soalan 1 sastera.docx
Post on 07-Dec-2015
251 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu
SOALAN 1
PENGENALAN KEPADA ANALISIS STRUKTURAL
Strukturalisme ialah pendekatan yang digunakan untuk menganalisis karya
naratif dengan meneliti struktur dalaman teks. Strukturalisme berasal daripada
linguistik Ferdinad de Saussure yang mengetengahkan cara berfikir tentang dunia
melalui persepsi dan deskripsi berhubung dengan fenomena metos dan ritual untuk
melihat sistem tanda.
Pandangan tersebut telah ditransformasikan ke dalam bidang kesusasteraan
oleh tokoh-tokoh selepasnya.Strukturalisme zaman awal berpendapat bahasa
memainkan peranan penting dalam pencarian makna.Makna itu pula bukanlah
sesuatu yang mudah dicari memandangkan makna itu sendiri suatu konsep yang
abstrak.Suatu makna adalah sebagai fungsi sistem bahasa, sistem itu pula
membentuk struktur sastera dan seterusnya mempunyai hubungan dengan sistem
kehidupan.Fahaman dalam bidang kajian kesusasteraan ini turut menular di Asia
Tenggara. Kaedah struktural ini telah didefinisikan oleh Naapie (2005) yang
mengatakan bahawa kaedah ini merupakan kaedah yang digunakan dalam
pengajaran kesusasteraan dengan menggunakan aspek-aspek kajian tertentu seperti
perwatakan, gaya bahasa, latar, tema, persoalan, mesej, amanat, pengajaran, nilai
murni, dan sebagainya secara teratur atau satu persatu.
Strukturalisme menyatakan pengkritik haruslah berusaha untuk mencari
makna teks berdasarkan struktur teks itu sendiri.Menurut pendekatan ini, dalam
sesebuah itu terkandung makna sebenar dan pengkritik bertanggungjawab menyorot
dan menggeledah struktur teks tersebut.Teori ini melihat pembentukan kesatuan teks
dalam erti kata teks sastera sebagai jalinan struktur yang kompleks. Segala unsur
yang membentuk karya itu perlu diselidiki dan dianalisis dan dengan berbuat
demikian makna keseluruhan teks akan dapat dijelmakan. Teori ini menekankan
elemen yang menjadi pengawal sesebuah teks.Pengawal sesebuah teks itu ialah
segala unsur yang menjalin teks yang terdiri daripada keseluruhan, transformasi,
regulasi diri, sinkronik dan desentralisasi.
Jayanthi a/p Sadhananthan BM02 1
Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu
Pendekatan struktural yang digunakan dalam Pengajaran dan pembelajaran
kesusasteraan Melayu sekolah rendah bertujuan memahami aspek-aspek
kesusasteraan, struktur dan binaannya. Kaedah ini tidak mementingkan
penghayatan atau penikmatan sastera.Karya sastera dianalisis dari sudut pembinaan
atau strukturnya. Aspek-aspek struktur dikaji, iaitu:
Rajah 1 : Pendekatan Struktural
Pendekatan struktural menganalisis karya semata-mata berpandukan kepada
apa yang dihasilkan dengan menghuraikan aspek ekstrinsiknya dan melihat mutu
pencapaian karya, bukannya usaha penyelidikan karya tersebut. Karya sastera dilihat
sebagai sebuah dunia yang mempunyai rangka dan bentuknya tersendiri ibarat
sebuah rumah dengan melihat komponen tema, plot, perwatakan, bahasa, latar dan
sudut pandangan serta memberi perhatian yang utama terhadap aspek-aspek dan
unsur-unsur membina sesebuah karya iaitu aspek teknik karya.
Jayanthi a/p Sadhananthan BM02 2
Pendekatan Struktural
tema/persoala
n
plot
watak dan
perwatakan
teknikgaya bahasa
sudut pandang
an
latar
Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu
Dalam penjelasan karya sastera, analisis atau pendekatan terhadap unsur-
unsur intrinsik atau struktur karya sastera merupakan tahap awal untuk meneliti karya
sastera sebelum memasuki penelitian lebih lanjut (Damono, 1984:2).
Pendekatan struktural merupakan pendekatan intrinsik, iaitu membincangkan
karya tersebut pada unsur-unsur yang membangunkan karya sastera dari dalam.
Pendekatan tersebut meneliti karya sastera sebagai karya yang utama dan terlepas
dari latar belakang sosial, sejarah, biografi pengarang dan segala hal yang ada di
luar karya sastera (Satoto, 1993: 32). Pendekatan struktural mencuba menghuraikan
unsur dan fungsi masing-masing unsur karya sastera sebagai kesatuan struktural
yang bersama-sama menghasilkan makna menyeluruh (Teeuw, 1984: 135). Jadi
dapat diambil kesimpulan bahawa pendekatan struktural adalah suatu pendekatan
dalam ilmu sastera yang cara kerjanya menganalisis unsur-unsur struktur yang
menggalakkan karya sastera dari dalam, serta mencari keberkesanan unsur-unsur
tersebut dalam rangka mencapai kewujudan makna.
Mengenai struktur, Wellek dan Warren (1992: 56) memberi batasan bahawa
struktur pengertiannya dimasukkan kedalam isi dan bentuk, iaitu kedua- duanya
dimaksudkan untuk mencapai tujuan estetik. Jadi struktur karya sastera (fiksyen) itu
terdiri dari bentuk dan isi. Bentuk adalah cara pengarang menulis, sedangkan isi
adalah gagasan yang dikisahkan oleh pengarang dalam tulisannya (Zeltom, 1984:
99). Menurut Jan Van Luxemburg (1986: 38) struktur yang dimaksudkan,
mengandung pengertian kaitani timbul balik antara bahagian -bahagian dan
keseluruhannya.
Jayanthi a/p Sadhananthan BM02 3
Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu
1. ALUR (PLOT)
Dalam sebuah karya sastera (fiksi) berbagai peristiwa disajikan dalam urutan
tertentu (Sudjiman, 1992: 19). Peristiwa yang ddikisahkan dalam cerita itu disebut
dengan alur (plot).
Atar Semi (1993: 43) mengatakan bahawa alur atau plot adalah struktur
rangkaian kejadian dalam cerita yang disusun sebagai interaksii fungsional yang
sekaligus menunjukkan urutan bahagian - bahagian dalam keseluruhan karya
fiksyen. Selain itu, Stanton (dalam Nurgiyantoro, 2000: 113) mengemukakan bahwa
alur atau plot adalah cerita yang berisi urutan kejadian, namun tiap kejadian itu hanya
dihubungkan secara sebab akibat, peristiwa yang satu disebabkan atau
menyebabkan peristiwa yang lain.
Dalam merumuskan jalan cerita, pembaca dapat membuat atau menafsirkan
alur cerita melalui rangkaiannya. Luxemburg memberikan kebebasan penuh dalam
menafsirkan atau membangun pemahaman dari jalan cerita. Alur biasa dilihat
sebagai konstruksi yang dibuat oleh pembaca mengenai sebuah deretan peristiwa
atau kejadian yang saling berkaitan secara logik serta adegan peristiwa itu
diakibatkan dan dialami oleh para tokoh (1986: 112).
2. TOKOH
Dalam perbincangan sebuah fiksyen ada istilah tokoh, penokohan, dan
perwatakan. Kehadiran tokoh dalam cerita fiksyen merupakan unsur yang sangat
penting.
Pendefinisian istilah tokoh, penokohan dan perwatakan banyak diberikan oleh para
ahli, berikut ini beberapa definisi tersebut:
a. Tokoh menunjuk pada orangnya, pelaku cerita (Nurgiyantoro, 2000: 165)
b. Penokohan adalah bagaimana pengarang menampilkan tokoh-tokoh dalam
ceritanya dan bagaimana tokoh-tokoh tersebut, ini bererti ada dua hal penting,
yang pertama berhubungan dengan teknik penyampaian sedangkan yang kedua
Jayanthi a/p Sadhananthan BM02 4
Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu
berhubungan dengan watak atau kepribadian tokot-tokoh tersebut (Suroto, 1989:
92-93).
c. Watak, perwatakan, menunjuk pada sifat dan sikap para tokoh seperti ditafsirkan
oleh pembaca, lebih menunjuk pada kualiti peribadi seorang tokoh (Nurgiyantoro,
2000: 165).
d. Penokohan atau sifat atau disebut juga perwatakan merupakan cara
penggambaran tentang tokoh melalui perilaku. Panuti Sudjiman mencerikan definisi
penokohan adalah penyajian watak tokoh dan penciptaan citra tokoh (1992: 23).
Dilihat dari segi peranan atau tingkat pentingnya tokoh, tokoh cerita dibahagikan
menjadi dua iaitu tokoh utama (central character, main character)dan tokoh
tambahan (pheripheral character) (Nurgiyantoro, 2000: 176-178).
3. LATAR (SETTING)
Kehadiran latar dalam sebuah cerita fiksyen sangat penting. Karya fiksyen
sebagai sebuah dunia dalam kemungkinan adalah dunia yang dilengkapi dengan
tokoh penghuni dan segala permasalahannya. Kehadiran tokoh ini mutlak
memerlukan ruang dan waktu.
Latar atau setting adalah sesuatu yang menggambarkan situasi atau keadaan
dalam penceritaan. Panuti Sudjiman mengatakan bahawa latar adalah segala
keterangan, petunjuk, pengacuan yang berkaiatan dengan waktu, ruang dan sosial
(1992: 46). Sumardjo dan Saini K.M. (1997: 76) mendefinisikan latar bukan bukan
hanya menunjuk tempat, atau waktu tertentu, tetapi juga hal-hal yang hakiki dari
suatu wilayah, sampai pada pemikiran rakyatnya, kegiatannya dan lain sebagianya.
Jayanthi a/p Sadhananthan BM02 5
Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu
4. TEMA DAN AMANAT
Secara etimologis kata tema berasal dari istilah meaning, yang berhubungan
erti, iaitu sesuatu yang umum, khusus, dan objektif. Sedangkan amanat berasal dari
kata significance, yang berurusan dengan makna, iaitu sesuatu yang kias, umun dan
subjektif, sehingga harus dilakukan penafsiran. Melalui penafsiran itulah yang
memungkinkan adanya perbedaan pendapat (Juhl dalam Teeuw, 1984: 27). Ini
adalah pengertian tentang “erti” ataupun“makna” keduanya memiliki fungsi yang
sama sebagai penyampai gagasan atau idea cerita.
Jayanthi a/p Sadhananthan BM02 6
Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu
Pendekatan struktural menganalisis karya semata-mata berpandukan kepada
apa yang dihasilkan dengan menghuraikan aspek ekstrinsiknya dan melihat mutu
pencapaian karya, bukannya usaha penyelidikan karya tersebut. Karya sastera dilihat
sebagai sebuah dunia yang mempunyai rangka dan bentuknya tersendiri ibarat
sebuah rumah dengan melihat komponen tema, plot, perwatakan, bahasa, latar dan
sudut pandangan serta memberi perhatian yang utama terhadap aspek-aspek dan
unsur-unsur membina sesebuah karya iaitu aspek teknik karya. Komponennya
dirumuskan seperti berikut.
Rajah 1 : Pendekatan Struktural
TAJUK: SEPOHON POKOKPENULIS:DHARMALA N.SSUMBER: DEWAN MASYARAKAT, 15 JULAI 1977JUMLAH MUKA SURAT : 8
Jayanthi a/p Sadhananthan BM02 7
Pendekatan Struktural
tema/persoalan
plot
watak dan perwatakan
teknikgaya
bahasa
sudut pandangan
latar
Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu
ANALISIS KAJIAN
PETIKAN CERPEN YANG MENJELASKAN TEMA
Si pohon medang terlenggok – lenggok bagaikan mengeliat kesakitan. Di situlah sang gagak, sang monyet dan sang sawa berteduh melindungkan diri. Mereka bertenggek menambahkan lagi beban si pohon medang. Ah, bangsat…..
Tema merupakan aspek cerita yang sejajar dengan makna dalam
pengalaman manusia.Tema dalam cerpen ini adalah perlindungan diri. Tokoh utama
cerpen ini ialah sepohon pokok medang serta tiga ekor binatang iaitu ular sawa,
monyet dan burung gagak. Ketiga – tiga binatang itu datang mendapatkan tempat
perlindungan semasa hujan lebat pada waktu malam.
Kisah cerita menerangkan perhubungan antara pokok medang dan tiga ekor
binatang yang hinggap pada pohon pokok tersebut. Badan pokok medang disakiti
oleh Sang monyet, sang sawa dan sang gagak yang hinggap di dahan pokok
medang . Binatang – binatang ini tidak mempedulikan perasaan pokok itu, malah
mereka sibuk mengawasi musuh mereka yang boleh menjadi mangsa kepada
mereka serta berhati – hati dengan pergerakan mereka supaya tidak menjadi
pemangsa kepada salah seorang daripada mereka. Akan tetapi pokok medang pula
bersusah payah untuk mengukuhkan dirinya daripada angin kencang dan hujan lebat
yang berterusan. Jalan cerita menerangkan kemungkinan besar pokok medang akan
tumbang disebabkan angin kuat. Pokok medang juga mencari nasibnya sendiri dalam
angin kencang daripada tumbang. Penulis juga telah menjelaskan perasaan pokok
yang memikirkan kemungkinan – kemungkinan yang boleh menyebabkan ia
tumbang.
Jayanthi a/p Sadhananthan BM02 8
Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu
WATAK UTAMA
Cerpen ini terdiri daripada empat watak utama iaitu:-
Jayanthi a/p Sadhananthan BM02 9
SEPOHON POKOK MEDANGmerupakan sepohon pokok yang hidup di tepi sungai yang mempunyai akar tunjang yang kuat.pokok ini menanggung beban sang sawa, sang gagak dan sang monyet yang datang hinggap pada waktu hujan.pokok ini bersifat tanggungjawab menahan semua karenah binatang-binatang tersebut yang menyakitkan badannya.
SANG MONYETMerupakan seekor monyet yang berupa hodoh yang mempunyai tubuh badan yang gagah.bersifat mementingkan diri semasa berhayung di dahan pokokjuga menunjukkan sifat cemburu terhadap kecantikkan badan ular sawa yang cantik berkilat.menunggu kesempatan untuk lari dari ular sawa supaya tidak menjadi mangsanya.
SANG SAWAseekor ular sawa yang datang merehatkan diri pada dahan pokok medang dengan membelitkan dirinya pada dahan - dahan pokok.juga merupakan seekor ular yang lapar yang menunggu untuk membahas monyet ataupun burung gagak yang berada di situ. ular sawa ini cerdik memerangkap sang monyet dan sang gagak daripada lari daripada pokok itu.
SANG GAGAKseekor burung gagak yang tidak boleh kelihatan pada waktu malam buta itu. seekor burung yang mementingkan diri tanpa menghiraukan perasaan dahan semasa ia cengkammya dengan kuku yang kuat.seekor burung yang malas untuk mencari makanan dan menunggu untuk sang monyet dan sang sawa mati dan menjadi makanannya.
Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu
Alur atau plot adalah struktur rangkaian kejadian dalam cerita yang disusun
sebagai interaksi fungsional yang mengambarkan urutan bahagian – bahagian
dalam keseluruhan karya fiksyen. Dengan mengetahui plot cerita saya dapat
menafsirkan alur cerita melalui rangkaiannya.
Di dalam sebuah alur, ada beberapa tahap yang terbahagi kepada 5 bahagian dalam
sesebuah cerita.
1. Pengenalan
Pada bahagian ini, penulis mulai memperkenalkan tokoh-tokoh, latar yang ada di
dalam cerita tersebut.
2. Pemunculan masalah
Pada tahapan ini, penulis mulai memperkenalkan masalah yang dihadapi oleh tokoh
utamanya.
3. Konflik dalam cerpen
Penulis menceritakan konflik yang dihadapi oleh watak utama cerpen.
4. Ketegangan/ klimaks
Pada tahap ini,penulis menceritakan tokoh ataupun watak utama mengalami masalah
berturut – turut . ini adalah tahap mencapai puncak masalah yang dihadapi.
5. Penyelesaian
Setelah mencapai puncak masalah, penulis mulai membawa jalan cerita menuju
penyelesaian masalah tersebut. Penyelesaian masalah bergantung pada penulis
cerpen.
Jayanthi a/p Sadhananthan BM02 10
Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu
Jenis alur yang digunakan dalam cerpen Sepohon Pokok ialah alur maju
sahaja. Cerita ini diceritakan mengikut gaya yang terus. Alur maju adalah sebuah alur
yang mempunyai klimaks di akhir cerita dan merupakan rangkaian peristiwa dari
masa kini ke masa lalu yang berjalan teratur dan berurutan sesuai dengan urutan
waktu kejadian dari awal sampai akhir cerita.
Cerpen Sepohon Pokok ini bermula dengan pengenalan watak – watak
dengan cara yang mudah difahami. Selain itu, rangkaiannya diteruskan dengan
kehidupan sepohon pokok serta menceritakan masalah yang dihadapinya daripada
Sang sawa, Sang monyet dan Sang Gagak. Penulis membawa cerita dengan gaya
yang terus iaitu klimaks cerpen datang pada pertengahan cerita dengan bunyi
‘kreeekk’ dan penulis menceritakan bagaimana sepohon pokok mendang mengatasi
beban dan kesusahan yang dihadapinya. Selain itu, ketiga- tiga binatang itu
berinteraksi satu sama lain dalam klimaksnya.
Akhirnya , cerpen ini mencapai penyelesaian dengan satu persoalan dimana
penulis biarkan pembaca memahami kesudahannya sendiri dengan menyatakan
bahawa pohon meranti yang lebih tinggi daripada pohon mendang telah tumbang
akhirnya. Ini membolehkan pembaca faham bahawa Sang sawa, Sang gagak dan
Sang Monyet mati dihanyut air sungai.
Jayanthi a/p Sadhananthan BM02 11
Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu
Latar sesebuah cerita terdiri daripada latar tempat, latar waktu dan latar suasana.
AYAT – AYAT DALAM CERPEN YANG MENJELASKAN LATAR
Malam tidak pernah lenggang di pinggir hutan
sekali- sekali bila kilat memancar nampaklah dahannya , meliuk – liuk
bertahan dari rempuhan angin kencang.
Detup –detup ranting tergesel ditiup angin.
Tetapi kegelapan malam dan rimbun pohon meranti menyorokkan kita.
Kreeekk bunyi kedengaran
Daunnya berdetup – detup menampan terjahan hutan.
Jayanthi a/p Sadhananthan BM02 12
LATAR CERPEN
TEMPAT
WAKTUSOSIAL
Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu
LATAR TEMPAT
Latar tempat menunjukkan latar keadaan tempat itu. Berdasarkan cerpen
Sepohon Pokok, dikisahkan di di atas sebuah pokok medang yang terletak di pinggir
hutan tepi sungai. Hujan sedang turun bersama dengan angin yang kuat. Kilat dan
petir memancar semasa hujan turun.Tiada manusia kelihatan di tempat itu.
Cerpen ini dikisahkan dengan kehadiran binatang yang mendapatkan
perlindungan pada pokok medang .
LATAR WAKTU
Latar waktu sebuah cerpen mengisahkan masa cerpen itu berlaku.
Berdasarkan cerpen ini, kisah ini berlaku pada waktu malam yang sunyi. Keadaan
hutan itu sungguh gelap sampai pokok itu hanya dapat dilihat dibawa cahaya kilat
dan petir semasa hujan.
LATAR SOSIAL
Latar sosial menyaran pada hal-hal yang berhubungan dengan perilaku
kehidupan sosial masyarakat di suatu tempat yang diceritakan dalam karya fiksyen.
Perilaku itu dapat berupa kebiasaan hidup, adat istiadat, tradisi, pandangan hidup,
pola pikir dan bersikap. Penandaan latar sosial dapat dilihat dari penggunaan bahasa
daerah dan penamaan terhadap diri tokoh.
Berdasarkan cerpen Sepohon Pokok, latar social yang terdapat dalam cerpen
ini adalah perasaan pokok yang tidak dapat lari daripada tempatnya semasa angin
bertiup, binatang hinggap di atasnya. Selain itu, penulis telah meletakkan perasaan
mementingkan diri yang terdapat pada sang sawa, sang monyet dan sang gagak. Ini
merupakan latar social cerpen ini.
Jayanthi a/p Sadhananthan BM02 13
Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu
Teknik yang digunakan dalam cerpen sepohon pokok adalah seperti berikut.
Gaya bahasa yang digunakan dalam cerpen Sepohon Pokok adalah bahasa
Malaysia yang biasa digunakan dalam kehidupan dan tentunya mudah diterima bagi
pembaca. Tetapi ayat – ayatnya kebanyakkan adalah ayat tersirat. Dimana
maksudnya tersirat di dalam ayat. Segala suasana dijelaskan dengan penggunaan
kata adjektif yang sungguh sesuai yang dapat mengambarkan latar dan suasana
cerita. Penulis menggunakan kosa kata dengan baik sekali. Setiap perkataan adalah
penting dalam ayat itu. Kalau pembaca tidak tahu maksud satu perkataan pun, dia
Jayanthi a/p Sadhananthan BM02 14
IMBAS
MUKA
Mereka serentak mengangkat kepala. muka hodoh sang monyet mengherling ke muka sang sawa.
IMAGINASI
masakan sang sawa tidak berpaling lantas menerkam ke arahnya. ia akan bergelut sebentar. bertarik tarik sekuat tenaga. Kemudian ia akan terperangkap juga di celah cerutan sang sawa. Cerutan itu semakin kecil. semakin kecil.
IMBAS
KEMBALI
baik hujan lesak, baik langit hitam, baik angin kencang, ia tidak peduli. Pinggir hutan itu memang tidak pernah lengang. kalau hujan lesak, angin kencang dan langit hitam tidak ada, cengkerik pula berbunyi. kuang juga berbunyi, Bangsat, bangsat burung tukang pun berbunyi . malam tidak pernah lengang di pinggir hutan
KEJUTAN
ia mengagak-gagak apakah bunyi yang mendebarkan tadi. kreeeeeekkk.......
Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu
tidak akan dapat memahami maksud ayatnya. Jadi dapat disimpulkan gaya bahasa
yang digunakan oleh penulis sesuai dan menarik minat baca.
Pengertian Sudut Pandang dalam Cerpen dijelaskan oleh unsur-unsur
instrinsik dan ekstrinsik, diantaranya adalah tema, alur, setting, tokoh, gaya bahasa,
penokohan, nilai-nilai, dan latar belakang penulis. Sudut pandang merupakan teknik
seorang penulis dalam menyampaikan ceritanya menggunakan tokoh-tokoh,
tindakan, dan latar sehingga membentuk sebuah rangkaian cerita. Dengan kata lain,
sudut pandang adalah cara penulis untuk menempatkan dirinya dalam cerita
tersebut.
Sudut pandang yang digunakan dalam cerpen Sepohon Pokok ialah sudut
pandang orang ketiga Sudut pandang orang ketiga adalah cara yang dilakukan oleh
penulis untuk menyampaikan ceritanya dengan memposisikan dirinya di luar
bahagian atau tidak terlibat di dalam cerita. Penulis banyak menggunakan kata ganti
orang ketiga tunggal seperti “sang sawa”, “sang monyet”, “sang gagak” dan “ Si
pohon” dalam cerpen ini. Penulis telah menempatkannya di luar hutan seperti dia
memerhatikan perhubungan pokok medang dan tiga binatang dalam cerpen ini.
Dirinya hanya menjadi pencerita dalam cerpen Sepohon Pokok.
Jayanthi a/p Sadhananthan BM02 15
Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu
Jayanthi a/p Sadhananthan BM02 16
PERLINDUNGANTEMA
POHON MEDANGSANG SAWASANG MONYETSANG GAGAK
TOKOH
ALUR MAJUPLOT
TEMPAT- PINGGIR HUTAN,HUJAN, ANGINSOSIAL- SIKAP BINATANG YANG MEMENTINGKAN DIRIWAKTU - MALAM
LATAR
BAHASA MALAYSIAGAYA BAHASA
PANDANGAN ORANG KETIGASUDUT PANDANGAN
IMAGINASIIMBAS KEMBALIIMBAS MUKAKEJUTAN
TEKNIK
Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu
Berdasarkan hasil analisis dan interpretasi di atas, dapat disimpulkan bahawa
dalam cerpen Sepohon Pokok karya Dharmala N.S ini ada berkaitan dengan teori
fiksyen Robert Stanton. Cerpen ini juga meliputi tiga aspek, iaitu fakta-fakta sastra,
tema dan sarana sastera. Fakta-fakta sastera meliputi tema, tokoh, latar, dan alur.
Sementara itu, sarana sastera meliputi judul, sudut pandang, gaya bahasa, dan
teknik.
Cerpen ini terdiri dari empat tokoh, iaitu tokoh utama “sepohon Pokok”
sebagai pemberi perlindungan, “Sang sawa” (ular sawa), “sang monyet” (monyet)
dan yang terakhir adalah “Sang gagak” (Burung gagak).
Di dalam cerpen ini juga terdapat Latar tempat,iaitu di sekitar pinggir hutan.
Cerpen ini mengisahkan waktu malam semasa hujan turun dengan angin kencang.
Alur dalam cerpen ini diidentifikasikan sebagai alur maju yang bertema
perlindungan. Judul yang berbunyi Sepohon Pokok mendefinisikan tentang sifat
sepohon pokok sebagai pelindung dan sikap binatang yang mendapatkan
perlindungan daripada pokok itu.
Sudut pandang dalam cerpen ini adalah sudut orang ketiga (mereka). Ia
menggunakan gaya bahasa yang biasa, menarik tersirat serta menggunakan simbol-
simbol dan ironi.
Secara keseluruhannya, cerpen Sepohon Pokok ini dianggap sebagai cerpen
yang lengkap dan menarik serta ditulis secara sistematik kerana di dalamnya
terdapat elemen-elemen pembangunan fiksyen dan berkaitan dengan teori fiksyen
Robert Stanton. Hal ini telah terbukti dalam analisis yang telah dibantangkan.
Jayanthi a/p Sadhananthan BM02 17
Genre Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu
Pada interaksi kedua, saya telah menerima tajuk tugasan Genre
Kesusasteraan Melayu Dalam Bahasa Melayu (BMM3163). Pensyarah
pembimbing Tuan Haji Abdul Rani Bin Hassan memberi penjelasan tentang
tugasan ini. Terima kasih diucapkan kepada beliau. Seterusnya, terima kasih
diucapkan kepada rakan-rakan sekelas saya yang banyak membantu untuk
menyiapkan kerja kursus ini.
Melalui tugasan ini, saya mendapat tahu pegetahuan tentang teori dan
dan pendekatan struktural dalam Kesusasteraan Melayu. Ini kali pertama saya
mempelajari Kesusateraan Melayu dan mengetahui tentang analisis cerpen.
Walaupun saya jarang membaca cerpen-cerpen tetapi melalui tugasan ini
timbullah minat saya terhadap Sastera Melayu ini.
Selain itu, melalui tugasan ini, saya dapat mempelajari untuk
menganalisis cerpen berpandukan pendekatan struktural seperti plot, teknik,
latar, teknik, gaya bahasa dan sebagainya. Pada mulanya, saya menghadapi
masalah untuk memahami bahasa yang digunakan dalam cerpen. Tetapi
dengan bantuan rakan seperjuangan, laman sesawang. Modul dapatlah
menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.
Sekian, terima kasih.
Jayanthi a/p Sadhananthan BM02 18
top related