kumpulan 2 403

Post on 15-Apr-2017

337 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

KUMPULAN 2 TAJUK :Instruksi haruslah bersesuaian dengan aras perkembangan kognitif seseorang pelajar.Bayangkan anda akan mengajar cara-cara untuk menyediakan ‘sandwish’. Bagaimanakah tahap-tahap Perkembangan Kognitif Piaget dapat membezakan intruksi yang bakal diaplikasikan dalam P&P.

NAMA AHLI : ROZIAH BT KADER PILLAIDP/3067/11

ROSNIDAH BT OSMANDP/3156/11

RUSNIZA BT KHAMISDP/3070/11

PENGENALAN DEFINISI :Kognitif – segala perkara yang

berkaitan dengan kognisi seperti proses pembelajaran, pemahaman dan

pemerolehan pengetahuan.Instruksi – perintah atau arahan

(untuk melakukan sesuatu pekerjaan atau melaksanakan sesuatu)

TEORI KOGNITIF Ahli-ahli teori kognitif menerangkan

pembelajaran merupakan perubahan yang berlaku pada maklumat yang tersimpan dalam ingatan seseorang. Mereka mengaitkan aktiviti-aktiviti pembelajaran dengan proses-proses mental dalaman iaitu fikiran, ingatan, pengetahuan dan penyelesaian masalah. Pembelajaran bergantung kepada bagaimana:

Sambungan… Seseorang memikir dan mengamati

sesuatu Maklumat diproses dalam minda Pengalaman disusun dan dibezakan

dalam pemikiran dan persepsi

LATAR BELAKANG JEAN PIAGET Jean Piaget, berasal dari Neuchatel,

Switzerland dilahirkan pada 9 Ogos 1896. Beliau merupakan anak sulung kepada Arthur Piaget iaitu seorang profesor Sastera Hikayat ( Mediaval Literature ) di universiti manakala ibunya bernama Rebecca Jackson merupakan seorang yang bijak dan bertenaga tetapi neurotik.

Menghembuskan nafasnya yang terakhir pada umur 84, tahun 1981.

Sambungan… Piaget merupakan seorang ahli psikologi

yang terkenal dalam bidang pendidikan. Beliau mendapat Ijazah Doktor Falsafah (Biologi) pada usia 25 tahun.

Seterusnya beliau menumpukan perhatinya kepada kajian perkembangan kognitif kanak-kanak.

Dari kajian dan pemerhatiannya Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan umur mereka.

KONSEP SKEMA

ADAPTASI

ASIMILASI

AKOMODASI

SKEMA Merujuk kepada pengetahuan dan ilmu yang

telah diperolehi melalui pengalaman-pengalaman kendiri yang mendefinisikan bagaimana seseorang individu harus berkelakuan di dalam persekitarannya.

Contohnya, aksi kanak-kanak menggunakan tangan untuk memegang sesuatu benda adalah skema pegangannya. Pada mulanya, aksi memegang dilihat kurang cekap tetapi tekniknya beransur maju dengan perubahan koordinasi otot-otot bertambah cekap akhirnya semakin banyak pengalaman telah diperolehi daripada pengalamannya.

ADAPTASI Keadaan di mana struktur skema

kognitif terus membuat perubahan sehingga mencapai satu tahap keseimbangan di antara asimilasi dan akomodasi dengan persekitaran.

Di dalam teori pembelajaran kognitif Piaget, adaptasi dan keseimbangan adalah saling berkait dan saling mempengaruhi satu antara sama lain.

ASIMILASI Asimilasi merupakan proses kognitif

yang mengintegrasikan maklumat dan pengalaman baru dalam skema yang sedia ada.

Contohnya, seorang kanak-kanak yang baru pertama kali melihat sebiji epal. Oleh itu, kanak-kanak tersebut akan menggunakan skema memegang ( skema yang sedia ada ) dan sekaligus merasanya.

AKOMODASI Akomodasi merujuk kepada proses

mengubah struktur skema yang sedia ada untuk menyesuaikan kefahaman dengan input atau konsep baru.

Akomodasi akan berlaku apabila skema kognitif tidak dapat mengasimilasikan input baru dari persekitaran dan terpaksa membuat perubahan dengan mengeluarkan pengetahuan lama.

Sambungan… Contohnya, kanak-kanak yang

berumur dua tahun yang tidak ditunjukkan magnet akan menyatukan objek baru ke dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap magnet itu.

PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

1. Peringkat Deria Motor (0-2 tahun)

Boleh meniru dan mengingati benda-benda

Mengetahui yang sesuatu objek itu masih wujud walaupun ianya disembunyikan

Bersifat egosentrik (tumpuan hanya pada diri sendiri sahaja)

2. Peringkat PraOperasi (2-7 tahun)

Mula menggunakan bahasa secara sedikit demi sedikit

Boleh mula berfikir menggunakan bentuk-bentuk simbol

3. Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun)

Boleh menyelesaikan masalah-masalah yang konkrit

Boleh memahami konsep pemuliharaan

Boleh membuat pengkelasan/pengkategorian

4. Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun)

Boleh menyelesaikan masalah yang abstrak

Menjadi lebih bersaintifik dalam cara pemikiran

Merasa bimbang tentang isu-isu sosial di persekitarannya

APLIKASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Susun Atur Kurikulum Bahan Sokongan Dan Alat Bantu Pengajaran Dan

Pembelajaran Contoh-contoh Konkrit Isi Mata Pelajaran Mata Pelajaran Yang Pelbagai Suasana Sosial

APLIKASI CARA MENYEDIAKAN SANDWISH DALAM BILIK DARJAHKaedah mengajar perlulah sesuai dengan aras perkembangan kognitif seseorang pelajar, oleh itu teori perkembangan kognitif Piaget boleh diaplikasikan untuk membantu guru menyediakan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran. Contohnya seorang guru ingin membuat sesi pengajaran dan pembelajaran cara membuat sandwish kepada pelajarnya

Sambungan…

Guru perlu mengenalpasti tahap perkembangan kognitif pelajarnya terlebih dahulu semasa menyediakan rancangan pengajaran. Berikut adalah empat tahap perkembangan teori kognitif Piaget yang boleh digunakan oleh guru semasa menyediakan rancangan pengajarannya.

TAHAP SATU DERIA MOTOR ( 0 HINGGA 2 TAHUN ) Pada tahap ini, kanak-kanak akan memperoleh konsep

kekalan objek sewaktu berumur 4 hingga 6 bulan. Mereka akan menggunakan deria motor untuk meneroka persekitaran mereka. Oleh itu, instruksi yang boleh digunakan oleh guru adalah dengan menunjukkan gambar bahan-bahan yang digunakan untuk membuat sandwish. Guru boleh menggunakan teknik imbasan kad yang memaparkan gambar seperti roti, timun dan telur kepada kanak-kanak.

TAHAP DUA PRA-OPERASI (3-7 TAHUN) Pada tahap ini, kanak-kanak sudah boleh mengingati sesuatu

dengan lebih lama dan suka bertanya serta cuba memahami konsep. Oleh itu, guru boleh menunjukkan mereka bahan-bahan sebenar bagi membuat sandwish kepada mereka. Guru boleh membawa roti, timun dan telur ke dalam kelas bagi memberikan kanak-kanak mengenali bahan tersebut dengan lebih dekat. Mereka boleh memegang dan merasa bahan-bahan tersebut serta mengingatinya.

 

TAHAP TIGA OPERASI KONKRIT ( 7 HINGGA 11 TAHUN )

Pada tahap ini kanak-kanak sudah memulakan alam persekolahan. Mereka sudah mempelajari banyak konsep-konsep penting melalui pembelajaran di sekolah. Oleh itu, guru sudah boleh menunjukkan tayangan video berkaitan penyediaan sandwish kepada pelajarnya dan kemudian meminta pelajar menyediakan sendiri sandwish bersama-sama rakan mereka. Walaubagaimanapun, pada tahap ini guru perlu membantu menyediakan bahan-bahan dan membimbing pelajarnya.

TAHAP EMPAT OPERASI FORMAL ( 12 TAHUN KE ATAS ) Pada tahap ini, kanak-kanak telah memasuki

alam remaja. Mereka sudah boleh menyelesaikan masalah sendiri dan bertanggungjawab ke atas perlakuan mereka. Oleh itu, guru boleh meminta pelajar membawa dan menyediakan bahan-bahan membuat sandwish mereka sendiri. Pelajar juga sudah boleh membuat sendiri sandwish tanpa bantuan dari guru mereka. Guru hanya perlu memantau sesi penyediaan sandwish dan memberikan nasihat kepada pelajar.

KESIMPULAN Perkembangan adalah aspek

perubahan yang dialami oleh setiap individu dan bersifat kualitatif tetapi mengalami perubahan seiring dengan peredaran masa.

Berdasarkan teori-teori perkembangan kognitif ini, kami berpendapat bahawa teori ini boleh diaplikasikan dalam bidang pendidikan di Malaysia.

SEKIAN, TERIMA KASIH

top related