manual pengguna sistem industri asas tani kementerian...
Post on 10-Apr-2019
250 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Kandungan BAB 1 : PENGENALAN .......................................................................................................... 1
1.1 Pengenalan ......................................................................................................... 1 BAB 2 : MANUAL PENGGUNA ............................................................................................. 2
2.1 Akses ke Sistem Industri Asas Tani .................................................................... 2 2.2 Log Masuk ........................................................................................................... 3 2.3 Lupa Katalaluan ................................................................................................. 3 2.4 Tukar Katalaluan ................................................................................................. 4 2.5 Log Keluar ........................................................................................................... 5 2.6 Carian Pengusaha IAT ....................................................................................... 5 2.7 Mengemaskini Maklumat Pengusaha ............................................................. 6 2.8 Menyenarai Hitam Pengusaha ......................................................................... 7 2.9 Menyah Senarai Hitam Pengusaha .................................................................. 9 2.10 Pendaftaran Pengusaha .................................................................................. 10 2.11 Maklumat Ibu Pejabat & Alamat Surat Menyurat ......................................... 12 2.12 Maklumat Cawangan / Kilang ....................................................................... 13 2.13 Maklumat Pembiayaan ................................................................................... 14 2.14 Maklumat Aset .................................................................................................. 15 2.15 Maklumat Pekerja Semasa ............................................................................. 16 2.16 Maklumat Pengusaha / Pemegang Saham .................................................. 16 2.17 Maklumat Ahli Persatuan ................................................................................. 18 2.18 Anugerah Diterima ........................................................................................... 19 2.19 Maklumat Produk ............................................................................................. 19 2.20 Pencapaian Kualiti ........................................................................................... 21 2.21 Maklumat Pemasaran ...................................................................................... 21 2.22 Jualan / Pendapatan ....................................................................................... 22 2.22 Permohonan Bantuan ...................................................................................... 23 2.23 Pemantauan dan Penilaian Program ............................................................. 23
Manual Pengguna Sistem Industri Asas Tani
1
BAB 1 : PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Sistem Industri Asas Tani (eIAT) ialah sistem bagi menyenaraikan pengusaha-pengusaha Industri Asas
Tani. Selain itu sistem eIAT juga menjadi platform bagi jabatan dan agensi dibawah Kementerian
Pertanian dan Industri Tani menyelaras bantuan yang diberikan oleh jabatan dan agensi yang berkaitan.
Sistem eIAT juga menyediakan laporan yang dapat membantu kakitangan Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani menghasilkan laporan yang tepat dan efektif secara sistematik dengan penggunaan
data dan maklumat. Sistem ini dibangunkan atas platform Hypertext Preprocessor dan Pengkalan Data
MS SQL.
Manual Pengguna Sistem Industri Asas Tani
2
BAB 2 : MANUAL PENGGUNA
2.1 Akses ke Sistem Industri Asas Tani Untuk akses ke system ini, Pengguna boleh klik layari laman sesawang http://eiat.moa.gov.my/
Gambar 1: Laman Sesawang eIAT Sistem eIAT boleh diakses oleh pengguna awam bagi mencari maklumat-maklumat pengusaha dan
produk yang dihasilkan.
Manual Pengguna Sistem Industri Asas Tani
3
2.2 Log Masuk
Bagi Pengguna jabatan dan agensi yang telah didaftarkan, pengguna boleh log masuk ke sistem eIAT
dengan memasukkan maklumat No Kad Pengenalan (MyID) dan juga katalaluan.
Gambar 2: Ikon Log Masuk
Gambar 3: Form Log Masuk
2.3 Lupa Katalaluan
Ada ketikanya pengguna akan lupa katalaluan yang telah didaftarkan ketika hendak log masuk kedalan
sistem eIAT. Sistem eIAT ini menyediakan kemudahan bagi pengguna untuk mendapatkan katalaluan
baru yang akan dihasilkan secara automatik dan dihantar ke email pengguna itu sendiri. Untuk set semula
katalaluan pengguna bolehlah mengakses laman log masuk seperti gambar 2 dan 3 di atas, kemudian
pengguna perlu klik pada link "Lupa Nama Pengguna atau Katalaluan". Pengguna yang lupa akan kata
laluan mereka bolehlah memasukkan no kad pengenalan dan katalaluan akan dihantar ke penguna
masing-masing.
Manual Pengguna Sistem Industri Asas Tani
4
Gambar 4: Form Lupa Katalaluan
2.4 Tukar Katalaluan
Pengguna adalah dinasihatkan untuk menukar katalaluan setiap tiga (3) bulan bagi menjamin
keselamatan dan integriti sistem. Walaubagaimanapun, sistem eIAT tidak ada melakukan "Polici
Penukaran Katalaluan Berjadual" tetapi lebih kepada kesediaan pengguna itu sendiri. Penukaran
Katalaluan hanya boleh diakses selepas pengguna log masuk ke sistem eIAT. Ada ketikanya pengguna
akan lupa katalaluan yang telah didaftarkan ketika hendak log masuk kedalan sistem eIAT. Untuk
penukaran kata laluan pengguna perlu masukkan katalaluan sedia ada dan juga katalaluan baru dengan
kombinasi tertentu bagi memastikan katalaluan yang dimasukkan mempunyai kredibilitinya yang
tersendiri.
Gambar 5: Ikon Tukar Katalaluan
Gambar 6: Form Lupa Katalaluan
Manual Pengguna Sistem Industri Asas Tani
5
2.5 Log Keluar
Untuk memastikan data di dalam sistem eIAT ini mempunyai integriti, sistem eIAT akan secara automatik
memadam sesi pengguna jika tiada apa-apa aktitviti yang dilakukan dalam tempoh 15 minit. Pengguna
sendiri adalah dinasihatkan untuk log keluar dari sistem eIAT selepas tidak menggunakannya.
Gambar 7: Ikon Log Keluar
2.6 Carian Pengusaha IAT
Pengguna boleh mengakses senarai pengusaha IAT yang telah didaftarkan di dalam sistem eIAT itu
sendiri. Sistem ini menyediakan direktori bagi memudahkan pencarian dilakukan oleh pengguna.
Gambar 8: Direktori Pengusaha IAT
Pengguna juga boleh menapis (filter) senarai carian mengikut huruf atau menaip sendiri maklumat yang
diperlukan ke dalam medan carian yang disediakan.
Manual Pengguna Sistem Industri Asas Tani
6
Gambar 9: Carian dan Senarai Pengusaha IAT
2.7 Mengemaskini Maklumat Pengusaha
Untuk mengemaskini maklumat pengusaha yang telah didaftarkan, pengguna perlulah mencari dan
mengakses maklumat pengusaha itu sendiri dahulu dengan melakukan carian seperti yang dinyatakan
dalan item 2.6 di atas. Selepas maklumat pengusaha itu dijumpai, pengguna perlu klik pada ikon edit bagi
mengakses maklumat pengusaha terbabit.
Gambar 10: Ikon Edit
Selepas maklumat pengusaha dipaparkan barulah pengguna boleh mengemaskini mana-mana maklumat
yang dikehendaki seperti Maklumat Perniagaan, Maklumat Pengusaha, Anugerah Diterima, 4P Produk,
Pengeluaran, Pemasaran, Pendapatan dan lain-lain lagi.
Manual Pengguna Sistem Industri Asas Tani
7
Gambar 11: Maklumat Pengusaha
2.8 Menyenarai Hitam Pengusaha
Ada ketikanya menyenarai hitam pengusaha perlu dilakukan. Ini bukanlah bertujuan untuk menganiaya
pengusaha terbabit, tetapi sebagai langkah terakhir apabila keperluan mendesak dan dirasakan benar-
benar perlu oleh pihak jabatan dan agensi. Apabila pengusaha itu telah disenarai hitamkan, maklumat itu
akan kekal didalam sistem eIAT untuk tujuan penilaian oleh pengguna jabatan dan agensi lain yang tidak
terlibat dalam menyenarai hitam pengusaha tersebut. Untuk menyenarai hitam pengusaha, pengguna
perlu mengakses maklumat pengguna seperti yang telah dipaparkan pada item 2.6 dan 2.7 di atas.
Manual Pengguna Sistem Industri Asas Tani
8
Gambar 12: Senarai Hitam Pengguna
Pengguna juga akan diberitahu berkenaan penyenaraian hitam pengusaha apabila pengguna mengakses
mana-mana maklumat berkaitan pengusaha yang telah disenarai hitam.
Gambar 13: Senarai Hitam Pengguna Pada Maklumat Ibu Pejabat dan Surat Mesyurat
Manual Pengguna Sistem Industri Asas Tani
9
2.9 Menyah Senarai Hitam Pengusaha
Pengguna jabatan yang telah menyenarai hitam pengusaha boleh juga menyah senarai pengusaha
terbabit. Walaubagaimanapun seperti yang telah dinyatakan pada item 2.8, maklumat senarai hitam
pengusaha akan tetap disimpan sebagai rujukan dan panduan pada masa akan datang.
Gambar 14: Menyah Senarai Hitam Pengguna
Manual Pengguna Sistem Trade
10
2.10 Pendaftaran Pengusaha
Pengusaha IAT boleh didaftarkan berdasarkan 3 kumpulan utama seperti yang ditunjukkan dalam
Gambar 15 di bawah.
Gambar 15: Menu Pendaftaran Baru Pengusaha IAT
Pengguna perlu memasukkan No Pendaftaran supaya sistem eIAT dapat menyemak terlebih dahulu jika
maklumat perkenaan pengusaha terbabit telah didaftarkan sebelum ini.
Gambar 16: Maklumat Awal Pendaftaran Pengusaha IAT
Manual Pengguna Sistem Trade
11
Selepas carian dilakukan melalui sistem, sistem eIAT akan memaklumkan kepada pengguna berkenaan
status pengusaha yang ingin didaftarkan seperti Gambar 17 di bawah. Pengguna boleh meneruskan
pendaftaran pengusaha IAT selepas status pengusaha ditentukan oleh sistem eIAT.
Gambar 17: Pendaftaran Pengusaha IAT
Jika maklumat pengusaha telah diwujudkan sebelum ini, maka maklumat pengusaha akan terus
dipaparkan dan pengguna boleh memulakan proses kemaskini maklumat pengusaha IAT terbabit.
Manual Pengguna Sistem Trade
12
Gambar 18: Maklumat Pengusaha IAT Yang Telah Wujud
2.11 Maklumat Ibu Pejabat & Alamat Surat Menyurat
Pendaftaran atau mengemaskini maklumat ibu pejabat dan surat menyurat boleh dilakukan pada bila-bila
masa dan oleh mana-mana pengguna yang mempunyai akses untuk mengemaskini maklumat
pengusaha. Sistem eIAT hanya akan menyimpan maklumat terkini sahaja yang telah disimpan oleh
pengguna.
Manual Pengguna Sistem Trade
13
Gambar 19: Maklumat Ibu Pejabat & Alamat Surat Menyurat
2.12 Maklumat Cawangan / Kilang
Pendaftaran atau mengemaskini maklumat cawangan dan kilang boleh dilakukan pada bila-bila masa dan
oleh mana-mana pengguna yang mempunyai akses untuk mengemaskini maklumat terbabit. Sistem eIAT
hanya akan menyimpan maklumat terkini sahaja yang telah disimpan oleh pengguna. Pengguna boleh
mendaftarkan seberapa banyak cawangan dan kilang yang dipunyai oleh pengusaha IAT.
Manual Pengguna Sistem Trade
14
Gambar 20: Maklumat Cawangan / Kilang
2.13 Maklumat Pembiayaan
Pendaftaran atau mengemaskini maklumat pembiayaan yang diperolehi oleh pengusaha boleh dilakukan
pada bila-bila masa dan oleh mana-mana pengguna yang mempunyai akses untuk mengemaskini
maklumat terbabit. Sistem eIAT hanya akan menyimpan maklumat terkini sahaja yang telah disimpan oleh
pengguna. Pengguna boleh mendaftarkan seberapa banyak maklumat pembiayaan yang diperolehi
pengusaha IAT.
Gambar 21: Maklumat Pembiayaan
Manual Pengguna Sistem Trade
15
2.14 Maklumat Aset
Maklumat Aset yang boleh didaftarkan terbahagi kepada 5 bahagian iaitu, maklumat ibu pejabat,
maklumat cawangan dan kilang (jika ada sahaja akan dipaparkan), maklumat kenderaan, maklumat
peralatan dan mesin dan juga maklumat tanah. Pendaftaran atau mengemaskini maklumat terbabit boleh
dilakukan pada bila-bila masa dan oleh mana-mana pengguna yang mempunyai akses untuk
mengemaskini maklumat terbabit. Sistem eIAT hanya akan menyimpan maklumat terkini sahaja yang
telah disimpan oleh pengguna.
Gambar 22: Maklumat Aset
Manual Pengguna Sistem Trade
16
2.15 Maklumat Pekerja Semasa
Pendaftaran atau mengemaskini maklumat pekerja semasa boleh dilakukan pada bila-bila masa dan oleh
mana-mana pengguna yang mempunyai akses untuk mengemaskini maklumat terbabit. Sistem eIAT
hanya akan menyimpan maklumat terkini sahaja yang telah disimpan oleh pengguna.
Gambar 23: Maklumat Pekerja Semasa
2.16 Maklumat Pengusaha / Pemegang Saham
Pendaftaran butiran peribadi pengusaha boleh dilakukan dengan memasukkan no kad pengenalan
pengusaha sebagai maklumat utama dalam menentukan status pengusaha terbabit. Sistem eIAT hanya
akan menyimpan satu maklumat peribadi pengusaha dan menyambung silangkan dengan pendaftaran
syarikat yang dipunyai oleh pengusaha.
Gambar 24: Maklumat Pengusaha / Pemegang Saham
Manual Pengguna Sistem Trade
17
Jika nombor kad pengenalan yang dimasukkan telah wujud, maklumat pengusaha terbabit akan terus
dipaparkan dan jika nombor kad pengenalan yang didaftarkan belum diwujudkan, pendaftaran butiran
peribadi pengusaha boleh dilakukan dengan segera.
Gambar 25: Maklumat Pengusaha Baru
Manual Pengguna Sistem Trade
18
Gambar 26: Maklumat Pengusaha Yang Telah Wujud
2.17 Maklumat Ahli Persatuan
Pendaftaran atau mengemaskini maklumat keanggotaan ahli persatuan semasa boleh dilakukan pada
bila-bila masa dan oleh mana-mana pengguna yang mempunyai akses untuk mengemaskini maklumat
terbabit. Sistem eIAT hanya akan menyimpan maklumat terkini sahaja yang telah disimpan oleh
pengguna.
Gambar 27: Maklumat Ahli Persatuan
Manual Pengguna Sistem Trade
19
2.18 Anugerah Diterima
Pendaftaran atau mengemaskini maklumat anugerah yang diterima boleh dilakukan pada bila-bila masa
dan oleh mana-mana pengguna yang mempunyai akses untuk mengemaskini maklumat terbabit. Sistem
eIAT hanya akan menyimpan maklumat terkini sahaja yang telah disimpan oleh pengguna.
Gambar 28: Maklumat Anugerah Diterima
2.19 Maklumat Produk
Pendaftaran atau mengemaskini maklumat produk bertujuan untuk mengetahui produk yang dihasilkan
oleh pengusaha. Selain dari itu, maklumat produk juga menyimpan data berkenaan jumlah pengeluran
dan juga hasil jualan setip bulan bagi setiap produk. Maklumat produk adalah antara maklumat utama
yang menunjangi data sistem eIAT. Maklumat produk juga sama seperti maklumat-maklumat yang lain
yang boleh dimasukkan dan dikemaskini pada bila-bila masa dan oleh mana-mana pengguna yang
mempunyai akses untuk mengemaskini maklumat terbabit. Sistem eIAT hanya akan menyimpan
maklumat terkini sahaja yang telah disimpan oleh pengguna.
Manual Pengguna Sistem Trade
21
2.20 Pencapaian Kualiti
Pencapain Kualiti bagi satu-satu pengusaha merupakan satu kelebihan. Oleh itu pendaftaran Pencapaian
Kualiti yang diterima oleh pengusaha hendaklah dimasukkan dan dikemaskini sekerap yang mungkin.
Pendaftaran atau mengemaskini maklumat pencapainan kualiti yang diterima boleh dilakukan pada bila-
bila masa dan oleh mana-mana pengguna yang mempunyai akses untuk mengemaskini maklumat
terbabit. Sistem eIAT hanya akan menyimpan maklumat terkini sahaja yang telah disimpan oleh
pengguna.
Gambar 31: Maklumat Pencapaian Kualiti
2.21 Maklumat Pemasaran
Maklumat Pemasaran menceritakan berkenaan bagaimana pengusaha memasarkan produk mereka.
Maklumat pemasaran terbahagi kepada 2 iaitu domestik dan eksport secara am bagi setiap tahun.
Pendaftaran atau mengemaskini maklumat pemasaran boleh dilakukan pada bila-bila masa dan oleh
mana-mana pengguna yang mempunyai akses untuk mengemaskini maklumat terbabit. Sistem eIAT
hanya akan menyimpan maklumat terkini sahaja yang telah disimpan oleh pengguna.
Manual Pengguna Sistem Trade
22
Gambar 32: Maklumat Pemasaran
2.22 Jualan / Pendapatan
Maklumat Jualan dan Pendapatan hanya untuk paparan sahaja. Untuk mengemaskini maklumat bagi
jualan dan pendapatan boleh dibuat pada laman maklumat produk seperti yang ditunjukkan pada item
2.19 di atas.
Gambar 33: Maklumat Jualan dan Pendapatan
Manual Pengguna Sistem Trade
23
2.22 Permohonan Bantuan
Maklumat Permohonan Bantuan perlu dimasukkan oleh pengguna jabatan berdasarkan kepada
permohonan bantuan yang dipohon dan telah diterima oleh penguasa IAT. Pendaftaran atau
mengemaskini maklumat permohonan bantuan boleh dilakukan pada bila-bila masa dan oleh mana-mana
pengguna yang mempunyai akses untuk mengemaskini maklumat terbabit. Sistem eIAT hanya akan
menyimpan maklumat terkini sahaja yang telah disimpan oleh pengguna.
Gambar 34: Maklumat Permohonan Bantuan
2.23 Pemantauan dan Penilaian Program
Maklumat Pemantauan dan Penilaian Program merupakan maklumat pelaporan yang perlu diisi oleh
pengguna jabatan dan agensi bagi setiap bantuan yang diberikan kepada pengusaha. Maklumat ini akan
dijadikan sebagai satu kayu ukur berkaitan keberkesanan bantuan dan juga kesiapsediaan pengusaha
IAT untuk maju dan menjadi lebih baik. Maklumat ini juga boleh dijadikan kayu ukuran sebelum bantuan-
bantuan lain yang bakal diberi kepada pengusaha IAT. Pendaftaran atau mengemaskini maklumat
pemantauan dan penilaian program boleh dilakukan pada bila-bila masa dan oleh mana-mana pengguna
yang mempunyai akses untuk mengemaskini maklumat terbabit. Sistem eIAT hanya akan menyimpan
maklumat terkini sahaja yang telah disimpan oleh pengguna.
top related