persepsi wanita (siswi spi, utm) bermusafir ......untuk mengetahui tentang hukum wanita bermusafir...
Post on 30-Jan-2020
25 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PERSEPSI WANITA (SISWI SPI, UTM) BERMUSAFIR MENURUT
MAZHAB SYAFIE
NURIAH BINTI CHE OMAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
PERSEPSI WANITA (SISWI SPI, UTM) BERMUSAFIR MENURUT
MAZHAB SYAFIE
NURIAH BINTI CHE OMAR
Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2011
iii
DEDIKASI
بسم هللا الرحمن الرحيم
Segala puji-pujian hanya pa Mu Ya Allah
Ku panjatkan kesyukuran di atas nikmat yang tak terkira
Selawat dan Salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w
Teristimewa buat suamiku
Aminuddin Bin Sulaiman Maghribi
Terima kasih tidak terhingga di atas pengorbanan dan pengertian abang kerana memahami beban
tugasku sebagai seorang pelajar.
Teristimewa buat Ayahanda & Bonda Tersayang.........
Che Omar Bin Dolah Dan Siti Aishah Bte Haji Muhammad
Sulaiman Maghribi Dan Keluarga
Jasa dan pengorbanan serta doa kalian azimat kekuatan bagiku,
Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala pengorbanan yang tidak ternilai ini.
Buat adik-adikk…
Janganlah leka dengan kenikmatan hidup yang sementara ini,
Semoga keakraban kita kekal selamanya
Tidak lupa buat Pensyarah dan Guru
Sekalian yang tidak pernah jemu mendidik dan mencurahkan ilmu,
Terima kasih atas segala tunjuk ajar.
Halalkan segala ilmu yang pernah ku pelajari....
Sahabat-sahabat seperjuangan....
Terima kasih yang tidak terhingga atas segala jasa, pengorbanan dan tunjuk ajar kalian.
Memori kita bersama tetap terpahat kukuh dalam ingatanku buat selama-lamanya.....
iv
PENGHARGAAN
بسم هللا الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan
kurniaNya, dapatlah Projek Sarjana Muda ini disiapkan tetap pada masanya.Selawat
serta salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan untuk
membawa rahmat ke seluruh alam.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia
ustazah Maznah Binti Ali selaku penyelia dan pembimbing kerana sanggup
meluangkan masa beliau untuk memberi tunjuk ajar dan panduan yang amat berguna.
Segala tunjuk ajar dan panduan yang diberikan dalam menyiapkan projek ini amatlah
dihargai. Semoga Allah S.W.T. melimpahkan rahmatNya di atas segala jasa baik yang
dihulurkan.
Di kesempatan ini juga, jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa, suami
serta keluarga yang tidak pernah jemu memberi sokongan dan dorongan sama ada dari
segi moral dan kewangan sepanjang pengajian.
Selain itu, penghargaan ini juga ditujukan kepada semua rakan-rakan
seperjuangan. Terima kasih diucapkan kerana sudi memberikan tunjuk ajar, kerjasama
yang baik, perkongsian idea dan pandangan serta kritikan yang membina agar projek
ini dapat dihasilkan dengan baik dan sempurna. Semoga segala usaha dan cita-cita
diberkati Allah S.W.T.
Akhir sekali, ucapan tarima kasih yang tidak terhingga kepada para pensyarah
dan pihak-pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak. Segala budi dan
jasa yang dicurahkan hanya Allah S.W.T. yang dapat membalasnya. Semoga kita
beroleh rahmat dan perlindungan dari Allah S.W.T.
Sekian. Wassalam…
v
ABSTRAK
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada
masyarakat Islam khususnya wanita tentang musafir. Aspek yang dikaji adalah
berkaitan tentang persepsi wanita siswi SPI,UTM bermusafir menurut Mazhab
Syafie. Kajian ini berbentuk kualitatif dan menggunakan metadologi pengumpulan
data dan metode analisis data. Penyelidik telah menjalankan temubual terhadap 7
orang siswi SPI, UTM yang telah dipilih sebagai responden. Kajian ini dijalankan
untuk mengetahui tentang hukum wanita bermusafir menurut Mazhab Syafie, konsep
bermusafir bagi wanita dalam menuntut ilmu pada masa kini dan adab-adab yang
perlu dijaga wanita ketika bermusafir. Secara keseluruhannya, dapatan kajian
menunjukkan bahawa tidak ada halangan wanita bermusafir tanpa ditemani mahram
untuk menuntut ilmu pada hari ini dalam suasana yang menunjukkan keamanan dan
ketenteraman serta mempunyai kemudahan pengangkutan selagi wanita menjaga
adab-adab ketika bermusafir. Di harap kajian ini dapat memberi kefahaman dan
manfaat kepada individu dan masyarakat Islam tentang hukum wanita bermusafir
menurut Mazhab Syafie.
vi
ABSRACT
This study was conducted to give knowledge to the Muslim community,
especially women, about the travel. The research is related to the perception women (
SPI, UTM student) traveling by “Mazhab Syafie”. The study is qualitative and the
methodologies are data collection and data analysis. Researchers conducted interview
with seven female students from SPI, UTM who was chosen as the respondent. The
study was conducted to find out about the law of women traveling by “Mazhab
Syafie”, the concept of travel for women to study at present and the ethics in which
women has to take care when traveling. Overall, the study shows that there is no ban
on travelng without the company of a mahram to study in a place that showed the
atmosphere of peace and order and transport facilities as long as women maintain
adab when traveling. It is hoped that this study will provide understanding and
benefits to individuals and the Muslim community about the law of women traveling
by “Mazhab Syafie”.
vii
SENARAI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
SENARAI KANDUNGAN vii
SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN xii
SENARAI LAMPIRAN
BAB I PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang 5
1.3 Pernyata Masalah 11
1.4 Objektif Kajian 11
1.5 Persoalan Kajian 12
1.6 Kepentingan Kajian 13
1.7 Batasan kajian 13
viii
1.8 Definisi istilah 14
1.9 Penutup 17
BAB 2 SOROTAN KAJIAN 18
2.1 Pendahuluan 18
2.2 Definisi Musafir 19
2.3 Perkara Yang Menyebabkan Bermusafir 21
2.4 Hukum Bermusafir 22
2.4.1 Hukum Yang Diharamkan Dan
Dimakhruhkan Bermusafir 23
2.4.2 Hukum Yang Diwajibkan Dan
Disunatkan Bermusafir 23
2.4.3 Hukum Yang Diharuskan Bermusafir 24
2.5 Dalil Hukum Wanita Bermusafir 24
2.6 Pendapat Mazhab Syafie Tentang
Hukum Wanita Bermusafir 27
ix
2.7 Fatwa Wanita Musafir Tanpa Mahram 32
2.7.1 Diharuskan Musafir Bagi Wanita Untuk
Tujuan Menunaikan Haji Sunat
Atau Umrah Sunat 32
2.7.2 Diharuskan Musafir Bagi Wanita
Untuk Tujuan Ziarah 34
2.8 Adab-Adab Musafir 36
2.9 Kajian Lepas 39
2.10 Penutup 43
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 44
3.1 Pendahuluan 44
3.2 Rekabentuk Kajian 45
3.3 Metode Pengumpulan Data 46
3.3.1 Metode Dokumentasi 46
3.3.2 Metode Penyelidikan Perpustakaan 47
3.3.3 Metode Temubual 47
3.4 Metode Analisis Data 49
3.4.1 Metod Induktif 49
3.5 Penutup 50
x
BAB 4 DAPATAN KAJIAN 51
4.1 Pendahuluan 51
4.2 Konsep Musafir Bagi Wanita Menuntut
Ilmu Pada Masa Kini 51
4.2.1 Pengetahuan Responden Tentang Hukum Wanita
Bermusafir Menurut Mazhab Syafie. 52
4.2.1 Pengetahuan Responden Tentang Konsep Musafir Bagi
Wanita Dalam Menuntut Ilmu Pada Masa Kini. 59
4.2.1 Pengetahuan Responden Tentang Adab-Adab
Ketika Bermusafir 62
5.2.3 Penutup 64
BAB 5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 65
5.1 Pendahuluan 65
5.2 Perbincangan 66
5.2.1 Pengetahuan pelajar wanita tentang hukum wanita
bermusafir menurut Mazhab Syafie. 66
5.2.2 Pengetahuan Responden Tentang Konsep Musafir
Bagi Wanita Dalam Menuntut Ilmu Pada Masa Kini. 68
xi
5.2.3 Pengetahuan Responden Tentang Adab-Adab
Ketika Bermusafir 71
5.3 kesimpulan 72
5.4 Cadangan 74
5.4.1 Ibu bapa 74
5.4.2 Masyarakat 74
5.4.3 Sekolah 75
5.4.4 Majlis Agama Islam 75
5.5 Kajian Lanjutan 76
5.6 Penutup 77
BIBLIOGRAFI 78
LAMPIRAN
xii
SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN
S.W.T - Subhanahuwata‟ala
S.A.W - Sallawahu‟alaihiwasallam
A.S - „Alaihissalam
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia
R.A - Radhiallahua„nhu
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Islam agama yang mudah dan memudahkan, di samping itu juga ia adalah
sebuah agama yang amat sesuai serta bersesuaian dengan fitrah dan naluri hidup
manusia. Syariat Islam berdiri atas dasar kemudahan, bukan kesulitan dan kesukaran.
Al-Qardhawi menjelaskan bahawa manusia kini sangat memerlukan kepada
kemudahan fiqh. Kewajipan fiqh masa kini adalah untuk menjawab pertanyaan
masyarakat umum kerana setiap masalah yang terjadi dalam kehidupan manusia pasti
mempunyai aturan hukum dalam syariat Islam. Dimaksudkan dengan kemudahan
fiqh itu adalah dalam dua hal iaitu mempermudahkan kefahaman bagi seorang
muslim kini yang sibuk dengan urusan kehidupan yang dipenuhi dengan ledakan
maklumat dan ilmu pengetahuan dan mempermudahkan hukum-hukumnya itu
sendiri agar mudah dilaksanakan dan diamalkan sambil menghindari sikap
memberatkan dan menyulitkan serta memilih pendapat yang ringan dan mudah
(http://www.mindamadani.my).
2
Rukhsah ertinya ialah suatu hukum syara‟ yang memberi kemudahan atau
kelonggaran untuk mengerjakan suatu hukum syarak yang berat dan ia diberikan
hanya kepada orang-orang yang ada keuzuran syar‟ie seperti musafir, sakit atau
sedang menghadapi sesuatu kesusahan yang tidak dapat dielakkan (Abdul
Latif,2000:141-142).
Sebagaimana dalam firman Allah :
Maksud: “(beberapa hari yang ditentukan itu ialah)
bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan
(permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia
dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan
pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu,
barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat
tinggalnya) di bulan itu, Maka hendaklah ia berpuasa
pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam
perjalanan (lalu ia berbuka), Maka (wajiblah baginya
berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu,
pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki
kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran
bagimu. dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya
dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas
petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu
bersyukur.”
(Surah Al-Baqarah,2:185)
3
Daripada Anas bin Malik: Rasulullah s.a.w telah bersabda:
يسروا وال تعسروا
Maksudnya: “Permudahkan janganlah menyukarkan.”
Contohnya orang yang bermusafir dengan meninggalkan rumahtangga dan
kampung halaman diberikan kelonggaran dan kemudahan dalam mengerjakan
perintah-perintah syara‟ yang tertentu seperti sembahyang fardu dan berpuasa pada
bulan Ramadhan.
Firman Allah S.W.T:
Maksudnya: “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa
itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-
Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan
menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan
4
petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang
benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara
kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau
mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu;
dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka
(bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa)
sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang
lain.
(Surah Al-Baqarah,2:185)
Dalam konteks lain rukhsah membawa maksud supaya syariat Islam itu dapat
dilaksanakan oleh mukallaf bila dan di mana sahaja ia berada. Ia selaras juga dengan
apa yang dijelaskan oleh Syeikh „Izz Al-Din Bin Abd Al-Salam, di mana syariat Islam
itu dibina atas dasar apabila sesuatu perkara itu sukar dan sempit, ia menjadi mudah
dan luas. Hal tersebut adalah selaras dengan kedatangan syariat Islam itu adalah untuk
membawa kebahagiaan kepada umatnya atau manusia di dunia dan akhirat (Abdul
Latif, 2000:153).
Kelalaian memahami maqasid syariah akan menyebabkan kekeliruan yang
besar dalam fiqh bahkan ia berkemungkinan menyebabkan Islam dianggap tidak
sesuai dengan zaman dan tempat. Oleh itu, al-Qardhawi menyeru agar setiap fuqaha
memahami dan mendalami maqasid syariah dari nas-nas yang ada dan membuat
penelitian dan menyelami maksud-maksud serta menghubungkan antara juz‟i dengan
kulli, mengembalikan yang furu‟ (cabang) kepada usul (pokok) dan mengukuhkan
antara hukum dengan hukum yang lain sehingga semua serba teratur dan saling
mengisi antara satu dengan yang lain. Kesemua itu disertai dengan keyakinan bahawa
syariat Islam tidak membezakan antara dua hal yang sama dan menyamakan dua hal
yang berbeza (http://www.mindamadani.my).
5
Menurut Abdul Basit Abdul Rahman pula syariat Islam tidak berubah
mengikut perubahan seseorang. Beliau mengatakan yang berubah ialah perlaksanaan
kepada perundangan. Ini kerana syariat Islam itu pada hakikatnya satu sahaja.
Perundangan selain dari ibadat, sedikit sahaja yang disebut secara terperinci, memadai
dengan meletakkan asas-asas umum dan kaedah-kaedah yang sempurna. Di bawahnya
pula terdapat cabang-cabang (furu‟) yang banyak, cabang-cabang inilah yang boleh
berubah. Prinsip asasnya, sabit, tidak berganjak dan tidak berubah, kecuali berbeza
pemahaman para ulama‟ tentangnya.
Oleh itu, Allah S.W.T menurunkan syariat (hukum) Islam untuk mengatur
kehidupan manusia sama ada selaku peribadi atau selaku masyarakat. Hukum Islam
bertujuan untuk mewujudkan kebaikan hidup yang sempurna. Dengan demikian
jelaslah bahawa tujuan syariat Islam adalah untuk kepentingan, kebahagian,
kesejahteraan, dan keselamatan umat manusia di dunia dan akhirat.
1.2 Latar Belakang
Sebagai suatu sistem ajaran yang suci, Islam memandang wanita sebagai
makhluk manusiawi dan memiliki roh yang sama dengan kaum lelaki. Firman Allah:
6
Maksudnya: “Hai sekalian manusia, bertakwalah
kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari
seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan
isterinya; dan dari pada keduanya Allah
memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang
banyak. dan bertakwalah kepada Allah yang dengan
(mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu
sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim.
Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi
kamu.”
(Surah An-Nisa’,4:1)
Nyata sekali bahawa wanita dan laki-laki memiliki kesatuan asal, kediaman
dan tempat kembali. Mereka semua memiliki hak sama untuk hidup dan kehormatan
serta seluruh hak yang bertautan dengan hak hidup (Fatimah Muhammad Ali, 2002:
10-11).
Demikian juga balasan yang akan diperolehi kedua jenis manusia itu di akhirat
pun sama. Firman Allah:
7
Maksudnya: "Sesungguhnya Aku tidak menyia-
nyiakan amal orang-orang yang beramal di
antara kamu, baik laki-laki atau perempuan,
(kerana) sebagian kamu adalah turunan dari
sebagian yang lain. Maka orang-orang yang
berhijrah, yang diusir dari kampung
halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang
berperang dan yang dibunuh, pastilah akan Ku-
hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan
pastilah Aku masukkan mereka ke dalam syurga
yang mengalir sungai-sungai di bawahnya,
sebagai pahala di sisi Allah. Dan Allah pada
sisi-Nya pahala yang baik."
(Surah Ali Imran,3:195)
Antara perkara yang menunjukkan keperihatinan syara‟ berhubung kebebasan
wanita dan hak mereka ialah menetapkan disiplin mereka bermusafir. Wanita
8
mempunyai hak sama dengan lelaki dari segi kehidupan sosial. Mereka ada hak
berekonomi, berpolitik dan bersosial sebagaimana lelaki.
Namun demi menjaga nilai hidup masyarakat dihormati, Islam telah
menggariskan panduan dan peraturan tertentu sesuai dengan tabiat mereka apabila
mereka menggunakan hak-hak mereka tersebut.
Amalan mengembara dan berjalan jauh demi mencari ilmu telah menjadi
budaya para sahabat dan alim ulama‟ zaman silam. Pada dasarnya mengembara
menuntut ilmu adalah harus. Malah pada suatu peringkat, mengembara bagi tujuan
menuntut ilmu menjadi sunat atau wajib. Wanita Islam juga diberi peluang
menghayati budaya menuntut ilmu walaupun pada dasarnya terdapat ketetapan syara‟
yang melarang mereka daripada mengembara jauh tanpa suami atau mahram
(Kamarul Azmi Jasmi, 2008:15-16).
Wanita juga dituntut menuntut ilmu dan tentunya keluar untuk menuntut ilmu
adalah salah satu keperluan yang diizinkan oleh syariat, apalagi jika yang dituntutnya
adalah ilmu yang berkaitan dengan pelaksanaan kewajibannya. Dengan ini tidaklah
diragukan lagi bahawa perempuan sama darjat dengan lelaki dalam menunaikan
kewajiban menjalankan perintah Allah. Tiada jalan untuk memahami dan
menjalankan kewajiban tersebut sesuai dengan tuntutannya yang benar kecuali
dengan cara menuntut ilmu agama.
9
Dalam sejarah Islam, pada zaman Rasulullah S.A.W ada diceritakan ramai
para sahabiyyah yang datang bertanya dan mempelajari ilmu daripada Rasulullah
seperti Sulaim binti Milham, Fatimah bin Hubaisy, Asma binti Yazid dan lain-lain
lagi. Mereka ini tanpa rasa malu untuk bertanya permasalahan agama (Muhammad
Abdul Wahhab, 2003:95-96).
Tercatat dalam sejarah, bagaimana semangatnya para sahabiyyah dalam
menuntut ilmu dan bertanya akan berbagai masalah yang mereka hadapi tanpa
terhalangi oleh rasa malu mereka. Hal tersebut menunjukkan kewajiban menuntut
ilmu yang tertanam dalam jiwa-jiwa mereka yang terpuji. Aisyah radhiyallahu „anha
berkata:
وعم الىساء وساء الوصار لم يكه يمىعهه الحياء أن
يه ي هه الل
Maksudnya: “Sebaik-baik perempuan adalah para
perempuan Ansor. Tidaklah rasa malu menghalangi
mereka untuk tafaqquh (memperdalam pemahaman)
dalam agama”.
Masih banyak dalil yang menunjukkan kewajiban seorang perempuan
untuk menuntut ilmu. Bahkan seluruh dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah
yang menjelaskan tentang kewajiban dan keutamaan menuntut ilmu juga
termasuk dalil akan wajibnya perempuan menuntut ilmu, kerana perintah
pada dalil-dalil itu adalah umum mencakup seluruh umat sama ada laki-laki
atau perempuan (http://nisabintuluilmu.blogspot.com,2010).
10
Pada hari ini, bidang ilmu pengetahuan semakin luas dan rencam. Banyak
pekerjaan yang memerlukan kepakaran wanita seperti ilmu perubatan, ilmu
pendidikan, ilmu sains dan rumah tangga, ilmu biologi wanita dan banyak lagi.
Dengan itu wanita perlu malah dituntut untuk mempelajari ilmu-ilmu tersebut kerana
mereka juga berperanan dalam pembinaan tamadun Islam walau di mana mereka
berada selagi mereka menjaga batasan syariat (Kamarul Azmi Jasmi, 2008:16).
Isu yang menjadi penting berkaitan dengan hak wanita dan kebebasan mereka
ialah kebebasan bergerak dan bermusafir pada masa kini. Pada hari ini, kita juga dapat
lihat di Malaysia, majoriti anak-anak perempuan dan para wanita belajar atau bekerja
di luar negara atau di luar daerah tempat tinggal atau suami melepaskan isteri ke “out-
station”. Di sinilah timbul persoalan dalam kalangan para wanita bolehkah wanita
bermusafir tanpa ditemani mahram? Bagaimanakah perlaksanaan hukumnya? Seperti
yang sedia maklum, ada hadis-hadis dan perbahasan yang membicarakan wanita yang
hendak bermusafir perlu bersama mahram ataupun suami.
Terdapat banyak perbahasan mengenai perkara ini dalam kalangan ulama‟.
Pada asalnya perbincangan mengenai perkara ini timbul apabila ulama‟ mencari
jawapan kepada masalah wanita keluar untuk menunaikan haji. Perbahasan ini
dipanjangkan lagi dalam usaha untuk mencari jawapan kepada hukum musafir jika
dalam keadaan ketiadaan mahram dan perjalanan safar yang lain (selain haji) yang
harus pada sisi syarak.
Apabila diteliti dan difahami ke atas hadis-hadis yang melarang wanita
bermusafir pada masa itu kerana mempunyai illah (sebab) demi untuk menjaga
kemulian, maruah dan keselamatan wanita yang dikelilingi dengan bahaya apabila
11
terpaksa melalui tanah kosong yang panjang, terdedah kepada pencuri, perompak dan
sebagainya.
Menurut Yusof al-Qardhawi, ketika keadaan sudah berbeza, contohnya unta
bertukar kapal terbang yang penumpangnya ramai, tidak ada lagi kecurigaan
mendatangkan bahaya bagi wanita bersendirian, hukumnya turut berubah. Yusuf al-
Qardhawi juga menimbangkan hukum berasaskan uruf atau adat setempat
(http://halaqah.net).
1.3 Pernyata Masalah
Pada masa kini, perkembangan ilmu semakin meluas dan menawarkan banyak
kepakaran yang sesuai untuk wanita. Justeru itu, wanita perlu menuntut ilmu untuk
menjadi pakar dalam sesuatu bidang dan untuk menuntut ilmu wanita perlu keluar
dari kediamannya ke institusi pendidikan sama ada di dalam negeri atau luar negeri.
Bila diperhatikan, majoriti pelajar wanita untuk pergi ke institusi pendidikan tidak
ditemani oleh mahram. Adakah ini bertepatan dengan hukum wanita bermusafir?
Justeru penyelidik merasa perlu membuat kajian tentang perkara ini.
12
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk memenuhi objektif berikut:
1.4.1 Mengetahui tahap pengetahuan wanita (siswi SPI, UTM) tentang
hukum wanita bermusafir menurut Mazhab Syafie.
1.4.2 Mengetahui pengetahuan wanita (siswi SPI, UTM) tentang konsep
musafir bagi wanita dalam menuntut ilmu pada masa kini.
1.4.3 Mengenal pasti pengetahuan wanita (siwi SPI, UTM) tentang adab-
adab bermusafir.
1.5 Persoalan Kajian
Penyelidik berharap agar kajian ini dapat menjawab beberapa persoalan
seperti yang dinyatakan di bawah :
1.5.1 Apakah tahap pengetahuan wanita (siswi SPI, UTM) tentang hukum
wanita bermusafir menurut Mazhab Syafie?
13
1.5.2 Apakah tahap pengetahuan wanita (siswi SPI, UTM) tentang konsep
musafir bagi wanita dalam menuntut ilmu pada masa kini?
1.5.3 Apakah tahap pengetahuan wanita (siswi SPI, UTM) tentang adab-
adab bermusafir?
1.6 Kepentingan Kajian
Harapan penyelidik agar kajian yang dilakukan ini dapat memberi manfaat
kepada wanita dan masyarakat Islam. Kajian yang dijalankan ini mempunyai
beberapa kepentingan iaitu:
1.6.1 Memberi garis panduan kepada wanita tentang hukum wanita
bermusafir menurut Mazhab Syafie.
1.6.2 Memberi kefahaman kepada wanita tentang konsep musafir bagi
wanita dalam menuntut ilmu pada masa kini.
1.6.3 Memberi kesedaran dan pengetahuan kepada wanita tentang adab-adab
bermusafir yang perlu dijaga.
14
1.7 Batasan Kajian
Kajian yang dijalankan ini melibatkan pelajar wanita SPI Universiti Teknologi
Malaysia di Skudai Johor Bahru. Penyelidik memilih untuk menjalankan kajian
kepada pelajar wanita SPI, UTM.
Dalam skop kajian penyelidik hanya melihat kepada aspek hukum wanita
bermusafir menurut Mazhab Syafie, konsep bagi wanita musafir untuk menuntut ilmu
pada masa kini, dan adab-adab wanita bermusafir.
1.8 Definisi Istilah
Istilah yang digunakan dalam penulisan ini berhubung dengan istilah-istilah
yang spesifik berkaitan dengan kajian yang dijalankan. Ini bertujuan untuk mengelak
dari memahami kajian dengan persepsi yang berbeza seperti yang dikehendaki dalam
sesuatu kajian. Ia juga membantu pembaca memahami dengan lebih jelas setiap isu
yang dibincangkan. Dalam kajian ini beberapa definisi digunakan dan berikut
merupakan maksud setiap perkataan. Definisi tajuk kajian, “ Hukum Wanita
Bermusafir Mazhab Syafie ” adalah seperti berikut:
15
1.7.2 Wanita
Wanita ialah orang perempuan lawan kepada lelaki, kaum ibu dan mempunyai
perkembangan ciri-ciri kewanitaan (Kamus Dewan,2007:1800).
Maksud wanita juga ialah perempuan yang memiiki sifat-sifat wanita (Abdul
Aziz,2000:1249).
1.7.3 Bermusafir
Maksud bermusafir ialah melakukan perjalanan, orang berpergian atau
pengembaraan (Kamus Dewan,2007: 1058).
Bermusafir juga bermaksud pengembaraan Islam, orang Islam yang masih
dalam perjalanan yang jauh (Abdul Aziz.2000:786).
Selain itu, bermusafir juga bermaksud orang pelayaran, orang mengembara
baik di darat atau di laut (Muhammad Said Sulaiman,1997:891)
16
1.7.4 Mazhab
Mazhab boleh didefinisikan sebagai cabang ajaran Islam yang diikuti oleh
umat Islam (Kamus Dewan,2007:1010).
Mazhab juga dapat difahami sebagai aliran fahaman agama Islam yang di
bawa oleh aliran tertentu ( Syafie,Hambali,Maliki, dan Hanafi ) dan ajaran yang
terdapat dalam agama Kristian yang tidak menyeleweng daripada ajaran yang asal
atau asli (Abdul Aziz,2000:745).
Mazhab juga bermaksud pasukan, jalan fikiran yang diikuti oleh satu pihak
terutama di antara ahli sesuatu agama (Muhammad Said Sulaiman,1997:885).
1.7.5 Syafie
Syafie juga ialah seorang dari Imam yang empat bagi turutan pada perkara
feqah dalam agama Islam. Orang melayu memakai imam ini untuk panduan dalam
serba serbi (Muhammad Said Sulaiman,1997:543).
top related