penyakit buah pinggang
Post on 02-Jun-2018
257 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
8/11/2019 Penyakit Buah Pinggang
1/22
1
1.0 Pengenalan
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail telah menyediakan satu kursus
elektif iaitu Anatomi dan Fisiologi bagi siswa guru major kursus Ijazah Sarjana Muda
Perguruan Pendidikan Sejarah Pendidikan Rendah untuk semester 3 pengajian.
Kursus ini adalah satu inisiatif yang disediakn sebagai satu pemantapan ke arah
menjadi bakal guru yang berintegriti dan menyeluruh dalam semua aspek selaras
dengan hasrat kerajaan Malaysia mencapai maju pada tahun 2020.
Untuk memenuhi keperluan dalam kursus Anatomi dan Fisiologi, Jabatan
Pendidikan Jasmani IPG KDRI telah menyediakan satu tugasan projek penulisan
ilmiah mengenai kajian kegagalan fungsi sistem badan. Berpandukan sukatan
tugasan projek ini, guru pelatih akan dapat mengenalpasti satu daripada kegagalan
fungsi sistem badan serta dapat menjalankan temuramah dengan pesakit yang
berkaitan dengan kegagalan system yang dipilih. Selain itu, guru pelatih juga dapat
mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk memperolehi pemahaman
yang koheren tentang salah satu daripada system badan serta mengintegrasikan
kemahiran yang dipelajari dengan kemahiran teknologi maklumat melalui
penyediaan satu bahan bantu mengajar dalam bentuk vedio salah satu daripada
sistem badan.
Berdasarkan kepada tugasan untuk memilih kegagalan sistem tubuh badan,
saya memilih penyakit kegagalan fungsi buah pinggang atau dikenali sebagai renal
failure. Melalui pembacaan pengkajian saya, antara punca-punca utama penyakit
buah pinggang ialah kerap tahan kencing, kurang minum air, suka makan makanan
masin, suka minum minuman bergas, kerap kena jangkitan 'kencing kotor' (Urinary
Track Infection) dan tidak dirawat dengan sempurna, kerap makan daging merah
dan Seafood (Tinggi Uric Acid), kerap makan pil tahan sakit, merokok, obesity,
alcohol, penyakit darah tinggi dan kencing manis yang tidak terkawal.
Secara umumnya, simpton atau tanda awal penyakit kegagalan buah
pinggang ialah tubuh mudah letih, mudah penat dan semput apabila membuat kerja
lasak, ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil, darah keluar,
darah keluar bersama-sama air kencing, perubahan pada kekerapan membuang air
kecil, sakit belakang, kerap membuang air kecil, terutama pada tengah malam dan
bengkak pada pergelangan kaki dan mata. Penyakit buah pinggang ini juga
-
8/11/2019 Penyakit Buah Pinggang
2/22
2
mempunyai tahap-tahap tertentu iaitu pada peringkat utama dan kedua adalah
peringkat yang menunjukkan masalah buah pinggang ini agak minima. Manakala
pada peringkat ketiga pula pesakit akan mengalami anemia atau penyakit tulang
peringkat awal. Bagi pesakit yang sudah berada diperingkat keempat dan kelima,
pesakit perlulah menjalani permindahan organ atau menjalani rawatan dialysis.
Terdapat beberapa rawatan secara tradisional seperti buah kulim, memakan madu,
air tombong kelapa dan sebagainya untuk mengubati dan mencegah symptom
daripada berlaku.
Namun, antara rawatan yang paling popular dalam kalangan pesakit buah
pinggang kronik ialah melalui rawatan hemodialisis. Ia akibat daripada buah
pinggang yang langsung tidak berfungsi dan mereka terpaksa melalui rawatan iniseumur hidup. Hemodialisis ialah satu daripada kaedah rawatan gantian ginjal yang
menggunakan mesin hemodialisis, tiga kali seminggu, sekurang-kurangnya 4 jam
setiap sesi rawatan. Rawatan boleh dilakukan di pusat rawatan hemodialisis atau di
rumah. Manakala, rawatan yang kedua ialah melalui pemindahan buah pinggang. Ia
adalah pembedahan memindahkan buah pinggang sihat ke pesakit buah pinggang.
Buah pinggang baru ini melakukan fungsi yang tidak dapat dilakukan oleh buah
pinggang anda yang telah rosak. Dialisis diperlukan sementara menunggu
pemindahan dilakukan. Biasanya sumber buah pinggang yang dipindahkan melalui
ahli keluarga yang mempunyai padanan tisu sama yang paling hampir tetapi orang
luar juga mampu menderma jika sesuai ataupun mereka yang ingin menderma
organ setelah mereka meninggal.
-
8/11/2019 Penyakit Buah Pinggang
3/22
3
2.0 Biodata Pesakit
Gambar 1. Menunjukkan pesakit, iaitu Mohamed Noor Bin Salleh bersama isterinya
berselera menjamu makanan sebelum ke pusat rawatan Hospital Kuala
Krai untuk melakukan hemodialisis darah.
Saya memilih pesakit yang menghidap penyakit buah pinggang kerana pesakit jugaada pertalian darah dengan saya yang mana pesakit tersebut ialah ayah kepada ibu
saya. Hasil daripada temu bual bersamanya, banyak input yang saya perolehi
disamping dapat mengetahui secara spesifik tentang penyakit yang di hadapinya.
Nama beliau ialah Mohamed Noor bin Salleh. Dia tinggal di Kampung Chuchuh Putri
dalam Jajahan Kuala Krai, Kelantan. Dia mempunyai tiga orang isteri iaitu yang
pertama bernama Siti Rukiah Muhammad, yang kedua Nur Anisah Mahmod dan
isteri yang ketiga Siti Saleha Yahaya. Dia juga mempunyai 14 orang anak dan 8
orang cucu. Mohamed Nor juga telah bersara daripada kerjaya hidupnya sebagai
-
8/11/2019 Penyakit Buah Pinggang
4/22
4
usahawan dan meluangkan sepanjang masa hidupnya di rumah dengan berehat
atau bermain dengan cucunya. Antara anaknya yang berjaya ialah ibu saya sendiri
iaitu Norizam bt Mohamed Noor yang bekerja sebagai guru sekolah dan ibu saudara
saya, Norma bt Mohamed Noor yang bekerja sebagai usahawan getah. Kebanyakan
anak-anaknya menceburi bidang perniagaan getah sejak beliau menjadi usahawan
getah pada tahun 1980 lagi. Kini dia terpaksa melakukan rawatan hemodialisis dan
setiap ahli keluarganya bertanggungjawab menghantarnya ke Hospital Jajahan
Kuala Krai setiap tiga kali seminggu untuk melakukan rawatan tersebut.
Dalam menyusuri sedikit sebanyak sejarah hidupnya, dia dahulunya seorang
penjaja roti di Bandar Kota Bharu. Selepas itu, dia berhijrah dari tempat asalnya di
Bachok ke Kuala Krai untuk menceburi bidang pekerjaan yang baru iaitu sebagaipenoreh getah. Kemudian selepas 10 tahun sebagai penoreh getah, dia memulakan
perniagaan baru sebagai pembeli getah kepada semua penduduk Kampung
Chuchuh Putri A dan B untuk dijual kepada pengilang getah. Penghijrahannya
daripada Bachok ke Kuala Krai akibat daripada inisiatifnya menyambut baik usaha
yang dilakukan oleh kerajaan negeri Kelantan bagi mewujudkan usahawan getah
yang berjaya melalui sumbangan insentif untuk peneroka baru di Kuala Krai untuk
membuka ladang getah yang diusahakan oleh KESEDAR Kelantan.
Perubahan sosio ekonominya sebagai seorang yang berpendapatan rendah
sehingga menjadi orang yang berada menyebabkan gaya hidupnya turut berubah.
Hidupnya daripada seorang gigih bekerja sebagai peniaga dan penoreh kepada
seorang usahawan yang berjaya. Malah dia sendiri berkemampuan mengubah
rumahnya menjadi lebih besar dan mampu membeli kereta mewah. Ini dapat
digambarkan melalui perbualan saya dengan isternya sendiri iaitu Rukiah.
Menurutnya pada zaman beliau menjadi kaya, dia sanggup menghabiskan duitsebanyak RM80 ribu tunai untuk membayar muka kereta tersebut. Selain itu,
Mohamed Noor juga bekerja sebagai bilal Masjid as-Syakirin di Kampung Chuchuh
Putri B. Daripada hasil pendapatannya yang tinggi, dia juga telah membesarkan
masjid as-Syakirin disebabkan jumlah Jemaah yang bertambah dan mengelakkan
daripada kesesakan berlaku.
Mohamed Noor juga gemar memakan makanan darat dan daging lembu. Dia
sering kali membawa balik ikan haruan, ikan keli atau ikan patin yang bersaiz besar
-
8/11/2019 Penyakit Buah Pinggang
5/22
5
untuk dimakan. Kadangkala dia juga sering kali menyuruh isterinya memasask
daging gulai atau daging goreng kerana daging juga adalah sebahagian daripada
makanan kegemarannya. Selain itu, dia juga suka memakan makanan manis
sebagai pencucui mulut seperti kuih donut, cek mek, tepung boko dan sebagainya
selepas makan. Dia juga sering tidur selepas makan kerana terlalu mengantuk
disebabkan kenyang akibat makan terlalu banyak. Dalam kesibukan rutin hariannya
bekerja sebagai pembeli getah, dia tiada masa untuk bersenam atau merancang
pemakanan yang seimbang yang bersesuaian dengan usianya sebagai warga emas.
Isterinya sering mengeluh dan merungut akibat sikap dia yang tidak suka
mendengar nasihatnya. Malah dia sendiri memarahi isterinya jika memasak
makanan yang terlalu tawar atau tidak manis dan masin. Disamping itu, dia jugamenyuruh isterinya memasukkan perasa tambahan seperti Ajinomoto untuk
menyedapkan masakan. Tambahan pula, dia juga sering meminum minuman sejuk
dan manis seperti Teh Ais dan Teh O Ais setiap kali selepas makan atau selepas
balik dari bekerja. Akibat pengambilan makanan yang tidak terurus dan tidak
mengamalkan gaya hidup sihat, dia telah disahkan oleh doktor bahawa beliau telah
menghidapi penyakit diabetes atau dikenali sebagai kencing manis di tahap yang
kronik. Akibat penyakit kencing manis yang teruk, ia telah memberi kesan kepada
penyakit yang dihidapinya sekarang iaitu penyakit kegagalan buah pinggang.
-
8/11/2019 Penyakit Buah Pinggang
6/22
6
3.0 Punca dan Simptom Penyakit Buah Pinggang Yang Dialami
Sebelum ulasan lebih lanjut mengenai punca penyakit buah pinggang kepada saya,
saya telah mengalami beberapa kepayahan yang nyata semasa melakukan temu
bual bersama pesakit iaitu kesukaran berkomunikasi. Mohamed Noor juga
mempunyai masalah pendengaran yang teruk dan saya terpaksa bercakap
dengannya menggunakan nada yang tinggi sehingga menganggu ketenteraman
pesakit lain di hospital.
Secara umumnya saya ingin mengulas sedikit fakta mengenai penyakit buah
pinggang yang berlaku di Malaysia beserta punca-punca disebalik simptom ini
berlaku dalam akhbar Berita Harian yang bertarikh 23 Mac 2014. Secara purata
sebanyak 28,000 penyakit buah pinggang di tahap kritikal di Malaysia buat masa
sekarang dan sebanyak 5,000 pesakit buah pinggang yang baru setiap tahun.
Penyakit ini membabitkan beberapa faktor yang saling berkait rapat dengan kencing
manis, darah tinggi, penggunaan ubat tidak mengikut kaedah yang betul selain
daripada jangkitan kuman. Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati kira-kira 58peratus pesakit buah pinggang berpunca daripada kencing manis membabitkan 20
peratus mereka berusia 30 thaun, manakala 15 peratus golongan muda berusia 18
tahun. (Datuk Dr. Azmi Shafie. 2014)
Gambar 2. Gambar contoh mengenai penyakit buah pinggang ditahap kritikal. Pada
-
8/11/2019 Penyakit Buah Pinggang
7/22
7
tahap ini buah pinggang pesakit tidak lagi berfungsi sepenuhnya kecuali
melalui rawatan hemodialisis atau menggantikan buah pinggang baru.
Jika merujuk kepada Mohamed Noor, penyakit yang dialaminya sekarang
adalah akibat daripada kedegilannya mendengar nasihat isterinya dan orang laindalam mengawal pemakanannya. Selain itu, beliau juga gagal mendisiplinkan diri
untuk memakan ubat yang ditetapkan oleh doktor pakar pada peringkat awal dia
mengalami penyakit tersebut. Gaya hidup sihat yang tidak diamalkan selain tidak
ada kesedaran daripada berhenti merokok. Menurut isterinya Rukiah, dia merupakan
seorang suka merokok sejak dari awal pernikahannya bersama isterinya
sehinggalah dia mencecah umur 80 tahun sekarang. Tambahan pula, dia seorang
yang makan banyak, cederung untuk menambah nasi sehingga 2 pinggan setiap kali
makan dan suka menyuruh isterinya menambah perasa dalam makanan serta sering
meminum minuman yang manis selepas makan. Melalui isterinya juga, Mohamed
Noor merokok tidak kurang daripada sekotak rokok setiap hari dan sekartun rokok
setiap dua minggu dan bukti ini dapat dikukuhkan melalui cucunya yang selalu
menghantarnya membuat rawatan hemodialisis di HKK yang mana Mohamed Noor
merokok sepanjang perjalanan ke hospital walaupun dia sedar bahawa dia telah
mengalami penyakit yang sangat teruk dan kronik.
Mohamed Noor juga kurang kesedaran tentang penjagaan makanan dan
inisiatif lain untuk mengekalkan dia terus sihat. Sememangnya umum mengetahui
bahawa kerosakan buah pinggang adalah kesan daripada penyakit kencing manis
dan darah tinggi. Berbalik kepada penjagaan makanan ini, doktor menyuruhnya
menjaga makanan mengikut kalori dalam garis panduan pemakanan sihat untuk
penghidap penyakit kencing manis yang diberikan kepadanya. Namun, beliau tidak
mengendahkan nasihat doktor dan meneruskan tabiat lamanya tanpa memikirkan
kesan yang berlaku. Selain itu juga, Mohamad Noor sudah lama tidak menjalani
pemeriksaan kesihatan sejak beliau bekerja sebagai seorang usahawan. Justeru,
ramai orang beranggapan mereka cukup sihat, walaupun bertahun-tahun tidak
menjalani pemeriksaaan kesihatan. Itulah sebenarnya penyakit kronik. Kehadirannya
tidak dirasai dan pesakit boleh menjalankan kegiatan harian tanpa masalah kerana
kesan hanya timbul apabila penyakit sampai ke tahap yang serius.
Kesan daripada tabiat lama dan kurangnya disiplin dalam pemakanan, beliautelah disahkan menghidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi di tahap
-
8/11/2019 Penyakit Buah Pinggang
8/22
8
yang kronik selama 5 tahun sebelum mengalami penyakit kerosakan pada buah
pinggang. Selain itu, terdapat perubahan fizikal tubuh badannya. Mohamed Noor
yang dahulunya seorang yang sihat dan mampu memandu kereta sendiri, sekarang
dia tidak mampu berjalan dengan lancar, menggunakan tongkat, tulang belakangnya
bongkok, matanya selalu merah dan berair, tubuh badannya semakin kurus kering,
kerap meminum air dan sering kali membuang air kecil pada waktu.
Semasa temu bual bersamanya juga dia ada memberitahu bahawa terdapat
darah dalam air kencing apabila dia hendak membuang air kecil dan sekeliling mata
serta buku lalinya sering kali membengkak. Beliau juga rasa ketidakselesaan atau
rasa terbakar ketika membuang air kecil dan tubuhnya mudah merasi letih dan
semput apabila melakukan kerja lasak. Akhir sekali, kehidupan Mohamed Noorsekarang terbatas dan dia hanya terlantar di atas katil akibat implikasi penyakit yang
paling besar yang di alaminya selain daripada menghidap penyakit kencing manis
dan darah tinggi. Kulitnya menjadi berkudis dan satu per tiga daripada kakinya
terpaksa dipotong disebabkan jangkitan kuman pada tulang kaki. Malah, anaknya
sulungnya sendiri iaitu Norizam sendiri menghabiskan masa beribu-ribu ringgit untuk
mencari penawar lain bagi menyelesaikan penyakit yang dialaminya sekarang.
Kencing manis dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal juga antara
punca utama kerosakan buah pinggang. Jika ini berlaku, bermakna pesakit terpaksa
bergantung kepada mesin dialisis darah sepanjang hayat. Masalah kegagalan buah
pinggang yang semakin meningkat di kalangan masyarakat kita dipercayai akibat
gaya hidup dan tabiat pemakanan tidak sihat yang boleh menjurus kepada penyakit
kencing manis serta tekanan darah tinggi.
-
8/11/2019 Penyakit Buah Pinggang
9/22
9
4.0 Rawatan Yang Diterima
Gambar 3. Mohamed Noor sedang menjalani rawatan hemodialisis darah di Hospital
Kuala Krai, Kelantan.
Melalui temu bual bersama responden penyakit buah pinggang, dia telah
disahkan oleh pegawai kesihatan Hospital Kuala Krai bahawa dia telah menghidap
penyakit kegagalan buah pinggang di tahap yang kronik. Mohamed Noor telah diberi
nasihat untuk menjalani sesi rawatan buah pinggang sebanyak 3 kali seminggu dan
pihak Hospital Kuala Krai telah menetapkan jadual bagi setiap pesakit buah
pinggang untuk melakukan hemodialisis darah pada hari Sabtu, Selasa dan Khamis
setiap minggu. Melalui pemerhatian saya di borang rekod kesihatan pesakit hosptital
Kuala Krai, pesakit akan diuji tahap tekanan darah, kandungan gula dalam darah,
denyutan jantung per minit dan BMI pesakit untuk memastikan pesakit berada di
tahap kesihatan yang optimum semasa melakukan hemodialisis.
Selain daripada rawatan hemodialisis, terdapat juga kaedah rawatan
pemindahan buah pinggang. Ia nampak begitu mudah dengan mengeluarkan buah
-
8/11/2019 Penyakit Buah Pinggang
10/22
10
pinggang lama dan menggantikan dengan yang baru dan pesakit dapat menikmati
kehidupan normal. Namun jika tubuh pesakit tidak dapat menerima buah pinggang
baru, masalah akan timbul. Ini diatasi dengan mencari pesakit dan penderma yang
mempunyai kaitan dan ubat diperlukan untuk mengurangkan tindakan balas yang
dihadapi tubuh penerima. Tetapi jika dilihat dengan keadaan sosio ekonomi semasa
Mohamed Noor sekarang, beliau tidak mampu untuk menampung kos pemindahan
organ selain tiada kesanggupan penderma untuk menderma organ kepadanya.
Berbalik kepada rawatan hemodialisis darah yang dijalani oleh Mohamed
Noor, pesakit yang mendapat rawatan dialisis dapat meneruskan hidup tetapi aktiviti
hidup mereka semakin terbatas. Biasanya pesakit yang sudah menjalani dialisis
memerlukan masa sekurang-kurangnya 3 jam untuk membuat satu terapipembersihan darah dan sekurang-kurangnya dialisis hendaklah dibuat 3 kali dalam
seminggu. Rawatan ini mahal, memerlukan banyak masa terluang dan tidak semua
pesakit boleh menerimanya. Pesakit rawatan hemodialisis perlu menjalani
pembedahan membuat fistula terlebih dahulu. Dua jarum khas dicucuk ke dalam
fistula untuk mengalirkan darah dan disambungkan ke mesin hemodialisis melalui
tiub darah. Satu jarum untuk mengalirkan darah yang mengandungi bahan kumuh
dari badan. Darah ini dibersihkan (dituras) menggunakan buah pinggang tiruan pada
mesin hemodialisis. Darah yang telah dibersihkan akan masuk semula ke dalam
badan melalui jarum yang satu lagi.
Selain itu, doktor telah menasihati Mohamed Noor supaya memberhentikan
tabiat merokok dan memakan makanan mengikut panduan yang ditetapkan oleh
pakar pemakanan. Namun, tabiat memakan makan seperti kehidupan orang normal
tidak dapat diubah oleh Mohamed Noor. Pemakanannya dikawal apabila selalu
ditegur oleh isterinya, Rukiah supaya memakan makan yang hanya untuk kesihatansahaja.
Setelah menganalisis jenis ubat-ubatan yang dibekalkan oleh pihak hospital
kepadanya, antara ubatan yang disuntik semasa dialysis darah dilakukan ialah
Erythropoietin (rhEPO) dan Vitamin D. Kedua-duanya berfungsi untuk merangsang
penghasilan sel darah merah dan membantu menguatkan serta menyihatkan tulang
pesakit. Ubat yang dibekalkan kepada pesakit sebelum dan selepas melakukan
dialysis darah ialah Diuretics dan Beta-blockers, kedua-duanya adalah berfungsi
-
8/11/2019 Penyakit Buah Pinggang
11/22
11
untuk merendahkan tekanan darah dalam sistem badan dan mengurangkan
kerosakan pada buah pinggang serta mengelakkan daripada salur darah tersumbat.
Disamping itu, doktor sentiasa membuat ujian darah setiap kali pengambilan ubatan
atau penukaran jenis ubatan supaya pengambilan dos berkenaan berkesan ke atas
pesakit buah ginjal. Langkah yang terakhir dilakukan oleh pihak kesihatan HKK ialah
menetapkan jadual pemakanan ubat-ubat iaitu ia perlu dimakan sebanyak 2 kali
sehari iaitu pagi selepas dan waktu malam selepas makan.
Pada masa yang sama, anak sulungnya iaitu Puan Norizam telah mengambil
inisiatif yang lain untuk merawat penyakit yang dihidapi oleh Mohamed Noor. Dia
sendiri telah membelikan makanan tambahan seperti produk Double Stem Cell untuk
membantu mengurangkan tekanan darah serta menyihatkan sistem darah dalambadan dan isterinya pula sering kali membuat jus buah kulim yang sedikit sebanyak
merawat sel-sel yang rosak pada buah pinggang encik Mohamed Noor.
Gambar 4. Makanan tambahan yang dibelikan oleh anak sulung encik MohamadNoor untuk merawat penyakitnya.
-
8/11/2019 Penyakit Buah Pinggang
12/22
12
5.0 Kos Rawatan Yang Ditanggung
Gambar 5. Rekod rawatan Hemodialisis Mohamed Noor di Unit Hemodialisis
Hospital Kuala Krai.
Dialisis perlu dilakukan 3 kali sehari, ia bertujuan untuk menjalankan kerja-kerja
yang selama ini dilakukan oleh buah pinggang kita iaitu, mengeluarkan lebihan air
dan membuang bahan-bahan terbuang daripada badan kita. Kos rawatan dialisisbuah pinggang adalah sebanyak RM250 hingga RM400 setiap kali rawatan. Jumlah
pembayaran selama sebulan adalah sebanyak RM3,250/bulan.
Namun, rawatan ini adalah perlu untuk meneruskan hidup Mohamed Noor
dan setiap anak dan isteri-isterinya memegang amanah ini untuk menghantarnya ke
hospital untuk melakukan rawatan. Walaupun dia tidak mampu menanggung kos
rawatan yang lebih mahal iaitu dengan melakukan pembedahan pemindahan buah
pinggang, namun dia bersyukur kerana anak sulungnya Norizam yang bekerja
-
8/11/2019 Penyakit Buah Pinggang
13/22
13
sebagai guru sanggup menanggung segala perbelanjaan dan kos rawatan dialisis
sehingga akhir hayatnya.
Selain itu, kos lain tidak termasuk kos rawatan dialisis darah juga banyak di
habiskan. Perbelanjaan membeli katil hospital untuk disediakan kepada encik
Mohamed Noor oleh isteri yang keduanya, Saleha yang berharga RM9,000
sebanyak tiga kali kerana rosak. Kos keseluruhan yang ditanggung oleh isterinya
ialah sebanyak RM 27,000. Tambahan pula, menantunya sendiri terpaksa membuat
pengubahsuaian rumahnya dengan membina reka bentuk bilik air berdekatan
dengan biliknya untuk memudahkan pergerakannya ulang alik dari bilik air
disebabkan kekerapannya yang selalu membuang air pada waktu malam. Semua
kos yang ditanggung oleh menantunya ialah sebanyak RM40,000. Malahmenurutnya, anak sulungnya sendiri telah membelanjakan sebanyak seribu dalam
tempoh 3 bulan untuk mencari penawar bagi merawat penyakit Mohamed Noor.
Disamping itu, anaknya juga telah menyimpan sebanyak RM500 ke dalam akaunnya
setiap bulan untuk rawatan atau keperluan tambahan yang lain. Menurut responden
juga, dia telah mengamanahkan anak sulungnya untuk menjaga baki kewangannya
sebanyak RM 10,000 ribu untuk urusan pengebumiannya apabila dia meninggal
dunia nanti selepas membahagikan sama rata kesemua harta yang dimilikinya
kepada isteri-isteri dan anak-anaknya.
-
8/11/2019 Penyakit Buah Pinggang
14/22
14
6.0 Kesimpulan
Buah pinggang adalah dua organ yang berbentuk seperti kacang yang terletak di
bawah tulang rusuk dan setiap satunya di sisi tulang belakang.Saiz organ ini adalah
sebesar genggaman tangan. Selain itu fungsi buah pinggang juga adalah untuk
mengimbangi bahan kimia yang berbeza di dalam tubuh. Satu lagi fungsi penting
buah pinggang anda ialah menjaga tekanan darah dan juga jumlah sel darah merah.
Fungsi utama buah pinggang adalah menapis darah bagi membuang air berlebihan,
garam berlebihan dan bahan kumuh/bertoksin dari tubuh. Fungsi utama lain,
membina beberapa jenis hormon yang mengawal beberapa fungsi tubuh seperti
pengawalan tekanan darah dan pembinaan sel darah merah. Buah pinggang juga
berfungsi mengawal pH darah serta bertanggung jawab dalam mengaktifkan sejenis
vitamin D yang membantu tubuh menyerap Kalsium yang digunakan untuk membina
tulang dan menyelaras fungsi otot.Tanda utama kerosakan buah pinggang sakit
pinggang (low back pain). Kadang-kadang sakit pinggang berlaku hanya di sebelahpinggang iaitu sama ada bahagian kanan atau kiri pinggang. Kesakitan sebelah
buah pinggang atau kedua-dua belah buah pinggang menyebabkan anda agak
sukar untuk membuang air kecil pada waktu pagi atau ketika terjaga pada waktu
tidur.
Dalam islam, merawat penyakit itu adalah satu kewajipan bagi setiap manusia
untuk sentiasa sihat dan meneruskan hidup untuk menyembah Tuhan Yang Maha
Esa. Bahkan terdapat dalam al-Quran yang menyebut:
DAN Kami turunkan daripada al-Quran itu sesuatu yang menjadi penawar
(penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. (al-Israa: 82)
Al-Quran merupakan mukjizat umat Islam. Di dalamnya terdapat pelbagai khazanah
dan syifa sehingga para pengkaji kitab suci tidak putus asa dan berterusan untuk
merungkai rahsia isi kandungannya.
-
8/11/2019 Penyakit Buah Pinggang
15/22
15
Disamping itu, penjagaan pemakanan seimbang dan gaya hidup yang sihat
merupakan aspek yang sangat penting dalam kehidupan kita. Badan kita ibarat
enjin, jika tidak dibersihkan dengan minyak pelincir dan digantikan dengan pelincir
yang baru, ia akan memudaratkan kesemua sistem operasi yang akan merencatkan
perjalanan. Begitu juga dengan badan kita, Nabi Muhammad s.a.w menegah umat
manusia memudaratkan tubuh badan sendiri disebabkan godaan hawa nafsu dan
melanggar semua perintah Tuhan.
Jika kita ada kesedaran terhadap penjagaan buah pinggang mengikut pakar-
pakar pemakanan dan sentiasa membuat membuat pemeriksaan kesihatan, maka
kita akan terhindar daripada segala penyakit. Ahli cerdik pandai islam dalam ilmu
tasawuf telah mengatakan bahawa ibu segala penyakit hati (qalbu) ialah mulut danperut. Jadi, wajib kita menjaga kedua-dua anggota badan ini supaya hidup kita
sentiasa sihat dan ceria serta sentiasa mendapat kerahmatan daripada Allah
sehingga ke akhirat.
-
8/11/2019 Penyakit Buah Pinggang
16/22
16
7.0 Bibliografi
Berita AFP. (2006). 2 ubat bantu rawatan pesakit buah pinggang.Kuala Lumpur:
Bernama.
Dr. Bahrain Samah. (26 Mac 2014).Awas, simpton penyakit buah pinggang. Diambil
daripada pautan Sinar harian online:
http://www.sinarharian.com.my/rencana/awas-simpton-penyakit-buah-
pinggang-1.264000
Elaine N. Marieb. (2009). Essential of human anatomy & physiology.San Francisco:
Pearson .
Ikram. (15 Jun 2008). Sakit buah pinggang : kenali simptom-simptom awal. Diambil
daripada pautan Koleksi Artikel- himpunan artikel di internet:
http://www.koleksiartikel.com/penjagaan-kesihatan/kesihatan/sakit-buah-
pinggang-kenali-simptom-simptom-awal.html
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2014). 5 000 pesakit buah pinggang setiap tahun.
Kuala Lumpur: Berita Harian.
Peribadi Rasulullah. (8 Mei 2012). 13 Hadis Rasulullah SAW berkaitan rawatan dan
penyakit. Diambil daripada pautan peribadirasulullah.wordpress.com:http://peribadirasulullah.wordpress.com/2012/05/08/13-hadis-rasulullah-saw-
berkaitan-rawatan-dan-penyakit/
WebMD Medical Reference. (15 September 2011). Chronic Kidney Disease
Medication. Diambil daripada pautan Web MD: http://www.webmd.com/a-to-z-
guides/chronic-kidney-disease-medications
-
8/11/2019 Penyakit Buah Pinggang
17/22
17
Wikipedia. (29 Mac 2014). Sakit buah pinggang kronik. Diambil daripada pautan
Wikipedia - Ensiklopedia bebas:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sakit_buah_pinggang_kronik
8.0 Refleksi
NAMA : MOHAMAD KHAIRUL AMIR BIN ZAINUDIN
NO. KP : 920414-03-5919
NO. MATRIK : 125134
Assalamualaikum dan syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi kesempatan kepada
saya untuk menjayakan tugasan kerja kursus PJM 3106 iaitu Anatomi dan Fisiologi
ini. Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya,
Tuan Haji Abu Zarin bin Abu Bakar. Ini disebabkan saya amat mengaguminya
kerana dari awal lagi beliau membuat perancangan yang teliti bagi untuk
menyediakan tugasan projek ini kepada kami. Antara aspek-aspek dalam refleksi
yang ingin saya persembahkan ialah SWOT iaitu strength (kekuatan), weakness
(kelemahan), opportunity(peluang) dan threat(halangan).
Dari segi kekuatan yang saya perolehi ialah saya dapat mengenalpasti,
mengkaji serta mengelaskan seberapa banyak mungkin sistem yang terdapat dalam
badan kita terutamanya berkaitan dengan sistem perkumuhan. Malah sepanjang
pembelajaran bersama pensyarah pembimbing banyak memberi pencerahan yang
lebih jelas tentang fungsi buah pinggang sebagai penapis yang membuang segala
kekotoran dan bakteria daripada badan kita. Sepanjang pengalaman saya semasa
melakukan tugasan ini, saya dapat mengkaji dan menganalisis secara saintifik
tentang penyakit yang dihadapi oleh salah seorang ahli keluarga saya. Walaupun
peraturan-peraturan di Hospital Kuala Krai begitu ketat dan orang awam tidak boleh
-
8/11/2019 Penyakit Buah Pinggang
18/22
18
sewenang-wenangnya mengambil maklumat pesakit kecuali dengan kebenaran
pengarah atau pegawai kesihatan hospital tersebut sehinggakan saya tidak
mendapat secara keseluruhan butiran kesihatan dan kos-kos yang ditanggung oleh
keluarga Mohamed Noor dalam merawat penyakit buah pinggang yang
ditanggungnya. Walaubagaimanapun, disebabkan hubungan saya yang akrab
dengan Encik Mohamed Noor beserta keluarganya menyebabkan saya mudah
mendapat maklumat dengan isterinya iaitu Rukiah dan anak sulung Norizam melalui
temu bual dan sumber lisan. Selain itu, saya juga dapat mengkaji sedikit sebanyak
langkah-langkah yang perlu diambil oleh doktor sebelum melakukan hemodialisis
pesakit. Antaranya ialah pemeriksaan darah, berat badan serta BMI, kadar denyutan
jantung dan sebagaimana sebagai persediaan awal sebelum melakukan dialisis. Ia
adalah untuk memastikan tekanan darah berada ditahap yang optimum dan untuk
mengelakkan gangguan pada sistem peredaran darah.
Selain itu, terdapat beberapa kelemahan yang patut saya atasi sepanjang
tugasan projek ini. Kelemahan paling banyak yang saya dapat kesan ialah
kurangnya kefahaman yang mendalam tentang prosedur prosedur untuk
melakukan tugasan mengikut spesifikasi projek. Kekeliruan ini saya dapat atasi
dengan merujuk pensyarah pembimbing dan rakan sekuliah untuk beberapa
sebelum melakukan tugasan projek secara menyeluruh. Namun, masalah yang
paling banyak dapat saya kesan ialah masalah komunikasi semasa melakukan temu
bual sehinggakan saya terpaksa meminta bantuan isterinya sebagai pengantara dan
penyampai maklumat yang jelas kepada saya. Masalah komunikasi tersebut ialah
encik Mohamed Noor mengalami sedikit masalah pendengaran dan saya terpaksa
meraung atau bercakap dengan nada yang amat tinggi dengannya sehingga
menganggu ketenteraman pesakit lain ketika melakukan dialisis darah. Perkara yang
paling menyukarkan saya ialah kekurangan maklumat mengenai dirinya. Saya telah
menyangka Mohamed Noor telah membawa kad pengenalan dirinya semasa
membuat dialisis darah, tetapi dia sering kali terlupa untuk membawanya bersama
dan dia hanya mendaftar dengan menyebut nama dan nombor kad pengenalannya
sahaja. Saya terpaksa mencuri masuk ke dalam Unit Hemodialisis Darah HKK untuk
mengambil beberapa keping gambar sebelum dia bertolak ke hospital beserta
beberapa buah buku rekod rawatannya dan semasa dia melakukan dialisis darah.
Selain itu disebabkan kurangnya pengetahuan yang jelas tentang fungsi-fungsi
-
8/11/2019 Penyakit Buah Pinggang
19/22
19
beberapa jenis ubat-ubatan yang dibekalkan oleh pihak HKK kepada Mohamad
Noor, saya sendiri terpaksa membuka laman sesawang perubatan antarabangsa
untuk mengkaji dan menganalisis jenis-jenis ubat-ubatan tersebut.
Banyak input atau peluang yang saya perolehi sepanjang tugasan projek ini.
Saya juga dapat menerokai bidang teknologi maklumat yang baru menggunakan
perisian Prezi melalui tugasan membuat bahan bantu mengajar yang berkaitan
dengan sistem limfatik dan imuniti badan kita bersama-sama ahli kumpulan saya
iaitu Shakirin, Fadhil, Shawati dan Nurul Jannah. Perisian ini terlalu rumit bagi saya
sehinggakan saya terpaksa mengambil masa dua hari untuk memplajari dan
memahirkan diri untuk membuat video tersebut. Ada juga peluang yang saya
perolehi melalui kerjasama dengan pihak hospital Kuala Krai serta ahli-ahli keluargaencik Mohamed Noor. Sebaliknya, saya juga dapat memantapkan pengetahuan
saya tentang ilmu perubatan dalam bidang anatomi dan fisiologi serta cara-cara
untuk mengubati penyakit tersebut. Namun, ahli cerdik pandai islam lebih bersetuju
mengatakan mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Berpandukan al-Quran
dan hadis, orang yang betul-betul mengikuti kedua-duanya tidak akan terpesona
dengan godaan nasfu makan tanpa memikirkan kesan disebaliknya. Oleh itu, ia
sedikit sebanyak telah menyedarkan saya betapa pentingnya menjaga makan. Diri
saya juga terpanggil untuk mengikuti beberapa buah seminar kesihatan untuk
meningkatkan pengetahuan saya mengenainya. Malah saya juga sering kali
menasihati kedua ibu bapa saya yang sudah menghidap penyakit kencing manis
pada peringkat awal supaya menjaga makan, mengambil ubat mengikut jadual yang
ditetapkan oleh doktor dan selalu bersenam. Selain itu, kesedaran dalam usaha
meningkatkan kecergasan badan juga dapat saya pupuk. Badan yang cergas
memerlukan lebih kurang 8 gelas air sehari. Oleh itu, saya menyedari hakikat kesan
disebalik kurang meminum air yang akan menyebabkan penyakit buah pinggang.
Saya juga bersyukur kerana dapat berpeluang menjaga kesihatan diri daripada
terjebak dengan tabiat yang buruk seperti merokok. Semua tahu bahawa merokok
juga adalah satu permulaan kepada terjadinya kegagalan buah pinggang untuk
membuang toksik dan kuman daripada badan kita.
Halangan sepanjang tugasan projek ini tidak dapat dielakkan. Kekangan
masa sewaktu cuti sedangkan masa yang diperuntukan untuk membuat tugasanprojek ini panjang masanya. Ini disebabkan beberap perubahan yang dirancang oleh
-
8/11/2019 Penyakit Buah Pinggang
20/22
20
Tuhan yang terpaksa saya atasi. Saya merancang untuk mengadakan temu bual
bersama encik Mohamed Noor semasa cuti penggal persekolahan bersama-sama
dengan kedua ibu bapa saya, tetapi mereka berkeputusan untuk melancong ke
China. Jadi saya terpaksa melakukannya di saat-saat cuti berakhir. Kekangan-
kekangan yang lain memayahkan saya melakukan tugasan ini juga responden
sering terlupa membawa kad pengenalan dan kurangnya komitmen daripada pihak
hospital Kuala Krai untuk bekerjsama dengan saya. Malah mereka sendiri melarang
saya untuk membawa keluar maklumat mengenai pesakit tersebut. Usaha demi
usaha dilakukan saya, akhirnya saya mendapat sedikit maklumat mengenainya
apabila jururawat membenarkan saya untuk mengambil sedikit gambar rekod
rawatan hemodialisis responden. Skop tugasan pendidikan jasmani kali ini fokus
kepada tugasan individu. Oleh itu, setiap orang memegang amanah dan
tanggungjawab masing-masing untuk menyiapkannya dalam masa yang ditetapkan.
Nilai yang perlu diterapkan disini ialah sikap tolong menolong antara satu sama lain
supaya dapat menghasilkan projek yang berkualiti.
-
8/11/2019 Penyakit Buah Pinggang
21/22
21
9.0 Lampiran
BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS
TAJUK KERJA KURSUS:_______________________________________________
NAMA :________________________________________________
NO. KP :________________________________________________
NO. MATRIK :________________________________________________
BIL TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN TANDATANGAN
-
8/11/2019 Penyakit Buah Pinggang
22/22
22
top related