borang pengesahan status tesis - fp.utm.my · atau laporan projek sarjana muda (psm). sulit terhad...
Post on 03-Apr-2018
263 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦
JUDUL : PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN TERHADAP “MOBILE LEARNING” DALAM PROSES PEMBELAJARAN
SESI PENGAJIAN : 2009/2010
Saya NORHAZIMAH BINTI AHMAD SUPA’AT
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. Sila tandakan ( )
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
(TANDATANGAN PENYELIA) (TANDATANGAN PELAJAR)
Alamat Tetap: PLOT I56-B TAMAN MAHSURI FASA 2C BANDAR DARULAMAN 06000 JITRA, KEDAH.
Tarikh: ____________________________ Tarikh: ______________________________
DR DAYANG HAJAH TIAWA AWANG HJ HAMID
Nama Penyelia
Disahkan oleh
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)”.
Tandatangan : ……………………………………….......................
Nama Penyelia : ...................................................................................
Tarikh : ……………………………………….......................
DR DAYANG HAJAH TIAWA AWANG HJ HAMID
PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI PENDIDIKAN
TERHADAP “MOBILE LEARNING”DALAM PROSES PEMBELAJARAN.
NORHAZIMAH BINTI AHMAD SUPA’AT
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan
(Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2010
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ………………......................................
Nama Penulis : ..............................................................
Tarikh : …………..............................................
NORHAZIMAH BINTI AHMAD SUPA’AT
iii
DEDIKASI
Pujian bagi Allah SWT yang Maha Pemurah
Kerana Memberikan Peluang dan Kesempatan
Buat Ibu yang Dikasihi
Terima Kasih di atas Setiap Doa yang Ibu Titipkan
Sesungguhnya Kasihmu Tiada Tolok Bandingnya
Kesabaranmu Mengajar Aku Erti Kesungguhan
Sesungguhnya Dirimu Umpama Mentari
Yang Memancar Sinar Kasih Sayangmu
Ayah yang Tak Kenal Erti Penat
Tekatmu yang Kukuh
Untuk Membesarkan Anakmu Sebagai Insan yang Berguna
Amatku Kagumi
Keluarga yang Disayangi
Sokongan yang Tak Berbelah Bagi
Amat Memilukan Hatiku
Umpama Nian di Hati yang Membakar
Buat Rakan dan Insan yang dikasihi
Perpisahan Terasing Mengajar Kita
Erti Perjuangan yang Belum Selesai
Wassalam
iv
PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t.
Bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya saya telah diberi kekuatan
untuk menyempurnakan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dengan jayanya. Setinggi-
tinggi penghargaan ikhlas kepada penyelia Projek Sarjana Muda, Dr.Dayang Hjh
Tiawa Awang Hj Hamid, kerana kesanggupan dan dedikasi beliau dalam
memberikan bimbingan, nasihat serta cadangan sepanjang proses menyempurnakan
penulisan laporan Projek Sarjana Muda ini.
Penghargaan juga ditujukan kepada ahli keluarga yang tercinta. Terima kasih
di atas sokongan dan doa yang diberikan kepada saya sepanjang tempoh
penyelidikan ini.
Tidak lupa juga, saya ingin merakamkan terima kasih kepada rakan-rakan
yang sudi menghulurkan bantuan bila-bila masa diperlukan seterusnya semua pihak
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang penyelidikan ini
dijalankan
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan meninjau persepsi pelajar terhadap penggunaan
Mobile learning (M-learning) dan juga permasalahan yang dihadapi terhadap
penggunaan M-learning dalam proses pembelajaran. Kajian berbentuk deskriptif ini
melibatkan sampel 207 pelajar tahun akhir fakulti pendidikan. Instrumen kajian yang
digunakan ialah soal selidik yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A
yang melibatkan latar belakang responden dan bahagian B yang melibatkan respon
responden terhadap persoalan-persoalan kajian. Respon-respon yang diterima diukur
menggunakan Skala Likert, seterusnya dianalisis menggunakan perisian Statistical
Packages For Social Sciences (SPSS) for Windows Release 11.5. Hasil kajian
mendapati kebanyakkan responden pernah menggunakan M-learning dan mengakui
akan keberkesanannya dalam proses pembelajaran. Walaubagaimanapun terdapat
beberapa kekangan terhadap penggunaan M-learning dalam proses pembelajaran.
vi
ABSTRACT
The study was carried out to observe the uses of Mobile learning
(M-learning) amongst the final year students and the problems they faced during
learning process. The research involved 207 final year students in the Faculty of
Education. The instrument used in this descriptive study was a set of questionnaires
which had been divided into two parts, parts A and part B. Part A is to investigate
the respondents' background and part B investigates the respondents' responds
towards the research question of this study. Data collected were measured by using
Likert Scale and then analyzed by using the Statistical Packages for Social Sciences
(SPSS) for Windows Release 11.5. to obtain percentages, frequency and means
value. The results showed that the usage of M-learning could give more advantages
rather than disadvantages in teaching and learning process.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PERHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENDAHULUAN 1
1.1. Pengenalan 1
1.2. Latar Belakang Masalah 4
1.3. Penyataan Masalah 6
1.4. Objektif kajian 7
1.4.1 Objektif Umum 8
1.4.2 Objektif Khusus 8
1.5 Persoalan Kajian 9
viii
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.6.1 Kementerian Pendidikan Malaysia 10
1.6.2 Institusi Pengajian Tinggi 10
1.6.3 Syarikat Telekomunikasi 11
1.7 Batasan Kajian 11
1.8 Definisi/Istilah 11
1.8.1 Persepsi 12
1.8.2 Penggunaan 12
1.8.3 Pembelajaran 13
1.8.4 Mobile 13
1.8.5 Pembelajaran Mobile (M-Learning) 13
1.8.6 Pembelajaran Elektronik (E-Learning) 15
1.8.7 WAP 16
1.8.8 Wireless 16
1.8.9 Rangkaian Wireless 16
1.9 Penutup 16
2 SOROTAN KAJIAN 17
2.1 Pengenalan 17
2.2 Konsep M-learning 18
2.3 Kajian M-learning dalam 23
Pengajaran dan Pembelajaran
2.4 Penggunaan Teknologi dalam Kurikulum 27
2.5 Penutup 33
3 METODOLOGI KAJIAN 34
3.1 Pengenalan 34
3.2 Reka Bentuk Kajian 35
3.3 Lokasi Kajian 35
3.4 Pemilihan Populasi Dan Sampel 35
3.5 Instrumen Kajian 37
3.6 Kajian Rintis 39
ix
3.7 Prosedur Kajian 39
3.8 Penganalisisan Data 40
3.9 Pengumpulan Data Sekunder 42
3.10 Penutup 43
4 ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN 44
4.1 Pengenalan 44
4.2 Analisis Latar Belakang Responden (Bahagian A) 46
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 46
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 47
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Kursus 47
4.3 Analisis Persoalan Kajian (Bahagian B) 49
4.3.1 Analisis penggunaan M-learning yang 50
mempengaruhi persepsi pelajar-pelajar
tahun akhir fakulti pendidikan terhadap
M-learning dalam proses pembelajaran.
4.3.2 Analisis keberkesanan M-learning yang 53
mempengaruhi persepsi pelajar-pelajar
tahun akhir fakulti pendidikan terhadap
M-learning dalam proses pembelajaran.
4.3.3 Analisis sikap terhadap M-learning yang 56
mempengaruhi persepsi pelajar-pelajar
tahun akhir fakulti pendidikan terhadap
M-learning dalam proses pembelajaran.
4.3.4 Analisis permasalahan yang dihadapi oleh 58
pelajar-pelajar tahun akhir fakulti
pendidikan terhadap M-learning dalam
proses pembelajaran.
4.4 Penutup 61
x
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 62
5.1 Pengenalan 62
5.2 Perbincangan 64
5.2.1 Latar Belakang Responden (Bahagian A) 65
5.2.2 Penggunaan M-learning yang 66
mempengaruhi persepsi pelajar-pelajar
tahun akhir fakulti pendidikan terhadap
M-learning dalam proses pembelajaran.
5.2.3 Keberkesanan M-learning yang 68
mempengaruhi persepsi pelajar-pelajar
tahun akhir fakulti pendidikan terhadap
M-learning dalam proses pembelajaran.
5.2.4 Sikap terhadap M-learning yang 70
mempengaruhi persepsi pelajar-pelajar
tahun akhir fakulti pendidikan terhadap
M-learning dalam proses pembelajaran.
5.2.5 Permasalahan yang dihadapi oleh 72
pelajar-pelajar tahun akhir fakulti
pendidikan terhadap M-learning dalam
proses pembelajaran.
5.3 Rumusan 73
5.4 Cadangan 74
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 75
5.6 Penutup 76
RUJUKAN 77
LAMPIRAN A 91
LAMPIRAN B 92
LAMPIRAN C 93
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
1.1 Perbezaan Terminologi antara E- dan M –learning 3
1.2 Perbezaan Pedagogi antara E- dan M- learning 4
(Sharma & Kitchens 2004)
3.1 Nama Kursus dan Bilangan Sampel yang Terlibat 36
daripada Setiap Kursus
3.2 Item Soalan Mengikut Persoalan 38
3.3 Skala Likert Lima Pemeringkatan di 38
Bahagian B Set Soal Selidik
3.4 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 42
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 46
4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 47
4.3 Taburan Responden Mengikut Kursus 48
4.4 Kekerapan, Peratusan, Min Serta Purata Min Bagi 50
Penggunaan M-learning
4.5 Kekerapan, Peratusan, Min Serta Purata Min Bagi 53
Keberkesanan M-learning
4.6 Kekerapan, Peratusan, Min Serta Purata Min 56
Bagi Sikap Terhadap M-learning
4.7 Kekerapan, Peratusan, Min Serta Purata Min 58
Bagi Persoalan Kajian Permasalahan
Terhadap M-Learning
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Model M-learning Afrika 19
xiii
SENARAI SINGKATAN
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
MMS - Multimedia Messaging System
SMS - Short Message Service
PDA - Personal Digital Assistant
WLAN - Wireless Local Area Network
HPC - Handheld Personal Computer
ebooks - Electronic Book
UCLA - University of California, Los Angeles
GSM - Global System for Mobile Communication
UMTS - Universal Mobile Telecommunications System
HSCSD - High-Speed Circuit-Switched Data
GPRS - General Packet Radio Service
Wifi - Wireless Network
RAM - Random-Access Memory
OS - Operating System
LMS - Learning Management System
WBL - Web-Based Learning
GCSE - General Certificate of Secondary Education
SPC - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
SPF - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)
SPM - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)
SPN - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)
SPK - Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)
SPP - Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)
SPT - Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)
SPI - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
xiv
SPL - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (TESL)
SPN - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
SPA - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)
SPE - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)
SPJ - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)
SPH - Sarjana MudaTeknologi Serta Pendidikan (Kemahirah Hidup)
D-learning - Distance learning
E-learning - Electronic learning
M-learning - Mobile learning
xv
SENARAI LAMPIRAN
NO. TAJUK HALAMAN
1 LAMPIRAN A 91
2 LAMPIRAN B 92
3 LAMPIRAN C 93
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Teknologi komunikasi mengalami revolusi dalam tahun 1980-an dan ini telah
membawa kepada perubahan corak pembelajaran melalui talian iaitu daripada
pembelajaran jarak jauh atau D-learning kepada pembelajaran elektronik atau
E-learning dan seterusnya pada masa sekarang pembelajaran mobile atau
M-learning. Pembelajaran jarak jauh yang konsepnya telah digunakan di seluruh
dunia (Keegan, 2002) mula berubah kepada pembelajaran elektronik dalam tahun
1980-an yang juga menandakan bermulanya era penggunaan komputer riba. Sekitar
tahun 1990-an telah diperkenalkan penggunaan Internet dan World Wide Web
(WWW) dan aplikasinya dalam bidang pendidikan. Dalam perkembangan yang lebih
terkini, penciptaan teknologi komunikasi telah memberi ruang kepada penggunaan
teknologi mobile dan teknologi tanpa wayar (wireless) dalam bidang pendidikan
(Anderson, 2001; Boerner, 2002). Oleh itu, corak pembelajaran yang dikenali
sebagai M-learning telah diperkenalkan.
2
Perkembangan dalam bidang teknologi mengubah cara manusia belajar
(Naismith, Lonsdale, Vavoula, & Sharples, 2004; Ting, 2007). Proses pembelajaran
kini melampaui ruang fizikal bilik darjah (Kukulska-Hulme & Traxler, 2005) bersifat
globalisasi dan sepanjang hayat (Sharples, 2000). Sementara itu Wood (2003) pula
berpendapat penggunaan teknologi wireless dalam pendidikan dapat menyumbang ke
arah menyelesaikan jurang digital dalam kalangan negara-negara membangun,
kerana pada umumnya peralatan teknologi seperti telefon bimbit dan PDA adalah
lebih murah berbanding komputer meja.
M-learning merupakan satu langkah ke hadapan dalam perkembangan
pembelajaran elektronik (E-leaming) (Fagerberg, Rekkedal, & Russell, 2002). Pakar-
pakar penyelidikan dan pendidikan berusaha mengambil inisiatif daripada
penghasilan alat komunikasi mudah alih ini untuk mengaplikasikannya dalam
pengajaran dan pembelajaran. Sebilangan pakar-pakar tersebut mengatakan bahawa
peralatan mobile membolehkan pelajar-pelajar berkongsi maklumat, menyelaraskan
tugas-tugas mereka secara lebih meluas dan berfungsi dengan lebih berkesan dalam
situasi yang memerlukan kerjasama antara ahli (Chien, 1997; Coil, 1998; Nulden,
1999,2000; Jimenez et al., 2003; Sharples, 2000a; Sharples et al., 2000b).
Pelbagai pandangan telah dikemukakan tentang definisi Pembelajaran
Mobile. Antaranya mengatakan bahawa M-learning merupakan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang dikenali sebagai pembelajaran melalui peralatan
komputer (Quinn, 2000), kandungan pengajaran berasaskan jaringan (Malinen, Kari,
& Tiusanen, 2003), jaringan-pembelajaran tanpa wayar (wireless network-learning)
(Boerner, 2002) atau kurikulum berasaskan teknologi (Anderson, 2002; Milrad,
2002). Selain itu, Chabra dan Figueiredo (2002) dan Harris (2001) mengatakan
M-learning ialah kebolehan menerima pembelajaran pada bila-bila masa, di mana-
mana juga, dan dengan apa-apa peralatan sekalipun. Lehner, Nosekabel dan
Lehmann (2001) berpendapat bahawa terdapat dua kekuatan dalam Pembelajaran
Mobile ini iaitu "anytime, anywhere learning and teaching while doing."
3
M-learning adalah satu bentuk pembelajaran yang tidak terikat dengan tempat
dan masa (Sharples, Taylor, & Vavoula, 2005). Peralatan teknologi mudah alih yang
bersaiz lebih kecil antaranya PDA (Personal Digital Assistant), Compaq iPaq, laptop,
wireless screenphone HS21O. dan smart phone R380 digunakan sebagai alat
pengajaran dan pembelajaran bagi menyampaikan dan mendapatkan maklumat. Nota
kuliah atau kandungan pembelajaran boleh dipindahkan secara synchronization
melalui komputer peribadi kepada peralatan teknologi mudah alih.
Kandungan kurikulum yang diperlukan dalam M-learning mestilah
bersesuaian dengan jenis teknologi mobile yang bakal digunakan. Rangka masa
pengajaran dan pembelajaran, aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan, tarikh
pertemuan, bahan-bahan tambahan dan cara penghantaran kerja rumah dan tugasan
juga memerlukan pengubahsuaian. Oleh itu, M-learning hanya boleh dilaksanakan
selepas perancangan yang teliti dilakukan. Walaubagaimanapun, dengan
perkembangan pesat teknologi dan komunikasi terutama internet maka tidak mustahil
suatu masa nanti M-learning akan berkembang dengan baik dan mempunyai masa
depan yang cerah.
Kebanyakkan penulis (Mostakhdemin-Hosseini and Tuimala, 2005)
menggambarkan M-learning sebagai pembelajaran yang ringkas seperti kemunculan
evolusi pembelajaran elektronik di mana M-learning hanya melengkapkan komponen
yang tidak terdapat pada pembelajaran elektronik contohnya menaiktarafkan
penggunaan jalur lebar (adding the wireless feature). M-learning merupakan suatu
pendekatan pembelajaran yang baru selepas E-learning. Terdapat perbezaan
terminologi antara E-learning dan M-learning.
Jadual 1.1 : Perbezaan Terminologi antara E- dan M -learning
E-learning M-learning
Komputer Mobile
Bandwidth GPRS, G3, Bluetooth
4
Proses pembelajaran elektronik hanya berlaku di dalam bilik darjah ataupun makmal
komputer manakala M-learning berlaku bergantung kepada persekitaran dan
pendekatan pedagogi yang digunakan (time independent pedagogy).
Jadual 1.2 : Perbezaan Pedagogi antara E- dan M- learning
(Sharma & Kitchens 2004)
1.2 Latar Belakang Masalah
Dalam bidang pendidikan, M-learning digunakan sebagai bahan bantu
pembelajaran. M-learning merupakan salah satu media komunikasi yang dapat
menghasilkan persekitaran pembelajaran yang baru, menyeronokkan, merangsang
pemikiran dengan berkesan serta meningkatkan motivasi pelajar. Ini terbukti
keberkesanan di luar negara (Marit Rismart et al., 2007). Perkongsian nota di antara
pelajar telah dimudahkan dengan adanya alatan mudah alih seperti PDA di kalangan
pelajar. Pelajar tidak perlu lagi duduk di hadapan komputer peribadi untuk memuat
Multimedia Objek
Interaktif Spontan
Lebih formal Tidak formal
Situasi simulasi Situasi realiti
Penekanan kepada proses pembelajaran (Hyperlearning) Konstruktivism, kerjasama
E-learning M-learning
Lebih banyak penerangan dalam bentuk
teks and grafik
Lebih banyak penerangan dalam
bentuk teks, audio and grafik
P&P berlaku di dalam kelas dan
makmal komputer
P&P berlaku di merata tempat dengan
menggunakan peralatan mobile
5
turun nota kerana ianya telah dimudahkan dengan hanya menggunakan internet yang
disediakan oleh pembekal perkhidmatan telefon mudah alih yang dilanggani. Oleh
itu, nota boleh dimuat turun pada bila-bila masa dan di mana sahaja berada. Ini
menjimatkan masa dan tenaga.
Triantafillou, Georgiadou dan Economides (2006) melalui kajian mereka
terhadap ujian atau quiz yang dilakukan melalui alatan mudah alih dalam pendidikan
mendapati bahawa penilaian yang dilakukan melalui M-learning adalah lebih efektif
dan efisyen. Ini adalah kerana ujian yang dilaksanakan secara M-learning adalah
lebih menjimatkan masa daripada ujian yang dilaksanakan secara kertas dan pensel.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa masalah dalam mengintegrasikan
M-learning dalam bidang pendidikan. Antaranya kurang pendedahan terhadap
teknologi mobile memberi kesan kepada perkembangan M-learning. Peranan ahli
akademik juga dilihat amat penting dalam perkembangan M-learning kerana mereka
sepatutnya terlebih dahulu didedahkan kepada M-learning sebelum pelajar.
Di samping itu, alatan mudah alih seperti PDA merupakan alatan yang agak
sukar dimiliki oleh pelajar kerana harganya yang agak tinggi jika dibandingkan
dengan telefon mudah alih biasa yang tidak menyokong kemudahan M-learning.
Selain itu, saiz skrin yang kecil dan terhad merupakan antara penyumbang kepada
masalah dalam memaparkan jumlah dan jenis maklumat (Singh & Zaitun, 2006).
Contohnya jika nota yang ingin disampaikan adalah dalam saiz yang besar ia
mungkin tidak dapat menyokong skrin yang bersaiz kecil maka pengguna terpaksa
melihatnya dalam antaramuka yang lebih banyak serta skrin yang berbeza.
6
1.3 Penyataan Masalah
Kajian-kajian lalu telah menunjukkan M-learning sangat efektif dalam
pengajaran dan pembelajaran. Kajian oleh Saran, Cagility dan Seferoglu (2008)
mendapati M-learning menggunakan peralatan telefon bimbit telah meningkatkan
kemahiran pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris melalui penggunaan bahan
berbentuk multimedia. Motivasi pelajar untuk belajar Bahasa Inggeris meningkat dan
pelajar dapat menggunakan masa lapang untuk belajar Bahasa Inggeris. Kajian juga
mendapati penggunaan MMS dan SMS dapat mempertingkatkan perbendaharaan
kata pelajar dengan berkesan.
M-learning juga berkesan untuk pengajaran dan pembelajaran di luar bilik
darjah yang melibatkan pungutan data dilapangan seperti aktiviti lawatan sambil
belajar (deCrom & de Jager, 2005). Selain daripada itu M-learning menunjukkan
kejayaan yang memberangsangkan apabila digunakan untuk pengajaran kepada
pelajar-pelajar yang tidak boleh membaca dan menulis (Collet & Sstead, 2002;
Traxler, 2002). M-learning dapat juga digunakan untuk pembelajaran kursus-kursus
di Universiti seperti Kursus Actuarial di Malaga Universiti (Mayorga-Toledano &
Fernandez-Moales, 2003). M-learning masih lagi di peringkat awal sama ada di
Eropah mahupun di Malaysia.
Walaupun terdapat banyak kajian di Eropah dan di Asia tetapi kajian
tertumpu kepada fungsi digital sesuatu peralatan mudah alih (Pownell & Bailey,
2001; Savill- Smith & Kent, 2003; Vahey & Crawford, 2002) dan dilakukan oleh
syarikat-syarikat telekomunikasi gergasi seperti Ericsson, Apple, Intel & Sun untuk
tujuan perdagangan dan persaingan komersial. Di samping itu, terdapat juga kajian-
kajian yang menumpukan keberkesanan sesuatu alat dalam menyediakan aktiviti
belajar (Colley & Stead, 2003; Ketamo, 2002; Waycott, 2001) serta kursus dan
latihan dalam talian untuk golongan professional (Burke, Colter, Little, & Riehl,
2005). Terdapat juga pengkaji-pengkaji yang menumpukan kajian mereka kepada
penggunaan sesuatu alat sahaja seperti komputer bimbit (M-Learning Project, 2005;
7
MOBIlearn Project, 2005, Chen, Kao, & Shen, 2003; Becta Report, 2005; Megan
Fox, 2005).
Antara kajian terawal dalam bidang M-learning di Malaysia ialah kajian
penilaian pelaksanaan program M-learning kepada pelajar-pelajar tahun 5 di sebuah
sekolah rendah di Kuala Lumpur (Saedah Siraj dan Norlida Alias, 2005). Tujuan
kajian ialah untuk menyiasat sama ada pelaksanaan program M-learning mencapai
hasrat yang ditetapkan ke atasnya dan juga menilai kekuatan dan kelemahan program.
Hasil kajian mendapati pelaksanaan program M-learning telah mencapai hasrat yang
ditetapkan ke atasnya. Kajian juga mendapati program M-learning mempunyai
banyak kekuatan di samping terdapat beberapa kelemahan. Berdasarkan kepada
kurangnya kajian tentang kebaikan dan permasalahan M-learning dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, maka perlunya satu kajian tentang kebaikan dan
permasalahan M-learning dijalankan. Dapatan kajian ini akan dapat membantu
pensyarah dan pelajar dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
menggunakan M-learning. Dapatan kajian juga dapat membantu Kementerian
Pengajian Tinggi mempertingkatkan prasarana teknologi di universiti seperti
membekalkan ke universiti lebih banyak peralatan mudah alih dan melaksanakan
latihan-latihan kemahiran kepada pensyarah dan pelajar.
1.4 Objektif kajian
Objektif kajian terbahagi kepada dua bahagian iaitu objektif umum dan
objektif khusus.
8
1.4.1 Objektif Umum
Secara umumnya kajian ini bertujuan menilai sejauhmana pandangan
pelajar-pelajar tahun akhir fakulti pendidikan terhadap M-learning dalam proses
pembelajaran. Pandangan ini merujuk kepada kebaikan M-learning serta
permasalahan yang dihadapi dalam menggunakan M-learning dalam proses
pembelajaran.
1.4.2 Objektif Khusus
Objektif kajian ini untuk:
1.4.2.1 Mengenalpasti persepsi pelajar-pelajar tahun akhir fakulti pendidikan
terhadap M-learning dalam proses pembelajaran.
1.4.2.2 Mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar tahun
akhir fakulti pendidikan terhadap M-learning dalam proses pembelajaran.
9
1.5 Persoalan Kajian
Dalam usaha merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara (FPN), kajian ini
dilakukan untuk menjawab persoalan kajian seperti berikut:
1.5.1 Apakah persepsi pelajar-pelajar tahun akhir fakulti pendidikan terhadap
M-learning dalam proses pembelajaran?
1.5.2 Apakah permasalahan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar tahun akhir fakulti
pendidikan terhadap M-learning dalam proses pembelajaran?
top related