analisis anatomi tlg, otot dan sendi
DESCRIPTION
tugasan PJM 3106 PISMP Semester 3TRANSCRIPT
5.0 ANALISIS ANATOMI DAN FISIOLOGI ATLET LOMPAT JAUH
5.1 ANALISIS SISTEM TULANG RANGKA
FASA PENUJUAN
Semasa tangan dibengkokkan, tulang ulna dan radius menghampiri tulang humerus
yang disebabkan oleh pergerakan fleksor. Pergerakan ini dibantu oleh sendi ginglimus
yang menghubungkan tulang humerus dengan tulang radius dan ulna. Penguncupan
otot pada lengan akan membawa tangan rapat ke tulang humerus. Siku dibengkokkan
semasa larian untuk membantu menambah daya dan kelajuan larian. Jari digenggam
untuk membantu dalam mencapai kelajuan yang maksimum. Phalanges dan
metacarpals didekatkan dengan carpal dengan bantuan sendi pelana manakala tulang
phalanges menghampiri tulang metacarpal dengan bantuan sendi kondiloid. Badan
50
Humerus
Radius
Carpal
Ulna
Femur
Vertebrae
Tibia
FibulaTarsal
Metatarsal
Phalanges
Matecarpal
Phalanges
PelvisPatella
direndahkan sedikit untuk mendapat tolakan yang berkesan daripada kaki yang telah
bengkok. Vertebra didorong ke depan sedikit yang dibantu oleh sendi sferoidal yang di
mana otot di bahagian tersebut mengalami ekstensi dan hiperekstensi. Kaki
dibengkokkan dan diangkat sedikit semasa larian, tulang tibia dan fibula digerakkan
oleh sendi ginglimus pada patella sehingga ianya menghampiri femur. Pergerakan
sendi yang terlibat adalah ekstensi di mana otot-otot yang terlibat mengalami kontraksi
isotonik. Manakala sendi sferoidal membantu dalam pergerakan antara tulang femur
dan pelvis dimana penguncupan otot gluteus maximus membolehkan perlakuan berlari
dilakukan. Semasa larian, tulang tarsal,metatarsal dan phalanges berfungsi menyerap
daya dan menampung berat badan. Badan ditolak menggunakan daya yang telah
diserap pada tulang phalanges dan metatarsal semasa larian yang dibantu oleh sendi
pelana.
51
FASA PELEPASAN
Pada fasa ini, badan dibongkokkan sedikit ke hadapan dan kaki dibengkokkan untuk
mengumpul daya sebelum lompatan dilakukan. Vertebrae akan mengalami pergerakan
fleksi kemudian ekstensi pada fasa ini. Aksi lonjakan ini mengamalkan urutan tumit-
hujung kaki. Phalanges dan metacarpal melakukan pergerakan pelantar fleksi yang
dibantu oleh sendi ginglimus. Pergerakan yang terlibat adalah pelantar fleksi yang
diakibatkan oleh penguncupan otot pada betis. Tolakan kaki hendaklah kuat dan
diluruskan pada saat-saat akhir untuk membantu lonjakan yang tinggi. Serentak dengan
lonjakan itu, kaki bebas hendaklah dihayun dengan kencang ke hadapan dengan
bahagian lutut dibiarkan tinggi. Pada ketika ini, kaki dibengkokkan. Tulang tibia dan
fibula akan dirapatkan ke tulang femur dengan bantuan sendi ginglimus yang
disebabkan oleh penguncupan otot di belakang paha yang membolehkan lutut
dibengkokkan dan diluruskan. Patella membantu dalam menjadi tangkal keberkesanan
penguncupan otot yang terlibat. Manakala sendi sferoidal membantu dalam pergerakan
antara tulang femur dan pelvis dimana penguncupan otot pada paha membolehkan
52
Skapula
Humerus
Tibia
Fibula
Femur
Tarsal
Metatarsal
Phalanges
Pelvis
Vertebrae
Patella
perlakuan melompat dilakukan. Pada masa yang sama, kedua-dua belah tangan
dihayun ke hadapan dan ke atas untuk membantu mencapai lonjakan yang lebih tinggi.
Sendi sferoidal membantu dalam pergerakan fleksi tulang humerus yang dihubungkan
dengan tulang scapula yang mengalami pergerakan elevasi pada masa yang sama.
53
FASA LAYANGAN
Skull melentok ke belakang dan cervical vertebrae melengkung ke depan apabila
kepala mendongak ke atas semasa fasa ini. Pergerakan hiperekstensi ini dibantu oleh
sendi pivot yang menghubungkan skull dan cervical vertebrae. Tangan pula diangkat ke
atas dengan jari digenggam semasa fasa layangan. Ketika tangan diangkat dengan
keadaan lurus, ulna dan radius yang dihubungkan dengan humerus oleh sendi hinge
membantu dalam pergerakan ekstensi pada siku. Pada masa yang sama, pergerakan
abduksi berlaku pada bahu, apabila humerus bergerak ke atas dengan bantuan sendi
sferoidal yang menghubungkan humerus dengan scapula. Semasa tangan digenggam,
phalanges dan metacarpals didekatkan dengan carpal dengan bantuan sendi pelana
manakala tulang phalanges menghampiri tulang metacarpal dengan bantuan sendi
kondiloid. Pada fasa layangan juga, badan akan melentik ke atas. Vertebrae akan
melengkung ke hadapan dan menyebabkan ribs untuk ke hadapan dan ke atas.
Vertebrae mengalami pergerakan ekstensi pada ketika ini. Kaki pula akan bengkok dan
diangkat ke belakang semasa melakukan lompatan. Pada ketika itu, tulang tibia dan
fibula menghampiri femur yang dibantu oleh sendi ginglimus yang terdapat pada patella
54
Cervical vertebrae
Tibia
Ribs
Femur
Vertebrae
Pelvis
Scapula
Fibula
Humerus
Radius
Tarsal
UlnaPhalanges
metacarpal
Carpal
Skull
Patella
yang membolehkan kaki dibengkokkan. Pada masa yang sama, paha diangkat ke
hadapan sedikit di mana pergerakan tersebut melibatkan tulang femur serta pelvis yang
dibantu oleh sendi sferoidal.
55
FASA PENDARATAN
Pada fasa ini, kepala akan kembali pada posisi yang sebenar iaitu menghadap
ke hadapan. Skull menghadap ke hadapan dan pergerakan fleksi ini dibantu oleh sendi
pivot yang menghubungkan skull dengan cervical vertebrae yang berada dalam
keadaan lurus semula. Tangan diturunkan semula tetapi masih dalam keadaan
bengkok dan jari digenggam. Pergerakan fleksi pada siku berlaku dimana posisi tulang
ulna dan radius menghampiri humerus dengan bantuan sendi ginglimus. Ketika jari
digenggam, phalanges dan metacarpals didekatkan dengan carpal dengan bantuan
sendi pelana manakala tulang phalanges menghampiri tulang metacarpal dengan
bantuan sendi kondiloid. Vertebrae akan melengkung ke belakang sedikit yang
melibatkan pergerakan fleksi pada tulang belakang dan ribs masuk ke dalam ketika
badan dibongkokkan. Pada bahagian bawah badan, kaki dibengkokkan untuk
menyerap kembali daya dan menstabilkan tubuh badan. Pada ketika itu, paha akan
berada dekat dengan badan dan betis serta paha berada dalam posisi yang dekat.
Tulang femur didekatkan dengan badan bantuan sendi sferoidal pada pelvis manakala
56
Femur
Vertebrae
Cervical vertebrae
Scapula
Tarsal
Phalanges
Pelvis
Radius
Ulna
Fibula
Tibia
Carpal
Humerus Skull
Patella
tulang tibia dan fibula menghampiri femur dengan bantuan sendi ginglimus. Patella
yang melindungi sendi lutut membantu dalam penguncupan otot yang terlibat. Tulang
tarsal pula akan mengalami fleksi plantar selepas itu dorsifleksi ketika mendarat di
mana pergerakan ini dibantu oleh sendi ginglimus.
57
5.2 ANALISIS SISTEM OTOT
FASA PENUJUAN
Semasa fasa penujuan, otot – otot yang terlibat dalam pergerakan badan ialah
otot briseps dan triseps, otot deltoid, otot gluteus maximus, otot hamstrings, otot
quadriseps dan otot gastrocnemius.
58
Otot deltoid
Gastrocnemius
Gluteus Maximus
Otot biseps dan otot triseps
Otot quadriseps
Otot hamstings
1. Otot briseps dan otot triseps
Ketika fasa larian daripada tempat permulaan ke garis lonjak, atlet akan berlari
sambil menghayunkan kedua – dua lengannya. Otot yang terlibat ketika atlet
menghayunkan kedua – dua ialah otot biseps dan otot triseps. Ketika otot bisep
berkontraksi dan otot trisep berelaksasi, siku terlipat dan lengan bawah
terangkat. Sebaliknya, ketika otot bisep relaksasi dan otot trisep berkontraksi,
siku lurus dan ekstensor – fleksor. Jadi, otot bisep berperanan sebagai otot
fleksor kerana kontraksinya membengkokkan lengan. Sementara itu, otot trisep
adalah otot ekstensor kerana kontraksinya meluruskan lengan.
59
Briseps brachii
Rajah 1.13 : Otot briseps dan otot triseps
Rajah 1.14 : Otot deltoid
2. Otot deltoid
Serentak dengan pergerakan otot biseps dan otot triseps ini, otot deltoid akan
mengecut. Pengecutan otot ini akan menyebabkan tangan di angkat ke hadapan.
Pergerakan ini akan melibatkan sendi lesung di bahu dan menghasilkan sejenis
pergerakan yang dikenali sebagai abduksi.
3. Otot quadriseps
Semasa proses berlari, otot yang terlibat sepenuhnya ialah otot quadriseps. Otot
quadriseps merupakan otot manusia yang paling besar. Ia berfungsi untuk
meluruskan kaki. Otot ini terletak di bahagian paha dan terdiri daripada 4 jenis
otot iaitu Rectus Femoris, Vastus Intermedius, Vastus Medialis dan Vastus
Lateralis.
Otot rektus femoris terdapat di bahagian hadapan paha. Ia dapat berfungsi
bagi kedua – dua fleksi dan ekstensi lutut. Apabila lutut dibengkokkan ketika
berlari ia akan menegang atau proses penguncupan otot berlaku.
Begitu juga dengan otot vastus lateralis yang merupakan otot di bahagian
luar peha. Penguncupannya membolehkan lutut diluruskan. Namun, apabila
proses berlari otot ini akan mengendur dan membolehkannya membengkokkan
lutut semasa berlari.
Bahkan, otot vastus medialis yang terletak di bahagian dalam peha dan
otot vastus intermedialis di bahagian bawah otot rektus femoris akan turut
mengendur serta pembengkokkan lutut berlaku.
60
Rajah 1.15 : Otot quadriseps
4. Otot hamstring
Otot hamstring terdiri daripada 3 otot besar yang terdapat di bahagian belakang
peha. Antara otot – otot yang membina hamstring adalah otot bisep femoris iaitu
yang kuat dan terletak di belakang peha. Dalam lakuan ini, otot ini akan berlaku
penguncupan di mana mengakibatkan lutut dibengkokkan atau difleksikan.
Manakala otot semitendinosus terletak di sisi otot bisep femoris dan otot
semitendinosus. Otot semimembranosus juga akan menjalankan proses yang
sama di mana penguncupannya akan membuat lutut dibengkokkan. Otot ini juga
terletak di sisi dalam otot bisep femoris.
61
Rajah 1.16 : Otot hamstrings
Rajah 1.17 : Otot gluteus maximus
5. Gluteus maximus
Selain itu, ketika proses berlari juga otot gluteus maximus akan mengerakkan
pinggul, mengangkat kaki ke arah belakang dan paha ke hadapan.
6. Gastrocnemius
Apabila otot gastronemius yang berada di betis kaki akan menguncup atau
menegang penguncupannya sekaligus menyebabkan pergerakan plantar fleksi
tapak kaki. Ini adalah kerana Achilles tendon memendek bersama gerakan
gastronemius. Otot Achilles tendon ini berfungsi untuk menggerakkan telapak
kaki manakala otot gastrocnemius.
62
Rajah 1.18 : Otot gastrocnemius
FASA PERLEPASAN
Semasa fasa perlepasan, otot – otot yang terlibat dalam pergerakan badan ialah otot
biseps dan triseps, otot quadriseps, otot tibialis anterior, otot gastrocnemius, otot
gluteus maximus, otot fibularis (peroneus longus) dan otot archilles tendon.
63
Otot quadriseps
Gastrocnemius
Gluteus Maximus
Otot biseps dan otot triseps
Fibularis (Peroneus longus)
Otot archilles tendon
Otot tibialis anterior
Briseps brachii
Rajah 1.19 : Otot briseps dan otot triseps
1. Otot biseps dan otot triseps
Ketika fasa perlepasan otot bisep akan berelaksasi manakala otot trisep pula
akan berkontraksi bagi menambahkan daya untuk atlet tersebut berlepas.
2. Otot quadriseps
Otot rektus femoris terdapat di bahagian hadapan paha. Ia dapat berfungsi
bagi kedua – dua fleksi dan ekstensi lutut. Apabila lutut dibengkokkan ketika
berlari ia akan menegang atau proses penguncupan otot berlaku.
Begitu juga dengan otot vastus lateralis yang merupakan otot di bahagian
luar peha. Penguncupannya membolehkan lutut diluruskan. Namun, apabila
proses berlari otot ini akan mengendur dan membolehkannya membengkokkan
lutut semasa berlari.
otot vastus medialis yang terletak di bahagian dalam peha dan otot vastus
intermedialis di bahagian bawah otot rektus femoris akan turut mengendur serta
pembengkokkan lutut berlaku.
64
Rajah 1.20 : Otot quadriseps
3. Otot Archilles tendon
Ketika fasa perlepasan daripada garis lonjak, otot archilles tendon pada kedua –
dua kaki akan berkontraksi bagi menghasilkan lompatan yang jauh.
65
Rajah 1.21 : Otot archilles tendon
Rajah 1.22 : Otot gluteus maximus
4. Otot Gluteus Maximus
Otot gluteus maximus akan menegang dan mengalami penguncupan isotonik di
mana otot ini akan memendek apabila lutut difleksikan secara maksimum dan
mencapai fasa relaksasi. Ini berlaku semasa fasa lojakan. Semasa badan
dilayangkan, kaki akan dibengkokkan dan otot ini akan menguncup.
5. Tibialis anterior (tibia)
Tibialis anterior terletak di hadapan tulang tibia. Ia merupakan otot jenis skeletal.
Semasa pergerakan ini, penguncupan otot menyebabkan dorsi fleksi tapak kaki
dan gerakkannya ke dalam lutut pula diektensikan.
66
Rajah 1.23 : Otot tibialis anterior
Rajah 1.24 : Otot fibularis longus
6. Otot fibularis longus
Otot ini terletak pada bahagian kaki bawah. Ia menggerakkan kaki dan jari kaki
ketika fasa lonjakan.
7. Gastrocnemius
Otot gastrocnemius terletak di bahagian belakang bawah lutut. Ia merupakan
jenis otot skeletal yang kuat. Semasa fasa layangan, penguncupannya
menyebabkan pergerakan plantar fleksi tapak kaki. ia juga membantu kayuhan
kaki sewaktu badan melayang di udara.
67
Rajah 1.25 : Otot gastrocnemius
FASA PENDARATAN
Semasa fasa pendaratan, otot – otot yang terlibat ialah otot kuadriseps, gluteus medius
dan gluteus maximus dan metatarsal.
68
Otot gluteus medius dan maksimus
Metatarsal
Otot kuadriseps
Rajah 1.26 : Otot quadriseps
1. Otot quadriseps
Rectus femoris akan menegang semasa kaki diektensikan dan difleksikan
Vastus medialis pula akan menguncup semasa kaki diekstensikan
Vastus lateralis menguncup dan membolehkan lutut diekstensikan semasa
gerakan dilakukan.
2. Gluteus medius dan gluteus maximus
Otot gluteus medius dan gluteus maximus adalah merupakan otot agonis. Otot –
otot ini akan mengalami penguncupan secara konsentrik ketika fasa pendaratan
bagi membolehkan pinggul dibengkokkan.
69
Rajah 1.26 : Otot gluteus medius dan gluteus maximus
3. Metatarsal
Apabila fasa pendaratan, otot yang melekat pada metatarsal akan menegang
bagi menstabilkan badan untuk mendarat pada permukaan tanah.
70
Rajah 1.27 : Otot metatarsal
5.3 ANALISIS SENDI DAN PERGERAKAN
FASA PENUJUAN
Dalam fasa penujuan, antara sendi yang terlibat ialah sendi ginglimus (engsel), sendi
sferoidal dan sendi pelana.
Sendi ginglimus terdapat pada siku, lutut dan buku lali. Siku dibengkokkan untuk
membantu menambahkan daya dan kelajuan. Pergerakan siku yang dihasilkan oleh
sendi terbabit ialah fleksi. Di samping itu, buku lali mengalami pergerakan plantarfleksi
semasa larian manakala sendi pada lutut mengalami pergerakan ekstensi.
71
Sendi sferoidal
Sendi sferoidal
Sendi ginglimus
Sendi ginglimus
sendi ginglimus
Sendi pelana
Sendi sferoidal yang terdapat pada bahu mengalami pergerakan ekstensi. Lengan
dihayun bagi memperolehi momentum lebih ketika berlari. Sendi sferoidal pada pinggul
pula mengalami pergerakan ekstensi dan hiperekstensi.
Sendi pelana pula terdapat pada bahagian tangan. Karpal dan metakarpal
mengalami pergerakan ekstensi iaitu genggaman jari yang tidak terlalu ketat. Semasa
berlari, atlet dinasihati untuk menggenggam tangan sedikit sahaja seolah-olah sedang
menggenggam sebiji telur yang tidak boleh dipecahkan. Atlet tidak digalakkan untuk
menggenggam tangan terlalu kuat kerana perlakuan tersebut boleh memberi tekanan
kepada lengan, bahu dan leher.
72
FASA PELEPASAN
Dalam fasa pelepasan ini, atlet menginjakkan kakinya pada papan pelepasan.
Pergerakan yang terlibat dalam fasa ini ialah lompatan. Lompatan berlaku pada satah
sagital di paksi melintang dan melibatkan punggung, lutut dan sendi pada buku lali.
Antara sendi yang terlibat dalam fasa ini ialah sendi sferoidal dan sendi ginglimus.
Sendi sferoidal terdapat pada lengan dan pinggul. Lengan digerakkan ke atas dan
membentuk pergerakan secara abduksi. Pergerakan abduksi tersebut dilakukan untuk
mengumpul daya momentum yang penuh bagi memastikan atlet dapat melompat
setinggi yang boleh. Manakala pinggul mengalami pergerakan ekstensi dan
hiperekstensi. Atlet bersedia untuk fasa pelepasan dengan menenggelamkan punggung
dan seterusnya menaikkan punggung untuk melakukan fasa pelepasan.
Sendi ginglimus terdapat pada buku lali dan lutut. Buku lali mengalami pergerakan
dorsifleksi kurang daripada 90° sebelum melompat untuk mengumpul kuasa dan daya
dan mengalami plantarfleksi lebih daripada 100° setelah lompatan seperti yang
ditunjukkan dalam gambar. Pergerakan ini berlaku setelah kaki atlet menginjak pada
papan pelepasan. Manakala lutut dibengkokkan dan mengalami fleksi. Tujuan lutut
73
Sendi sferoidal
Sendi sferoidalSendi ginglimus
Sendi ginglimus
dibengkokkan ialah untuk mengelakkan kecederaan dan menyerap daya berat badan
setelah mendarat.
FASA LAYANGAN
Sendi-sendi yang terlibat dalam fasa ini ialah sendi pivot, sendi sferoidal dan sendi
ginglimus.
Kepala atlet mendongak ke atas. Sendi pivot pada kepala mengalami gerakan
rotasi dan hiperekstensi. Namun begitu, kebolehan leher untuk membengkok ke depan
atau ke belakang adalah sedikit sebanyak kesan daripada pergerakan vertebral.
Sendi sferoidal yang terlibat terdapat pada bahagian lengan. Seluruh bahagian
lengan digerakkan ke atas dan sendi sferoidal pada bahu mengalami ekstensi dan
sirkumduksi. Bahagian lengan tersebut diangkat untuk mengumpul daya sebanyak
mungkin dalam usaha untuk menghasilkan lompatan yang maksimum. Manakala sendi
74
Sendi ginglimus
Sendi pivot
Sendi sferoidal
Sendi sferoidal
sferoidal yang terdapat pada pinggul mengalami gerakan ekstensi ketika meledingkan
badan supaya atlet dapat melompat dengan lebih jauh.
Bagi sendi ginglimus pula, lutut dibengkokkan dan mengalami fleksi sebagai
persediaan untuk fasa pendaratan.
FASA PENDARATAN
Dalam fasa pendaratan, sendi yang terlibat ialah sendi pivot, sendi sferoidal, sendi
gelungsur dan sendi ginglimus.
Sendi pivot yang terlibat terdapat pada bahagian atlas. Setelah leher mengalami
gerakan hiperekstensi ketika fasa apungan, leher atlet kemudiannya mengalami
gerakan fleksi dalam fasa ini supaya atlet dapat melihat apa yang berada di
hadapannya dan posisi tubuh badan ketika mendarat sekaligus mengurangkan risiko
kecederaan akibat perkara yang tidak diduga .
Sendi sferoidal yang terlibat terdapat pada bahagian pinggul dan lengan. Pinggul
mengalami gerakan fleksi apabila ianya membengkok untuk menyerap daya hentakan
75
Sendi ginglimus
Sendi sferoidal
Sendi pivot
Sendi sferoidal
Sendi gelungsur
berat badan. Lengan yang tadinya dalam gerakan ekstensi dan sirkumduksi
kemudiannya berada dalam gerakan fleksi dan juga sirkumduksi. Tangan berada di
bahagian bawah badan untuk bersedia dengan apa-apa kemungkinan dengan
menopang badan setelah pendaratan.
Sendi ginglimus yang terlibat terdapat pada bahagian lutut dan buku lali. Lutut
yang membengkok untuk menyerap daya hentakan berat badan bagi mengelakkan
kecederaan pada kaki mengalami gerakan fleksi. Gerakan dorsifleksi pada buku lali
membantu menyerap daya hentakan erat badan.
Sendi gelungsur pada metacarpophalangeal dan metatarsophalangeal
membantu kaki untuk mencengkam pasir setelah mendarat supaya atlet tidak
tersembam atau terjatuh lebih jauh. Jenis pergerakan yang terlibat ialah fleksi, ekstensi,
abduksi dan aduksi.
76
BIL.
FASASENDI
TERLIBAT
BAHAGIAN
BADAN
TERLIBAT
JENIS PERGERAKAN
1
Penujuan
Ginglimus
Siku Fleksi
Lutut Ekstensi
Buku lali Plantarfleksi
SferoidalBahu Ekstensi
Pinggul Ekstensi & hiperekstensi
Pelana Tangan Ekstensi
2
Pelepasan
Sferoidal
Lengan Abduksi
PinggulEkstensi dan
hiperekstensi
GinglimusBuku lali
Dorsifleksi < 90° &
plantarfleksi > 100°
Lutut Fleksi
3
Layangan
Pivot Kepala Rotasi & hiperekstensi
SferoidalBahu Ekstensi & sirkumduksi
Pinggul Ekstensi
Ginglimus Lutut Fleksi
4
Pendaratan
Pivot Atlas/leher Fleksi
Sferoidal Pinggul Fleksi
Lengan Fleksi & sirkumduksi
Ginglimus Lutut Fleksi
Buku lali Dorsifleksi
Gelungsur Kaki & jari kakiFleksi, ekstensi, abduksi
& aduksi
Jadual 4.0 Rumusan analisis bagi sendi-sendi yang terlibat dalam lompat jauh
6.0 KESIMPULAN
77
Sebagai seorang guru, pengetahuan berkaitan dengan mata pelajaran Anatomi
dan Fisiologi amat perlu untuk dijadikan sebagai satu daripada cara-cara mengenal
murid-murid dengan lebih rapat.
Manusia merupakan organisma paling kompleks.Terdapat pelbagai sistem dalam tubuh
badan manusia yang mempunyai fungsi yang berbeza tetapi saling melengkapi antara
satu sama lain. Sistem badan yang lengkap dan berfungsi membolehkan manusia
meneruskan kemandiriannya. Setiap sistem badan yang terdapat dalam tubuh badan
manusia mempunyai keunikannya yang tersendiri.
Dengan mengetahui struktur, fungsi dan kepentingan sistem yang terdapat dalam tubuh
badan kita, maka kita akan berusaha menjaga kesihatan dan pemakanan kita untuk
memastikan sistem badan berfungsi sepenuhnya.
Fungsi-fungsi Anatomi dan Fisiologi antaranya ialah menolong kita merancang program
seperti mengetahui senaman yang selamat dan spesifik untuk otot dan sendi tertentu,
menyedari had-had tubuh badan dalam melakukan aktiviti fizikal, memahami fungsi dan
kegunaan dalam penjagaan kesihatan diri dan aplikasi aktiviti sukan-aktiviti sukan dan
sebagai asas untuk memberi teknik-teknik lakuan suku serta pengaplikasian sukan.
Mata pelajaran anatomi dan fisiologi membolehkan guru merancang pengajaran dan
pembelajarannya dengan lebih berkesan kerana guru memhami perjalanan semua
sistem dan hubungkait setiap satu di dalam tubuh badan manusia.
7.0 RUJUKAN
78
BAHAN BUKU
D.T.D. Hughes & P.T. Marshall. (2000). Ilmu Kesihatan Tropika. Shah Alam: Freemind
Horizons Sdn. Bhd.
Hilda Fronske. (2008). Teaching Cues for Sport Skills for Secondary School Students.
United States of America: Pearson Benjamin Cummings Inc.
Indu Khurana, Arushi Khurana, Cheng Hwee Ming, Lakhsmi Selvaratnam, Lee Wan
Ling & Than Soo Nyet. (2010). Fundamentals of Anatomy and Physiology for
Nursing and Allied Health. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Kamaludin A. Rashid. (2006). Biology for STPM Volume 1. Malaysia: Thomson Asia
Pte. Ltd.
Robert S. Behnke. (2001). Kinetic Anatomy. United States of America: Human Kinetics.
BAHAN INTERNET
Megan Withereid G. (2007). Long Jump Analysis. Dipetik pada 4 Mac 2013 daripada
pdhpecovenant.wordpress.com/2010/09/08/long-jump-analysis-2/
Tanya F. (2011) Long Jump Analysis. Dipetik pada 14 Februari 2012 daripada
pdhpecovenant.wordpress.com/2010/09/08/long-jump-analysis/
79
8.0
REFLEKSI KENDIRI
ESTEFA DUMANG ANAK BENJAMIN (920418–13–5474)
80
Pertama sekali, saya ingin melahirkan rasa syukur saya kepada Tuhan kerana
telah memberkati perlaksanaan kerja kursus projek Anatomi dan Fisiologi (PJM 3106)
ini sehingga ia telah berjaya disiapkan dalam bentuk penulisan seumpama ini. Dalam
kerja kursus projek Anatomi dan Fisioloi (PJM 3106) ini, kami dikehendaki memilih satu
jenis permainan untuk dianalisis kemahiran pergerakannya dengan menghuraikan jenis
pergerakan yang digunakan, otot – otot yang terlibat, interaksi otot rangka/skeletal dan
sistem sendi yang terlibat. Tugasan ini adalah tugasan berkumpulan secara 3 orang di
mana saya berkumpulan dengan Sonia Jeane anak Usup dan Siti Azira binti Jose. Kami
telah sebulat suara untuk memilih permainan lompat jauh sebagai tajuk analisis kami
untuk kerja kursus projek ini.
Sepanjang melaksanakan kerja kursus projek ini, banyak pengetahuan dan
pengalaman baru yang saya perolehi. Pengetahuan ini amat bermakna dan penting
untuk kegunaan saya pada masa hadapan. Dengan perlaksanaan kerja kursus projek
ini saya dapat mengenali dan memahami dengan lebih jelas mengenai sistem dan
fungsi badan saya yang saya belum ketahui sebelum ini. Anatomi dan fisiologi ini telah
memberi kesedaran kepada saya untuk lebih mengambil berat perihal penjagaan
kesihatan dan tubuh badan saya. Saya juga dapat mengetahui serba sedikit mengenai
penyakit yang berkaitan dengan tubuh badan seperti penyakit tulang rapuh dan sebab –
sebab berlakunya kerapuhan tulang tersebut.
Selain itu, saya juga berpeluang untuk mengenalpasti jenis – jenis otot rangka,
fungsi sendi dan jenis pergerakan yang terlibat dalam sukan lompat jauh. Selama ini,
saya langsung tidak memahami bagaimana tulang, sendi dan otot bekerja dalam
menghasilkan sesuatu pergerakan namun setelah melaksanakan kerja kursus projek ini
saya mulai memahami dengan lebih terperinci konsep dan cara sistem tulang, sistem
otot dan sistem sendi bekerja. Antara otot yang terlibat dalam sukan lompat jauh ini
ialah otot biseps, triseps, gastrocnemius, otot hamstrings, otot quadriseps, otot gluteus
maximus dan lain – lain. Otot – otot ini akan mengalami penguncupan konsentrik dan
esentrik ketika proses pergerakan badan berlaku.
Dalam analisis lompat jauh ini, terdapat 3 fasa yang perlu saya analisis. Saya
telah membuat penerangan mengenai sistem otot. Semasa fasa penujuan, otot – otot
81
yang terlibat dalam pergerakan badan ialah otot briseps dan triseps, otot deltoid, otot
gluteus maximus, otot hamstrings, otot quadriseps dan otot gastrocnemius. Bagi fasa
perlepasan, otot – otot yang terlibat dalam pergerakan badan ialah otot biseps dan
triseps, otot quadriseps, otot tibialis anterior, otot gastrocnemius, otot gluteus maximus,
otot fibularis (peroneus longus) dan otot archilles tendon. Seterusnya, fasa pendaratan
yang melibatkan otot kuadriseps, gluteus medius dan gluteus maximus dan metatarsal.
Kesemua otot yang terlibat ini mengalami penguncupan konsentrik dan esentrik ketika
pergerakan badan.
Sehubungan dengan itu, saya juga dapat memahami hubung – kait antara
sistem tulang, otot dan sendi dengan lebih mendalam. Pemahaman ini saya perolehi
ketika saya membuat penerangan terhadap analisis sukan lompat jauh. Sistem otot
membantu mengerakkan sistem tulang manakala sistem sendi pula menghubungkan
sistem otot dengan sistem tulang. Apabila satu daripada sistem ini tidak wujud maka
pergerakan di dalam badan akan mengalami kesukaran. Oleh itu, timbul kesedaran di
dalam hati saya untuk lebih mengambil berat terhadap tahap perkembangan kesihatan
diri.
Melalui perlaksanaan kerja kursus projek ini juga saya boleh mengaplikasikan
ilmu yang saya pelajari mengenai sistem tulang, sistem otot dan sistem sendi kepada
murid – murid saya kelak agar mereka berasa lebih berminat untuk mempelajari subjek
Pendidikan Jasmani. Sesungguhnya, belajar Pendidikan Jasmani ini sangat
menyeronokkan kerana saya berpeluang memaham setiap pergerakan yang kita
lakukan seharian sebenarnya mengaplikasikan sistem otot, sistem tulang dan sistem
sendi tanpa kita sedari akan kehadirannya. Justeru itu, amatlah wajar bagi kita untuk
menghargai tubuh badan kita ini kerana setiap pergerakan tersebut melibatkan banyak
sistem dalam tubuh badan untuk bekerja.
Akhir kalam, jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada sesiapa sahaja
yang menolong saya dan ahli kumpulan yang lain secara langsung mahupun tidak
langsung dalam menyempurnakan perlaksanaan kerja kursus projek ini. Banyak
pengalaman dan input – input yang berguna yang saya pelajari dalam kerja kursus ini.
Segala input – input terbaru ini amat membantu saya meningkatkan penguasaan diri
82
terhadap subjek Pendidikan Jasmani yang memerlukan pengetahuan yang mendalam
mengenai sistem di dalam tubuh badan manusia.
SONIA JEANE ANAK USUP (920630-13-5252)
83
Sebagai seorang pelajar semester 3 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PISMP), saya telah diberikan satu tugasan projek bagi subjek Anatomi Dan Fisiologi
(PJM 3103) bagi memenuhi syarat subjek tersebut. Dalam tugasan ini, saya dan dua
ahli kumpulan saya iaitu Estefa Dumang Anak Benjamin dan Siti Azira Binti Jose
dikehendaki untuk menganalisis sistem tulang, sistem otot dan sendi yang teribat dalam
sesuatu pergerakan. Saya berasa sangat beruntung kerana melalui tugasan ini saya
telah didedahkan kepada banyak perkara yang sangat bermakna bagi saya
terutamanya sebagai seorang manusia dan bakal guru.
Melalui tugasan ini, saya dapat melatih diri saya untuk berfikir secara kritis dan
kreatif. Sepanjang proses pelaksanaan tugasan ini, terdapat beberapa kefahaman yang
telah saya perolehi mengenai bagaimana sesuatu pergerakan tubuh badan manusia
berlaku. Saya telah menganalisis secara mendalam dan kritis mengenai sistem-sistem
tulang, otot dan sendi yang terlibat semasa tubuh badan bergerak. Selepas itu, kami
dikehendaki untuk mempersembahkan hasil analisis tersebut mengikut kreativiti sendiri.
HaI ini sedikit sebanyak telah menjana pemikiran ke arah lebih kreatif dan kritis.
Sebagai seorang bakal guru, pemikiran secara kritis dan kreatif amat penting bagi
menangani cabaran kerjaya guru yang semakin hari semakin mencabar.
Di samping itu, saya dapati bahawa saya telah mengetahui dan memahami
sedikit sebanyak mengenai tubuh badan manusia melalui tugasan ini. Saya berupaya
untuk mengenalpasti nama-nama tulang, otot dan sendi yang ada dalam tubuh badan
manusia. Melalui pembacaan, saya telah mengetahui apa nama dan fungsi setiap
tulang, otot dan sendi yang ada dalam tubuh badan manusia. Saya juga dapat
menambah ilmu mengenai penyakit-penyakit yang melibatkan tulang, otot dan sendi
serta apa kesan kepada badan manusia sekiranya salah satu daripada mereka tidak
berfungsi atau mengalami kerosakan. Oleh itu, melalui tugasan ini saya dapat
meningkatkan pengetahuan mengenai sistem tubuh badan manusia yang merupakan
asas penting sebagai seorang bakal guru terutama bagi guru subjek Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan. Hal ini kerana kita dapat menjalankan sesuatu aktiviti secara
selamat dan keselamatan serta kesihatan pelajar dapat kita pantau selalu.
84
Pembacaan dan analisis yang dijalankan secara tidak langsung telah
menimbulkan rasa bersyukur saya kepada Tuhan kerana saya dilahirkan sempurna.
Semasa menjalankan tugasan ini, terselit rasa kagum saya terhadap ciptaan Tuhan
yang bernama manusia. Setiap apa yang ada dalam tubuh badan manusia ada fungsi
dan kepentingannya yang membawa maksud bahawa setiap apa yang Tuhan ciptakan
ada sebabnya. Sebagai manusia, kita haruslah menghargai setiap ciptaan-Nya tidak
kira sempurna atau tidak serta menjaga dan menggunakan tubuh badan kita kepada
perkara-perkara yang baik. Melalui tugasan ini, saya dapat memupuk rasa bersyukur
dalam diri di mana perkara tersebut amat penting dalam membantu saya memupuk jati
diri seorang guru dan peranan saya sebagai seorang manusia di atas bumi ini.
Selain itu, saya sedar bahawa kita tidak dapat melakukan sesuatu kerja dengan
sendirinya dan pentingnya kemahiran berkomunikasi dengan orang lain. Hal ini kerana,
pandangan dan cara seseorang individu melihat sesuatu perkara adalah berbeza.
Semasa saya menjalankan tugasan ini, saya telah berkolaborasi dan meminta
pendapat daripada pensyarah dan rakan-rakan bagi memastikan penerangan sesuatu
pergerakan tersebut adalah betul dan mudah difahami. Saya juga dapati bahawa
perbezaan individu adalah sesuatu yang perlu diambil kira. Hal ini kerana setiap
individu mempunyai kemampuan masing-masing dan disebabkan itu, kami diberi
peluang memilih pergerakan atau sukan yang kami mampu lakukan dengan selesa.
Perkara ini sangat penting agar saya tidak membandingkan pelajar saya kelak kerana
setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing.
Kesimpulannya, kerja kursus pendek ini serba sedikit telah memberi impak
kepada diri saya terutama sekali dari segi mental dan rohani. Banyak pengalaman dan
pengetahuan baru yang saya pelajari di sepanjang kerja kursus pendek ini dijalankan.
Antara perkara yang saya pelajari adalah kepentingan berfikiran kritis dan kreatif serta
membaiki kemahiran berkomunikasi saya. Sebagai seorang bakal pendidik, perkara-
perkara tersebut amat penting bagi membantu saya dalam membentuk akhlak dan cara
pemikiran seorang guru. Oleh itu, saya berasa berbesar hati kerana dapat menjalankan
tugasan projek ini setelah menilainya dari sudut yang positif.
85
SITI AZIRA BINTI JOSE (921202-13-5832)
Saya memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana telah
melunaskan tugasan ini dengan jayanya bersama-sama ahli kumpulan yang sangat
berdedikasi dan memberikan sepenuh komitmen dalam melakukan tugasan
berkumpulan ini. Saya bersyukur dan gembira kerana rakan-rakan sekumpulan sangat
bertanggungjawab walaupun kami menghadapi kekangan jarak yang beribu batu
memandangkan semasa tugasan ini dilaksanakan, salah seorang rakan sekumpulan
pulang ke kampung oleh sebab cuti sekolah. Namun begitu, hal tersebut tidak menjadi
halangan besar buat kami kerana kami masih dapat berkomunikasi melalui laman sosial
Facebook dan emel.
Melalui tugasan ini, saya telah mempelajari banyak perkara yang berkaitan
dengan anatomi dan fisiologi. Rupa-rupanya, setiap pergerakan yang manusia lakukan
berkait rapat dengan setiap sistem tulang rangka, otot-otot dan sendi. Jika salah
satunya tidak ada, maka seseorang individu tidak akan mampu melakukan aktiviti
seperti manusia normal yang lainnya. Malah, melalui tugasan ini, saya telah dapat
menghafal kebanyakan nama sendi, tulang dan otot.
Di samping itu, saya juga kagum melihat mekanisme badan manusia ketika
melakukan aktiviti tertentu. Seperti di dalam tugasan ini, saya telah memilih sukan
lompat jauh untuk menganalisis anatomi dan fisiologi atlet. Semasa menjalankan
analisis, saya begitu kagum apabila menyedari Allah S.W.T maha bijaksana dalam
menjadikan umat manusia maka dengan itu saya bersyukur dengan apa yang saya ada
sekarang kerana saya tahu Allah S.W.T. telah menjadikan kita manusia sebaik-baik
kejadian.
Selain itu, melalui tugasan ini juga saya belajar untuk menguruskan masa
dengan lebih efisyen. Pada masa tugasan ini diserahkan, terdapat banyak lagi tugasan
lain yang berlambak-berlambak belum diselesaikan. Jadi, saya telah merancang masa
saya dengan baik dan kali ini, saya bernasib baik kerana tidak ada tugasan yang
dilakukan pada saat-saat akhir. Pada semester-semester yang sebelumnya, saya telah
menghadapi masalah ketika melaksanakan tugasan kerana gagal merancang masa
86
dengan bijak. Saya banyak membuang masa dengan perkara yang tidak penting jadi
kali ini, terbukti bahawa kesalahan pada masa lalu menjadi pengajaran terbaik buat
saya.
Selain itu juga, melalui pelaksanaan tugasan ini saya telah sedar bahawa
hubungan erat sesama ahli kumpulan menentukan jatuh bangunnya sesuatu kumpulan.
Saya bersama rakan-rakan sekumpulan sangat rapat dan oleh sebab itulah tugasan
kami berjaya dilaksanakan dengan jayanya tanpa sebarang masalah walaupun pada
ketika saya menulis refleksi ini, rakan saya masih berada di kampung halaman.
Akhir kata, pelaksanaan tugasan ini ternyata telah memberikan saya banyak
input dari segi subjek Anatomi dan Fisiologi (PJM 3106) dan juga kesedaran
kemanusiaan. Saya berasa tidak sabar untuk menanti tugasan bagi Pendidikan
Jasmani yang akan datang.
87
LAMPIRAN
88