“saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada ......dalam sub skala masalah pergaulan...
TRANSCRIPT
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana MudaTeknologi Serta Pendidikan
( Kejuruteraan Elektrik )”
Tandatangan : …………………………………………….
Nama Penyelia : PM TUAN SYED MOHD SHAFEQ BIN
TUAN SYED MANSOR
Tarikh : ……………………………………………..
i
SATU TINJAUAN MENGENAI KATEGORI MASALAH YANG DIHADAPI
OLEH PELAJAR KEMASUKAN TERUS DI KOLEJ 13, UTM
AKLA BIN SU
Laporan projek ini dikemukakan
Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
FEBUARI 2004
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : .......................................................................
Nama Penulis : AKLA BIN SU
Tarikh : ......................................................................
iii
DEDIKASI
Kepada bondaku tersayang, Kamariah binti Mohamed:
Perngorbanan, sokongan, segala pertolongan dan dorongan yang diberikan
sehingga anakmu ini berjaya mencapai cita-citanya. Semoga bonda dipanjangkan
usia dan dirahmati Allah selalu hendaknya.
Kepada ibu mertuaku yang aku hormati, Hajjah Zainun binti Ngah:
Segala bantuan dan dorongan yang dihulurkan selama ini sangat aku hargai.
Semoga Allah panjangkan usia mak dengan kehidupan yang penuh rahmat.
Kepada isteriku yang kusayang, Narizan binti Haji Samat serta anak-anak
kesayanganku, Afiq Naqib, Asraf Na’im dan Arif Najmi:
Semoga segala kesusahan dan pengorbanan yang kita hadapi bersama selama
tempoh berkursus di UTM ini akan dirahmati dan diredhai Allah. Terima kasih
kerana sabar menanti dari awal hinggalah tamat pengajian.
Kepada semua saudara-mara dan sahabat handai:
Terima kasih tidak terhingga di atas segala pertolongan, dorongan dan nasihat
yang diberikan selama tempoh berkursus di UTM ini. Hanya Allah sahaja yang dapat
membalas dengan seadilnya segala budi baik kalian.
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan
KudratNya, penulis berjaya menyempurnakan kajian ini.
Penulis ingin merakamkan penghargaan iklas dan ucapan terima kasih kepada
pembimbing PSM ini iaitu Prof. Madya Tuan Syed Mohd Shafiq bin Tuan Syed
Mansor atas segala bimbingan dan dorongan yang beliau berikan sepanjang tempoh
PSM ini dibuat.
Ucapan terima kasih juga penulis berikan kepada Pengetua Kolej 13, pihak
kakitangan Pejabat Kolej 13 dan Unit Rekod dan Kemasukkan UTM atas kerjasama
mereka memberikan maklumat tentang bilangan pelajar dan kursus serta tahun
kursus kemasukan terus pelajar di UTM untuk kegunaan PSM ini.
Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan PSM ini. Semoga segala
bantuan yang dihulurkan dirahmati Allah S.W.T.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kategori masalah yang mengganggu
pelajar kemasukan terus ke UTM. Seramai 120 orang pelajar kemasukan terus yang
menghuni Kolej 13, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor telah diperolehi
secara rawak untuk menyertai kajian ini. Mereka telah memberi respon kepada soal
selidik Mooney Problem Check List (MPCL) yang diedarkan.Data yang diperolehi
dianalisis dengan menggunakan perisian ‘Statistical Package for the Social Sciences’
(SPSS 10.0). Teknik statistik pemeratusan telah digunakan bagi menjawab persolan
kajian. Hasil kajian yang diperolehi mendapati kategori masalah yang paling
mengganggu pelajar-pelajar ialah Pelajaran dan Kerjaya Masa Depan (16.4%)
diikuti Penyesuaian Terhadap Kerja-kerja Tugasan Akademik (11.8%) dan Moral
dan Agama (10.7%). Manakala kategori masalah yang kurang mengganggu pelajar
ialah Rumah Tangga dan Keluarga (5.8%) diikuti Kurikulum dan Kaedah Pengajaran
(5.6%) dan Kesihatan dan Pertumbuhan Jasmani (5.2%). Oleh itu beberapa cadangan
dikemukakan untuk mengatasi masalah tersebut.
vi
ABSTRACT
This study was to identify the category of distracting factors faced by the
direct entrance UTM students. 120 direct entrance students from Kolej 13, University
Technology of Malaysia in Skudai, Johor were chosen randomly as respondents for
this study. The responded to the Mooney Problem Check List (MPCL) questionnaire
distributed them. Data collected were processed using the ‘Statistical Package For
The Social Science, Version 10.0’ (SPSS 10.0 program). Statistical percentages
technique was used to answer the research questions. From the study, it was found
that the most distracting factors faced by the students were their studies and future
careers (16.4%), followed by familiarizing with academic assignments (11.8%) and
moral and religion (10.7%). The less distracting factors were families (5.8%)
followed by the curricula and teaching method (5.6%), health and physical
development (5.2%). Few suggestions were proposed to overcome the distractions
faced by students.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT Halaman Judul i Pengakuan ii Dedikasi iii Penghargaan iv Abstrak v Abstract vi Kandungan vii Senarai Jadual xiii Senarai Singkatan xvi Rujukan 93 - 94 Lampiran 95 - 114
BAHAGIAN SATU
PENGENALAN
BAB I PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Persoalan Kajian 5
1.5 Kepentingan Kajian 6
1.6 Objektif Kajian 7
1.7 Definisi Istilah 7
1.8 Batasan Kajian 8
1.9 Penutup 8
viii
BAHAGIAN DUA
SOROTAN PENULISAN
BAB 11 SOROTAN PENULISAN 10
2.1 Pengenalan 10
2.1.1 Kajian Luar Negara 10 2.1.2 Kajian Di Malaysia 11
2.2 Kajian Masalah 12
2.3 Kajian Punca Masalah 12
BAHAGIAN TIGA
METODOLOGI KAJIAN
BAB III METODOLOGI KAJIAN 14
3.1 Pengenalan 14 3.2 Reka Bentuk Kajian 14 3.3 Tempat Kajian 15 3.4 Subjek Kajian 15 3.4.1 Cara Persampelan 16 3.5 Instrumen Kajian 16
3.5.1 Bahagian A (Biodata) 16 3.5.2 Bahagian B (Kategori Masalah) 16
3.5.3 Bahagian C (Kategori Masalah) 17
3.5.4 Kesahan Alat Kajian MPCL 17
3.5.5 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 18
ix
3.6 Prosedur Kajian 19 3.7 Analisis Data 19
3.7.1 Memproses Data 19 3.7.2 Pengiraan Peratus 19
3.8 Jangkamasa Kajian 20 3.9 Penutup 20
BAHAGIAN EMPAT
ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN
BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN 21
4.1 Pengenalan 21 4.2 Analisis Latar Belakang Responden 22 4.2.1 Analisis Secara Deskritif 24 4.3 Bahagian B – Laporan Analisis 37
BAHAGIAN LIMA
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN 85 CADANGAN
5.1 Pendahuluan 85 5.2 Perbincangan 85 5.3 Rumusan 87 5.4 Cadangan 88
5.4.1 Pelajar 88
x
5.4.2 Ibu Bapa/keluarga 89 5.4.3 Universiti/Kolej 90 5.4 Penutup 90
BAHAGIAN ENAM
BIBLIOGRAFI
BIBLIOGRAFI Bibliografi 93 - 94
BAHAGIAN TUJUH
LAMPIRAN
LAMPIRAN
Lampiran 95 - 114
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Taburan Jumlah Populasi Menurut Sumber
Pentadbiran Kolej 13 15 3.2 Taburan Item Soalan Bagi Persoalan Kajian 17 3.3 Nilai Alpha Bagi Kategori Masalah 18 4.1 Nilai Alpha Bagi Kategori Masalah Kajian Ini 22 4.2 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden
Mengikut Tahun 23 4.3 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut
Fakulti 23 4.4 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut
Sekolah 24 4.5 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden
Mengikut Kelayakan Akademik Masuk ke UTM 24 4.6 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap Item-item
Dalam Sub Skala Masalah Kesihatan dan Pertumbuhan Jasmani 26
4.7 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap Item-item
Dalam Sub Skala Masalah Kewangan, Keadaan kehidupan Dan Pekerjaan 27
4.8 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap Item-item
Dalam Sub Skala Masalah Kegiatan Sosial dan Hiburan 28 4.9 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap Item-item
Dalam Sub Skala Masalah Pergaulan Muda-mudi, Perkahwinan dan Seks 29
4.10 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap Item-item
Dalam Sub Skala Masalah Perhubungan Sosial Psikologi 30 4.11 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap Item-item
Dalam Sub Skala Masalah Perhubungan Peribadi dan
xii
Psikologi (emosi) 31 4.12 Taburan Respon Pelajar-pelajar Terhadap Item-item
Dalam Sub Skala Masalah Moral dan Agama 32 4.13 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap Item-item
Dalam Sub Skala Masalah Rumah Tangga dan Keluarga 33 4.14 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap Item-item
Dalam Sub Skala Masalah Pelajaran dan Kerjaya Masa Depan 34 4.15 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap Item-item
Dalam Sub Skala Masalah Penyelesaian Terhadap Kerja-kerja 35
4.16 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap Item-item
Dalam Sub Skala Masalah Kurikulum dan Pengajaran 36 4.17 Kesimpulan Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap
Item-item Dalam Kategori Masalah Mengikut Peratusan Tertinggi Hingga Terendah 37
4.18 Lima Masalah Utama Kategori Kesihatan dan Pertumbuhan
Jasmani Mengikut Tahun Pengajian 38 4.19 Lima Masalah Utama Kategori Kewangan, Keadaan
Kehidupan dan Pekerjaan Mengikut Tahun Pengajian 39 4.20 Lima Masalah Utama Kategori Kegiatan Sosial dan
Hiburan Mengikut Tahun Pengajian 40 4.21 Lima Masalah Utama Kegiatan Muda-mudi, Perkahwinan
Dan Seks Mengikut Tahun Pengajian 41 4.22 Lima Masalah Utama Kategori Perhubungan Sosial
Psikologi Mengikut Tahun Pengajian 42 4.23 Lima Masalah Utama Kategori Perhubungan Peribadi
dan Psikologi (emosi) Mengikut Tahun Pengajian 43 4.24 Lima Masalah Utama Kategori Moral dan Agama
Mengikut Tahun Pengajian 44 4.25 Lima Masalah Utama Kategori Rumah Tangga dan
Keluarga Mengikut Tahun Pengajian 45 4.26 Lima Masalah Utama Kategori Pelajaran dan Kerjaya
Masa Depan Mengikut Tahun Pengajian 46 4.27 Lima Masalah Utama Kategori Penyesuaian Terhadap
Kerja-kerja Tugasan Akademik Mengikut Tahun Pengajian 47
xiii
4.28 Lima Masalah Utama Kurikulum dan Kaedah Pengajaran
Kategori Mengikut Tahun Pengajian 48 4.29 Kesimpulan Taburan Lima Kategori Masalah Utama
Peratusan Mengikut Tahun Pengajian 49 4.30 Lima Masalah Utama Kategori Kesihatan dan
Pertumbuhan Jasmani Mengikut Kursus Pengajian 50 4.31 Lima Masalah Utama Kategori Kewangan, Keadaan
Kehidupan dan Pekerjaan Mengikut Kursus Pengajian 51 4.32 Lima Masalah Utama Kategori Kegiatan Sosial dan
Hiburan Mengikut Kursus Pengajian 52 4.33 Lima Masalah Utama Kategori Kegiatan Muda-mudi,
Perkahwinan dan Seks Mengikut Kursus Pengajian 53 4.34 Lima Masalah Utama Kategori Perhubungan Sosial
Psikologi Mengikut Kursus Pengajian 54 4.35 Lima Masalah Utama Kategori Perhubungan Peribadi dan
Psikologi (emosi) Mengikut Kursus Pengajian 55 4.36 Lima Masalah Utama Kategori Moral dan Agama
Mengikut Kursus Pengajian 56 4.37 Lima Masalah Utama Kategori Rumah Tangga dan
Keluarga Mengikut Kursus Pengajian 57 4.38 Lima Masalah Utama Kategori Pelajaran dan Kerjaya Masa
Depan Mengikut Kursus Pengajian 58 4.39 Lima Masalah Utama Kategori Penyesuaian Terhadap
Kerja-kerja Tugasan Akademik Mengikut Kursus Pengajian 59 4.40 Lima Masalah Utama Kategori Kurikulum dan Kaedah
Pengajaran Mengikut Kursus Pengajian 60 4.41 Kesimpulan Taburan Lima Kategori Masalah Utama
Peratusan Mengikut Kursus Pengajian 61 4.42 Lima Masalah Utama Kategori Kesihatan dan
Pertumbuhan Jasmani Mengikut Sekolah Menengah 62 4.43 Lima Masalah Utama Kategori Kewangan, Keadaan dan
Pekerjaan Mengikut Sekolah Menengah 63
xiv
4.44 Lima Masalah Utama Kategori Kegiatan Sosial dan Hiburan Mengikut Sekolah Menengah 64
4.45 Lima Masalah Utama Kategori Kegiatan Muda-mudi,
Perkahwinan dan Seks Mengikut Sekolah Menengah 65 4.46 Lima Masalah Utama Kategori Perhubungan Sosial
Psikologi Mengikut Sekolah Menengah 66 4.47 Lima Masalah Utama Kategori Perhubungan Peribadi dan
Psikologi (emosi) Mengikut Sekolah Menengah 67 4.48 Lima Masalah Utama Kategori Moral dan Agama
Mengikut Sekolah Menengah 68 4.49 Lima Masalah Utama Kategori Rumah Tangga dan
Keluarga Mengikut Sekolah Menengah 69 4.50 Lima Masalah Utama Kategori Pelajaran dan Kerjaya
Masa Depan Mengikut Sekolah Menengah 70 4.51 Lima Masalah Utama Kategori Penyesuaian Terhadap
Kerja-kerja Tugasan Akademik Mengikut Sekolah Menengah 71 4.52 Lima Masalah Utama Kategori Kurikulum dan Kaedah
Pengajaran Mengikut Sekolah Menengah 72 4.53 Kesimpulan Taburan Lima Kategori Masalah Utama
Peratusan Mengikut Sekolah Menengah 73 4.54 Lima Masalah Utama Kategori Kesihatan dan
Pertumbuhan Jasmani Mengikut Kelayakan 74 4.55 Lima Masalah Utama Kategori Kewangan, Keadaan
Kehidupan dan Pekerjaan Mengikut Kelayakan 75 4.56 Lima Masalah Utama Kategori Kegiatan Sosial dan
Hiburan Mengikut Kelayakan 76 4.57 Lima Masalah Utama Kategori Kegiatan Muda-mudi,
Perkahwinan dan Seks Mengikut Kelayakan 77 4.58 Lima Masalah Utama Kategori Perhubungan Sosial
Psikologi Mengikut Kelayakan 78 4.59 Lima Masalah Utama Kategori Perhubungan Peribadi
dan Psikologi (emosi) Mengikut Kelayakan 79 4.60 Lima Masalah Utama Kategori Moral dan Agama
Mengikut Kelayakan 80
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Sama ada kita sedar atau tidak, perjalanan hidup kita seolah-olah ditentukan
oleh satu sistem berstruktur yang dikenali sebagai sekolah. Secara formalnya, setiap
individu menerima pendidikan seawal usia tujuh tahun, kemudiannya melalui
beberapa tahap tertentu yang telah ditentukan oleh sistem pendidikan sehinggalah
sampai ke peringkat universiti. Pelajar-pelajar memperolehi tanggapan yang negatif
dari apa yang diterima oleh ahli sains untuk menerangkan fenomena-fenomena salah
laku pelajar-pelajar walaupun pelajar-pelajar telah menerima pelajaran secara formal,
masalah-masalah sering mengganggu pelajar-pelajar, biasanya boleh dikategorikan
kepada 11 permasalahan iaitu : kesihatan, kewangan, hiburan, sosial, peribadi, seks,
keluarga, akhlak, pengajian, penyesuaian dan pengajaran.
Kesimpulannya, kecemerlangan dan kejayaan dalam bidang pelajaran
merupakan satu agenda yang patut diutamakan oleh setiap pelajar. Pengurangan
kategori permasalahan dalam menuntut ilmu akan meningkatkan lagi prestasi
kesihatan, kewangan, hiburan, sosial, peribadi, seks, keluarga, akhlak, pengajian,
keluarga dan pengajaran akademik serta mengurangkan gejala sosial kehidupan
seseorang pelajar pada masa hadapan.
Pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan untuk menghasilkan
perubahan yang dikehendaki di dalam diri seseorang (Atan Long, 1978). Ia juga
adalah satu proses menukarkan pola tingkahlaku manusia. Tingkah laku ini
xv
4.61 Lima Masalah Utama Kategori Rumah Tangga dan
Keluarga Mengikut Kelayakan 81 4.62 Lima Masalah Utama Kategori Pelajaran dan Kerjaya
Masa Depan Mengikut Kelayakan 82 4.63 Lima Masalah Utama Kategori Penyesuaian Terhadap
Kerja-kerja Tugasan Akademik Mengikut Kelayakan 83 4.64 Lima Masalah Utama Kategori Kurikulum dan Kaedah
Pengajaran Mengikut Kelayakan 84 4.65 Kesimpulan Tabuarn Lima Kategori Masalah Utama
Peratusan Mengikut Kelayakan 85
xvi
SENARAI SINGKATAN
MPCL Mooney Problem Check List
UTM Universiti Teknologi Malaysia
SPSS Statistical Package for the Sosial Sciences
PSM Projek Sarjana Muda
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
Lampiran A Borang Soal Selidik 95
Lampiran B Jadual Penentuan Sampel 106 Lampiran C Surat Permohonan Enrolmen Keseluruhan Pelajar Semester Satu Sesi 2003/2004 109 Lampiran D Senarai Enrolmen Keseluruhan Pelajar Semester Satu Sesi 2003/2004 110 Lampiran E Surat Permohonan Keseluruhan Pelajar Kemasukan Terus Pelajar Sesi 2003/2004 Kolej 13 112 Lampiran F Surat Dari Fakulti 113 Lampiran G Borang Pendaftaran dan Pemilihan Tajuk 114
2
bermaksud tingkahlaku dalam pengertian yang luas termasuk pemikiran, perasaan
dan perbuatan nyata. Apabila pendidikan dilihat dari segi ini maka jelaslah objektif
pendidikan bermakna perubahan tingkahlaku yang dicari atau yang dikehendaki
berlaku oleh sesebuah institusi pendidikan ke atas pelajar-pelajarnya (Ralph W.
Tyler, 1989).
Menurut Ee Ah Meng (1989), pendidikan merupakan satu proses menolong
dan memajukan pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu dari semua
aspek iaitu jasmani akal, emosi, sosial, seni dan moral. Dengan kata lain, ia bertujuan
untuk memperkembangkan individu supaya hidup dengan sempurna serta
memperkembangkan bakat-bakatnya untuk kepentingan diri dan juga untuk menjadi
seorang ahli masyarakat yang berguna.
Dari pandangan psikologi pula, pendidikan bererti perubahan dan boleh
dianggap sama ada sebagai proses atau sebagai hasil. Pendidikan sebagai satu proses
meliputi semua bentuk kegiatan yang menempatkan seseorang itu untuk hidup
bermasyarakat dan yang menolong menyalurkan adat resam, undang-undang,
kepercayaan agama, bahasa dan institusi sosial dari satu generasi ke satu generasi
yang lain. (Crow dan Crow, 1983).
Menurut Wan Mohd Zahid (2000), sistem pendidikan negara memberikan
penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.
Mendidik manusia menjadi baik bukanlah perkara mudah. Manusia sedemikian tidak
boleh dan tidak mungkin dilahirkan dalam tempoh sekelip mata, sebaliknya
memerlukan usaha berterusan bererti ‘berusaha terus menerus’. Dalam proses ini
tidak harus wujud sebarang percanggahan yang boleh menggugat usaha membina
manusia baik ini.
Walaubagaimanapun terdapat sebahagian daripada pelajar-pelajar yang
tinggal di asrama masih lagi menghadapi masalah prestasi akademik rendah. Kajian
ini cuba mengesan apakah faktor-faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku. Di
antara faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik seseorang pelajar itu
terdiri dari beberapa pembolehubah, di antaranya ialah faktor sikap pelajar, faktor
3
motivasi, faktor organisasi pembelajaran dan faktor program-program seperti
ceramah motivasi dan ceramah keagamaan yang dihadiri pelajar.
1.2 Latar Belakang Masalah
Menurut Shafie Jusoh(1994), pembinaan kolej adalah bertujuan untuk
mengumpul pelajar-pelajar bagi mencapai kecemerlangan dalam prestasi akademik
mereka. Justeru itu sewajarnya peluang ini digunakan dengan sebaik mungkin oleh
pelajar-pelajar yang tinggal di kolej. Pembinaan kolej yang lengkap dengan pasarana
dan kemudahan dapat digunakan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar.
Pencapaian pelajar dalam sesuatu matapelajaran bergantung kepada
bagaimana individu itu belajar. Penyesuaian terhadap gaya pembelajaran yang
diamalkan oleh pelajar boleh diketahui melalui diagnosis terhadap gaya
pembelajaran individu itu (Price, 1977). Oleh kerana gaya pembelajaran terlalu
penting maka gaya pembelajaran dan faktor-faktor yang mempengaruhinya perlu
diberi perhatian yang bersungguh-sungguh.
Pencapaian pelajar dalam sesuatu matapelajaran bergantung kepada
bagaimana individu itu belajar. Penyesuaian terhadap gaya pembelajaran yang
diamalkan oleh pelajar boleh diketahui melalui diagnosis terhadap gaya
pembelajaran individu itu ( Price, 1977). Oleh kerana gaya pembelajaran terlalu
penting maka gaya pembelajaran dan faktor-faktor yang mempengaruhinya perlu
diberi perhatian yang bersungguh-sungguh. Di mana pelajar kemasukan terus dapat
megulangi kejayaan mereka sebelum mereka dapat meyambung pelajaran mereka di
UTM.
Usaha untuk meningkatkan mutu pembelajaran mempunyai kaitan daripada
pengalaman, pandangan dan tanggapan pelajar itu sendiri terhadap pelajarannya.
Marton, Dall, Alba & Beaty (1993) menyatakan “ Learning is changing as a person”
adalah perubahan dalam melihat dan berfikir. Pelajar mula melihat sesuatu daripada
sudut yang baru (Wan Zah Wan Ali, 2000). Ini menunjukkan peningkatan mutu
pelajaran adalah berkaiatn dengan pengalaman, pandangan dan tanggapan pelajar itu
4
terhadap pelajarannya. Pelajar tidak harus menjadikan masalah sebagai penghalang
sebaliknya perubahan berlaku dari mereka sendiri.
Kemajuan dalam bidang pendidikan di negara ini amat diberi keutamaan oleh
pihak kerajaan. Bagi merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
pelbagai kemudahan diwujudkan untuk membantu pelajar dalam pembelajaran di
sekolah. Pelajar-pelajar tinggal di kolej adalah di antara pelajar yang banyak
menikmati kemudahan-kemudahan seperti tempat tinggal yang selesa, ruangan
pembelajaran dan kemudahan beriadah.
Berbagai perancangan dibuat untuk meninggikan kualiti pendidikan negara
iaitu menyedikan makmal komputer, pengajaran matematik dan sains dalam bahasa
Inggeris. Dengan penubuhan pusat-pusat pengajian tinggi yang sedia ada dan
pembinaan yang seterusnya seperti universiti, kolej, politeknik, kolej komuniti dan
sebagainya merupakan komitmen kerajaan di dalam mempertingkatkan mutu
pendidikan (Kementerian Pendidikan, 1979)
Sehubungan dengan itu, jika ditinjau pelajar yang telah berjaya melanjutkan
pelajaran di universiti, khususnya pelajar kemasukan terus, beberapa kategori
pemasalahan yang timbul ini akan dikaji oleh penyelidik bagi mendapatkan
beberapa maklumat agar dapat dijadikan landasan terbaik bagi mereka supaya secara
tidak langsung mengheret mereka ke dalam maaslah sosial yang lebih kompleks.
Penekanan terhadap gaya pembelajaran dapat membantu pelajar yang
menghadapi masalah pembelajaran mengatasi permintaan kompleks dalam alam
pelajaran mereka, Ellis & Lenz (1996) menyatakan bahawa strategi-strategi terhadap
pembelajaran yang efisien dan efektif mempunyai ciri-ciri dan parameter yang sama
dari segi isi kandungan, rekabentuk dan aplikasi. Pelajar yang tinggal di kolej
terutamanya di kalangan pelajar kemasukan terus mereka dapat mengatasi situasi ini.
Untuk menangani kategori masalah yang wujud ini pengkaji ingin
mengetahui apakah gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar-pelajar dan
pengaruh persekitaran, emosi, fizikal, sosiologikal dan psikologikal terhadap gaya
pembelajaran pelajar-pelajar kemasukan terus di kolej 13, UTM Kampus Skudai.
5
Walaubagaimanapun terdapat daripada pelajar-pelajar yang tinggal di kolej
mengenai kategori masalah yang dihadapi, kajian ini cuba mengesan apakah faktor-
faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku dikalangan pelajar kemasukan terus. Di
antara faktor-faktor yang mempengaruhi mereka dan beberapa pembolehubah.
1.3 Pernyataan Masalah
Dunn & Dunn (1978) merujuk gaya pembelajaran sebagai cara seseorang
individu menumpukan perhatiannya untuk memahami dan mengingati sesuatu
maklumat atau kemahiran baru. Gaya pembelajaran juga ialah cara bagaimana unsur
daripada lima rangsangan, iaitu persekitaran, emosi, sosial, fisiologi dan
psikologikal dapat mempengaruhi keupayaan seseorang individu untuk memahami,
berinteraksi dan bertindakbalas kepada persekitaran pembelajarannya ( Mok Soon
Sang, 2001). Pelajar-pelajar yang tinggal di kolej disediakan dengan pelbagai
kemudahan dan persekitaran yang boleh merangsang pelajar mencapai prestasi
akademik yang baik
Kajian ini bertujuan untuk meninjau kategori masalah yang dihadapi oleh
pelajar kemasukan terus. Kajian ini dilakukan terhadap pelajar-pelajar di Kolej 13,
UTM Kampus Skudai, Johor. Pengkaji ingin melihat kategori masalah dari segi
demografi (Tahun pengajian, Kursus pengajian, Sekolah dan Kelayakan masuk).
Diharapkan hasil daripada kajian ini dapat membantu pelajar-pelajar dan pihak
universiti/kolej mengenalpasti kategori-kategori masalah yang dihadapi oleh
mereka. Seterusnya menyelesaikan masalah-masalah itu dengan cara yang dapat
membantu mereka daripada dapatan kajian ini.
1.4 Persoalan Kajian
Secara khusus kajiselidik ini bertujuan menjawab beberapa persoalan
berikut iaitu tujuan kajian ini adalah seperti berikut;
6
1.4.1 Apakah kategori masalah yang sering dihadapi oleh pelajar-pelajar
kemasukan terus di Kolej 13, UTM Kampus Skudai, Johor.
1.4.2 Adakah terdapat perbezaan kategori masalah dari segi demografi?
(tahun pengajian, kursus pengajian, sekolah dan Kelayakan)