terjemahan arab melayu arab

Post on 20-Jun-2015

420 Views

Category:

Education

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

PPPJ 2443 (TERJEMAHAN ARAB MELAYU ARAB) AHMAD MURTADHA BIN ABD JALIL A141870

TRANSCRIPT

PPPJ 2443TERJEMAHAN ARAB MELAYU ARABAHMAD MURTADHA BIN ABD JALIL A141870

KONSEP TERJEMAHAN DAN

PENTERJEMAHAN

• Konsep mempunyai dua bahagian iaitu :-• 1) TERJEMAHAN• - Al-tarjamah bermaksud mentafsirkan

perkataan lisan atau tulisan dengan menggunakan perkataan dalam bahasa lain.

• - Tarjamah mempunyai dua pengertian. • menterjemahkan teks atau buku daripada

satu bahasa kepada bahasa yang lain.• autobiografi.

• 2) PENTERJEMAHAN• - merupakan proses memindahkan sesuatu

daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran.

PRAGMATIK

Kamus Linguistik (1997: 192) memberikan perihal pragmatik

dalam dua perspektif. Pragmatik ini merupakan cabang kepada cabang linguistik yang ber kaitan dgn kajian tentang makna dan kesan yg timbul drpd penggunaan bahasa dalam situasi tertentu.

Yang pertama, pragmatik yang ditinjau didalam semiotik memberi satu kajian tentang bagaimana tanda dan lambang digunakan oleh manusia untuk berhubung dalam bahasa tertentu.

Manakala yang kedua adalah dalam linguistik moden, iaitu pragmatik ialah pengkajian bahasa dari sudut pandangan pengguna, terutama pemilihan yang dibuat, kekangan yang dihadapi ketika menggunakan bahasa dalam interaksi sosial,dan kesan penggunaan bahasa terhadap peserta lain dalam lakuan komunikasi.

Pengertian Pragmatik

Pragmatik merupakan suatu ilmu penginteretasian (pentafsiran) linguistik yang melibatkan faktor-faktor bukan linguistik.

Kombinasi diantara faktor kedua-keduanya (linguistik dan bukan linguistik)

Mengikut Jens Allwood (1983): “pragma berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud makna aksi atau aktiviti.

Selain itu, kajian sebegini memerlukan seseorang untuk melibatkan pentafsiran terhadap apa yang dimaksudkan mengikut konteksnya.

Bagaimanapun,pentafsiran itu dapat difahami dengan sempurna jikalau penyampai itu mampu menyusun maklumatnya dengan baik atas kesedaran bahawa dengan siapa dia berurusan

Selain itu, penafsiran itu dapat difahami dengan jelas apabila dapat dikaitkan pula dengan suasana atau keadaan, masa, tempat, budaya, kepercayaan atau idealogi. Penjelasan tersebut mencerminkan bahawa bidang pengkajian pragmatik ialah yang berhubungan dengan sesuatu yang ada kaitan dengan konteks.

Definisi pragmatik menurut Tarigan (1986: 34) tidak jauh berbeza dengan definisi yang lain dimana ia menjelaskan bahawa pragmatik adalah belajar berkenaan dengan kaitannya dengan situasi ujaran.

sebuah percakapan pendengar akan lebih mudah memahami maksud apa yang diucapkan tersebut.

Berdasarkan beberapa pengertian pragmatik di atas maka dapat disimpulkan bahawa pragmatik adalah perkara yang berlawan dengan percakapan sehingga menimbulkan suatu informasi yang jelas sesuai dengan suatu informasi

SEMANTIK

Semantik

Semantik ialah bidang yang mengkaji selok-belok makna.

makna mengandungi bidang gunaan yang lebih luas daripada hanya terhadap bahasa.

Kebanyakan ahli bahasa pada hari ini memberikan keutamaan kepada suatu penghuraian makna yang formal serta menurut keperihalan (contextual) dan ini memanglah lebih berguna kepada seorang guru yang mengajar.

Secara intuitif,bidang makna boleh digunakan sebagai rujukan (cross-reference) pada setengah-setengah tempat dalam sesuatu penyelidikan tetapi penghuraiannya hendaklah dilaksanakan dengan berdasarkan kepada bentuk.

Semantik merupakan satu bidang semantik yang mempelajari tentang makna.

Semantik atau kajian makna adalah satu bidang yang luas mencakupi kebanyakan daripada struktur dan fungsi bahasa dan juga masalah dalam kajian psikologi, falsafah dan antropologi.

Odgen dan Richard dalam buku The Meaning of Meaning (1956) memberikan 16 pengertian dan erti bagi makna; antaranya ialah suatu yang intrinsik, pokok, kemahuan dan suatu peristiwa yang diharapkan.

Bloomfield mentakrifkan makna sebagai suatu bentuk linguistik sebagai keadaan apabila penutur tersebut mengujarkannya dengan gerak balas yang dijangkakan daripada pendengar.

Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra'in Shaari menyatakan semantik merupakan kajian makna istilah. Berasal daripada perkataan Greek "semantikos" yang membawa maksud "erti yang penting".

Kajian makna dalam bahasa Melayu menurut penggolongan semantik - adalah cabang linguistik - yang berperanan semata-mata untuk meneliti - makna kata - bagaimana asal mulanya - bagaimana perkembangannya dan apakah sebab-sebab terjadi perubahan makna dalam sejarah bahasa.

Rumusan : Kata semantik bidang linguistik yang mempelajari hubungan antara tanda-tanda linguistik dengan hal-hal yang ditandainya. Mempelajari makna atau erti dalam bahasa.

TAMAT

top related