unit 4 meter upaya
Post on 30-May-2018
235 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
8/9/2019 Unit 4 Meter Upaya
1/13
METER UPAYA E 3042 / UNIT 4 /
Objektif am :
Mengetahui dan memahami litar asas, prinsip kerja dan
penggunaan meter upaya jenis dail julat tunggal (jenis dua dail).
Objektif Khusus :
Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :
Membina gambarajah binaan bagi meter upaya
jenis dail julat tunggal asas.
Menerangkan prinsip kerja serta cara penentukuran
bagi meter upaya jenis dail julat tunggal.
Menyelesaikan masalah dengan menggunakan
persamaan yang berkaitan untuk keadaan seimbang
dan tidak seimbang.
1
OBJEKTIF
-
8/9/2019 Unit 4 Meter Upaya
2/13
METER UPAYA E 3042 / UNIT 4 /
4.0 Pengenalan
Potentiometer jenis dail julat tunggal atau dikenali juga sebagai jenis dua dailmerupakan variasi dari meterupaya jenis dawai gelangsar. Meter upaya jenis ini
adalah lebih praktikal berbanding dengan jenis dawai gelangsar asas kerana :
a) Ianya dapat mengurangkan saiz alatan fizikal meter
b) Bacaan boleh diambil lebih cepat
c) Bacaan yang diperolehi adalah lebih tepat ( kerana nilai bacaan boleh
diambil terus kedudukan jarum penunjuk pada kedua-dua dail. )
4.1 Meter Upaya jenis dial dua julat
Bentuk fizikal meter upaya jenis ini adalah mirip dengan jenis dawai gelangsar.
Perbezaan yang ketara ialah pada susunan dawai gelangsar dan perintang yang
telah di bentuk seakan-akan beberapa bulatan yang mana dapat disusun semulabagi menjimatkan ruang casing meterupaya tersebut.
Rajah 4.1 menunjukkan gambarajah binaan litar bagi meter upaya jenis dail dua
julat yang asas.
2
INPUT
-
8/9/2019 Unit 4 Meter Upaya
3/13
METER UPAYA E 3042 / UNIT 4 /
Dail utama Dail dawaigelongsor
pemintas
Perintang Es
Perlindungan CALOP
Ex
Rajah 4.1 : Litar binaan meter upaya dail julat tunggal
Sebelum potentiometer ini boleh digunakan untuk mengukur nilai voltan yang tidakdiketahui, ianya hendaklah ditentukurkan terlebih dahulu.
4.1.1 Cara- cara penentukuran :
Setkan jarum penunjuk dail utama dan dail dawai gelongsor pada nilai voltan
piawai.Contoh : Katakan sel piawai yang digunakan ialah 1.019 volt.
Setkan jarum penunjuk dail utama pada peringkat ke 10
( jika tiap peringkat mewakili 0.1 volt )
Setkan jarum penunjuk dail dawai gelongsor pada
bahagian ke 19 ( jika terdapat 100 bahagian yang boleh
disadap pada dawai gelongsor )
Ini mewakili voltan sebanyak( 10 X 0.1 V) + ( 19 X 0.1/100) = 1.019 V
b) Letakkan suis pada punca CAL ( calibrate )
3
G
-
8/9/2019 Unit 4 Meter Upaya
4/13
METER UPAYA E 3042 / UNIT 4 /
c) Tekan kekunci K dan laraskan reostat sehingga bacaan
galvanometer menghampiri 0.d) Bila galvanometer menghampiri 0, pintaskan perintang
perlindungan dan laraskan reostat sehingga bacaan 0 tercapai.
4.1.2 Cara-cara mengukur Ex :
Letakkan suis S pada punca OP ( operate )
Tekan kekunci K dan jarum penunjuk akan bergerak menuju nilai Ex yang
hendak diukur .Catatkan nilai bacaan Ex dengan menjumlahkan bacaan pada dail utama dan
dail dawai gelongsor.
Contoh 1 : Satu potentiometer dua dail terdiri daripada 20 peringkat dail utama yang
mana setiap satu bernilai 10 ohm. Tiap-tiap perintang dail utama mewakili0.1 Volt. Rintangan dawai gelangsar ialah 10 ohm dan mempunyai skala
200 bahagian. Bateri kerja ialah 6 volt.
Kirakan :
a) Arus kerja
b) Julat pengukuranc) Nilai pelarasan reostat
Penyelesaian :
a) Nilai rintangan tiap-tiap dail = 10 dail
Voltan diantara tiap-tiap rintangan = 0.1 V
Arus kerja , I = V/ R
= 0.1 / 10
= 0.01 A = 10 mA
b) Julat pengukuran
4
Contoh pengiraan
-
8/9/2019 Unit 4 Meter Upaya
5/13
METER UPAYA E 3042 / UNIT 4 /
Jumlah rintangan ,RT = Rdail utama + Rdawai gelongsor
= (10 X 20 ) + 10
= 210
Oleh itu, julat pengukuran , Vmax = I kerja X RT
= 10 mA X 210 = 2.1 V
c) Nilai pelarasan reostat
V reo = Bateri kerja V max
= 6 V 2.1 V
= 3.9 V
Oleh itu , nilai pelarasan reostat Rreo= V reo / I kerja
= 3.9 V/ 10 mA
= 390
4.2 Kotak Volt
Sebuah meter upaya biasanya hanya boleh mengukur voltan yang bernilai 0
hingga 2.0 V sahaja. Untuk mengukur voltan yang lebih tinggi nilainya, suatu
alatan yang dipanggil kotak volt digunakan. Kotak volt ini berfungsi sebagaipembahagi voltan bagi tujuan menambahkan julat pengukuran meter upaya yang
di gunakan. Rajah 4.2 merupakan litar skimetik bagi kotak volt.
- + ( V masukan )
suis pemilih rotary
julat voltan
( V keluaran )dari meter
upaya
Rajah 4.2 : Litar skematik kotak volt
4.2.1 Prinsip Kerja kotak volt
Voltan yang hendak di ukur disambungkan pada punca talian dan julat
yang sesuai dipilih dengan melaraskan suis pemutar rotary. Nilai
5
R1 R2 R3 R4
R5
-
8/9/2019 Unit 4 Meter Upaya
6/13
METER UPAYA E 3042 / UNIT 4 /
rintangan yang diletakkan pada julat-julat tersebut adalah supaya keluaran
daripada kotak volt tidak melebihi julat pengukuran meter upaya.
4.2.2 Mereka bentuk kotak volt
Apabila mereka bentuk kotak volt, setiap komponen dalam kotak volt
tersebut hendaklah dikenalpasti, seperti contoh pengiraan di bawah.
Contoh: Rekakan satu kotak volt yang mempunyai rintangan 30
ohm/volt dengan julat-julat 5 V , 10 V , 50 V , 100 V.Kotak volt ini adalah untuk digunakan dengan meter upaya
yang berjulat 1.8 V.
Penyelesaian :
R1 R2 R3 R4 R5
5 V 10 V 50 V 100V
1.8 V
( meter upaya)
R1 = 1.8 V X 30 /V = 54
VR2 = 5 V 1.8 V = 3.2 V
R2 = 3.2 V X 30 /V = 96
VR3 = 10 V 5 V = 5 V
R3 = 5 V X 30 /V = 150
VR4 = 50 V 10 V = 40 V
R4 = 40 V X 30 /V = 1200
VR5 = 100V 50 V = 50 VR5 = 50 V X 30 /V = 1500
4.3 Kotak Pirau
Arus yang melalui meter upaya biasanya adalah terhad kepada nilai voltanmaksima meter upaya tersebut. Oleh kerana nilai voltan maksima ini adalah
6
-
8/9/2019 Unit 4 Meter Upaya
7/13
METER UPAYA E 3042 / UNIT 4 /
kecil ( contoh nya : 2 V ) maka nilai arus yang boleh melalui meter upaya juga
adalah kecil.
Kotak pirau ialah satu alatan yang digunakan untuk bertindak sebagai penyusut
voltan bagi tujuan mengecilkan arus yang akan melalui meter upaya . Kotak
pirau ini biasanya akan digunakan bersama-sama meter upaya dalam prosespenetukuran meter ampiar. Rajah 4.3 merupakan litar skimetik bagi kotak
pirau.
Talian+ -
arus yang diukur
suis pemilih
rotary
15A 7.5A 3.0A 1.5A 0.75A julat100 50 20 10 5 pengkali
- +
meter upaya
Rajah 4.3 : Litar skimatik kotak pirau
4.3.1 Prinsip Kerja kotak pirau
Arus yang hendak di ukur dialirkan melalui punca talian . Rintangan
yang diletakkan pada julat yang terpilih akan menyebabkan susutan voltanberlaku dan mengurangkan ( mengecilkan) arus yang melalui meter upaya.
4.4 Penentukuran meter ampiar
Rajah 4.4 merupakan litar binaan bagi penentukuran meter upaya.
meter yang
7
-
8/9/2019 Unit 4 Meter Upaya
8/13
METER UPAYA E 3042 / UNIT 4 /
A ditentukur
Pelaras kasar
Meter
Pelaras halus Kotak Upaya
Bekalan PirauKuasa
Rajah 4.4 : Litar binaan penentukuran meter ampiar
4.4.1 Atur cara penentukuran meter ampiar
a. Meter upaya digunakan beserta dengan kotak pirau.b. Kotak pirau disambung bersiri dengan meter upaya dan arus
yang melalui kotak pirau di kira.c. Bezaan nilai bacaan meter ampiar dan nilai bacaan meter upaya
dicatatkan .
d. Pembetulan dibuat pada meter ampiar berdasarkan bacaan yang
betul pada meter upaya.
8
-
8/9/2019 Unit 4 Meter Upaya
9/13
METER UPAYA E 3042 / UNIT 4 /
Uji kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya. Sila semak jawapan
anda pada maklumbalas di halaman berikutnya.
4.1 Dengan bantuan gambarajah , terangkan penggunaan meter upaya untukpenentukuran meter volt.
4.2 Terangkan kenapa kotak volt digunakan beserta dengan meter upaya
semasa proses penentukuran meter volt.
9
AKTIVITI 4b
-
8/9/2019 Unit 4 Meter Upaya
10/13
METER UPAYA E 3042 / UNIT 4 /
Uji kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya. Sila semak jawapan
anda pada maklumbalas di halaman berikutnya.
4.1 Rekakan satu kotak pirau dengan julat 5V , 10V , 25V dan 50V yang
hendak digunakan dengan meter upaya yang berjulat 1.7 V. Rintangan per
volt bagi alatan ini ialah 40 /V.
4.2 Senaraikan cara/kaedah bagi menentukur meter ampiar denganmenggunakan meter upaya.
10
MAKLUM BALAS
-
8/9/2019 Unit 4 Meter Upaya
11/13
METER UPAYA E 3042 / UNIT 4 /
4.1 Rujuk input 4.2 hingga 4.2.2.
4.2. Rujuk input 4.2
4.1 R1 = 68
R2 = 132
R3 = 200
R4 = 600
4.2 Rujuk input 4.4.1.
11
PENILAIAN KENDIRI
SEMOGABERJAYA
MAKLUM BALAS
-
8/9/2019 Unit 4 Meter Upaya
12/13
METER UPAYA E 3042 / UNIT 4 /
4.1 Lakarkan litar binaan meter upaya jenis dail julat tunggal dan terangkan
cara ia ditentukurkan .
4.2 Semasa penentukuran dibuat pada meter upaya dail julat tunggal, nilai sel
piawai yang digunakan ialah 1.016 V. Terangkan kedudukan jarum
penunjuk pada kedua-dua dail meter upaya tersebut sekiranya meter upayatersebut mengandungi 15 peringkat perintang dail utama 10 ohm yang
setiap satu mewakili 0.2V dan dail dawai gelongsor terbahagi kepada 100
bahagian..
4.3 Suatu meter upaya jenis dail julat tunggal mempunyai 30 peringkatperintang dail utama 5 ohm. Setiap peringkat perintang mewakili 0.2 V. Nilai bateri kerja ialah 7 V dan dail dawai gelongsor boleh di sadap
sebanyak 100 bahagian. Kirakan
a. Arus kerja
b. Julat Pengukuran meter upaya
c. Nilai pelarasan reostat
12
SELAMAT MENCUBA
-
8/9/2019 Unit 4 Meter Upaya
13/13
METER UPAYA E 3042 / UNIT 4 /
4.1 Rujuk input 4.1 & 4.1.1
4.2 Jarum penunjuk dail utama pada bahagian ke 5
Jarum penunjuk dail dawai gelongsor pada bahagian ke 8.
4.3 a. Arus kerja = 40 mA
b. Julat pengukuran meter upaya = 6.2 Vc. Nilai pelarasan reostat = 20 ohm
13
top related