tokoh sasterawan
Post on 30-Nov-2014
2.694 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
1
TOKOH SASTERAWAN NEGARA PERTAMAKAMALUDDIN MUHAMMAD –KERIS MAS
OlehKUMPULAN SAHABAT
“Untuk Mencapai sesuatu kita berjuang dan kita berjuang juga untuk tercapai itu”- Keris Mas
2
PENGENALAN
Keris Mas atau nama penuhnya Kamaluddin Muhamad adalah merupakan seorang tokoh dalam bidang penulisan/kesusateraan yang pertama kalinya dianugerahkan gelaran ‘Sasterawan Negara’. Beliau menerima anugerah tersebut pada 26 April 1981 di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen.
3
ANUGERAH TOKOH SASTERAWAN NEGARA
. Penerima akan menerima penghargaan dan penghormatan
negara yang diberi dan dinyatakan dalam bentuk
i Warkah Penghormatan Negara
ii Wang Tunai sebanyak RM 30,000.00
iiiKemudahan dan keselesaan untuk kegiatan mencipta
iv Kemudahan untuk penerbitan karya
vKemudahan perubatan percuma dalam wad kelas satu di mana-mana hospital kerajaan
4
LATAR BELAKANG Kamaludin Muhammad
(Keris Mas) telah dilahirkan pada 10 Jun 1922, di Kampung Ketari, Bentong Pahang.
Dia menerima pendidikan di Sekolah Melayu Bentong, Tawalih School, Sumatera, Kolej Kulliahtul Muallimin Al-Islamiah, Sumatera dan Pitman College, Singapura.
Dalam bidang penulisan dia juga menggunakan nama pena Keris Mas, Aku, K.M. Kamal, Kamaludin M. dan Mister X
5
PENERIMA ‘Anugerah Pejuang Sastera’ 1976 Melalui karya-karya seni
cerpennya jelas memperlihatkan kegigihan beliau sebagai seorang nasionalis yang berwawasan, pejuang keadilan sosial, pengawal dan pengukir bahasa dan sastera bermutu serta pemikir kesusasteraan yang tajam.
Sebelum itu beliau juga pernah dianugerahi ‘Anugerah Pejuang Sastera’ pada tahun 1976 oleh pemerintah kerajaan Malaysia.
6
HASIL KARYA
Sehingga kini 11 buah cerpennya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Cina melalui penerbitan › Mingguan Petir, › Nanyang Evening, › Nanyang Evening Post,› Nanyang Siang Pau, › Pemuda Pemudi Universiti, dan Nanyang Siang Wen Che.
Dua buah cerpennya telah juga diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris seperti
“They Do Not Understand” (Mereka Tidak Mengerti) dalam Tenggara (1968) dan
“The Approach of Independence” (Menjelang Merdeka dalam Tenggara (1967).
7
Peranan penulisan cerita pendek di dalam memajukan masyarakat
“Kalau kita berpendapat bahawa dengan cerita pendek sahaja kita boleh memajukan masyarakat, boleh mengubah susunan hidup kepada yang lebih sempurna dan baik tentulah pendapat itu kurang logik. Cerita pendek tidak dapat mengajar orang tentang ilmu bercucuk tanam, tidak dapat mengajar orang tentang ilmu ekonomi dan sebagainya. Tetapi kita harus faham bahawa cerita pendek yang ditulis dengan pengolahan yang baik dapat menyedarkan orang, dapat menimbulkan cara berfikir yang maju”.
8
Cerpen Keris Mas memang mampu menghidupkan imaginasi dan ini menjadi kunci kejayaannya.
Selain itu adalah kerana kepintarannya menguasai teknik dan menarik fikiran pembaca terhadap masalah sosial melalui bahasa yang mudah dan jelas
9
Karier Kerjaya
Beliau banyak berjasa dan memberi sumbangan dalam memajukan majalah Mastika dan akhbar Utusan Zaman.
Selepas itu beliau berkhidmat dengan Warta Negara sehingga tahun 1956.
10
Karier Kerjaya
Beliau adalah salah seorang tokoh ASAS 50 yang cukup aktif dan terkenal dan pernah berkhidmat sebagai Pengarang Umum di Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1956.
11
Karier Kerjaya
Sebelum bersara pada 10 Jun 1977 beliau memegang jawatan Ketua Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera.
Selepas bersara, beliau menjadi ‘Penulis Tamu’ di Universiti Malaya dan di Dewan Bahasa dan Pustaka.
12
Hasil Karya Keris Mas Sumbangan utama beliau ialah
dalam lapangan cerpen. Karya pertama beliau berjudul ‘Wasiat Orang Bangsawan’, tersiar dalam Suluh Malaya, 1 Jun 1946.
Sehingga akhir tahun 1960, sebanyak 60 buah cerpen telah dihasilkan.
Cerpen-cerpennya itu kini telah dimuatkan dalam beberapa buah antologi iaitu;› Mekar dan Segar (1959),› Dua zaman (1963), › Patah Tumbuh (1963),› Pertentangan (1968)
13
Hasil Karya Keris Mas
Keris Mas juga turut menghasilkan novel. Antaranya ; › Pahlawan Rimba
Malaya (1946), › Korban Kesuciannya
(1949), Anak › Titiwangsa (1967), › Saudagar Besar dari
Kuala Lumpur (1983), › Rimba
Harapan(1985)
14
Sudut Sejarah Kesusasteraan Beliau muncul sebagai tokoh
penulis cerpen dari ASAS 50 yang mempunyai pengaruh begitu kuat dalam perkembangan cerpen, terutama sehingga tahun-tahun 1960-an.
Karya-karya beliau begitu jelas dan kuat kesan penyuaraan keadilan sosial dengan watak-watak manusia yang hidup.
Dengan begitu beliau dapat dianggap penulis yang berjaya mematangkan genre cerpen dan mengukuhkan tradisinya.
15
Sudut Sejarah Kesusasteraan Bagi menghargai jasa
dan sumbangan Keris Mas dalam bidang penulisan dan kesusasteraan tanah air, beliau telah dianugerahkan › Anugerah Pejuang
sastera (1976) › Anugerah Sastera
Negara pada 26 April 1981.
Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1992.
16
Rujukan
A. Keris Mas http://dbp.gov.my/la
mandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=717&IID=
B. Anugerah Tokoh Sasterawan Negara
http://ppat.dbp.gov.my/galeri%20karyawan/sastera%20negara/bkeris.htm
C. Keris MAs http://en.wikipedia.o
rg/wiki/Keris_Mas D. Sasterawan
Negara 1 http://chaimestm.blo
gspot.com/2009/09/sasterawan-negara-i.html
17
PENUTUP
TERIMA KASIH
top related