hamidah binti marsidi - fp.utm.my · aku akan terus berusaha, kakak, abang dan adik-adik ku…....
TRANSCRIPT
PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN
MOODLE BAGI TAJUK ‘ELECTROLYSIS OF AQUEOUS
SOLUTION’ KIMIA TINGKATAN EMPAT
HAMIDAH BINTI MARSIDI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PENGAKUAN
“ Saya/kami akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)”
Tandatangan:
Nama penyelia: TUAN HAJI MUSIM BIN JONID
Tarikh: 26 MAC 2009
i
PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN
MOODLE BAGI TAJUK ‘ELECTROLYSIS OF AQUEOUS
SOLUTION’ KIMIA TINGKATAN EMPAT
HAMIDAH BINTI MARSIDI
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
ii
PENGAKUAN
“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
saya yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan:
Nama Penulis: HAMIDAH BINTI MARSIDI
Tarikh: 26 MAC 2009
iii
DEDIKASI
Ibu, ayah, terima kasih atas curahan kasih sayangmu,
Budimu tidak akan pernah terbalas,
Namun dirimu akan ku perjuangkan dan inilah hasil pengorbananmu,
Aku akan terus berusaha, ibu dan ayah…..
Kakak, abang dan adik-adik, terima kasih atas keperihatinanmu,dan panduan yang
diberikan,
Aku akan terus berusaha, kakak, abang dan adik-adik ku….
Teman-temanku, terima kasih atas tunjuk ajar dan penerimaanmu,
Aku akan terus berusaha, teman-temanku…..
Moga cahaya yang kutemui menunjukkan jalanku kepada-Mu, ya Allah….
iv
PENGHARGAAN
Assalammualaikum Warahmatullah Wabarakatuh,
Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T. akhirnya saya berjaya menyiapkan
Projek Sarjana Muda ini. Ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada Tuan Haji
Muslim Bin Jonid selaku penyelia PSM 1 dan PSM 2, yang telah banyak mencurahkan
ilmu, tunjuk ajar dan memberi panduan kepada saya.
Terima kasih juga kepada ibu bapa yang sentiasa mendoakan kejayaan saya, dan
rakan-rakan web portal yang lain yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan bantuan
dalam menyiapkan projek ini. Jasa kalian amat saya hargai.
Akhir kata terima kasih yang tidak terhingga buat semua.
v
ABSTRAK
Pembelajaran berasaskan web semakin kerap diaplikasikan di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P). Pembangunan web portal bagi tajuk
„Electrochemistry‟ ini menggunakan Sistem Pengurusan Kursus MOODLE, adalah satu
langkah yang sesuai untuk menambahkan lagi bilangan bahan pembelajaran secara
dalam talian. Sejajar dengan itu, web portal ini dibangunkan dalam versi Bahasa
Inggeris demi menyahut cabaran negara menjayakan visi negara dalam inisiatif dasar
P&P bagi mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Interaksi antara para pelajar dan guru menjadi faktor utama menjadikan proses P&P
berlaku dalam suasana Konstruktivisme sosial. Pelbagai bahan kursus yang dibangunkan
iaitu bahan kursus statik, bahan kursus interaktif yang merangkumi „Lesson. Quiz,
Assignment,dan Choices’, dan bahan kursus sosial yang merangkumi „Forum dan Chat’
yang dapat melengkapkan proses P&P yang berlaku. Nota-nota dan aktiviti yang
disediakan adalah menggunakan perisian Microsoft Office PowerPoint sebagai platform
utama untuk menyampaikan isi pembelajaran dengan menggabungkan elemen-elemen
multimedia yang luas. Projek ini menggunakan pendekatan bersistem model ASSURE
yang merangkumi 6 fasa iaitu Analisis Pelajar, Menyatakan Objektif, Memilih Kaedah,
Media dan Bahan, Mengguna Media dan Bahan, Penglibatan Pelajar, dan Menilai dan
Mengulang Kaji.
vi
ABSTRACT
Web based learning is becoming frequently applied in Teaching and Learning
process. A web portal entitled „Electrochemistry‟ was developed using the Leaning
Management System of MOODLE, is an applicable step to increase the number of
resources that can be used online. It is also to respond to nation‟s vision challenge in
applying English language in Science and Mathematics subject. Interaction among
students and teachers are required in order for the Teaching and Learning to occur in
Constructivisme Social environment. The resources produced are categorised into three
types, which are Static Course Material, Interactive Course Materials that cover the
„Lesson, Quiz, Assignment, and Choices‟, and also Social Course Material that cover the
Forum and Chat. The notes and activity produced are using the Microsoft PowerPoint as
the main platform in conveying the content with the combination of wide multimedia
elements. The projects using Instruction System ASSURE consist of 6 phase which are
Analyze Learners, State Objectives, Select Methods, Media and Materials, Utilize Media
and Materials, Require Learner Participation and Evaluate and Revise.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Projek 6
1.5 Kepentingan Projek 6
1.5.1 Pengajar (Guru) 6
1.5.2 Pelajar 7
viii
1.5.3 Ibu Bapa 7
1.5.4 Masyarakat 7
1.6 Skop Projek 8
1.6.1 Bahan Pembelajaran 8
1.6.2 Kuiz (Quiz) 8
1.6.3 Tugasan (Assignment) 9
1.6.4 Penilaian 9
1.6.5 Forum (Forum) 10
1.6.6 Pautan (Link) 10
1.7 Rasional Pemilihan Tajuk 10
1.8 Kerangka Teori Projek 12
1.9 Definisi Istilah 14
1.9.1 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) 14
1.9.2 PBK 14
1.9.3 E-Pembelajaran 14
1.9.4 Web Portal 15
1.9.5 E-Buku (E-Book) 15
1.9.6 MOODLE 16
1.10 Penutup 16
2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pendahuluan 17
2.2 Bahan Bantu Mengajar 17
2.3 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 19
2.3.1 Konsep PBK 19
2.3.2 Kelebihan PBK 20
2.3.3 Multimedia dan Elemen-elemennya 21
2.3.3.1 Teks 22
ix
2.3.3.2 Grafik 22
2.3.3.3 Video 22
2.3.3.4 Animasi 23
2.3.3.5 Audio 23
2.3.3.6 Hipermedia 23
2.4 E-Pembelajaran 23
2.4.1 Portal Pendidikan 24
2.4.2 Portal Pengurusan Pengetahuan 25
2.4.3 Potensi E-Pembelajaran 26
2.5 E-Buku 27
2.5.1 Kelebihan E-Buku 28
2.5.2 Kelemahan E-Buku 29
2.6 MOODLE (Modular Object Oriented Dynamic
Learning Environment) 29
2.6.1 Reka BEntuk MOODLE 30
2.6.2 Ciri-ciri MOODLE 30
2.6.3 Kelebihan MOODLE 31
2.7 Aplikasi Teori Pembelajaran Konstruktivisme
dalam Pengajaran Berasaskan Web 32
2.8 Penutup 33
3 METODOLOGI PEMBANGUNAN PROJEK
3.1 Pendahuluan 34
3.2 Pemilihan Media Dalam Pengajaran 34
3.3 Model Reka Bentuk Instruksi Bersistem
dalam Pembangunan Perisian Bersistem 35
3.3.1 Analyze Learner (Analisis Pelajar) 35
3.3.1.1 Kumpulan Sasaran 35
x
3.3.1.2 Penentuan Tajuk dan Skop 36
3.3.2 State Objectives (Menyatakan Objektif) 36
3.3.2.1 Objektif Pengajaran 37
3.3.3 Select Methods, Media And Materials
(Memilih Kaedah, Media dan Bahan) 37
3.3.3.1 Rasional Pemilihan Media 37
3.3.3.2 Pengumpulan Bahan dan Penjanaan Idea 38
3.3.3.2.1 Pengumpulan Bahan 38
3.3.3.2.2 Penjanaan Idea 39
3.3.3.3 Isi Kandungan Pelajaran 39
3.3.4 Utilize Media and Materials
(Mengguna Medai dan Bahan) 40
3.3.4.1 Persekitaran Penggunaan 40
3.3.5 Require Learner Participation
(Penglibatan Pelajar) 41
3.3.5.1 Ruang Forum dan „Chat‟ 41
3.3.5.2 Soalan / Penilaian Pencapaian 41
3.3.6 Evaluate And Revise (Menilai dan Mengulang) 43
3.4 Pemilihan Perisian Pembangunan Utama 43
3.4.1 Kelebihan Microsoft PowerPoint 44
3.4.2 Perisian Multimedia 45
3.5 Perkakasan Pembangunan 46
3.6 Spesifikasi Perkakasan Minimum Pengguna 47
4 HASIL PEMBANGUNAN DAN PENGUJIAN
4.1 Pengenalan 48
4.2 Web Portal „Electrochemistry’ 48
4.2.1 Penyusunan dan Struktur Penyampaian
xi
Bahan Pembelajaran pada Web Portal 52
4.2.1.1 Ruang „Introduction‟ 52
4.2.1.2 Ruang „Lesson‟ 52
4.2.1.3 Ruang „La…La…‟ 53
4.2.1.4 Ruang „Move Your Hand‟ 53
4.2.1.5 Ruang „Share Your World‟ 53
4.3 Hasil Projek Bahan di Web Portal 55
4.3.1 Bahan Kursus Statik 55
4.3.2 Bahan Kursus Interaktif 57
4.3.2.1 „Assignment‟ 58
4.3.2.2 „Choices‟ 58
4.3.2.3 „Quiz‟ 59
4.3.2.4 „Lesson‟ 61
4.3.2.4.1 Bahan Kursus „Lesson‟ menggunakan
sumber „Add Activity‟
pada MOODLE 61
4.3.2.4.2 Bahan Kursus „Lesson‟
Menggunakan Microsoft PowerPoint 62
4.3.2.5 Journal‟ 63
4.3.2.6 Aktiviti Pembelajaran 64
4.3.3 Bahan Kursus Sosial 65
4.3.3.1 „Forum‟ 66
4.3.3.2 „Chat‟ 67
4.4 Penilaian Web Portal 67
4.5 Penutup 67
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 69
xii
5.2 Perbincangan Projek 69
5.3 Masalah yang dihadapi semasa Pembangunan
Web Portal „Electrochemistry‟ 70
5.3.1 Kekurangan Kepakaran 70
5.3.2 Kekangan Masa 70
5.3.3 Masalah Teknikal 71
5.4 Kekuatan dan Kelemahan Projek 70
5.4.1 Kelebihan Perisian 71
5.4.2 Kelemahan Perisian 72
5.4.3 Kelebihan Web Portal „Electrochemistry‟ 73
5.5 Cadangan Projek Lanjutan 74
5.6 Kesimpulan 75
RUJUKAN 76
LAMPIRAN PERKARA
MUKA SURAT
LAMPIRAN A PENGESAHAN PELAJAR UTM
UNTUK PEMILIHAN TAJUK.
PEMILIHAN TAJUK OLEH
GURU YANG
BERPENGALAMAN
82
LAMPIRAN B PENGESAHAN PELAJAR UTM
UNTUK PENILAIAN WEB
PORTAL KEPADA GURU
BIDANG.
PENILAIAN WEB PORTAL
OLEH GURU.
86
xiii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Format Spesifikasi Isi Kandungan 42
3.2 Perisian Pembangunan Web Portal 45
xiv
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK HALAMAN
1.1 Kerangka Teori Projek 12
4.1 Paparan Antaramuka Awal 49
4.2 Paparan Mendaftar „login‟ 50
4.3 Paparan Mendaftar Akaun Baru 50
4.4 Paparan Menu Utama web portal Kimia 51
4.5 Paparan Web Portal Utama Pembangun 51
4.6 Paparan Pengkategorian Ruang 54
4.7 Paparan Subtopik 54
4.8 Paparan „Text Page‟ Web Portal Utama 55
4.8 Paparan „Text Page’ Resources Summary’ 56
4.9 Paparan „Web Page‟ Nota ringkas. 57
4.10 Paparan „Assignment‟ (Tugasan) 58
4.11 Paparan „Choices‟ 59
4.12 Paparan Soalan Aneka Pilihan 59
4.13 Paparan Maklum balas Jawapan yang betul 4. 60
4.14 Paparan Maklum balas bagi jawapan yang
salah 60
4.15 Paparan „Lesson‟ 61
4.15(a) Paparan Lesson 1 62
xv
4.15 (b) Paparan Lesson 2 62
4.15 (c) Paparan Lesson 3 63
4.16 Paparan „Journal 64
4 .17(a) Paparan Teka Silang Kata 65
4 .17(b) Paparan Isi Tempat Kosong 65
4.18 Paparan „Forum‟ 66
4.19
Paparan ‘Chat’ 67
xvi
SENARAI SINGKATAN
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
MOODLE - Modular Object Oriented Dynamic learning
Environment
PPSMI - Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
dalam bahasa Inggeris
ICT - Information, Communication and Technology
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
KBKK - Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif
ABM - Alat Bantu Mengajar
CAL - Computer Assisted Learning
PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer
JPEG - Joint Photographic Experts Group
GIF - Graphics Interchange Format
BMP - bitmap
.avi - Audio Video Interleave
.mov - QuickTime file format
.wave - Waveform Audio File Format
.swa - Shockwave Audio
.ram - RealMedia
LAN - Local Area Network
WAN - Wide Area Network
GNU - GNU's Not Unix
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Rasional Pemilihan Tajuk daripada
Guru Berpengalaman 82
B Penilaian Web Portal daripada Guru
Berpengalaman 85
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan TAHUN 2007 cukup bersejarah dalam perkembangan pendidikan di negara
ini. Malaysia telah memasuki fasa negara maju dengan pendidikan mendahului
sektor lain. Malah Malaysia ternyata bergerak lebih pantas dan merancang dengan
lebih baik berbanding negara lain - malah negara maju sekalipun - dari segi
kesejahteraan dan kesaksamaan ekuiti pendidikan apabila mengisytiharkan
pendidikan percuma untuk semua. Kementerian juga telah mencanangkan
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam menjayakan visi
negara dalam inisiatif dasar pengajaran dan pembelajaran (P&P) Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Manakala, hasrat Kementerian Pelajaran untuk membestarikan kesemua
10,000 buah sekolah dan 300,000 orang guru menjelang 2010 (Menteri Pelajaran,
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, 2005) bakal tercapai apabila telah banyak
langkah yang dilakukan untuk mencapai impian ini. Antaranya ialah, guru-guru
dibekalkan dengan komputer riba, projektor LCD dan pelbagai prasarana lain, talian
Internet kepada 250 sekolah di pedalaman Sabah dan Sarawak dinaikkan taraf di
bawah perhubungan maya, untuk mengatasi masalah kedudukan geografi dan
perhubungan, teknologi rangkaian dalaman tanpa wayar dan Telefoni IP
diperkenalkan, dan pada masa yang sama semua sekolah dilengkapi makmal
komputer. Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Perak, Mohamed Zakaria Mohd
Noor, (2005) berkata pelbagai maklumat terkini boleh diperolehi melalui Internet dan
2
ia perlu diperluaskan di peringkat sekolah. SMK Raja Permaisuri Bainun,Perak telah
menggunakan kemudahan HotSpot iaitu suatu kaedah capaian rangkaian ke Internet
secara wireless di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa dalam kawasan
sekolah. Dengan adanya kemudahan ini guru boleh mengakses ke Internet (portal-
portal pendidikan) di dalam kelas masing-masing ketika mengajar mahupun semasa
merancang pengajaran di bilik guru dengan menggunakan komputer riba. Ini
menunjukkan bahawa penggunaan komputer dan pembelajaran berdasarkan Internet
semakin penting dalam mencapai aspirasi pendidikan negara. Kini dengan kehadiran
E-Pembelajaran, iaitu pembelajaran berasaskan Internet sebagai contoh, dapat
membantu dan meningkatkan motivasi pelajar dan guru dalam mencari maklumat
dan berinteraksi di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah.
Menurut Jamaluddin Harun dan Zaidatun Tasir (2003) kehadiran komputer
serta teknologi moden yang berkaitan dengannya dalam bidang pendidikan mampu
membantu meringankan beban serta kekangan yang sedia wujud dalam di dalam
pembelajaran tradisi. Pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam kelas akan
menjadi semakin menarik kerana isi pengajaran yang panjang diringkaskan dan
dipersembahkan dengan menggunakan media-media yang lebih menarik dan lebih
bersifat dinamik; dan merangsang pelajar untuk berfikir dengan lebih kreatif dan ini
menggalakkan pembelajaran berpusatkan pelajar itu sendiri.
Walaupun begitu, keberkesanan dan kebestarian sesuatu pengajaran masih
bergantung kepada faktor manusia, teknologi hanyalah sebagai faktor pemangkin ke
arah mempercepatkan proses keberkesanannya, tetapi kemahiran dari aspek psikologi
diperlukan. Oleh itu guru harus mampu mengintegrasikan ketiga-tiga aspek
pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu. Menurut Ismail
Zain (2002), pengintegrasian pedagogi, psikologi dan teknologi diperlukan melalui
satu reka bentuk pengajaran ke arah mewujudkan pengajaran dan pembelajaran
berkesan.
3
Namun begitu, di sini penekanan lebih kepada aspek teknologi yang akan
membentuk satu sistem penyampaian. Aplikasi multimedia dengan pelbagai kaedah,
teknik dan aktiviti harus mampu menyediakan satu persekitaran pengajaran yang
mantap, menyeronokkan serta mampu menyokong dua aspek yang lain. Baharuddin
Aris, Noraffandy Yahya, et al (2000) mengatakan dua deria yang paling
mempengaruhi penggunaannya dalam pembelajaran ialah mata dan telinga. Ini
menunjukkan faedah perkembangan teknologi dalam bidang multimedia yang
merujuk pelbagai media termasuk teks, grafik, audio, video dan animasi berbentuk
digital yang melibatkan kedua-dua deria kebanyakannya, harus diaplikasikan secara
optimum agar dapat mendatangkan kesan yang mendalam pada proses pembelajaran.
1.2 Latar Belakang Masalah Kementerian Pendidikan melalui Pusat Perkembangan Kurikulum telah
memberi pendedahan kepada guru-guru tentang kaedah perlaksanaan Kemahiran
Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Sejak tahun 1994 usaha tersebut telah dijalankan dengan giatnya di
peringkat kebangsaan, peringkat negeri, peringkat daerah dan peringkat sekolah.
Maka, untuk merealisasikan perkembangan ini dikalangan pelajar dan para
guru, penggunaan ABM yang komprehensif adalah sangat perlu. ABM yang
berasaskan komputer memiliki ciri-ciri yang menarik dan mudah dikendalikan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran daripada teknologi berasaskan
komputer dikatakan begitu efisien dan berpusat pelajar (Kong N.W. 2002).
Pendekatan tradisional yang terlalu menekankan pelajar belajar bawah arahan
menjadikan guru lebih memberi tumpuan kepada kemahiran penghafalan dan ingatan
kembali konsep-konsep, teorem-teorem dan formula-formula sains (Ibrahim Mohd
Ali 2000). Tambahan pula instruksi berformat cetakan berkekalan sehingga kini
sehingga negara mengalami dilema lebihan teks bercetak dan pemeliharaannya
walaupun umumnya penggunaan sumber berbentuk teks lebih selesa (Kong N.W.
2002).
4
George Bodner (1986), dalam perbincangannya tentang pendekatan
Konstruktif ke dalam Pendidikan Kimia mengatakan pengetahuan tidak semudah
menyampaikannya daripada pengajar kepada pelajar tetapi pelajar hendaklah
membina pengetahuan itu secara aktif dengan mengaitkan pengetahuan baru dengan
pengetahuan sedia ada. Selain proses membina pengetahuan, perkembangan
metakognitif juga dipentingkan juga di mana pelajar perlu belajar merancang,
menilai dan membuat refleksi tentang pembelajaran mereka (Baharudin Aris dan
Rakan, 2002). Oleh itu adalah penting untuk guru menyediakan sumber pengajaran
yang sesuai semasa mengajar sesuatu konsep untuk memastikan pembelajaran
berlaku dengan memastikan berlakunya perubahan dan perkembangan idea dalam
diri pelajar dengan betul.
Sistem pendidikan negara telah mengalami pengubahsuaian untuk melibatkan
teknologi yang lebih baru iaitu memperkenalkan ICT. ICT tidak lagi dilihat sebagai
inisiatif, tetapi sesuatu yang mempunyai pendekatan sepadu untuk melahirkan
amalan yang baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Percantuman
teknologi jaringan komunikasi digital dan teknologi antara muka telah membenarkan
pelbagai sistem penyampaian instruksi, dan pada masa yang sama, membenarkan
pelbagai strategi yang boleh dilaksanakan dalam bilik darjah (Kong N.W. 2002).
Dengan ini proses pengajaran dan pembelajaran tidak lagi berbentuk di bawah arahan
tetapi lebih aktif dengan penggunaan komputer yang mengintegrasikan video, audio,
telefoni, simulasi dan juga capaian interaktif kepada maklumat multimedia melalui
kemudahan jalur lebar yang semakin diperluas di seluruh sekolah-sekolah di
Malaysia.
Untuk mendorong pelajar berfikir secara kritis dan kreatif, alat bantu
mengajar, ABM yang berasaskan komputer adalah sesuai pada masa kini kerana
sifatnya yang komprehensif dan mudah dikendalikan apabila digunakan untuk proses
pengajaran di dalam kelas. Sesuai dengan perkembangan teknologi, pembelajaran
yang berbantukan komputer menjadi semakin menarik dan berkesan dengan
gabungan elemen-elemen multimedia yang semakin canggih. Di samping itu
pendekatan ini yang selari dengan reka bentuk bagi teknologi yang ada pada aplikasi
5
MOODLE sebagai contoh, E-Pembelajaran, menjadikan proses pembelajaran lebih
menarik dan berorientasikan pembelajaran kendiri sekaligus dapat mendorong
pelajar berfikir secara kreatif dan kritis dalam menyelesaikan satu-satu masalah.
Sistem pengurusan sekolah seharusnya seiring dengan perkembangan
teknologi komunikasi maklumat (ICT) dunia. Oleh itu untuk mencapai pengurusan
sekolah yang sistematik, pembestarian sekolah adalah wajar diikuti dengan
memperkenalkan E-Pembelajaran. Ini kerana E-Pembelajaran melalui web
berpotensi dalam membantu, menambah baik serta sebagai satu alternatif bagi
menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran. Tan Sri Murad Mohd Nor,
(2005) bekas Tokoh Pendidik memberi pandangan bahawa sekolah kebangsaan yang
telah diperkasa (Sekolah Bestari) mampu melahirkan pelajar yang mempunyai ciri-
ciri akhlak, disiplin, agama, budaya, akademik dan kokurikulum yang baik.
1.3 Penyataan Masalah Pembelajaran Kimia yang abstrak menjadikan subjek ini antara subjek yang
sukar dipelajari bagi pelajar (Taber, 2002). Terdapat 3 tahap yang perlu
diintegrasikan supaya pembelajaran Kimia dapat difahami konsepnya dengan lebih
jelas dan lebih baik iaitu tahap makroskopik, tahap mikroskopik dan tahap pemberian
simbol (Johnstone (1984, 1991). Konsep Kimia yang abstrak seperti ‘Electrolysis of
Aqueous Solution’ boleh dipermudahkan dengan salah satu caranya mengaplikasikan
dunia teknologi maklumat ke dalam subjek ini. Guru harus mampu untuk meneroka
potensi yang ada dalam teknologi kini untuk di aplikasikan ke dalam proses P&P ke
arah mewujudkan pembelajaran yang berkesan dan bermakna. Justeru pembangunan
web portal ‘Electrochemistry’ Tingkatan 4 ini adalah sebagai salah satu alternatif
yang mempunyai bahan pembelajaran pelajar seperti nota, perbincangan kelas, kuiz,
tugasan, dan permainan yang menggabungkan elemen-elemen multimedia, dapat
mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Usaha
penyediaan sumber maklumat seperti pembangunan web portal ini boleh membantu
6
pelajar dalam memahami isi pelajaran dan dapat memberikan pengukuhan kepada
para pelajar. Pembangunan web portal ini juga adalah untuk menambah bilangan
sumber P&P yang terhad.
1.4 Objektif Projek
Objektif projek ini ialah: Membangunkan web portal berasaskan MOODLE bertajuk ‘Electrolysis of
Aqueous Solution’ dengan bercirikan:
i. Bahan E-Pembelajaran menggunakan Microsoft Office PowerPoint sebagai
platform utama.
ii. Mempunyai elemen-elemen multimedia yang luas.
1.5 Kepentingan Projek Pembangunan dan pengisian web portal ini secara umumnya dibina sebagai
media sokongan kepada guru-guru dan para pelajar yang sekaligus dapat mengatasi
kekurangan sumber pengajaran dan pembelajaran dan kelemahan yang terdapat pada
media yang berasaskan media cetak semata-mata.
1.5.1 Pengajar (Guru) Sebagai seorang pengajar di zaman teknologi maklumat ini, guru harus
mampu mengendalikan perkakasan yang serba canggih dan menyampaikannya
dalam proses pengajaran dengan sempurna untuk memberi kesan terhadap
7
pembelajaran pelajar-pelajar. Projek ini diharap dapat membantu guru merancang
pengajaran menjadi lebih menarik dengan bahan rujukan yang mengandungi elemen
multimedia yang meluas sesuai untuk menarik minat perhatian pelajar
1.5.2 Pelajar
Para pelajar di harap dapat memahami konsep `elektrolisis larutan akueus’
dengan betul dan tepat serta dapat menjelaskan kembali dengan menyelesaikan
masalah yang disediakan dan melakukan perbincangan melalui web portal ini.
Diharap dengan berlakunya interaksi sosial di kalangan pelajar dengan guru atau
dengan pelajar sendiri, pembelajaran dapat berlaku.
1.5.3 Ibu Bapa Pembelajaran web berasaskan MOODLE ini memberi peluang kepada ibu
bapa memantau prestasi anak-anak mereka dari semasa ke semasa di mana sahaja
dengan hanya mempunyai kemudahan jalur lebar. Dengan ini ibu bapa lebih prihatin
terhadap pencapaian anak mereka di samping melibatkan juga peranan ibu bapa
dalam pembelajaran anak-anak mereka.
1.5.4 Masyarakat Projek ini diharap memberi kesedaran kepada masyarakat umum akan
pentingnya aspek pendidikan bagi membentuk masyarakat celik IT yang mampu
berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain. Masyarakat yang maju
akan dapat membanggakan negara dengan melakukan inovasi-inovasi yang
berkualiti.
8
1.6 Skop Projek Skop-skop projek ini adalah menghasilkan web portal yang menyediakan
nota–nota dan latihan yang menggunakan elemen multimedia yang luas kepada para
pelajar tingkatan Empat meliputi topik “Electrolysis in Aqueous Solution” selaras
dengan sukatan pelajaran Kurikulum KBSM Tingkatan Empat menggunakan modul-
modul pembelajaran berikut:
1.6.1 Bahan Pembelajaran
Bahan pembelajaran dipersembahkan secara linear seperti persembahan slaid
dengan menggunakan perisian Microsoft Office PowerPoint. Di samping itu semasa
pembelajaran berjalan menggunakan bahan pembelajaran yang disediakan, pelajar
dibantu dengan penyediaan arahan pengemudian. Skop bagi bahan pembelajaran
ialah:
(i) Pengenalan
(ii) Faktor-faktor yang mempengaruhi elektrolisis larutan akueus
i. Jenis elektrod
ii. Kedudukan ion dalam Siri Elektrokimia
iii. Kehadiran kation dan anion dalam larutan akueus.
(iii) Penyelesaian masalah
(iv) Eksperimen
1.6.2 Kuiz (Quiz)
Kuiz disediakan bagi setiap topik untuk menguji kefahaman para pelajar
mengenai topik yang telah mereka pelajari melalui Aktiviti Pembelajaran. Soalan-
soalan kuiz yang disediakan adalah berdasar tahap kesukaran kognitif (Bloom
9
Taksonomi). Kuiz dapat dilakukan berulang kali, dan dapat menunjukkan respons
sama ada apabila pelajar dapat menjawab dengan betul atau tidak. Kemudian
pemberian markah dan gred diberikan secara automatik. Antara bentuk kuiz yang
dapat dipersembahkan seperti soalan aneka pilihan, soalan berstruktur, soalan betul-
salah, soalan padanan, soalan melibatkan nombor, pada akhir soalan, jawapan serta
penjelasan kepada setiap jawapan akan diberikan.
1.6.3 Tugasan (Assignment)
Pemberian tugasan dapat disertakan butir-butir seperti tarikh dan masa untuk
menghantar tugasan, dan peratus pemberian markah tugasan. Kemudian pelajar dapat
menghantar tugasan yang telah siap dalam apa-apa bentuk format yang dikehendaki
ke pelayan untuk memudahkan guru menilai di samping mengelakkan timbunan hasil
kerja daripada pelajar. Penghantaran tugasan yang lewat masih dapat dilakukan tetapi
kelewatan mereka adalah direkod untuk pemberian markah penalti. Kemudian guru
dapat memberikan respons dan gred bagi setiap tugasan yang dihantar dalam paparan
yang sama.
1.6.4 Penilaian
Ciri ini membolehkan pencapaian pelajar diukur apabila pelajar selesai
melakukan suatu kuiz atau menghantar tugasan yang telah diberikan, penilaian dapat
diberikan dengan segera dengan memberikan markah dan gred.
10
1.6.5 Forum (Forum)
Forum memberi ruang kepada pelajar untuk berbincang yang merangkumi
pelbagai topik atau tajuk perbincangan. Terdapat pelbagai forum yang dapat
dijalankan seperti forum bagi guru sahaja, forum pemberitahuan kursus, dan forum
yang terbuka kepada semua. Pelajar boleh memilih tajuk perbincangan sekiranya
wujud lebih daripada satu tajuk. Semua pandangan yang diberikan oleh murid akan
disertakan bersama gambar pelajar berkenaan. Perbincangan yang dijalankan,
dipantau dan dipamerkan secara seluruh, atau waktu perbincangan sama ada lama
atau baru. Bagi pemberitahuan oleh guru, guru boleh membenarkan untuk tidak
membenarkan respons daripada murid.
1.6.6 Pautan (Link)
Modul ini menyediakan pautan kepada laman-laman yang berkaitan dengan
topik yang dibangunkan untuk menambahkan lagi sumber pengajaran dan juga
sebagai ilmu tambahan kepada pelajar. Pautan ini juga dapat membantu pelajar
supaya pelajar belajar dengan lebih mudah dan terarah.
1.7 Rasional Pemilihan Tajuk
Tajuk yang dipilih untuk dibangunkan dan di masukkan ke dalam perisian
MODLE di dalam projek ini ialah “Electrolysis in Aqueous Solution” , bagi mata
pelajaran Kimia Tingkatan Empat KBSM. Berdasarkan pengalaman Puan Chow Wai
Mun yang mengajar mata pelajaran ini selama 5 tahun di Sekolah Menengah
Kebangsaan Taman Selayang, Selangor, mendapati tajuk Elektrokimia adalah sukar
untuk difahami oleh pelajar (Lampiran A). Satu tinjauan guru-pelajar yang
dilakukan oleh Johnstone (1980); Finley, Stewart & Yarroch (1982) mendapati
bahawa pelajar sukar memahami tajuk Elektrokimia.