ia amat sukar untuk didefinisikan
dengan jelas memandangkan ianya bersifat kompleks.
Kenyataan ini disokong dengan pandangan Smither (1988) dalam
Bahari (1997) yang menyatakan bahawa kepuasan kerja adalah sukar untuk
didefinisikan dan ia merupakan suatu fenomena yang kompleks melibatkan
gaji, keadaan tempat kerja, penyeliaan, motivasi individu dan kerja itu
sendiri.
Kepuasan kerja bermaksud keadaan emosi positif atau negatif yang
timbul susulan dari rangsangan yang berkaitan dengan pekerjaan, yang lebih
menjurus kepada kepuasan ekstrinsik berhubungan dengan faktor
persekitaran kerja boleh memberi kepuasan dalam pekerjaan.
Kajian ini akan mengenal pasti kepuasan kerja guru-guru di lapan
buah sekolah rendah yang terpilih di zon Kukup, Pontian untuk melihat tahap
kepuasan profesion mereka sebagai seorang guru.
1.9.4 Guru
Abdullah Sani (2007), menyatakan guru bermaksud pegawai yang
telah dilantik dan disahkan dalam jawatannya oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia yang ditugaskan untuk mengajar dan membimbing pelajar-pelajar
sekolah berdasarkan kepada tugas-tugas yang telah ditentukan oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru biasa juga merupakan guru-guru yang
mengajar matapelajaran. Maksud guru ini tidak termasuk jawatan guru
lantikan Kerajaan secara Kontrak seperti Guru Ganti, Guru Sandaran Tidak
Terlatih (GSTT) dan Guru Ganti Bersalin.
Kajian ini melibatkan sejumlah 172 orang guru di lapan buah sekolah
rendah di zon Kukup daerah Pontian yang terpilih dan merupakan responden
kajian.
1.10 Kerangka Teori Kajian
Berikut adalah kerangka kajian komunikasi interpersonal Guru besar.
Rajah 1.1 : Kerangka Teori Kajian
Kerangka teori kajian menunjukkan teori utama yang digunakan oleh
pengkaji dalam mengkaji hubungan antara gaya komunikasi interpersonal Guru besar
(Humanistik atau Pragmatik) dengan kepuasan kerja guru.
1.11 Kerangka Konsep Kajian
Berikut adalah kerangka teori gaya komunikasi interpersonal Buru besar terhadap
kepuasan kerja guru.
BAB 2
Komunikasi Interpersonal Guru Besar
Model Humanistik Model Pragmatik
Keterbukaan, Empati, Dukungan, Sikap
positif, Kesaksamaan
Keyakinan Sosoal, Kebersamaan, Daya
Ekspresif, Pengurusan Interaksi, Orientasi
Kepuasan Kerja (Aida Shakila, 2012)
Gaya Humanistik -Keterbukaan -Empati -Dukungan -Sikap positif -Kesaksamaan
Gaya Pragmatik ki i l
Gaya Komunikasi Interpersonal Guru Besar
Kepuasan Kerja Guru
Rajah 1.2: Kerangka Konsep Kajian
Kerangka konsep kajian menunjukkan hubungan antara gaya komunikasi
guru besar terhadap kepuasan kerja guru. gaya komunikasi interpersonal Guru besar
dibahagikan kepada dua unsur iaitu gaya humanistik dan gaya pragmatik. Gaya
humanistik mengandungi lima konstruk iaitu keterbukaan, empati, dukungan, sikap
positif dan kesaksamaan. Gaya pragmatik juga mengandungi lima konstruk iaitu
keyakinan sosial kebersamaan, daya ekspresif, pengurusan interaksi dan orientasi
lain.
Kepuasan kerja guru pula diukur melalui enam konstruk iaitu status guru,
tekanan komuniti, galakan komuniti, beban guru dan hubungan guru dengan Guru
besar..
1.12 Kesimpulan
Berdasarkan kepada latar belakang dan pernyataan masalah yang diberi,
penyelidik yakin bahawa kajian ini amat wajar dijalankan untuk meninjau persepsi
umum guru-guru mengenai komunikasi guru besar mereka di sekolah.
-Kepuasan mengajar -Status guru -Tekanan Komuniti -Galakan Komuniti -Beban guru -Hubungan guru dengan guru besar