renaming exercise - bank muamalat malaysia · produk wadi’ah yad dhamanah ke qard sebelum 31...
Post on 26-Dec-2019
4 Views
Preview:
TRANSCRIPT
RENAMING EXERCISE – FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQ)
Dear Valued Customers,
Pursuant to issuance of Clause 22* in Qard policy document by Bank Negara Malaysia (BNM),
Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) will be implementing the Renaming Exercise which
will effectively replace all Wadi’ah-based Savings and Current Accounts (CASA) with Qard-
based Savings and Current Accounts (CASA).
Should you have any further queries pertaining to the above exercise, please do not hesitate
to contact us at 1-300-88-8787, or visit our branches or our website at www.muamalat.com.my.
1. What is Qard policy document?
As part of a series of Bank Negara Malaysia (BNM) policies under the Shariah contract-based
regulatory framework, the policy document on Qard outlines Shariah and operational
requirements of Qard to promote sound application of this Shariah contract in Islamic financial
products and services. The policy document also specifies transition requirements that are
applicable to existing Wadi`ah yad Dhamanah products involving fungible assets to comply with
Qard requirements.
2. What are the main requirements under clause 22 of BNM Qard policy document?
All IFIs are required to revise all products based on Wadi`ah yad Dhamanah to Qard and fully
comply with the requirements in the Qard policy document.
3. When will this Renaming Exercise take effect?
3rd
May 2017
4. Is Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) the only bank conducting this Renaming
Exercise?
All Islamic Financial Institutions (IFI) are required to convert all Wadi’ah yad Dhamanah-based
products to Qard-based products by 31st July 2018.
5. What is the difference between Qard and Wadi’ah Yad Dhamanah?
In essence, in terms of deposit products, the principles of Qard and Wadi’ah yad Dhamanah
create similar obligations between the counterparties i.e the Bank and the depositor. However,
technically the principles of Qard and Wadi’ah yad Dhamanah are explained as follows:
Qard : Qard means repayment with guarantee. Qard refers to a contract
of lending money by a lender (Customer) to a borrower (Bank)
where the latter is bound to repay an equivalent replacement
amount of the lender. The acceptance and continuance of an
account will be entirely at the discretion of the Bank subject to the
lender complies with Rules & Regulations under concept of Qard.
The Bank in this situation is guaranteeing the repayment of the
money and will return the same to the lender accordingly, subject
to the Bank’s procedures.
Wadi’ah Yad Dhamanah : Wadi’ah Yad Dhamanah means safe keeping with guarantee. It
refers to the transaction between the depositor (Customer) and
the custodian (Bank) for the safe keeping of the goods or money.
The acceptance and continuance of an account may be granted
by the Bank subject to the Shariah principles, and upon
compliance with the Rules & Regulations under the concept of
Wadi’ah yad Dhamanah by the depositor. The Bank in this
situation is guaranteeing the safe keeping of the goods or money
and will return the same to the depositor accordingly, subject to
the Bank’s procedures.
6. How will this Renaming Exercise affect me?
If you are an account holder of any Savings Account-i or Current Account-i based on Wadi’ah,
after 3rd
May 2017, your account will be renamed to Qard-based savings or current account.
All other related functions such as passbook, account number, Debit card, ATM access PIN
numbers and i-Muamalat access, will not be affected and remain the same for your
convenience.
7. What will happen to my Wadi’ah Current or Savings account number after the Renaming
Exercise? Will I receive a new account number?
The account number of the account subjected to the Renaming Exercise will remain unchanged.
You will be able to access the account using the same Debit card and also through i-Muamalat
Internet banking.
8. Do I have to change my Debit card and/or passbook?
No, both of your existing Debit card and passbook are usable for Qard Current or Savings
Accounts.
9. Do I still get the protection from Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) under this
Renaming Exercise?
Yes, you will continue to enjoy PIDM coverage up to RM250,000.
10. Will my Standing Instruction(s) be affected?
No, your Standing Instruction(s) will continue to function as usual.
11. Do I have to inform or update anything with my employer, if I am currently receiving salary into my Wadi’ah account?
No, you do not have to do so because there will be no modification on your account number nor
Debit card number.
12. What are the benefits of Qard deposits?
All the benefits under Wadi’ah deposit products will still be applicable including:
Full ATM functions (for card-holders only)
Available for joint account;
Funds available upon demand; and
Inter branch transactions allowed.
13. Will I be entitled to any Hibah as under the Wadi’ah accounts?
BMMB may grant Hibah to the customers at its sole discretion as per the guidelines under the
Qard policy document of BNM or other guidelines issued from time to time.
14. Am I going to be charged any fee?
No fees or charges shall be borne by the customer for this Renaming Exercise.
15. Will I be allowed to open a new Wadi’ah Current Account-i or Wadi’ah Savings Account-i?
With effect from 3rd
May 2017, any new account opening will only be allowed under Tawarruq-
based Saving or Current accounts.
*
Clause 22.1 : The requirements under this paragraph is applicable to existing products and services using Wadi`ah yad Dhamanah as the underlying contract.
Clause 22.2 : An IFI is given until 31 July 2018 to revise all products based on Wadi`ah yad Dhamanah to Qard and fully comply with the requirements in this policy document.
Clause 22.3 : An IFI must notify the customer of any changes in terms and conditions arising from the transition from Wadi`ah yad Dhamanah to Qard.
Clause 22.4 : Pursuant to paragraph 22.3, an IFI must allow its customer to terminate the contract at no cost if the customer does not wish to accept the changes in the terms and conditions.
AKTIVITI PENUKARAN NAMA – SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ)
Para pelanggan yang dihormati,
Berikutan daripada penerbitan Klausa 22* dalam dokumen polisi Qard oleh Bank Negara
Malaysia (BNM), maka Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) akan melaksanakan Aktiviti
Penukaran Nama ke atas semua produk yang berasaskan Wadi’ah yad Dhamanah kepada
Qard.
Jika anda ada sebarang pertanyaan berkaitan aktiviti ini, sila hubungi kami di talian hotline 1-
300-88-8787, atau boleh berkunjung ke mana-mana cawangan kami, atau anda boleh layari
laman web www.muamalat.com.my.
1. Apakah itu dokumen polisi Qard?
Sebahagian daripada polisi Bank Negara Malaysia (BNM) di bawah kerangka undang-undang
kontrak Syariah, dokumen polisi Qard telah dirangka dengan berkonsepkan Syariah dan
keperluan – keperluan pengendalian konsep Qard itu sendiri untuk memastikan keberkesanan
kontrak Syariah berhubung dengan produk dan perkhidmatan kewangan Islam. Dokumen polisi
tersebut juga menggariskan keperluan kepada penukaran yang sesuai dengan produk
berkonsep Wadi’ah Yad Dhamanah sedia ada yang melibatkan aset yang bernilai untuk
mematuhi peraturan dan kehendak konsep Qard.
2. Apakah keperluan utama yang perlu dipatuhi di dalam klausa 22 dokumen polisi Qard
oleh BNM?
Semua Institusi Kewangan Islam (IKI) adalah diwajibkan untuk menyemak semula semua produk
yang berasaskan Wadi`ah yad Dhamanah dan perlu ditukarkan kepada Qard dengan
berpandukan segala keperluan di dalam dokumen polisi Qard.
3. Bilakah Aktiviti Penukaran Nama ini akan dijalankan?
3 Mei 2017.
4. Adakah Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) sahaja yang akan menjalankan Aktiviti
Penukaran Nama ini?
Semua Institusi Kewangan Islam (IKI) adalah diwajibkan untuk menukarkan nama produk –
produk Wadi’ah yad Dhamanah ke Qard sebelum 31 Julai 2018.
5. Apakah perbezaan antara Qard dan Wadi’ah Yad Dhamanah?
Secara dasarnya, bagi semua produk deposit, prinsip-prinsip pelaksanaan Qard dan Wadi’ah
yad Dhamanah adalah sama di antara kedua-dua belah pihak, iaitu pihak Bank dan pihak
pelanggan. Namun, dari segi teknikal, prinsip-prinsip Qard dan Wadi’ah yad Dhamanah adalah
diterangkan seperti yang berikut:
Qard : Qard bermaksud pinjaman dengan jaminan. Kontrak ini merujuk
kepada transaksi antara pemberi pinjaman (Pelanggan) dan
peminjam (Bank). Penerimaan dan penerusan akaun akan
sepenuhnya mengikut budi bicara Bank dan tertakluk kepada
peminjam mematuhi Syarat & Peraturan di bawah konsep ini.
Pihak Bank, dalam situasi ini, menjamin pemulangan wang dan
mengembalikan kepada pemberi pinjam dengan sewajarnya
tertakluk kepada peraturan Bank.
Wadi’ah Yad Dhamanah : Wadi’ah Yad Dhamanah adalah simpanan dengan jaminan.
Ianya merujuk kepada transaksi di antara pendeposit (Pelanggan)
dan pemegang amanah (Bank) untuk menjaga barangan atau
wang dengan selamat. Penerimaan dan penerusan sesuatu
akaun mungkin dibenarkan oleh Bank tertakluk kepada prinsip-
prinsip Syariah dan pematuhan garis panduan serta peraturan-
peraturan di bawah konsep Wadi’ah Yad Dhamanah oleh
pendeposit. Bank, dalam situasi ini menjamin penyimpanan
barang atau wang dengan selamat dan memulangkan dengan
sewajarnya tertakluk kepada peraturan Bank.
6. Sejauh manakah Aktiviti Penukaran Nama ini memberi kesan kepada saya?
Sekiranya anda merupakan pemegang akaun mana-mana Akaun Simpanan-i atau Akaun
Semasa-i berasaskan Wadi’ah, berkuat kuasa pada 3 Mei 2017, akaun simpanan atau
semasa anda akan ditukarkan kepada Akaun Simpanan-i atau Akaun Semasa-i berasaskan
Qard.
Selain daripada perubahan di atas, segala fungsi yang berkaitan dengan Akaun Simpanan-i
atau Akaun Semasa-i Wadi’ah, iaitu buku simpanan, nombor akaun, kad Debit, nombor PIN
akses ATM dan akses i-Muamalat adalah dikekalkan untuk memberikan kemudahan anda.
7. Apakah implikasi terhadap nombor Akaun Simpanan-i atau Akaun Semasa-i Wadi’ah
selepas Aktiviti Penukaran Nama ini dijalankan? Adakah saya akan memperoleh nombor
akaun yang baharu?
Tiada nombor akaun baharu yang akan dikeluarkan. Selepas Aktiviti Penukaran Nama
dijalankan, nombor akaun anda tidak akan berubah. Anda masih dapat mengakses akaun
menggunakan kad Debit yang sama dan dan dapat menggunakan akses i-muamalat seperti
sedia kala.
8. Adakah saya perlu menggantikan kad Debit dan/atau buku akaun?
Tidak perlu. Kedua-dua kad Debit dan buku akaun yang asal adalah diguna pakai untuk Akaun
Simpanan-i atau Akaun Semasa-i Qard.
9. Adakah saya masih layak untuk mendapatkan perlindungan daripada Perbadanan
Insurans Deposit Malaysia (PIDM) apabila Aktiviti Penukaran Nama ini dijalankan?
Ya, anda akan terus menikmati perlindungan deposit daripada pihak PIDM sehingga
RM250,000.
10. Adakah Arahan Tetap (SI) saya akan terjejas?
Tidak, Arahan Tetap (SI) anda akan terus berfungsi seperti sedia kala.
11. Adakah saya perlu memaklumkan kepada majikan saya berkenaan Aktiviti Penukaran
Nama ini sekiranya saya memperoleh gaji melalui akaun Wadi’ah?
Tidak perlu, hal ini kerana tiada pengubahsuaian pada mana-mana nombor akaun atau nombor
kad Debit anda.
12. Apakah kelebihan produk deposit Qard?
Segala kelebihan yang ada pada deposit Wadi’ah juga turut dilaksanakan pada produk
deposit Qard, termasuklah:
Kemudahan penuh ATM;
Pembukaan Akaun Bersama adalah dibenarkan;
Wang adalah tersedia pada bila-bila masa apabila diperlukan; dan
Transaksi antara cawangan Bank adalah dibenarkan.
13. Adakah saya boleh memperolehi ganjaran Hibah sama seperti akaun Wadi’ah?
Pemberian Hibah kepada pihak pelanggan adalah sepenuhnya atas keputusan pihak Bank,
seperti mana yang tertera dalam dokumen polisi Qard yang dikeluarkan oleh BNM atau mana-
mana garis panduan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.
14. Adakah saya akan dikenakan sebarang bayaran/fi?
Tiada bayaran/fi yang akan dikenakan kepada anda apabila kami menjalankan Aktiviti
Penukaran Nama ini.
15. Adakah saya dibenarkan untuk membuka Akaun Simpanan-i atau Akaun Semasa-i
Wadi’ah yang baharu?
Bermula daripada tarikh kuat kuasa 3 Mei 2017, bagi pembukaan akaun baharu, hanya Akaun
Simpanan-i dan Akaun Semasa-i yang berasaskan Tawarruq (CASA Tawarruq) sahaja
dibenarkan.
*
Klausa 22.1 : Segala keperluan pada perenggan ini adalah terguna pakai pada semua produk dan perkhidmatan yang menggunakan Wadi`ah yad Dhamanah sebagai kontrak asas.
Klausa 22.2 : Sesebuah Institusi Kewangan Islam (IKI) diberikan sehingga 31 Julai 2018 untuk menyemak kembali semua produk yang berasaskan Wadi`ah yad Dhamanah kepada Qard dan mengikut sepenuhnya segala keperluan yang terpadapat di dalam dokumen polisi ini.
Klausa 22.3 : Sesebuah Institusi Kewangan Islam (IKI) perlu memaklumkan kepada para pelanggan berkenaan segala pengubahsuaian terma dan syarat yang disebabkan oleh penukaran nama Wadi`ah yad Dhamanah kepada Qard.
Klausa 22.4 : Berikutan klausa 22.3, Sesebuah Institusi Kewangan Islam (IKI) mesti membenarkan pihak pelanggan untuk menutup akaun Wadi’ah mereka sekiranya mereka tidak bersetuju dengan segala terma dan syarat yang baharu.
top related